azita2014(hbis1203)

Upload: ahmad-fitri

Post on 02-Jun-2018

278 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    1/22

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN

    BAHASA

    SEMESTER JANUARI

    TAHUN 2014

    HBEF 1503SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

    NAMA PELAJAR : AZITA BT IDRIS

    NO. MATRIKULASI : 741112095066001

    NO. KAD PENGENALAN : 741112-09-5066

    NO. TELEFON : 017-4633284

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : ALOR SETAR, KEDAH

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    2/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    1

    ISI KANDUNGAN

    Bil. Isi Kandungan muka surat

    1. PENGENALAN 2

    2.

    ISI KAJIAN 5

    3. Konsep Dialog Antara Budaya 5

    4. Fungsi-Fungsi Dialog 6

    5.

    Kelemahan Dialog 8

    6. Perlaksanaan Dialog 10

    7. Cadangan Penambahbaikan Dialog 14

    8. KESIMPULAN 16

    9. RUJUKAN 17

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    3/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    2

    1.0 Penghargaan

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan masa, tenaga, dan idea

    kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

    Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang tenaga yang sudi

    ditemu bual bagi berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai kaedah dan teknik hafazan al-

    quran.

    Selain itu juga, penghargaan diberi kepada penulisan latihan ilmiah yang banyak membantu

    saya menyempurnakan tugasan ini, 'Muhaidi Hj. Mustaffa (2010), yang bertajuk Hafazan Al-

    Quran Dan Hubungannya Dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-

    Quran Wal Qiraat Pulai Chondong1, Kelantan Dari Tahun 1997 hingga 2007'.

    Melalui pengalaman ini, saya telah mendapat satu ilmu baru mengenai kepelbagaian kaedah

    yang digunakan di institusi tahfiz dan ianya berbeza mengikut kepakaran guru masing-

    masing. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ayuh kita hayati hasil pengkajian ini.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    4/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    3

    2.0 PENDAHULUAN

    Al-Quran ialah wahyu Allah S.W.T yang diturunkan kepada manusia melalui Rasulullah

    SAW. Ia diturunkan untuk menjadi panduan dan peraturan hidup manusia samada dalam

    bidang akidah, syariat, akhlak dan muamalah. Manusia dijanjikan oleh Allah SWT dengan

    keselamatan, keamanan dan ketenteraman hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat

    sekiranya mereka menurut segala panduan dan peraturan yang terkandung dalam al-quran.

    Rasulullah menerima wahyu daripada Allah SWT melalui perantaraan Malaikat Jibril dan

    Allah SWT, memberi jaminan bahawa Allah pasti mampu mengumpulkan wahyu tersebut ke

    dalam dada baginda. Setiap kali baginda selesai menerima wahyu ayat Al-Quran baginda

    akan menyampaikan kepada para sahabatnya. Baginda membacakannya dengan tekun dan

    tenang sehingga para sahabat dapat membacanya semula dengan baik, menghafal lafaz-

    lafaznya serta mampu memahami makna dan rahsia-rahsianya.

    Kesucian al-Quran masih dapat dipertahankan selepas kewafatan Rasulullah seterusnya pada

    zaman Khalifah Abu bakar dan Umar Al-Khattab. Selepas tempoh tersebut negara-negara

    Islam pun terus berkembang dan berlaku percampuran bangsa dan kebudayaan di kalangan

    orang Arab pada masa itu. Keadaan ini sangat menimbulkan kesrisauan akan kesucian al-

    quran daripada dicemari. Sehinggalah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan

    beliau memerintahkan supaya seluruh ayat al-quran dikumpul dan diselaraskan dalam satu

    mushaf dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Penambahbaikan bertambah dari masa ke semasa

    sehinggalah ke hari ini di sebut sebagai Al-Quran Al-Karim dan kesuciannya terus

    terpelihara.

    Sesungguhnya Allah telah menjamin kesucian Al-Quran hingga ke hari kiamat dan tidak akan

    dapat diubah walau satu huruf sekali pun. Untuk memelihara kesinambungan itu lah perlu ada

    generasi Islam yang menjadi Huffaz Al-Quran. Dewasa kini terdapat banyak institusi-institusi

    tahfiz al-Quran yang ditubuhkan di seluruh Malaysia. Kesedaran masyarakat Islam sekarang

    adalah optimis sejajar dengan penetapan KBSR dan KBSM di sekolah yang mewajibkan

    pendidikan Islam dan Al-Quran di semua peringkat pendidikan di Malaysia.

    Semoga kesedaran ibubapa pada masa kini dan masa akan datang semakin bertambah denganmenghantar anak-anak mereka ke Maahad Tahfiz untuk menjadi pada Huffaz yang akan

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    5/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    4

    menjadi salah seorang penjaga kesucian Al-Quran. Semoga umat Islam akan sedar dan

    berusaha agar dapat memenuhi matlamat 1 Rumah 1 Huffaz, insyaallah.

    3.0 INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

    Di setiap negeri di Malaysia terdapat institusi-institusi hafazan yang diasaskan oleh kerajaan

    atau pun swasta atau orang perseorangan.

    Menghafal al-quran adalah suatu sunnah yang disyariatkan kepada umat islam. Oleh itu,

    dalam proses penghafalan, ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu. Dalam pengkajian ini,

    saya telah memilih 1 lokasi utama sebagai sumber maklumat mengenai kaedah yangdigunakan dalam proses penghafalan al-quran, iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat

    (MTAQ) Pulai Chondong Pulai Chondong, Kelantan.

    Berikut adalah serba sedikit mengenai maklumat institusi yang menjadi bahan kajian penulis.

    MTAQ merupakan sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang

    merangkumi tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum tahfiz al-quran dan al-qiraat,

    kurikulum agama YIK, dan kurikulum akademik. MTAQ mula ditubuhkan pada tahun 1992

    dan menjadi antara pusat tahfiz terunggul di Kelantan.

    3.1 Maklumat Intitusi

    (Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-

    Itqan, op.cit.)

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    6/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    5

    MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT PULAI CHONDONG, KELANTAN.

    Tahun Sejarah Pentadbiran Pelajar Sumber

    Kewangan

    1992 Ditubuhkanmenggunakan

    bangunan

    Lembaga

    peperiksaan

    YIk, Nilam

    Puri

    Pengetua-Ustaz Haji

    Mansor bin

    Haji Daud

    Tenaga

    Pengajar-

    Ustaz

    Nazamuddin

    bin

    Jalaluddin

    30 orangGenerasi

    sulung

    pelajar

    Yayasan IslamKelantan

    16.5.1993Beralih tempatke kompleks

    MTAQ Di

    Pulai

    Chondong- 4

    ekar

    1998 Prasarana

    bertambah

    Kakitangan

    Pengurusanditambah

    kepada 21

    orang dan 4

    orang

    sokongan

    2001 Bilangan

    pelajar

    bertambahdengan 2

    kelas dibuka

    50 orang

    18.8.2003 Ditukar nama

    kepada

    Maahad Tahfiz

    Al-Quran Wal

    Qiraat

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    7/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    6

    22.10.2007 Menerima

    pelajar dari

    cawanganMTAQ dari

    Pasir Puteh

    kerana terlibat

    bencana

    kebakaran.

    53 orang

    Had Umur pelajar terdiri daripada individu berumur 13 hingga 18 tahun. Pengambilan

    untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    4.0 LANGKAH PENGAJARAN AL-QURAN DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

    WAL QIRAAT PULAI CHONDONG, KELANTAN

    4.1 Kaedah Membaca

    a) Kaedah sebelum menghafal

    Di MTAQ, kaedah yang dipraktikkan sebelum para pelajar menghafal sesuatu ayat quran ialah

    mereka perlu mendengar bacaan guru terlebih dahulu. Selepas itu giliran para pelajar pula

    membaca dan guru akan mendengar bacaan mereka. Pada masa inilah guru tersebut berperanan

    untuk membetulkan sebutan al quran para pelajarnya. Kalau tidak diperbetulkannya sebelum

    mereka menghafal, kesalahan tersebut akan terbawa sampai bila-bila. Kaedah ini sejajar dengan

    cara yang telah dilakukan oleh rasulullah sallallahu alaihi wasallam ketika membaca al quran

    bersama jibril a.s di bulan ramadhan. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah talaqqi.

    b) Penggunaan mushaf yang khusus

    Para hafiz al quran hendaklah menggunakan satu mushaf atau rasm al quran sahaja untuk

    menghafal, kerana gambaran ayat yang mereka hafal itu Rasm tersebut termasuk kedudukan

    ayat yang pertama dan ayat yang terakhirr dalam satu-satu muka surat itu akan terpahat di

    dalam fikiran mereka. Apabila seseorang itu menukarkan mushaf yang biasa digunakan untuk

    menghafal ataupun dia menghafal daripada mushaf yang berlainan kedudukan dan susunan

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    8/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    7

    ayat serta muka suratnya, maka sudah tentu hafalannya akan menjadi berpecah-pecah dan

    kucar-kacir.

    Dengan demikian, seseorang yang sudah menghafal 30 juzuk al quran sekalipun, akan

    menjadi terganggu hafalannya ketika membaca mushaf al quran yang tidak biasa dipakai

    semasa proses menghafalnya. Untuk itu, elakkan dari menggunakan mushaf yang berbeza-

    beza.

    Para hafiz juga digalakkan supaya menggunakan mushaf yang terdapat pada setiap akhir

    muka surat tanda bulatan yang menunjukkan akhir ayat dan setiap muka surat tidak

    mengandungi ayat yang tertangguh atau bersambung ke muka surat yang lain. Biasanya

    dalam satu juzuk terdapat 20 muka surat. Tujuannya ialah untuk memudahkan para hafiz

    membuat anggaran atau kadar hafalan pada setiap muka surat. Mushaf inilah yang digunakan

    oleh pelajar MTAQ.

    c) Dibaca dan didengar kepada orang lain.

    Semasa dalam proses menghafal, para pelajar MTAQPC dikehendaki membaca hafalan

    mereka didepan guru. Biasanya sebelum berhadapan dengan guru, pelajar-pelajar akan

    membaca hafalan mereka dengan kawan-kawan mereka terlebih dahulu untuk memastikan

    tidak berlakunya kesalahan samada dari sebutan huruf, hokum tajwid dan sifat hurufnya.

    Sekiranya para pelajar tidak berbuat demikian, mereka tidak dapat mengesan kesalahan yang

    terdapat dalam bacaan mereka.

    d) Melazimkan bacaan Surah al-Insyirah

    Melazimkan bacaan Surah Al-Insyirah dan surah-surah yang lain bukanlah merupakan suatu

    kemestian begi setiap hafiz, kerana ia hanyalah merupakan pengalaman guru-guru di Maahad

    Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong sendiri semasa mereka belajar di Mesir dan di

    Pusat Islam.

    Amalan seumpama ini juga merupakan nukilan dari kata-kata ulama-ulama terdahulu

    terhadap kelebihan surah ini, kerana di dalamnya terdapat ayat yang dapat mencerahkan hati

    dan memudahkan seseorang itu untuk menghafal sesuatu, iaitu ayat inna maal usri yusra

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    9/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    8

    e) Melazimkan membaca surah al-laselepas solat sunat subuh

    Amalan ini juga merupakan salah satu dari amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh pelajar

    MTAQ untuk menguatkan ingatan mereka dan mengelakkan dari lupa. Surah ini hendaklah

    dibaca setiap hari selepas sembahyang sunat subuh dan apabila sampai ke ayat yang keenam

    iaitu sanuqriuka fala tansa maka ia hendaklah diulang sebanyak 10 kali. Seelok-eloknya

    bacaan surah ini dijadikan amalan harian di samping amalan-amalan yang lain.

    Hal ini disebabkan pandangan ulama sebagai mana yang dinukilkan oleh al-Qurtubi dalam

    Tafsir beliau, mereka mengatakan Jika diizinkan oleh Allah, Rasulullah sallallahu alaihi

    wasallam akan melupai apa yang telah dihafal, tetapi selepas diturunkan ayat ini, baginda

    sallallahu alaihi wasallam tidak lagi melupai sesuatu yang telah dibaca dan dihafal16. Oleh

    sebab inilah, para pelajar di sini digalakkan supaya menjadikan ayat ini sebagai salah satu

    dari amalan harian mereka untuk menguatkan ingatan mereka.

    4.2 Kaedah Pemahaman

    a) Membaca doa sebelum menghafal

    Doa yang biasa diamalkan oleh para pelajar di MTAQ sebelum menghafal al quran ialah:

    Maksudnya: Ya Tuhanku, cahayakanlah pandanganku dengan kitab Mu, lapangkanlah

    dadaku dengannya, gunakanlah badanku dengannya, mudahkanlah sebutan lidahku,

    kuatkanlah ingatanku, segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah azamku

    dengannya. Bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan denganMu wahai Tuhan Yang

    Maha Pengasih. Biasanya doa ini akan dibaca oleh salah seorang pelajar Maahad Tahfiz yang

    dipilih oleh seseorang guru dan para pelajar lain akan mengikutinya secara beramai-ramai.

    b) Menentukan kadar hafalan

    Pihak pentadbir MTAQ telah menentukan kadar hafalan yang wajib dihabiskan oleh setiap

    para pelajarnyabagi satu-satu tahun. Bagi pelajar yang berada di Safful Awwal (tahun

    pertama), mereka perlu menghafalsekurang-kurangnya empat halaman dalam seminggu.

    Dengan itu, dalam setahun mereka akan wajib menghafal al-Quran sebanyak empat juzuk dan

    empat surah. Tetapi bagi pelajar yang mampu lebih dari 4 muka seminggu, mereka mampu

    mencapai tahap penghafazan 75% pada penghujung tahun. Bagi pelajar-pelajar yang gagal

    mencapai hafazan 75% dari kehendak peratusan sekolah. Mereka ini tidak dibenarkan naik ke

    tingkatan seterusnya.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    10/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    9

    Sebagai contoh tingkatan 1 ke Tingkatan 2. Para pelajar yang tidak mampu mencapai tahap

    hafazan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru akan mengambil

    tindakan seperti mewujudkan kelas pengukuhan bagi membantu pelajar yang lemah dari segi

    penghafazan al quran. Alternatif yang lain akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi

    menangani pelajar yang lemah dari segi penghafazan al quran. Sebagai contoh, sepanjang cuti

    sekolah berlangsung (7 hari) pelajar hanya dibenarkan pulang ke rumah selama 2 hari.

    Mnakala selebihnya pelajar akan mengikuti kelas pengukuhan yang akan dipantau oleh guru

    kelas bagi pelajar tersebut.

    Bagi pelajar Safful Thani (tahun kedua), mereka perlu menghabiskan hafalan sebanyak 7

    juzuk (selain dari juzuk di tahun pertama) dan begitu juga bagi pelajar Safful Thalith (tahun

    ketiga), mereka perlu menambah hafalan mereka sebanyak 7 juzuk selain daripada juzuk

    sebelumnya. Manakal bagi pelajar tahun keempat dan kelima, mereka masing-masing perlu

    menghafal 6 juzuk al quran (selain dari juzuk yang dihafal sebelumnya). Untuk

    menghabiskan kadar hafalan sebanyak 4 halaman seminggu pula,para pelajar terpaksa

    membuat kadar hafalan yang tertentu dalam sehari sama ada beberapa ayat atau setengah

    muka surat. Ini bergantung kepada kemampuan mereka masing-masing untuk menghabiskan

    kadar hafalan yang telah ditetapkan dalam seminggu. Sistem hafazan yang diamalkan oleh

    MTAQ Pulai Chondong:-

    i) METODE LAMA

    A) Tingkatan 1: 4 Juzuk.

    B) Tingkatan 2: 8 Juzuk.

    C) Tingkatan 3: 8 Juzuk.

    D) Tingkatan 4: 6 Juzuk.

    ii) METODE TERKINI

    A) Tingkatan 1: 6 Juzuk.

    A) Tingkatan 2: 8 Juzuk.

    B) Tingkatan 3: 8 Juzuk.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    11/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    10

    C) Tingkatan 4: 6 Juzuk.

    Selebihnya akan disambung pada Tingkatan 5. Manakala sesi pengulangan akan dilakukan

    pada Tingkatan 6.

    c) Menghafal di tempat yang sunyi

    Tempat sebegini dapat menjernihkan fikiran dari sebarang gangguan, kekacauan dan

    halangan-halangan seperti teriakan, permainan kanak-kanak dan perbuatan dunia. Selain dari

    itu, elok juga seseorang itu membaca dan menghafal al-quran di dalam taman yang cantik

    atau tempat-tempat yang menarik supaya suasana tersebut dapat memberi ketenganan jiwa

    dan menyenangkan fikiran untuk menghafal al-quran.

    Di MTAQ, pihak pentadbir telah menyediakan bilik-bilik darjah sebagai tempat untuk para

    pelajarnya menghafal al-Quran. Di samping itu, para pelajar juga menjadikan Masjid MTAQ

    ini yang terletak bersebelahan dengan bangunan asrama sebagai tempat untuk menghafal.

    Kedua-dua tempat ini amat sesuai untuk tujuan tersebut, kerana kedudukannya agak jauh dari

    jalan raya dan kebisingannya. Oleh itu, mereka dapat memberikan penumpuan yang lebih

    untuk menghafal al-Quran tanpa sebarang gangguan luar.

    d) Menghafalnya di masa yang tenang

    Penghafalan al-Quran memerlukan ketenangan dan jauh dari kebisingan. Keadaan ini akan

    membantu seseorang hafiz itu memberi penumpuan yang lebih semasa menghafal. Bagi para

    pelajar Maahad Tahfiz ini, masa yang digunakan untuk menghafal al-quran bergantung

    kepada seseorang guru dan juga kesesuaian para pelajar sendiri.

    Sesetengah guru menggalakkan para pelajarnya menggunakan waktu selepas Asar untuk

    mengulang hafalan yang telah dihafal, selepas subuh pula untuk menghafal ayat yang baru

    dan mentasmi di depan guru pada waktu pagi. Ada juga guru yang menganjurkan supaya

    masa selepas subuh sehingga pukul 7.15 pagi digunakan untuk menghafal. Namun bagi

    mereka yang menghafal al-quran di samping kegiatan yang lain, mereka terpaksa mencari

    masa yang sesuaidan harus pandai memanfaatkan ruang yang kosong untuk menghafal dan

    mentakrir. Antara masa yang tenang dan sesuai untuk menghafal ialah:

    1. Waktu sebelum terbit fajar

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    12/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    11

    2. Selepas fajar hingga terbit matahari

    3. Setelah bangun dri tidur di siang hari

    4. Selepas sembahyang

    5. Di antara maghrib dan Isyak

    Masa-masa ini dipilih kerana ia amat sesuai untuk menghafal. Tambahan pula, pada masa

    tersebut seseorang itu mempunyai kecergasan dan ketenangan terutama selepas bangun dari

    tidur dan selepas menunaikan sembahyang.

    d) Solat 4 rakaat pada malam Jumaat setiap minggu

    Selepas menghafal al-quran, setiap pelajar digalakkan supaya melazimkan solat sunat hifzi

    pada setiap malam Jumaat. Amalan ini sangat penting untuk menguatkan dan mengekalkan

    ingatan mereka. Seelok-eloknya solat ini hendaklah dilakukan pada pertengahan atau di awal

    malam.

    e) Tahajjud di tengah malam

    Waktu malam bagi seseorang hafiz amat berlainan dengan malam orang yang bukan hafiz.

    Waktu tengah malam merupakan saat yang paling sesuai untuk mereka membaca dan

    mengulangi hafalan al-quran. Tugas mereka yang paling utama ialah mentakrir hafalan dalam

    sembahyang tahajjud, kerana seseorang yang sentiasa melancarkan hafalan mereka dalam

    sembahyang tahajjud akan mempunyai ikatan yang kuat.

    Imam Nawawi pernah berkata: Solat dan membaca al-Quran di waktu malam sangant

    digalakkan, kerana pada waktu itu hati berada dalam keadaan teguh, jauh dari kesibukan

    hal-hal yang melalaikan serta tidak menuruti bermacam-macam keinginan, lebih selamatdari riak dan hal-hal yang boleh merosakkan amal, di samping kebaikan-kebaikan yang lain

    yang membawa oleh syariat pada waktu malam hari.

    Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

    Kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada Qiamullail

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    13/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    12

    f) Solat Subuh di Awal Waktu

    Melazimkan solat Subuh di awal waktu yang diamalkan oleh para pelajar di Maahad Tahfiz

    ini, bukanlah merupakan suatu kaedah dalam proses menghafal al-quran. Amalan ini Cuma

    sebagai satu disiplin bagi seseorang untuk bangun seawal yang mungkin. Kalau mereka dapat

    solat subuh di awal waktu, membuktikan mereka bangun awal dan sempat mengulang hafalan

    mereka dalam solat tahajjud. Dengan ini, mereka telah menunjukkan komitmen dan sikap

    disiplin mereka dalam menghafal al-quran.

    g) Doa selepas menghafal

    Doa yang diamalkan oleh pelajar MTAQ selepas menghafal ialah: Allahumma inni astau

    diuka ma allamtani farodadhu ila waktu hajati ilaihi fala tansaihu wa sollallahu ala

    sayyidina muhammdin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

    4.3 Kaedah Hafazan

    Bagi melakasanakan kaedah hafazan al-huffaz ini pembahagian juzuk telah disusun untuk

    memudahkan para pelajar menghafal dan menyusun jadual untuk mengulang hafalan-hafalan

    ayat yang telah dihafal. Pendekatan pembahagian juzuk ini akan memberi gambaran dan

    rangsangan kepada pelajar supaya sentiasa berusaha untuk mengikuti jadual yang telah

    ditetapkan sekali gus dapat menghafal keseluruhan 30 juzuk al-quran. Jangkaan hafalan-

    hafalan tersebut adalah seperti berikut:

    a)Penambahan Ayat-Ayat

    Di dalam kaedah hafalan Al Huffaz suatu bentuk penambahan ayat diperkenalkan bagi

    memudahkan pelajar menghafal dan tidak membebankan. Penambahan itu berbeza mengikut

    peringkat umur. Jadual penambahan ayat hafalan dalam sehari adalah seperti yang terdapat

    pada lampiran G.

    b) Murajaah Muka Surat Harian

    Teknik di mana pelajar perlu mengulang bacaan beberapa muka surat yang ditentukan di

    hadapan guru-guru bagi memastikan pelajar dapat mengingati hafalan al-quran dengan baik.

    Teknik ulangan bergantung kepada jumlah hafalan ayat-ayat al-quran yang telah dihafal. Ia

    merupakan teknik terpenting di dalam kaedah Al-huffaz bagi memastikan hafalan tidakhilang. Teknik tersebut adalah seperti yang terdapat dalam Lampiran H.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    14/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    13

    b) Empat Jam Sehari

    Waktu inilah digunakan oleh pelajar untuk membaca hafalan baru dan hafalan lama kepada

    guru pembimbing di dalam kelas. Masa tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30

    tengahari. Dari jam 9.30 hingga 10.00 pagi adalah waktu rehat para pelajar. Waktu yang

    digunakan sepenuhnya adalah hanya empat jam sahaja.

    c) Lima Kali Buka dan Lima Kali Tutup

    Teknik ini terbukti berkesan dan memudahkan hafalan dengan mudah, dan dapat

    mendisiplinkan pelajar dalam proses penghafalan ayat baru.

    e) Gundalan 60 Kali

    Ia adalah kiraan bilangan sebanyak 60 kali dalam proses hafalan, untuk setiap ayat yang

    dihafal. Ia merangkumi bilangan keseluruhan lima kali buka dan lima kali tutup seperti teknik

    F.

    f) Sepuluh Kali Ulang

    Ia adalah teknik penutup kepada ayat-ayat yang telah dihafal sebanyak 60 kali bacaan.

    Kaedah ini juga menyediakan bintang-bintang khusus bagi mengira 10 ulangan bacaan

    tersebut.

    g) Pemotongan ayat-ayat al-Quran

    Ia membawa pendekatan dengan memotong ayat-ayat yang panjang kepada potongan-

    potongan yang pendek.

    h) Borang Hafalan Tasmi Bulanan

    Ia dicipta untuk mendisiplinkan dan membantu mereka mengulang ayat hafalan. Ia digunakan

    selama sebulan (Rujuk Lampiran I).

    i) Penggredan Hafalan

    Ia adalah sebagai penunjuk gred, panduan bagi guru dan pelajar dalam memastikan hafalan

    pelajar kukuh dan mantap. Bagi pelajar yang tidak dapat mencapai aras yang ditetapkan,

    mereka tidak dibenarkan menyambung hafalan baru. Hanya pelajar yang mencapai tahap

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    15/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    14

    mumtaz sahaja dibenarkan menambah hafalan baru. Penunjuk gred adalah seperti yang

    terdapat dalam lampiran J.

    Jadual Penggredan Hafalan Pelajar

    j) Penggunaan Borang Hafalan Hifz

    Borang ini perlu ada pada setiap pelajar untuk guru menanda hafalan baru pelajar.Ia diguna

    dalam tempoh sebulan bagi setiap boring. Guru akan merekodkan tarikh, bilangan ayat, baris

    ayat dan gred para pelajar dalam boring tersebut (rujuk Lampiran K).

    k) Talaqqi

    Kaedah ini bertepatan dengan konsep penurunan wahyu. Melaluinya, murid-murid perlu

    menyemak bacaan ustaz dengan melihat kepada mushaf. Seterusnya murid pula membaca

    ayat yang telah dibacakan kepadanya. Waktu ini, guru penyemak akan memastikan bacaan

    pelajar tepat. n) Susunan Hafalan al Quran Kaedah ini mengamalkan pendekatan

    menghafal dari belakang al-quran iaitu dari juzuk ke 30 (rujuk lampiran L). Ia juga bagi

    memupuk minat penghafal bahawa proses hafalan bukanlah sesuatu yang susah.

    o) Ujian Hafalan

    Ia dilakukan setiap penggal, dan skema pemarkahan boleh dirujuk pada lampiran M.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    16/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    15

    5.0 ANALISIS DAN PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK

    Melalui kajian yang dibuat, penulis mendapati bahawa kedua-dua institusi masing-masingnya

    mempunyai kaedah tersendiri dalam proses penghafalan al-quran. Di MTAQ, kaedah yang

    digunakan bersesuaian dengan tahap umur pelajar, dan jenis kurikulum yang terdapat di

    institusi tersebut.

    Terdapat banyak teknik hafazan yang boleh diaplikasikan pelajar yang dapat

    mempercepatkan hafazan pelajar. Antaranya ialah :

    1. Teknik At-Tikrar

    2. Teknik Keywords / Kata Kunci

    3. Teknik Berpasangan

    4. Teknik mendengar Kaset / CD bacaan Al-Quran

    Setiap teknik mempngaruhi kecekapan dan membantu pelajar dalam hafazan Al-Quran

    kerana setiap kaedah dan teknik mempunyai kelebihan tersendiri. Pelajar hanya perlu

    memilih mana satukah teknik yang sesuai dengan kecenderungan, minat dan gaya

    pembelajaran masing-masing.

    Contohnya pelajar yang minat menggunakan peralatan muzik sesuai menggunakan Teknik

    Mendengar Kaset / CD. Bagi pelajar yang meminati aspek bahasa sesuai menggunakan

    Teknik Chunking kerana hafazan lebih kepada penceritaan. Manakala pelajar yang gemar

    menggunakan imaginasi dan kreativiti otak kanan sesuai menggunakan Teknik Keywords.

    Pelajar yang komitmen akan mencuba setiap teknik hafazan dan melihat hasilnya samada

    teknik itu memberi keberkesanan yang baik terhadap penghafazan pelajar atau pun

    sebaliknya. Dengan mengenalpasti teknik yang paling sesuai dan berkesan bagi seseorang

    pelajar itu seterusnya mengamalkan dalam pembelajaran sudah tentu lah ia memberi impak

    yang terbaik seterusnya membantu pelajar terus maju berbanding pelajar lain. Kemungkinan

    tempoh khatam hafazan adalah lebih singkat berbanding tempoh yang dijangkakan bagi

    seseorang pelajar.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    17/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    16

    5.1 Teknik At-Tikrar

    Contohnya dalam Bidang Hafazan Tahun 1 tajuk Surah An-Nas ayat 16;

    i. Guru membimbing murid membaca surah An-Nas dengan lengkap dan berulang-

    ulang sehingga 5 kali.

    ii. Guru membimbing murid menghafaz ayat 1 sebanyak 5 kali.

    iii.

    Kemudian menghafaz ayat 2 sebanayk 5 kali.

    iv. Sebelum menghafaz ayat 3 murid mengulangi dulu ayat 1 & 2.

    v. Begitulah seterusnya hingga ayat yang ke-6.

    5.2 Teknik Berpasangan

    Contohnya dalam bidang Hafazan Tahun 3 tajuk Surah Al-Humazah ayat 1-9.

    i.

    2 orang murid pilihan.

    ii. Guru membahagikan ayat surah Al-Humazah kepada 2 ayat iaitu:

    iii. Murid 1 menghafaz ayat 1&2 dan dibantu oleh murid 2.

    iv. Murid 2 pula menghafaz ayat 3&4 dan dibantu oleh murid 1.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    18/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    17

    v.

    Begitulah seterusnya hingga selesai ayat 9.

    vi.

    Seterusnya pelajar A & B mrnggabungkan hafazan mereka dan membaca ayat secara

    berselang-seli sehingga lengkap 1 surah.

    vii. Pelajar A & B bertukar ayat pula dan menggabungkan semual hafazan mereka secara

    berselang-seli hingga lengkap 1 surah.

    5.3 Teknik Keywords

    Contohnya Bidang Hafazan Tahun 5 tajuk Surah Asy-Syarhu ayat 1-8.

    i. Guru meminta pelajar membaca surah berulang-ulang kali sebanyak 5 kali mengikut

    teknik At-Tikrar.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    19/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    18

    ii. Guru meminta murid menyenaraikan kalimah bagi setiap permulaan ayat dalam surah

    Asy-Syarhu.

    iii.

    Guru meminta murid mengukuhkan hafazan mengikut keywords tersebut.

    6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Hasil daripada temubual bersama kakitangan Maahad Tahfiz tersebut dan juga temubual

    beberapa orang pelajar Sekolah Rendah Islam 1, tempat di mana saya mengajar, mendapati

    antara kaedah pengajaran yang lazim digunakan agak sama antara kedua-duanya iaitu Kaedah

    Tajwid melalui Talaqqi dan Musyafahah, Kaedah Tasmik dan Tartil serta Kaedah Murajaah.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    20/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    19

    Daripada pihak pelajar pula mereka mengaplikasikan beberapa teknik hafazan Al-Quran yang

    berlainan mengikut kemudahan dan kesesuaian dengan diri pelajar itu sendiri. Berikut adalah

    cadangan jenis-jenis teknik yang patut digunakan oleh pelajar (Berdasarkan Pelajaran

    Pengajaran Tilawah al-Quran KBSR dengan Kurikulum Standard KSSR bidang sama).

    Dengan mengamati segala aspek kajian bermula daripada isi kandungan maklumat bagi

    institut tahfiz dengan Sekolah Rendah Islam 1, penggunaan kaedah dan teknik, melihat

    keberkesanan dan perbandingan seterusnya menyerap teknik yang boleh diguna pakai dalam

    bilik darjah dapatlah disimpulkan beberapa perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat.

    Antaranya ialah perbezaan sistem pengajian di antara Maahad Tahfiz dengan sekolah biasa

    memungkinkan berlakunya perbezaan dari segi penguasaan dan pencapaian pelajar. Sebagai

    contoh Maahad Tahfiz menunpukan sebanyak 70% daripada kurikulum kepada penumpuan

    hafazan Al-Quran. Begitu juga dengan jadual pebelajaran harian pelajar lebih banyak

    tertumpu kepada aktiviti hafazan. Daripada tempoh pengajian yang dianjurkan selama 3 5

    tahun, pelajar sudah dapat mencapai rekod terbaik selama 2 tahun sahaja untuk khatam

    hafazan 30 juzuk.

    Berbeza dengan sekolah biasa, sistem pengajian yang ditawarkan mengandungi kurikulummata pelajaran akademik KBSR, akademik Agama Islam, Hafazan Al-Quran dan

    kokurikulum. Penumpuan untuk hafazan hanyalah sebanyak 30% sahaja daripada jadual

    pembelajaran harian. Sukatan hafazan yang ditentukan adalah sebanyak 6 juzuk bagi satu

    tahap dan dianggarkan pelajar akan selesai khatam hafazan 30 juzuk semasa berada di

    tingkatan 3 atau paling tidaknya tingkatan 1. Namun hasilnya terdapat juga pelajar yang tidak

    mencapai sasaran tersebut bahkan ada yang mampu khatam sebanyak 2 juzuk sahaja dalam

    setahun.

    Walau bagaimana pun segalanya bergantung kepada kebolehan pelajar itu sendiri. Sekiranya

    pelajar itu adalah pelajar yang komited sudah pelajar tersebut mampu membuat yang terbaik.

    Peranan guru juga adalah penting dalam memastikan pelajar dapat mencapai target yang

    ditetapkan dengan memastikan pelajar menggunakan teknik hafazan yang sesuai dengan

    kebolehan mereka.

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    21/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    20

    Apa yang paling penting ialah pengkajian ini menyedarkan bahawa betapa pentingnya

    pendidikan Al-Quran kepada generasi hari ini dan akan datang bagi memastikan

    kesinambungan Al-Quran dalam bidang tahfiz akan terus berlanjutan. Dalam mengharungi

    cabaran zaman globalisasi seharusnya umat Islam mengambil peluang untuk memajukan

    bidang Al-Quran seiring dengan kemajuan teknologi maklumat.

    7.0 KESIMPULAN

    Kaedah-kaedah Maahad Tahfiz Pulai Chondong yang dikaji dengan Sekolah Rendah Islam 1

    mempunyai pendekatan dan teknik masing-masing dalam proses penghafalan al-quran.

    Kaedah yang diguna pakai di MTAQ Pulai Chondong lebih bersifat tradisional berbanding

    kaedah yang digunapakai di sekolah agama rendah biasa itu. Hal ini disebabkan perbezaan

    umur di antara pelajar di MTAQ Pulai Chondong, iaitu terdiri daripada pelajar 13-18 tahun.

    Manakala di sekolah biasa pula terdiri dari pelajar 7-12 tahun. Kaedah ujian hafalan pelajar

    memberi kesan yang besar terhadap ingatan ayat-ayat yang dihafal, dan ia merupakan tunjang

    asas yang bakal mencerminkan kekuatan hafalan di dalam kaedah masing-masing. Akhir

    kata, saya ingin menyimpulkan bahawa jika seseorang guru berjaya memilih mana-mana

    kaedah untuk proses hafazan, maka ianya perlu selari dengan tindakan dan susulan yangdiaplikasi dalam kaedah tersebut. Ini bermakna, selangkah kita mula berjalan, kita akan

    akhirinya dengan sebuah kejayaan, iaitu menghasilkah para huffaz yang cemerlang di dunia

    dan akhirat.

    (3800 patah perkataan)

  • 8/10/2019 Azita2014(HBIS1203)

    22/22

    HBIS 1203_V2 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 2014

    21

    8.0 RUJUKAN

    1.

    Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mujam Al-Saghir,

    Mesir: Dar al-Ilm, j.h.172

    2.

    Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur:

    Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. h. 44

    3. Muhaidi Hj. Mustaffa (2010). Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan

    Kecemerlangan Pelajar: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai

    Chondong Kelantan Dari Tahun 1997 hingga 2007. Tesis Sarjana Jabatan AL-Quran

    dan Al hadith, Akademi Pengajian islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

    4. Ahmad Kamarudin Ibrahim, Ismail Mat Ludin, KhairilAnuar Ahmad (2011). HBQE1103

    Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.

    5. Muhammad Zaini Bin Yahya, Zulhazmi Bin Umar @ Muhammad Salleh, Afendi Bin

    Sahi (2008). Pendidikan Islam Tahun 5 KBSR. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan

    Pustaka