asgsaiment budaya belia

17
MAKSUD BUDAYA UNDERGROUND Maksud “underground” secara umumnya berasal dari perkataan Inggeris yang bermaksud “bawah tanah”. Jika dilihat penggunaan perkataan ini dalam bidang sosial dan budaya, ia boleh didefinisikan sebagai satu gerakan atau budaya yang diaplikasi secara sembunyi-sembunyi, eksklusif, memberontak dan melawan sistem . Budaya ini juga merupakan satu gerakan yang bebas dan tidak terikat kepada satu sistem yang bersifat terikat. Selain itu, istilah ini juga ditujukan kepada kumpulan, komuniti mahupun individu yang bersifat anti-mainstream, iaitu orang-orang yang menentang budaya awam (mainstream). Underground ini juga sering dikaitkan dengan istilah atau komuniti ‘indie’ iaitu satu komuniti yang berkarya dan menyebarkan karya mereka tanpa bantuan daripada, mana-mana agensi atau branding mainstream. Apa yang membezakan antara underground dengan indie adalah, underground semestinya indie, tetapi indie tidak semestinya underground. SEJARAH UNDERGROUND Ada pendapat mengatakan bahawa gerakan atau budaya underground ini dapat dilihat jelas bermulanya pada abad ke-19 dimana istilah ini digunakan untuk melabel kaum, kumpulan atau individu wujud dimana tindakannya menentang serta mengancam pihak-pihak berkuasa pada masa itu. Perkataan underground ini mulanya diwujudkan oleh sekumpulan seniman di Perancis pada tahun 1920an yang mana mereka ini mengadakan pertunjukan dan

Upload: sha-smile

Post on 14-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

z

TRANSCRIPT

MAKSUD BUDAYA UNDERGROUNDMaksud underground secara umumnya berasal dari perkataan Inggeris yang bermaksud bawah tanah. Jika dilihat penggunaan perkataan ini dalam bidang sosial dan budaya, ia boleh didefinisikan sebagai satu gerakan atau budaya yang diaplikasi secara sembunyi-sembunyi, eksklusif, memberontak dan melawan sistem . Budaya ini juga merupakan satu gerakan yang bebas dan tidak terikat kepada satu sistem yang bersifat terikat. Selain itu, istilah ini juga ditujukan kepada kumpulan, komuniti mahupun individu yang bersifat anti-mainstream, iaitu orang-orang yang menentang budaya awam (mainstream).Underground ini juga sering dikaitkan dengan istilah atau komuniti indie iaitu satu komuniti yang berkarya dan menyebarkan karya mereka tanpa bantuan daripada, mana-mana agensi atau branding mainstream. Apa yang membezakan antara underground dengan indie adalah, underground semestinya indie, tetapi indie tidak semestinya underground.SEJARAH UNDERGROUNDAda pendapat mengatakan bahawa gerakan atau budaya underground ini dapat dilihat jelas bermulanya pada abad ke-19 dimana istilah ini digunakan untuk melabel kaum, kumpulan atau individu wujud dimana tindakannya menentang serta mengancam pihak-pihak berkuasa pada masa itu. Perkataan underground ini mulanya diwujudkan oleh sekumpulan seniman di Perancis pada tahun 1920an yang mana mereka ini mengadakan pertunjukan dan persembahan di dalam subway dan basement yang terletak di bawah tanah. Hal ini adalah kerana masyarakat dan seniman awam menganggap karya mereka ini pelik dan tidak sesuai dengan keadaan semasa. Hal ini juga menyebabkan hasil karya mereka ini diperlekeh jika dilakukan di kawasan yang terbuka. Oleh itu, mereka mengadakan persembahan mereka di bawah tanah agar hanya orang-orang tertentu dan seideologi dengan mereka sahaja dapat menghadiri persembahan itu.Di dalam sebuah artikel mengatakan bahawa muzik atau budaya underground ini muncul pada tahun 1950-an dimana ia merupakan muzik yang paling popular dalam kalanga remaja di Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Pada tahun 1960-an, munculnya pelbagai versi rock seperti classical rock, folk rock, country rock, jazz rock, pop rock, hard rock, acid rock, punk rock dan alternative rock. Pada tahun 1960-an menjadi perintis kepada variasi muzik yang kini dilabel sebagai muzik underground. Kemunculan kumpulan The Beatles telah membawa idea dan bunyi (sound) baru rock n roll dan liriknya lebih ekspresif. Pada akhir-akhir tahun tersebut, muncul pula rock yang dikenali sebagai punk scene dan metal scene yang menghasilkan lagu-lagu tentang realiti kehidupan dan luahan perasaan yang tidak bersifat hipokrit.Di Malaysia pula, scene underground ini bermula apabila terdapat segelintir pemuzik yang menginginkan kebebasan dalam berkarya. Mereka ini cuba lari daripada kehendak pasaran dan tampil dengan idea sendiri. Oleh itu muncul lah muzik rock yang bersifat berat (heavy), dan liriknya tidak lagi hanya menceritakan tentang percintaan. Liriknya lebih bersifat terbuka. Kelahiran muzik rock baru ini adalah pada tahun 1970-an dan 1980-an. Pada tahun 1988, boleh dikatakan kemuncak kepada perkembangan muzik underground ini. Hal ini kerana pada ketika itu semakin ramai golongan remaja yang meminati muzik seperti punk dan thrash metal dan muzik tersebut mula diklasifikasikan lebih khusus seperti deadth metal, industrial, grindcore dan sebagainya. Suasana muzik underground ini muncul apabila banyak band merakamkan demo-tape, membuat majalah (fanzine) dan mengadakan gig (konsert kecil-kecilan).Kemeriahan dunia muzik bawah tanah atau underground ini semakin jelas apabila gig mula giat diadakan. Gig ini selalunya dianjurkan oleh penggiat muzik, band, editor majalah atau pemilik label muzik. Berita atau eklan mengenai gig ini akan disebarkan melaui flyers yang dihantar melalui surat kepada para editor fanzine atau rakan-rakan mereka. Gig yang dilakukan ini dikatakan tidak mementingkan keuntungan, tetapi yang paling utama adalah suasana happening (seronok) dan bersatu. Itulah prinsip yang diamalkan dalam dunia muzik underground. Yang penting adalah amalan DIY (do it yourself), tanpa bergantung kepada sesiapa untuk mendapatkan kewangan dan sebagainya.Pengalaman saya sendiri berkaitan muzik underground ini adalah bermula pada tahun 2007-2008 iaitu ketika saya berada dalam tinggakan 3 seingat saya. Pada ketika itu band-band underground atau indie ini tidak diangkat setaraf dengan muzik-muzik tanah air yang lain. Sangat sukar untuk mendengar muzik underground ketika itu. Muzik ini hanya boleh didengari di radio internet dan CD hanya boleh didapati di gig-gig yang diadakan oleh mereka sendiri. Band-band yang popular dalam kalangan muzik underground atau indie adalah seperti Bunk Face, Hujan, The Times, Bittersweet, Butterfinger, Meet Uncle Husain dan sebagainya. Pada ketika ini, saya melihat bahawa lirik pada ketika ini lebih kepada menceritakan tentang realiti kehidupan dan muziknya bergenre pop rock dan rock yang tidak terlalu keras.Jika dilihat dari segi makna underground itu sendiri, kita dapat melihat dan mengagak golongan mana yang biasanya terlibat secara aktif dalam budaya ini. Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa budaya ini lebih bersifat memberontak, bebas dan bersifat melawan sistem. Oleh itu, budaya ini sering dikaitkan penglibatannya dengan golongan remaja yang dikatakan bahawa remaja merupakan golongan yang seka memberontak dan hidup bebas. Selain itu juga, kita dapat melihat bahawa kewujudan budaya ini adalah sangat sepadan dengan keadaan dunia sekarang, dimana banyak pemerintah memerintah secara tidak adil dan kotor. Hal ini mengakibatkan banyak individu yang menyertai budaya ini.MUZIKDalam bidang muzik, budaya ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1960an dan kemudian disambung oleh band-band seperti The Grateful Dead, Velvet Undergrond, Acid Test, dan Frank Zappa, malahan The Beatles pernah dianggap sebagai pembawa scene underground terawal. Band yang dikategorikan sebagai band underground adalah band yang memegang konsep DIY (do it yourself). Mereka membuat, merakam dan mengeluarkan album atau karya mereka sendiri dengan kerja keras sendiri tanpa diikat oleh label-label besar. Istilah sekarang yang biasanya diguna pakai untuk melabel golongan ini adalah dengan istilah indie. Mereka mengadakan konsert di tempat-tempat yang tidak representative.Dalam Counterpunch Magazine, dikatakan bahwa "Underground music is free media, because by working independently, you can say anything in your music and be free of corporate censorship".Budaya underground dilihat lebih meminati genre muzik yang keras, crash, screamo dan yang sewaktu dengannya. Contohnya seperti, punk rock, rock alternative, death metal, hard rock dan banyak lagi. Liriknya juga adalah keras dan sukar diterima kerana melambangkan budaya liar dan tidak sopan pada pandangan masyarakat tempatan terutamanya pada golongan orang tua. Namun begitu, lirik lagu yang disampaikan adalah bertujuan untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan ada lirik yang menceritakan tentang realiti kehidupan.Dalam satu kajian ada menerangkan bahawa lirik dalam lagu underground ini lebih bersifat terbuka. Terdapat lirik yang berunsurkan kritikan sosial, kemanusiaan, ketuhanan, kesengasaraan, unsur mistik, alam sekitar dan sebagainya. Contohnya, lirik lagu oleh sebuah kumpulan punk, Caburator Dung yang menceritakan tentang penentangan terhadap autoriti dan sistem politik dalam masyarakat:Well raise our voice no wayWell raise our fist no wayThis is your face... democracy? Conformity?Well critize no wayWell organize no wayWhats in your gloveDemocracy? Black iron fist?Wheres our right? No whereWheres our tongues? No whereWheres our voice democracy? Stability?What should we see? NothingWhat should we think? NothingWheres our sight, democracy?You hide the keyYou blinding meTajuk : OppressionKumpulan : Carburator DungAlbum : Dari Jemapoh ke ManchesteeTerdapat juga lirik lagu underground yang bersifat menentang golongan kapitalis. Lirik yang dibuat adalah untuk memanifestasikan rasa tidak puas hati pemuzik terhadap sistem-sistem yang menekan:Youre working for the manSlaving for the companySelling your soul awayPunching meter everdayTwenty years hod gone astraySuddenly realizedDid you dream meterialise?Tajuk : Dont Wanna Be YouKumpulan : Caburator DungAlbum : The Allure of ManureSelain itu juga, lirik yang berunsurkan kesedaran turut dihasilkan oleh pemzik underground dalam sesetengah karya mereka. Contohnya :Paralyzed mindWe shout without voiceWe cry without tearsWere proud without honourWere name without meaningTajuk : Paralyzed MindKumpulan : Koffin KanserAlbum : Soul: New AgendaTerdapat juga lirik lagu underground yang mencerminkan semangat nasionalisma yang tinggi atau semangan cintakan tanah air. Lirik seperti ini dapat dilihat seperti :We had been raised to trustThe god and to the kingWe gonna stand and groundThe strengh that come whithinSo if you think you know those feeling that is thruAnd its all for the yellow, the red, and white and blueAnd when you hear the callWe know that you be thereIts for the stripe the moon and starCoz we all proud that we was made in MalaysiaTajuk : Made In MalaysiaKumpulan : Roots n BootsAlbum : Yound, Loud and ProudOleh itu dapat dilihat bahawa, genre muzik dalam muzik underground ini adalah biasanya bersifat keras (heavy) dan lirik lagunya pula adalah lirik yang tidak menggunakan bahasa yang terlalu berkias dan tidak bersifat hipokrit.PAKAIANDi Malaysia, pengamal budaya ini biasaya tidak ada kod pakaian yang khusus. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Namun begitu, ciri pakaian yang biasanya dipakai oleh golongan ini adalah agak melanggar norma masyarakat tempatan. Sebagai contoh, mereka ini biasanya memakai pakaian yang lusuh dan terdapat kesan koyak pada seluar jean yang dipakai. Identiti pemakaian budaya ini adalah kerana mereka merasakan bahawa, pakaian sebagaimana orang awam yang biasa adalah skema dan tidak bertepatan dengan gaya mereka yang dikatakan rockers. Namun begitu, masih terdapat golongan yang mengamalkan budaya ini secara berlebihan dan golongan ini memakai pakaian yang sangat melanggar norma masyarakat seperti mewarna rambut dan bertindik. Istilah yang boleh diberika kepada golonga ini adalah poseur atau budak baru nak up. Golongan seperti inilah yang menjadikan tanggapan masyarakat terhadap budaya underground semakin ditolak.Sebenarnya, budaya underground atau indie ini bukan sahaja berkaitan dengan cara hidup atau muzik sahaja, ia juga berkaitan dengan semua jenis kesenian. Budaya ini bukan sahaja menekankan konsep mereka di dalam muzik sahaja tetapi terdapat juga pada film, puisi dan karya satera lainnya. MASALAH SOSIALJika dilihat tentang konsep asal budaya underground ini, budaya ini membawa satu ideologi yang dilihat dapat membuka minda serta membuatkan masyarakat setempat berfikir. Namun begitu terdapat beberapa gejala yang menyebabkan golongan ini, terutamanya golonga remaja, terpinggir dan disisihkan oleh masyarakat akibat daripada masalah sosial yang dilakukan oleh golongan ini. Gejala ini hanya dilakukan oleh segelintir remaj yang mengamalkan budaya ini secara ikut-ikutan.Apa yang dapat dilihat berkaitan masalah sosial yang akan berlaku sekiranya budaya ini tidak dibendung adalah pertamanya berlaku masalah budaya melepak dalam kalangan remaja. Setiap sub-budaya yang wujud, semestinya akan mewujudkan tempat dimana golongan yang mengamalkan sub-budaya tersebut berkumpul atau melepak. Budaya melepak ini sememangnya merupakan satu risiko kepada berlakunya masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas, buang masa dan mengganggu ketenteraman serta keselesaan orang awam dan banyak lagi. Namun, tidak semua yang mengamalkan budaya ini mendatangkan masalah, hanya segelintir sahaja. Hal inilah menyebabkan pandangan masyarakat menjadi serong terhadap kesemua pengamal budaya ini. Oleh itu, dilihat budaya ini perlu dibendung daripada berlaku lebih serius.USAHA-USAHA MEMULIHKAN MASALAH SOSIAL REMAJA DARI SUDUT SUB-BUDAYA UNDERGROUNDBerdasarkan penelitian dan kajian yang telah dibuat dalam sub-budaya underground., jelasblah bahawa terdapat beberapa masalah yang sering dikaitkan dengan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam sub budaya underground ini. Antara masalah sosial yang kerapkali berlaku di kalangan remaja adalah masalah penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, seks bebas, merokok, bertatu, bertindik, pakaian menjolok mata, keganasan dan sebagainya. Namun, apa yang lebih ketara dapat kita lihat dalam sub budaya underground itu sendiri adalah masalah penyalah gunaan dadah dan masalah memberontak. Oleh sebab pendapat dan pandangan daripada golongan ini tidak diambil kisah oleh masyarakat, akhirnya golongan ini bertindak untuk memberontak dan menjauhkan diri daripada pemulihan-pemulihan sosial kerana mereka sedar bahawa tidak ada masyarakat yang mahu mendengar pendapat dan pandangan mereka dan dari erti kata lain berlaku penyisihan sosial subjektif. Tambahan pula, golongan ini dilihat cenderung untuk hilang kepercayaan terhadap institusi-institusi sosial yang utama dalam masyarakat. Kesannya, remaja yang tersisih dan tidak dibantu daripada kehidupan majoriti akan terlepas peluang sosial untuk memajukan diri dan seterusnya mampu membiakkan lagi pelbagai aktiviti antisosial dan jenayah dalam sesebuah masyarakat serta mampu mengancam perkembangan negara. Hal ini akan menyukarkan lagi usaha-usaha untuk memulihkan remaja-remaja yang bermasalah. Di eropah, komuniti tersisih dirujuk sebagaicertain groups on the margins of society who were cut off fromregular resources of employment and the income safety nets ofthe welfare state as well as powerful institution, such as tradeunions, that might have given them a voice.Oleh itu, terdapat tiga jenis intervensi sosial yang boleh dianggap sebagai usaha-usaha yang sewajarnya diambil bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja sub-budaya underground. Tiga intervensi sosial tersebut melibatkan remedi sosial, pemulihan sosial dan pembangunan komuniti. Remedi merangkumi usaha-usaha bagi memenuhi keperluan fizikal dan fisiologi. Sebagai contoh, dalam berurusan dengan penagih dadah, perkara yang paling utama adalah berusaha merawat masalah ketagihan atau pergantungannya kepada dadah sebelum membantunya memperbaiki diri atau melengkapkannya dengan kemahiran untuk pasaran pekerjaan. Cara utama yang mungkin boleh diambil adalah dengan memberi nasihat ataupun mendedahkan penagih itu dengan kesan-kesan bahaya apabila menggunakan dadah. Selain itu, cara yang boleh diambil adalah dengan memberi ubat peneutral ketagihan seperti methadone. Kini, ubat-ubat untuk meneutralkan ketagihan ada dijual di sesetengah klinik-klinik swasta. Namun begitu, biasanya untuk mendapatkan ubat-ubat tersebut, penagih akan diperiksa terlebih dahulu oleh doktor, seterusnya doktor akan memberi nasihat dan menerangkan cara untuk mengurangkan ketagihan yang dihadapi dan memberi ubat yang bersesuaian. Tambahan pula, maklumat diri penagih yang merawat diri di klinik-klinik ini akan dirahsiakan untuk mengelak daripada penagih rasa enggan memulihkan dirinya kerana bimbang masyarakat akan tahu dan memandang serong kepadanya kelak walaupun sudah pulih. Sekiranya gagal, cara yang boleh diambil adalah dengan memujuk golongan penagih ini untuk ke pusat-pusat serenti tetapi pada hakikatnya kebanyakan penagih tidak mahu untuk ke pusat serenti secara rela kerana mereka tahu nasib mereka walaupun mereka telah pulih, masyarakat tetap akan melabel mereka sebagai penagih dan meletakkan mereka sebagai pesalah sekiranya berlaku sesuatu jenayah. Di samping itu, pihak kerajaan juga dikatakan telah mekukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah penggunaan dadah ini. Akta dadah 1952 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 5 tahun ataupun penjara seumur hidup dengan 10 kali sebatan. Di samping itu, seseorang akan dianggap melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya beliau didapati menanam ataupun mengusahakan tanaman pokok ganja ataupun cannabis walaupun dengan hanya satu pokok sahaja. Individu tersebut juga boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau dikenakan sebatan enam sebanyak enam kali. Bagi pengedah dadah yang disabitkan kesalahan mengedar dadah pula akan diperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya disabitkan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagi setiap kesalahan yang dibuktikan dan berkaitan dengan dadah, mahkamah dikatakan tidak mempunyai kuasa budi bicara untuk mengurangkan hukuman terhadap pesalah.Oleh itu, peranan masyarakat dalam menerima, memberi peluang dan membantu golongan ini adalah sangat penting untuk memulihkan golongan penagih ini. Oleh itu, langkah yang diambil adalah menghantar penagih-penagih ini ke pusat serenti walaupun secara paksa kerana penggunaan dadah akan memberi kesan yang buruk kepada penagih itu sendiri dan orang di sekitarnya. Contoh lain yang boleh diambil adalah masalah pergaulan bebas dan pemakaian yang tidak sopan bagi wanita dalam budaya underground. Antara usaha remedi yang boleh diambil adalah peranan ibu bapa di mana ibu bapa seharusnya bijak dalam mendidik dan memberi nasihat kepada golongan remaja ini. Kawalan ibu bapa juga sangat penting seperti memantau dengan siapa anak mereka berkawan. Selain itu, remaja ini harus diberikan penghayatan agama dengan mendedahkan mereka dengan ilmu-ilmu agama supaya timbul rasa insaf dan ingin berubah dengan sendirinya. Seterusya, usaha-usaha membendung masalah sosial dikalangan remaja dari sudut sub-budaya underground adalah melalui alternatif pemulihan sosial. Sebagai contoh, usaha melalui aktiviti pemulihan sosial terhadap remaja-remaja yang ditahan di Sekolah Henry Gurney dan tempat pemulihan akhlak, program pemulihan ketagihan dan pemulihan sosial bagi penagih dadah di pusat serenti di seluruh negara. Berdasarkan beberapa kajian, terdapat tiga program utama pemulihan sosial berasaskan komuniti yang dilihat berjaya mengubah, mencegah dan mengawal perilaku remaja bermasalah ini iaitu melalui Program Kepolisan Masyarakat (community policing), Program Bantuan Bersama (Mutual Help Schemes Program) dan Program Jaya Diri (Self-Help Programs). Di samping itu, pemulihan sosial juga banyak diaplikasikan dalam program-program pencegahan jenayah seperti Neighbourhood, Anti-Crime Patrols dan Rukun tetangga. Program-program ini biasanya dijalankan melalui pemantauan dalam masyarakat yang dilihat mampu membendung masalah sosial daripada berlaku secara berleluasa dan berlaku secara terang-terangan. Sebagai contoh, masalah penagih dadah, dengan adanya rukun tetangga yang memantau di sesuatu kawasan petempatan, penagih ini tidak akan berani untuk menjadikan kawasan petempatan tersebut sebagai port untuk melepaskan ketagihan dadah. Seterusnya adalah intervensi melalui pembangunan komuniti bagi membendung masalah sosial dalam kalangan remaja dari sudut sub-budaya underground. Usaha-usaha pembangunan komuniti mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan program pemasukan sosial komuniti tersisih ke dalam usaha pemerkasaan modal insan seperti program pendidikan, program latihan kemahiran, program-program pembinaan pengetahuan kreativiti, personaliti, daya usaha dan program keyakinan diri. Program yang dibuat ini secara tidak lansung akan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja underground. Sebagai contoh, penagih-penagih dadah yang dimasukkan ke pusat serenti akan didedahkan dengan program keyakinan diri dan program latihan kemahiran. Justeru itu, setelah individu tersebut keluar dari pusat serenti kelak. Mereka akan mempunyai kemahiran dan mempunyai daya kebolehpasaran walaupun berlatar belakang bekas seorang penagih. Segala usaha-usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mendapat perhatian. Oleh itu, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan kerajaan harus memainkan peranan penting bagi membantu memulihkan golongan remaja yang bermasalah ini kerana golongan muda inilah bakal menjadi peneraju negara pada masa akan datang.Selain daripada usaha-usaha yang telah disebutkan, terdapat seperkara penting yang perlu dititikberatkan dalam usaha membendung gejala ini. Peranan golongan yang terlibat dalam budaya underground ini sendiri juga dapat membendung masalah dalam budaya ini. Sebagaimana yang telah dibincangkan, bukan semua yang terlibat dalam budaya ini merupakan pembawa masalah, namun ada antara mereka yang banyak membuka minda dan pandangan masyarakat umum tentang beberapa perkara. Golongan inilah yang perlu membantu dalam mngurangkan masalah dalam budaya ini. Jika dilihat golongan yang mempunyai masalah sosial ini sememangnya golongan yang tidak begitu rapat dengan keluarga dan sekolah. Jadi, siapa lagi yang dapat mendekati dan menasihati golongan ini selain daripada ahli budaya ini sendiri.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, budaya underground ini merupakan satu sub-budaya yang berkaitan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara melalui karya atau kesenian. Tidak dinafikan bahawa budaya ini banyaknya mendatangkan masalah sosial dalam kalangan remaja, namun masih ada diantara mereka yang dapat memberi kebaikan kepada remaja dan masyarakat. Oleh itu, usaha-usaha yang perlu diambil tetap perlu dilaksanankan agar dapat mengurangkan masalah sosial berlaku dan menjadikan negara kita sebuah negara yang aman.

RUJUKAN Husin Junoh, thesis : faktor keruntuhan akhlak remaja islam luar bandar di daerah kota tinggi, johor, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.Siti Hajar Abu Bakar, Noralina Omar, Abd Hadi Zakaria & Haris Abd Wahab, Journal Hadhari : INTERVENSI SOSIAL UNTUK KOMUNITI TERSISIH; KE ARAH PEMBANGUNAN UMMAH, UM&UNIZA : Malaysia.Mohd Fauzi Hamat, Mohd Khairul Naim Che Nordin, ARTIKEL TINJAUAN KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA.Akmal Muhamad Budiman, Seni Budaya Undergound, dipetik daripada https://www.academia.edu/3807115/SENI_DAN_BUDAYA_UNDERGROUND, pada 25/5/2015.Into The Tunnel, Definisi Underground, dipetik daripada, http://into-thetunnel.blogspot.com/2011/12/definisi-underground.html, pada 25/5/2015.

ekstrim media muzik metal Malaysia, malayaneum : sejarah underground Malaysia, dipetik daripada, http://ekstrim-info.blogspot.com/2014/04/sejarahundergroundmalaysia.html, pada 25/5/2015.Khir Khalid (2015), Scene Underground Di Malaysia, dipetik daripada http://www.khirkhalid.com/2015/04/scene-underground-di-malaysia.html, pada 25/5/2015.