bab 1 - skjasin.files.wordpress.com filebagi mengekalkan tahap prestasi sistem pendidikan masa kini,...

17
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PELAN

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

MALAYSIA

BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

KUMPULAN

1 Puan ‘Aini Binti Bahari

Puan Alijah Binti Salleh

Puan Aslida Binti Md. Latha

En. Zaidi Bin Saleh

LATAR BELAKANG

PENYEDIAAN PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

- Pada tahun 1957, negara mewarisi sistem persekolahan yang terpisah mengikut kumpulan etnik yang berbeza.

- Memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan serta menyatupadukan rakyat pelbagai kaum ke arah membina sebuah negara maju.

- Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) disediakan bermatlamat mewujudkan satu visi yang berani mencorakkan sistem pendidikan yang baharu.

- Jawatan Kuasa Jemaah Menteri (1979) merupakan satu lagi langkah besar yang memberi penekanan terhadap usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang bersedia menghadapimasa depan.

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) dibentuk dan akta Akta Pelajaran (1961) disemak semula dan dinamakan Akta Pendidikan (1996).

- Sistem pendidikan negara juga tekal dalam melahirkan murid dan sekolah yang terbaik, setanding dengan peringkat antarabangsa.

- Melalui jalinan kerjasama antara Kementerian dengan pelbagai agensi, peningkatan yang signifikan dapat dilihat dalam enrolmen prasekolah.

- Peratus kadar literasi murid Tahun 1 meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 95% setelah tamat Tahun 2 pada tahun 2011.

- Kerajaan secara tekal menyalurkan sumber yang besar ke arah membangunkan sistem pendidikan bagi mencapai keberhasilan yang dihasratkan dari segi akses, ekuiti dan kualiti.

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Berasaskan 3 objektif khusus :

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa pendidikan Malaysia

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

PENDEKATAN MEMBANGUNKAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

• Pendekatan diambil melalui pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa dikumpul untuk menilai dan mentaksir sistem pendidikan Malaysia (Ekshibit 1-2) termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, UNESCO dan OECD.

• Pelan Pembangunan Pendidikan pada asasnya merangkumi pelan tindakan dan intervensi utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan.

Keberhasilan

Fasa 1 melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan dan bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia.

• Keberhasilan Murid: Bagi mengekalkan tahap prestasi sistem pendidikan masa kini, Pelan Pembangunan Pendidikan memberi tumpuan kepada lima dimensi, iaitu akses, kualiti,ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

• Penggerak Utama: Pelan Pembangunan Pendidikan bermatlamat memahami punca keberhasilan murid Malaysia, menilai penggerak utama dan punca prestasi murid seperti kualiti guru, kepimpinan sekolah serta pelibatan ibu bapa dan komuniti.

• Contoh Kecemerlangan: Dalam tempoh penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, banyak contoh sekolah dan daerah di seluruh negara yang mencapai kejayaan cemerlang dan peningkatan yang dramatik telah dikenal pasti.

• Kerja lapangan di sekolah bandar dan luar bandar dijalankan bagi memahami isu sebenar yang dihadapi pada peringkat bawah.

• Temu bual bersemuka, perbincangan kumpulan fokus dan bengkel dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 200 pengetua dan guru besar, 200 guru, 300 pegawai Kementerian di peringkat persekutuan, negeri dan daerah, dan 100 ibu bapa yang hadir.

Dapatan daripada aliran kerja ini disahkan dengan beberapa sumber bebas seperti yang berikut:

1. Kajian yang dijalankan pada tahun 2011

2. Kajian semula tahun 2011-2012 oleh UNESCO (the Malaysia

Education Policy Review)

3. Kajian semula tahun 2011 oleh Bank Dunia (the Public

Expenditure Review)

Fasa 2 memberikan tumpuan kepada penyediaan laporan awal Pelan

Pembangunan Pendidikan menggunakan dapatan dalam Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan memperincikan program transformasi yang komprehensif.

• Dialog Nasional Pendidikan Negara: Pada April 2012, Kementerian telah melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat berkaitan pendidikan.

• Makmal Pendidikan GTP 2.0: Inisiatif GT 2.0 yang akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2015 akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan yang meliputi seluruh tempoh antara tahun 2013 hingga 2025.

• Rundingan awam secara meluas: Setelah laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan ini dilancarkan, Kementerian akan memulakan pusingan kedua rundingan bersama-sama pihak awam secara intensif

• Penyerahan Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan

Usaha Kementerian adalah berdasarkan maklum balas dan cadangan oleh Panel Penilai Bebas Malaysia dan Panel Penilai Bebas Antarabangsa. Senarai penuh ahli panel adalah seperti:

› Panel Penilai Bebas Malaysia

› Panel Penilai Bebas Antarabangsa

GAMBARAN KESELURUHAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

• Bab 2 menggariskan aspirasi baharu untuk keseluruhan sistem pendidikan Malaysia

• Bab 3 mengandungi analisis terperinci tentang keberhasilan murid Malaysia

• Bab 4 mengkaji pembelajaran murid dalam sistem pendidikan Malaysia

• Bab 5 mengkaji peranan guru dan pemimpin sekolah yang merupakan barisan hadapan sistem pendidikan negara

• Bab 6 melihat cara Kementerian dapat dibangunkan supaya dasar dan inisiatif Pelan Pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan terbaik

• Bab 7 mengkaji struktur sistem pendidikan dan memberikan tumpuan kepada fasa pendidikan

• Bab 8 menggariskan keseluruhan program transformasi

Pelan Pembangunan Pendidikan ini bukan sekadar menyediakan

penilaian terhadap sistem pendidikan masa kini dan

kejayaan serta kegagalan sistem, tetapi juga mengemukakan

pelan yang komprehensif untuk maju ke arah pendidikan bertaraf

dunia.

Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru sempurna ajar, Bagai bunga mekar mewangi. SEKIAN TERIM A KASIH