aurat

4
AURAT Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipilih oleh-Nya antara mereka yang menyertai Gayong UPM untuk menyertai lawatan ke Pusat Latihan Tertinggi Gayong di Air Kuning ini. Bersilatlah kita, namun ajaran Tuhan jangan sesekali dilupakan. Peringatan ini ditujukan buat kita semua, jika kita yang disifatkan maka cubalah berubah setakat mana yang kita mampu. Jika kita tidak disifatkan, maka sebar-sebarkanlah peringatan ini. MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARA’ Wanita Islam perlu faham tentang kewajipan menutup aurat kerana ia bukan sekadar fesyen tetapi merupakan syariat Allah SWT yang wajib ditunaikan. Pemakaian pakaian yang menutup aurat tidak pernah menghalang seseorang wanita daripada mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita ketahui wanita mempunyai daya tarikan yang semulajadi yang mampu mengusik hati lelaki apabila dipandang, apatah lagi jika wanita itu berwajah

Upload: hamidah-idris

Post on 13-Feb-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: AURAT

AURAT Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipilih oleh-Nya antara mereka yang

menyertai Gayong UPM untuk menyertai lawatan ke Pusat Latihan Tertinggi

Gayong di Air Kuning ini.

Bersilatlah kita, namun ajaran Tuhan jangan sesekali dilupakan.

Peringatan ini ditujukan buat kita semua, jika kita yang disifatkan maka cubalah

berubah setakat mana yang kita mampu. Jika kita tidak disifatkan, maka sebar-

sebarkanlah peringatan ini.

MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARA’

Wanita Islam perlu faham tentang kewajipan menutup aurat kerana ia bukan

sekadar fesyen tetapi merupakan syariat Allah SWT yang wajib ditunaikan.

Pemakaian pakaian yang menutup aurat tidak pernah menghalang seseorang

wanita daripada mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Seperti yang

kita ketahui wanita mempunyai daya tarikan yang

semulajadi yang mampu mengusik hati lelaki apabila

dipandang, apatah lagi jika wanita itu berwajah cantik.

Fesyen apa pun yang dicipta tidak boleh lari dalam lingkungan menutup aurat.

Syariat yang diturunkan oleh Allah dan ditentukan olehNya tidak mungkin

berubah-ubah sebagaimana berubahnya fesyen pemakaian mengikut peredaran

zaman. Allah bersifat penyayang kepada hamba-hambaNya telah menentukan

kriteria berpakaian yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam.

Memakai tudung yang dipadankan dengan jilbab, jubah atau baju kurung

misalnya mestilah diniatkan untuk mendapat keredhaan

Page 2: AURAT

Allah. Mungkin sudah bertudung tetapi masih menampakkan bahagian-

bahagian lain seperti dada dan leher.

Ciri penutupan aurat yang sempurna bagi wanita apabila keluar rumah iaitu

fesyen yang dikenakan mesti menutupi seluruh badan kecuali muka dan tapak

tangan, pakaian yang dipakai mesti cukup tebal (tidak nipis) dan tidak

menampakkan bayang-bayang tubuh, pakaian mesti longgar, warna pakaian

tidak menarik minat atau perhatian lelaki, pakaian tdk menyerupai lelaki atau

menyerupai pakaian wanita bukan Islam.

Hikmah menutup aurat yang telah disyariatkan oleh Allah ialah faedahnya akan

pulang kepada si pemakai tersebut; ianya akan melahirkan wanita yang

berakhlak mulia dan sangat menjaga maruah. Anak-anak muda

jalanan yang suka memikat pun segan dan hormat serta tidak tergamak untuk

mengusik apalagi mengganggu.

Mereka juga semakin tertutup dengan peluang diperkosa, dicabul atau digosip

dsb, berbanding dengan mereka yang tidak menutup aurat kerana mereka telah

menutup peluang dan ruang ke arah penglihatan yang menaikkan hawa nafsu.

Dengan itu semakin tertutuplah pintu ke arah kemaksiatan seperti mana yang

dianjurkan dalam firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 52, “dan janganlah kamu

menghampiri zina...”

Selain itu di akhirat nanti si pemakai akan mendapat ganjaran

yang setimpal daripada Allah SWT. Sebenarnya di sebalik tertutup itu

ada hikmahnya. Didiklah anak-anak yang masih kecil supaya menutup aurat

sejak awal lagi dengan lemah lembut, bertujuan melahirkan seorang

muslimah sejati.

Page 3: AURAT

Artikel Syarifah Rokiah dalam ruangan Surat Pilihan, Majalah i Disember 2005

hlm. 6 dengan sedikit pengubah suaian. Pesanan menutup aurat tdk hanya

terhad kpd anak-anak kecil semata-mata, malah perlu disampaikan kepada

semua peringkat lapisan umur wanita muslimah.

(ditulis utk diedarkan sempena lawatan PSSGM UPM ke Pusat Latihan Tertinggi

Gayong di Air Kuning, Taiping, 30/11-03/12/2005)