babl_5_projek.amali

Upload: damon-copeland

Post on 02-Jun-2018

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    1/20

    BBBaaabbb555:::

    PPPRRROOOJJJEEEKKKDDDAAANNNAAAMMMAAALLLIII

    Modul ini membincangkan kaedah projek dan penggunaan pengajaran amali.Projek telah digunakan dengan meluas tetapi terdapat elemen-elemen kaedah tersebut

    yang sama dalam beberapa disiplin. Pendekatan induktif dan deduktif dalam projek

    dibincangkan dan beberapa ciri-ciri projek disenaraikan. Penggunaan kaedah projek

    mungkin dapat diringkaskan sebagai terdiri daripada enam fasa yang di dalamnya

    peranan pelajar dan guru dapat dikenal pasti.

    Amali digunakan dengan meluas dalam sains dan kemahiran hidup dan

    pelaksanaannya harus dirancang dengan teliti dengan pelajar mengetahui apa yang

    harus dibuat. Merekabentuk tugasan makmal harus tertumpu kepada produk dan juga

    proses, dengan pelajar menyedari kenapa dan apa yang mereka buat dalam makmal.

    Di akhir modul ini, anda harus boleh:

    Mentakrif projek

    Mengenal pasti ciri-ciri jenis-jenis projek berlainan

    Menerangkan proses melaksanakan projek

    Mentakrifkan amali

    Menerangkan proses menjalankan sesi amali

    Menerangkan bagaimana tugasan makmal direkabentuk

    Memberi justifikasi bagaimana menjangkau amali buku masakan

    Garis Latar

    5.1 Apa itu projek?

    5.2 Jenis projek

    5.3 Pendekatan dalam menjalankan

    projek

    5.4 Ciri-ciri projek

    5.5 Senarai semak 6A untukmerekabentuk projek

    5.6 Fasa-fasa kaedah projek

    5.7 Peranan guru

    5.8 Apa itu amali?

    5.9 Kemahiran pengajaran dalam

    makmal

    5.10 Merekabentuk tugasan makmal

    5.11 Menjangkau Amali buku

    masakan

    5.12 Penilaian pelajar tentang

    amaliRingkasan

    Istilah Penting

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    2/20

    Figure 5.1 Group skills in project work

    5.1 APA ITU PROJEK?

    Beritahu saya, saya lupaTunjukkan saya, Saya ingatLibatkan saya, saya faham

    Pepatah Cina di atas memberikan justifikasi untuk kaedah pengajaran yang

    menggalakkan 'pembelajaran berpusatkan pelajar', iaitu, kaedah yang mencabar

    pelajar untuk mengambil tanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dan,

    dengan berbuat demikian, mengubah secara radikal peranan guru. Salah satu kaedah

    berpusatkan pelajar yang popular dalam pengajian tinggi adalah projek.

    Projek merupakan sebuah

    kaedah pengajaran yang penting

    dalam kebanyakan programsarjanamuda dan sarjana; samada

    dalam bidang perniagaan, teknologi

    maklumat, pendidikan, sains sosial,

    kejururawatan ataupun psikologi.

    Walaupun projek adalah berpusatkan

    pelajar, guru memainkan peranan

    yang penting dalam menyokong dan

    memimpin pelajar melalui proses

    kerja projek. Bergantung kepada

    program, ada projek dijalankan

    secara individu sementara ada jugayang dijalankan dalam kumpulan

    kecil, malah sebagai projek kelas

    (lihat Gambarajah 5.1). Dalam situasi ini, pelajar berkongsi sumber, idea,

    tanggungjawab dan kepakaran.

    Kaedah projek merupakan suatu usaha pendidikan di mana pelajar menyelesai

    sebuah masalah praktikal dalam masa beberapa hari atau minggu. Projek mungkin

    dicadangkan oleh guru, tetapi ia dirancang dan dilaksanakan selagi mungkin oleh

    pelajar sendiri, secara individu atau dalam kumpulan. Kerja projek mengkhusus

    kepada apliksi, bukannya penyampaian, pengetahuan atau kemahiran yang khusus,

    dan kepada pembaikan penyertaan pelajar serta motivasi bagi memupuk pemikiran

    mandiri, keyakinan diri, dan tanggungjawab sosial.Projek digunakan secara meluas di pendidikan tinggi kerana mereka

    mempersembahkan pelajar dengan tugasan yang tulen dan sebenar yang memerlukan

    mereka membuat keputusan dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang

    relevan ke arah menghasilkan produk akhir. Produk akhir mungkin laporan

    penyelidikan, penyelesaian kepada masalah, sebuah model, sebuah objek, suatu

    penyampaian atau persembahan pentas. Produk akhir selalunya dikongsikan dengan

    orang lain dalam kelas, yang memberikan projek suatu matlamat yang sebenar.

    Nilai projek bukan sahaja pada produk akhir tetapi yang sama penting adalah

    proses bekerja ke arah produk akhir tersebut. Dengan itu, kerja projek mempunyai

    orientasi proses dan produk, dan memberikan pelajar peluang untuk menumpukan

    kepada perbincangan, memberi pendapat, membuat persembahan yang memainkan

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    3/20

    peranan yang penting dalam mengembangkan keyakinan diri dan harga diri; serta

    kemahiran bekerja dalam kumpulan (Fried-Booth, 1986).

    Kaedah projek telah diperkenalkan di universiti dan kolej apabila pelajar yang

    bergraduat terpaksa mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan yang mereka telah

    pelajari dalam kursus pengajian mereka kepada menyelesaikan masalah sebagai

    pengamal dalam industri mereka. Sejarah kaedah projek boleh disusuri sepertiberikut:

    15901765: Di akademi seni bina di Rome dan Paris, pelajar tahun akhir

    menyelesaikan masalah yang diberi, seperti merekabentuk sebuah tugu, air

    pancut, atau istana.

    17651880: Projek menjadi kaedah pengajaran yang biasa di sekolah-sekolah

    kejuruteraan yang baru di Perancis, Jerman, dan Switzerland. Dalam tahun

    1865, projek diperkenalkan di Massachusetts Institute of Technology di

    Amerika Syarikat.

    18801918: Projek diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah di

    Amerika Syarikat terutamanya dalam latihan vokasional dan pengajaran sains. 19181965: Kilpatrick melihat projek umumnya sebagai "aktiviti bermatlamat

    yang menyeluruh, yang dijalankan dalam persekitaran sains sosial"(diterjemah). Pendekatan Kilpatrick telah hilang tarikannya di Amerika

    Syarikat, tetapi telah mendapat restu di Eropah, India, dan Soviet Union.

    1970an: Kaedah projek bertambah popular di Jerman, Belanda, dan negara-

    negara Eropah yang lain. Pendidik cuba mentakrif semula projek, dengan

    melihatnya sebagai tambahan yang penting kepada pengajaran tradisional

    yang berpusatkan guru, dan kurikulum berpusatkan mata pelajaran.

    5.2 JENIS PROJEK

    Ada yang menganggap bahawa telah diperkenalkan dalam tahun 1908 sebagai

    suatu kaedah pengajaran pertanian di Amerika Syarikat, tetapi sebenarnya William H.

    Kilpatrick yang telah mengembangkan konsep tersebut dan mempopularnya di

    seluruh dunia dalam rencananya yang terkenal, "The Project Method" (1918). Dia

    telah mengenal pasti EMPAT jenis projek yang tidak ditelan zaman:

    JENIS PERTAMA

    Jenis pertama mewakili pengalaman dimana matlamat utama adalah untuk

    membuat, membentuk, atau untukmemberi kesan ataupun untuk

    menghayati sebuah idea atau aspirasi

    dalam bentuk bahan. Bahan untuk

    menjadikan idea suatu produk

    mungkin termasuk tanah, kayu, kain,

    sehinggalah perkataan dan pemikiran

    serta aspirasi dalam surat, ucapan,

    puisi, simfoni, atau lagu [Kita boleh

    menambah lebih lagi teknologi terkini

    seperti program komputer, internet,

    media audio dan digital].

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    4/20

    Produk akhir mungkin sebuah projek pelajar sekolah rendah tentang gunung

    berapi yang diperbuat daripada tanah sehinggalahPrincipiaNewton.

    Kriteria untuk sebuah projek: Apakah matlamat atau tujuan sebuah projek?

    Adakah terdapat usaha ke arah mencapai sebuah matlamat atau tujuan?

    Adakah ia tertumpu kepada kesedaran suatu idea? Sekiranya jawabannya

    adalah 'ya', maka projek tersebut adalah jenis pertama.

    JENIS KEDUA

    Jenis projek yang kedua boleh ditakrifkan

    sebagai yang melibatkan suatu

    pengalaman yang bermatlamat dan

    menyeronokkan. Sebagai contoh, seorang

    budak lelaki yang suka memerhatikan

    pertunjukan bunga api, atau seorang

    budak perempuan yang suka melihat

    labah-labah membuat sarangnya dan

    menangkap seekor lalat ataupun seorang

    kanak-kanak yang suka mendengar sebuah

    cerita dibacakan kepadanya.

    Walapun ada yang mengatakan bahawa

    pengalaman ini bukanlah sebuah projek, Kilpatrick (1910) berhujah bahawa

    sekiranya ia memenuhi criteria yang sama seperti yang Jenis Pertama, maka iaadalah sebuah projek. Adakah terdapat matlamat untuk melibatkan diri, dan

    merasa seronok daripada pengalaman tersebut? Adakah matlamat

    membimbing aksi melihat atau mendengar? Adakah terdapat suatu tujuan,

    maka pengalaman tersebut boleh dikatakan sebuah projek jenis kedua.

    JENIS KETIGA

    Projek jenis ketiga adalah yang mana matlamat utamanya adalah untuk

    menyelesaikan sebuah masalah, untuk menghuraikan kekusutan intelek atau

    masalah. Masalah tersebut mempunyai suatu keadaan dan asal, dan pencarian

    suatu kesudahan.

    Projek jenis ini bermula dengan satu kesukaran yang dirasai ataupun suatumasalah; diikuti dengan suatu matlamat untuk menyelesaikan masalah

    tersebut. Misalnya, masalahnya adalah pencemaran sungai dan matlamatnya

    adalah untuk mencari cara untuk mengurangkan pencemaran sungai.

    Penyelesaian kepada masalah tersebut mempunyai tekniknya sendiri,

    bergantung kepada bidang kajian. Projek memerlukan banyak pemikiran untukmengatasi masalah tersebut. Penggunaan masalah adalah sebagai titik

    permulaan projek berkesan dalam membimbing pelajar melaksanakan projek.

    JENIS KEEMPAT

    Jenis keempat termasuk pengalaman di mana matlamat adalah untuk

    memperoleh beberapa pengetahuan dan kemahiran. Perbezaan di antara projek

    jenis ini dengan yang lain adalah daripada segi sikap.

    Pelajar membuatkan matlamatnya sendiri untuk mempelajari sesuatu, suatu

    sikap yang menjadi perbezaan yang ketara dalam kecekapan belajar. Matlamat

    pembelajaran adalah untuk memakukan pengetahuan dan kemahiran dalam

    ingatan pelajar sendiri untuk digunakan dengan berkesan kemudian.

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    5/20

    Menurut Kilpatrick (1910), projek jenis ini agak sama dengan Jenis Pertama

    tetapi ia berbeza kerana matlamat utama adalah untuk belajar. Ini adalah pati

    kepada projek Jenis Keempat.

    Lebih baharu lagi, Henry (1994) telah mengenal pasti tiga jenis projek:

    Projek Berstruktur topik, kaedah dan persembahan ditentukan lebih

    dahulu dan kadang kala sebuah template disediakan

    Projek Tidak Berstrukturpelajar memilih projek

    Projek Separa-berstruktur diputuskan sebahagiannya oleh guru dan

    sebahagian lagi oleh pelajar.

    Struktur asas projek sama dalam kebanyakan disiplin. Contohnya, sebuah projekdalam pemasaran mungkin hampir serupa dengan sebuah projek dalam pendidikan

    atau psikologi. Projek seorang jurutera perisian mungkin agak berbeza sedikit

    daripada sebuah projek dalam kewangan. Projek berbeza bergantung kepada hasil

    pembelajaran mata pelajaran atau kursus, jangkaan kursus, minat pelajar, kekangan

    masa dan keberadaan sumber. Projek juga berbeza daripada segi sejauhmana projektersebut mempunyai struktur.

    5.3 PENDEKATAN DALAM MELAKSANAKAN PROJEK

    Pendekatan 1: Deduktif

    Pendekatan 2: Induktif

    5.1 AKTIVITI

    a) Apa itu projek?b) Adakah anda bersetuju dengan empat jenis projek yang

    telah dikenal pasti oleh Kirkpatrick hampir 100 tahun

    lalu?

    c) Adakah klasifikasi yang dicadangkan cukup untuk

    menggunakan projek di pengajian tinggi hari ini?

    Peroleh Pengetahuan dan

    Kemahiran

    Aplikasi Konsep

    dan Prinsip dalam

    Menjalankan

    Pro ek

    Menjalankan

    Projekelajar Konsep dan

    Prinsip dengan

    Membuat Projek

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    6/20

    Gambarajah 5.2 Pendekatan dalam Melaksanakan Projek

    Terdapat dua pendekatan utama dalam melaksanakan kaedah projek (lihat

    Gambarajah 5.2). Menurut pendekatan yang terdahulu, pelajar mengambil dua

    langkah: Mula-mula, mereka diajar dengan teratur sebuah kursus pengajian yang

    mengandungi kemahiran dan fakta tertentu, kemudian mereka mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran tersebut, secara kreatif dan arah kendiri bagi

    menyesuaikan dengan projek (pendekatan deduktif).

    Menurut pendekatan kedua (pendekatan induktif), pengajaran oleh guru tidak

    mendahului projek tetapi digabungkan di dalamnya. Dalam erti kata lain pelajar

    pertamanya memilih sebuah projek, kemudian mereka berbincang apa yang mereka

    perlukan untuk menyelesai masalah dan belajar teknik dan konsep yang diperlukan.

    Akhir sekali mereka melaksanakan projek yang mereka pilih sendiri.

    Dalam kedua-dua pendekatan, masa untuk refleksi harus diberikan semasa

    semua fasa projek, dengan itu memberikan pelajar peluang untuk menilai kemajuan

    mereka. Dalam sesetengah disiplin, terutamanya dalam disiplin teknikal dan sains,

    guru menggunakan suatu siri projek berskala kecil untuk membantu pelajarmengembangkan secara berterusan kecekapan dalam penyelesaian masalah praktikal.

    5.4 CIRI-CIRI PROJEK

    Projek yang popular dalam kebanyakan disiplin di pengajian tinggi mempunyai

    beberapa ciri-ciri yang telah menjadikannya sebuah kaedah pengajaran yang menarik

    (lihat Gambarajah 5.3).

    Gambarajah 5.3 Ciri-ciri projek

    Berpusatkan Pelajar:

    Tema projek yang dipilih dan pelaksanaannya adalah berdasarkan minat dan

    keperluan perantis. Pelajar diberi kuasa untuk membuat keputusan mereka sendiri dan

    mereka belajar untuk beraksi secara mandiri dan bertanggungjawab terhadap pilihan

    yang mereka buat.

    Memotivasi Pembelajaran:

    Kerja

    Projek

    Berpusatkan pelajar

    Memotivasi pembelajaran

    Menghubungkan dengan dunia sebenar

    Perancangan terperinci dan jitu

    Perkembangan suatu produk

    Perkembangan pemikiran induktif (kreatif)

    Usaha kolaboratif

    Pengalaman menyeluruh

    Interdisiplinari

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    7/20

    Proses projek memotivasi pelajar, kerana mereka sendiri yang mengembangkan

    penyelesaian masalah, merancang dan mengarah projek mereka sendiri.

    Menghubungkan dengan Dunia Sebenar:Kaedah projek membentuk sebuah jambatan di antara pembelajaran yang telah

    berlaku dan dunia pekerjaan. Berbagai bentuk pengawalan kendiri sepanjang prosestersebut membawa pelajar kepada suatu refleksi tentang prestasi mereka sendiri yang

    berterusan. Kegigihan dan tanggungjawab yang diambil oleh semua ahli yang

    membuat projek tersebut adalah sama seperti apa yang diperlukan dalam dunia

    pekerjaan.

    Berkaitan dengan Situasi Sebenar:

    Tugasan dan masalah yang dicadangkan harus berkait langsung dengan situasi

    kehidupan sebenaryang ada pada pekerjaan yang berkaitan.

    Perancangan Terperinci dan Jitu:

    Selain daripada produk akhir (yang adalah penting), projek tersebut mempunyaicakupan yang lebih luas. Ia berdasarkan pada pemikiran yang perl direalisasikan,

    disahkan dan dikenakan penilaian yang hanya boleh dicapai melalui perancangan

    yang terperinci dan jitu bagi setiap langkah yang diikuti.

    Perkembangan Sebuah Produk:Kaedah projek membawa kepada perkembangan sebuah produk akhir yang relevan

    dan bermanafaat, dan tersedia kepada orang lain untuk dinilai dan dikritik.

    Perkembangan Pemikiran Induktif (Kreatif):Pelajar mengembangkan kemahiran berfikir secara induktif dengan menganalisis kes-

    kes yang khusus, membuat deduksi terhadap prinsip-prinsip dan hubungan,

    menggubal hipotesis yang dibuktikan melalui aplikasi praktikal atau dibukti tidak

    benar dan digantikan dengan hipotesis baru yang diinduksi. Projek membolehkan

    pelajar berfikir di luar kotak, bertindak secara kreatif dalam cara mereka mendekati

    suatu situasi yang diberi.

    Usaha Kolaboratif:Kebanyakan projek dijalankan dalam kumpulan, yang mencerminkan sebuah projek

    dalam alam pekerjaan. Produk akhir adalah suatu yang dicapai oleh kumpulan dan

    setiap orang harus terlibat dalam setiap fasa projek tersebut; dengan menghormati

    antara satu sama lain dan belajar untuk bekerja sebagai sebuah komuniti.

    Pengalaman Menyeluruh:Projek selalunya mempromosi pencapaian objektif pembelajaran kognitif, afektif dan

    psikomotor. Pelajar menggunakan pengetahuan yang dipelajari (kognitif), emosi dan

    perasaan semasa bekerja dalam kumpulan (afektif) dan memanipulasi peralatan dan

    bahan (psikomotor) ke arah merealisasikan produk akhir.

    Interdisiplinari:Projek memerlukan pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran daripada

    mata pelajaran dan disiplin yang berlainan.

    5.2 AKTIVITI

    a) Bandingkan pendekatan induktif dan deduktif semasa

    mereka bentuk projek. Pendekatan manakah yang anda

    pernah gunakan dalam kursus anda?

    b) Sejauhmanakah anda telah mempertimbangkan ciri-ciri

    Projek yang telah disenaraikan di atas semasa mereka

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    8/20

    5.5 SENARAI SEMAK 6 A UNTUK MEREKA BENTUK PROJEK

    [sumber : adaptasi daripada A. Steinberg (1998). Real learning, real work:

    School-to-work as high school reform. New York, NY: Routledge]

    Ketulenan Adakah projek itu timbul daripada sebuah masalah atau soalan yang bermakna

    kepada pelajar?

    Adakah projek itu serupa dengan yang dijalankan oleh orang dewasa dalam

    komuniti atau tempat kerja?

    Adakah projek itu memberi pelajar peluang untuk menghasilkan sesuatu yang

    mempunyai nilai atau makna kepada pelajar menjangkau keadaan sekolah?

    Kegigihan Akademik Adakah projek itu membolehkan pelajar memperoleh dan mengaplikasi

    pengetahuan yang menjadi teras kepada satu atau lebih disiplin?

    Adakah projek itu mencabar pelajar menggunakan kaedah penyeledikan daripada

    satu atau lebih disiplin (e.g., untuk berfikir seperti seorang ahli sains)? Adakah pelajar mengembangkan kemahiran berfikir tahap tinggi (e.g., mencari

    bukti, menggunakan berbagai sudut pandang)?

    Pembelajaran Beraplikasi Adakah pelajar menyelesai masalah yang berasaskan kehidupan sebenar dan/atau

    pekerjaan (e.g., mereka bentuk sebuah projek, mengendalikan sebuah acara)

    Adakah pelajar perlu untuk memeroleh dan menggunakan kemahiran yangdijangkakan dalam persekitaran kerja tahap tinggi (e.g., kerja kumpulan,penyelesaian masalah, berkomunikasi, atau teknologi)?

    Adakah projek memerlukan pelajar mengembangkan kemahiran organisasi danpengurusan diri?

    Eksplorasi Aktif

    Adakah pelajar menggunakan masa yang banyak untuk membuat kerja lapangan,di luar sekolah?

    Adakah projek itu memerlukan pelajar untuk terlibat dalam kerja penyiasatansebenar, menggunakan berbagai kaedah, media, dan sumber?

    Adakah pelajar dijangkakan menerangkan apa yang dia telah pelajari melaluisebuah presentasi atau persembahan?

    Hubungan dengan Orang Dewasa Adakah pelajar berjumpa dan memerhati orang dewasa dengan pengalaman dan

    kepakaran yang berkaitan?

    Adakah pelajar dapat bekerja dengan rapat dengan sekurang-kurangnya satu orang

    dewasa?

    Adakah orang dewasa dan pelajar berkolaborasi dalam mereka bentuk dan menilaiprojek itu?

    Amalan Pentaksiran Adakah pelajar selalu membuat refleksi tentang pembelajarannya, dengan

    menggunakan kriteria projek yang jelas, yang dia telah bantu untuk tentukan?

    Adakah orang dewasa daripada luar komuniti membantu pelajar mengembangkanrasa standard dunia sebenar daripada kerja itu?

    Adakah kerja pelajar selalu ditaksir menggunakan berbagai kaedah, termasuk

    portfolio dan pamiran?

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    9/20

    5.6 FASA-FASA KAEDAH PROJEK

    Tippelt dan Amors (2003) telah mengumpulkan aktiviti projek ke dalam fasa-fasa

    berikut yang memberikan suatu panduan yang berguna kepada pelajar semasa

    menjalankan sebuah projek (lihat Gambarajah 5.3).

    1. MEMBERITAHU

    Menghimpun maklumat yang diperlukanDalam fasa ini, pelajar menghimpun maklumat yang diperlukan untuk

    menyelesaikan masalah atau tugasan yang dicadangkan, dengan menggunakan

    sumber maklumat yang tersedia seperti buku teks teknikal, penerbitan khas

    (e.g. majalah), manual, video).

    Pengenal pastian dan motivasi tahap tinggiObjektif projek/tugasan ditentukan mengikut pengalaman pelajar dan

    dijalankan dengan penglibatan semua ahli kumpulan, bagi memastikan

    pengenal pastian dan motivasi tahap tinggi. Membiasakan pelajar dengan kaedah projek

    Tugas pertama untuk guru adalah untuk memastikan bahawa pelajar

    dibiasakan dengan kaedah projek dandengan penglibatan penuh kumpulan

    agar tema atau bidang yang ditangani adalah bersesuaian. Cadangan daripada

    seorang pelajar sahaja mungkin membentuk idea teras untuk sebuah projek,

    tetapi untuk menjalankannya secara koheren, pada masa yang sama

    memastikan keterkaitannya dengan kerja kumpulan, faktor-faktor lain

    berkaitan dengan persekitaran perlu dipertimbangkan.

    Menggalakkan kerja kolaboratifKaedah projek menyediakan peluang untuk memecah kitaran individualisma

    dan menggalakkan kerja kolaboratif dalam pencarian penyelesaian bersamakepada sebuah masalah. Kerja kumpulan yang berjaya memerlukan suatu

    suasana yang aman dan iklim yang terbuka bagi menyokong aktiviti yang

    menjadi asasnya. Dengan itu adalah sangat penting, terutamanya pada

    peringkat awal, agar jurulatih dapat memberi arahan dan nasihat, dengan

    harapan agar dapat menggalakkan dan mengembangkan sikap hormat,

    persefahaman dan penglibatan kerana ramai pelajar selalunya tidak biasa

    dengan kerja kumpulan.

    2. PERANCANGAN

    Mengadaptasi atau mengubah

    Fasa perancangan disifatkan sebagai membentuk rancangan kerja, menstrukturprosedur dan perancangan berkaitan peralatan dan sumber yang akan

    5.3 AKTIVITI

    a) Pada pendapat anda, adakah senarai semak 6A adalah

    berguna dalam mereka bentuk sebuah projek? Huraikan.

    b) Adakah anda akan menggunakannya dalam kursus anda?Kenapa? Kenapa tidak?

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    10/20

    digunakan. Harus ditekankan bahawa sekadar menyediakan rancangan kerja

    sahaja tidak akan menjamin bahawa ia akan dilaksanakan dengan betul.

    Dengan itu adalah perlu agar fasa perancangan dipanjangkan kepada seluruh

    projek. Walaupun prosedur ditakrifkan dalam rancangan tersebut, di mana

    mungkin guru harus menyediakan ruang untuk perubahan atau modifikasi

    yang diperlukan. Semasa fasa perancangan, pembahagian tugasan di antaraahli kumpulan harus jelas. Berikut adalah suatu contoh:

    Semua ahli kumpulan harus terlibat secara aktif dan berkolaborasi

    dalam pelaksanaan projek.

    Kumpulan-kumpulan kerja harus dibentuk untuk setiap

    bahagian/komponen projek.

    Menyusun atur di peringkat individuJumlah bahan yang akan digunakan dan kelajuan pembelajaran pada

    umumnya akan berbeza antara perantis dengan yang lain. Di dalam projek

    mungkin perantis sendiri akan menghimpun dan menganalisis maklumat yang

    diperlukan untuk merancang dan menyiapkan tugasan mereka.

    .

    Gambarajah 5.2 Fasa-fasa Kaedah Projek

    [sumber: adaptasi Tippelt, R. dan Amors, A. (2003). The project method in

    vocational training. Technological Cooperation, System Development and

    Management in Vocational Training. Mannheim. Germany]

    Memberitahu

    Merancang

    Membuat keputusan

    Melaksanakan projek

    Mengawal

    Menilai

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    11/20

    Integrasi Intra dan inter-kumpulanKaedah projek merupakan suatu teknik pembelajaran yang berasaskan prinsip-

    prinsip sosialisasi. Personaliti pelajar yang pelbagai mempengaruhi

    pembentukan kumpulan kerja. Dengan itu adalah penting agar jurulatih

    memastikan bahawa hubungan intra dan inter-kumpulan seakrab dan secekapyang boleh, dengan apa-apa perubahan seterusnya dapat memberi manafaat

    kepada dinamika kumpulan.

    3. MEMBUAT KEPUTUSAN

    Keputusan bersama yang melibatkan jurulatih dan ahli kumpulanSebelum memulakan fasa kerja praktikal, perantis harus mengambil keputusan

    secara kumpulan tentang alternatif atau strategi penyelesaian masalah yang

    akan dilaksanakan. Apabila suatu pelan tindakan telah diputuskan secara

    kumpulan, ia harus dibincangkan dengan terperinci dengan jurulatih, untuk

    memastikan bahawa strategi atau prosedur dapat ditentukan dengan kaedah

    yang sebenar-benarnya secara proses keputusan kumpulan yang melibatkanjurulatih dan semua ahli dalam kumpulan. Dengan demikian, keputusan yang

    diambil akan berlainan sedikit daripada yang dijangka oleh jurulatih.

    Belajar untuk menilai masalahDi dalam fasa pembuatan keputusan, peranan jurulatih adalah untuk memberi

    komen, berbincang dan sekiranya perlu membuat modifikasi kepada

    strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh pelajar. Adalah penting

    bahawa pelajar belajar untuk menilai masalah yang mungkin timbul, risiko

    dan kekuatan yang ada pada setiap pilihan.

    Proses komunikasi Sosial

    Salah satu asas pembelajaran berasaskan projek adalah proses sosialberkomunikasi yang dibentuk dalam kumpulan, yang membolehkan pelajar

    mengambil keputusan secara kumpulan.

    4. MELAKSANAKAN PROJEK (Acara Besar)

    Aktiviti berdasarkan pengalaman dan penyiasatanDalam fasa pelaksanaan, aktiviti berdasarkan pengalaman dan penyiasatan

    adalah utama. Aktiviti kreatif, mandiri dan bertanggungjawab dijalankan dan

    dianalisis. Setiap ahli projek harus melaksanakan tugas masing-masing

    mengikut rancangan kerja atau pembahagian tugas yang dipersetujui.

    Proses maklumbalas

    Dalam fasa ini, sebahagian hasil dibandingkan dengan rancangan kerja yangasal dan sekiranya perlu, perubahan dibuatpada peringkat perancangan dan

    pelaksanaan. Proses memberi maklumbalas ini membolehkan sebahagian hasil

    disemak dan menjadi suatu alat pengawalan dan penilaian kendiri untuk

    individu dan kumpulan.

    Menjalankan tugasan dengan semandiri yang bolehTugasan harus dilaksanakan semandiri yang boleh, walaupun ini tidak

    bermakna bahawa pelajar dapat merasa bersendirian. Harus ditegaskan

    bahawa pembelajaran berasaskan amali perlu mematuhi beberapa syarat agar

    ia berkesan. Perantis digalakkan untuk membetulkan kesilapan masing-masing

    agar dapat belajar daripadanya tetapi umumnya akan juga memerlukan

    panduan pakar daripada jurulatih, yang terbiasa dengan peraturan pengajaran-pembelajaran dalam konteks kursusnya sendiri dan pelajarnya. Ini akan

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    12/20

    membantu pelajar mencapai hasil yang lebih baik. Jurulatih mesti sentiasa

    bersedia untuk perantisnya, mengambil peranan yang terlibat secara langsung

    bilamana nasihat atau sokongannya diperlukan serta, tentunya, menjadi

    motivator sentiasa. Peranan sebagai motivator ini termasuk daripada segi

    sosial dan emosi, yang penting kepada pelajar, yang mengharapkan seorang

    jurulatih yang mengakui sebuah kerja yang baik.

    5. MENGAWAL

    Fasa kawalan kendiriApabila tugasan telah selesai, pelajar harus bergerak kepada fasa kawalan

    kendiri, di mana mereka boleh belajar untuk menilai mutu kerja mereka

    sendiri dengan lebih baik. Di sini soal selidik atau ujian yang serupa dengan

    peperiksaan formal selalunya digunakan, membolehkan pelajar menjumpai

    dan kalau boleh membetulkan kesalahan yang mereka mungkin telah

    lakukan semasa melaksanakan projek tersebut. Semasa fasa kawalan kendiri

    ini, jurulatih harus mengambil peranan sebagai penasihat atau sokongan,

    melibatkan diri secara langsung hanya sekiranya pelajar gagal mencapaipersetujuan tentang penilaian hasil yang mereka terima.

    6. MENILAI

    Perbincangan bersama tentang hasilApabila projek telah selesai, sebuah perbincangan akhir harus diadakan, di

    mana jurulatih dan pelajar berbincang bersama dan memberi komen tentang

    hasil yang diterima. Peranan utama jurulatih adalah sebagai pembimbing,

    membolehkan pelajar menjalankan maklumbalas tidak hanya berkaitan

    produk akhir tetapi juga seluruh prosesdan untuk mengenal pasti kesalahan

    yang dilakukan serta memperjelas hasil yang diterima berkaitan apa yang

    telah dicapai dan juga apa yang dijangkakan pada asalnya. Maklumbalas

    tersebut harus termasuk keberkesanan kerja yang telah dijalankan dan

    pengalaman peribadi yang diperolehi, serta juga mempertimbangkan dinamika

    kumpulan dan proses-proses. Pelajar kemudian harus menggubal cadangan

    untuk pembaikan untuk projek akan datang. Perbincangan akhir ini boleh juga

    berfungsi sebagai suatu sumber maklumbalas yang penting kepada jurulatih

    itu sendiri, yang harus mengoptimumkan perancangan dan pelaksanaan projek

    akan datang.

    Kriteria terbuka dan mekanika fleksibelPemerhatian ini boleh diringkaskan sebagai suatu kepercayaan bahawa

    mekanika perancangan dan pelaksanaan projek harus fleksibel danberdasarkan kriteria terbuka. Pelajar harus diberi jaminan tahap penglibatan

    yang tinggi dalam pembuatan keputusan yang berkaitan pembentukan

    kumpulan dan juga kandungan dan organisasi proses pembelajaran.

    Penglibatan Kumpulan SepenuhnyaDengan mengambil kira pengalaman dan minat individu, keperluan dan sifat,

    penglibatan semua ahli kumpulan dalam setiap fasa projek tersebut akan

    membolehkan pelajar untuk terus bermotivasi dan selaras dengan matlamat

    dan objektif projek, dengan itu membantu mereka membuatkan proses

    pembelajaran lebih produktif.

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    13/20

    5.7 PERANAN GURU

    Kaedah projek memerlukan guru yang mengambil peranan yang sangat

    berlainan daripada yang dalam pengajaran tradisional. Guru tidak menjadi

    penyampai pengetahuan dan sebaliknya adalah pembimbing, pereka bentuk dan

    penasihat pembelajaran (Tippelt dan Amors, 2003). Guru membangkitkan,

    menyusun atur dan meransang situasi pembelajaran. Pelajar dipimpin ke arah

    pembelajaran kendiri dan dimotivasi untuk merancang secara berdikari dan secara

    bersama, dan untuk melaksanakan dan menilai proses pembelajaran. Peranan guru

    adalah berlainan kerana dia harus:

    menyediakan proses pembelajaran dengan cermat.

    tinggal dibalik tabir selagi mungkin, mengambil

    perhatian tentang apa yang berkesan dan apa yang

    tidak.

    sentiasa bersedia untuk menjawab soalan semasaprojek dilaksanakan.

    menggalakkan pelajar untuk belajar sendiri dan

    untuk menggubal soalan yang

    betul.

    menggalakkan pelajar untuk menilai

    kerja dan pengalaman mereka

    sendiri

    memberi perhatian yang khusus

    kepada kerjasama, penyusunan

    tugasan dan kaedah kumpulan,

    menanganinya melalui perbualandengan pelajar.

    5.8 APAKAH ITU AMALI?

    Kerja amali adalah suatu kaedah pengajaran yang sentiasa digunakan dalam

    pendidikan sain, sains sosial dan kemahiran hidup. Kebanyakan kerja amali berlaku

    dalam makmal tetapi kerja lapangan juga suatu ciri penting amali. Penekanan di sini

    adalah kepada penggunaan, kemahiran dan kaedah kerja makmal, walaupun berbagai

    isu yang dibincangkan juga diaplikasikan kepada susun atur kerja lapangan. Matlamat

    utama kerja amali adalah:

    Guru adalah

    pembimbing,

    pembangkit,

    motivator, penyusun

    atur, pereka bentukdan penasihat.

    5.4 AKTIVITI

    a) Sejauhmanakah pelajar yang menjalankan projek dalam

    kursus anda mengikuti fasa-fasayang telah dikenal pasti

    oleh Tippelt dan Amors ?

    b) Apakah peranan guru semasa menggunakan kaedah

    projek dalam pengajaran? Adakah anda bersetuju?

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    14/20

    Mengajar kemahiran manual dan pemerhatian yang relevan kepada

    mata pelajaran

    Memperbaiki pemahaman kaedah kajian

    Mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah

    Memupuk sikap profesional

    Pada masa dahulu, amali dilakukan secara umumnya dengan demonstrasi

    prinsip-prinsip penting oleh guru diikuti dengan pelajar membuat latihan yang

    membawa kepada jawaban yang betul. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini

    terdapat peningkatan minat dalam penggunaan makmal sebagai tempat latihan untuk

    kajian mandiri (Brown dan Atkins, 1998).

    Prinsip utama yang mendasari kerja makmal adalah di mana pelajar belajar

    dengan berkesan dengan membuat tugasan amali, i.e. belajar dengan membuat.

    Prinsip belajar dengan membuat memerlukan dua perkara:

    Tugasan harus dilihat sebagai relevan dan bermakna oleh pelajar,

    jikalau tidak minatnya mungkin minimal Pelajar mesti menerima maklumbalas konstruktif tentang

    prestasinya, jikalau tidak pembelajaran mungkin minimal.

    Latihan tidak dengan sendirinya membawa kepada kesempurnaan tetapi

    latihan dengan maklumbalas selalunya dapat memperbaiki prestasi (Brown dan

    Atkins, 1998). Perkara-perkara ini harus diingati semasa mereka bentuk dan memberi

    markah kerja amali.

    5.9 KEMAHIRAN PENGAJARAN MAKMAL

    Pengajaran makmal selalunya melibatkan memberipenerangan ringkas dan arahan kepada seluruh kelas dan

    kemudian membahagikan kelas kepada pasangan atau

    kumpulan kecil yang mengerkerjakan sebuah eksperimen.

    Dengan itu, tidak menghairankan sekiranya beberapa

    kemahiran pengajaran makmal adalah sama seperti

    kemahiran memberi syarahan dan pengajaran kumpulan

    kecil. Anda perlu membangkitkan minat, dan menerangkan

    maklumat teknikal; anda perlu bertanya pelajar soalan yang

    betul, ketahui bila untuk mengawal dan bila untuk membiarkan, dan bagaimana untukmenghakimi tahap permintaan. Yang paling penting, anda harus meletakkan diri anda

    dalam tempat pelajar yang membuat kerja makmal supaya anda boleh memilih

    eksperimen yang bersesuaian, memberi arahan yang betul, dan menjadikan kerja

    makmal suatu pengalaman yang mencabar dan bermanafaat. Berikut adalah

    kemahiran yang penting dalam pengajaran makmal:

    Menerangkan dan mempersembahkan maklumat

    Menyoal, mendengar dan merespon

    Memberi penerangan, penjelasan yang jelas tentang proses dan prosedur

    Memberi arahan Memerhati pelajar membuat kerja

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    15/20

    Menjangka kesulitan utama dalam pemahaman

    Bertanya soalan yang membimbing pelajar

    Bertanya soalan yang menjelaskan kesulitan dalam pemahaman

    Menjawab soalan dalam cara yang mudah, terus dan tidak kritikal

    Memberi komen yang menyokong dan menggalakkan

    Tahu bila dia perlu membantu dan bila dia harus tidak membantu pelajar

    5.10 MEREKA BENTUK TUGASAN MAKMAL

    Anda perlu memikirkan tugasan makmal dalam konteks kursus keseluruhannya. Anda

    perlu mempertimbangkan kekangan seperti masa yang ada, peralatan, bahan, cilangan

    pelajar dan ruang makmal.

    Tentukan matlamat: Perincikan objektif tugasan makmal. Misalnya,

    bagaimana menyediakan suatu budaya, bagaimana menggunakan sebuahspektrometer massa. Sediakan sebuah matriks matlamat dan eksperiment

    (lihat gambarajah di bawah).

    Objektif Eksperimen

    1 2 3 .

    Tulis objektif pada paksi menegak dan pengalaman makmal yangdicadangkan pada paksi melintang. Letakkan tanda rait dalam kotak yang

    bersesuaian untuk setiap objektif.

    Mereka bentuk tugasan: Setelah memilih tugasan, anda perlu fikirkan

    tentang setiap tugasan satu per satu, khususnya pertimbangkan:o Apakah yang pelajar perlu tahu untuk melaksanakan tugasan tersebut?o Kemahiran psikomotor dan pemerhatian apakah yang mereka akan

    gunakan?o

    Peralatan dan bahan apakah yang diperlukan?o Apakah yang anda jangkakan pelajar akan tahu dan boleh buat bila

    mereka telah selesai tugasan tersebut? Reka bentuk Manual Makmal: Arahan bertulis dan maklumat latar

    eksperimen merupakan sebahagian penting kerja makmal. Sebuah manual

    yang baik boleh memperbaiki keberkesanan keseluruhan kerja makmal,

    menunjukkan hubungan dengan syarahan serta mengelakkan pembaziran

    masa pelajar. Untuk setiap eksperimen, manual tersebut harus mempunyai:

    o Tujuan yang Jelas: Agar pelajar tahu apa yang mereka perlu tahu dan

    buat setelah mereka selesai menjalankan kerja makmal tersebut.

    Beritahu mereka bagaimana kerja makmal tersebut masuk ke dalam

    kursus dan program keseluruhannya. Hubungkan kerja makmal

    dengan bahan yang dipelajari terlebih dahulu. Ini akan membantu

    pelajar melihat keterkaitan kerja makmal tersebut.

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    16/20

    o Arahan yang Jelas: Ia harus memberikan indikasi tentang di mana

    peralatan dan bahan diletakkan dan menjelaskan prosedur untuk

    menggunakannya. Arahan tersebut boleh disampaikan dalam bentuk

    carta aliran dan algorithm yang lebih mudah difahami.

    o Soalan: Berikan petanda untuk perkara-perkara utama dan ia dapat

    memotivasi pelajar untuk berfikir atau untuk menyemak bahawaprosedur dijalankan dengan betul. Apa yang pelajar harus perhatikan?

    Soalan harus menggalakkan pelajar untuk membaca dan berfikir

    tentang semua aspek tugasan tersebut.

    o Senarai semak penilaian kendiri: Dengan senarai semak tersebut,

    pelajar dapat menilai sejauhmana baik mereka menjalankan tugasan

    amali tersebut, merefleksi tentang implikasi tugasan dan and

    mempertimbangkan bagaimana mereka dapat memperbaikinya.

    Sekiranya pelajar bekerja dalam kumpulan, mereka boleh

    menggunakan senarai semak tersebut untuk menilai antara satu sama

    lain.

    5.11 AMALI YANG MENJANGKAU BUKU MASAKAN

    Pernyataan di ataas telah dibuat lebih daripada empat dekad lalu; Adakah ia

    masih sama di institusi anda? Bagaimanakah kita dapat bergerak menjangkaui

    kaedah `buku masakan' dan menggalakkan `pembelajaran penemuan'? Walau dalam

    situasi makmal yang paling berstruktur sekali pun, ada cara untuk membantu pelajar

    belajar melalui penyelidikan dengan membantu mereka menggunakan kemahiran

    penyiasatan mereka. Di sini diberikan beberapa petunjuk yang anda mungkin ingin

    pertimbangkan semasa mereka bentuk atau melaksanakan sesi makmal yang akan

    datang:

    5.5 AKTIVITI

    Ada yang mengatakan bahawa kebanyakan sesi makmal

    direka bentuk dengan menjangkakan suatu hasil yang

    khusus, dan pelajar dengan itu menggunakan masa untuk

    mendapatkan "hasil" yang guru kehendaki, bukannya

    mendapatkan pemahaman tentang proses untuk

    mendapatkan hasil. Berikan komen anda.

    It would be better for us if we did more forourselves. In practical work, for instance, were

    given a set of instructions showing us exactlywhat were to do. You can take a chap off

    Trumpington Street and give him the sheet, andhe would be able to do it (Marris, 1964, p. 64).

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    17/20

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    18/20

    Terima kasih.

    SS = Sangat SetujuS = Setuju

    TS = Tidak SetujuSTS = Sangat Tidak Setuju

    Amali tersebut

    Merangkumi bidang dan idea utama

    berkaitan dengan syarahan

    membantu menghubungkan teori

    dengan amalan

    dirancang dengan baik danberstruktur

    ceria dan meransang

    Pendemonstrasi / juru teknik

    menjelaskan apa yang dijangkakan

    daripada pelajar

    membantu pelajar dalam kesulitan

    yang mereka hadapi

    berminat tentang pelajar dan

    kemajuan mereka

    Sebagai seorang pelajar,

    saya ternanti-nanti amali tersebut

    saya seronok dengan amali tersebut

    saya belajar banyak daripada amalitersebut

    Sila tambahkan di bawah apa-apa komen tentang apa yang mungkin dapat menjadikan

    amali tersebut lebih baik untuk anda:

    __________________________________________________________________________________________________________________________________________

    SS S TS STS

    5.6 AKTIVITI

    Komen tentang senarai semak penilaian pelajar tentang

    amali. Adakah anda dapat menggunakannya untuk menilai

    sesi amali dalam kursus anda? Kenapa atau kenapa tidak?

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    19/20

    RINGKASAN

    Projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang penting dalam semua

    peringkat pendidikan.

    Projek digunakan dengan meluas kerana ia memberikan pelajar tugasan tulendan sebenar yang memerlukan mereka membuat keputusan dan mengaplikasi

    pengetahuan dan kemahiran yang relevan ke arah menghasilkan produk akhir.

    Kilpatrick mengenal pasti empat jenis projek: produk, pengalaman yangmenyeronokkan, menyelesaikan masalah dan mempelajari sesuatu.

    Henry mengklasifikasi projek kepada: berstruktur, spara-berstruktur dan tidakberstruktur.

    Enam fasa kaedah projek adalah: Memberitahu, Merancang, Membuat

    keputusan, Melaksanakan, Mengawal dan Menilai.

    Pengajaran makmal selalunya melibatkan memberi penerangan ringkas dan

    arahan kepada seluruh kelas dan kemudian membahagikan kelas kepadapasangan atau kumpulan kecil yang mengusahakan sebuah eksperimen yang

    khusus.

    Kemahiran pengajaran makmal:

    o Menerangkan dan mempersembahkan maklumat

    o Menyoal, mendengar dan merespon

    o Memberikan penerangan yang ringkas dan jelas tentang proses

    dan prosedur

    o Memberi arahan

    o Memerhati pelajar membuat kerja

    o

    Menjangka kesulitan utama tentang pemahaman

    o Menngenal pasti kesulitan utama tentang pemahaman

    o Bertanya soalan yang membimbing pelajar

    o Bertanya soalan yang menjelaskan kesulitan tentang

    pemahaman

    o Menjawab soalan dengan cara yang mudah, terus dan tidak

    kritikal

    o Menawarkan komen yang menyokong dan menggalakkan

    o Tahu bila dia harus membantu dan bila dia tidak patut

    membantu pelajar

  • 8/10/2019 Babl_5_Projek.Amali

    20/20

    Tugasan makmal harus dirancang dalam konteks keseluruhan kursus; dan

    mempertimbangkan kekangan seperti masa, peralatan, bahan, bilangan pelajar

    dan ruang makmal.

    Guru harus berusaha untuk menjangkau amali buku masakan yang kurang

    berstruktur dan kurang menggalakkan pemikiran.

    RUJUKAN

    Brown, G. and Atkins, M. (1998). Effective teaching. London: Routledge.

    Henry, J. (1994). Teaching through projects. London: Kogan Page Limited.

    Fried-Booth, D. (1986). Project work. New York: Oxford University Press.

    Kilpatrick, W. (1918). The Project Method, Teachers College Record 19. September.

    319334.

    The Laboratory, Guidelines for Improvement of Instruction. Outlines 9. 1978, 4-10.)

    Tippelt, R. and Amors, A. (2003). The project method in vocational training.

    Technological Cooperation, System Development and Management in Vocational

    Training. Mannheim. Germany.

    ISTILAHPENTING

    Projek Enam A sebuah projek Pengajaran makmal

    Projek berasakan produk Projek berstruktur Kemahiran

    Projek berasaskan Penyelidikan Projek Spara-berstruktur Amali

    Buku Masakan Idea projek Tugasan makmal

    Reka bentuk projek Projek tidak berstruktur