bahagian 1

5
Bahagian A (ii) - Pemahaman 1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan. [2 markah] 2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid? [4 markah]

Upload: jesslynn867257

Post on 03-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 1

Bahagian A (ii) - Pemahaman1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan.                               [2 markah]2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian

sukan dalam kalangan murid?               [4 markah]3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda,

mengapakah keadaan ini berlaku?           [4 markah]

Page 2: Bahagian 1

Bahagian A (i) - Ringkasan.

        Antara kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid (Isi 1). Selain itu, murid yang bersukan akan terdidik mengagihkan dan menentukan masa dengan sewajarnya antara bersukan dan belajar (Isi 2.) serta mereka memberikan perhatian sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(Isi 3) Di samping itu, sukan mampu melahirkan insan yang sihat fizikal dan mentalnya (isi 4). Seterusnya, sukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir(Isi 5)  Akhirnya, bersukan dapat menerapkan semangat berpasukan yang tinggi (Isi 6) dan semangat juang yang kental sehingga berupaya menerima kegagalan secara positif.(Isi 7)

(80 patah perkataan)

Bahagian A (ii) - Pemahaman

1. Berikan maksud berganding bahu dalam petikan.Rangkai kata 'berganding bahu' bermaksud bekerjasama.

2. Bagaimanakah Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid?Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan membantu mempertingkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid ialah Majlis Sukan Negara memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia membina lebih banyak sekolah sukan.

3. Sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?Pada pendapat saya, sesetengah ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan kerana mereka menganggap menyertai aktiviti sukan hanya membazirkan masa anak-anak mereka dan masa tersebut lebih baik diisi dengan mengulang kaji pelajaran. Selain itu, ibu bapa khuatir jika anak-anak mereka aktif bersukan, pelajaran mereka akan terabai kerana keletihan yang menyebabkan mereka kurang bertenaga untuk belajar ataupun mengantuk ketika di dalam kela

Page 3: Bahagian 1

Pendahuluan Kualiti PMRPada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat

diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme

yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah mulut masyarakat

ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah

rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang

menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

 Pendahuluan Kualiti SPM

Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada

zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai

tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan

mencapai peningkatan yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah

mulut yang hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru

melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster ini semakin

bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak

sihat ini terus meningkat.

Perenggan Pendahuluan Contoh 1Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit.(K)

Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus penyataan (F)dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa.

Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara.Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak pantas pada

zaman pascakemerdekaan, ______________________ merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak

akhir-akhir ini. __________ tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang

membimbangkan. Setiap hari terdapat laporan media tentang ______________________________________. Hal ini telah

menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. . Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah

melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan ________________________________________terpelihara/ terkawal. Walau

bagaimanapun, ___________________ masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya.

1. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit boleh diambil untuk menangani gejala ini.

2. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Page 4: Bahagian 1

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih berkesan.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”(AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' (AH).

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. (70pk)

(A1) Sebagai kesimpulan, dapatkah kita katakan bahawa semua pihak memainkan peranan yang sama penting untuk menjayakan program ini. ( ) Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yang erat untuk memastikan kejayaannya dan tidak hanya ‘melepaskan batuk di tangga’ dalam setiap usaha mereka. ( ) Diharapkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak menjayakan program Tahun Melawat Malaysia akan meningkatkan martabat Malaysia di persada antarabangsa. ( ) Kejayaan dan kegagalannya bergantung kepada kegigihan rakyat negara ini tersendiri

Sebagai kesimpulan_________________ perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah sewajarnya diambil dan dilaksanakan dengan penuh iltizam bagi mengatasi masalah ____________________. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan.  Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada_________________

Kesimpulannya, _________________________ yang masih diamalkan oleh semua rakyat di negara kita perlulah dihargai dan diwarisi  agar _____________________ ini membawa kebaikan kepada semua._________________________ yang kekal subur dalam minda masyarakat Malaysia haruslah dikekalkan supaya generasi baru juga tirut mengetahui bahawa _________________________________ ini sudah berakar umbi daripada nenek moyang kita. Oleh yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan agar segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.