b05-02-05-le2-is1c

15
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 ( SEMESTER 2) No. DAN TAJUK MODUL M05 HYDRAULIC SYSTEM No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE 1 PRODUCE HYDRAULIC DRAWING LE 2 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM LE 3 MAINTAIN HYDRAULIC SYSTEM AND PERFORMANCE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE CHECK HYDRAULIC PERFORMANCE USING HYDRAULIC TEST SET, HYDRAULIC GAUGE, HYDRAULIC FILTERS SO THAT OIL, LEVEL TEMPERATURE AND HYDRAULIC PRESSURE ARE CHECKED, HYDRAULIC FLUID REFILLED AND PRESSURE FLOWING SYSTEM ARE IDENTIFIED ACCORDING TO OPERATION MANUAL. 99 INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (B05-02-05-LE2-IS1c)

Upload: raxief-zhi

Post on 04-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ie

TRANSCRIPT

Page 1: B05-02-05-LE2-IS1c

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 ( SEMESTER 2)

No. DAN TAJUK MODUL M05 HYDRAULIC SYSTEM

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 1 PRODUCE HYDRAULIC DRAWINGLE 2 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEMLE 3 MAINTAIN HYDRAULIC SYSTEM AND PERFORMANCE

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

CHECK HYDRAULIC PERFORMANCE USING HYDRAULIC TEST SET, HYDRAULIC GAUGE, HYDRAULIC FILTERS SO THAT OIL, LEVEL TEMPERATURE AND HYDRAULIC PRESSURE ARE CHECKED, HYDRAULIC FLUID REFILLED AND PRESSURE FLOWING SYSTEM ARE IDENTIFIED ACCORDING TO OPERATION MANUAL.

99

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

(B05-02-05-LE2-IS1c)

Page 2: B05-02-05-LE2-IS1c

ISI KANDUNGAN

LE1 - CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM

TASK 06.05 – CHECK HYDRAULIC SYSTEM

100

Page 3: B05-02-05-LE2-IS1c

No. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 06.05 – Check hydraulic system

Code No. : B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 1 drp. 8

TAJUK : Pengenalan Kepada Penggerak Hydraulik

TUJUAN :

Penggerak hydraulik merupakan peranti yang menukarkan kuasa hydraulik kepada kuasa mekanik dalam bentuk gerakan putaran atau lelurus. Ia boleh digolongkan ke dalam dua kategori – motor hydraulik dan silinder hydraulik. Motor diguna apabila daya putaran diperlukan. Silinder pula diguna apabila daya lelurus dikehendaki seperti dalam pergerakkan menolak, menarik, mengangkat dan mengapit

PENERANGAN :

Motor Hydraulik

Motor hydraulik bersaiz kecil berupaya menghasilkan daya kilas dan kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding motor jenis lain. Ia dikenadalikan dalam keadaan terendam di dalam cecair; ia tidak mengeluarkan bunga api, dengan itu menjadikannya kalis terhadap letupan; ia boleh dikendalikan dalam keadaan tegun untuk sekian lama tanpa mengalami sebarang kerosakan; dan ia mempamerkan kelajuan boleh ubah secara berterusan apabila diguna bersama injap kawalan aliran.

Pam hydraulik boleh dikendalikan dengan motor hydraulik sebagaimana penjana DC boleh dikendalikan sebagai motor DC. Untuk mengendali pam sebagai motor, suatu beban mekanik menggantikan penggerak utama. Minyak bertekanan dipancitkan ke dalam liang masukan, meyebabkan aci berputa. Terdapat tiga jenis motor hydraulik, iaitu gear ram dan omboh.

101

Page 4: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 2 drp. 8

Motor gear :- Minyak bertekanan memasuki motor melalui liang pengambilan, melewati sekitar perisian gear, keluar melalui liang ekzos dan mengalir semula ke takungan. Tekanan yang bertindak ke atas gigi menghasilkan daya kilas ketika minyak mengalir dari liang pengambilan ke liang ekzos, menyebabkan motor berputar. Kelajuan aci ditentukan oleh isipadu minyak yang dipam menerusi motor.

Motor ram :- Daya kilas dihasilkan apabila minyak bertekanan yang memasuki liang pengambilan menghentam ram dalam, menyebabkan rotor berputar. Kelajuan rotor berkadar dengan isipadu minyak yang mengalir menerusi motor.

Motor omboh :- Motor omboh bekerja mengikut prinsip bahawa minyak bertekanan yang bertindak ke atas omboh menghasilkan daya yang menyebabkan omboh bergerak di dalam silinder. Pergerakkan ini seterusnya menggerakkan sesondol dan kemudiannya menghasilkan daya kilas aci. Kelajuan aci ditentukan oleh isipadu minyak yang bertindak ke atas omboh. Oleh sebab kelajuan ketiga – tiga motor berkadar dengan isipadu minyak yang mengalir ke dalam liang masukan, kelajuan motor boleh ubah dengan menggunakan injap kawalan aliran.

Silinder Hydraulik

Silinder hydraulik dkenal juga sebagai pelantak boleh didapati dalam beberapa saiz untuk pengguna berlainan. Anggaran julat garis pusatnya adalah ½ inci hingga 20 inci. Panjang lejang boleh didapati sependek kurang daripada satu inci hinggalah ke beberapa kaki. Silinder hydraulik direka bentuk untuk bekerja dalam tekanan tertentu, umpanya 0 hingga 250 psi, 0 hingga 500 psi, 0 hingga 2500 psi dan 0 hingga 10,000 psi.

Terdapat dua jenis silinder – tindakan sehala dan tindakan dua hala. Silinder tindakan sehala menghasilkan daya dalam satu arah sahaja. Selepas ia dipanjangkan akibat daripada tindakan minyak bertekanan, ia kembali ke kedudukan asal sama ada melalui tarikan graviti yang bertindak ke atas beban atau melalui tindakan pegas. Sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 1, peranti ini terdiri daripada perumah, omboh dan rod dalam liang. Gelang omboh jenis automobil atau gelang ‘O’ dipasang pada bahagian lilitan luar omboh bagi mengelakkan minyak daripada mengalir keluar.

102

Rajah 1

Silinder tindakan sehala

Page 5: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 3 drp. 8

Daya yang dihailkan oleh pergerakkan berkadar dengan tekanan minyak dan saiz omboh. Gambarajah sebuah silinder tindakan dua hala dapat dilihat dalam Rajah 2. Silinder ini kerap digunakan. Binaan peranti ini sama dengan silinder tindakan sehala melainkan terdapat satu liang tambahan. Minyak bertekanan dipancitkan sama ada ke dalam bahagian omboh atau ke dalam bahagian rod. Daya yang terhasil apabila minyak dipancitkan ke dalam bahagian omboh sama dengan yang diperoleh dari silinder tindakan sehala. Apabila minyak dipancitkan ke dalam bahagian rod, daya yang terhasil lebih kecil sedikit disebabkan luar silinder telah berkurang disebabkan luas keratan rentas rod. Persamaan 4 diguna bagi menentukan daya apabila minyak dipancitkan ke dalam bahagian rod.

(Persamaan 4)

dengan A = luas ombohA1 = luas rod omboh

Sekali – kali terdapat pergerakkan tidak menentu semasa silinder bekerja. Ia disebabkan oleh udara yang terperangkap di dalam sistem. Hal ini lebih ketara bagi sistem baru atau sistem yang baru sahaja dibaiki. Biasanya sistem membersihkan udara dengan sendirinya berfungsi setelah bekerja untuk beberapa jam. Jika masalah ini masih lagi wujud, penyambung talian penghantaran ke silinder harus dilonggarkan sedikit untuk beberapa ketika bagi menyediakan laluan keluar untuk udara yang terperangkap.

Pergerakan omboh dikawal oleh injap kawalan arah. Sebuah injap tiga hala boleh digunakan untuk mengawal pergerakksn silinder tindakan sehala, sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 3. Semasa lejang pemanjang, liang takungan kembali tertutup dan minyak dipancitkan ke dalam silinder, menebabkan rod memanjang sebagaimana dapat dilihat dalam Rajah 3(a). Silinder menarik balik apabila liang masukan tertutup dalam Rajah 3(b). Pada kedudukan ini minyak mengalir dari silinder menuju kembali ke takungan. Terdapat sebahagian injap tiga hala yang mempunyai kedudukan tengah denga kedua – dua liangnya tertutup. Injap jenis ini membenarkan silinder kekal pada kedudukan tetap, sesuai bagi penggunaan lif, pesawat angkat, jek dan penekan.

103

Rajah 2

Silinder tindakan dua hala

Page 6: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 4 drp.8

Injap empat hala boleh diguna untuk mengawal pergerakkan silinder tindakan dua hala sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 4. Apabila batang injap pada kedudukan memanjang, minyak mengalir ke dalam bahagian omboh silinder manakala minyak dalam bahagian rod mengalir keluar dari liang takungan. Ini menyebabkan omboh dipaksa bergerak menghala ke luar sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 4(a).

Apabila batang ditekan semasa kedudukan bekerja, minyak mengalir masuk ke dalam bahagian rod manakala minyak pada bahagian omboh keluar menerusi liang takungan, menyebabkan omboh bergerak menghala ke dalam sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 4(b). Sebahagian injap empat hala mempunyai kedudukan tengah bagi membolehkan silinder berada pada kedudukan tetap.

104

Rajah 3Injap tiga hala diguna untuk mengawal

silinder tindakan sehala

Page 7: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 5 drp. 8

105

Rajah 4Injap empat hala diguna untuk mengawal

silinder tindakan dua hala

Page 8: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 6 drp. 8

PERANTI HYDRAULIK LAIN

Bendalir Hydraulik

Bendalir yang diguna dalam sistem hydraulik menjalankan tiga fungsi – penghantaran kuasa, pelinciran dan pengendapan. Beberapa jenis gred minyak berasaskan petroleum dan bendalir tiruan dihasilkan, tetapi jenis yang pertama merupakan bahantara yag paling kerap digunakan.

Talian Penghantaran Hydraulik.

Talian hydraulik diguna untuk mengalirkan minyak dari pam ke komponen lain di dalam sistem dan juga untuk mengembalikan minyak tersebut ke takungan. Pepaip, tiub dan hos telah direka khas bagi tujuan ini. Perpaipan keluli berat digunakan dalam sisem tekanan tinggi. Tiub daripada bahan aluminium, keluli tanpa kelim, keluli sepuh lindap digunakan dalam penggunaan tekanan sederhana dan rendah. Di tempat yang pergerakkan peranti atau getaran lebih, hos biasanya digunakan. Hos yang direka khas ini mengandungi tiub dalam, pelapik bertetulang dan salut pelindung luar sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 5.

Talian penghantaran hydraulik harus mempunyai luas keratan rentas yang besar bagi mengelak susutan tekanan di sepanjang talian. Susutan tekanan yang berlaku di dalam talian hydraulik terlalu kecil, sama halnya dengan susutan voltan di sepanjang pengalir elektrik yang saiznya tidak memandai. Hubungan antara tekanan dan talian penghantaran ditunjukkan dalam Rajah 6. Susutan tekanan boleh juga berlaku disebabkan kekasaran permukaan dalaman talian, panjang talian dan jenis bendalir.

106

Rajah 5

Hos hydraulik

Page 9: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No. B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 7 drp. 8

Penukar Haba

Penukar haba merupakan komponen penting dalam sistem hydraulik dengan panas atau sejuk lampau menjadi faktor penentu kepada prestasi sistem. Punca haba boleh diperoleh dari sumber luar atau dalam dan boleh mendatangkan beberapa kesan yang bertentangan terhadap prestasi sistem. Haba dapat mengurangkan kecekapan unit kuasa dan menyebabkab penghuraian bendalir hydraulik, pincang tugas injap dan kebocoran penyendat. Haba dalam minyak mestilah disingkir sekiranya satu persekitaran atau kerja yang dijalankan oleh sistem menyebabkan suhu minyak meningka melewati paras anggaran 140F. Sebaliknya, jika sistem dijalankan dalam keadaan persekitaran terlalu dingin, haba mungkin perlu ditambah kepada minyak bagi mengurangkan kelikatannya. Penukar haba boleh diguna sama ada untuk memanaskan atau menyejukkan minyak.

Pemupuk

Pemupuk merupakan takungan yang berfungsi untuk menyimpan bendalir semasa aktiviti kerja bukan masa puncak dan mengembalikan semula bendalir ke sistem apabila keperluan kerja melebihi bekalan pam. Pemupuk diguna apabila tekanan tinggi mesti dikekalkan untuk jangka masa yang panjang sementara unit kuasa diperlukan untuk kerja lain, memberi tambahan tenaga di samping yang dibekalkan oleh unit kuasa dan juga untuk menyerap kejutan disebabkan perubahan beban secara mendadak.

Pengamat

Kadangkala ia dikenal sebagai penggalak tekanan. Peranti ini diguna untuk meningkatkan lagi tekanan bendalir yang diperoleh dari unit kuasa dengan menukarkan bekalan minyak berisipadu tinggi, tekanan rendah kepada keluaran yang mempunyai isipadu rendah dan tekanan tinggi secara perkadaran. Pengamat digunakan dalam penggunaan seperti mesin penebuk dan penekan kerana tekanan dari pam tidak cukup untuk menghasilkan daya yang diperlukan untuk melaksanakan kerja.

107

Rajah 6Hubungan antara susutan tekanan

dan saiz hydraulik

Page 10: B05-02-05-LE2-IS1c

Code No B05-02-05-LE2-IS1c Muka : 8 drp. 8

SOALAN

1. Kirakan daya yang dihasilkan oleh silinder yang mempunyai garis pusat 3m jika tekanan

minyak 500N

F = (P) (A)

2. Diantara yang berikut yang manakah merupakan komponen – komponen yang digunakan

dalam hos talian penghantaran hydraulik?

i. Tiub dalam

ii. Pelapik bertetulang

iii. Bahan aluminium

iv. Salut pelindung luar

a) i , ii , iv

b) ii , iii , iv

c) iii dan iv

d) Kesemua diatas

RUJUKAN:BUKU TEKS FESTO

108