ayat-ayat-pilihan

Upload: megat-rambai-sr

Post on 06-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    1/18

    Ayat-Ayat Pilihan

    al-Mathurat | Manzil | Munjiyat | Syifa | Lain-lain

    1. AL-FAATIHAH (1: 1 7)al-MathuratManzil1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagiMaha Mengasihani. 2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yangmemelihara dan mentadbirkan sekalian alam. 3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). 5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kamimemohon pertolongan.

    6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

    7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telahkurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)orang-orang Yang Engkau telah murkai, danbukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

    2. AL-BAQARAH (2: 1 5)al-Mathurat Manzil1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dantentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjukbagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

    3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan(mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kamiberikan kepada mereka.

    4. dan juga orang-orang Yang beriman kepadaKitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yangditurunkan dahulu daripadamu, serta mereka

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    2/18

    yakin akan (adanya) hari akhirat (dengansepenuhnya). 5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjukdari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orangYang berjaya.

    3. AL-BAQARAH (2: 163)Manzil163. dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa;tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi MahaMengasihani.

    4. AL-BAQARAH (2: 255)al-Mathurat Manzil255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekalselama-lamanya mentadbirkan (sekalianmakhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkantidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langitdan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapatmemberi syafaat (pertolongan) di sisiNya

    melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apaYang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada dibelakang mereka, sedang mereka tidakmengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah(ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit danbumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. danDia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya),lagi Maha besar (kekuasaanNya)

    5. AL-BAQARAH (2: 256 257)al-MathuratManzil256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam),kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran(Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapaYang tidak percayakan Taghut, dan ia pulaberiman kepada Allah, maka Sesungguhnya iatelah berpegang kepada simpulan (tali ugama)Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah),Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    3/18

    257. Allah Pelindung (yang mengawal danmenolong) orang-orang Yang beriman. ia

    mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur)kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yangkafir, penolong-penolong mereka ialah TaghutYang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman)kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahlineraka, mereka kekal di dalamnya.

    6. AL-BAQARAH (2: 284)al-Mathurat Manzil284. Segala Yang ada di langit dan Yang ada dibumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamumelahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamuatau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah

    akan menghitung dan menyatakannya kepadakamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapaYang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa YangdikehendakiNya (menurut undang-undangperaturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasaatas tiap-tiap sesuatu.

    7. AL-BAQARAH (2: 285)al-Mathurat Manzil285. Rasulullah telah beriman kepada apa Yangditurunkan kepadanya dari Tuhannya, dan jugaorang-orang Yang beriman; semuanya berimankepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, danKitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Merekaberkata): "Kami tidak membezakan antaraseorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". merekaberkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kamipohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dankepadamu jualah tempat kembali".

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    4/18

    8. AL-BAQARAH (2: 286)al-Mathurat Manzil286. Allah tidak memberati seseorang melainkan

    apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahalakebaikan Yang diusahakannya, dan ia jugamenanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhankami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai TuhanKami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kamibebanan Yang berat sebagaimana Yang telahEngkau bebankan kepada orang-orang Yangterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa YangKami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlahkesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. EngkaulahPenolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untukmencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yangkafir".

    9. ALI IMRAN (3: 1 2)al-Mathurat1. Alif, Laam, Miim. 2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekalselama-lamanya mentadbirkan sekalianmakhlukNya.

    10. ALI IMRAN (3: 18)Manzil18. Allah menerangkan (kepada sekalianmakhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti),bahawasanya tiada Tuhan (yang berhakdisembah) melainkan Dia, Yang sentiasamentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan,dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yangberilmu (mengakui dan menegaskan juga Yangdemikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi MahaBijaksana.

    11. ALI IMRAN (3: 26 27)Manzil

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    5/18

    26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "WahaiTuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan!Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahankepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, danEngkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahandari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkaukehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa

    Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaanEngkaulah sahaja adanya Segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiapsesuatu.

    27. "Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkanwaktu malam ke Dalam waktu siang, danEngkaulah Yang memasukkan waktu siang keDalam waktu malam. Engkaulah juga Yangmengeluarkan sesuatu Yang hidup dari bendaYang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkanbenda Yang mati dari sesuatu Yang hidup. Engkau

    jualah Yang memberi rezeki kepada sesiapa YangEngkau kehendaki, Dengan tiada hitunganhisabnya".

    12. AL-ARAAF (7: 54 56)Manzil54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yangmenciptakan langit dan bumi Dalam enam masalalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungimalam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan

    deras (silih berganti) dan (ia pula Yangmenciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya.ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusanmenciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang menciptadan mentadbirkan sekalian alam.

    55. berdoalah kepada Tuhan kamu Denganmerendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepadaorang-orang Yang melampaui batas.

    56. dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan Segala Yangmembawa kebaikan padanya, dan berdoalahkepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan

    terlalu mengharapkan (supaya makbul).Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepadaorang-orang Yang memperbaiki amalannya.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    6/18

    13. AT-TAUBAH (9: 14)Syifa14. perangilah mereka, nescaya Allah akanmenyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangankamu, dan Allah akan menghinakan mereka sertamenolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan

    memuaskan hati orang-orang Yang beriman.

    14. AT-TAUBAH (9: 51)Munjiyat51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidaksekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun

    melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagikami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkankami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yangberiman bertawakal".

    15. AT-TAUBAH (9: 128 129)al-MathuratLain-lain128. Sesungguhnya telah datang kepada kamuseorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaituNabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangatberat kepadanya sebarang kesusahan Yangditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pulamenumpahkan perasaan belas serta kasihsayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

    129. kemudian jika mereka berpaling ingkar,maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah

    bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkandia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lahYang mempunyai Arasy Yang besar."

    16. YUNUS (10: 57)Syifa57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telahdatang kepada kamu Al-Quran Yang menjadinasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang

    menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batinYang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadihidayah petunjuk untuk keselamatan, sertamembawa rahmat bagi orang-orang Yangberiman.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    7/18

    17. YUNUS (10: 107)Munjiyat107. dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan

    sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannyamelainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkauberoleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapunYang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya.Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapaYang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, danDia lah Yang Maha Pengampun lagi MahaMengasihani.

    18. HUUD (11: 6)Munjiyat6. dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhlukYang bergerak di bumi melainkan Allah jualahYang menanggung rezekinya dan mengetahuitempat kediamannya dan tempat ia disimpan.semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (LauhMahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikatYang berkenaan).

    19. HUUD (11: 56)Munjiyat56. " kerana Sesungguhnya Aku telah berserah dirikepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! tiadalahsesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerakdi muka bumi melainkan Allah jualah Yangmenguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di

    atas jalan Yang lurus.

    20. AN-NAHL (16: 69)Syifa69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai),serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu

    Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".(dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannyaminuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yangmengandungi penawar bagi manusia (dariberbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    8/18

    Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikankemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahuberfikir.

    21. AL-ISRAA (17: 82)Syifa82. dan Kami turunkan Dengan beransur-ansurdari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yangberiman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Qurantidak menambahkan orang-orang Yang zalim(disebabkan keingkaran mereka) melainkankerugian jua.

    22. AL-ISRAA (17: 110 111)al-Mathurat Manzil110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulahnama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang manasahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama ituadalah baik belaka); kerana Allah mempunyaibanyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atausembahyangmu, juga janganlah Engkauperlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu caraYang sederhana antara itu.

    111. dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah Yang tiada mempunyai anak, dan tiadabaginya sekutu Dalam urusan kerajaanNya, dantiada baginya Penolong disebabkan sesuatukelemahanNya; dan hendaklah Engkaumembesarkan serta memuliakanNya Denganbersungguh-sungguh!"

    23. THAAHA (20: 111 112)al-Mathurat111. dan Segala muka akan tunduk Dengan berupahina kepada Allah Yang tetap hidup, lagi Yangkekal mentadbirkan makhluk selama-lamanya;dan Sesungguhnya telah rugi dan hampalah orangYang menanggung dosa kezaliman.

    112. dan sesiapa Yang mengerjakan sebarang apadari amal-amal Yang soleh, sedang ia beriman,maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut

    dianiaya atau dikurangkan sedikitpun daripahalaNya.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    9/18

    24. AL-MUMINUN (23: 115 118)al-MathuratManzil115. "Maka Adakah patut kamu menyangkaBahawa Kami hanya menciptakan kamu (daritiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebaranghikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangkapula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"

    116. maka (dengan Yang demikian) MahaTinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagiYang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia,Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.

    117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yanglain bersama-sama Allah, Dengan tidakberdasarkan sebarang keterangan mengenainya,maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan

    amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisiTuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafirtidak akan berjaya.

    118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Denganberkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dankurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulahsahaja sebaik-baik pemberi rahmat!"

    25. ASY-SYUARAA (26: 80)Syifa80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yangmenyembuhkan penyakitku;

    26.ALANKABUUT (29: 60)Munjiyat60. dan (ingatlah) berapa banyak binatang Yangtidak membawa rezekinya bersama, Allah jualahYang memberi rezeki kepadanya dan kepadakamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagiMaha mengetahui.

    27. AR-RUUM (30: 17 26)al-Mathurat17. (setelah kamu mengetahui Yang demikian)

    maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamuberada pada waktu malam dan semasa kamuberada pada waktu subuh.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    10/18

    18. serta pujilah Allah Yang berhak menerimaSegala puji (dari sekalian makhlukNya) di langitdan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadanyaserta pujilah dia) pada waktu petang dan semasakamu berada pada waktu zuhur.

    19. ia mengeluarkan sesuatu Yang hidup daribenda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yangmati dari sesuatu Yang hidup, sertamenghidupkan bumi sesudah matinya; dansedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidupsemula dari kubur).

    20. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan

    kekuasaannya (menghidupkan kamu semula),Bahawa ia menciptakan kamu dari tanah; setelahsempurna sahaja peringkat-peringkat kejadiankamu, kamu menjadi manusia Yang hidupbertebaran di muka bumi.

    21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikankekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa iamenciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamubersenang hati dan hidup mesra dengannya, dandijadikannya di antara kamu (suami isteri)

    perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungiketerangan-keterangan (yang menimbulkankesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

    22. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikankekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialahkejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasakamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yangdemikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yangberpengetahuan.

    23. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikankemurahanNya dan kasih sayangnya ialahtidurnya kamu pada waktu malam dan pada sianghari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpahkurniaNya (pada kedua-dua waktu itu).Sesungguhnya keadaan Yang demikianmengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihatpengajaran).

    24. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikankebesaranNya dan kekuasaanNya, iamemperlihatkan Kilat kepada kamu, untukmenakutkan (dari panahan petir) dan memberiharapan (dengan turunnya hujan); dan ia

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    11/18

    menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkanbumi sesudah matinya Dengan hujan itu.Sesungguhnya Yang demikian mengandungiketerangan-keterangan bagi orang-orang Yangmenggunakan akal untuk memahaminya.

    25. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikankeluasan ilmunya dan kekuasaanNya, ialahterdirinya langit dan bumi (dalam keadaan Yangmenakjubkan itu) Dengan perintah dan penentuantakdirNya; akhirnya apabila ia menyeru kamuDengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidupsemula) dari bumi, kamu Dengan serta mertakeluar (dari kubur masing-masing).

    26. dan sekalian makhluk Yang ada di langit dan

    di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masingtetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

    28. FAATHIR (35: 2)Munjiyat2. apa jua jenis rahmat Yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada

    sesuatupun Yang dapat menahannya; dan apa juaYang ditahan oleh Allah maka tidak adasesuatupun Yang dapat melepaskannya sesudahitu. dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang MahaKuasa, lagi Maha Bijaksana.

    29. ASH-SHAAFFAT (37: 1 11)Manzil1. Demi (hamba-hambaKu) Yang berbaris Denganberderet-deret - 2. (hamba-hambaKu) Yang melarang (darikejahatan) Dengan sesungguh-sungguhnya - 3. (hamba-hambaKu) Yang membaca kandunganKitab Suci; 4. (Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Tuhankamu hanyalah satu -

    5. Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan)langit dan bumi dan Segala Yang ada di antarakeduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    12/18

    6. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langitYang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)Dengan hiasan bintang-bintang.

    7. dan (Kami pelihara urusan langit itu) Denganserapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-

    tiap Syaitan Yang derhaka;

    8. (dengan itu) mereka tidak dapat memasangtelinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam(dengan api) dari Segala arah dan penjuru,

    9. untuk mengusir mereka; dan mereka pulaberoleh azab seksa Yang tidak putus-putus. 10. kecuali sesiapa di antara syaitan-syaitan itu

    Yang curi mendengar mana-mana percakapan(malaikat), maka ia diburu dan diikuti (denganrejaman) api Yang menjulang lagi menembusi.

    11. (setelah nyata kekuasaan kami) makaBertanyalah (Wahai Muhammad) kepada mereka(yang ingkarkan hidupnya semula orang-orangmati): Adakah diri mereka lebih sukar hendakdiciptakan, atau makhluk-makhluk lain Yang Kamitelah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah

    mencipta mereka dari tanah liat (yang senangdiubah dan diciptakan semula).

    30. AZ-ZUMAR (39: 38)Munjiyat38. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (WahaiMuhammad) bertanya kepada mereka (yangmusyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit danbumi?" sudah tentu mereka akan menjawab:"Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalaudemikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yangkamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allahhendak menimpakan daku Dengan sesuatubahaya, Dapatkah mereka mengelakkan ataumenghapuskan bahayanya itu; atau jika Allahhendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkahmereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlahlagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong danmemeliharaku); kepadaNyalah hendaknyaberserah orang-orang Yang mahu berserah diri".

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    13/18

    31. AL-MUMIN (40: 1 3)al-MathuratManzil1. Haa, Miim. 2. turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang MahaKuasa, lagi Maha mengetahui;

    3. Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerimataubat; Yang berat azabNya; Yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan dia;kepadaNyalah tempat kembali.

    32. FUSHSHILAT (41: 44) Syifa

    44. dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan(bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah merekaakan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)?Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang RasulYang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah(Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi(cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orangYang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadisebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga

    mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka(bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu -(dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yangdiseru dari tempat Yang jauh (Masakan merekadapat mendengar Dengan betul atau melihatDengan nyata)".

    33. AR-RAHMAAN (55: 33 40)Manzil33. Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamudapat menembus keluar dari kawasan-kawasanlangit dan bumi (untuk melarikan diri darikekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamumenembus keluar. kamu tidak akan menembuskeluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yangmengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)!

    34. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

    35. kamu (Wahai golongan Yang kufur ingkar darikalangan jin dan manusia) akan ditimpakanDengan api Yang menjulang-julang dan leburan

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    14/18

    tembaga cair (yang membakar); Dengan Yangdemikian, kamu tidak akan dapatmempertahankan diri (dari azab seksa itu);

    36. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? 37. selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat

    seperti minyak; 38. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? 39. pada masa itu tiada sesiapapun, sama adamanusia atau jin, Yang akan ditanya tentangdosanya (kerana masing-masing dapat dikenalmenurut keadaannya);

    40. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

    34. AL-HASYR (59: 22 24)Manzil21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atassebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung

    itu khusyuk serta pecah belah kerana takutkepada Allah. dan (ingatlah), misal-misalPerbandingan ini Kami kemukakan kepada umatmanusia, supaya mereka memikirkannya.

    22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan

    melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang MahaPemurah, lagi Maha Mengasihani.

    23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhanmelainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam);Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera(dari Segala kekurangan); Yang Mahamelimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawalserta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha

    kuat (menundukkan segala-galanya); YangMelengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allahdari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    15/18

    24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalianmakhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepadaada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya);bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan

    semulia-mulianya; bertasbih kepadanya SegalaYang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yangtiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

    35. AL-JIN (72: 1 4)Manzil1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telahdiwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya:satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran

    Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikanhal itu kepada kaumnya dengan) berkata:`Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran(sebuah Kitab Suci) Yang susunannya dankandungannya sungguh menakjubkan!

    2. `Kitab Yang memberi panduan ke jalan Yangbetul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kamitidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatumakhluk Dengan Tuhan kami.

    3. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawasesungguhnya: tertinggilah kebesaran dankeagungan Tuhan kita daripada beristeri atauberanak.

    4. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah)Bahawa sesungguhnya: (ketua) Yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telahmengatakan terhadap Allah kata-kata Yangmelampaui kebenaran;

    36. AL-ZALZALAH (99: 1 8)al-Mathurat1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yangsedahsyat-dahsyatnya, 2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya, 3. dan berkatalah manusia (dengan perasaangerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    16/18

    4. pada hari itu bumipun menceritakan khabarberitanya: 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya(berlaku demikian). 6. pada hari itu manusia akan keluar berselerak(dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan

    kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

    37. AL-KAAFIRUUN (109: 1 6)al-MathuratManzil1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! 2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamusembah. 3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah)Yang Aku sembah.

    4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamuberibadat. 5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secaraAku beribadat. 6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

    38. AN-NASHR (110: 1 3)al-Mathurat1. apabila datang pertolongan Allah dankemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammadberjaya Menguasai negeri Makkah), -

    2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalamugama Allah beramai-ramai, -

    3. maka Ucapkanlah tasbih Dengan memujiTuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya,Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    17/18

    39. AL-IKHLAS (112:1 4)al-Mathurat Manzil1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku)

    ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhlukuntuk memohon sebarang hajat; 3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidakdiperanakkan; 4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupadenganNya".

    40. AL-FALAQ (113: 1 5)al-Mathurat Manzil1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Akuberlindung kepada (Allah) Tuhan Yangmenciptakan sekalian makhluk,

    2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang iaciptakan; 3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

    4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yangmenghembus-hembus pada simpulan-simpulan(dan ikatan-ikatan);

    5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabilaia melakukan dengkinya".

    41. AN-NAAS (114: 1 6)

    al-Mathurat

    Manzil1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Akuberlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalianmanusia.

    2. "Yang Menguasai sekalian manusia, 3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalianmanusia, 4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang

    timbul tenggelam, -

  • 8/3/2019 Ayat-ayat-Pilihan

    18/18

    5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya keDalam hati manusia, - 6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalanganjin dan manusia".

    Senarai

    1. AL-FAATIHAH (1: 1 7) al-Mathurat Manzil2. AL-BAQARAH (2: 1 5) al-Mathurat Manzil3. AL-BAQARAH (2: 163) Manzil4. AL-BAQARAH (2: 255) al-Mathurat Manzil5. AL-BAQARAH (2: 256 257) al-MathuratManzil6. AL-BAQARAH (2: 284) al-Mathurat Manzil7. AL-BAQARAH (2: 285) al-Mathurat Manzil8. AL-BAQARAH (2: 286) al-Mathurat Manzil

    9. ALI IMRAN (3: 1 2) al-Mathurat10. ALI IMRAN (3: 18) Manzil11. ALI IMRAN (3: 26 27) Manzil12. AL-ARAAF (7: 54 56) Manzil13. AT-TAUBAH (9: 14) Syifa14. AT-TAUBAH (9: 51) Munjiyat15. AT-TAUBAH (9: 128 129) al-Mathurat Lain-lain16. YUNUS (10: 57) Syifa17. YUNUS (10: 107) Munjiyat18. HUUD (11: 6) Munjiyat19. HUUD (11: 56) Munjiyat20. AN-NAHL (16: 69) Syifa21. AL-ISRAA (17: 82) Syifa

    22. AL-ISRAA (17: 110 111) al-Mathurat Manzil23. THAAHA (20: 111 112) al-Mathurat24. AL-MUMINUN (23: 115 118) al-MathuratManzil25. ASY-SYUARAA (26: 80) Syifa26. ALANKABUUT (29: 60) Munjiyat27. AR-RUUM (30: 17 26) al-Mathurat28. FAATHIR (35: 2) Munjiyat29. ASH-SHAAFFAT (37: 1 11) Manzil

    30. AZ-ZUMAR (39: 38) Munjiyat31. AL-MUMIN (40: 1 3) al-Mathurat Manzil32. Fushshilat (41: 44) Syifa33. AR-RAHMAAN (55: 33 40) Manzil34. Al-Hasyr (59: 22 24) Manzil35. At-Talaq (65: 2 3) Manzil36. Al-Jin (72: 1 4) Manzil37. Al-Zalzalah (99: 1 8) al-Mathurat38. Al-Kaafiruun (109: 1 6) al-Mathurat Manzil39. An-Nashr (110: 1 3) al-Mathurat40. Al-Ikhlas (112: 1 4) al-Mathurat Manzil41. Al-Falaq (113: 1 5) al-Mathurat Manzil42. An-Naas (114: 1 6) al-Mathurat Manzil

    AT-TALAQ (65: 2 3)Lain-lain... dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (denganmengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya

    jalan keluar (dari Segala perkara Yangmenyusahkannya),

    ...

    3. serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidakterlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserahdiri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplahbaginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkaraYang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukankadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.