awasi ejen perisikan

Upload: egahmulia

Post on 30-May-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 AWASI EJEN PERISIKAN

    1/5

  • 8/14/2019 AWASI EJEN PERISIKAN

    2/5

    Kita kadang kala terlupa atau sengaja tidak menghiraukan peranan ejenperisikan asing yang menjelma dalam kehidupan seharian kita denganpelbagai wajah untuk menjalankan peranan risik mereka di sekeliling kita.

    Kebanyakan daripada kita yang menikmati kehidupan yang baik danselesa pada masa sekarang sering terlupa mengenai kemungkinan-

    kemungkinan yang boleh menghancurkan negara.

    Mereka lupa bahawa perisikan mampu memainkan peranan besardalam menumbangkan seseorang dan sekali gus meruntuhkan sesebuahnegara.

    Perisikan di Asia Tenggara bukanlah satu perkara yang mengejutkan.Kuasa-kuasa besar akan menjalankan aktiviti perisikan mereka di negara-negara tertentu bagi memastikan dasar-dasar tertentu memenuhi matlamatdan ideologi mereka.

    Lebih hebat lagi perisikan juga akhirnya boleh membawa kepada

    kejatuhan sesebuah negara atau seseorang pemimpin. Sejarah telahmemperlihatkan bagaimana ejen-ejen perisikan dapat memenuhi matlamatkuasa-kuasa besar ini walaupun kos yang diperlukan amat tinggi.

    Sebelum Perang Dunia Kedua, Jepun telah meletakkan perisiknya diTanah Melayu yang bekerja dan membuka klinik gigi. Amerika Syarikat telahmenggunakan ejen-ejennya untuk melakukan provokasi sehingga tercetusnyaperang saudara antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.

    Walaupun Amerika gagal dalam misi di Vietnam, namun kesannyaberparut sehingga ke hari ini.

    Kejatuhan pemimpin lantang Indonesia, Sukarno dalam tahun 1960-anmerupakan satu kejayaan bagi perisikan asing. Ini diakui oleh ahli sejarahBritish, David Easter dalam jurnal Intelligence and National Security.

    Sukarno ketika itu dianggap sebagai duri dalam daging kuasa-kuasaBarat.

    Namun kelicikan perisikan dan ditambah peranan media Barat akhirnyaberjaya membohongi rakyat Indonesia untuk menerima hakikat Sukarno akantunduk kepada tekanan komunis.

    Mereka yang memainkan peranan utama perisikan British ketika itusehingga tersungkurnya Sukarno ialah Duta Britain ke Jakarta, AndrewGilchrist dan pakar propaganda Pejabat Luar Britain, Norman Reddaway.Mereka inilah yang menggoncang kestabilan kerajaan Indonesia.

    Malaysia juga sebenarnya tidak terlepas daripada intipan ejenperisikan. Pada awal 1980-an, seorang bekas Setiausaha Politik PerdanaMenteri turut dilatih oleh kuasa luar untuk menjadi ejen perisikan SovietUnion.

    2

  • 8/14/2019 AWASI EJEN PERISIKAN

    3/5

    Kewujudan Pejabat Kedutaan Israel di Singapura tidak harus dipandangringan kerana negara di selatan Semenanjung ini adalah satu-satunya negaradi Asia Tenggara yang mempunyai hubungan diplomatik secara langsungdengan negara Yahudi itu. Tidak mustahil ejen-ejen perisikan Israelmenjalankan intipan terhadap negara kita.

    Menyusup

    Perisikan alafbaru kini lebih mirip kepada risikan dan rahsia kerajaanyang melibatkan propaganda dan gerak saraf ideologi. Ejen-ejen perisikanakan menyusup masuk ke sektor ekonomi, pentadbiran, sistem pertahanannegara, malah akan cuba berbaik-baik dengan pemimpin parti politik danpertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Mereka akan mengeluarkan bantuan kewangan, peralatan komunikasiyang canggih, alat pengintipan yang serba moden, senjata dan latihan sama

    ada kepada individu atau kumpulan tertentu.

    Bagi mereka, sesiapa sahaja yang dilihat boleh membantu mencapaimatlamat risikan, akan menjadi sasaran.

    Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperlihatkan begitubanyak pembinaan bangunan strategik dan berfungsi keselamatan negaraakan dibina. Antaranya berpuluh balai polis, ibu pejabat polis daerah, kemtentera, pangkalan polis marin, bangunan pejabat kerajaan dan infrastrukturyang bertahap keselamatan tinggi seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang.

    Kenyataan Menteri Sumber Manusia bahawa negara kita akan dibanjiri

    oleh lima juta pekerja asing menjelang 2010 seharusnya dipandang seriusdan dikaji semula. Sektor guna tenaga dan sumber manusia perlumemikirkan sesuatu agar tawaran pekerjaan kepada pekerja asing tidak men-cecah sebegitu besar.

    Kerajaan perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor pembinaan danperlu juga mencampuri urusan pengambilan buruh asing oleh kontraktorterbabit agar tidak terdapat ejen perisikan asing yang menyamar sebagaiburuh binaan.

    Mungkin kerajaan boleh mengambil modul dan prosedur saringan dansemakan seperti yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

    semasa pembinaan Kem Tuanku Sirajuddin di Gemas.

    Siasatan latar belakang pekerja dan tahap keselamatan dalaman yangtinggi semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan begitu terperinci danteliti sekali semata-mata untuk mengelak dan memastikan selok-beloktempat strategik pertahanan negara tidak diceroboh oleh pihak asing.

    Malah kerajaan sebelum ini pernah mengarahkan Jabatan Imigresenmenyiasat latar belakang pekerja asing yang berkhidmat dengan pemimpin

    3

  • 8/14/2019 AWASI EJEN PERISIKAN

    4/5

    negara dan pegawai tinggi kerajaan bagi memastikan mereka bukan ejen-ejen perisikluar negara.

    Walaupun arahan ini telah lama dikeluarkan, kita berharap JabatanImigresen dapat meneruskan peranan ini.

    Kerajaan juga harus mengambil langkah berhati-hati dalam memberivisa dan permit kerja kepada warga asing dalam bidang-bidang tertentu.

    Dalam era teknologi canggih ini, risikan boleh dilakukan denganberbagai cara dan maklumat boleh disampaikan dengan begitu pantas sekali.

    Komunikasi tanpa sempadan dan capaian Internet berkelajuan tinggiakan membolehkan maklumat risikan sampai ke kuasa luar dengan begitucepat sekali.

    Ini belum lagi penggunaan teknologi satelit dan sistem informasigeografi (GIS) yang semakin hari semakin canggih dan terkini teknologinya.

    Perlu diingat 80 peratus satelit di ruang angkasa bumi adalah satelit yangberfungsi pengintipan yang dimiliki oleh kuasa-kuasa besar.

    Melumpuhkan

    Sektor ekonomi juga tidak boleh lari daripada menjadi intipan ejenperisikan. Pengambilan tenaga profesional negara asing dalam syarikat-syarikat besar tempatan yang mempunyai kuasa penentu jatuh bangunekonomi negara perlu juga dipantau. Tidak mustahil mereka berperanansebagai pemberi maklumat yang berharga kepada musuh dengan tujuanuntuk melumpuhkan ekonomi negara.

    Kita harus berwaspada dengan peranan ejen perisikan ini keranamereka bersedia melakukan apa sahaja untuk mengintip dan menyusuprahsia.

    Mereka akan menyamar, mengupah ejen tempatan, membuat rakamandan penyalinan dokumen rahsia sama ada menggunakan telefon, kamera,menceroboh sistem komputer kerajaan dan rakam bual pihak tertentudengan tujuan untuk mengintip.

    Hasil risikan pekerja asing di abad ke-21 ini bukan bermakna ada niatnegara asing untuk menakluk negara kita dengan kuasa ketenteraan danpeperangan.

    Serangan mereka adalah melalui serangan mentaliti, merubah sikap,gaya hidup dan menipiskan pegangan agama rakyat kita. Itulah bakalserangan alaf baru yang akan menimpa negara jika kita sendiri lalai dan tidaksensitif untuk mempertahankan negara dari diceroboh.

    Mungkin kesan jangka pendek tidak kita rasai sekarang. Akan tetapi jikaini berlarutan, apa akan terjadi kepada anak cucu kita nanti? Adakah kita

    4

  • 8/14/2019 AWASI EJEN PERISIKAN

    5/5

    pernah fikirkan berapa lama kemerdekaan kita boleh bertahan? Kita janganbongkak untuk memperkatakan mana mungkin kita yang sudah merdekaboleh dijajah semula?

    Lihatlah negara-negara yang lebih awal merdeka daripada kita sepertiIraq, Afghanistan dan Lebanon, apa sudah jadi dengan negara mereka

    sekarang?

    Hanya semangat cintakan negara mampu menghalang kemaraan ejen-ejen perisikan ini yang berada di sekeliling kita. Sikap kitalah yang akanmenentukan sejauh mana kejayaan ejen-ejen perisikasing ini.

    Utusan Malaysia, Jumaat 19 Oktober 2007

    5