ayat majmuk

18
Ayat Majmuk

Upload: nur-hasanuddin

Post on 24-May-2015

16.381 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat majmuk

Ayat Majmuk

Page 2: Ayat majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina

dengan mencantumkan dua ayat

tunggal atau lebih, dan percantuman

ayat-ayat itu disusun mengikut cara-

cara tertentu sehingga menjadikannya

ayat baharu.

Definisi

Page 3: Ayat majmuk

Ayat majmuk gabungan

Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

Ayat Majmuk Gabungan

Bertentangan

Page 4: Ayat majmuk

Ayat Majmuk

Pancangan Relatif

Ayat Majmuk Pancangan

Komplemen

Ayat majmuk

pancangan keterangan

Ayat Majmuk Pancangan

Page 5: Ayat majmuk

a) Ayat Majmuk Pasif Gabungan

b) Ayat Majmuk Pasif Relatif

c) Ayat Majmuk Pasif Komplemen

d) Ayat Majmuk Pasif Keterangan

Ayat Majmuk Pasif

Page 6: Ayat majmuk

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat

atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau

mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti

dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.

Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

a) Beliau memandang saya sambil tersenyum.

b) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan

cara yang tidak menarik.

Ayat Majmuk Gabungan

Page 7: Ayat majmuk

Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan :

a) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak

berminat sama sekali.

b) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau

panas.

Page 8: Ayat majmuk

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu

atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk

dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif

i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.

ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.

b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.

ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.

Page 9: Ayat majmuk
Page 10: Ayat majmuk

Ayat Majmuk Campuran

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih

daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat

tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat

majmuk.

a) Contoh Ayat Majmuk Campuran

i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang

sudah letih lesu telah lama tidur.

ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu

penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak

senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.

Page 11: Ayat majmuk

Ayat Majmuk Pasif

a) Contoh Ayat Majmuk Pasif Gabungan

i) Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

ii) Aktif : Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

Page 12: Ayat majmuk

b) Contoh Ayat Majmuk Pasif Relatif

i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.

Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.

ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta

Ahmad pula.

Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk

kereta saya itu.

Page 13: Ayat majmuk

c) Contoh Ayat Majmuk Pasif Komplemen

i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan

hadapan.

Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan

oleh guru.

ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di

India.

Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh

akhbar itu.

Page 14: Ayat majmuk

d) Contoh Ayat Majmuk Pasif Keterangan

i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.

Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.

Pasif : Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis

perayaan itu.

Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri

oleh Ahmad

Page 15: Ayat majmuk

Sekian

Page 16: Ayat majmuk
Page 17: Ayat majmuk
Page 18: Ayat majmuk