assgperbezaantamadunislamdanbarat.docx

17
PENGENALAN Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal- hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun. Menurut Islam pula tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral. 1

Upload: zalina-mohamed-ina

Post on 17-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

PENGENALAN

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep

tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah

terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian

dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon

Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam

sesebuah masyarakat. Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur

rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah

dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam pula tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan

rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-

dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.

Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap

tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard

Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep

tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian

berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga

mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh

sarjana di Timur ataupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah

muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, iaitu secara umumnya membawa

erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan

tingkah laku yang baik.

1

Page 2: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan

cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil

kegiatan, penciptaan, berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,

tamadun dan peradaban.

Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun, telah

lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Di dalam bahasa Arab

terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran,

Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah tersebut

secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan.

Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa

maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam

sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering

digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization

atau civilisation.

2

Page 3: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

PENGERTIAN DAN KONSEP TAMADUN DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM

Konsep tamadun Islam ternyata berbeza sama sekali dengan tamadun-tamadun lain

yang wujud di dunia. Hal ini merujuk kepada asas tamadun Islam secara

keseluruhannya berpaksi kepada aqidah, tauhid dan nilai-nilai keimanan. Ini

bermakna, perkembangan tamadun Islam yang hakiki adalah dijuruskan oleh Din al-

Islam itu sendiri. Di mana ajaran Din al-Islam secara keseluruhannya menjadi asas

utama kepada pembentukan tamadun Islam, kerana ia merangkumi tiga aspek, iaitu

Tauhid, Syari’ah dan Akhlak. (Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,

2011).

Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan

daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara

keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemology bahasa

Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk

dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan

hadarah.

Ibnu Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu

kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah

urnran. Umran digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang

memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap,

berkembang subur dan maju.

Selain itu, Ibnu Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan

dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung

atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini,

perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil

mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.

3

Page 4: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

Menurut Ibnu Khaldun juga tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait

dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai

aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan

kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.

Selain itu, beliau juga menerangkan tentang tamadun ialah sekumpulan manusia

yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang

mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan

mereka mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang serta akhirnya merintis ke arah

pencapaian yang bersumberkan agama. Ibnu Khaldun yang memperkenalkan dua

terminologi al-umran dan al-hadarah iaitu dalam abad ke 14.

Ibnu Khaldun juga menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai

"pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga

dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih

halus dan mempunyai nilai-nilai seni."

Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan

tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka

sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau

kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata.

Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi,

India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau

dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu

konsep tauhid (meng-Esakan Allah S.W.T.).

Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang

memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut

ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun

Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf

kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" .

Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Islam yang terkenal, Sayyid Qutb telah

menjelaskan tamadun adalah suatu bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh

sekumpulan seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan

4

Page 5: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

yang berteraskan Syariat Allah S.W.T. Di samping itu ia bercirikan nilai-nilai moral

Islam.

Menurut Said Hawa melalui karyanya al-Islam, beliau menyatakan bahawa tamadun

secara umum terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu Tamadun Islam dan

Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas

kebudayaan Islam serta hasilnya juga releven dengan kebudayaan itu. Manakala

Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk

kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. (Mohd Nor

Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2011).

Umar Audah al-Khatib mengemukakan pandangan dengan menegaskan bahawa

tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syari’at, peraturan tradisi dan moral

yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan

seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. (Mohd Nor

Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2011).

Seorang sarjana Islam yang berpengalaman, Ahmad Bek Kamal menyatakan

konsep tamadun perlu menekankan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan

masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan

dan pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur atau di Barat.

Selain itu, Muhamad Rashid Redha pula berpendapat agama adalah asas tamadun.

Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan

fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan

kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu

bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Muhamad al-Bahiy, tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang

mengambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,

pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

Di samping itu juga, Abu Nasir Al-Farabi (350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah

al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyyah.

Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang

diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah

5

Page 6: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan

akhlak.

PENGERTIAN DAN KONSEP TAMADUN DARI SEGI PERSPEKTIF BARAT

Konsep tamadun juga dikemukakan oleh sarjana Barat mengikut pandangan

masing-masing. Menurut Arnold Toynbee tamadun ialah sejenis kebudayaan yang

berkembang di kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan

yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan

moral. (Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, 2002) dengan kata lain tamadun ialah

suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia mendapat hasil

pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat eleman iaitu bahan-bahan

ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Selain itu, J.K Fieblemen mengutarakan pengertian tamadun ialah kepandaian

mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses

masyarakat terhadap material dengan menjadikannya barang baru bagi keperluan

tertentu. Di samping word view masyarakat itu sendiri berubah oleh benda-benda itu,

ataupun daya usaha manusia itu dan kesannya ke atas nilai manusia itu. (Mohd Nor

Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2011).

Pengertian tamadun juga dijelaskan oleh E.B. Taylor iaitu suatu rangkaian rumit

yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral,

perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Manakala A.S Hornby dan E.C Parnwell menyatakan dalam bukunya The

Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian

hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains,

teknologi, politik, moral dan sebagainya.

Seterusnya, J.R Strayer menerangkan dalam bukunya The Mainstream of

Civilization menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan

perbendaharaan. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar.

6

Page 7: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

Oswarld Spengler berpendapat tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan,

kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

Manakala Will Durant pula menyatakan tamadun ialah peraturan masyarakat yang

dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi

empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Selain itu Albert Schweitzer mengemukakan pengertian tamadun sebagai suatu

kemajuan seimbang dari aspek kerohanian dan kebendaan ke atas individu atau

masyarakat.

Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa

tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun

merupakan satu criteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan

kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu

tamadun.

Manakala Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization

mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada

Negara.

Oleh itu, takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh

daripada sarjana Barat. Ini kerana sarjana Barat kurang menekankan unsur

keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Sarjana Islam

menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan

pencapaian sesuatu tamadun. Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa,

mengatasi dan dibezakan daripada tamadun lain dalam dua faktor iaitu sumbernya

(Al-Quran dan As-Sunnah) dan asasnya iaitu akidah, syariat dan akhlak.

7

Page 8: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun Barat

menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Secara keseluruhanya,

tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan

tanpa membezakan setiap bangsa. Namun begitu, tamadun Barat lebih

mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan)

walaupun soal akhlak insan terbiar. Perbezaan tamadun Islam dan Barat juga

dapat dilihat dari segi hubungan tamadun dengan agama, kebudayaan dan juga

bangsa.

Menurut Kamus Dewan (1998), agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan

sifat-sifat, kekuasaan, penerimaan ajaran dan perintahNya. Dalam aspek agama,

Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Islam mendefinisikan agama dengan

nama al-deen, iaitu cara hidup yang disepadukan dari kepatuhan menurut peraturan

yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dengan meletakkan agama Islam itu sebagai

kebudayaan. Ianya berbeza dengan pandangan Barat yang meletakkan agama

sebagai sebahagian daripada kebudayaan iaitu agama lahir daripada aktiviti

manusia atau hasil dari interaksi manusia dengan alam sekitar atau ketakutan

kepada kuasa ghaib.

Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta

perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya sangat penting. Ini

kerana agama mengajar manusia melaksanakan perkara-perkara positif dalam

kehidupan seperti berusaha, amanah, sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan

tamadun manusia. Contohnya tamadun Barat dipengaruhi oleh agama Kristian,

tamadun Timur Tengah, Rusia dan China kebanyakannya dipengaruhi oleh agama

Islam. Manakala tamadun Asia Tengah pula dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha.

Contohnya, agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi

mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun

India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan

8

Page 9: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

Siva. Agama juga mempunyai hubungan dengan unsur tamadun yang lain seperti

moral, etika, ekonomi, undang-undang, estetika dan sains.

Selain itu, kebudayaan bermaksud cara hidup. Oleh itu, kebudayaan Islam

bererti cara hidup Islam manakala kebudayaan Barat adalah cara hidup orang

Barat. Kebudayaan Islam adalah berlainan daripada kebudayaan Barat.

Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam yang dilaksanakan dalam

masyarakat Islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran

dan al-Hadis Nabi S.A.W.

Dengan ini, kebudayaan Islam tunduk kepada peraturan-peraturan yang

ditentukan oleh kedua-duanya yang berasaskan kepada al-Quran sendiri sebagai

kitab perundangan yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad

S.A.W. melalui Malaikat Jibrail dan ini merupakan wahyu Allah kepada

pesuruhNya Muhammad S.A.W. (Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun

Asia, 2011).

Kebudayaan Barat pula adalah cara hidup barat yang tidak tunduk kepada

peraturan-peraturan tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan kepada langit

dalam bentuknya yang asli dan murni. Bagi mereka pelaksanaan agama Kristian

dalam masyarakat sudah jauh menyeleweng daripada kehendak-kehendak

agama Kristian yang sebenarnya. Begitu juga dengan tamadun barat yang timbul

daripada kebudayaan barat yang telah memasukkan agama itu sebagai satu ciri

tamadun yang didefinisikan oleh Arnold J. Toynbee. Menurut beliau tamadun itu

secara langsungnya memberi gambaran kepada fikiran kita tentang perkara

seperti agama, senibina, senilukis, akhlak dan adat istiadat.

Manakala tamadun Islam pula adalah satu ciri yang timbul daripada keadaan

kehidupan manusia yang digelar masyarakat Islam yang telah mencapai taraf

kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang dipandukan oleh agama Islam itu

sendiri. (Mohd Nor Jusoh, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2011).

Dalam aspek kebudayaan terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek

budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram.

Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan

minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun

9

Page 10: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyarakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa

adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota

masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi

sokongan sama ada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara

penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak

bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu

Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek dalam bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika

dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi

ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung

Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling

bawah kerana menindas golongan lain.

Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun

terdapat beberapa tamadun sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti

tamadun China dan India. Walaubagaimanapun sifat tamadun melangkaui sifat-

sifat sesuatu bangsa kerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan

batasan kedudukan geografi, budaya dan kebangsaan. (Sazelin Arif, Ahmad

Ridzwan Mohd Noor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, Ali Hafizar Mohamad

Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 2006)

Bagaimanapun, Islam meletakkan agama sebagai nadi utama di dalam

pembinaan tamadun manakala bangsa tidak memberikan suatu makna yang

cukup besar kepada tamadun. Kepelbagaian bangsa dalam Islam dikira sebagai

milik bersama secara global dan mempertahankan survival tamadun Islam untuk

merentas zaman. Kefahaman ini dipetik menerusi firman Allah S.W.T. di dalam

al-Quran surah al-Hujurat (49) dan ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada

seorang lelaki dan wanita dan Kami telah menjadikan kamu semua bersuku-suku

10

Page 11: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama

lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling

bertaqwa di antara kamu.”

KESIMPULAN

Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam

sebagai al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.

Memandangkan Islam mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia,

maka melalui ilmu tamadun Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan

secara ilmiah.

Matlamat tamadun Islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem

pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W,

khulafa' al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan

sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan

melalui fakta-fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri

ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam

daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi

umat Islam dan bukan Islam.

Matlamat khusus tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia

dengan Allah Pencipta Alam. Di samping itu, tamadun Islam juga mempunyai

matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan sesama manusia

serta mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Dalam usaha untuk

mencapai matlamat tamadun Islam, terdapat beberapa ciri yang dianggap sebagai

bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan seperti pengenalan dan

penggunaan sistem tulisan.

Tulisan merupakan salah satu ciri penting tamadun Islam kerana ia berperanan

mempercepat proses penyebaran kebudayaan Islam dan seterusnya meningkatkan

perkembangan ilmu yang memberi kesan penting terhadap perubahan dan

pembaharuan dalam semua aspek kehidupan umat Islam.

11

Page 12: AssgPerbezaanTamadunIslamdanBarat.docx

Kedua, kemunculan kota dan bandar yang berkemampuan untuk menampung

peningkatan jumlah penduduk yang sedia ada di samping yang datang berhijrah

atau bermigrasi.

Ketiga, wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan

membentuk suatu masyarakat Islam yang mengandungi pelbagai bangsa dengan

pelbagai peranan. Perbezaan peranan ini pula melahirkan pembahagian

pengkhususan kerja dan seterusnya terbentuklah suatu ekonomi bandar. Keempat,

kewujudan bangunan-bangunan atau monumen bersejarah yang menjadi lambang

keagungan dan kebanggaan generasi kemudiannya, seperti istana, masjid dan

sebagainya.

Ciri-ciri yang bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat

melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama,

hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam, kedua, hubungan manusia dengan

sesama manusia; dan ketiga, hubungan manusia dengan alam sejagat.

Selain itu, kebanyakan para pengkaji barat menekankan aspek kemajuan

kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek kerohanian. Ciri-ciri

tamadunIslam secara ringkasnya seperti berteraskan kepada ajaran al-Quran adalah

rujukan utama Islam dan perlembagaan hidup yang syumul. Malah ianya juga

berdasarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan iaitu ilmu merupakan aspek

terpenting bagi memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Sesebuah tamadun Islam juga mempunyai masyarakat majmuk yang mana Islam

menolak perkauman dan ras keturunan. Semua bangsa yang beragama Islam tanpa

mengira warna kulit, ia adalah masyarakat Islam dan saling berganding bahu

membangunkan tamadun Islam.

Oleh itu, jelas bahawa tamadun Islam dan Barat mempunyai perbezaannya yang

tersendiri. Tamadun Islam adalah tamadun yang dinamik dan berkembang yang

bukan merujuk aspek spiritual dan agama. Tetapi spiritual dan agama itu merentasi

seluruh kegiatan masyarakat dan negara dalam pelbagai aspek termasuk politik,

ekonomi, pendidikan, keilmuan, kesenian dan sebagainya.

12