ayat penyata & perintah

2
Kata Perintah Kata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu. Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh 1. jangan / usah Untuk melarang seseorang melakukan sesuatu Jangan bermain di situ. Usah kamu hubungi aku lagi. 2. sila / jemput Untuk mempersilakan atau menjemput seseorang Silalah masuk ke dalam. Jemputlah minum, puan. 3. minta / tolong Untuk memohon permintaan atau pertolongan Minta kamu beratur. Tolong tutup suis lampu itu. Latihan Kata Perintah Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. ______________ (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras. 2. ______________ (Minta, Jemput)lah datang ke rumah saya. 3. ______________ (Tolong, Usah) sapukan lantai bilik darjah. 4. ______________ (Jangan, Sila)lah masuk ke dalam. 5. ______________ (Minta, Jangan) semua penonton bertenang. 6. ______________ (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam 7. ______________ (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu lagi. 8. ______________ (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk ke dalam bilk komputer. 9. ______________ (Tolong, Usah) perlahankan radio itu kerana abang sedang mengulang kaji pelajaran. 10. ______________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.

Upload: teacherayu

Post on 24-Jul-2015

72 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat penyata & perintah

Kata PerintahKata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang 

untuk melakukan sesuatu.Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh

1.    jangan / usah Untuk melarang seseorang melakukan sesuatu

Jangan bermain di situ.Usah kamu hubungi aku lagi.

2.    sila /jemput

Untuk mempersilakan atau menjemput seseorang

Silalah masuk ke dalam.Jemputlah minum, puan.

3.    minta / tolong Untuk memohon permintaan atau pertolongan

Minta kamu beratur.Tolong tutup suis lampu itu.

Latihan Kata PerintahIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. ______________ (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras.

2. ______________ (Minta, Jemput)lah datang ke rumah saya.

3. ______________ (Tolong, Usah) sapukan lantai bilik darjah.

4. ______________ (Jangan, Sila)lah masuk ke dalam.

5. ______________ (Minta, Jangan) semua penonton bertenang.

6. ______________ (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam

7. ______________ (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu lagi.

8. ______________ (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk ke dalam

bilk komputer.

9. ______________ (Tolong, Usah) perlahankan radio itu kerana abang

sedang mengulang kaji pelajaran.

10. ______________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.  

Page 2: Ayat penyata & perintah

Ayat Penyata1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.c) Dia suka menonton rancangan televisyen.d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.