asiment profesionalime

25
Pengenalan Jika dilihat pada masa sekarang ini, seorang guru yang mengajar dan mendidik murid di sekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan perlu keyakinan diri yang matang dalam bidang keguruan. Oleh yang demikian, seorang guru perlulah mendalami pengetahuan dan kemahiran berkaitan keguruan. Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang profesionalisme guru, kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalisme mengikut Kamus Dewan edisi keempat menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional Seorang guru yang sentiasa dihormati murid dan di sanjungi masyarakat juga perlu mengikuti latihan sebenar sebagai seorang guru. Sebagai contoh, semasa kita mengikuti latihan perguruan di Institut Perguruan kita perlu manjalani latihan ataupun aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan juga latihan praktikum di sekolah. Kerjasama yang diperolehi dari guru pembimbing, guru mentor, pihak pengurusan sekolah dan pentadbiran sekolah telah dapat memberikan satu jambatan untuk mengaitkan teori psikologi dan pedagogi dangan amalan praktikum tersebut sepanjang tempoh praktikal. Pengalaman yang telah diperolehi ini, telah dapat membina keyakinan kita sebagai guru dimana kita berada sekarang. Di mana- mana kita diletakkan sekalipun ia tidak akan memberikan masalah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan erti kata lain, ia adalah rutin kita seharian sebagai guru di mana ia

Upload: noridzmamohamad

Post on 15-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: asiment profesionalime

Pengenalan

Jika dilihat pada masa sekarang ini, seorang guru yang mengajar dan mendidik

murid di sekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan perlu keyakinan diri yang

matang dalam bidang keguruan. Oleh yang demikian, seorang guru perlulah mendalami

pengetahuan dan kemahiran berkaitan keguruan. Sebelum kita membicarakan lebih lanjut

tentang profesionalisme guru, kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan

profesionalisme mengikut Kamus Dewan edisi keempat menjelaskan bahawa

profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu

dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang

profesional

Seorang guru yang sentiasa dihormati murid dan di sanjungi masyarakat juga perlu

mengikuti latihan sebenar sebagai seorang guru. Sebagai contoh, semasa kita mengikuti

latihan perguruan di Institut Perguruan kita perlu manjalani latihan ataupun aktiviti

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan juga latihan praktikum di sekolah. Kerjasama

yang diperolehi dari guru pembimbing, guru mentor, pihak pengurusan sekolah dan

pentadbiran sekolah telah dapat memberikan satu jambatan untuk mengaitkan teori

psikologi dan pedagogi dangan amalan praktikum tersebut sepanjang tempoh praktikal.

Pengalaman yang telah diperolehi ini, telah dapat membina keyakinan kita sebagai

guru dimana kita berada sekarang. Di mana-mana kita diletakkan sekalipun ia tidak akan

memberikan masalah untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan erti

kata lain, ia adalah rutin kita seharian sebagai guru di mana ia berterusan dari mula hadir

ke sekolah hingga tamat waktu belajar. Dengan menyediakan kelas-kelas yang kondusif

untuk kegunaan para pelajarnya. Ia bukan setakat itu sahaja, malahan perkembangan ilmu

ini adalah satu tindakan yang mengubah keupayaan dan kebolehann diri seorang guru

dalam profesion keguruan. Teori pekembangan ini akan memberikan gambaran tentang

hidup seseorang guru dan kedudukan kita dari mula sehingga kini.

Jika dilihat, sewaktu mula menjadi guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga

dikategorikan sebagai guru yang profesional. Kebanyakan pendidikan menjangkakan perlu

menjalanai latihan intensif serta amalan pengajaran yang mungkin mengambil masa yang

agak panjang. Namun begitu, jika dibandingkan dengan pelbagai teori – teori

perkembangan guru terdapat persamaan diantaranya terutama pada peringkat awal kerjaya

Page 2: asiment profesionalime

kerana pada peringkat ini guru lebih menumpukan kemampuan dirinya sebelum

berkembang ke peringkat yang lebih mahir (Cochran & andrew,1988;

Fuller,1969;Katz,1972, Trotter, 1986). Mereka ini telah menyatakan, secara amnya

peringkat-peringkat ini berlaku secara berhierarki dan dalam corak yang boleh diramal.

Walaupun bergitu, ciri-ciri keperihatinan daripada gabungan beberapa peringkat boleh juga

diperlihatkan dalam satu masa tertentu.

Dalam kerja ini akan membincangan tugasan seorang guru disekolah berkaitan

membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah disamping tugasan hakiki seorang guru

iaitu mengajar.

Huraian tugasan Guru Data Sekolah Rendah

Sebagai seorang guru di sekolah rendah saya mempunyai pengalaman sebagai

seorang guru data (EMISS) selama beberapa tahun. Sebelum ini , pengurusan data adalah

menggunakan sistem “offline” di mana setiap penghantaran data guru dihantar secara terus

kepada jurulatih terpilih yang dilantik oleh pihak Pejabat Pelajaran Dareah.Tetapi pada

masa kini ia telah berubah mengikut peredaran zaman dan bertukar kepada sistem “online”.

Jika dirujuk melalui laman Web rasmi EMISS-KPM ( http://emisonline.moe.gov.my/ )

di dalam aplikasi tersebut terdapat satu fitur yang membolehkan seorang guru data

menyedut satu fail meja untuk digunakan oleh guru data sebagai rujukan untuk

menjalankan tugasan setiap hari di sekolah.namun begitu di sini dihuraikan bebrapa

tugasan pengurusan seorang guru data disekolah.

1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti

yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).

2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang

diarahkan oleh Bahagian- Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain- lain agensi kerajaan.

Page 3: asiment profesionalime

2.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti

EMIS, iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,

pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat

pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan

dengan:

2.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;

2.1.2 Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;

2.1.3 Staf bukan guru;

2.1.4 Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;

2.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

2.2 Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat

pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah

Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum,

Buku Teks dan Sistem Pangkalan Data Murid.

3 Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi

sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.

4 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat

peringkat sekolah bagi Sistem

Pangkalan Data Murid.

5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat

peringkat sekolah.

6 Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari

semasa ke semasa.

Page 4: asiment profesionalime

GA R IS PAND UA N PEN GU RU SA N MAK LU MA T SEK OLA H

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data:

1. Mengemas kini data EMIS Online.

2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.

3. Memastikan data disemak dan disahkan.

4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh : catatan atau alasan bagi

turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus

Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.

5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS

Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.

6. Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik)

berkaitan pengurusan data EMISOnline.

7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat

sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet

hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya

kutipan data tidak terganggu.

8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan

menyimpan thumb drive backup dengan baik.

Page 5: asiment profesionalime

9. Jika berlaku kerosakan komputer / talian internet segala urusan kemas kini

hendaklah dilakukan di sekolah berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM.

10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di tempat yang selamat

kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit

PR OSEDU R PEN YERAHA N DA TA KU TIPA N SEK OLA H

1. Ralat data yang berkaitan yang dipapar dari aplikasi Utiliti Semak Ralat Data Online

dibersihkan.

2. Pihak sekolah menyerahkan Cetakan Semak Ralat Data Online kepada Jurulatih

Utama atau Pegawai Maklumat Daerah yang telah disahkan PGB/PK1.

3. Pihak sekolah perlu mengesahkan data sekolah, catatan/alasan naik/turun

(perubahan) data enrolmen, dan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak

dari aplikasi EMIS Online.

SENARA I SEMA K EMIS

Berikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di sekolah:

1. Fail EMIS sekolah

2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober tahun semasa.

3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini

4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini

5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini

6. Kemaskini data dari masa ke semasa.

7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.

8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu

9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu yang dicetak dari

aplikasi EMIS .

Page 6: asiment profesionalime

T U G A S G U R U DA T A S E BA G A I S E T I AU S A H A J A W A T A NK U A SA

PE N G U R U S A N M A K L U M A T S E K O L A H ( J P MS)

1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan

setelah disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang

berkualiti, sahih dan menepati masa.

2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara)

dalam rangkaian maklumat antara sekolah, PPD, JPN dan KPM.

3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.

4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan p a da ak h i r b u l a n Januari, April, Jun

dan Oktober (kutipan perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh

PPD / JPN / KPM.

GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN EMIS PERINGKAT SEKOLAH

AKTIVITI PROSES TINDAKAN RUJUKAN

Taklimat/

Penjelasan

Menghadiri taklimat berkaitan dengan

EMIS Online

Pengetua/

Guru Besar

Surat arahan

Kemasukan

dan

pengemas

kinian data

sekolah

1) memasukkan dan mengemas kini data

2) membuat semakan menggunakan

aplikasi Utiliti dan Verifikasi Asas

3) membetulkan ralat data yang

berkaitan yang dipapar

4) menyediakan catatan atau laporan

ralat terutama tentang turun/naik

maklumat enrolmen untuk dihantar ke

PPD

Guru Data

Manual Definisi

Variabel EMIS

Online

Page 7: asiment profesionalime

AKTIVITI PROSES TINDAKAN RUJUKAN5) memastikan data yang tersimpan

kini dan diperbaiki selepas verifikasi

terakhir dijalankan

M ak l u m a t Se k o l a h

Profil Am ,Pengurusan Sekolah,

Kedudukan Kawasan Sekolah,Bangunan,

Bilik-bilik di sekolah Kuarters Guru

Peralatan Kemudahan Sukan Tandas

Kenderaan,Tempat letak kenderaan

M ak l u m a t A s r a m a

Bangunan Asrama Bilik-bilik Asrama

Peralatan

Guru

data dan

Pembantu

Tadbir

Dokumen

berkaitan:

- pelan

sekolah:

keluasan

sekolah,

bilangan

dan,

kegunaan bilik,

bilangan blok,

jenis padang/

gelanggang dll.

- penubuhan

sekolah

-penyerahan

sekolah

- geran tanah

- keadaan

bangunan dari

JKR dll.

Page 8: asiment profesionalime

AKTIVITI PROSES TINDAKAN RUJUKAN

Kokurikulum,Bukan Guru,Latihan Dalam

Perkhidmatan/PTK Elaun,Mata pelajaran

Ajar, Sejarah Perkhidmatan

1)Menyediakan nota penerangan

ringkas untuk dilampirkan

bersama borang pengisian/

pengemaskinian maklumat

2)Mengagihkan borang dan jadual

yang berkaitan kepada mereka

yang berkenaan

3)Menjelaskan cara mengisi

borang /jadual tersebut dengan betul

dan tepat diterima dan diisi dengan

lengkap

4)Memasukkan dan mengemaskinikan

data dalam EMIS Online

M ak l u m a t E nro l m e n

Enrolmen Murid dan Bilangan Kelas

Bilangan Murid Yatim,

Bilangan Murid Intervensi 3M,

Maklumat Murid Thn. 1 dari Prasekolah

Tahun Lepas ,Bilangan Murid Khas

Bilangan Murid dan Kelas Mengikut MP

Elektif-KBSM/ Tambahan KBSR

Bilangan Murid POL,Bilangan Murid ke

Tingkatan,Peralihan/Tingkatan 1

Guru

data

PK HEM

Penyelaras/

Guru

Tingkatan

Guru Panitia

/Bidang MP

Dokumen

berkaitan:

Rekod/Jadual

Kehadiran

Murid setiap

Tahun/

Tingkatan

- senarai murid

contoh:

menerima

biasiswa,

yatim,

mengikut

subjek

elektif, Islam,

mendaftar

Tahun/Ting. 1,

warganegara

asing dll.

Page 9: asiment profesionalime

AKTIVITI PROSES TINDAKAN RUJUKAN

Tingkatan 1,Enrolmen Murid Tahun 1

dari/tanpa Prasekolah,Bilangan Murid

Beragama Islam,Bilangan Murid

Mengulang Bilangan Pemegang

Biasiswa Bilangan Penghuni Asrama

Bilangan Murid Mendaftar Tahun 1

Bilangan Murid Cicir (Berhenti

sekolah dan tidak meneruskan

pelajaran)

Penghantaran data sekolah ke PPD

1) Mengemaskini data berdasarkan

dokumen yang berkaitan.

2) Membuat semakan menggunakan

aplikasi Utiliti dan Verifikasi Asas.

3) Menganalisis naik/turun (perubahan)

data seperti yang terdapat dalam

output kuiri Verifikasi Asas.

4)Menyediakan catatan/alasan bagi

maklumat dalam 3).

5) Melakukan muat turun data ke

dalam ‘thumb drive’ untuk

keselamatan data.

6)Mencetak Laporan Pengesahan

Maklumat Sekolah.

Guru Data

Page 10: asiment profesionalime

AKTIVITI PROSES TINDAKAN RUJUKAN

5)Melabelkan pada ‘thumb drive’ serta

tarikh kutipandan disimpan di tempat

khas.

6) Menyerahkan data sekolah bersama

Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah

yang dicetak dari aplikasi EMIS serta

catatan naik/turun enrolmen ke PPD.

7) Melaporkan segala masalah

berkaitan Pengurusan data kepada

PPD

Apa yang saya tahu tugas guru data bukan setakat membantu pihak pengurusan

dan pentadbiran dalam menyediakan data ia juga melangkaui kerja kerja yang lain.Ia

ditunjukkan dengan carta alir pada lampiran yang disediakan.Carta alir ini membantu

kepada guru data menjalankan kerja dengan lebih sistematik dan berprofesionalsme.

Nilai- nilai profesionalisme keguruan semasa menjalankan tugas keguruan

Page 11: asiment profesionalime

Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem

pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia dapat

melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa

sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di

belakang. Walaupun tanggungjawab menjalankan sebagai guru data diterima oleh guru

itu sendiri. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion

keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai

sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai

pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran agen perubahan dan

sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan

sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan

menyeronokkan. Guru itu sendiri memainkan peranan penting dalam meningkatkan

profesion perguruan dengan menerapkan nilai profesionalisme dalam keguruan.

Umumnya, guru yang berkualiti ialah guru yang berdedikasi, bertanggungjawab

dan sanggup berkorban dalam apa jua. Proses pendidikan yang berkualiti pula merujuk

kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maksudnya, apa yang

diajar oleh guru seharusnya dapat diterima dan dihayati oleh murid. Gurulah

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar

terhadap proses pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran, kebolehan,

beriltizam dan berketrampilan serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang

tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan.

Seorang guru juga perlu melibatkan diri dalam pembacaan dan penulisan akademik

seperti jurnal dan kajian tindakan berkaitan masalah pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Guru juga perlu bersifat kehadapan dan mempunyai anjakan paradigma

dari segi ilmu tentang dan kaedah mengajar yang juga dikenali sebagai ilmu

berasaskan pengalaman.Guru itu perlu melibatkan diri dalam program pemajuan

professional secara berterusan. Pada era globalisasi ini, yang penuh dengan dunia

“gadget” ilmu yang diperolehi oleh seseorang ketinggalan dengan pantas.

Oleh itu guru terutama guru data itu sendiri perlu menghayati himpunan ilmu

mengenai profesion itu sendiri. Antara kemahiran atau konsep yang perlu dikuasai

Page 12: asiment profesionalime

seperti memanfaatkan masa pembelajaran akademik, memelihara akauntabiliti, prihatin

terhadap perbezaan individu, mengamalkan prinsip-prinsip penilaian, pelaksanaan

peraturan yang tekal, menerapkan budaya yang bersifat efektif, menghargai harga diri

(self-concept) pelajar, mewujudkan pembelajaran yang bermakna, melakukan

perancangan dan menguasai teknik menyoal dengan baik.

Tugas guru bukan sahaja mengajar sesuatu subjek tertentu seperti matematik

ataupun sebagai seorang guru yang hanya menguruskan data ,tetapi seorang guru juga

berperanan mendidik para pelajarnya. Oleh itu seorang guru harus sentiasa

menyiapkan pelajar supaya sesuai dengan kehendak masyarakat dari segenap aspek

temasuk keperibadian dan akhlak. Jika hal ini diterima oleh guru maka mereka

mempunyai wawasan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam

akademik tetapi juga manusia yang akan mempunyai penghidupan yang sempurna.

Seorang guru bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia dalam

kalangan pelajar mereka. Seorang guru perlu membentuk jiwa dan menerapkan nilai

murni kepada pelajar. Penerapan nilai murni dalam kalangan pelajar akan lebih

berkesan dan bermakna apabila ia dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga

sekolah.Ini juga dapat meningkatkan disiplin para pelajar. Profesion perguruan

merupakan satu profesion yang mulia kerana seseorang guru mampu membawa

perubahan secara menyeluruh, termasuk dari segi emosi dan tingkah laku dengan

harapan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk keperluan

dunia dan akhirat dan kemudiannya menjadi warganegara yang lengkap dengan ilmu

pengetahuan.

Guru juga perlu sentiasa mengamalkan kemahiran berkomunikasi semasa

berhubung dengan pelajar, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. Mempunyai

kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan atau mana-mana unit

beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang

penting untuk pembentukan jati diri pelajar dan berkualiti dari segi emosi. Kemahiran

Komunikasi yang baik akan dapat membantu guru memperolehi data yang betul dan

tepat serta segera. Antar lain nilai- nilai profesionalisme yang perlu ada dalam diri

seorang guru yang berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni,

Page 13: asiment profesionalime

norma dan etika perkhidmatan. Terdapat 12 nilai murni teras etika kerja perkhidmatan

awam yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Seseorang guru

perlu berfikiran positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah

sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadat tanpa sebarang

rungutan. Seorang guru data juga harus mempunyai semangat patriotik dan cintakan

negara.

Dengan mengamalkan nilai profesionalisme, guru dapat melalui rasa

kebertanggungjawapan seseorang guru kepada pelajarnya. Bagi memenuhi

tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru perlulah bersikap adil terhadap pelajar

mahupun dengan guru sendiri tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lain-

lain. Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan

membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. Ia akan memberi

gambaran kepada pelajar bahawa guru sanggup mengajar mereka terutamanya dalam

kelas tambahan tanpa menharapkan apa-apa balasan dan ini akan meningkatkan lagi

martabat profesion perguruan di mata mereka. Walaupun guru itu sendiri sibuk

dengan menguruskan kerja sebagai guru data.

Guru perlu menerapkan dan mengamalkan elemen kasih sayang semasa proses

pengajaran dan pembelajaran mahupun semasa menjalankan tugas pentadbiran untuk

meningkatkan profesionalisme guru. Apabila elemen cinta dan kasih sayang yang

selama ini menyemarakkan bidang pendidikan negara semakin dilupakan, kesannya

pelajar akan mempunyai sentimen takut dan benci kepada guru. Guru juga perlu

sentiasa memberi dorongan kepada pelajar kerana kegiatan yang dilakukan tanpa

dorongan akan menyebabkan kegagalan. Hampir semua kegiatan yang diusahakan

tanpa dorongan akan gagal mencapai tujuannya. Hal ini, menunjukkan betapa

pentingnya seseorang manusia mempunyai matlamat. Dengan mempunyai cita-cita

seseorang pelajar dapat menumpukan usahanya kearah matlamat tersebut dan secara

tidak langsung pelajar itu akan akan menumpukan perhatian semasa tempoh

pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita yang

diimpikan. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik di kelas malahan juga

sebagai kawan kepada muridnya. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru

Page 14: asiment profesionalime

dengan murid. Dengan ini, profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan walau sesibuk

mana guru menjalankan tugasnya.. Perasaan hormat dalam diri murid terhadap

profesionalisme guru juga turut meningkat.

Nilai-nilai profesionalisme yang boleh diamalkan semasa menjalankan tugas

keguruan ialah dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan

nilai yang terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang

bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan

tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan

sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai

akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan

secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.Jika akauntabiliti

diamalkan seharusnya kerja-kerja pentadbiran tidak terbengkalai begitu juga kerja-kerja

di dalam kelas.

Nilai lain yang boleh diamalkanialah dengan menagmalkan nilai kerohanian.

Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki sifat-sifat

berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri

seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah menjalankan tugas tepat pada

masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar,

rajin dan lain-lain. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan

ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang

guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu

juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang

baik melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu

memiliki tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Cadangan-cadangan Program profesionalisme yang dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan .

Page 15: asiment profesionalime

Guru adalah seorang pendidik bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di luar

kelas mahupun di luar sekolah. Oleh itu, untuk meningkatkan profesionalisme guru

seseorang guru perlu menjadi role model dan uswatun hasanah bukan sahaja kepada

anak didiknya tetapi juga kepada semua termasuk seluruh anggota masyarakat

sekeliling. Abu Bakar Nordin (2003). Untuk meningkatkan lagi profesion perguruan di

mata masyarakat, seseorang guru perlu menjaga kelakuan kerana seorang guru

sentiasa menjadi tumpuan walau kemana sahaja dia pergi. Sebagai seorang pendidik,

ia mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan kepada pelajar, ibu bapa,

masyarakat, negara, rakan sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Profesion

perguruan merupakan profesion yang mulia tetapi tahap kemuliaannya pada

pandangan masyarakat bargantung kepada sejauh mana guru itu dapat meletakkan diri

mereka diperingkat yang tertinggi dan terhormat.

Seorang guru perlu pakar dalam ilmu pengetahuan dan berkualiti untuk

meningkatkan profesion perguruan. Pada masa kini , kemahiran ICT perlu dikuasai

sepenuhnya oleh guru ,sekurang-kurangnya ia melebihi tahap penguasaan murid

mereka sendiri. Kemahiran IT perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan

yang cemerlang dan berkualiti. Guru itu juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi

yang tinggi iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta

kebolehan mengubah suai sesuatu idea menjadi lebih menarik.Oleh yang demikian

kursus – kursus penguasaan menggunakan komputer (ICT) perlu dilakukan secara

berterusan.Guru perlujuga mencari alternatif tersendiri jika mahukan kemahiran yang

lebih dengan menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan ataupun

swasta

Untuk meningkatkan profesionalisme guru, aspek latihan juga merupakan satu

perkara yang perlu dititiberatkan. Latihan kini menjadi semakin penting kerana

perubahan yang berlaku dengan begitu pantas. Para guru perlu diberi latihan

perkhidmatan yang relevan dan mencukupi untuk menghadapi gelombang perubahan

yang berlaku di sekolah, malah mereka juga perlu mengemaskinikan ilmu teras dan

ilmu pedagogi menerusi sistem pemajuan profesional yang meluas dan mantap. Maka

Page 16: asiment profesionalime

usaha yang lebih serius perlu dilakukan untuk memastikan kritikan terhadap profesion

perguruan tidak lagi berlanjutan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi

profesionalisme guru.Program-program SIC+ sebagai contohnya, ia adalah salah satu

program kepada guru bagi membantu meningkatkan lagi pedagogi pengajaran di dalam

kelas. Guru dan pegawai SIC+ mungkin boleh berkongsi pengalaman tentang corak

mengajar di dalam kelas ini kerana budaya dan kemahiran murid di sesuatu tempat

berbeza.

Peningkatan profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sistem

ganjaran dan kenaikan pangkat. Selain dari meningkatkan diri dengan

penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para guru juga perlu ditawarkan dengan

ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak.

Jawatan – jawatan Guru Cemerlang yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan

dengan tujuan untuk melantik guru-guru cemerlang yang akan membawa

kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan seharusnya mesti

datambahkan bilangannya. Pengiktirafan diberikan untuk menhargai pengorbanan guru-

guru yang benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan, ganjaran diberikan

kepada mereka dengan mengiktiraf mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru

cemerlang yang diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedikasi

dan bermotivasi tinggi serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas

mereka. Tanpa menunggu untuk kenaikan pangkat secara “Time-Based”, mereka boleh

dinaikkan ke gred yang lebih tinggi iaitu dari DGA29 kepada DGA34. Guru-guru yang

tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam bidang pentadbiran, guru-

guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat secara “Time-Based”. Kenaikan yang

diberikan sehingga ke tangga maksimum dengan ini ia dapat membantu guru

meningkatkan profesionalismenya secara tidak langsung

Profesionalisme guru dapat ditingkatkan lagi melalui sambutan hari guru

pada 16 Mei setiap tahun dan ia diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk

Page 17: asiment profesionalime

menghargai sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru

diisytiharkan sebagai memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa

mereka. Walaupun yang diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan

kerajaan dan masyarakat negara ini di atas pengorbanan para pendidik dapat

memberikan penjelasan yang besar dalam dunia pendidikan. Hari guru juga sepatutnya

diraikan dengan memberi cuti khas kepada guru.Dengan ini, memberikan bahawa kerja

sebagai guru adalah satu kerja yang profesional dan ia bukanlah satu kerja pilihan

terakhir bagin seseorang.

Page 18: asiment profesionalime

KESIMPULAN

Sebagai seorang guru seharusnya kita tidak perlu mengadah dahulu sebelum

menerima sebarang kerja yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Setiap yang berlaku

pasti ada hikmahnya. Pengetahuan yang diperolehi semasa menjalankankan tugas

akan menambahkan lagi episod suka duka kita dalam bidang keguruan ini. Ia bukan

sahaja melemahkan kita malah membantu meningkatkan profesionalsme keguruan

dengan lebih tinggi. Semua pihak perlu berganding bahu membantu antara satu sama lain

untuk meningkatkan profesionalisme guru ini. Kita jangan mengharapkan sebelah pihak sahaja.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme

guru. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan

yang diberikan oleh kita untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan

nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini

sebagai pilihan terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Kita harus

menunjukkan kepada masyarakat sekeliling bahawa mereka harus sedar cabaran dan

bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan

memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan

profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.