assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program...

59

Upload: others

Post on 02-Nov-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan
Page 2: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan pertama tahun 2017 di lembaran Berita Ukur Bil. 64 (BU64), edisi Januari – Mac 2017.

Sedar atau tidak, kita telah pun melangkah ke tahun 2017. Penerbitan BU64 pada sukuan pertama tahun 2017 ini menyajikan pelbagai berita menarik dari Kementerian, Ibu Pejabat JUPEM dan JUPEM Negeri. Ia termasuklah aktiviti – aktiviti rasmi dan tidak rasmi anjuran jabatan. Pastinya artikel yang disajikan di dalam BU64 dapat dijadikan sumber bahan bacaan dan maklumat ilmiah untuk tatapan warga JUPEM dan semua pembaca.

Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu-alukan sebarang sumbangan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan dalam berita ukur edisi seterusnya. Karya-karya tersebut boleh diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel [email protected] atau [email protected] kalam, selamat membaca!

Meja PengarangDari

DAPATKAN BERITA UKUR EDISI SEBELUM INI DI:WWW.JUPEM.GOV.MY/V1/MY/MEDIA/BERITA-UKUR

Page 3: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

I S I K A N D U N G A N

AMANAT TAHUN BARU Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEMKUALA LUMPUR

02

KEMPEN DERMA DARAH Dewan Ukur,Ibu Pejabat JUPEMKUALA LUMPUR

06

LAWATAN KERJA KETUA STAF ESSCOMBilik Mesyuarat BGSP Bangunan Ukur Ibu Pejabat JUPEMKUALA LUMPUR

12

PENGGAMBARAN UDARA ISTANA ALAM SHAH Klang , SELANGOR

16

PROGRAM OUTREACH JUPEM DAN RISM DI KOLEJ ISLAM KLANGKlang , SELANGOR

18

MAJLIS TANDATANGAN MOU PENGUKURAN SEMPADAN KEDAH-

PERLISKompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar, PERLIS

131st SPECIAL WORKING GROUP MEETING BAGI PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR) ANTARA MALAYSIA-SINGAPURASINGAPURA

10

SEMINAR PEMBANGUNAN STRATA DAN STRATUM HOTEL PARKROYAL KUALA LUMPUR

11

20 PROGRAM UKUR BERSAMA RAKYAT (ubeR)Cameron Highlands, PAHANG

26 MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NREKompleks Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh,PERAK

28PENTAULIAHAN PROJEK INTERIM DATA PRODUCT CAPABILITY (IDPC)Bilik Mesyuarat UbiqueBangunan Ukur Ibu Pejabat JUPEMKUALA LUMPUR

30 EXIT CONFERENCE BAGI PENGAUDITAN PRESTASI PENGURUSAN PROJEK eKADASTERBilik Persidangan Tingkat 15 Wisma JUPEMIbu Pejabat JUPEMKUALA LUMPUR

31 EXECUTIVE SESSION PERKHIDMATAN DAN PEMBEKALAN DATA SYNTHETIC APERTUREHotel DoubleTree by HilltonKUALA LUMPUR

38MAKSAK 2017: KAROM LABUAN PERLU BIJAK KAWAL

MENTAL DAN EMOSI Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

20

JAN-MAC 2017

Page 4: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

44 4843LAWATAN YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)Tanjung Malim PERAK

40MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PERDANA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Dewan Baiduri Kementerian Alam Sekitar PUTRAJAYA

42PERHIMPUNAN BULANAN JANUARINRE 2017Menara Kuala Lumpur,KUALA LUMPUR

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG NRE 2016MAEPS,Serdang, SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATO’ SR HASAN BIN JAMIL KE PEJABAT YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITARPejabat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya,WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

3044

31

28

18

Page 5: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Dewan Ukur

Ibu Pejabat JUPEM. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan JUPEM termasuk pegawai-pegawai kader JUPEM dari pelbagai jabatan/agensi dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Menerusi ucapannya, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil melahirkan penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan JUPEM yang telah bertungkus lumus mengharumkan nama JUPEM dalam meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan samada di peringkat Kementerian mahupun di Jabatan sendiri. Di kesempatan itu juga, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga JUPEM berbangsa cina.

AMANAT TAHUN BAHARU 2017

MAJLIS

Sebagai penutup, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil mengakhiri ucapannya dengan serangkap pantun:

‘Mengambil air dari perigi,Air diletak didalam tempayan,

Terus berusaha meningkatkan prestasi,Penyampaian kepada rakyat perlu dipastikan.

Pada majlis tersebut juga, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil turut melancarkan dokumen Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) JUPEM dan Buku Pelan Strategik ICT JUPEM 2016 – 2020 serta menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai JUPEM yang telah bersara pada tahun 2016.

2 Berita Ukur

Page 6: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

3

Page 7: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

4 Berita Ukur

Page 8: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil,

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Majlis Amanat Tahun Baharu - 16 Januari 2017

“Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan”

5

Page 9: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bersama Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah,

Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada 16 Januari 2017 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Kempen ini dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JUPEM.

DERMA DARAH KEMPEN

Seramai 130 orang penderma yang terdiri daripada warga JUPEM, anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) dan beberapa orang awam telah hadir dalam kempen ini. Namun demikian, hanya 101 orang penderma sahaja yang berjaya melepasi saringan untuk menderma darah. Pihak urus setia JUPEM dan RISM mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan staf PDN yang diketuai oleh Dr. Fariza di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kempen ini.

6 Berita Ukur

Page 10: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

7

Page 11: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1 Tahun 2017 telah diadakan pada 16 Januari

2017 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri. Mesyuarat ini bertujuan bagi memberi peluang kepada semua pengarah-pengarah bahagian yang terlibat membentang dan membincangkan aktiviti-aktiviti bahagian masing-masing bagi tahun 2017. Pada masa yang sama juga, Sr Looi Kam Seng, Pengarah Ukur Seksyen (Inovasi dan Dokumentasi) membentangkan isi kandungan dokumen Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) yang telah dilancarkan pada dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2017.

MESYUARAT PENGURUSAN JUPEM BILANGAN 1/2017

8 Berita Ukur

Page 12: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Pengurusan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Bilangan 2 Tahun 2017 telah diadakan pada 20 Februari 2017 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15,

Wisma JUPEM. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan turut dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan di bawah NRE.

Pada masa yang sama YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah memberi taklimat secara terperinci peranan JUPEM termasuk berkenaan ukuran penyediaan hakmilik, isu-isu persempadanan negeri dan antarabangsa. YBhg. Dato’ KPUP bersama-sama pasukan projek SmartKADASTER yang diketuai oleh Sr Chan Keat Lim, Pengarah Ukur Seksyen (Perundangan Kadaster) juga telah memberi peneragan kegunaan aplikasi SmartKADASTER secara atas talian dan maklumat-maklumat yang boleh dicapai menggunakan aplikasi tersebut.

Mesyuarat KETUA-KETUA JABATAN

D A N P E N G U R U S A N KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

9

Page 13: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Delegasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, bersama YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah

Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur Seksyen (Bahagian Ehwal Persempadanan) bersama pegawai-pegawai yang terdiri daripada pelbagai agensi yang terlibat telah menghadiri 1st Special Working Group Meeting bagi Projek High Speed Rail (HSR) antara Malaysia-Singapura pada 7 Mac 2017 di Singapura.

1 STSPECIAL WORKING GROUP MEETING BAGI PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR)

ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA

st

10 Berita Ukur

Page 14: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya, Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah ,Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

(JUPEM) julung-julung kalinya telah berjaya mengadakan Seminar Pembangunan Strata dan Stratum 2017 pada 13 Mac 2017 bertempat di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur. Seminar ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari (Sub-MC), penyediaan pelan khas dan kaedah pengambilan balik tanah yang melibatkan skim pembangunan berstrata dan sebahagian tanah bawah tanah lot permukaan. Antara topik pengisian seminar ini adalah berkaitan Penubuhan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC) yang dibentangkan oleh Encik Mazalan bin Zainuddin,seperti Penyediaan Pelan Khas dan Pengambilan Balik Skim Strata dan Tanah Bawah Tanah oleh Sr Chan Keat Lim.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pemaju hartanah, jurukur tanah berlesen, peguam, kakitangan JUPEM, pegawai tanah dan galian, pejabat tanah dan daerah, pihak berkuasa tempatan dan jurunilai harta telah menghadiri seminar ini. Jemputan yang turut hadir semasa sesi ceramah adalah YBhg. Dato’ Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I; YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; Sr Ng Eng Guan, Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya dan pegawai-pegawai JUPEM.

SEMINAR PEMBANGUNAN STRATA DAN STRATUM

11

Page 15: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah menerima lawatan daripada YBhg. Brig Jen

Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad, KS PUSOP ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) pada 10 Februari 2017. Lawatan ini telah disambut oleh YBhg. Brig Jen Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah BGSP bersama pegawai-pegawai BGSP bertempat di Bilik Mesyuarat BGSP, Tingkat 2, Bangunan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat tentang keperluan-keperluan yang boleh dimanfaatkan dalam penggunaan perkhidmatan geospatial pertahanan bagi membantu dan menyokong pengurusan keselamatan Timur Sabah. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai peranan BGSP dalam menyediakan produk dan perkhidmatan untuk keperluan agensi pertahanan dan keselamatan negara.

LAWATAN KERJA KETUA STAF ESSCOMDalam sesi perbincangan yang diadakan, YBhg. Brig Jen Dato’ Md Rahim bin Hj Mohamad telah menyentuh peranan yang dimainkan oleh Pusat Operasi, ESSCOM dalam menyediakan maklumat bagi memudahkan bantuan keselamatan disalurkan dengan cepat untuk tindakan memintas jenayah yang berlaku dalam tempoh masa yang pantas di perairan Sabah.

Berdasarkan kepada peningkatan keperluan keupayaan dan kesiagaan, satu Nota Kerjasama berkonsepkan National Blue Ocean Strategy antara JUPEM dan ESSCOM sedang dirancang untuk memudahkan perkongsian data dan maklumat bagi melengkapkan aplikasi geospatial sedia ada yang dibangunkan oleh kedua-dua pihak.

12 Berita Ukur

Page 16: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

I hadir menyaksikan majlis menantandatangani MoU Pengukuran Sempadan Negeri Kedah-Perlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah dan YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis.Majlis berlansung pada 14 Mac 2017 bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli; Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan; Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah; Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis dan pegawai-pegawai kanan JUPEM.

Majlis TANDATANGAN MOU PENGUKURAN SEMPADAN NEGERI KEDAH-PERLIS

13

Page 17: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Tahniah YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua atas pemangkuan JUSA B sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II berkuatkuasa pada 2 Februari 2017. Majlis penyampaian surat pemangkuan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 26 Januari 2017.

Tahniah.....

14 Berita Ukur

Page 18: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Tahniah.....

Tahniah YBrs. Sr Dr. Zainal bin A.Majeed atas pemangkuan JUSA C Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor berkuatkuasa 2 Februari 2017. Majlis penyampaian surat pemangkuan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 26 Januari 2017.

Tahniah.....

15

Page 19: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

PENGGAMBARAN UDARA I S T A N A A L A M S H A H , K L A N G , S E L A N G O R

16 Berita Ukur

Page 20: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur DiRaja

Malaysia (RISM), menjalankan penggambaran foto udara mengunakan peralatan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dari Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) bagi merakamkan imej Istana Alam Shah, Klang pada 16 Mac 2017. Imej Istana Alam Shah ini akan dijadikan sebagai cenderahati kepada DYMM Sultan Selangor selaku Penaung RISM. Idea dan usaha penggambaran udara Istana Alam Shah ini adalah daripada YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, yang juga merupakan Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, RISM.

PENGGAMBARAN UDARA ISTANA ALAM SHAH, KLANG, SELANGOR

17

Page 21: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

18 Berita Ukur

Page 22: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

JUPEM dan RISM di Kolej Islam Klang

Program outreach

Bersempena penggambaran imej Istana Alam Shah, JUPEM/RISM juga mengambil inisiatif

melaksanakan program outreach bersama para pelajar Kolej Islam Klang di padang sekolah tersebut. Semasa program outreach tersebut, penerangan tentang teknologi UAV serta demontrasi penggunaan telah dikongsikan bersama para pelajar. Di akhir sesi tersebut, satu foto berkumpulan pelajar dan pegawai JUPEM/RISM diambil daripada UAV sebagai kenang-kenangan.

19

Page 23: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Bengkel dan Demonstrasi Kajian Penggunaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) & Keberkesanannya

bagi Kawasan Tanah Tinggi telah diadakan pada 29–30 Mac 2017 di Century Pines Hotel dan Resort, Cameron Highlands dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penglibatan 150 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Serta 18 orang pengamal industri UAV juga telah menyertai mengambil bahagian dan menyertai demonstrasi serta bengkel yang diadakan selama dua hari.

UKUR bersama RAKYAT (Uber) PROGRAM

20 Berita Ukur

Page 24: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

21

Page 25: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Galeri Demonstrasi UAV bagi Kawasan Tanah Tinggi (Cameron Higlands)

22 Berita Ukur

Page 26: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

23

Page 27: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Aibo

tix M

alay

sia S

dn B

hd

GPS

Land

s (M

) Sdn

. Bhd

.

Jala

l Joh

ari C

onsu

ltant

s Sdn

Bhd

Geo

Sens

e Sd

n Bh

d

Surm

ap S

dn B

hd

Band

wor

k GP

S So

lutio

ns S

dn B

hd

Envi

ro La

nd S

ervi

ces S

dn B

hd

Sola

ris In

finiti

Sdn

Bhd

Glob

al-T

rak

Sys

tem

Sdn

Bhd

4

1

5

1

7

1

9

1

11

1

14

1

Jaba

tan

Ukur

dan

Pem

etaa

n M

alay

sia

Anju

ng T

echn

olog

y Sd

n Bh

d

Geos

patia

l Sol

utio

ns S

dn B

hd

Sky-

Shin

e Co

rpor

atio

n (M

) Sdn

Bhd

10

1

12

1

Syst

em C

onsu

ltanc

y Se

rvice

s Sdn

Bhd

1

1

6

1

8

1

3

1 2

1

13

1

SENARAI PENGAMAL INDUSTRI UAV YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DI DEMONSTRASI UAV BAGI KAWASAN TANAH TINGGI ,CAMERON HIGHLANDS

24 Berita Ukur

Page 28: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Aibo

tix M

alay

sia S

dn B

hd

GPS

Land

s (M

) Sdn

. Bhd

.

Jala

l Joh

ari C

onsu

ltant

s Sdn

Bhd

Geo

Sens

e Sd

n Bh

d

Surm

ap S

dn B

hd

Band

wor

k GP

S So

lutio

ns S

dn B

hd

Envi

ro La

nd S

ervi

ces S

dn B

hd

Sola

ris In

finiti

Sdn

Bhd

Glob

al-T

rak

Sys

tem

Sdn

Bhd

4

1

5

1

7

1

9

1

11

1

14

1

Jaba

tan

Ukur

dan

Pem

etaa

n M

alay

sia

Anju

ng T

echn

olog

y Sd

n Bh

d

Geos

patia

l Sol

utio

ns S

dn B

hd

Sky-

Shin

e Co

rpor

atio

n (M

) Sdn

Bhd

10

1

12

1

Syst

em C

onsu

ltanc

y Se

rvice

s Sdn

Bhd

1

1

6

1

8

1

3

1 2

1

13

1

25

Page 29: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

J AWATA N K U A S A T I N D A K A N P E M B A N G U N A N N R EMESYUARAT

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Bilangan 3/2017

dan Program Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Kompleks JMG telah diadakan di Kompleks Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Ipoh pada 28 Mac 2017. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Sempena mesyuarat tersebut juga, satu lawatan turun padang KSU bersama-sama Ketua-ketua Jabatan di bawah NRE dibawa melawat ke Makmal Teknologi Berasaskan Silika bagi melihat demonstrasi pembuatan kaca kristal.

..................................................................................................................................................................................

26 Berita Ukur

Page 30: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KE JUPEM PERAK

LAWATAN

Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) di Kompleks

Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh pada 28 Mac 2017, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur Pemetaan bersama Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat), turut mengadakan lawatan singkat ke JUPEM Perak dan telah disambut oleh Sr John Elvis Koh, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Jurukur Daerah, Penolong Pengarah Ukur dan Ketua-Ketua Cawangan JUPEM Perak.

YBhg. Dato’ KPUP bersama PUB Perancangan dan Korporat kemudiannya telah mengadakan perbincangan bersama dengan Pengurusan Tertinggi JUPEM Perak di bilik Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak. Fokus utama perbincangan dan lawatan YBhg. Dato’ KPUP adalah bagi meninjau keadaan fizikal bangunan, masalah penghawa dingin dan bajet mengurus bagi Ibu Pejabat JUPEM Perak.

27

Page 31: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Pentauliahan Projek Interim Data Production Capability (IDPC) telah berlangsung pada 20 Mac

2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Ubique, Bahagian Geospatial Pertahanan, Tingkat 2, Bangunan Ukur. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, sebahagian Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian di Ibu Pejabat dan wakil-wakil syarikat.

PENTAULIAHAN PROJEKINTERIM DATA PRODUCT CAPABILITY (IDPC)

JABATAN JUPEM

Perolehan projek IDPC adalah salah satu daripada beberapa projek utama JUPEM melalui peruntukan tahun 2015 dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Projek IDPC merangkumi dua jenis perolehan iaitu JUPEM T21/2014-Perolehan IDPC Services yang memfokuskan pembangunan framework, pemprosesan data dan penghasilan output maklumat geospatial dalam bentuk hardcopy, digital dan web portal. Manakala JUPEM T22/2014-Perolehan IDPC Operation Center pula adalah mewujudkan Pusat Operasi Geospatial bagi mengkoordinasi,

28 Berita Ukur

Page 32: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

mengawalselia dan menyediakan perkhidmatan data dan maklumat geospatial pertahanan.

Hasil daripada pelaksanaan projek, infrastruktur fizikal bagi sistem penyediaan, penyampaian dan perkhidmatan dapat ditingkatkan, ditambahbaik dan seterusnya membolehkan JUPEM berperanan sebagai One Stop Center melalui pusat operasi geospatial. Secara tidak langsung, ini menjadikan pusat operasi geospatial sebagai medium penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada agensi pertahanan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia dan agensi keselamatan kerajaan seperti Eastern Sabah Security Command, Pusat Pengurusan Operasi Negara dan lain-lain amnya.

Taklimat pembangunan projek telah disampaikan oleh YBhg. Brig Jen Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dan disusuli taklimat pelaksanaan projek oleh Mejar Sharudin bin Ali (Bersara), Encik Suhaimi bin Aman, Ketua Pegawai Eksekutif Geo Spatial Solution Sdn Bhd dan Encik Mohammad Azlan bin Jizam, Ketua Pegawai Eksekutif Nextplus System Sdn Bhd.

Majlis diteruskan dengan perasmian Pusat Operasi Geospatial Pertahanan oleh YBhg. KPUP dan sesi demonstrasi keupayaan perkhidmatan portal yang disampaikan oleh Lt Kol Norazlin binti Hj Pamuji, Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geospatial BGSP. Majlis diakhiri dengan lawatan ke pameran output produk IDPC di Bilik Command Center.

29

Page 33: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

EXIT CONFERENCE BAGI PENGAUDITAN PRESTASI TERHADAP PENGURUSAN PROJEK eKADASTER

Jabatan Audit Negara telah mengadakan satu sesi Exit Conference berkaitan dengan Pengauditan

Prestasi terhadap Pengurusan Projek eKadaster pada 23 Mac 2017 bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM. Pengauditan prestasi ini telah dimulakan dengan sesi Entrance Conference yang diadakan pada 18 April 2016 yang lalu. Seterusnya, pemerhatian audit ini juga telah dipanjangkan ke JUPEM Negeri iaitu JUPEM Selangor, JUPEM Negeri Sembilan, JUPEM Pulau Pinang, JUPEM Kelantan

dan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan pada bulan September 2016. Sesi Exit Conference ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sesi tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi pusat seperti Jabatan Audit Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

..................................................................................................................................................................................

30 Berita Ukur

Page 34: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

EXECUTIVE SESSION PERKHIDMATAN DAN PEMBEKALAN DATA SYNTHETIC APERTURE RADAR

Perasmian Executive Session kontrak JUPEM T27-2016 Perolehan Perkhidmatan dan

Pembekalan Data Synthetic Aperture Radar (3-Dimensi) bagi seluruh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Excutive Session ini diadakan bertujuan untuk menerangkan hala-tuju dan keupayaan Data Synthetic Aperture Radar (3-Dimensi) dalam memperkasakan pemetaan Malaysia bagi seluruh daratan dan pulau-pulau di Semenanjung Malaysia.

31

Page 35: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) dan pasangan beregunya Capt (B) Rosli telah mengambil bahagian dalam pertandingan tenis beregu Sempena Tahun Baharu 2017 yang telah berlangsung pada 1 – 2 Januari 2017 di gelanggang tenis MINDEF, Jalan Padang Tembak. Pada kejohanan kali ini, pasangan ini telah berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir. Kejohanan ini telah disertai oleh 9 pasangan beregu yang terdiri daripada pegawai-pegawai ATM, guru, pesara, dan pegawai-pegawai kerajaan.

Majlis persaraan Encik Abdul Rahim bin Sariul daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sabah. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun bermula pada 7 April 1997 dan bersara pada 31 Januari 2017 di JUPEM Wilayah Tawau.

Kursus Offshore Safety Induction and Sea Survival adalah salah satu syarat utama yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mereka yang terlibat dalam menjalankan kerja di kawasan perairan laut dalam. Sesi kursus ini yang telah dihadiri oleh 16 orang pegawai dari Bahagian Ukur Geodetik (BUG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 25 Januari 2017. Kursus ini telah diadakan di Construction and Industrial Training Centre Sdn. Bhd. (CONSIST) yang terletak di Ulu Kelang, Selangor. Sesi penerangan kepentingan kursus disampaikan oleh tenaga pengajar CONSIST kepada pegawai BUG dan latihan induksi keselamatan ketika di luar pesisir serta survival di laut.

Telah diadakan pada 12 Januari 2017 telah diadakan majlis perpisahan pegawai di Bahagian Kadaster bertempat di ruang legar Tingkat 9, Wisma JUPEM. Majlis Perpisahan tersebut bertujuan meraikan dan memberi penghargaan kepada empat pegawai Bahagian Kadaster yang akan bertukar ke tempat baru iaitu Puan Nur Zurairah binti Abdul Halim, Penolong Pengarah Ukur J44 ke Bahagian Kartografi dan GIS, Sr Affendi bin Kastor, Penolong Pengarah Ukur J44 ke JUPEM W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya, Encik Mohamad Hisamuddin bin Mohd. Halidi, Penolong Juruukur JA36 ke Bahagian Kartografi dan GIS dan Encik Yuhasle bin Yusof, Penolong Juruukur JA36 ke Bahagian Perancangan dan Korporat. Turut serta meraikan majlis tersebut ialah YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Pengarah-pengarah Ukur Seksyen serta pegawai-pegawai Bahagian Kadaster.

MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BAHAGIAN KADASTER

MAJLIS PERSARAAN

KURSUS OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND SEA SURVIVAL 2017

PERTANDINGAN TENIS BEREGU SEMPENA TAHUN BARU 2017 PERTANDINGAN TENIS BEREGU SEMPENA TAHUN BARU 2017

AKTIVITI-AKTIVITI JUPEM JANUARI-MAC 2017

1 JAN

24 JAN

12 JAN

25 JAN

32 Berita Ukur

Page 36: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Pada 7 Februari 2017 bertempat di ruang legar JUPEM Perlis, satu taklimat Integriti kepada semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat JUPEM Perlis dan Pejabat Jurukur Daerah hadir untuk mendengar taklimat tersebut. Taklimat mengenai kesalahan dan tatacara kelakuan penjawat awam disampaikan oleh Puan Triveinei A/P Sundram, Ketua Unit Integriti Ibu Pejabat JUPEM. Selain itu,khidmat nasihat dan penerangan integriti yang jelas juga telah diberikan kepada semua pegawai dan kakitangan JUPEM Perlis. Harapan dari taklimat ini, peratusan kesalahan berkaitan integriti dapat dikurangkan dan mencapai kes sifar setelah semua pegawai dan kakitangan diberi penerangan yang sangat terperinci berkaitan integriti.

Pelajar Tahun 3 Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik), Universiti Teknologi Malaysia telah menjalani latihan industri di Bahagian Ukur Geodetik selama 2 minggu bermula 13–24 Februari 2017. Seramai 61 orang pelajar yang dibahagikan kepada lima kumpulan telah diberikan kefahaman dan penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bahagian ini.

Sesi Technology Update bertajuk Eliminate Blind Sports in Your Network, Application and Security di Bahagian Kadaster pada 7 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Wisma JUPEM. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Sr Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Seksyen (Pengurusan dan Pembangunan Kadaster) dan taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Syarikat Ofisgate Sdn. Bhd. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai Bahagian Kadaster berhubung dengan isu-isu semasa yang menjadi permasalahan kepada jaringan di dalam sesebuah organisasi dan jalan penyelesaiannya.

Seramai 8 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke JUPEM Perlis pada 14 Februari 2017. Lawatan ini adalah berkaitan dengan amalan EKSA di JUPEM Perlis. JUPEM Perlis telah berjaya dianugerah Sijil EKSA Cemerlang oleh pihak MAMPU pada 6 Oktober 2016. Siri lawatan oleh JPS ini bertujuan berkongsi ilmu dan tatacara EKSA yang telah dilaksanakan oleh JUPEM Perlis.

TAKLIMAT INTEGRITI (NORTH INTEGRITY ROADTOUR) UNIT INTEGRITI HQ BERSAMA JUPEM PERLIS

JANUARI-MAC 2017 AKTIVITI-AKTIVITI JUPEM

LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN GEOMATIK (UTM) DI BAHAGIAN UKUR GEODETIK JUPEM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAWATANKUASA EKSA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERLIS KE JUPEM PERLIS

SESI TECHNOLOGY UPDATE BERTAJUK ELIMINATE BLIND SPORTS IN YOUR NETWORK, APPLICATION AND SECURITY DI BAHAGIAN KADASTER

7 FEB 13 FEB

14 FEB

7 FEB

33

Page 37: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

MAJLIS PERPISAHAN

Satu majlis perpisahan bagi Encik Zainal bin Aman, Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah Sabah diadakan sempena penukaran beliau bertukar ke JUPEM Negeri Sembilan pada 1 Mac 2017.

Majlis Perpisahan dan Jasamu dikenang anjuran Puspanita JUPEM Johor telah diadakan di Dewan Iskandar Puteri, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan empat orang ahli Puspanita JUPEM Johor yang akan bersara pada tahun 2017, iaitu Puan Khamisah binti Asit, Puan Rukizah binti Parham, Puan Masnah binti Masri dan Puan Azimah binti Md Pilus. Majlis telah diserikan dengan tayangan montaj yang memaparkan gambar dan video bakal-bakal pesara sepanjang perkhidmatan di JUPEM Johor.

Seterusnya, majlis telah menjemput Puan Rukizah binti Parham, selaku wakil bakal pesara untuk menyampaikan ucapan dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada bakal pesara. Majlis turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan sesi karaoke. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang turut disertai oleh Sr Haji Ramli bin Nor, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor dan pegawai-pegawai kanan JUPEM Johor.

Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis (JANM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke JUPEM Perlis pada 28 Februari 2017. Rombongan diketuai oleh Puan Maziah binti Musa, Pengarah JANM. Lawatan ini adalah berkaitan amalan EKSA di JUPEM Perlis. JUPEM Perlis telah berjaya dianugerah Sijil EKSA Cemerlang oleh pihak MAMPU pada 6 Oktober 2016. Siri lawatan oleh JANM ini bertujuan berkongsi ilmu dan tatacara EKSA yang telah dilaksanakan oleh JUPEM Perlis.

Pada 1 Mac 2017 seramai 36 orang pelajar diiringi seorang pensyarah dari Kolej Geomatika telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bahagian Kartografi dan GIS. Mereka telah diberikan taklimat berkenaan Kartografi dan GIS pada masa kini dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bahagian ini. Taklimat disampaikan oleh Sr K. Mathavan A/L S. Kumaran, Pengarah Ukur Seksyen di Bahagian Kartografi dan GIS.

MAJLIS PERPISAHAN DAN JASAMU DIKENANG ANJURAN PUSPANITA JUPEM JOHOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JAWATANKUASA EKSA JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERLIS KE JUPEM PERLIS

LAWATAN AKADEMIK KE JUPEM

23 FEB

28 FEB

26 FEB

1 MAC

34 Berita Ukur

Page 38: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Seramai 33 orang pelajar Semester 4 Diploma Geomatik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah diiringi seorang pensyarah, telah mengadakan lawatan sambil belajar pada 3 Mac 2017 ke Bahagian Ukur Geodetik. Mereka telah diberikan maklumat dan taklimat berkenaan ukur geodetik pada masa kini dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bahagian ini. Taklimat telah disampaikan oleh Sr Ahmad Hilmi bin Mohamad Idris, Penolong Pengarah Ukur di Bahagian Ukur Geodetik. Adalah diharapkan maklumat dan taklimat yang disampaikan dapat membantu melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas serta memberi pendedahan tentang ukur geodetik pada masa akan datang.

Diadakan pada 9 Mac 2017. Pada lawatan ini Pasukan KIK Sabah yang muncul johan di Pertandingan KIK NRE 2016 telah memberi taklimat dan berkongsi pengalaman mereka berkaitan KIK. Bagi perbelanjaan lawatan Pasukan JUPEM Kedah ini ke JUPEM Sabah sepenuhnya menggunakan perbelanjaan sendiri.

Larian Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2017 telah berlangsung pada 11 Mac 2017. Larian ini melibatkan jarak sejauh 7 kilometer dan dilepaskan oleh YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri, merangkap Yang DiPertua MAKSAK Negeri Sabah di perkarangan Sabah Trade Centre. Penyertaan keseluruhan pertandingan larian ini disertai dalam 3000 orang penyertaan dan 6 orang pegawai JUPEM Sabah telah mengambil bahagian iaitu Encik Mohamad Benu, Encik Chandra, Encik Arafah, Puan Doreen, Puan Rosemary dan Puan Mastini.

Satu Program Emergency Response Awarness telah diadakan pada 13 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat dan ruang legar Tingkat 9, Wisma JUPEM. Ianya merupakan satu latihan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan pekerja yang telah dianjurkan oleh Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK). Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Annabelle Low, pegawai daripada syarikat CERC Malaysia. Hasil daripada taklimat ini banyak memberikan kesedaran dan ilmu pencegahan yang diperlukan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.

LAWATAN AKADEMIK KE BAHAGIAN UKUR GEODETIK JUPEM

SATU PROGRAM EMERGENCY RESPONSE AWARENESS

LARIAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH 2017

LAWATAN PASUKAN KIK DAN SILATURRAHIM JUPEM KEDAH KE BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH

3 MAC

11 MAC

13 MAC

9 MAC

35

Page 39: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

TAKLIMAT PERTANDINGAN MELUKIS PETA SEMPENA INTERNATIONAL MAP YEAR 2017

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah ahli kepada International Cartographic Association (ICA) yang merupakan pertubuhan antarabangsa yang terlibat di dalam penerbitan produk-produk pemetaan. ICA akan menganjurkan sambutan International Map Year (IMY) pada tahun 2017 bagi tujuan mempromosikan kepentingan penggunaan peta dan perkongsian maklumat secara global. Sempena sambutan IMY tersebut, pihak ICA telah menjemput Jabatan ini menyertai pertandingan melukis peta yang dikenali sebagai “Barbara Petchenik Children International Map Drawing Competition 2017”. Pertandingan ini yang bertemakan “We love Maps” bertujuan untuk menonjolkan bakat, idea dan kefahaman pelajar-pelajar dalam mempersembahkan dunia secara kreatif, meningkatkan ilmu pembuatan peta (kartografi) dan menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran. Pertandingan tersebut juga dikenali sebagai Barbara Petchenik Children World Map Competition 2017”. Bagi tahun ini, tema pertandingan melukis peta tersebut adalah “We Love Maps”. Satu taklimat berkaitan pertandingan tersebut telah diadakan di Tingkat 15, Wisma JUPEM pada 15 Mac 2017 yang dihadiri oleh guru-guru geografi dan guru-guru seni dari sekolah yang dijemput. Taklimat telah dipengerusikan oleh Encik Zoher bin Nomanbhoy, Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS.

Pertandingan Badminton Tertutup telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Perlis pada 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan dirasmikan oleh Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perlis. Pertandingan ini diadakan bertujuan merapatkan lagi ukhwah warga JUPEM Perlis.

KURSUS PERSARAAN DI DEWAN UKUR

Pada 29–30 Mac 2017 telah diadakan Kursus Persaraan Kakitangan JUPEM. Seramai 117 kakitangan JUPEM telah hadir bagi kursus ini. Taklimat diberikan oleh Puan Paridah binti Hamzah dari KWAP dan Encik Balasuparmaniam dari Unit Kesihatan Hospital Sg. Buloh. Majlis penutup telah diadakan pada 30 Mac 2017 dan sempurnakan oleh YBrs. Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

PERTANDINGAN BOLING JUPEM SELANGOR

Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Selangor telah menganjurkan pertandingan boling pada 24 Mac 2017 dan penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga JUPEM Selangor. Seramai 35 orang kakitangan telah menyertai pertandingan ini yang bermula pada jam 5 petang. Lanjutan dari pertandingan tersebut, seramai empat orang kakitangan dari JUPEM Selangor telah terpilih untuk mewakili Jabatan dalam Pertandingan Boling anjuran Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU).Pertandingan tersebut telah diadakan di 1 Plaza, Kuala Selangor pada 1 April 2017. Ibu Pejabat JUPEM Selangor telah mendapat tempat kedua bagi acara berkumpulan manakala Encik Mohd Fazli bin Alimi dari Pejabat Ukur Daerah Timur telah berjaya menjuarai kategori individu bagi jatuhan pin tertinggi.

15 MAC

16 MAC

29 MAC

24 MAC

36 Berita Ukur

Page 40: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Simposium Inovasi NRE 2017 yang berlangsung pada 20-21 Februari 2017 bertempat di

Auditorium, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada majlis perasmian ini, telah berlangsung pelancaran 7 produk FRIM dan 3 MoU telah ditemerai dengan pihak swasta. Seramai 200 orang peserta mewakili jabatan-jabatan dibawah NRE dan 11 kertas kerja telah dibentangkan. JUPEM diwakili oleh JUPEM Pulau Pinang mempamerkan aplikasi e-Musafi r dalam simposium ini. Aplikasi e-Musafi r merupakan satu aplikasi yang memudahkan umat islam menetapkan taraf musafi r dari titik qariah seseorang musafi r tersebut. Ini memudahkan para musafi r mejalankan ibadah sambil menjalankan tugasan harian. Aplikasi ini boleh dimuat turun dengan percuma menggunakan Google Play secara online.

JUPEM SERTAI SIMPOSIUM INOVASIKEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR 2017

37

Page 41: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

MAKSAK 2017: KAROM LABUAN PERLU BIJAK KAWAL MENTAL DAN EMOSIFiesta Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2017 yang akan

berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 19 – 22 Januari 2017 menjadi platform terbaik untuk kontinjen sukan karom Wilayah Persekutuan (WP) Labuan. Menurut ketua kontinjennya yang merangkap jurulatih pasukan, Encik Muhamad Fariz ABSL Kamarulazman, mereka menyasarkan untuk sekurang-kurangnya berjaya melepasi peringkat kumpulan. Pasukan lelaki WP Labuan telah diundi bersama pasukan Tentera, WP Kuala Lumpur dan Sabah manakala pasukan wanita pula diundi bersama negeri Selangor, Perak serta Jabatan Penjara Malaysia yang mana kedua-dua kategori pasukan lelaki dan wanita mempertaruhkan dua perseorangan dan satu beregu.

“Sukan karom tidak memerlukan kekuatan fizikal namun pasukannya perlu bijak mengawal mental dan emosi serta mengatur strategi untuk menundukkan pihak lawan,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Karom MAKSAK Wilayah Persekutuan Labuan di pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Labuan, di sini. Tahun ini, pasukan karom WP Labuan, yang telah dua tahun dibimbing oleh Encik Muhamad Fariz ABSL Kamarulazman akan disertai muka-muka baharu dari JUPEM, Perbadanan Labuan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) WP Labuan. Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JUPEM Labuan, Shaffri Baudi, memuji semangat ahli-ahli pasukan karom Labuan yang giat berlatih bersunguh-sungguh demi mengalas tanggungjawab mewakili Labuan ke MAKSAK 2017.

“Sekiranya mereka berjaya membawa apa-apa pingat dianggap bonus kepada pasukan Labuan dan mendorong lagi kejayaan sukan korum Labuan pada masa hadapan. Jutaan terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan di atas pelepasan yang diberikan terhadap kakitangan yang terlibat dalam latihan bagi persiapan awal ke MAKSAK 2017,” ujar Shaffri. Pada majlis tersebut, Encik Shaffri menyerahkan bendera kepada Kontinjen Karom MAKSAK WP Labuan kepada Muhamad Fariz selaku ketua kontinjen.

38 Berita Ukur

Page 42: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

M A L A M A N U G E R A H M A J L I S KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN MALAYSIA (MAKSAK) 2016

Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)

2016 telah diadakan pada 3 Februari 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. JUPEM diwakili oleh Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat), Encik Muhamad Fariz bin ABSL Kamarulazman, Timbalan Pengarah Ukur Pemetaan Negeri Labuan berserta seorang pegawai daripada JUPEM Labuan turut hadir di majlis tersebut bagi mewakili MAKSAK Labuan. Sempena majlis tersebut pelbagai anugerah dan penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara yang juga merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia.

39

Page 43: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PERDANA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah

mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Perdana pada 19 Januari 2017 di Dewan Baiduri NRE. Tujuan utama mesyuarat MBJ Perdana diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu berbangkit daripada mesyuarat MBJ di setiap Jabatan di bawah NRE untuk diangkat sebagai makluman kepada YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga merupakan pengerusi mesyuarat berkenaan.

Wakil MBJ JUPEM juga tidak ketinggalan untuk menyertai Mesyuarat MBJ Perdana ini. Antara wakil MBJ JUPEM yang hadir ialah seorang wakil pihak pengurusan, Encik Muhammad Shamsuri bin Aziz, lapan orang wakil pihak pekerja diketuai oleh Encik Mohd Shaman bin Jaes dan seorang wakil urus setia MBJ JUPEM, Sr Shah Iran bin Misran.

Antara isu MBJ JUPEM yang dibawa ke MBJ Perdana ialah dari usul skim perkhidmatan/perjawatan iaitu melakukan penambahbaikan perjawatan selaras dengan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia, selain usul pentadbiran iaitu pembekalan baju seragam kepada Kumpulan Pelaksana II khususnya Pembantu Operasi. Pada majlis yang sama, pasukan koir JUPEM telah dijemput memberikan persembahan nyanyian bagi memeriahkan lagi majlis ini.

40 Berita Ukur

Page 44: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Mesyuarat Kumpulan Kerja Geodetik 2017 telah diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat

di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik). Seramai 36 orang ahli dari perbagai jabatan kerajaan, universiti awam dan badan berkanun telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Kumpulan Kerja Geodetik (KKG) telah menubuhkan task force sebanyak enam buah pasukan di mana setiap Pengerusi KKG telah membentangkan aktiviti

MESYUARAT KUMPULAN KERJA GEODETIK (KKG) JUPEM 2017

masing-masing yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Selain daripada itu, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) turut membentangkan projek pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam tahun 2016 sebagai makluman kepada semua ahli.

41

Page 45: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi Bulan Januari 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah diadakan pada 17 Januari 2017 di Menara

Kuala Lumpur. Pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan JUPEM telah hadir ke majlis tersebut. Sempena perhimpunan tersebut, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar turut merasmikan jambatan gantung (Canopy Walk) di Taman Eko Rimba yang terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur.

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR BAGI BULAN JANUARI 2017

42 Berita Ukur

Page 46: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

telah menjalankan lawatan kerja rasmi ke Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 24 Januari 2017. Beliau telah diiringi YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ketua Pengarah Jabatan di bawah NRE sempena NRE Work Camp 2017 yang dijalankan di INSTUN bermula 22 Januari 2017 sehingga 24 Januari 2017. INSTUN turut mengambil kesempatan untuk merasmikan Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan oleh YB Menteri pada sesi lawatan ini. YB Menteri turut diberi penerangan mengenai INSTUN serta program-program yang diselia dan dijalankan oleh INSTUN. Taklimat mengenai peralatan Ukur dan Pemetaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sejurus selepas majlis perasmian di Pusat Kecemerlangan Ukur (Geodetik).

Pada 28 Februari 2017, lawatan Ketua-ketua Jabatan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua

Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Lawatan ini bertujuan membincangkan isu-isu kerjasama dan perkongsian maklumat geospatial antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI). Pada masa yang sama juga, JUPEM telah berbincang secara lanjut dengan ARSM berkenaan kerjasama dan perkongsian data spaceborne dan airbone untuk masa akan datang.

LAWATAN YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA(INSTUN)

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA

43

Page 47: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

PERKHIDMATAN CEMERLANG NRE 2016 Majlis

44 Berita Ukur

Page 48: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

NRE sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016 yang dilaksanakan secara bersama antara Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawah NRE pada 9 Mac 2017 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang. Majlis yang bertemakan “Memperkasa Warga Progresif” telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Majlis yang diadakan dalam tiga sesi ini melibatkan seramai 971 orang penerima dengan JUPEM mendahului senarai penerima seramai 346 orang. Selain Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut menjadi penyampai anugerah dalam sesi yang berlainan. Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2016 dan turut melancarkan tagline rasmi Kementerian iaitu #negarakualamsekitarku yang merupakan cetusan idea beliau sendiri.

45

Page 49: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Tahniah Kepada Penerima APC 2016 M A J L I S P E R K H I D M A T A N C E M E R L A N G N R E 2 0 1 6

46 Berita Ukur

Page 50: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

47

Page 51: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Pada 14 Februari 2017, satu kunjungan hormat YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I;

YBrs. Sr Dr. Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II ke Pejabat YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi

K U N J U N G A N H O R M A T

bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pegawai-pegawai Kanan JUPEM yang turut serta dalam lawatan tersebut adalah YBrs. Sr Haji Mohamad Kamali bin Adimin, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster); YBrs. Sr Dr. Zainal bin A. Majeed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor dan Encik Che Roslan bin Che Daud, Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

48 Berita Ukur

Page 52: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Pada 7 Februari 2017, YBhg. Dato’ Sr Hassan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Laksama Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional.

Sempena perlantikan sebagai Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor mulai pada 2 Februari 2017, YBrs. Sr Dr. Zainal bin A. Majeed telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor pada 27 Februari 2017.

K U N J U N G A N H O R M AT

49

Page 53: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

MESYUARAT KE-68 JAWATANKUASA PEMETAAN DAN DATA SPATIAL NEGARA

(JPDSN)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) Bilangan 68 telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur

dan Pemetaan Malaysia telah dihadiri oleh ahli-ahli JPDSN dari seluruh negara yang terdiri daripada 40 wakil dari pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan serta Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mesyuarat JPDSN diadakan bertujuan menyelaras program, aktiviti permetaan, data spatial negara melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

50 Berita Ukur

Page 54: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Mesyuarat Ke-14 Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Malaysia. Antara inti pati mesyuarat tersebut, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil berharap proses penamaan pulau dan enti ti mariti m luar pesisir dapat diambil ti ndakan bagi mengesahkan dan menguatkan lagi pemilikan dan kedaulatan pulau-pulau mariti m yang terlibat. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang baik dan berterusan dikalangan ahli-ahli mesyuarat bagi merealisasikan akti viti -akti viti dan program yang sedang dijalankan dan dirancang dimasa hadapan.

MESYUARAT KE-14 JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI

(JKNG).........................................................................................................................................................................................

51

Page 55: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

KATEGORI UAV

Dron atau UAV terbahagi kepada dua jenis iaitu UAV sayap tetap (fi xed wing) dan UAV berbilang

pemutar (Multi rotor). Bagi UAV fi xed Wing, pesawat ini berkeupayaan beroperasi bagi tempoh masa yang panjang, tahap kelajuan penerbangan yang ti nggi dan meliputi kawasan yang luas. Manakala UAV Multi rotor, pesawat ini mempunyai kelebihan untuk merakamkan visual sesuatu objek secara stati k dari pelbagai sudut dan pada keti nggian yang berbeza. UAV Multi rotor ini sesuai dan mampu bergerak di ruang yang sempit.

Kedua-dua jenis UAV tersebut boleh dipasang dengan pelbagai jenis penderia atau kamera contohnya seperti elektro opti c dan infra merah. Kini UAV telah diperti ngkatkan keupayaannya dengan sistem navigasi yang boleh diprogramkan untuk merakam imej udara atau maklumat geospati al berasaskan kepada input laluan penerbangan yang telah ditetapkan.

Di peringkat global, UAV dikategorikan mengikut tempoh penerbangan (endurance), keti nggian dan kemampuan sesebuah UAV itu membawa muatan. Antaranya adalah UAV HALE (High Atti tude Long Endurance) yang digunakan dalam melaksanakan kajian sainti fi k kerana UAV kategori ini mampu terbang melebihi keti nggian 30,000 kaki dengan masa penerbangan sehingga 32 jam. Berat UAV bagi kategori ini adalah melebihi 1000 kilogram.

Bagi kategori UAV MALE (Medium Atti tude Long Endurance), pesawat ini mempunyai berat melebihi 20 kilogram dan mampu terbang pada keti nggian 10,000 hingga 30,000 kaki yang boleh beroperasi di antara 1 hingga 4 jam.

TEKNOLOGI DRON Dron juga dikenali sebagai pesawat tanpa pemandu (UAV) dan merupakan salah satu inovasi yang popular pada masa kini. Di Malaysia, penggunaan teknologi dron masih diperingkat awal, namun terhadap teknologi ini sedang berkembang pesat dan semakin diminati ramai. Secara am, pada awalnya teknologi dron telah di implementasi dalam akti viti ketenteraan terutamanya dalam operasi pemantauan, penginti pan dan liputan bagi kawasan terpencil yang sukar untuk diakses. Namun, teknologi dron kini ti dak lagi terhad kepada penggunaan akti viti ketenteraan semata-mata sebaliknya lebih menyeluruh dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk akti viti pemetaan, pertanian, kawalan bencana, pengawasan sempadan dan tujuan rekreasi.

1. Future of Unmanned Capabilities: MALE vs HALE, by Mark Pomerleau, May 27, 20152. http://www.dca.gov.my/feedback-questions/

InfoTEKNO

Kategori terakhir adalah UAV Mikro yang berkeupayaan terbang di bawah 10,000 kaki dalam tempoh kurang 2 jam. UAV kategori ini hanya mampu membawa kamera bersaiz kecil dan beratnya ti daknya melebihi 20 kilogram.

Walaupun teknologi UAV sedang berkembang pesat dan mempunyai pengguna yang akti f, namun penggunaannya masih terbatas dan ti dak boleh beroperasi sewenang-wenangnya. Di Malaysia, terdapat agensi yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan permit kebenaran penerbangan dan memantau penggunaan UAV dari semasa ke semasa. Agensi yang terlibat iaitu Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

FAKTA JUPEM juga merupakan urus seti a induk Jawatankuasa Penyelarasan Penggunaan Pengimejan Udara bagi Jabatan/agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (JPPPNRE).

Dron boleh beroperasi melebihi 30,000 kaki bagi tujuan penyelidikan dan kajian sainti fi k.

UAV secara globalnya diklasifi kasikan UAV HALE, UAV MALE dan UAV Mikro.

52 Berita Ukur

Page 56: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

AGENSI BERTANGGUNGJAWAB

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam

mengeluarkan permit penerbangan. DCA telah menggariskan panduan yang perlu dipenuhi dalam permohonan bagi mendapatkan permit penerbangan. Fi dan bayaran akan dikenakan terhadap permohonan yang dikemukakan mengikut berat UAV yang akan digunakan.

Menurut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016, fi yang dikenakan bagi UAV (berat kurang daripada 20 kilogram) adalah RM 250 per permit manakala bagi UAV (berat lebih daripada 20 kilogram) adalah RM 1000 per permit. Selain itu, UAV yang beratnya melebihi 20 kilogram juruterbangnya perlu mempunyai lesen Juruterbang (PPL) Malaysia dan berdaft ar dengan DCA. Jenis penderia dan frekuensi radio bagi kedua-dua UAV juga perlu didaft arkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi media Malaysia (SKMM) sebelum permohonan permit dibuat.dipadang.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

JUPEM berfungsi sebagai agensi yang mengeluarkan permit bagi tujuan pemetaan dan penggambaran

udara menggunakan UAV di Malaysia. Selain mengeluarkan permit penerbangan UAV, JUPEM juga melaksanakan akti viti penggambaran udara bagi pelbagai tujuan. Sehingga kini, JUPEM telah mempunyai 13 unit UAV yang beroperasi bagi tujuan pemetaan dan pelbagai guna. Antara UAV yang digunakan ialah (1) set SwissDrone-Dragon 50, (2) set Pteryx Pro UAV, (6) set Sensefl y-eBee RTK, (2) set Hexa Copter-Agas Mr dan (2) set Quad Copter XL.

Penggunaan UAV bagi kerja-kerja penggambaran udara telah membantu JUPEM dalam mengurangkan kos operasi dan penjimatan masa dalam menghasilkan produk-produk pemetaan JUPEM.

Pada masa yang sama, JUPEM juga merupakan urus seti a induk Jawatankuasa Penyelarasan Penggunaan Pengimejan Udara bagi Jabatan/agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (JPPPNRE).

KESIMPULAN

Perkembangan teknologi UAV secara asasnya telah memberi satu platf orm yang baharu dalam memperolehi maklumat geospati al dan maklumat-maklumat lain. Teknologi UAV merupakan pilihan alternati f selain teknologi sedia ada yang

menggunakan pesawat udara konvesional. Diharap dengan kajian dan pembangunan (R&D) secara berterusan, kualiti maklumat geospati al dapat diti ngkatkan lagi. Secara ti dak langsung, penggunaan teknologi UAV dapat diperluaskan di pelbagai bidang dan memberi impak yang positi f terhadap akti viti manusia seharian.

53

Page 57: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

Sungguh indah di Pulau Tiga,Terasa selesa anak beranak;Bila sudah berumah tangga,Tiba masa menimang anak.

Ikan kelisa dibela emak,Harus sabar berhati-hati;Sebelum masa kelahiran anak,Terasa berdebar di dalam hati.

Ikan belanak tangkap di Pontian,Bekas diatur dalam kereta;Bila anak sudah dilahirkan,Rasa syukur tidak terkata.

Anak kancil di tepi telaga,Bawa ke Pertang terasa jauh;Dari kecil anak dijaga,Umpama menatang minyak yang penuh.

Ayam denak di tepi pekan,Selalu dilihat di pokok kelapa;Kalau anak betul didikan,Ikut nasihat ibu dan bapa.

Air kolah di Masjid Seletar,Tidak dibiar oleh perantau;Pergi sekolah anak dihantar,Masa belajar selalu dipantau.

SR JASNI BIN A. RAHMAN JUPEM Negeri Sembilan

Pantun Anak

SR JASNI BIN A. RAHMAN

Mengail belanak di Pulau Indah,Bawa ke pasar dibubuh garam;Membesarkan anak bukannya mudah,Sehingga besar berbagai ragam.

Di petang Selasa gadis menyapa,Gadis jelita dari Banggul Gucil;Kenanglah jasa ibu dan bapa,Menjaga kita sejak dari kecil.

Bersama bonda membawa kelapa,Bawa ke Melaka cuacanya redup;Berbaktilah kepada ibu dan bapa,Jika mereka masih lagi hidup.

Di petang Jumaat pergi sekolah,Bawa seri muka dan kuih keria;Mohonlah rahmat daripada Allah,Jika mereka telah meninggal dunia

54 Berita Ukur

Page 58: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan

TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Kerosakan ginjal selalunya disebabkan oleh kegemukan atau obesiti , merokok, faktor geneti k, kadar kolestrol

ti nggi, darah ti nggi dan kekurangan air dalam badan. Gejala penyakit buah pinggang biasanya bermula dengan tanda-tanda seperti hilang selere makan, merasa lelah, mual-mual,

SAYANGI BUAH PINGGANG KITAPERUBAHAN WARNA URIN MENGAMBARKAN KESIHATAN ANDA

Sudut Kesihatan

TRANSPARENTTanda kelebihan air. Individu terlalu banyak minum air.

TRANSPARENT YELLOWNormal.

DARK YELLOWNormal tapi perlu minum air secara kerap.

FOAMYTanda penyakit buah pinggang

PINKISH REDTanda berkemungkinan penyakit buah pingang, batu karang dan ketumbuhan

BROWNISH ORANGETanda kekurangan air dan berkemungkinan mempunyai penyakit hati

muntah-muntah, kurangnya air kencing semasa buang air kecil, gatal-gatal kulit, selalu mengalami otot kejang dan mengalami pembengkakan kaki. Antara kaedah yang boleh mengesan gejala penyakit ginjal antaranya berdasarkan kepada GFR (Glomeruler Filtrati on Rate) atau melihat perubahan warna air kencing.

TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

55

Page 59: Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia · udara istana alam shah klang , selangor 16 program outreach jupem dan rism di kolej islam klang klang , selangor 18 majlis tandatangan