bab 6: kesimpulan dan implikasi dasar 6.1 pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_bab_6.pdf ·...

15
437 BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluan Kajian ini menganalisis mengenai keterdedahanketerdedahan risiko syariah dalam SPT di Malaysia. Berdasarkan hasil perbincangan bab-bab yang lepas, bab ini akan membuat kesimpulan dan mengemukakan implikasi dasar dengan menumpukan kepada persoalan kajian dan objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam bab satu kajian ini. Selain itu juga, kajian ini akan menjelaskan beberapa cadangan untuk kajian yang akan datang dan kesimpulan keseluruhan kajian ini. Berikut adalah rumusan kajian berdasarkan persoalan dan objektif kajian yang telah dinyatakan pada bab satu kajian ini. 6.2 Rumusan Pertama, pematuhan syariah merupakan elemen utama yang membezakan SPT dengan syarikat insurans konvensional. Matlamat utama penubuhan SPT adalah untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran masyarakat Muslim yang memerlukan produk kewangan yang bebas daripada elemen-elemen tidak patuh syariah bagi melindungi risiko diri, keluarga, harta-benda, barang perniagaan dan lain-lain barang dan perkhidmatan sekiranya berhadapan kemalangan, kematian atau lain-lain musibah kerugian. Sebelum tahun 1984, hanya terdapat produk insurans konvensional untuk melindungi diri, keluarga harta-benda, barang perniagaan dan lain-lain. Bagaimanapun, produk insurans konvensional telah diputuskan sebagai tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen riba, perjudian dan gharar. Penubuhan SPT untuk menawarkan produk pengurusan risiko dikenali sebagai takaful yang merupakan kontrak berasaskan kepada semangat kerjasama dan tolong-menolong. Walau bagaimanapun, pihak SPT perlu memastikan seluruh operasi SPT adalah patuh syariah dari semasa ke semasa. Keperluan terhadap pematuhan syariah bukan sahaja dalam produk dan kontrak semata-

Upload: vumien

Post on 03-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

437

BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR

6.1 Pendahuluan

Kajian ini menganalisis mengenai keterdedahan–keterdedahan risiko syariah dalam SPT

di Malaysia. Berdasarkan hasil perbincangan bab-bab yang lepas, bab ini akan membuat

kesimpulan dan mengemukakan implikasi dasar dengan menumpukan kepada persoalan

kajian dan objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam bab satu kajian ini. Selain itu

juga, kajian ini akan menjelaskan beberapa cadangan untuk kajian yang akan datang dan

kesimpulan keseluruhan kajian ini. Berikut adalah rumusan kajian berdasarkan persoalan

dan objektif kajian yang telah dinyatakan pada bab satu kajian ini.

6.2 Rumusan

Pertama, pematuhan syariah merupakan elemen utama yang membezakan SPT dengan

syarikat insurans konvensional. Matlamat utama penubuhan SPT adalah untuk

memenuhi keperluan dan permintaan pasaran masyarakat Muslim yang memerlukan

produk kewangan yang bebas daripada elemen-elemen tidak patuh syariah bagi

melindungi risiko diri, keluarga, harta-benda, barang perniagaan dan lain-lain barang dan

perkhidmatan sekiranya berhadapan kemalangan, kematian atau lain-lain musibah

kerugian. Sebelum tahun 1984, hanya terdapat produk insurans konvensional untuk

melindungi diri, keluarga harta-benda, barang perniagaan dan lain-lain. Bagaimanapun,

produk insurans konvensional telah diputuskan sebagai tidak patuh syariah kerana

mempunyai elemen riba, perjudian dan gharar. Penubuhan SPT untuk menawarkan

produk pengurusan risiko dikenali sebagai takaful yang merupakan kontrak berasaskan

kepada semangat kerjasama dan tolong-menolong. Walau bagaimanapun, pihak SPT

perlu memastikan seluruh operasi SPT adalah patuh syariah dari semasa ke semasa.

Keperluan terhadap pematuhan syariah bukan sahaja dalam produk dan kontrak semata-

Page 2: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

438

mata malahan dalam operasi termasuklah pemasaran, pelaburan, pengunderaitan dan

lain-lain. Disebabkan keperluan terhadap pematuhan syariah, maka SPT terdedah dengan

risiko yang disebabkan ketidakpatuhan kepada keperluan syariah dikenali sebagai risiko

syariah. Terdapat dua aspek yang menyebabkan keterdedahan risiko syariah. Pertama,

terdapat riba, gharar, perjudian, ghubn, paksaan, taghrīr, ghalaṭ dan elemen-elemen lain

yang diputuskan tidak patuh syarah oleh MPS BNM atau JKS SPT. Kedua, keterdedahan

risiko syariah wujud apabila terdapat faktor-faktor keterdedahan risiko syariah seperti

isu resolusi syariah, operasi, sistem, kakitangan, kelemahan tadbir urus syariah dan lain-

lain.

Kedua, keterdedahan risiko syariah dalam SPT turut melibatkan aspek-aspek

perundangan berkaitan operasi penting SPT seperti pengasingan dana takaful, menangani

defisit dalam dana risiko peserta takaful, kepentingan boleh lindung, kewajipan

pendedahan, pembayaran manfaat takaful, tanggungjawab dan bidang kuasa MPS BNM

dan Jawatankuasa kuasa Syariah SPT. Sebelum APKI 2013 digazetkan pada 22 Mac

2013, industri takaful bergantung sepenuhnya kepada Akta Takaful 1984 bermula

apabila Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) iaitu SPT pertama ditubuhkan.

Setelah 25 tahun kemudian, ABNM 2009 pula telah digazetkan untuk memenuhi

kelompangan perundangan kewangan Islam yang semakin berkembang pesat namun

masih belum memenuhi kelompongan atau lakuna perundangan khususnya bagi SPT.

Setelah SPT mengalami perubahan yang pesat, terdapat banyak keputusan dan

resolusi syariah terkini yang diputuskan di peringkat pengawalselia iaitu MPS BNM

khususnya bagi isu-isu melibatkan operasi takaful seperti pengasingan dana takaful,

menangani defisit dalam dana risiko peserta takaful, kepentingan boleh lindung,

kewajipan pendedahan dan pembayaran manfaat takaful. Walaupun resolusi syariah

telah memutuskan dengan jelas mengenai isu-isu keterdedahan risiko syariah berkaitan

Page 3: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

439

aspek-aspek operasi tersebut, tetapi terdapat juga ruang-ruang kelompongan keputusan

resolusi syariah tersebut dipertikaikan kerana tiada perundangan sivil yang jelas

mengenai sejauhmana peruntukkan sah di sisi perundangan sivil. Kelompongan

perundangan sivil berkaitan pematuhan resolusi syariah menyebabkan ada resolusi

syariah tersebut tidak diimplementasikan oleh SPT-SPT tertentu1 kerana kebimbangan

terhadap pertikaian resolusi syariah tersebut. Tambahan lagi, terdapat isu-isu insiden

risiko syariah yang telah berlaku di peringkat global contoh isu status patuh syariah

kontrak ṣukūk2 dan isu pertikaian The Invesment Dar (TID) Company K.S.C.C (Kuwait)

Lawan Blom Development Bank (Blom) S.A.L (Lebanon)3. Oleh sebab itu, pihak

pengawalselia iaitu BNM telah mengeluarkan satu perundangan terkini dan mempunyai

peruntukkan yang jelas untuk mengawal selia operasi semua institusi kewangan Islam

termasuklah SPT iaitu APKI 2013. Hasil dapatan perbandingan semasa pra dan pasca

APKI menunjukkan bahawa keterdedahan risiko syariah melibatkan aspek operasi-

operasi utama SPT seperti pengasingan dana takaful, menangani defisit dalam dana risiko

peserta takaful, kepentingan boleh lindung, kewajipan pendedahan, pembayaran manfaat

takaful, tanggungjawab dan bidang kuasa MPS BNM dan JKS SPT serta tadbir urus

syariah telah jelas. Ini bermaksud APKI 2013 telah menutup ruang-ruang kelompangan

perundangan berkaitan SPT sekaligus menguruskan keterdedahan risiko syariah melalui

perundangan sivil.

Ketiga, keterdedahan risiko syariah turut berlaku dalam praktis sebenar SPT di

Malaysia. Keterdedahan risiko syariah melibatkan keseluruhan aktiviti dan operasi SPT

1 Terdapat SPT-SPT yang tidak melaksanakan benefisiari hibah bersyarat bagi penamaan kontrak takaful

walaupun resolusi syariah telah membenarkan pelaksanaan penamaan hibah bersyarat dalam pembayaran

manfaat takaful. Lihat Nurdianawati Irwani Abdullah dan Nazliatul Aniza Abdul Aziz. “Case Studies of

the Practice of Nomination and Hibah by Malaysian Takaful Operators” ISRA International Journal of

Islamic Finance 2, no.2 (2010), 67-100. 2 Wafica Ali Ghoul, “The Dilemma Facing Islamic Finance and Lessons Learned from the Global Financial

Crisis”, Journal of Islamic Economics, Banking and Finance 60 (7), no. 1, (Jan-Mar 2011), 57-76. Huraian

lanjut lihat bab 2 kajian ini. 3 The Investment Dar Company KSCC v. Blom Developments Bank Sal (2009) CH/2009/PTA/0455.

Huraian lanjut lihat bab 2 kajian ini.

Page 4: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

440

di Malaysia dalam pelbagai aspek seperti pelaburan, penerimaan risiko takaful am dan

keluarga, kesalahan kakitangan dan agen SPT, kesalahan sistem maklumat dan pelbagai

lagi. Hasil analisis data temu bual 11 informan yang terdiri Pegawai Bahagian Syariah

dan JKS SPT menunjukkan sebanyak 18 keterdedahan-keterdedahan risiko dalam SPT

di Malaysia yang telah dikodkan dengan menggunakan program Atlas.ti 7.

Keterdedahan-keterdedahan risiko syariah dilihat berbeza antara satu SPT dengan SPT

yang lain. Malahan, keterdedahan risiko syariah juga sukar dijangka dan memerlukan

proses pengenal pastian yang teliti dan mendalam untuk mengetahui dan memahami

sebarang keterdedahan-keterdedahan terhadap risiko syariah dalam operasi SPT.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat aspek utama yang terdedah kepada risiko

syariah yakni berkaitan resolusi syariah, operasi, sumber manusia dan kelemahan tadbir

urus syariah.

Keempat, hasil analisis data 11 informan yang telah ditemu bual turut

menunjukkan kebanyakan SPT tiada atau belum mempunyai model pengurusan risiko

syariah yang komprehensif dan sempurna4. Hasil temubual informan-informan kajian

mendapati 3 SPT iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Berhad dan

AmMetlife Takaful Berhad mempunyai usaha membangunkan sistem pengurusan risiko

syariah yang komprehensif dengan adanya kakitangan khusus menguruskan risiko

syariah dan bekerjasama dengan kepakaran kakitangan Bahagian Pengurusan Risiko5.

Manakala, SPT-SPT lain menguruskan keterdedahan risiko syariah melalui proses tadbir

urus syariah seperti peranan Bahagian Syariah dan JKS SPT itu sendiri serta pendekatan-

pendekatan lain6. Ini menunjukkan walaupun BNM memberikan tanggungjawab

4 Berdasarkan dapatan temubual menunjukkan integrasi dan peranan kakitangan pengurusan risiko masih

rendah. Lihat Bab 5 “dapatan kajian.” 5 Sepertimana yang dicadangkan oleh BNM. Lihat Bank Negara Malaysia, Shariah Governance

Framework for Islamic Financial Institutions, 25. 6 Lihat Jadual 5.6: Dapatan Analisis Silang Data Jumlah petikan (quotation) Berdasarkan kod (Pendekatan

Pengurusan Keterdedan Risiko Syariah) dan Primer Data (hasil temu bual informan-informan kajian).

Page 5: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

441

pematuhan syariah kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai-Pegawai Kanan dan JKS

SPT7 tetapi hanya Kakitangan khusus pematuhan syariah seperti Bahagian Syariah SPT

dan JKS SPT yang menguruskan keterdedahan risiko syariah di peringkat dalaman SPT.

Bagaimanapun, kakitangan bahagian seperti pengunderaitan, pemasaran, pelaburan turut

membantu dalam mengenal pasti keterdedahan risiko syariah SPT di Malaysia. Namun,

peranan kakitangan SPT ini perlu dipantau dan dikawal selia oleh Bahagian Syariah dan

JKS SPT dari semasa ke semasa.

Kelima, pengurusan keterdedahan risiko syariah dalam operasi dan aktiviti SPT

bukan sahaja memastikan SPT bebas daripada elemen riba, perjudian, gharar dan lain-

lain elemen tidak patuh syariah yang diputuskan oleh MPS BNM dan JKS SPT.

Malahan, pengurusan risiko syariah merangkumi matlamat untuk memastikan SPT

memenuhi segala liabiliti dalam kontrak takaful yang telah dipersetujui antara SPT dan

para peserta takaful. Dengan erti kata yang lain, keperluan patuh syariah SPT, bukanlah

membuka ruang untuk pertikaian sama ada patuh syariah atau tidak patuh syariah tetapi,

keperluan patuh syariah bertujuan memastikan kesemua liabiliti dalam kontrak takaful

dapat dipenuhi dan diimplementasi sepenuhnya untuk kepentingan semua pihak yang

berkontrak. Dalam masa yang sama, SPT perlu memastikan pematuhan syariah yang

pada tahap yang terbaik dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, proses pengurusan risiko

syariah bukan selesai dalam tempoh masa singkat malahan usaha penambah baik

pengurusan risiko syariah merupakan proses berterusan dan berlangsungan selagi mana

SPT beroperasi. Situasi dan cabaran menguruskan keterdedahan risiko syariah turut

berubah berubah mengikut suasana pasaran.

Keenam, terdapat insiden-insiden risiko syariah yang telah dikenal pasti berlaku

dalam SPT-SPT di Malaysia contohnya lebihan dalam caj wakalah dan penerimaan risiko

7 Lihat, Seksyen 29 (3) APKI 2013.

Page 6: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

442

am yang tidak patuh syariah dan pelaburan sekuriti yang tidak patuh syariah. Namun

begitu, pihak SPT-SPT di Malaysia melalui Bahagian Syariah, JKS SPT dan bahagian-

bahagian lain SPT telah menjalankan langkah pemulihan atau pembetulan yang terbaik

dengan memastikan pengurusan insiden risiko syariah yang telah berlaku. Secara

teoritikalnya, insiden risiko syariah ini memberi implikasi negatif terhadap SPT tersebut.

Bagaimanapun, dalam amalan sebenar industri takaful, usaha dan komitmen SPT untuk

melakukan langkah pembetulan seperti mengasingkan pendapatan dan menyerah

pendapatan tidak diiktiraf syariah tersebut kepada badan-badan kebajikan merupakan

satu tindakan pembetulan yang terbaik. Justeru, implikasi dan persepsi negatif terhadap

SPT yang berhadapan dengan insiden risiko syariah perlu diperbetulkan. Proses tindakan

pembetulan dan pemulihan insiden risiko syariah menunjukkan ketelusan dan komitmen

jitu SPT tersebut untuk memastikan seluruh operasi dan aktiviti SPT adalah patuh syariah

bertepatan dengan kehendak para peserta, para pemegang saham dan reputasi industri

kewangan Islam secara amnya.

Ketujuh, ketelusan dan maklumat mengenai keterdedahan risiko syariah dan

pendekatan pengurusan keterdedahan risiko syariah kini bukan hanya untuk golongan

Muslim malahan meliputi masyarakat termasuklah bukan Muslim. Ini berikutan

pengurusan keterdedahan risiko syariah adalah bermatlamat pencapaian Maqāṣid al-

Sharīah melindungi perkara-perkara asas seperti agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta benda sehingga pencapaian kemaslahatan yang sempurna yakni tahṣīniyyāt seperti

mempunyai hak kebebasan menyerahkan manfaat takaful kepada sesiapa yang

dikehendaki melalui benefisiri hibah bersyarat8. Pengurusan risiko syariah merangkumi

8 Para peserta takaful sama ada Muslim atau bukan Muslim dibenarkan membuat penamaan pembayaran

manfaat takaful kepada sesiapa sahaja melalui kontrak benefisiari hibah bersyarat. Manakala, kontrak

insurans konvensional hanya membenarkan pembayaran manfaat takaful kepada statuory trust sahaja iaitu

pasangan suami atau isteri, anak-anak atau ibu bapa sekiranya tiada pasangan atau anak-anak yang layak

menerima wang polisi insurans tersebut. Perbincangan lanjut lihat, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Joni

Tamkin Borhan dan Nurhanani Romli, “Pendekatan Wasatiyah dalam Praktis Pembayaran Manfaat

Page 7: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

443

komitmen pihak SPT untuk memenuhi kontrak takaful sepenuhnya kerana setiap liabiliti

dianggap sebagai amanah para peserta kepada SPT untuk dilaksanakan dan dipenuhi

sebaiknya. Kegagalan pihak SPT memenuhi liabiliti kontrak takaful dianggap sebagai

mungkir atau tidak menjalankan amanah sebagai wakil para peserta takaful. Justeru,

pengurusan risiko syariah merupakan perlindungan terhadap kontrak takaful dan

bukannya ruang atau kebarangkalian untuk dipertikai sama ada kontrak tersebut patuh

syariah atau tidak patuh syariah.

6.3 Implikasi Dasar

Berdasarkan kepada penjelasan rumusan-rumusan di bahagian 6.1, bahagian ini akan

mengemukakan beberapa impikasi dasar khusus yang bersesuaian dengan keterdedahan-

keterdahan risiko syariah dalam SPT di Malaysia. Berikut adalah impikasi dasar yang

dikemukakan berdasarkan kepada rumusan yang telah dihuraikan di atas.

Pertama, keterdedahan risiko syariah dalam aspek penerimaan risiko takaful am

dan takaful keluarga adalah berbeza antara satu SPT dengan SPT yang lain. Jika dilihat

secara literal, situasi ini seakan-akan menyebabkan pertikaian dan perbezaan dalam

industri takaful di Malaysia. Namun begitu, situasi ini bukan pertentangan pandangan

syariah akan tetapi disebabkan kesemua SPT-SPT di Malaysia mempunyai profil dan

visi syarikat yang pelbagai. Contohnya ada SPT yang dimiliki syarikat tempatan dan juga

SPT berkongsi pemilikan dengan syarikat antarabangsa. Terdapat juga perbezaan dalam

jenis lesen pengendali takaful sama ada komposit atau keluarga, jumlah modal,

kekukuhan syarikat sama ada syarikat baru atau lama dan kecenderungan perniagaan

yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih ringan

dan mampu dipraktis oleh mana-mana SPT yang beroperasi di Malaysia. Selain itu, pihak

Takaful di Malaysia” (makalah, Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu kali ke-V, College of

Islamic Studies, Prince of Songkla University, Pattani Thailand, 12-14 September 2015), 147-166.

Page 8: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

444

MPS BNM sentiasa terbuka dengan sedia berbincang sekiranya SPT berhadapan

masalah-masalah tertentu pada aspek pematuhan syariah. Bagaimanapun, BNM juga

telah menggazetkan APKI 2013 sebagai perundangan pematuhan syariah dalam industri

kewangan Islam termasuklah industri takaful. Selain itu juga, terdapat standard-standard

pematuhan syariah yang telah diputuskan oleh MPS BNM khususnya garis panduan yang

perlu dipatuhi oleh semua SPT di Malaysia.

Kedua, peruntukkan perundangan AKPI 2013 baru digazetkan dalam tempoh

lebih kurang 3 tahun sahaja. Suatu tempoh yang masih baru khususnya bagi

mengimplementasikan sepenuhnya perundangan dalam praktis sebenar. Oleh sebab itu,

terdapat peruntukkan perundangan dalam APKI 2013 masih dipertikaikan, samar dan

tidak jelas dalam aspek pelaksanaan dalam pasaran. Justeru, BNM dan SPT perlu

bekerjasama merangka kursus atau silibus pengajian untuk memberi pengetahuan

pematuhan syariah dan dalam konteks perundangan terkini iaitu APKI 2013. Silibus

pengajian pematuhan syariah dan perundangan APKI 2013 perlu diwajibkan kepada

semua kakitangan SPT merangkumi kakitangan Syariah, pemasaran, pengunderaitan,

pembangunan produk, pihak pengurusan SPT, agen dan broker SPT. Malahan silibus

pengajian pematuhan syariah dan perundangan APKI 2013 ini boleh disyorkan dan

digalakkan kepada semua peserta dan bakal peserta terutama peserta berkapasiti besar

seperti syarikat, organisasi atau badan-badan tertentu untuk memahami aspek pematuhan

syariah dan perundangan APKI 2013. Ini berikutan semua pihak-pihak yang berurusan

dalam operasi SPT perlu memahami kontrak asas dalam kewangan Islam khususnya

takaful. Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menguruskan daripada

berlakunya insiden-insiden risiko syariah. Langkah mewajibkan kos pengajian berkaitan

pematuhan syariah dan perundangan APKI 2013 merupakan pendekatan dalam

mengukuhkan proses pengurusan risiko syariah dalam SPT.

Page 9: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

445

Ketiga, keterdedahan risiko syariah turut disebabkan persepsi masyarakat umum

Muslim di Malaysia yang SPT begitu berhati-hati dan terpaksa menolak permohonan

risiko yang mempunyai imej buruk pada pandangan masayarakat Muslim. Walaupun,

risiko tersebut pada hakikat masih lagi dalam ruang lingkup Maqāṣid al-Sharīah itu

sendiri yang melindungi nyawa, agama, akal, harta-benda dan keturunan. Tetapi, risiko

tersebut terpaksa ditolak atas dasar menjaga reputasi dan akhirnya pihak pemohon

tersebut terpaksa memohon perlindungan insurans konvensioanal yang jelas mempunyai

elemen haram seperti riba, perjudian dan gharar. Kebanyakan masyarakat Muslim

umumnya beranggapan bahawa IKI termasuklah SPT hanya merupakan institusi yang

beroperasi seperti masjid atau jabatan agama Islam atau badan kebajikan Islam yang

menguruskan hal ehwal orang Muslim semata-mata.

Sedangkan pematuhan syariah itu bersifat universal melindungi seluruh alam

termasuklah Muslim, bukan Muslim, harta benda, alam sekitar sehingga makhluk seperti

haiwan dan tumbuhan. Inilah yang merupakan objektif dalam pematuhan syariah. Oleh

sebab itu, kerajaan, BNM atau SPT itu sendiri perlu memberi pengetahuan dan

penjelasan lanjut melalui kempen penerangan dan penjelasan sebenar mengenai patuh

syariah. Seperti kempen kefahaman Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

kepada masyarakat umum melalui media massa, kempen pemahaman konsep patuh

syariah perlu dijelaskan kepada masyarakat umum Muslim dan bukan Muslim melalui

media masa seperti televisyen, radio, akhbar-akhbar bercetak dan juga laman sosial yang

begitu efektif dalam penyebaran maklumat dan penjelasan berkaitan. Ini merupakan

salah satu pendekatan menguruskan risiko syariah yang melibatkan persepsi negatif

daripada masyarakat umum mengenai IKI patuh syariah. Namun begitu, ini merupakan

cabaran dan tanggungjawab besar dalam memberi kefahaman pematuhan syariah kepada

masyarakat dan memerlukan suatu tempoh masa yang panjang.

Page 10: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

446

Keempat, pemahaman masyarakat umum sama ada Muslim dan bukan Muslim

mengenai konsep pematuhan syariah memberikan ruang dan peluang urus niaga kontrak

takaful yang lebih besar. Walaubagaimanapun, proses pengurusan keterdedahan risiko

syariah seringkali berhadapan konflik antara pematuhan syariah dan pengukuhan

perniagaan. Dalam situasi ini, konsep pengharmonian perlu diaplikasikan yakni

keseimbangan antara pematuhan syariah dan pengukuhan perniagaan. Ini kerana kedua-

dua aspek ini saling memerlukan dalam industri takaful. Kebanyakan situasi memerlukan

keutamaan pematuhan syariah kerana patuh syariah syariah adalah elemen utama yang

membezakan dengan operasi syarikat insurans konvensional. Namun begitu, tidak

dinafikan bahawa SPT juga berhadapan masalah yang tidak dapat dielakkan yang

menyebabkan SPT perlu bertolenrasi dalam aspek pematuhan syariah. Oleh yang

demikian, kompentensi dan kebijaksanaan JKS SPT di peringkat SPT dan MPS BNM

sangat diperlukan dalam proses ijtihad dalam memutuskan resolusi syariah yang

berdasarkan kajian dan pembuktian yang jelas dan mendalam.

Kelima, BNM selaku pengawal selia perlu menjalankan pemantauan dalaman

dan luaran secara berkala berkaitan pematuhan syariah dalam operasi SPT. BNM

merupakan sebahagian daripada medium sistem penyaringan pematuhan syariah. Oleh

yang demikian, BNM telah menggubal perundangan APKI 2013 untuk memastikan

keseluruhan operasi SPT mengutamakan aspek pematuhan syariah. Di peringkat awal,

pematuhan syariah hanya sekadar hukuman Seksyen 11(1) (a) Akta Takaful 1984 yakni

BNM boleh membatalkan lessen perniagaan takaful tersebut. Kemudian, diikuti

penggazetan seksyen 59(3) ABNM 2009 menyatakan mana-mana orang yang tidak

mematuhi garis panduan BNM termasuklah berkaitan pematuhan syariah boleh didenda

tidak melebihi tiga juta ringgit. Terkini, seksyen 28(5) dan seksyen 29(6) APKI 2013

yang mengenakan hukuman tegas yakni apabila disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima

Page 11: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

447

juta ringgit atau kedua–duanya. Hukuman yang semakin berat dan tegas ini

menyebabkan setiap individu dalam SPT termasuklah Lembaga Pengarah, Pegawai-

Pegawai Kanan dan kakitangan lain sentiasa waspada dan menyedari kepentingan

mengenai implementasi patuh syariah dalam seluruh operasi SPT.

Keenam, apa sahaja setiap keterdedahan risiko syariah yang berlaku dalam IKI

termasuklah SPT mesti diuruskan secara komprehensif dan melalui proses pembetulan

dan penambah baikkan. Tidak dinafikan pengurusan risiko syariah bergantung kepada

maklumat-maklumat yang diperolehi dan kemudian melalui proses ijtihad oleh

kepakaran dan sarjana kewangan Islam di Malaysia yang terdiri di kalangan MPS BNM

dan ahli-ahli JKS SPT. Dalam proses pengurusan keterdedahan risiko syariah, terdapat

kebarangkalian berlakunya kesalahan dan kesilapan yang dilakukan yang mana mungkin

menyebabkan insiden risiko syariah. Tindakan yang paling penting adalah bagaimana

proses menguruskan insiden risiko syariah agar kembali pada tahap patuh syariah. Pihak

pengawal selia atau JKS SPT atau mana pihak berkaitan SPT tidak boleh sewenang-

wenang mempertikaikan kontrak takaful lantas membatalkan segala kontrak dan

perjanjian tersebut. Tindakan membatalkan segala kontrak dan perjanjian dilihat begitu

mudah akan tetapi memberikan implikasi negatif yang besar kepada industri takaful

khususnya dan industri kewangan Islam amnya. Tambahan lagi, Malaysia merupakan

negara yang dijadikan rujukan dunia dalam menjalankan industri kewangan Islam.

Justeru, segala tindakan IKI di Malaysia dalam menangani keterdedahan risiko syariah

akan dijadikan panduan dan rujukan oleh pengamal industri kewangan Islam dari negara-

negara lain. Oleh sebab itu, pengawal selia perlu bersedia berhadapan dengan segala

kemungkinan keterdedahan risiko syariah dengan bantuan dan kerjasama kepakaran-

kepakaran kewangan Islam untuk memastikan pengurusan risiko syariah yang terbaik

bagi mengukuhkan daya tahan dan pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia.

Page 12: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

448

Ketujuh, keterdedahan risiko syariah meliputi aspek perundangan, operasi,

penerimaan risiko, pelaburan dan aspek-aspek teknikal dalam SPT. Oleh sebab itu, SPT

memerlukan sumber modal insan yang menguasai bidang kepakaran iaitu berkaitan

pematuhan syariah dan juga aspek perundangan, operasi, penerimaan risiko, pelaburan,

pengauditan dan aspek-aspek teknikal dalam operasi SPT. Kerajaan Malaysia dengan

kerjasama BNM serta institusi pengajian tinggi perlu menjalankan usaha sama bagi

melahirkan modal-modal insan yang menguasai dua bidang kepakaran yakni menguasai

aspek pelaburan, pengunderaitan, pengurusan risiko, pengauditan, perakaunan dan lain-

lain aspek teknikal dalam institusi kewangan dan turut mempunyai pengetahuan yang

mantap dalam pematuhan syariah dalam kewangan Islam. Dengan adanya sumber-

sumber manusia berasaskan pengajian kewangan dan pengajian syariah membolehkan

institusi kewangan Islam termasuklah SPT membangunkan operasi SPT bukan sahaja

patuh syariah dari fizikal malahan mempunyai semangat untuk menjalankan aktiviti dan

operasi SPT yang patuh syariah sebagai sebahagian bentuk ibadah kepada Allah S.W.T.

Kelapan, di peringkat awal penubuhan SPT di Malaysia, SPT dianggap sebagai

pengganti atau alternatif kepada syarikat insurans konvensional untuk menawarkan

produk patuh syariah iaitu takaful kepada pasaran masyarakat Muslim di Malaysia.

Namun, setelah 32 tahun SPT di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 11 SPT

yang beroperasi pada masa kini, SPT bukan lagi alternatif tetapi perlu berubah untuk

menjadi pesaing kepada syarikat insurans konvensional. Peningkatan jumlah caruman

takaful menunjukkan perkembangan industri takaful di Malaysia. Tambahan lagi,

kebanyakan syarikat-syarikat perbankan konvensional dan insurans konvensional di

peringkat global dan tempatan turut menceburi bidang takaful dengan penubuhan SPT

seperti AIA Public Takaful Bhd, Great Eastern Takaful Berhad, HSBC Amanah Takaful

(Malaysia) Berhad, Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad

dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Keadaan ini menunjukkan peluang urus niaga

Page 13: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

449

yang besar dalam industri takaful. Oleh sebab itu, SPT perlu berusaha dengan terbaik

untuk mengukuhkan perniagaan takaful sebagai produk pengurusan risiko patuh syariah.

Secara keseluruhannya, cadangan implikasi dasar yang telah dibincangkan

bertujuan menganalisis keterdedahan-keterdedahan risiko syariah dan pendekatan

menguruskan keterdedahan risiko syariah SPT di Malaysia.

6.4 Cadangan Dan Saranan

Rumusan dan implikasi yang telah diperjelaskan dalam bahagian 6.2 adalah berdasarkan

pengumpulan data teoritikal kajian-kajian terdahulu dan hasil temu bual informan-

informan dalam kajian yang begitu bergantung dan terhad kepada sejauh mana budi

bicara dan kesediaan informan berkongsi maklumat mengenai keterdedahan risiko

syariah. Ini berikutan kebanyakan keterdedahan risiko syariah yang dihadapi oleh SPT

dianggap begitu sulit dan rahsia syarikat kerana persepsi pasaran masih menganggap

bahawa setiap keterdedahan risiko syariah adalah negatif. Sedangkan insiden risiko

syariah yang diuruskan dengan langkah pemulihan dan pembetulan yang betul adalah

tindakan pengurusan risiko syariah yang terbaik. Oleh itu, beberapa cadangan kajian

yang boleh dilakukan untuk kajian akan datang.

1. Menjalankan kajian secara kuantitatif untuk mengkaji bagaimana proses

pengenal pastian, pengukuran dan kawalan keterdedahan risiko syariah dalam

SPT.

2. Menjalankan kajian dalam aspek penerimaan risiko takaful am dan takaful

keluarga daripada perspektif fiqah dan usul al-fiqh dan implikasi terhadap

keterdedahan risiko syariah.

Page 14: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

450

3. Menjalankan kajian perbandingan pengurusan risiko syariah antara SPT-SPT di

Malaysia dengan SPT-SPT di negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Negara-

Negara Timur Tengah.

6.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian telah meneliti dan mendalami keterdedahan-keterdedahan

risiko syariah dalam SPT di Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat empat

aspek utama keterdedahan risiko syariah SPT di Malaysia yakni isu resolusi syariah,

sumber manusia, operasi dan kelemahan tadbir urus syariah. Bagaimanapun,

keterdedahan risiko syariah SPT di Malaysia mampu diuruskan melalui pendekatan

tadbir urus syariah di peringkat dalam SPT sahaja khususnya keterdedahan risiko syariah

melibatkan operasi dan sumber manusia. Manakala, keterdedahan risiko syariah

berkaitan isu resolusi syariah seperti ketiadaan standard syariah dan isu kelemahan tadbir

urus syariah seperti kelemahan pengauditan syariah merupakan isu makro yang dihadapi

oleh semua SPT. Keterdedahan risiko syariah melibatkan isu makro memerlukan usaha

yang berterusan dan melalui proses penambah baik dalam jangka masa panjang.

Misalnya, keterdedahan risiko syariah dalam SPT Malaysia berkaitan isu resolusis

disebabkan oleh perbezaan pandangan JKS SPT yang menyebabkan perbezaan praktis

dalam SPT-SPT di Malaysia9. Oleh hal yang demikian, perbezaan pandangan dan praktis

SPT di Malaysia perlu diseragam melalui standard pematuhan syariah daripada

pengawalselia yakni BNM untuk memastikan perbezaan praktis ini tidak memberikan

implikasi yang lebih besar sehingga menyebabkan pertikaian kontrak dan produk takaful

itu sendiri. Dalam situasi tertentu, perbezaan resolusi syariah antara satu SPT dengan

SPT lain mungkin berlaku. Oleh yang demikian, setiap resolusi syariah yang diputuskan

di peringkat dalaman JKS SPT perlu diperjelaskan secara terperinci untuk mengelakkan

9 Perbezaan resolusi syariah dalam kewangan Islam menyebabkan risiko syariah. Lihat Hennie van

Greuning dan Zamir Iqbal, Risk Analysis for Islamic Banks, 181.

Page 15: BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR 6.1 Pendahuluanstudentsrepo.um.edu.my/7413/13/12_Bab_6.pdf · yang berbeza. Jesteru, keputusan resolusi syariah di peringkat MPS adalah lebih

451

sebarang pertikaian pada masa akan datang sama ada oleh masyarakat awam mahupun

individu-individu berkepakaran.

Justeru, keseragaman praktis pematuhan syariah melalui standard dan garis

panduan daripada pengawal selia diperlukan terutamanya melibatkan aspek-aspek

operasi penting SPT. Keseragaman praktis standard pematuhan syariah SPT bukan

bertujuan menutup ruang-ruang ijtihad di kalangan kepakaran syariah dalam SPT tetapi

bertujuan mencapai kemaslahatan yang lebih besar kepada SPT iaitu kemampuan

menawarkan produk takaful yang lebih baik, memenuhi setiap liabiliti kontrak takaful

dan meningkat kemampuan penawaran produk-produk takaful. Selain itu juga, peranan

JKS SPT tidak terhad di peringkat SPT semata-mata malahan pandangan JKS SPT ini

turut dipertimbangkan sebelum keputusan atau resolusi syariah di peringkat BNM

dikeluarkan. Oleh yang demikian, perseragaman praktis pematuhan syariah SPT di

Malaysia diperlukan bagi memastikan perkembangan dan daya tahan industri takaful di

Malaysia untuk mendapatkan penguasaan pasaran dalam produk pengurusan risiko

dengan kemampuan bersaing dengan syarikat insurans konvensional.

Sebagai rumusan akhir, kajian menunjukkan terdapat pelbagai keterdedahan

risiko syariah dalam SPT-SPT di Malaysia. Pihak industri takaful khususnya SPT dan

pengawal selia BNM perlu bekerjasama dalam membuat persediaan untuk berhadapan

dengan sebarang keterdedahan-keterdedahan risiko syariah SPT-SPT di Malaysia bagi

memajukan lagi industri takaful di negara ini. Pengurusan risiko syariah yang baik

berupaya untuk membantu bagi memartabatkan Malaysia sebagai sebuah hub kewangan

Islam terbaik di dunia.