aspek sastera novel wira persona avatari penang

12
Wira Persona Avatari (Ahmad Zaki Abu Bakar) Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah. Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir. Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut. 1 Sinopsis

Upload: airil72

Post on 24-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

UNSUR SASTERA NOVEL TINGKATAN 2

Wira Persona Avatari(Ahmad Zaki Abu Bakar)

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.

Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandinganAnas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidupKeluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang eratAnas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.

4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anakPuan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan videoAnjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. 6. Persoalan hubungan erat antara kaum

Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.

Watak Utama

Anas Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian Berumur 17 tahun Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh

Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada memenangi pertandingan

Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali KesepuluhWatak SampinganAina

Adik kepada Anas Bertubuh kecil Berumur 12 tahun Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II

Pintar - digelar rakan sedarjah si cili padi Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab

Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya

Zuriani

Gadis kacukan Melayu- Inggeris

Sahabat karib Aina

Berumur 12 tahun

Peserta simpanan Pasukan Zamrud II

Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan tempat Aina di peringkat akhir pertandingan Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh PakCik TanKumar

Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas

Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games Star

Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan komputer Avatari Pak Cik Ho

Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud IIAdeen

Anak Profesor Zakri

Berumur 18 tahun

Pengendali komputer Avatari Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia

Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline

Anak tunggal Pak Cik Ho

Berumur 17 tahun

Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II

Menaruh hati terhadap Anas Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho

Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali

Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya meninggalkan mereka

Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya

Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya

Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War

Tidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks) cerita.PermulaanAina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.

Perkembangan

Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.Puncak

Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan, Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani. Peleraian

Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.

1. DialogContoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi. Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen.2. SuspensContoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.

3. KejutanContoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.

4. Imbas kembali Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.5. Monolog Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas sendirian.

Diksi Istilah KomputerContoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar Slanga Contoh: amoi cantik, hei tambi Peribahasa

Contoh: nasi sudah menjadi bubur; kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Pembinaan Ayat

Bahasa mudah dan menarik

Ada ayat pendekContoh: Samy semakin nekad

Ada ayat panjang Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan PersonifikasiContoh: Petang semakin tua Simile

Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati

seperti halilintar membelah bumi Hiperbola

Contoh: mata yang tajam

...berjalan di atas kepulan awan

Latar Masa

Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan Internet Zaman prasejarah setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari

Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh peserta. Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.Latar Tempat

Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War

Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II. Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembaraLatar Masyarakat

Masyarakat bandar yang celik komputerContoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan Avatari Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer

Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja. Masyarakat elit

Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

Masyarakat bandar yang miskin

Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi mencabar.

Masyarakat yang gemar melakukan jenayah

Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.

1. Nilai bertanggungjawabContoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.2. Nilai kasih sayang

Contoh: Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.3. Nilai keberanian

Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.4. Nilai kesabaran

Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.5. Nilai keinsafanContoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.6. Nilai kegigihan

Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamatContoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukanContoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamatContoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama

Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita

Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan

Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

1. Jelaskan tema yang terdapat di dalam novel Wira Persona Avatari.2. Terangkan dua latar tempat dan dua latar masa yang terdapat di dalam novel yang anda kaji.

Jawapan1. Tema yang terdapat di dalam novel Wira Persona Avatati ialah kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

2. Latar tempat yang terdapat dalam novel yang dikaji Kompleks Beli-belah Anggun iaitu tempat berlangsungnya pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Pangsapuri Pak Cik Ho iaitu Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.

Latar masa yang terdapat dalam novel yang dikaji Zaman prasejarah iaitu setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.

Sinopsis

Tema

Persoalan

Watak dan Perwatakan

Binaan Plot

Latar

Nilai

Pengajaran

Gaya Bahasa

Teknik Plot

Latihan

8