bab 12 : petempatan -...

4
Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib BAB 12 : PETEMPATAN (A) PETEMPATAN AWAL 1. Petempatan Awal di Dunia Petempatan: Sebarang bentuk tempat tinggal manusia sama ada sebuah kediaman ataupun beberapa buah kediaman. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai iaitu : i. Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (Tamadun Mesopotamia) ii. Lembangan Sungai Nil (Tamadun Mesir Purba) iii. Lembangan Sungai Indus (Tamadun Indus) iv. Lembangan Sungai Hwang He (Tamadun Hwang He) Peta 12.1 Petempatan awal di dunia. Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat- empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Antaranya termasuklah: dataran sungai yang rata, subur, serta kaya dengan tanah aluvium sungai menyediakan jalan pengangkutan penduduk, perniagaan dan perdagangan. terdapat kawasan rumput untuk ternakan sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan pengairan 2. Petempatan Awal di Malaysia Tapak petempatan awal di Malaysia terletak di gua/bukit, pinggir pantai, delta, muara sungai dan tanah pamah Contohnya petempatan awal di Malaysia ialah: Gua : Gua Niah, Sarawak & Kota Tampan, Perak Muara sungai : Sungai Melaka, Melaka, Lembah Bujang, Kedah & Johor Lama.

Upload: phungngoc

Post on 07-Apr-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib

BAB 12 : PETEMPATAN

(A) PETEMPATAN AWAL

1. Petempatan Awal di Dunia

Petempatan: Sebarang bentuk tempat tinggal manusia sama ada

sebuah kediaman ataupun beberapa buah kediaman.

Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai iaitu :

i. Lembangan Sungai Tigris-Euphrates

(Tamadun Mesopotamia)

ii. Lembangan Sungai Nil

(Tamadun Mesir Purba)

iii. Lembangan Sungai Indus

(Tamadun Indus)

iv. Lembangan Sungai Hwang He

(Tamadun Hwang He)

Peta 12.1 Petempatan awal di dunia.

Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-

empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Antaranya

termasuklah:

dataran sungai yang rata, subur, serta kaya dengan tanah

aluvium

sungai menyediakan jalan pengangkutan penduduk,

perniagaan dan perdagangan.

terdapat kawasan rumput untuk ternakan

sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan

domestik dan pengairan

2. Petempatan Awal di Malaysia

Tapak petempatan awal di Malaysia terletak di gua/bukit, pinggir

pantai, delta, muara sungai dan tanah pamah

Contohnya petempatan awal di Malaysia ialah:

Gua : Gua Niah, Sarawak & Kota Tampan, Perak

Muara sungai : Sungai Melaka, Melaka, Lembah Bujang, Kedah

& Johor Lama.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib

Peta 12.2 Petempatan awal di negara Malaysia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan petempatan awal:

i. Fizikal

Keselamatan

Kedudukan strategik

Tanah pamah

ii. Keperluan asas

Bekalan makanan

Sumber air

Kemudahan pengangkutan

(B) JENIS PETEMPATAN

Kategori Luar Bandar Bandar

Saiz penduduk Tidak melebihi 9999 orang Melebihi 10 000 orang

Kegiatan

ekonomi

Pertanian

Perikanan

perlombongan

perniagaan

perdagangan

perindustrian

Contoh Petempatan nelayan di

Pulau Ketam

Bandar raya Kuala

Lumpur

(C) FAKTOR PENENTU TAPAK

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan Luar Bandar :

1. Bentuk muka bumi

Tanah pamah yang rata

2. Tanih

Tanih yang subur untuk pertanian

3. Sember air

Kegunaan domestik dan mengairi tanaman

4. Ketersampaian (pengangkutan)

Terletak berhampiran dengan kemudahan pengangkutan

5. Kegiatan ekonomi

Pertanian,perlombongan dan perikanan

6. Dasar kerajaan

Petempatan terancang seperti FELDA

(D) POLA PETEMPATAN

Bermaksud susun atur rumah atau bangunan di sesuatu tempat.

Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib

Terdapat 4 pola petempatan luar bandar iaitu:

1. POLA BERSELERAK

Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.

Peta 12.3 Pola petempatan berselerak di sawah padi

2. POLA BERJAJAR

Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai,

permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir

kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng

bukit.

Peta 12.4 Pola petempatan berjajar di perkampungan nelayan

3. POLA BERPUSAT

Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina

rapat-rapat.

Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat,

sekolah, kedai, pejabat pos dll.

Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit

di tanah rancangan seperti FELDA.

Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan

Adela di Kota Tinggi, Johor.

Peta 12.5 Pola petempatan berpusat di simpang jalan raya

Disediakan oleh : Pn. Norazimah bt Abd Talib

Peta 12.6 Petempatan berpusat di tanah rancangan Felda Bukit Goh, Pahang

4. POLA BERKELOMPOK

Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan

bangunan tidak begitu banyak dan tidak begitu rapat.

Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara

sungai

Contoh: Ladang Lim Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor,

kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung Sen

Bantaian di Semporna, Sabah.

Peta 12.7 Pola petempatan berkelompok di muara sungai

(E) FUNGSI PETEMPATAN

i. Pengumpulan hasil pengeluaran pertanian & perikanan.

Hasil padi : lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu,

lembah Sungai Muda di Kedah

Pengumpulan hasil getah asli dan minyak sawit : kawasan kaki bukit

yang bercerun landai atau beralun di pantai barat Semenanjung

Malaysia

Pengeluaran minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit :

FELDA

ii. Pengangkutan

iii. Pentadbiran