jtksm.mohr.gov.myjtksm.mohr.gov.my/images/personalisation/warga-jtksm/... · web viewsurat...

31
Lampiran ‘A’ Contoh Ruj Kami : Tarikh : Alamat majikan ......................... Tuan, PELANJUTAN TEMPOH PEMBAYARAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 19(3) AKTA KERJA 1955 Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran upah di bawah seksyen 19(3) Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat- syarat berikut: i. Memperolehi persetujuan secara bertulis daripada setiap pekerja yang terlibat; ii. Upah di bawah seksyen 19(1) Akta Kerja 1955 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 hari selepas berakhirnya tempoh upah ; Ilustrasi: bayaran upah bagi tempoh upah dari 01.03.2015 hingga 31.03.2015 hendaklah dibayar pada atau sebelum 15.04.2015 iii. Upah di bawah seksyen 19(2) Akta Kerja 1955 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 hari dari hari terakhir tempoh upah berikutnya ; Ilustrasi: bayaran upah untuk kerja lebih masa, kerja pada hari rehat dan kerja pada hari kelepasan am bagi tempoh upah dari 01.03.2015 hingga 31.03.2015 hendaklah dibayar pada atau sebelum 15.05.2015 “Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

90 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Lampiran ‘A’ Contoh

Ruj Kami : Tarikh :

Alamat majikan.........................

Tuan,

PELANJUTAN TEMPOH PEMBAYARAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 19(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk melanjutkan tempoh bayaran upah di bawah seksyen 19(3) Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Memperolehi persetujuan secara bertulis daripada setiap pekerja yang terlibat;

ii. Upah di bawah seksyen 19(1) Akta Kerja 1955 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 hari selepas berakhirnya tempoh upah;

Ilustrasi:

bayaran upah bagi tempoh upah dari 01.03.2015 hingga 31.03.2015 hendaklah dibayar pada atau sebelum 15.04.2015

iii. Upah di bawah seksyen 19(2) Akta Kerja 1955 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 hari dari hari terakhir tempoh upah berikutnya;

Ilustrasi:

bayaran upah untuk kerja lebih masa, kerja pada hari rehat dan kerja pada hari kelepasan am bagi tempoh upah dari 01.03.2015 hingga 31.03.2015 hendaklah dibayar pada atau sebelum 15.05.2015

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

iv. Kebenaran ini diberikan untuk tempoh.........................bulan/tahun mulai dari........................(tarikh) hingga...........................(tarikh). (tertakluk kepada justifikasi permohonan)

v. Pekerja hendaklah diberi sesalinan penyata gaji di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kerja 1957; dan

vi. Majikan hendaklah menyimpan rekod-rekod bayaran upah dalam tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan hendaklah mengemukakan butir-butir berkaitan bayaran upah ini apabila diminta oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Tarikh :

Alamat majikan.........................

Tuan,

PELANJUTAN TEMPOH PEMBAYARAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 19(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Tarikh :

Alamat majikan.........................

Tuan,

POTONGAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 24 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan potongan upah di bawah seksyen 24 Akta Kerja 1955 bagi tujuan .................................................. DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Potongan hendaklah atas permintaan bertulis pekerja;

ii. Surat persetujuan yang ditandatangani oleh pekerja yang membenarkan potongan gaji hendaklah disimpan dan ditunjukkan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya;

iii. Jumlah keseluruhan potongan upah pekerja sebulan tidak boleh melebihi 50% daripada pendapatan bulanan atau 75% sekiranya potongan gaji melibatkan pinjaman perumahan;

iv. Bagi tujuan pembayaran kepada pihak ketiga, majikan hendaklah dipertanggungjawabkan untuk memastikan bayaran tersebut dijelaskan bagi maksud potongan;

v. Bagi tujuan bayaran balik pendahuluan di bawah seksyen 22 Akta Kerja 1955 yang dikenakan faedah, kadar faedah hendaklah dipersetujui oleh pekerja dan tidak boleh melebihi kadar faedah pinjaman (bagi tujuan yang sama pendahuluan) yang ditetapkan oleh Bank Negara/Bank Perdagangan; dan

vi. Bagi tujuan pembayaran balik pendahuluan selain daripada pinjaman perumahan atau kenderaan, tempoh pembayaran balik pendahuluan melalui potongan upah tidak boleh melebihi tempoh 18 bulan

3. Untuk makluman tuan, majikan tidak dibenarkan membuat potongan upah bagi tujuan seperti berikut :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

i. Bercanggah dengan mana-mana undang-undang;

ii. Tidak memberi manfaat kepada pekerja;

iii. Membiayai perbelanjaan yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja dan tanggungan;

iv. Pembayaran ke atas apa-apa denda, saman atau kerosakan harta benda majikan KECUALI sebagai hukuman setelah Siasatan Dalaman (D.I.) di bawah Seksyen 14 Akta Kerja 1955;

v. Pembayaran ke atas agen membekal dan mengurus pekerja (outsourcing); dan

vi. Pembayaran pengiriman wang dan bayaran cukai pendapatan ke Negara asal

4. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,POTONGAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 24 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENDAHULUAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 22 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan bagi pendahuluan upah melebihi satu bulan gaji kepada pekerja di bawah seksyen 22 Akta Kerja 1955 bagi tujuan ......................................... DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Had maksimum pendahuluan adalah tertakluk kepada jumlah keseluruhan potongan upah pekerja sebulan yang tidak melebihi 50% daripada pendapatan bulanan atau 75% sekiranya potongan gaji melibatkan pendahuluan pinjaman perumahan;

ii. Tempoh pembayaran balik pendahuluan selain daripada pinjaman perumahan atau kenderaan melaui potongan upah tidak boleh melebihi 18 bulan;

iii. Tidak boleh mengenakan apa-apa faedah atas pendahuluan; dan

iv. Pendahuluan hendaklah atas permohonan bertulis pekerja.

3. Pendahuluan upah tidak boleh dibuat untuk tujuan seperti berikut :

i. FOMEMA tahun pertama;

ii. Tambang (dari pintu masuk di Malaysia ke tempat kerja);

iii. Tambang setiap hari dari tempat tinggal ke tempat kerja (pergi dan balik) bagi majikan yang menyediakan pengangkutan;

iv. Bayaran penyelenggaraan asrama/tempat tinggal;

v. Polisi Insurans SPPA;

vi. Bon Jaminan dari pihak Bank atau Insurans;

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

vii. Pakaian seragam;

viii. Kos Repatriation (dari Malaysia ke pintu masuk di negara sumber)- Selepas tamat kontrak kerja.- Gagal ujian perubatan FOMEMA tahun pertama.

ix. Kos latihan Kursus Induksi/Orientasi dan sebagainya;

x. Bayaran kepada Agensi Pekerjaan (Recruitment Agency);

xi. Denda kerana gagal memperbaharui Permit kerja/Visa dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);

xii. Pembayaran ke atas apa-apa denda/saman (contoh saman trafik yang dikenakan ke atas pemandu atau berlaku kekurangan tunai oleh juruwang).

4. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Tarikh :

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENDAHULUAN UPAH DI BAWAH SEKSYEN 22 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Tarikh :

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENGECUALIAN DARIPADA SEKATAN KERJA MALAM BAGI PEKERJA-PEKERJA WANITA DI BAWAH SEKSYEN 34 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk menggajikan pekerja-pekerja wanita untuk bekerja malam (dalam mana-mana kegiatan perusahaan atau pertanian di antara 10.00 malam hingga 5.00 pagi) di bawah seksyen 34 Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Mendapatkan persetujuan bertulis pekerja dan kemukakan kepada Ketua Pengarah semasa pemeriksaan pada bila-bila masa dikehendaki olehnya;

ii. Surat persetujuan ini hendaklah disimpan di tempat pekerjaan pekerja terbabit;

iii. Memberi pekerja-pekerja wanitanya suatu tempoh rehat bebas dari kerja selama 11 jam berterusan sebelum dibenarkan bekerja semula;

iv. Pekerja wanita yang bekerja syif malam hendaklah diberi cuti rehat mingguan yang tidak kurang daripada 30 jam berterusan;

v. Tidak dibenarkan menggaji pekerja-pekerja wanita dalam syif malam secara berterusan melebihi tempoh sebulan kecuali mendapat persetujuan bertulis daripada pekerja wanita terbabit;

vi. Membayar pekerja-pekerja wanitanya elaun syif pada kadar yang dipersetujui dalam terma dan syarat – syarat perkhidmatan, jika terdapat perjanjian kolektif kadar hendaklah tidak kurang daripada kadar yang terkandung dalam perjanjian kolektif;

vii. Menyediakan kemudahan pengangkutan percuma yang selamat dan selesa kepada pekerja-pekerja wanitanya semasa pergi dan balik kerja,

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

dan mengambil pekerja-pekerja wanitanya di tempat-tempat menunggu yang selamat; dan

viii. Jika pengangkutan percuma tidak disediakan, majikan hendaklah memberikan elaun pengangkutan pada kadar yang munasabah dengan syarat majikan telah berpuas hati bahawa kemudahan pengangkutan yang selamat telah diatur oleh pekerja-pekerja wanita berkenaan.

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENGECUALIAN DARIPADA SEKATAN KERJA MALAM BAGI PEKERJA-PEKERJA WANITA DI BAWAH SEKSYEN 34 AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENGUMPULAN CUTI REHAT DI BAWAH SEKSYEN 59 AKTA KERJA, 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk memberi hari rehat bagi setiap minggu pada mana-mana hari dalam bulan tersebut di mana hari-hari itu hendaklah disifatkan sebagai hari rehat pekerja di bawah seksyen 59 Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada pekerja-pekerja bagi mengumpul cuti rehat mereka. Surat persetujuan ini hendaklah disimpan dan ditunjukkan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya;

ii. Menyediakan satu jadual bagi tujuan ini sebelum permulaan setiap bulan dan memaklumkan kepada pekerja berkenaan dengannya. Jadual ini hendaklah disimpan untuk tempoh yang tidak kurang dari 6 tahun;

iii. Jadual dan segala butir-butir berkaitan dengan hari rehat yang dikumpulkan ini hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya; dan

iv. Sekiranya pekerja dikehendaki bekerja pada cuti rehat yang dikumpul, majikan hendaklah membayar upah tambahan seperti kehendak seksyen 60(3) Akta Kerja 1955.

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENGUMPULAN CUTI REHAT DI BAWAH SEKSYEN 59 AKTA KERJA, 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

KELONGGARAN WAKTU KERJA DI BAWAH SEKSYEN 60A(1)(a)(b)(c) DAN (d) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan bagi mana-mana pekerja untuk bekerja melebihi had masa kerja yang dinyatakan di bawah seksyen 60A(1)(a)(b)(c) dan (d) Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada pekerja-pekerja bagi tujuan ini;

ii. Surat persetujuan hendaklah disimpan dan ditunjukkan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya;

iii. Melainkan dalam keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 60A (2)(a)(b)(c)(d) dan (e) Akta Kerja 1955, pekerja-pekerja terbabit tidak boleh dikehendaki oleh majikan untuk bekerja melebihi 12 jam sehari termasuk lebih masa;

iv. Menyediakan suatu jadual bagi tujuan ini sebelum permulaan setiap bulan dan memaklumkan kepada pekerja terlibat. Jadual ini hendaklah disimpan untuk tempoh yang tidak kurang dari enam (6) tahun; dan

v. Jadual tersebut dan segala butir-butir berkaitan dengan kelonggaran waktu kerja ini hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya.

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

KELONGGARAN WAKTU KERJA DI BAWAH SEKSYEN 60A(1)(a)(b)(c) DAN (d) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

HAD KERJA LEBIH MASA DI BAWAH SEKSYEN 60A(4)(a) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk menghendaki pekerja-pekerja bekerja melebihi had kerja lebih masa di bawah seksyen 60A(4)(a) Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

i. Had maksimum kerja lebih masa dibenarkan sehingga 130 jam dengan syarat waktu kerja biasa pekerja-pekerja yang terlibat adalah tidak melebihi tujuh (7) jam sehari;

ii. Mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada pekerja bagi tujuan ini;

iii. Surat persetujuan hendaklah disimpan dan ditunjukkan kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya;

iv. Pekerja-pekerja tidak boleh dibenarkan untuk bekerja melebihi 12 jam sehari kecuali atas keadaan-keadaan di bawah seksyen 60A (2)(a)(b)(c)(d) dan (e) Akta Kerja 1955;

v. Pekerja-pekerja tidak boleh dibenarkan untuk bekerja melebihi 5 jam berturut-turut dalam sehari tanpa waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit;

vi. Membayar kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta;

vii. Menyediakan satu jadual bagi tujuan ini sebelum permulaan setiap bulan dan memaklumkan kepada pekerja berkenaan dengannya. Jadual ini hendaklah disimpan untuk tempoh yang tidak kurang dari enam (6) tahun;

viii. Memastikan pekerja mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan tugas pada hari yang berikutnya; dan

ix. Mengemukakan Jadual Kerja dan butir-butir berkaitan dengan kerja melebihi had kerja lebih masa ini apabila diminta oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya.

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

HAD KERJA LEBIH MASA DI BAWAH SEKSYEN 60A(4)(a) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

WAKTU KERJA SYIF DI BAWAH SEKSYEN 60C AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan bagi membolehkan pekerja-pekerja syif bekerja melebihi 8 jam dalam sehari tetapi purata masa kerja dalam tempoh tiga minggu tidak melebihi 48 jam seminggu di bawah seksyen 60C Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

i. Melainkan dalam keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 60A(2)(a)(b)(c)(d) dan (e) Akta Kerja 1955, pekerja-pekerja terbabit tidak boleh dikehendaki bekerja melebihi 12 jam sehari termasuk lebih masa;

ii. Pekerja-pekerja tidak dibenarkan bekerja dalam syif secara tetap bagi jangka masa melebihi satu bulan dan hendaklah diberi peluang bekerja di syif pagi, syif petang dan syif malam secara berselang-seli kecuali di atas permintaan dan persetujuan pekerja;

iii. Pekerja-pekerja tidak boleh dibenarkan untuk bekerja melebihi 5 jam berturut-turut dalam sehari tanpa waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit;

iv. Membayar kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta Kerja 1955;

v. Menyediakan satu jadual bagi tujuan ini sebelum permulaan setiap bulan dan memaklumkan kepada pekerja berkenaan dengannya. Jadual ini hendaklah disimpan untuk tempoh yang tidak kurang dari 6 tahun;

vi. Jadual tersebut dan segala butir-butir berkaitan dengan waktu kerja syif ini hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Ketua Pengarah pada bila-bila masa diminta olehnya.

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

3. Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas merupakan satu pelanggaran dan tindakan tegas akan diambil serta kebenaran yang diberikan boleh DIBATALKAN.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

CATATAN:Pegawai hendaklah memilih dan memastikan hanya syarat-syarat yang sesuai dan berkaitan dengan permohonan sahaja disenaraikan sebagai syarat dalam surat kebenaran.

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

WAKTU KERJA SYIF DI BAWAH SEKSYEN 60C AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

SKIM BAYARAN INSENTIF YANG DILULUSKAN DI BAWAH SEKSYEN 60I(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan elaun/skim/insentif....................................................... sebagai Skim Bayaran Insentif yang diluluskan di bawah Seksyen 60I(3) Akta Kerja 1955 DIBENARKAN.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

SKIM BAYARAN INSENTIF YANG DILULUSKAN DI BAWAH SEKSYEN 60I(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENYIMPANAN MAKLUMAT DAFTAR PEKERJA DALAM BENTUK LAIN DI BAWAH SEKSYEN 61(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk menyimpan maklumat daftar pekerja dalam bentuk lain di bawah seksyen 61(3) Akta Kerja 1955 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Maklumat daftar pekerja yang berada dalam bentuk lain boleh diakses dan dibuat cetakan salinan oleh Ketua Pengarah pada hari yang telah ditetapkan untuk pemeriksaan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki olehnya secara bertulis; dan

ii. Maklumat daftar pekerja yang berada dalam bentuk lain boleh diakses dan dibuat cetakan salinan oleh setiap pekerja berhubung maklumat sendirinya tidak lebih dari sekali dalam setiap tempoh upah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh :

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENYIMPANAN MAKLUMAT DAFTAR PEKERJA DALAM BENTUK LAIN DI BAWAH SEKSYEN 61(3) AKTA KERJA 1955

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan tuan DITOLAK kerana..............................................................

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat”

Saya yang menurut perintah,

( )Pengarah Tenaga Kerja Negeri

Ruj Kami : Tarikh:

“Sahabat Pekerja, Rakan Majikan”

Alamat majikan.........................

Tuan,

PENYIMPANAN DAFTAR PEKERJA DI LUAR PEJABAT KAWASAN TEMPAT PEKERJAAN DI BAWAH PERATURAN 6, PERATURAN-PERATURAN KERJA, 1957

Dengan hormatnya saya merujuk kepada permohonan tuan berkaitan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, setelah dikaji dan dipertimbangkan, Jabatan ini memutuskan permohonan untuk menyimpan daftar pekerja di luar pejabat kawasan tempat pekerjaan di bawah Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kerja, 1957 DILULUSKAN tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Satu salinan butir-butir di dalam peraturan 5 (a) dan (b) Peraturan-Peraturan Kerja 1957 hendaklah disimpan di tempat pekerjaan di mana pekerja-pekerja itu bekerja;

ii. Satu salinan butir-butir di dalam peraturan 5 (c) Peraturan-Peraturan Kerja 1957 hendaklah dikemukakan oleh majikan kepada Ketua Pengarah pada hari yang telah di tetapkan untuk pemeriksaan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki olehnya secara bertulis; dan

iii. Pengarah Tenaga Kerja Negeri hendaklah dimaklumkan secara bertulis mengenai alamat penuh tempat daftar pekerja asal disimpan.