bab 2 elektrik teras ting 3

5
ELEKTRIK Mengira Kos Tenaga Elektrik Membaca Meter Kilowatt Jam (kWJ) Meter kilowatt jam (kWj) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan. Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital mempunyai beberapa ruang nombor yang menunjukkan bacaan ribuan, ratusan, puluhan, unit, dan persepuluh. Meter kilowatt jam (kWj) yang dipasang adalah jenis meter digital Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam. 1 kilowatt = 1000 watt 1 kilowatt jam = 1 000 watt x 1 jam (1000 watt digunakan dalam masa 1 jam) 1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan) Meter kWj Jenis Digital Meter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan 0.1 Bacaan meter dibaca mengikut digit besar ke digit kecil Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang daripada satu unit. Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan. Pengguna akan menerima bil pada setiap bulan berdasarkan jumlah tenaga yang telah digunakan. Pengiraan bil elektrik Langkah-langkah: 1. Dapatkan bacaan meter terbaru 2. Dapatkan bacaan meter bulan lepas 3. Dapatkan unit yang digunakan = Bacaan meter terbaru - Bacaan meter bulan lepas 4. Mengira jumlah bayaran 4.1. Rujuk jadual kadar tarif (di bil elektrik) Contoh: Bagi 200 unit pertama sebulan 0.218 Bagi 800 unit berikutnya sebulan 0.334 4.2. Contoh unit yang digunakan ialah 300 unit 200 unit x 0.218 = RM 43.60 100 unit x 0.334 = RM 33.40 300 unit RM 77.00 Jumlah bayaran dikira dengan mendarabkan jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan dengan kadar seunit. Kadar seunit adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang telah ditetapkan oleh pihak pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad. Kadar tarif yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut keperluan dan penggunaannya. Antara yang telah ditetapkan adalah seperti tarif kediaman, perdagangan, perindustrian, perlombongan, dan lain-lain. Membaca Maklumat pada Plat Perincian Motor DC Plat perincian motor boleh didapati pada badan motor atau pada badan peralatan elektrik. Ia mengandungi banyak maklumat tentang motor yang digunakan dalam sesuatu peralatan elektrik. Antara maklumat yang biasa didapati pada plat perincian motor ialah jenis (type), voltan (volt), pusingan seminit (rpm), dan kuasa (watt).

Upload: hasni-shaib

Post on 19-Jun-2015

643 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 elektrik teras ting 3

ELEKTRIK

Mengira Kos Tenaga Elektrik

Membaca Meter Kilowatt Jam (kWJ)Meter kilowatt jam (kWj) digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan.

Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital mempunyai beberapa ruang nombor yang menunjukkan bacaan ribuan, ratusan, puluhan, unit, dan persepuluh. Meter kilowatt jam (kWj) yang dipasang adalah jenis meter digital Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam.

1 kilowatt = 1000 watt1 kilowatt jam = 1 000 watt x 1 jam

(1000 watt digunakan dalam masa 1 jam) 1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)

Meter kWj Jenis DigitalMeter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan

0.1 Bacaan meter dibaca mengikut digit besar ke digit kecil Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang daripada satu unit.

Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan. Pengguna akan menerima bil pada setiap bulan berdasarkan jumlah tenaga yang telah digunakan.

Pengiraan bil elektrikLangkah-langkah:1. Dapatkan bacaan meter terbaru2. Dapatkan bacaan meter bulan lepas3. Dapatkan unit yang digunakan = Bacaan meter terbaru - Bacaan meter bulan lepas4. Mengira jumlah bayaran

4.1.Rujuk jadual kadar tarif (di bil elektrik)Contoh: Bagi 200 unit pertama sebulan 0.218

Bagi 800 unit berikutnya sebulan 0.3344.2. Contoh unit yang digunakan ialah 300 unit

200 unit x 0.218 = RM 43.60100 unit x 0.334 = RM 33.40300 unit RM 77.00

Jumlah bayaran dikira dengan mendarabkan jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan dengan kadar seunit. Kadar seunit adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang telah ditetapkan oleh pihak pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad.

Kadar tarif yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut keperluan dan penggunaannya. Antara yang telah ditetapkan adalah seperti tarif kediaman, perdagangan, perindustrian, perlombongan, dan lain-lain.

Membaca Maklumat pada Plat Perincian Motor DCPlat perincian motor boleh didapati pada badan motor atau pada badan peralatan elektrik. Ia

mengandungi banyak maklumat tentang motor yang digunakan dalam sesuatu peralatan elektrik. Antara maklumat yang biasa didapati pada plat perincian motor ialah jenis (type), voltan (volt), pusingan seminit (rpm), dan kuasa (watt).

Page 2: Bab 2 elektrik teras ting 3

Mengenali Jenis-jenis MotorMotor elektrik menghasilkan tenaga kinetik sebagai penggerak utama untuk menjalankan

sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik arus terus (DC) atau arus ulang-alik (AC).

Terdapat dua jenis motor elektrik.• Motor arus terus (DC) dan• Motor arus ulang-alik (AC)

Peralatan dan Jenis Motor yang Digunakan

Peralatan Jenis MotorMesin gerudi cordless Motor DCMesin gerudi lantai Motor ACMesin canai Motor ACSander Motor AC

Bahagian CItama Motor Arus Terus (DC)Motor arus terus (DC) terdiri daripada bahagian-bahagian berikut, iaitu rangka utama, magnet kekal, gegelung angker, berus karbon, dan penukartertib (komutator).

magnet kekal

Rangka UtamaBahagian yang dikenal sebagai yoke berfungsi untuk menyokong atau menempatkan

komponen-komponen lain.

Magnet KekalMagnet kekal dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung medan.

Gegelung AngkerGegelung angker akan menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama pula akan menolak.

Berus KarbonBerus karbon yang diperbuat daripada karbon ini dipasang pada bahagian atas dan bawah penukartertib. Bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum mengalir ke penukartertib.

Penukartertib (Commutator)Penukartertib berbentuk silinder didapati di dalam pemutar. Komponen ini terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas ini bergantung kepada bilangan lilitan angker. Pada hujung setiap belitan angker akan dipateri pada palang logam tersebut.

Page 3: Bab 2 elektrik teras ting 3

Arah Pusingan Motor DCPusingan sesuatu motor DC boleh diubah mengikut pusingan jam atau lawan jam dengan

menukarkan sambungan punca bekalan pengaliran arus elektrik. Arus elektrik ini akan menggerakkan peralatan elektrik yang berasaskan motor.

Prinsip Pergerakan Motor DC

1 Ketika keadaan gegelung mendatar dan suis bekalan elektrik dihidupkan (on), litar lengkap akan terhasil kerana penukartertib bersentuhan dengan berus karbon. Arus yang mengalir melalui gegelung akan mewujudkan elektromagnet. Medan magnet dari gegelung dan medan magnet dari magnet kekal akan berpadu menyebabkan gegelung berputar suku putaran mengikut arah jam.Pada masa ini, gegelung berada dalam keadaan menegak.

2 Gegelung yang berada pada kedudukan menegak menyebabkan berus karbon tidak bersentuhan dengan penukartertib. Oleh itu, arus tidak akan mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap. Kesan paduan daripada medan magnet menyebabkan gegelung terus berputar suku putaran lagi menjadi separuh putaran lengkap. Ketika ini, gegelung berada pada kedudukan mendatar.

3 Gegelung pada kedudukan mendatar sekali lagi mewujudkan litar lengkap kerana berus karbon yang bersentuhan dengan penukartertib. Medan magnet terhasil sekali lagi di dalam gegelung dan mewujudkan elektromagnet yang berpadu dengan magnet kekal. Ini akan menyebabkan putaran gegelung berlaku suku putaran lagi dan gegelung akan berada pada kedudukan menegak semula.

4 Ketika gegelung dalam keadaan menegak, tiada arus mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap. Bagaimanapun, kesan daripada paduan medan magnet akan terus memutarkan gegelung suku putaran lagi menjadi satu putaran lengkap. Proses ini akan berterusan untuk menghasilkan putaran pada gegelung dalam motor elektrik.

Page 4: Bab 2 elektrik teras ting 3

Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DCMotor DC yang menerima bekalan elektrik dari sumber akan menghasilkan putaran dan

menghantar kuasa kepada peralatan elektrik dan seterusnya berfungsi.Arah pusingan motor boleh diterbalikkan dengan menyongsangkan sambungan punca

bekalannya.

Contoh penghantaran kuasa motor DC ialah dengan cara:(a) dari aci kepada gear

contoh: jam, mesin gerudi mudah alih, dan alat permainan kanak-kanak.(b) dari aci kepada takal dan tali sawat

contoh: pemain radio kaset dan kit robot.Bahagian yang terlibat untuk sistem penghantaran kuasa ini adalah seperti:(i) Roda (wheels)(ii) Gear (gears)(iii) Takal (pulley)(iv) Tali sawat (belting)

Mengenal Pasti Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DCMotor DC di dalam sesebuah peralatan elektrik dihantar dalam bentuk mekanikal.

Penghantaran kuasa berlaku apabila sumber bekalan disambungkan. Contoh mekanisme penghantaran kuasa ialah melalui aci kepada gear atau aci kepada takal dan tali sawat. Merujuk kepada pengisar makanan, tali sawat yang terpasang pada takal pertama di aci motor DC akan memutarkan takal kedua alat pengisar untuk menghasilkan putaran pada pengisar. Seterusnya pengisar dapat berfungsi membantu kerja di dapur.