ayat majmuk

33
Ayat Majmuk DISEDIAKAN OLEH ; MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF JENNY BAILIN

Upload: fadhliacr

Post on 19-Jun-2015

3.005 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Dihasilkan Oleh Mohd Fadhli bin Mohd Yakof IPG Kampus Kent,Tuaran , Sabah

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat majmuk

Ayat MajmukDISEDIAKAN OLEH ;

MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF

JENNY BAILIN

Page 2: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Definisi

Ayat majmuk merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih.

Pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Page 3: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat Majmuk

1 Subjek + 1 Predikat

• Hafizul makan sambil menonton televisyen

2 Subjek + 1 Predikat

• Ibu dan Ayah pergi ke masjid

2 atau lebih Subjek dan Predikat

• Hafizul dan Henry makan sambil menonton televisyen

Page 4: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis ayat majmuk

Jenis ayat majmuk

Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk pancangan

Pancangan keterangan

Pancangan relatif

Pancangan komplemen

Ayat majmuk campuran

Page 5: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat majmuk gabungan

Subjek dan predikat lebih daripada satu.

Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda.

Page 6: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis kata hubung

Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka

Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal

Page 7: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Contoh 1

Ayat majmuk gabungan Fairuz menunggang basikal sambil bersiul.

Ayat tunggal (a) Fairuz menunggang basikal

Ayat tunggal (b) Fairuz bersiul

Kata hubung Sambil

Page 8: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Contoh 2

Ayat majmuk gabungan Shah menjadi doktor tetapi adiknya menjadi peguam

Ayat tunggal (a) Shah menjadi doktor

Ayat tunggal (b) Adiknya menjadi peguam

Kata hubung tetapi

Page 9: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat majmuk pancangan

Satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Page 10: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat majmuk pancangan : Keterangan

Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat.

Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri.

Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan).

Page 11: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk.

ayat induk + kata hubung + ayat keterangan

kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya

Page 12: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis ayat keterangan

► Keterangan musabab/penyebaban

► Keterangan akibat

► Keterangan syarat

► Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas akhir

► Keterangan pertentangan

► Keterangan harapan

► Keterangan cara

► Keterangan tujuan,

► Keterangan perbandingan

► Keterangan sangkalan

► Keterangan kenyataan

Page 13: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan musabab

Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat.

Page 14: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Contoh

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan musabab kerana

lantaran

oleh sebab

- Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia tidak sihat.-Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu lantaran usahanya yang bersungguh-sungguh.-Mereka menaiki teksi oleh sebab mereka ketinggalan bas.

Page 15: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan akibat

Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan makanya.

Page 16: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan akibat hinggasehingga

- Dia asyik bernyanyi hingga sakit tekaknya.- Ain belajar bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.

Page 17: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan syarat

Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana.

Page 18: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan syarat sekiranya

andai kata

jikalau

jika

kalau

- Saya akan turut pergi berkelah sekiranya saya mendapat kebenaran daripada keluarga saya.- Andai kata mereka mencerobohi kawasan kita, kita akan melaporkannya kepada polis.- Jikalau mereka tidak datang, kita akan pergi ke tempat mereka.- Zulaihah akan menerima peminangan Rozaimi jika dia berjaya mengalahkan Shahrul dalam pertandingan bina badan yang akan diadakan nanti.- Kalau semua orang bersetuju dengan cadangan itu, kita terpaksa akur dengan pendapat mejoriti.

Page 19: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan waktu

Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai).

Page 20: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan waktu sejak

setelah

sementara

tatkala

ketika

- Zaidi bercita-cita menjadi jurutera sejak dari kecil lagi.- Azizah membesarkan anak-anaknya sendirian setelah dia kematian suami.- Sementara menunggu padi masak, Pak - Abu menanam jagung di sekitar kawasan rumahnya.- Tatkala hujan turun, mereka masih bermain di padang.- Kami berjumpa dengan Zuraidah ketika menunggu bas untuk ke pekan petang semalam.

Page 21: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan pertentangan

Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun.

Page 22: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keteranganpertentangan

walaupun

kendatipun

sedangkan

sekalipun

- Walaupun Halim miskin harta benda dan wang ringgit, tetapi dia kaya dengan budi bahasanya.- Kendatipun Hang Tuah menyerangnya, Hang Jebat tetap mempertahankan tindakannya menderhaka terhadap sultan.- Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di desa.- Zakuan boros berbelanja sekalipun pendapatan bulanannya tidak seberapa.

Page 23: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan harapan

Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar.

Page 24: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan harapan supaya

moga-moga

kalau-kalau

- Sazali belajar bersungguh-sungguh supaya dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPMnya.- Kami berdoa moga-moga kamu selamat pergi dan selamat kembali.- Saya menawarkan harga yang berpatutan kalau-kalau kamu hendak membeli kereta saya.

Page 25: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan cara

Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah dengan.

Page 26: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan cara dengan - Dia memandu kereta barunya dengan cermat agar kereta barunya itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

Page 27: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan tujuan

Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.

Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi.

Page 28: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan tujuan untuk

demi

- Puan Rahmah membeli kamus itu untuk rujukannya sendiri.- Pak Malik bekerja bertungkus-lumus demi membiayai persekolahan anak-anaknya.

Page 29: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Keterangan perbandingan

Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.

Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil.

Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih.

Page 30: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Jenis-jenis Ayat Keterangan

KataKeterangan

Ayat Contoh

Keterangan perbandingan seperti

seolah-olah

semacam

- Sejak kematian ayah dan ibunya kehidupan Razi tidak tentu arah seperti anak ayam kehilangan ibu.- Syamsul belajar berterus-terusan seolah-olah dia akan menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya.- Dia meracau-racau semacam orang yang dirasuk hantu.

Page 31: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat majmuk campuran

Lebih daripada satu ayat tunggal

Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk

Deretan pelbagai ayat majmuk

Page 32: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Contoh

Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun.

Page 33: Ayat majmuk

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH

Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut:

* Minah belajar di Universiti Putra Malaysia

* Pelajarannya telah tamat

* Minah segera pulang ke kampung

* Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya

* Dia hendak menemui saudara maranya.

* Dia mempunyai maksud

* Maksudnya berkahwin

* Dia hendak berkahwin dengan Hassan

* Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM

* Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.