bab 10 kemudahan pinjaman untuk kakitangan … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail...

23
Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS 180 BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN UNIVERSITI 236. Pinjaman Komputer Skim pembiayaan pinjaman komputer ditawarkan kepada semua anggota bertaraf tetap atau pegawai- pegawai yang berkhidmat secara kontrak. Pembiayaan 237. Tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti: - “anggota” bererti Pegawai/Kakitangan Universiti Tafsiran “membeli/pembelian komputer” bererti pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan perisiannya atau pembelian perkakasan dan perisian bagi tujuan peningkatan komputer. “harga belian” bererti jumlah kos bagi komputer yang akan dibeli oleh Universiti melalui bayaran seperti berikut: i) Amauan pembiayaan Universiti yang diluluskan kepada anggota; ii) Bayaran muka yang ditanggung oleh anggota jika harga komputer melebihi kelayakan anggota. “amaun pembiayaan Universiti” bererti jumlah yang dibiayai oleh Universiti berdasarkan kepada kelayakan anggota. “bayaran muka” bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amaun pembiayaan Universiti. “harga jualan” bererti jumlah sebenar yang akan dibayar oleh anggota seperti berikut: i) Bayaran muka yang ditanggung oleh anggota jika harga komputer melebihi kelayakan anggota; ii) Amaun pembiayaan dan keuntungan Universiti.

Upload: phamthuy

Post on 11-May-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

180

BAB 10

KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN UNIVERSITI

236. Pinjaman Komputer

Skim pembiayaan pinjaman komputer ditawarkan kepada semua anggota bertaraf tetap atau pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak.

Pembiayaan

237. Tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti: -

“anggota” bererti Pegawai/Kakitangan Universiti Tafsiran

“membeli/pembelian komputer” bererti pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan perisiannya atau pembelian perkakasan dan perisian bagi tujuan peningkatan komputer.

“harga belian” bererti jumlah kos bagi komputer yang akan dibeli oleh Universiti melalui bayaran seperti berikut:

i) Amauan pembiayaan Universiti yang diluluskan kepada anggota;

ii) Bayaran muka yang ditanggung oleh anggota jika harga komputer melebihi kelayakan anggota.

“amaun pembiayaan Universiti” bererti jumlah yang dibiayai oleh Universiti berdasarkan kepada kelayakan anggota.

“bayaran muka” bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amaun pembiayaan Universiti.

“harga jualan” bererti jumlah sebenar yang akan dibayar oleh anggota seperti berikut:

i) Bayaran muka yang ditanggung oleh anggota jika harga komputer melebihi kelayakan anggota;

ii) Amaun pembiayaan dan keuntungan Universiti.

Page 2: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

181

“keuntungan” bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.

238. Peraturan Mengemukakan Permohonan Permohonan

a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan

dalam borang permohonan yang ditetapkan sebanyak dua (2) salinan. Selepas permohonan diluluskan, surat perjanjian hendaklah disempurnakan dan disetemkan secukupnya. Salinan borang permohonan dan empat (4) salinan surat perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah diedarkan seperti berikut:

i) Salinan asal dan salinan kedua borang

permohonan dan surat perjanjian hendaklah dikembarkan kepada baucar bayaran dan dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.

ii) Salinan ketiga borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari yang meluluskan permohonan itu dan bertanggungjawab menguruskan bayaran pembiayaan komputer melalui potongan gaji bulanan.

iii) Salinan keempat borang permohonan dan surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota.

b) Permohonan hendaklah disertakan dengan

sebutharga yang menyenaraikan perkakasan dan perisian yang disertakan bersama pembelian komputer.

c) Borang permohonan pembiayaan komputer

Lampiran AC hendaklah dipakai.

Page 3: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

182

239. Syarat-syarat Pembiayaan

a) Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.

Syarat-syarat Pembiayaan

b) Jika aanggota ingin menukar konfigurasi

komputer yang hendak dibeli, anggota hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari yang meluluskan pembiayaan dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan salinan baucar dan surat kelulusan pembelian komputer.

240. Amaun Pembiayaan Maksimum

a) Amaun pembiayaan maksimum yang boleh diberi

kepada seseorang anggota ialah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan yang terdekat. Kakitangan Universiti dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap lima (5) tahun sekali.

Pinjaman maksimum dan tempoh

b) Amaun pembiayaan ini boleh digunakan untuk

membeli sebuah komputer baru termasuk aksesorinya atau untuk tujuan peningkatan komputer.

c) Sekiranya harga belian komputer tersebut adalah

melebihi daripada amaun pembiayaan maksimum, anggota hendaklah menjelaskan sendiri amaun bayaran muka. Bayaran muka ini akan dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan bayaran balik.

241. Pembayaran Balik Harga jualan, setelah ditolak bayaran muka, hendaklah

dibayar balik oleh anggota secara ansuran dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan.

Pembayaran Balik

Page 4: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

183

242. Tempoh Pembayaran Balik

a) Tempoh bayaran balik adalah tidak melebihi 48

bulan. Tempoh Pembayaran

Balik

b) Bayaran balik hendaklah diselesaikan sepenuhnya

dalam tempoh yang dipersetujui atau dalam kes tertentu di mana seseorang anggota berada dalam kesempitan (‘Asarah) seperti mengalami kebakaran atau banjir, Bendahari boleh atas budibicaranya membenarkan mereka membayar balik pembiayaan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan.

c) Baki harga jualan boleh diselesaikan lebih awal

dari tempoh yang ditetapkan di atas. Dalam hal yang demikian Bendahari atas budibicaranya boleh memberikan “Muqassah” Rebate mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara dari masa ke semasa.

d) Baki harga jualan hendaklah diselesaikan

sepenuhnya sebelum anggota bersara atau meninggalkan perkhidmatan. Dengan yang demikian tempoh maksimum pembiayaan hendaklah tidak melebihi baki tempoh perkhidmatan anggota dengan Universiti.

e) Baki harga jualan bagi anggota yang meninggal

dunia boleh diselesaikan oleh waris si mati secara sekaligus atau dituntut daripada penjamin.

f) Baki harga jualan anggota yang meletak jawatan

atau meninggalkan perkhidmatan hendaklah diselesaikan secara sekaligus sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dituntut daripada penjamin sekiranya anggota tidak dapat dikesan.

Page 5: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

184

g) Selagi anggota masih berkhidmat dengan Universiti bayaran ansuran bulanan hendaklah dibuat dengan cara potongan bulanan daripada gaji anggota. Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan sekaligus semua ansuran yang tertunggak daripada gaji anggota berkenaan.

h) Bendahari adalah diberikuasa untuk memberi

penangguhan bayaran ansuran bulanan pembiayaan komputer kepada anggota yang telah diluluskan cuti tanpa gaji/cuti separuh gaji oleh Universiti. Dalam hal demikian tempoh bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan.

243. Kelulusan

a) Kakitangan yang berjaya akan mendapat surat

kelulusan dan tawaran pembiayaan komputer. Kelulusan

b) Surat perjanjian (salinan) pembiayaan komputer

seperti di Lampiran AD adalah dikehendaki (ditanggung oleh pemohon) disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Universiti seperti berikut:

Amaun Bayaran Setem Bagi tiap-tiap RM500.00 atau sebahagian darinya ialah RM2.50.

244. Cara-cara Mengakaun Pembiayaan a) Peraturan-peraturan bagi menguruskan akaun

pembiayaan komputer: Mengakaunkan

Pembiayaan

Page 6: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

185

i) Pembiayaan yang dibayar dalam sesuatu bulan dianggap sebagai diberi pada akhir bulan tersebut dan bayaran balik hendaklah dimulai dengan potongan dari gaji tidak lewat dari dua (2) bulan berikutnya. Sebagai contoh bagi cek pembiayaan yang dikeluarkan pada bulan Januari potongan hendaklah bermula dari gaji bulan Mac. Potongan dari gaji akan dianggap sebagai dibuat dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang pendahuluan komputer pada hujung bulan dalam mana potongan ini dibuat;

ii) Semua pembiayaan akan diakaunkan ke

dalam Kumpulan Wang Pendahuluan Komputer;

iii) Jumlah keuntungan hendaklah dikreditkan

pada mulanya ke dalam Kumpulan Wang Pendahuluan Komputer yang berkenaan dan kemudiannya dipindahkan kepada hasil pada 31 Disember tiap-tiap tahun;

iv) Anggota adalah bertanggungjawab untuk

menjelaskan bayaran ansuran jika potongan dari gaji bulanan tidak sempat dibuat;

v) Jika anggota itu bertukar dari Jabatan

Persekutuan Negeri ke Universiti, sijil gaji akhirnya hendaklah menyatakan butir-butir mengenai baki yang belum selesai dan amaun bayaran balik yang dikenakan tiap-tiap bulan. Baki pembiayaan yang belum diselesaikan itu hendaklah dijelaskan oleh Universiti kepada Jabatan Negeri/ Persekutuan melalui kumpulan wang pendahuluan komputer dan anggota berkenaan kemudiannya hendaklah menjelaskan baki harga jualan itu kepada Universiti dan sebaliknya.

Page 7: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

186

244. b) Bendahari adalah bertanggungjawab sepenuhnya mengambil tindakan yang perlu untuk mendapatkan bayaran balik menerusi potongan gaji anggota atau mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan kepada perjanjian pembiayaan komputer yang berkenaan.

245. Peraturan-peraturan Selepas Kelulusan a) Cek pembayaran akan dikeluarkan atas nama

penjual. Peraturan-peraturan

Selepas Kelulusan (Komputer)

b) Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan

membeli komputer atau peningkatan komputer hendaklah menyerahkan resit, inbois bagi komputer yang dibelinya itu kepada Bendahari yang meluluskan permohonannya dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas cek bayaran diterima. Sekiranya anggota itu gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari, maka pembiayaan itu dianggap sebagai terbatal. Bendahari adalah berhak untuk mendapatkan kembali kesemua jumlah pembiayaan yang telah diluluskan dan amaun keuntungan Universiti bagi tempoh berkenaan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun anggota berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan itu dijelaskan.

c) Jika pembiayaan komputer dibatalkan atas sebab-

sebab selain daripada di para 245(b) termasuk pembatalan pembiayaan di atas pilihan sendiri, bayaran balik baki harga jualan komputer yang telah diluluskan hendaklah dituntut sekaligus. Gaji dan elaun anggota berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan itu dijelaskan.

d) Sebuah buku daftar pembiayaan pembelian

komputer mengenai semua pembiayaan yang telah diluluskan hendaklah diselenggarakan. Buku itu hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

Page 8: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

187

i) Tarikh pembiayaan diluluskan;

ii) Jumlah pembiayaan;

iii) Tarikh cek pembiayaan diterima di pejabat anggota;

iv) Tarikh cek pembiayaan diterima oleh anggota;

v) Nombor dan tarikh baucar pembayaran pembiayaan dan cek;

vi) Nombor tarikh resit pembelian;

vii) Nombor dan tarikh invois pembelian;

viii) Jumlah tempoh bayaran balik;

ix) Tarikh ansuran pertama bayaran balik pembiayaan dimulakan; dan

e) Salinan-salinan fotostat bagi resit pembelian dan

invois hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota yang mendapat pembiayaan.

f) Pembiayaan ini direkodkan dalam buku

perkhidmatan anggota.

246. Tindakan Surcaj dan Tatatertib Semua Pegawai Universiti yang mendapat pembiayaan

membeli komputer hendaklah mematuhi peraturan sepenuhnya. Kegagalan mematuhi peraturan dan arahan-arahan tersebut boleh mengakibatkan anggota yang bertanggungjawab dikenakan surcaj atau tindakan tatatertib.

Tindakan surcaj dan tatatertib

247. Pinjaman Kenderaan Skim pembiayaan ini adalah ditawarkan kepada

kakitangan Universiti yang layak berdasarkan kepada prinsip “Al-Bai’Bithaman ‘Ajil”.

Pinjaman Kenderaan Pendahuluan

Page 9: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

188

247.1 Tafsiran di bawah ini hendaklah diikuti:- “Al-Bai’ Bithaman ‘Ajil” bermakna jualan dengan

harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

Tafsiran

“harga belian” bererti jumlah kos bagi kenderaan yang

akan dibeli oleh Universiti melalui bayaran seperti berikut:

i) amaun pembiayaan Universiti yang diluluskan

kepada Pegawai;

ii) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika

harga kenderaan melebihi kelayakan Pegawai.

“amaun pembiayaan Universiti” bererti jumlah yang

dibiayai oleh Universiti berdasarkan kepada kelayakan Pegawai.

“bayaran muka” bererti amaun perbezaan di antara

harga belian dengan amau pembiayaan Universiti.

i) bayaran muka yang ditanggung oleh Pegawai jika

harga kenderaan melebihi kelayakan pegawai;

ii) amaun pembiayaan dan keuntungan Universiti.

“keuntungan” bererti satu kadar keuntungan yang akan

ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.

“tugas rasmi” bererti tugas yang berkaitan dengan

tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus dan tidak termasuk perjalanan ulang-alik ke pejabat.

“polisi perlindungan”Takaful” “ bererti suatu skim

perlindungan insurans kenderaan yang berasaskan kepada prinsip saling jamin-menjamin yang diluluskan oleh Universiti.

Page 10: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

189

248. Peraturan Mengemukakan Permohonan

a) Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam borang permohonan Lampiran AE yang ditetapkan sebanyak dua (2) salinan. Selepas permohonan diluluskan, surat perjanjian hendaklah disempurnakan dan disetemkan secukupnya. Salinan borang permohonan dan empat (4) salinan surat perjanjian yang telah disempurnakan hendaklah diedarkan seperti berikut:

Peraturan Permohonan

i) Salinan asal dan salinan kedua borang

permohonan dan surat perjanjian hendaklah dikembarkan kepada baucar bayaran dan dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.

ii) Salinan ketiga borang permohonan dan

surat perjanjian hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari yang meluluskan permohonan pembiayaan kenderaan dan bertanggungjawab menguruskan bayaran pembiayaan kenderaan melalui potongan gaji yang berkenaan.

iii) Salinan keempat borang permohonan dan

surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi pegawai/kakitangan.

249. Syarat-syarat Pembiayaan (a) Pegawai-pegawai yang layak memohon

pembiayaan kenderaan ialah pegawai-pegawai yang berjawatan tetap atau pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak dan memerlukan kenderaan untuk membolehkannya menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.

Syarat-syarat Pembiayaan

(b) Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan

yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pegawai yang meluluskan pembiayaan.(Bendahari)

Page 11: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

190

(c) Pembiayaan hanya boleh diberi kepada seseorang pegawai sekali sahaja dalam tempoh 5 (lima) tahun dan dengan syarat pembiayaan yang ada telah diselesaikan dan pinjaman terdahulu telah genap 5 (lima) tahun. Walau bagaimanapun, tempoh kelayakan ini boleh diberi kelonggaran dengan mendapat kelulusan khas dari Perbendaharaan jika kenderaan berkenaan mengalami kerosakan yang tidak ekonomi untuk dibaiki (TEB) dan tidak selamat dari segi mekanikal untuk dipakai, serta disahkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

(d) Pembiayaan kepada pegawai yang masih dalam

tempoh percubaan atau kepada pegawai yang berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 (dua) orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

(e) Jumlah pembiayaan tidak boleh melebihi harga

bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran sumbangan takaful dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga kenderaan yang dilulus oleh Universiti dicampur dengan cukai eksais, cukai jualan, hawa dingin, getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi pembiayaan kereta Proton Saga selain daripada item-item tersebut, harga bersih kenderaan boleh juga termasuk harga item-item yang berikut:

i) Radio kaset;

ii) power window;

iii) central locking system;

iv) boot tray;

v) Penahan angin;

vi) Penahan karat;

vii) Jejalur badan, spoiler belakang dan skirting; dan

Page 12: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

191

viii) Alarm kereta

(f) Kecuali pembiayaan untuk membeli bot dan

basikal jumlah pembiayaan yang diluluskan, tertakluk kepada amaun kelayakan maksimum, hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi permohonan sebanyak RM13,950 pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM13,900. Satu lagi contoh ialah bagi membeli kereta yang berharga bersih RM19,993 tetapi pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksimum RM23,000 maka pembiayaan yang boleh diluluskan ialah RM19,900.

(g) Selagi pembiayaan belum lagi diselesaikan

sepenuhnya:

i) Pegawai hendaklah menyertai takaful

kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan; dan

ii) Pegawai tidak boleh menjual, memindah

hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut.

(h) Semasa mengemukakan permohonan, pegawai

hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

i) Pegawai mempunyai lesen memandu yang

sah; dan

ii) Jumlah ansuran potongan bulanan

pembiayaan kenderaan berkenaan tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.

Page 13: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

192

(i) Permohonan pembiayaan untuk membeli kereta oleh seseorang pegawai yang mempunyai gaji pokok kurang daripada RM1320 sebulan hanya boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengurusan Universiti dengan syarat:

Ketua Jabatan memperakukan bahawa: i) Pegawai itu tidak dapat menjalankan tugas

rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan sebuah kereta sendiri, ataupun pegawai yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal;

ii) Pegawai mempunyai lesen memandu yang

sah;

iii) Jumlah ansuran potongan bulanan

pembiayaan kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan, tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun;

iv) Jauh perjalanannya kerana tugas rasmi

adalah melebihi daripada 200km tiap-tiap bulan, selama tiga (3) bulan berturut-turut; dan

v) Pegawai yang berkenaan telah diberi

kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C.

Page 14: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

193

250. Amaun Pembiayaan Maksimum a) Amaun pembiayaan maksimum yang boleh diberi

kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:

Kenderaan Had Pinjaman

i) Untuk Membeli Kereta

(a) Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas

RM60, 000 Had Pembiayaan

(b) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

RM55, 000

(c) Kumpulan Sokongan dan ke bawah (Kelulusan Khas bagi gaji RM1, 320 ke bawah)

RM45, 000

ii) Membeli Motosikal RM5, 000

iii) Membeli Motobot RM4, 000

iv) Membeli Enjin Motobot RM3, 500

v) Membeli Bot RM700

vi) Membeli Basikal RM500

(b) Bagi pembiayaan membeli motobot, enjin

motobot dan Bot, Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah mempastikan bahawa pegawai itu adalah dikehendaki menggunakan bot/motobot/enjin motobot untuk tugas rasmi disebabkan kenderaan lain tidak boleh digunakan.

(c) Sekiranya harga belian kenderaan tersebut adalah

melebihi daripada amaun pembiayaan maksimum, pegawai hendaklah menjelaskan sendiri amaun bayaran muka. Bayaran muka ini akan dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan bayaran balik.

Page 15: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

194

251. Kadar Pembayaran Balik Harga jualan, setelah ditolak bayaran muka, hendaklah

dibayar balik oleh pegawai secara ansuran dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan. Kadar pembayaran ansuran tersebut adalah seperti perkiraaan tersebut:

Pembayar Balik

JADUAL BAYARAN BALIK PINJAMAN

Tempoh Pinjaman (tahun)

Bayaran Balik Bulanan Bagi Tiap-Tiap RM1000

1 85.15 2 43.42 3 29.52 4 22.58 5 18.42 6 15.65 7 13.67 8 12.19

252. Tempoh Pembayaran Balik

(a) Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut:

i) Kereta baru tidak melebihi sembilan puluh

enam (96) bulan;

ii) Kereta yang sudah terpakai tidak melebihi

lapan puluh empat (84) bulan (tertakluk kepada para 253.1 (d);

iii) Motosikal yang baru tidak melebihi tujuh

puluh dua (72) bulan;

iv) Mototsikal yang sudah terpakai tidak

melebihi empat puluh lapan (48) bulan (tertakluk kepada para 253.1 (d);

v) Motobot tidak melebihi empat puluh lapan

(48) bulan;

Page 16: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

195

vi) Enjin motobot tidak melebihi empat puluh lapan (48) bulan;

vii) Bot tidak melebihi dua puluh empat (24)

bulan; dan

viii) Basikal tidak melebihi dua puluh (20)

bulan.

(b) Bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh yang dipersetujui atau dalam kes tertentu di mana seseorang pegawai/kakitangan atau warisnya berada dalam kesempitan (‘Asarah) seperti mengalami kebakaran atau banjir, Bendahari boleh atas budibicaranya membenarkan mereka membayar balik pembiayaan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan.

(c) Baki harga jualan boleh diselesaikan lebih awal

dari tempoh yang ditetapkan di atas. Dalam hal yang demikian, Bendahari atas budibicaranya boleh memberikan ‘Muqassah’ (Rebate) mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara dari masa ke semasa.

(d) Baki harga jualan hendaklah diselesaikan

sepenuhnya sebelum pegawai bersara atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak perkhidmatannya. Walau apa pun diperuntukkan dalam para 252 (a), tempoh maksimum pembiayaan hendaklah tidak melebihi baki tempoh perkhidmatan pegawai dengan Universiti.

(e) Baki harga jualan bagi pegawai yang meninggal

dunia boleh diselesaikan oleh waris si mati secara sekaligus atau dari hasil penjualan kenderaan.

Page 17: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

196

(f) Baki harga jualan pegawai yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan hendaklah diselesaikan secara sekaligus sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan.

(g) Selagi pegawai masih berkhidmat dengan

Universiti bayaran ansuran bulanan hendaklah dibuat dengan cara potongan bulanan daripada gaji pegawai. Bendahari adalah berkuasa untuk membuat potongan sekaligus semua ansuran yang tertunggak daripada gaji pegawai berkenaan.

(h) Bendahari adalah diberi kuasa untuk memberi penangguhan bayaran ansuran bulanan pembiayaan kenderaan kepada pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji oleh Universiti. Dalam hal demikian, tempoh bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan.

253. Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Pembiayaan

Kenderaan Yang Sudah Terpakai

253.1 Peraturan-peraturan dan syarat-syarat

berikut hendaklah dipatuhi jika pegawai membeli kereta atau motosikal yang sudah terpakai (termasuk kenderaan-kenderaan “recondition”): -

(a) Pembiayaan tidak boleh melebihi

harga kenderaan atau maksimum kelayakannya atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh Jurutera Mekanikal Kerajaan.

(b) Semua kenderaan terpakai hendaklah

dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

Page 18: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

197

(c) Semua sijil nilaian kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:

i) Nama pemilik berdaftar;

ii) Jenis, nombor pendaftaran dan

kuasa enjin kenderaan;

iii) Nombor “chasis” dan nombor

enjin;

iv) Nilai kereta/motosikal; dan

v) Baki tempoh kereta/motosikal

tersebut berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal.

(d) Tempoh bayaran balik harga jualan

hendaklah ditentukan berdasarkan kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.

253.2. Salinan asal sijil nilaian kenderaan tersebut

hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan. Satu salinan sijil itu juga hendaklah disertakan dengan baucar pembayaran.

253.3. Kenderaan tersebut mestilah boleh dilindugi

dengan takaful kenderaan (komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan. Ketua Jabatan hendaklah mempastikan pegawai mengemukakan surat pengesahan daripada pengendali takaful berkenaan bahawa sijil takaful kenderaan (komprehensif) boleh dikeluarkan sebelum meluluskan permohonan.

Page 19: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

198

254. Kelulusan (a) Kakitangan yang berjaya akan mendapat surat

kelulusan dan tawaran pembiayaan kenderaan. Kelulusan

(b) Surat perjanjian (salinan) pembiayaan

kenderaan seperti di lampiran AF adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Universiti iaitu pada kadar RM2.50 bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya.

255. Hak Milik Atas Kenderaan

“Hakmilik Dituntut Oleh Universiti Malaysia Sarawak”

di dalam buku pendaftaran kenderaan semasa pendaftaran nama pegawai sebagai pemilik berdaftar hendaklah dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Catitan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila Universiti memberitahu secara bertulis bahawa bayaran balik itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.

Hak milik Universiti

256. Cara-Cara Mengakaun Pembiayaan Mengakaun

Pembiayaan

(a) Berikut adalah peraturan-peraturan bagi menguruskan akaun pembiayaan kenderaan:

i) Pembiayaan yang dibayar dalam sesuatu

bulan dianggap sebagai diberi pada akhir bulan tersebut dan bayaran balik hendaklah dimulai dengan potongan dari gaji tidak lewat dari dua (2) bulan berikutnya. Sebagai contoh bagi cek pembiayaan yang dikeluarkan pada bulan Januari potongan hendaklah bermula dari gaji bulan Mac. Potongan dari gaji akan dianggap sebagai dibuat dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang pendahuluan kenderaan pada hujung bulan dalam mana potongan ini dibuat.

Page 20: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

199

ii) Semua pembiayaan akan diakaunkan ke dalam kumpulan wang pendahuluan kenderaan.

iii) Jumlah keuntungan hendaklah dikreditkan

pada mulanya ke dalam kumpulan wang pendahuluan kenderaan yang berkenaan dan kemudiannya dipindahkan kepada hasil pada 31 Disember pada tiap-tiap tahun;

iv) Pegawai adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran ansuran jika potongan dari gaji bulanan tidak sempat dibuat;

v) Jika pegawai itu bertukar dari Jabatan

Persekutuan/Negeri ke Universiti, sijil gaji akhirnya hendaklah menyatakan butir-butir mengenai baki yang belum selesai dan amaun bayaran balik yang dikenakan tiap-tiap bulan. Baki pembiayaan yang belum diselesaikan itu hendaklah dijelaskan oleh Universiti kepada Jabatan Persekutuan/Negeri melalui Kumpulan wang pendahuluan kenderaan dan pegawai berkenaan kemudiannya hendaklah menjelaskan baki harga jualan itu kepada Universiti dan sebaliknya.

256. b) Bendahari adalah bertanggungjawab

sepenuhnya mengambil tindakan yang perlu untuk mendapatkan bayaran balik menerusi potongan gaji pegawai atau mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan kepada perjanjian pembiayaan kenderaan yang berkenaan.

Page 21: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

200

257. Peraturan-peraturan Selepas Kelulusan

(a) Cek pembayaran akan dikeluarkan atas nama

pegawai. Walaubagaimanapun pegawai berkenaan adalah dilantik untuk mewakili Universiti di dalam urusan pembelian kenderaan daripada penjual dan selanjutnya memastikan kenderaan itu didaftarkan atas namanya sebagai pegawai yang diluluskan pembiayaan.

Peraturan-peraturan Selepas Kelulusan (Kenderaan)

(b) Seseorang pegawai yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit pembelian kenderaan itu kepada Bendahari yang meluluskan permohonannya dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas cek bayaran diterima beserta nota takaful (cover note) atau sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan buku pendaftaran kenderaan yang telah dicatat “Hak Milik DiTuntut Universiti Malaysia Sarawak”. Sekiranya Pegawai itu gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh tiga puluh (30) hari, maka pembiayaan itu dianggap sebagai terbatal. Bendahari adalah berhak untuk mendapatkan kembali kesemua jumlah pembiayaan yang telah diluluskan dan amaun keuntungan Universiti bagi tempoh berkenaan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun pegawai berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan itu dijelaskan.

(c) Jika pembiayaan kenderaan dibatalkan atas

sebab-sebab selain daripada di para 257(b) termasuk pembatalan pembiayaan di atas pilihan sendiri, bayaran balik baki harga jualan kenderaan yang telah diluluskan hendaklah dituntut dengan cara sekaligus. Gaji dan elaun pegawai berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan itu dijelaskan.

Page 22: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

201

(d) Pegawai yang meluluskan pembiayaan adalah dengan sendirinya bertanggungjawab memeriksa resit-resit pembelian, buku pendaftaran kenderaan, sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan kenderaan yang telah dibeli oleh pegawai/kakitangan. Beliau bolehlah juga mengarahkan seseorang pegawai yang lain secara bertulis untuk menjalankan kewajipan tersebut bagi pihak beliau.

(e) Sebuah buku daftar pembiayaan pembelian kenderaan mengenai semua pembiayaan yang telah diluluskan hendaklah diselenggarakan. Buku itu hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

(i) tarikh pembiayaan diluluskan;

(ii) jumlah pembiayaan;

(iii) tarikh cek pembiayaan diterima di

pejabat pegawai itu;

(iv) tarikh cek pembiayaan diterima oleh

pegawai;

(v) nombor dan tarikh baucar pembayaran

pembiayaan dan cek;

(vi) tarikh resit pembelian;

(vii) tarikh buku pendaftaran dihantar

untuk dicatat “Hakmilik Dituntut oleh Universiti Malaysia Sarawak”;

(viii) jumlah tempoh bayaran balik;

(ix) tarikh ansuran pertama bayaran balik

pembiayaan dimulakan; dan

Page 23: BAB 10 KEMUDAHAN PINJAMAN UNTUK KAKITANGAN … · surat perjanjian hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota. b) Permohonan hendaklah disertakan dengan sebutharga yang menyenaraikan

Peraturan Kewangan dan Perakaunan UNIMAS

202

(x) nama syarikat insurans, nombor sijil insurans, tempoh insurans diliputi bagi tiap-tiap tahun, jumlah amaun insurans dan tarikh sijil insurans diserahkan.

(f) Salinan-salinan fotostat bagi resit pembelian, buku Pendaftaran dan sijil perlindungan takaful kenderaan (komprehensif) hendaklah disimpan dalam fail peribadi Pegawai yang mendapat pembiayaan dan Pegawai itu juga hendaklah mengemukakan sijil takaful kenderaan (komprehensif) pada tiap-tiap tahun kepada Pejabat Bendahari yang meluluskan pembiayaan itu sehingga pembiayaan selesai sepenuhnya.

258. Kenderaan Hendaklah Dibeli Secara Terus (a) Pegawai yang dipertanggungjawabkan

hendaklah mempastikan kenderaan yang dibeli untuk pegawai itu adalah dibeli terus dan tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan. Pegawai yang telah membeli kenderaan melalui syarikat-syarikat kewangan tidak boleh menggunakan wang pembiayaan kenderaan Universiti bagi menyelesaikan baki hutangnya dengan syarikat kewangan.

Hendaklah dibeli secara terus

(b) Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama

pegawai sebelum permohonannya diluluskan.

259. Tindakan Surcaj dan Tatatertib Semua Pegawai Universiti yang mendapat pembiayaan

membeli kenderaan hendaklah mematuhi peraturan sepenuhnya. Kegagalan mematuhi peraturan dan arahan-arahan tersebut boleh mengakibatkan pegawai yang bertanggungjawab dikenakan surcaj atau tindakan tatatertib.

Tindakan surcaj dan tatatertib