ayat majmuk

12
3.0 MENGKLASIFIKASIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU Secara definisi, ayat majmuk merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga terbentuknya ayat baharu. Selain itu, ayat yang menjadi konsistuen ayat lain dipanggil klausa dan istilah klausa ini digunakan untuk membezakan ‘ayat’ di dalam ayat daripada ‘ ayat’ sebagai ayat bebas. Contoh-contoh di bawah menunjukkan ayat majmuk yang terbentuk hasil percantuman dua ayat tunggal: 1. Selena sedang membaca majalah dan Yasmin sedang menonton televisyen. a) Selena sedang membaca majalah. b) Yasmin sedang menonton televisyen. 2. Amanda menangis kerana terjatuh. a) Amanda menangis. b) Amanda lapar 3. Daniel berani tetapi adiknya penakut. a) Daniel berani b) Adiknya penakut 4. Guru sekolah saya bertanggungjawab dan rajin a) Guru sekolah saya bertanggungjawab b) Guru sekolah saya rajin 5. Pemuda yang berbaju biru itu abang saya a) Pemuda itu abang saya. b) Pemuda yang berbaju biru itu abang saya. Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majumuk. Ayat majmuk dapat dikelomokkan ke dalam tiga jenis iaitu:

Upload: fatin-athirah

Post on 03-Jul-2015

709 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

..............

TRANSCRIPT

Page 1: ayat majmuk

3.0 MENGKLASIFIKASIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM BAHASA

MELAYU

Secara definisi, ayat majmuk merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua

ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga

terbentuknya ayat baharu. Selain itu, ayat yang menjadi konsistuen ayat lain dipanggil klausa

dan istilah klausa ini digunakan untuk membezakan ‘ayat’ di dalam ayat daripada ‘ayat’ sebagai

ayat bebas. Contoh-contoh di bawah menunjukkan ayat majmuk yang terbentuk hasil

percantuman dua ayat tunggal:

1. Selena sedang membaca majalah dan Yasmin sedang menonton televisyen.

a) Selena sedang membaca majalah.

b) Yasmin sedang menonton televisyen.

2. Amanda menangis kerana terjatuh.

a) Amanda menangis.

b) Amanda lapar

3. Daniel berani tetapi adiknya penakut.

a) Daniel berani

b) Adiknya penakut

4. Guru sekolah saya bertanggungjawab dan rajin

a) Guru sekolah saya bertanggungjawab

b) Guru sekolah saya rajin

5. Pemuda yang berbaju biru itu abang saya

a) Pemuda itu abang saya.

b) Pemuda yang berbaju biru itu abang saya.

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat

majumuk. Ayat majmuk dapat dikelomokkan ke dalam tiga jenis iaitu:

Page 2: ayat majmuk

3.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN

Menurut Tatabahasa Dewan (2011: 498), ayat majmuk gabungan merujuk kepada ayat yang

terdiri daripada satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut

dengan kata hubung. Dalam konteks ini, kata hubung terdiri daripada dan, atau, tetapi dan

sebagainya. Secara ringkasnya,ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua

atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu. Contohnya:

a) Sarah pendek tetapi adiknya tinggi.

b) Kanak-kanak itu berlari dan bernyanyi.

c) Awak hendak makan atau minum?

Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, jelaslah bahawa ayat-ayat yang disambungkan itu

setara sifatnya, Hal ini membawa maksud bahawa ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri

sendiri. Di samping itu, hubungan antara satu ayat denga yang lain wujud kerana ayat-ayat

tersebut disusun berturut-turut. Secara ringkasnya, ayat majmuk gabungan adalah

gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dan menggunakan kata hubung yang

tertentu. Penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat harus digunakan

untuk melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat gramatis.

Ayat Majmuk

Pancangan

GabunganCampuran

Page 3: ayat majmuk

Ayat majmuk gabungan boleh dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu:

3.1.1 Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

Ayat majmuk jenis ini adalah ayat majmuk yang disusun secara berurutan yakni satu demi

satu. Klausa-klausa itu digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi,

serta, sambil, malahan, akhirnya kemudian dan tambahan pula. Berikut adalah contoh-

contohnya:

a) Kanak-kanak itu makan sambil berdiri. (sambil)

b) Latifah membeli sebuah novel dan majalah di kedai buku itu. (dan)

c) Sharifah naik geram sendiri lalu memicit kakinya. (lalu)

d) Usaha mengesan pesawat yang terhempas itu, akhirnya menemui jalan buntu,

(akhirnya)

e) Amirul baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menimbulkan masalah.

(malahan)

f) Pengetahuan Geena di dalam bidang itu sangat cetek, tambahan pula dia tidak memiliki

pengkhususan dalam bidang itu. (tambahan pula)

Ayat majmuk

gabungan

gabungan berurutan

gabungan berpasangan

gabungan bertentangan

Page 4: ayat majmuk

3.1.2 Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

Ayat majmuk jenis ini mempunyai dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi,

sebaliknya, melainkan dan padahal. Ringkasnya, ayat majmuk jenis ini memberi pertentangan

fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu. Antara contoh-contoh adalah seperti berikut:

a) Kumar minat belajar tetapi abangnya tidak berminat sama sekali. (tetapi)

b) Tina gemar berbelanja boros padahal gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

(padahal)

c) Musim kemarau panas, sebaliknya musim huja dingin. (sebaliknya)

3.1.3 Ayat Majmuk Gabungan Berpasangan

Ayat majmuk jenis ini menggabungkan dua ayat atau lebih menggunakan kata hubung

berpasangan seperti lebih baik…daripada, apakah…ataupun, adakah…atau(pun), sama

ada…atau dan sebagainya. Antara contohnya ialah:

a) Lebih baik hidup berputih mata, daripada mati berputih tulang. (lebih

baik..daripada)

b) Sama ada mereka akan datang malam ini atau pagi esok. (sama ada…atau)

c) Adakah Perdana Menteri akan hadir di majlis itu atau dia menghantar wakilnya

sahaja? (adakah..atau)

d) Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.

3.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN

Ayat majmuk jenis ini terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat

kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian ayat induk itu. Oleh

itu, ayat majmuk pancangan boleh dikelompokkan ke dalam tiga jenis iaitu:

Page 5: ayat majmuk

3.2.1 Ayat Relatif

Ayat relatif merujuk kepada ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Secara

mudahnya, ayat relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif untuk

menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau prediket dalam klausa induk tersebut.

Antara contoh ayat relatif ialah:

a) Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terbakar.

b) Budak yang hilang itu masih belum dijumpai.

c) Saya membeli kasut yang bertumit tiggi itu.

d) Budak yang tinggi itu kawan saya.

Klausa Relatif Subjek

Dalam konteks ini, klausa jenis ini dipancangkan ke dalam subjek klausa induk. Antara

contohnya:

a) Penderitaan yang menimpa Ali sekeluarga diterima juga dengan kesyukuran.

Klausa induk: penderitaan diterima juga dengan kesyukuran.

Ayat Majmuk

Pancangan

Ayat Relatif

Ayat Keterangan

Ayat Komplemen

Page 6: ayat majmuk

Klausa relatif yang menjadi subjek: (penderitaan yang menimpa Ali)

Berdasarkan contoh ayat di atas, kata ganti nama hubung relatif yang menggantikan

kata nama penderitaan. Penderitaan merujuk kepada kata nama dalam frasa subjek.

Klausa Relatif Predikat

Klausa relatif juga boleh menerangkan kata nama dalam predikat. Antara contohnya:

a) Kereta-kereta itu adalah kereta lama yang hilang lima tahun dulu.

Klausa induk: Kereta-kereta itu adalah kereta lama

Klausa relatif yang menjadi predikat: (kereta lama) yang hilang lima tahun dulu.

3.2.2 Ayat Komplemen

Ayat kompleman bermaksud ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya

menjadi kompleman kepada ayat utama. Komplemen juga bermaksud pelengkap. Di samping

itu, klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai pelengkap dalam klausa

induk. Ayat majmuk jenis ini ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan

untuk. Antara contohnya:

a) Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat denggi semakin

meningkat.

*Bahagian yang bertulisan condong di atas adalah komplemen iaitu yang berfungsi sebagai

objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan selain menjadi pelengkap

kepada ayat induk atau ayat utama. Di samping itu, terdapat beberapa kata kerja transitif

lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud

ayat tersebut lengkap. Antaranya ialah: menyatakan, menyebut, menafikan, mengakui dan

melaporkan

Ayat komplemen boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Page 7: ayat majmuk

Jenis-jenis ayat komplemen

a) Ayat Komplemen Frasa Nama

Seperti diketahui, frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaitu

sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun begitu, dalam konteks

ini, ayat komponen frasa nama hanya boleh menduduki dua tempat sahaja iaitu

sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek

tepat. Antara contohnya ialah:

i) Ayat komplemen frasa nama subjek

Bahawa pelaksanaan program itu berjalan dengan lancar.

Bahawa setiap pekerja akan menerima bonus hujung tahun ini.

Agak sukar untuk Datin Emilia memenangi pertandingan fesyen itu.

(ayat songsang)

Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan bangunan di kawasan

larangan itu. (ayat songsang)

ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepatAyat komplemen boleh wujud hanya

sebagai objek tepat sahaja manakala objek dalam ayat boleh wujud sebagai

objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi. Contoh-contohnya:

Wanita tua itu yakin bahawa anaknya tidak bersalah dalam kes

penculikan itu.

Ayat Komplemen

Ayat Komplemen Frasa Nama

Ayat Komplemen Fras Adjektif

Ayat Komplemen Frasa Kerja

Page 8: ayat majmuk

Berita itu menyebut bahawa semua penumpang bas terselamat.

Amin mengakui bahawa dia tidak ke sekolah pagi tadi.

Cindy menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

b) Ayat Komplemen Frasa Kerja

Frasa kerja yang terdapat di dalam ayat ini terdiri daripada kata kerja tak transitif dan

tidak boleh dipasifkan. Selain itu, ayat komplemen juga berfungsi sebagai pelengkap

untuk kata kerja tak transitif. Jika diimbas sekali lalu, ayat-ayat ini kelihatan seolah-

olah ayat komplemen frasa nama objek tetapi tidak demikian kerana ayat-ayat ini

tidak boleh mengalami proses pasif. Contoh-contohnya:

Puan Maimun berpendapat bahawa anaknya patut diberi peluang untuk

melanjutkan pelajaran di England.

Hakimi bersetuju bahawa projek itu boleh diteruskan.

Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus bertambah.

Amirah berasa bahawa hidupnya tidak lama setelah disahkan menghidap

barah rahim.

Bapa Siva beranggapan bahawa anaknya telah selamat dalam banjir.

a) Ayat Komplemen Frasa Adjektif

Ayat jenis ini berfungsi untuk melengkapkan kata adjektif. Selain itu, frasa ini juga boleh

menjadi predikat sesuatu ayat. Ayat komplemen juga boleh terdiri daripada ayat

komplemen adjektif iaitu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun

begitu, jumlah ayat jenis dalam bahasa Melayu sangat terhad. Antara contohnya ialah:

Hanis amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam ujian itu.

Rupa paras gadis itu sangat cantik seperti rupa seorang bidadari.

Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.

Pekerja itu sedar bahawa mereka harus bekerja bersungguh-sungguh.

Menara itu tinggi seperti binaan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Page 9: ayat majmuk

3.2.3 Ayat Keterangan

Ayat ini majmuk keterangan merujuk kepada ayat yang mengandungi klausa dan berfungsi

sebagai keterangan yang dipancangkan ke dalam predikat terutama dalam kata kerja dan kata

adjektif. Secara ringkasnya, ayat keterangan ialah satu ayat induk dan satu ayat kecil dan lebih

berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat majmuk keterangan boleh dibahagikan

kepada 9 jenis iaitu:

a) Keterangan Musabab

Ayat jenis ini merujuk kepada unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu

perbuatan atau kejadian. Di samping itu, ayat ini juga mempunyai klausa keterangan

musabab yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kebiasaannya, keterangan

musabab ditandai dengan kata hubung keterangan musabab seperti kerana, lantaran,

sebab dan oleh sebab. Antara contohnya ialah:

Amni tidak ke sekolah pada hari ini kerana tidak sihat.

Oleh sebab Ali tidak belajar bersungguh-sungguh, dia gagal dalam

peperiksaan.

Amisya berjaya dalam pertandingan itu lantaran usaha yang berterusan.

Abu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sebab pulang lewat malam.

Ayat Keterangan

keterangan musabab

keterangan akibat

keterangan waktu

keterangan tujuan

keterangan pertentangan

keterangan harapan

keterangan syarat

keterangan cara

keterangan tujuan

Page 10: ayat majmuk

b) Keterangan Akibat

Ayat jenis ini menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan dan mempunyai klausa

keterangan akibat yang menjadi pelengkap kepada keadaan. Hingga dan sehingga

adalah kata hubung yang digunakan untuk keterangan jenis ini. Antara contohnya ialah:

Masalah itu kian berlarutan sehingga tiada jalan penyelesaian.

Irdina bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

c) Keterangan Syarat

Kebiasaannya, ayat majmuk jenis ini mempunyai klausa keterangan syarat yang

dipancangkan ke dalam klausa induk. Ringkasnya, keterangan syarat ialah unsur yang

menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah

seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Antara contohnya ialah:

Saya akan mengikuti lawatan itu kalau mempunyai wang yang cukup.

Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa lima hari.

Jika mempunyai kelapangan, saya akan melawat kamu esok.

d) Keterangan Waktu

ayat majmuk jenis ini mengandungi klausa keterangan waktu yang menerangkan masa

sesuatu keadaan atau perbuatan. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak,

setelah, semenjak, sewaktu, tatkala, ketika dan sementara. Antara contoh ayat ialah:

Sementara menunggu nasi masak, ibu menggoreng ikan dahulu.

Semenjak peristiwa hitam itu, Aminah menjadi seorang yang pendiam.

Suatu ketika dahulu, saya pernah di kawasan perumahan ini.

Guru disiplin segera tiba setelah mendapat maklumat mengenai kejadian buli

tersebut.

e) Keterangan Pertentangan

Ayat majmuk jenis ini ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian atau perbuatan

yang berlawanan. Dalam konteks ini, ayat majmuk keterangan pertentangan mempunyai

klausa keterangan yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kata hubung adalah

seperti meskipun, walaupun, kendatipun, meskipun, sekalipun, walau bagaimanapun,

namun, biarpun dan sedangkan. Contoh-contoh ayat ialah:

Sekalipun usianya telah lanjut, namun dia masih bersemanhat untuk

menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

Meskipun hari beransur gelap, pemuda itu masih tidak mahu pulang ke rumah.

Page 11: ayat majmuk

Sungguhpun tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan

percubaan, Aiman tidak putus asa untuk berusaha dengan gigih.

Iqbal masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh-

sungguh.

f) Keterangan Harapan

Keterangan harapan mempunyai klausa keterangan harapan yang dipancangkan ke

dalan klausa induk. Ringkasnya, klausa keterangan ialah unsur yang menerangkan

sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati. Kata hubung keterangan adalah seperti

agar, semoga, supaya,kalau-kalau dan moga-moga. Contoh-contoh ayat ialah:

Supaya suasana menjadi harmoni dan aman damai mereka bersetuju dengan

cadangan ketua kampung itu.

Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh agar masa depan terjamin.

Siva bekerja dengan gigih supaya dapat membaiki taraf hidunya.

g) Keterangan Cara

Page 12: ayat majmuk