bab 7 sejarah ting. 2

11
7.8 MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB BAB 7 PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Upload: nur-liyana

Post on 24-Jun-2015

2.468 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

^^

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 7 SEJARAH TING. 2

7.8MAT SALLEH MENYANGGAH SBUB

BAB 7PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN

MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

Page 2: BAB 7 SEJARAH TING. 2

LATAR BELAKANG

• Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu.

• Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut.

• Berketurunan Bajau dan Suluk serta mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.

• Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan yang paling besar dalam sejarah penentangan terhadap SBUB di Sabah.

Page 3: BAB 7 SEJARAH TING. 2

FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH TERHADAP SBUB

• Perjuangan jihad

Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada

semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang

Sepanyol di selatan Filipina.

Page 4: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Peraturan yang membebankan

• Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB di Sabah kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru yang amat membebankan rakyat.

• Antaranya :

~ amalan buruh paksa

~ cukai beras

~ lesen perahu

Page 5: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Percubaan berunding gagal

• Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beautfort, C.V. Creagh.

• Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.

• Mat Salleh tidak dilayan.

• Setelah menunggu selama 10 hari, beliau meninggalkan Sandakan.

Page 6: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Perkampungan dibakar

• Gabenor Beutfort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB.

• SBUB bertindak :

~ membakar dan memusnahkan kampungnya

~ menawarkan 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Page 7: BAB 7 SEJARAH TING. 2

Peristiwa Penentangan Mat Salleh

• Julai 1897

• Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

• November 1897

• Mat Salleh menyerang Ambong.

Page 8: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• April 1898

• Rundingan pendamaian dan pengampunan diadakan antara Mat Salleh dengan William

Crowie , Pengarah Urusan SBUB di Menggatal.

• Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan.

Page 9: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Perjanjian April 1898

Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan.

Penduduk Inanam yang mentadbir melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan pulang.

Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan.

Mat Salleh dikehendaki melaporkan pergerakannya kepada SBUB.

Page 10: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Tahun 1899

• SBUB mungkir janji dan telah mengambil semula pentadbiran Tambunan. Mat Salleh

berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan dengan membina kubu di

Kampung Teboh, Tambunan.

• Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar- besaran.

Page 11: BAB 7 SEJARAH TING. 2

• Januari 1900

• Mat Salleh berjaya ditewaskan oleh SBUB dan beliau terkorban dalam pertempuran tersebut.

• Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Slor dan Kamunta.

• Julai 1902

• British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh.