ayat majmuk

3
Ayat Majmuk Definisi Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa , kata relatif yang , tanda koma dan tambahan keterangan. Contoh : a) Bazilah mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) b)Bazilah membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk) Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan. Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama. a. Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta dan sambil digunakan. Contohnya: i. Ia menjerit lalu menangis. ii. Melukis dan menulis menjadi kegemarannya. b. Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan padahal, hendaklah digunakan. Contohnya: i. Pegawai itu sombong tetapi pemurah. ii. Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya. c. Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya: i. Dia sudah mandi dan berpakaian. ii. Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya? d. Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir. Contohnya: i. Haslinda, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap hari. e. Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, hentian suara yang sebentar dilakukan sebagai penentu. Contohnya: i) Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.

Upload: linda-md-akhir

Post on 11-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ayat Majmuk

Definisi

Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta bahawa, kata relatif yang, tanda koma dan tambahan keterangan.Contoh :a) Bazilah mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )b)Bazilah membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk) Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataanrangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.2.Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:(a)kata hubung gabungan,(b)kata hubung pancangan,(c)kata hubung berpasangan.

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.a. Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta dan sambil digunakan. Contohnya:i. Ia menjerit lalu menangis.ii. Melukis dan menulis menjadi kegemarannya. b. Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan padahal, hendaklah digunakan. Contohnya:i. Pegawai itu sombong tetapi pemurah.ii. Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya. c. Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:i. Dia sudah mandi dan berpakaian.ii. Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya?d. Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir. Contohnya:i. Haslinda, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap hari.e. Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, hentian suara yang sebentar dilakukan sebagai penentu.

Contohnya:i) Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya. Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada subjek, predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek. Contohnya:i. Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat)kakak ke pejabat ayah.ii. Ibu membeli ikan dan sayur (penggabungan objek) di pasar.Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.8.3 Ayat Majmuk Pancangan Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama atau ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a. Ayat Relatif Ayat relatif menggunakan kata relatif yang yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya:i. Budak yang menangis itu sudah diberi makan.Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk) Budak itu menangis. (Ayat kecil) b. Ayat Komplemen Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK). Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan untuk memancangkan ayat komplement. Contohnya i. Bahawa saya bersalah memanglah saya akui. (KK sebagai subjek) ii. Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIA. (KK sebagai objek) iii. Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah (KK sebagai unsur predikat) c. Ayat Keterangan Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat. Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun.Contoh: i) Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)

ii. Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)iii. Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan pertentangan)iv. Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan) 8.4 Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di atas. Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif yang dan kata komplemen bahawa dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.Contoh:Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi.