assg2

Upload: nasir-alin

Post on 06-Mar-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

shed

TRANSCRIPT

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015QGJ3053SUKAN INDIVIDUTAJUK TUGASAN(TUGASAN 2)KERTAS KERJA KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

MOHAMAD NASIR B MAT ALIND20112052444

NAMA TUTOR E-LEARNING: Encik Hishamuddin bin AhmadTARIKH SERAH: 30 November 2014

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

ANJURANJABATAN PELAJARAN NEGERI JOHORKELOLAAN MSSD KOTA TINGGI

Tarikh: 30 November 2014Hari: AhadMasa: 7.30 pg 1.30 ptgTempat : Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

Disediakan OlehDisahkan Oleh ____________________________________________________ (MOHAMAD NASIR B MAT ALIN)(ZAKARIA B AHMAD) Setiausaha Sukan DaerahPenyelia Kanan SukanMSSD Kota TinggiPPD Kota TinggiKERTAS KERJAKEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

1.0TUJUANKertas kerja ini disediakan bertujuan memohon kebenaran dan peruntukan kewangan bagi menjayakan Program Kejohanan Outreach Olahraga Bawah 9 dan 11 tahun MSSJ 2014. Peruntukan yang dipohon merangkumi urusan-urusan hadiah, makan minum pelajar dan sewaan tempat dan alatan.

2.0PENGENALANKejohanan Outreach Olahraga merupakan satu lapangan dan medan terbaik untuk murid-murid mengembangkan bakat mereka dalam bidang sukan olahraga di samping sebagai persediaan kepada jurulatih-jurulatih olahraga mempersiapkan pasukan olahraga di peringkat sekolah dan daerah masing-masing. Melalui usaha ini MSS Johor meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha memajukan sukan olahraga dan mengenal pasti murid-murid yang berbakat di dalam sukan bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimana pun keutamaan adalah untuk memberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk setiap murid mengambil bahagian dalam semua bahagian sukan dan seterusnya mengecapi kemenangan. Diharapkan agar kejohanan ini akan dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi murid yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid di bawah program Satu Murid Satu Sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0MATLAMATMelahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara.4.0OBJEKTIFKejohanan Outreach Olahraga Bawah 9 dan 11 tahun MSSJ 2014 menggariskan objektif seperti berikut:1. Mencungkil bakat pelajar dalam bidang olahraga untuk diketengahkan ke pringkat yang lebih tinggi.2. Memupuk semangat bersukan kepada pelajar untuk mencapai kemenangan.3. Mencungkil potensi diri pelajar bagi menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukan.4. Sebagai satu usaha mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pelajar.5.0TARIKHTarikh kejohanan adalah seperti berikut:Tarikh : 30 November 2014 Hari: AhadMasa: 8.00 pagi hingga 1.30 petang

6.0TEMPAT KEJOHANANStadium Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor

7.0PENGELOLAAN/PENGANJURANMajlis Sukan Sekolah Daerah Kota TinggiMajlis Sukan Sekolah Negeri Johor

8.0PENYERTAAN Kejohanan ini terbuka kepada semua daerah di negeri Johor

9.0ACARA KEJOHANANAcara Kejohanan Outreach Olahraga Bawah 9 dan 11 tahun MSSJ 2014 adalah seperti berikut:ACARAKATEGORI

LP 9 TAHUNLP 11 TAHUN

100 meterXX

200 meterXX

80 meter lari berpagarX

Lompat JauhXX

Lompat TinggiXX

Lontar PeluruX

Merejam LembingX

10.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKUANTITIHARGA/UNITJUMLAH (RM)

1Sewa Stadium1RM 300.00300.00

2Hadiah Pemenangi) Pingat66RM 8.00528.00

3Minum pagi peserta, pengurus, pegawai,120RM 3.00360.00

4Makan tengah hari peserta, pengurus, pegawai,120RM 5.00600.00

5Minuman ( Air Mineral )10 kotakRM 10.00100.00

6Cenderamata Perasmi1RM 50.0050.00

7Cenderamata Pegawai15RM 30.00450.00

8Urusan Pentadbiran300.00

9Kain Rentang1RM 100.00100.00

Jumlah2788.00

11.0JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANANLihat Lampiran A

12.0TENTATIF PROGRAMLihat Lampiran B

13.0PERINCIAN HADIAH PEMENANGLihat Lampiran C

13.0PENUTUPAdalah menjadi harapan pada pihak pengelolaan agar Kejohanan Outreach Olahraga Bawah 9 dan 11 tahun MSSJ 2014 ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharap kejohanan ini membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melangkah jauh dalam bidang sukan khususnya bidang olahraga melalui program Satu Murid Satu Sukan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian pada tahun ini.

Lampiran AJAWATANKUASA PENGELOLAKEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

Penaung:Encik Mohd Nor b A Ghani( Pengarah Pelajaran Johor )Penasihat :En. Md Din b Hussien ( PPD Kota Tinggi)Pengerusi:Tn. Hj. Zulkifli b Mohamed( Pen. PPD Pembangunan Sektor Kemanusiaan )Pen. Pengerusi:Encik Zakaria b Ahmad(Penyelia Kanan Sukan, PPD Kota Tinggi)Setiausaha :Encik Mohamad Nasir b Mat Alin ( Setiausaha Sukan Daerah Kota Tinggi )Pen. Setiausaha:En. Johari b Jamat( Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Kota Tinggi )Bendahari:Pn. Hjh Jamilah bt Ismail( Guru Besar Cemerlang SK Bandar Penawar)

Pengerusi Statistik & KeputusanSK Bandar Penawar 2 Pengerusi Perasmian Pembukaan / PenutupSK LKTP Sening Pengerusi Siaraya dan JuruhebahSK Bandar Penawar Pengerusi SambutanSK LKTP Adela Pengerusi Pertolongan CemasSK LKTP Kledang Pengerusi Makanan & Minuman/ Jamuan VIPSK Teluk Ramunia Pengerusi PeralatanSK Punggai Pengerusi Hadiah & CenderamataSK LKTP Lok Heng Selatan Pengerusi Teknikal dan PertandinganSMK Adela Pengerusi Kawalan & KeselamatanSK Muzaffar Shah Pengerusi Pendaftaran & UrusetiaSK Datuk Ismail Saadon Pengerusi Persiapan Padang / AstakaSK Semenchu Pengerusi Buku Program / SijilSK Felda Air Tawar 1

PERINCIAN TUGASAN KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

i. Pengerusi Statistik & Keputusan - Menyediakan pegawai yang bertugas Menyediakan keputusan rasmi kejohanan Menerima borang masuk dan menyusun acara kejohanan seperti yang ditetapkan oleh urusetia. Mendapatkan senarai nama atlit dalam semua acara daripada urusetia kejohanan. Menyediakan keputusan rasmi kepada juruacara Bekerjasama dengan pegawai teknik (urusetia ) menyediakan borang-borang yang berkaitan.

ii. Pengerusi Perasmian Pembukaan / Penutup - Menyediakan Budget Merancang aturcara perasmian dan penutup Menyediakan pelan lokasi upacara perasmian penutup Menyediakan keperluan sambutan Menyediakan pembaca doa dan skrip Menyediakan Juruacara dan skrip Memastikan buku aturcara mencukupi dengan jemputan

iii. Pengerusi Siaraya dan Juruhebah - Menyediakan pegawai yang bertugas Bekerjasama dengan jawatankuasa hadiah dan cenderamata Mengenalpasti tempat-tempat yang memerlukan alatan siaraya Memastikan alatan sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi Mempastikan pegawai yang mengendalikan alatan mencukupi dan mahir.

iv. Pengerusi Sambutan - Menyediakan pegawai yang bertugas Menyambut ketibaan VVIP Menyambut para jemputan dan tetamu kehormat dan mengiring ke tempat yang dikhaskan. Mengenalpasti laluan yang dilalui oleh VVIP Mengenalpasti kehadiran perasmi yang sebenarnya Menyediakan rozek kepada perasmi

v. Pengerusi Pertolongan Cemas Menyediakan pegawai dan pelajar yang bertugas. Menyediakan pegawai yang mencukupi mengikut keperluan dan kepentingan. Menyediakan pertolongan cemas. Memastikan bekalan kotak kecemasan dan peralatan berkaitan mencukupi semasa kejohanan. Memastikan pegawai bersedia di garisan penamat.

vi. Pengerusi Jamuan - Membuat anggaran perbelanjaan Berhubung dengan pengerusi makanan dan minuman Menyediakan susunan dan tempat untuk jamuan VVIP Menyediakan pegawai yang bertugas untuk melayan VVIP Memastikan hidangan disediakan pada waktu yang sesuai Mengemas kembali semua meja dan tempat jamuan VVIP seperti sebelumnya.

vii. Pengerusi Makanan & Minuman - Menyediakan pegawai yang bertugas untuk mengedar makanan Memastikan jumlah sebenar peserta, guru pengiring, pegawai dan petugas. Membuat anggaran perbelanjaan Menyusun menu dan mendapatkan menu daripada pembekal. Menentukan dan menyediakan tempat jamuan makanan. Mempastikan hidangan disediakan pada waktu yang sesuai Memastikan jumlah sebenar makanan yang perlu ditempah. Berhubung dengan urusetia.

viii. Pengerusi Peralatan- Menyediakan pegawai yang bertugas Memastikan semua alatan dalam keadaan baik dan mencukupi. Berhubung dengan pihak tentera untuk peminjaman khemah jika perlu. Mendapat khemah daripada mana-mana sekolah yang ada. Mengawal alatan tersebut semasa dan selepas Kejohanan.

ix. Pengerusi Hadiah & Cenderamata - Menyediakan pegawai yang bertugas Menentukan tatacara penyampaian hadiah dengan memastikan urutan hadiah selaras dengan juruacara. Menyediakan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan mencukupi. Menyediakan peralatan yang diperlukan dan satu cenderahati untuk perasmian dan penutup. Mengenalpasti lokasi meja hadiah dan lokasi rostum hadiah. Bekerjasama dengan juruacara dan jawatankuasa yang berkaitan. Hadiah disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

x. Pengerusi Teknikal dan Pertandingan- Menyediakan pegawai kejohanan bertugas untuk setiap acara yang dipertandingkan. Mendapatkan senarai aturcara kejohanan daripada urusetia. Berhung dengan urusetia

xi. Pengerusi Kawalan & Keselamatan- Menyediakan pegawai bertugas secukupnya mengikut keperluan dan kepentingan. Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan kenderaan dan murid. Mengawal jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini semasa kejohanan berlangsung.

xii. Pengerusi Pendaftaran dan Urusetia Menyediakan meja pendaftaran dan senarai nama peserta Mengurus pendaftaran dan senarai nama peserta. Menyelaras dengan pegawai sukan dan penyelia peserta. menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan kejohanan sebagai tempat rujukan dan maklumat.

xiii. Pengerusi Persiapan Padang / Astaka- Menyediakan perhiasan tempat Mempastikan lokasi dan tempat duduk dif-dif kehormat dan lain-lain jemputan mengikut kedudukan yang betul Mempastikan kebersihan persekitaran Menyediakan tong sampah yang mencukupi di kawasan padang

xiv. Pengerusi Marsyal Padang Bekerjasama dengan pengerusi teknikal dan pertandingan dalam mengurus peserta di padang semasa kejohanan. Memastikan peserta yang terlibat dalam kejohanan mengikut daftar yang telah diberikan. Memastikan orang luar dan pelajar tidak mengganggu semasa kejohanan berlangsung.

xv. Pengerusi Buku Program - Menyediakan buku program mengikut keperluan Memastikan percetakan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan Berhubng dengan urusetia untuk pengisian buku program Meletakkan buku program di tempat duduk tetamu / jemputan

Lampiran BTENTATIF KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

TEMPAT:STADIUM BANDAR PENAWARMASA:8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANGTARIKH:30 NOVEMBER 2014

7.30 pagi:Ketibaan peserta

8.00 pagi:Pendaftaran peserta dan pegawai sukan

9.00 pagi:Acara Bermula

12.00 pg :Perasmian PenutupAcara penyampaian hadiah

1.00 tgh:Makan Tengahari

1.30 ptg :Bersurai

Lampiran CPERINCIAN HADIAH PEMENANGBILACARAKEDUDUKANKATEGORIJANTINAJUMLAHHARGAAMAUN

123HADIAHSEUNIT( RM )

1100 m111L 9 tahunL34.50RM13.50

2100 m111P 9 tahunP34.50RM13.50

3100 m111L 11 tahunL34.50RM13.50

4100 m111P 11 tahunP34.50RM13.50

5200 m111L 9 tahunL34.50RM13.50

6200 m111P 9 tahunP34.50RM13.50

7200 m111L 11 tahunL34.50RM13.50

8200 m111P 11 tahunP34.50RM13.50

980 meter pagar111L 11 tahunL34.50RM13.50

1080 meter pagar111P 11 tahunP34.50RM13.50

11Rejam Lembing111L 11 tahunL34.50RM13.50

12Rejam Lembing111P 11 tahunP34.50RM13.50

13Lontar Peluru111L 11 tahunL34.50RM13.50

14Lontar Peluru111P 11 tahunP34.50RM13.50

15Lompat Jauh111L 9 tahunL34.50RM13.50

16Lompat Jauh111P 9 tahunP34.50RM13.50

17Lompat Jauh111L 11 tahunL34.50RM13.50

18Lompat Jauh111P 11 tahunP34.50RM13.50

19Lompat Tinggi111L 9 tahunL34.50RM13.50

20Lompat Tinggi111P 9 tahunP34.50RM13.50

21Lompat Tinggi111L 11 tahunL34.50RM13.50

22Lompat Tinggi111P 11 tahunP34.50RM13.50

JUMLAH31313193RM297.00

PEGAWAI KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

Pengarah Kejohanan: Encik Johari b Jamat ( Pengerusi Teknik Olahraga MSSD )

Pen.Pengarah Kejohanan: Encik Kahirul Anwar Bin A.Hadi ( Pen.Pengerusi Teknik Olahraga MSSD )

Referi: En. Mohd. Yusmizal Bin Mohamed (SKBP) - Balapan En. Ismail Bin Muhamad Zain (SKBP2) - Padang En. Megat Nasarudin bin Ahmad (SKS) En. Mohamad Rosli bin Salleh (SKSP) Juri Rayuan: Urusetia Kejohanan

Statistik/Keputusan: En. Khairul Akmal Bin Abdul Kadir (SKAT 1): Pn. Tuan Hafizah Rubina Bt Tuan Khaidir (SKAT2)

Pelepas: En. Sirajuddin Bin Salleh (SMKBP) En. Mohamad Khairul Bin Mohamad Zainal (SKSP)

Penjaga Masa: Pn. Jamaliah Binti Ahmad (SKS) Pn. Nurul Hidayah Bt Mustafa ( SKS) Pn. Siti Diana Bt. Daud (SKDIS) Pn. Rohani Bt Omar (SKDIS) Pn. Siti Hawadalila Bt Haneefa (SKMS)

Hakim Penamat: En. Fakaruddin Helmee Bin Nomawi (SKSP) Cik Salina Binti Jamaluddin (SKSP) En. Al-Imran Bin Mohd Tawil (SKBP) Hakim Lompat Jauh: En. Suresh A/L Muraly (SKTNS) Pn Fauziah Binti Abdul Karim (SKSP) Nur Aini Bt. Abdul Aziz (SKTR) Hakim Lontar Peluru: En. Sazali Bin Abdul Hamid (SKTR) Pn. Siti Marzidah Bt Mohd Nasir (SKTM) Cik Nur Izzati Binti Mohamad Junaidi (SKTB) Pengelola Peserta : En Asmirul Bin Mohamad (SKTB) Kejohanan En. Aidisurya b Abdullah (SKBP2) Norlin Farita Binti Johar (SKS) Cik Ainor Salikin Binti Jamaludin (SKMS)

Hadiah : Pn. Norlin Farita Binti Johar (SKS) Pn. Suhaida Binti Shahrom (SKTR) Pn. Munira Bt Judin (SKMS) Pn. Siti Suhaida Binti Razali (SKTR)

Juruacara : Pn Zainorriza Bt Zainun (SKMS)Pertandingan Cik Rohani Bt Ahmad Patanah (SKSR)

Bacaan Doa: En Abd Hadi b Hamzah (SKBP1)

SUSUNAN ACARAKEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

No. AcaraAcaraKategori

01Lompat TinggiL 9

02Lompat JauhP 9

03Lontar Peluru L 11

04Merejam LembingP 11

05100 meterL 9

06100 meterL 11

07100 meterP 9

08100 meterP 11

09Lompat TinggiP9

10Lompat JauhL11

11Lontar Peluru P11

12Merejam LembingL11

13200 meterL 11

14200 meterP 8

15200 meterP 9

16200 meterP 11

17Lompat TinggiP11

18Lompat JauhL9

19Lompat TinggiL11

20Lompat JauhP11

2180 meter berpagarL11

2280 meter berpagarP11

KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

1. Undang-undang PertandinganKejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2008/2009, Peraturanperaturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan-peraturan pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)

2. Acara-acara dan Ukuran serta Timbangan Alat-alat Pertandingan

BilAcaraLelakiPerempuan

9 tahun11 tahun9 tahun11 tahun

01100 meterXXXX

02200 meterXXXX

0380 meter lari berpagarX0.762 mX0.762 m

04Lompat TinggiXXXX

05Lompat JauhXXXX

06Melontar PeluruX2.72 kgX2.72 kg

07Merejam LembingX600 gX600 g

Acara 80 Meter Lari BerpagarBil. PagarTinggi PagarPagar 1 dari Garisan PermulaanPagar ke PagarPagar 8 ke Garisan Penamat

80.762 m12.00 meter8.00 meter12.00 meter

3. Hadiah-HadiahAcara individu pertama, kedua, ketiga

4. Acara PertandinganSetiap MSSD tidak dibenarkan menghantar peserta lebih daripada dua orang bagi setiap acara yang dipertandingkan.

5. Pendaftaran Peserta Pendaftaran peserta yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat tiga minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan disket dan atau borang penyertaan rasmi yang disediakan oleh jawatankuasa pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Daerah masing-masing. Peserta-peserta setiap MSS Daerah hendaklah menyertakan borang R 01berserta gambar dan satu salinan surat beranak yang telah disahkan oleh guru besar dan pengetua sekolah yang berkenaan dan disahkan oleh Setiausaha Agung MSS Daerah.

6. Pengesahan Peserta Mesyuarat Pengundian- Mesyuarat pengesahan dan undian akan diadakan satu minggu sebelum kejohanan. Setiausaha Agung atau wakilnya dan Pengerusi Teknik Olahraga MSS Daerah atau wakilnya diminta hadir untuk menyaksikan pengundian tersebut.- Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut. (Semua pertukaran/penggantian tidak benarkan selepas pengundian) Taklimat Pengurus Pasukan- Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri tanpa penggantian dibenarkan. Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan- Jika didapati bahawa seseorang peserta setelah disahkan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan, tidak mengambil bahagian dalam mana-mana satu acara (kecuali) jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/cedera daripada pegawai perubatan kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.- Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepasmengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada pegawai perubatan kejohanan, dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.- Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat pegawai perubatan kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pegawai perubatan kejohanan kepada pengurus kejohanan.

7. Melaporkan Diri Peserta Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. Peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. Hebahan tentang panggilan peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka tidak akan dibuat. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan pada papan kenyataan di tempat penyelia peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan. Peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing. Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan tag pengenalan rasmi kepada penyelia peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara itu. Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan, tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

8. Prosedur Masuk dan Keluar Arena Pertandingan Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan serta diiringi oleh penyelia peserta. Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta-merta tanpa memasuki padang

9. Huruf-huruf dan Nombor Pengenalan MSS Daerah Kad-kad warna dan nombor berikut akan digunakan untuk kelas, jantina dan negeri:- Peringkat umur 9 tahun ke bawah - Nombor warna merah atas kain putih- Peringkat umur 11 tahun ke bawah - Nombor warna biru atas kain putih Huruf dan Nombor Peserta

10. BantahanSegala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM, kecuali perkara-perkara berikut: Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSJ kelak. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada : Lima belas minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal. Tiga puluh minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acar-acara peringkat akhir. Sebarang bantahan bertulis kepada juri rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia:Dua Ratus Sahaja).

11. Hal-hal Lain Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan dilarang masuk ke tempat-tempat khas tersebut. Selain pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, tidak ada sesiapa pun dibenarkan masuk ke arena pertandingan kecuali kebenaran pengurus kejohanan. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:- Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke stadium;- Semasa kejohanan dijalankan.- Di dalam dan di luar kawasan stadium.- Di tempat-tempat penginapan. Walau bagaimanapun, pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan peserta atau pegawai terjamin setakat yang munasabah.

LAPORANKEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA MSSJBAWAH 9 DAN 11 TAHUN2014

DISEDIAKAN OLEH :MOHAMAD NASIR B MAT ALINSETIAUSAHA SUKAN DAERAHKOTA TINGGI1.0PENGENALAN

NAMA PROGRAM: KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN 2014

TARIKH: 30 November 2014 (Ahad)MASA: 8.00 Pagi 1.30 tengah hariTEMPAT: Stadium PenawarPERASMI: En. Zakaria b Ahamad ( Penyelia Kanan Sukan PPD Kota Tinggi )

PERINGKAT PELAKSANAAN PROGRAM/AKTIVITI:Peringkat Negeri Johor

LATAR BELAKANG PROGRAM: Kejohanan Outreach Olahraga merupakan satu lapangan dan medan terbaik untuk murid-murid mengembangkan bakat mereka dalam bidang sukan olahraga di samping sebagai persediaan kepada jurulatih-jurulatih olahraga mempersiapkan pasukan olahraga di peringkat sekolah dan daerah masing-masing. Kejohanan ini melibatkan murid-murid berumur 9 dan 11 tahun ke bawah yang mewakili setiap daerah di negeri Johor.

MATLAMAT:1. Mencungkil bakat pelajar dalam bidang olahraga untuk diketengahkan ke pringkat yang lebih tinggi.2. Memupuk semangat bersukan kepada pelajar untuk mencapai kemenangan.3. Mencungkil potensi diri pelajar bagi menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang sukan.4. Sebagai satu usaha mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pelajar.

PENYERTAAN:1. Jumlah peserta terlibat : 105 orang pelajar 1. 12 daerah di negeri Johor

2.0JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGABAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

Penaung:Encik Mohd Nor b A Ghani( Pengarah Pelajaran Johor )Penasihat :En. Md Din b Hussien ( PPD Kota Tinggi)Pengerusi:Tn. Hj. Zulkifli b Mohamed( Pen. PPD Pembangunan Sektor Kemanusiaan )Pen. Pengerusi:Encik Zakaria b Ahmad(Penyelia Kanan Sukan, PPD Kota Tinggi)Setiausaha :Encik Mohamad Nasir b Mat Alin ( Setiausaha Sukan Daerah Kota Tinggi )Pen. Setiausaha:En. Johari b Jamat( Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Kota Tinggi )Bendahari:Pn. Hjh Jamilah bt Ismail( Guru Besar Cemerlang SK Bandar Penawar)

Pengerusi Statistik & KeputusanSK Bandar Penawar 2 Pengerusi Perasmian Pembukaan / PenutupSK LKTP Sening Pengerusi Siaraya dan JuruhebahSK Bandar Penawar Pengerusi SambutanSK LKTP Adela Pengerusi Pertolongan CemasSK LKTP Kledang Pengerusi Makanan & Minuman/ Jamuan VIPSK Teluk Ramunia Pengerusi PeralatanSK Punggai Pengerusi Hadiah & CenderamataSK LKTP Lok Heng Selatan Pengerusi Teknikal dan PertandinganSMK Adela Pengerusi Kawalan & KeselamatanSK Muzaffar Shah Pengerusi Pendaftaran & UrusetiaSK Datuk Ismail Saadon Pengerusi Persiapan Padang / AstakaSK Semenchu Pengerusi Buku Program / SijilSK Felda Air Tawar 1

PEGAWAI KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

Pengarah Kejohanan: Encik Johari b Jamat ( Pengerusi Teknik Olahraga MSSD )

Pen.Pengarah Kejohanan: Encik Kahirul Anwar Bin A.Hadi ( Pen.Pengerusi Teknik Olahraga MSSD )

Referi: En. Mohd. Yusmizal Bin Mohamed (SKBP) - Balapan En. Ismail Bin Muhamad Zain (SKBP2) - Padang En. Megat Nasarudin bin Ahmad (SKS) En. Mohamad Rosli bin Salleh (SKSP) Juri Rayuan: Urusetia Kejohanan

Statistik/Keputusan: En. Khairul Akmal Bin Abdul Kadir (SKAT 1): Pn. Tuan Hafizah Rubina Bt Tuan Khaidir (SKAT2)

Pelepas: En. Sirajuddin Bin Salleh (SMKBP) En. Mohamad Khairul Bin Mohamad Zainal (SKSP)

Penjaga Masa: Pn. Jamaliah Binti Ahmad (SKS) Pn. Nurul Hidayah Bt Mustafa ( SKS) Pn. Siti Diana Bt. Daud (SKDIS) Pn. Rohani Bt Omar (SKDIS) Pn. Siti Hawadalila Bt Haneefa (SKMS)

Hakim Penamat: En. Fakaruddin Helmee Bin Nomawi (SKSP) Cik Salina Binti Jamaluddin (SKSP) En. Al-Imran Bin Mohd Tawil (SKBP) Hakim Lompat Jauh: En. Suresh A/L Muraly (SKTNS) Pn Fauziah Binti Abdul Karim (SKSP) Nur Aini Bt. Abdul Aziz (SKTR) Hakim Lontar Peluru: En. Sazali Bin Abdul Hamid (SKTR) Pn. Siti Marzidah Bt Mohd Nasir (SKTM) Cik Nur Izzati Binti Mohamad Junaidi (SKTB) Pengelola Peserta : En Asmirul Bin Mohamad (SKTB) Kejohanan En. Aidisurya b Abdullah (SKBP2) Norlin Farita Binti Johar (SKS) Cik Ainor Salikin Binti Jamaludin (SKMS)

Hadiah : Pn. Norlin Farita Binti Johar (SKS) Pn. Suhaida Binti Shahrom (SKTR) Pn. Munira Bt Judin (SKMS) Pn. Siti Suhaida Binti Razali (SKTR)

Juruacara : Pn Zainorriza Bt Zainun (SKMS)Pertandingan Cik Rohani Bt Ahmad Patanah (SKSR)

Bacaan Doa: En Abd Hadi b Hamzah (SKBP1)

3.0TENTATIF KEJOHANAN OUTREACH OLAHRAGA BAWAH 9 DAN 11 TAHUN MSSJ 2014

TEMPAT:STADIUM BANDAR PENAWARMASA:8.00 PAGI HINGGA 1.30 PETANGTARIKH:30 NOVEMBER 2014

7.30 pagi:Ketibaan peserta

8.00 pagi:Pendaftaran peserta dan pegawai sukan

9.00 pagi:Acara Bermula

12.00 pg :Perasmian PenutupAcara penyampaian hadiah

1.00 tgh:Makan Tengahari

1.30 ptg :Bersurai

4.0LAPORAN PERBELANJAAN MENGURUS

BILPERKARAKUANTITIHARGA/UNITJUMLAH (RM)SUMBER

1Sewa Stadium1RM 300.00300.00JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

2Hadiah Pemenangi) Pingat66RM 8.00528.00

3Minum pagi peserta, pengurus, pegawai,120RM 3.00360.00

4Makan tengah hari peserta, pengurus, pegawai,120RM 5.00600.00

5Minuman ( Air Mineral )10 kotakRM 10.00100.00

6Cenderamata Perasmi1RM 50.0050.00

7Cenderamata Pegawai15RM 30.00450.00

8Urusan Pentadbiran300.00

9Kain Rentang1RM 100.00100.00

Jumlah2788.00

5.0KEPUTUSAN RASMI KEJOHANANKEDDAERAHPUNGUTAN PINGAT

1PENGERANG5 EMAS 2 PERAK

2JOHOR BAHRU4 EMAS 2 PERAK 1 GANGSA

3BATU PAHAT3 EMAS 2 PERAK 2 GANGSA

4MUAR2 EMAS 3 PERAK 1 GANGSA

5KOTA TINGGI2 EMAS 2 PERAK 5 GANGSA

6PASIR GUDANG2 EMAS 2 PERAK 2 GANGSA

7SEGAMAT2 EMAS 1 PERAK 4 GANGSA

8KULAI2 EMAS 1 PERAK

9MERSING2 PERAK 2 GANGSA

10KLUANG1 PERAK 2 GANGSA

11MUAR2 PERAK 3 GANGSA

12PONTIAN2 PERAK

Disediakan oleh:Disemak oleh:

....(MOHAMAD NASIR B MAT ALIN)(ZAKARIA B AHMAD)Setiausaha Sukan DaerahPenyelia Kanan SukanKota Tinggi.PPD Kota TinggiJohorJohor

Disahkan oleh:

(En. Md Din b Hussien)Pegawai Pendidikan Daerah Kota TinggiKota Tinggi,Johor.

LAMPIRAN

PERTANDINGAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH1. SURAT-MENYURAT

SEK. KEB. BANDAR PENAWARPETI SURAT 23, BANDAR PENAWAR81900 KOTA TINGGIJOHOR DARUL TAZIM

TEL : 078221084 Ruj. Kami : JBA 3026 / 05 / 006( 01 ) Tarikh : 8 November 2014

Kepada

En. Hamzah b Hj. Isa,Pengurus Bahagian Bandaran,Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,81930 Kota Tinggi,Johor.

Tuan,PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK BANDAR PENAWAR KALI KE 21 TAHUN 2014

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Pihak Jawatankuasa Penganjur berbesar hati menjemput Y.Bhg. tuan untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah kali ke 21 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh: 11 November 2014Hari: SelasaMasa: 8.30 pagiTempat: Stadium Bandar Penawar

3. Sehubungan itu, Y.Bhg tuan dijemput untuk merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan dan menyampaikan ucap utama perasmian pembukaan pada majlis tersebut. Aturcara majlis adalah seperti di lampiran.

4.Kesudian dan keperihatinan Y.Bhg tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...(PN.HJH. TAMILAH @ JAMILAH BT ISMAIL)

Guru Besar,Sk Bandar Penawar,Kota Tinggi, Johor.

SEK. KEB. BANDAR PENAWARPETI SURAT 23, BANDAR PENAWAR81900 KOTA TINGGIJOHOR DARUL TAZIM

TEL : 078221084 Ruj. Kami : JBA 3026 / 05 / 006( 01 ) Tarikh : 8 November 2014

KepadaYang Dipertua PIBG,Sek. Keb. Bandar Penawar,81930 Kota Tinggi,Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK BANDAR PENAWAR KALI KE 21 TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 21 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 10 & 11 November 2014Hari: Isnin & SelasaMasa: 8.30 pagiTempat: Stadium Penawar3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan satu acara bagi kategori ibu bapa sebagai usaha menarik kehadiran ibu bapa ke kejohanan tersebut di samping memeriahkan lagi kejohanan itu.

4.Pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya pihak PIBG SK Bandar Penawar dapat memberikan sumbangan berbentuk hamper untuk dijadikan hadiah bagi acara tersebut.5.Segala sumbangan yang akan disumbangkan boleh berhubung dengan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Bandar Penawar ditalian 0127924676 (Baharudin b Aziz).6.Sumbangan ikhlas pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..(PN. HJH. TAMILAH @ JAMILAH BT ISMAIL)Guru Besar,Sek.Keb. Bandar Penawar,81900 Kota Tinggi,Johor.

2. GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN