bab 4 a

8
BAB 4 :PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH Setelah melihat kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kelas Cikgu Danial. Mari kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi masalah tersebut dengan memahami model-model yang terdapat dalam Pengurusan Bilik Darjah. MODEL PENGURUSAN DISIPLIN * Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner * Model Disiplin Asertif Lee Canter * Model Akibat Logikal Rudolf Dreikurs * Model Pengurusan Kelompok Jacob S. Kounin * Model Terapi Realiti William Glasser Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner § Diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner ( 1904- 1990). § Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini § Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif. - pengeguhan positif: murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising ,melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran. - peneguhan negatif : sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, sebagai tindakan atau

Upload: cyti-wawa

Post on 28-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

BAB 4 :PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Setelah melihat kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kelas Cikgu Danial. Mari kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi masalah tersebut dengan memahami model-model yang terdapat dalam Pengurusan Bilik Darjah.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

* Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner* Model Disiplin Asertif Lee Canter* Model Akibat Logikal Rudolf Dreikurs* Model Pengurusan Kelompok Jacob S. Kounin* Model Terapi Realiti William Glasser

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

Diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner ( 1904- 1990). Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif.- pengeguhan positif: murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising ,melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran.- peneguhan negatif : sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, sebagai tindakan atau peneguhan guru itu akan merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Menggunakan dendaan ke atas tingkah laku murid yang salah atau tidak diingini. Peneguhan berkala.

Model Disiplin Asertif Canter

Diasaskan oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan bilik darjah perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancer. Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif iaitu secara berkeyakinan dan tegas. Guru beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Jenis-Jenis Guru Dalam Model Disiplin Asertif Canter

Guru yang agresif : lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur.Guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.Guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan.

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah penerangan peraturan cara pelaksanaan peraturan semak kefahaman murid maklumkan tentang ganjaran penerangan tentang tindakan pembetulan cara tindakan pembetulan dikenakan semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid bertindak dengan tenang konsisten berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini beri peluang kepada murid meluahkan perasaan teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah perlu ditangani dengan berhemah paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model Akibat Logikal Dreikurs

Diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972) Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Motif-motif tingkah laku bermasalah: mendapatkan perhatian mencabar kuasa membalas dendam mempamerkan kekuranganCara komunikasi yang berkesan untuk guru menangani salah laku murid:

Sentiasa berkomunikasi perkara yang positif. Menggalakkan peningkatan murid Mengenal pasti kelemahan murid belajar daripada kesilapan percaya kebolehan murid Galakkan murid semangat bekerjasama Menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian murid optimis beri galakan dan motivasi

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Diasaskan oleh Jacob Kounin(1971). Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan.(overlapping)

Contoh: dalam gerak kerja berkumpulan, guru ini Berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh. Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Model Terapi Realiti oleh William Glasser Diasaskan oleh William Glasser Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat.- Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Keperluan-keperluan asas termasuk: - kasih sayang- mempunyai kuasa dan kawalan- kebebasan- keseronokan- Kurikulum yang berkualiti- Kualiti pengajaran. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Kesan-kesan terapi realiti : - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku- bertindak sebagai pembimbing murid.Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Membina bilik darjah yang berkualiti

tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian bina hubungan dengan guru murid. peraturan kelas elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul sesuatu masalah pengetahuan kompentensi kualiti penilaian kefahaman dan penggunaan