asas pasaran modal

Upload: muhammad-hasri

Post on 05-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Asas Pasaran Modal

    1/4

    ASAS PASARAN MODAL

    Pasaran kewangan mempunyai beberapa komponen penting dan salah satunya ialah pasaran modal.Dan Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) pula merupakan satu komponen bagi keseluruhan

    pasaran modal di Malaysia.

    Secara umumnya, pasaran modal boleh ditakrifkan sebagai pasaran yang urus niaganya melibatkaninstrumen kewangan yang tempoh matangnya melebihi satu tahun. Instrumen yang ada di pasaranmodal ini kita boleh bahagikannya kepada dua iaitu :

    - Instrumen ekuiti (sijil saham)- Instrumen hutang (Bon)

    Instrumen ekuiti merupakan satu bentuk sijil saham samada ianya dari jenis saham terpilih atau sahambiasa. Saham boleh diertikan sebagai Sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat

    perkongsian/awam, yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat individu.Atau makna lainnya Satu transkrip atau sijil yang diberikan kepada pelabur sebagai pernyataan haknyayang sebenar dalam pemilikan modal syarikat.

    Manakala Instrumen hutang pula terdiri daripada bon-bon dan bon ini pula kita boleh bahagikannyakepada dua iaitu bon boleh tukar dan bon biasa. Bon ialah dokumen kewangan ataupun sijil yangdikeluarkan oleh syarikat atau mana-mana perbadanan yang mana ianya boleh diedar dan diterbitkandalam bentuk seperti pinjaman jangka panjang. Dan kebiasaannya ia boleh dimiliki melalui penawaranawam secara terbuka.

    PASARAN MODAL MENURUT SUDUT PANDANG ISLAM

    Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) merupakan salah satu cabang utama dalam sistemkewangan islam. Walaupun ia masih lagi baru diwujudkan tapi kini Pasaran Modal Islam wujud seiringdengan pasaran modal konvensional. Mekanisme dan instrumen yang ada di dalam Pasaran ModalIslam berbeza sekali dengan Pasaran Modal konvensional kerana Pasaran Modal Islam berpandukankepada perundangan Islam atau prinsip-prinsip Syariah yang lahir daripada sumber yang muktabar

    iaitu Al Quran dan Sunnah serta sumber fiqh yang telah dihasilkan oleh cendiakawan-cendiakawanulung silam.

    Oleh itu, bagi memastikan mekanisme, instrumen serta operasi Pasaran Modal Islam ini selarasdengan prinsip-prinsip Syariah, panel penasihat Syariah yang pakar serta berpengetahuan luas dalambidang kewangan Islam memainkan peranan yang amat penting. tujuannya juga bagi menjaga kualitiperbankan islam itu serta mewujudkan satu tahap keyakinan di kalangan peserta pasaran terutamayang beragama Islam.

    Maka dengan itu unsur-unsur haram seperti riba, maisir (judi) dan gharar mestilah ditegah kerana iabertentangan dengan islam. Dan ia juga merupakan kayu ukur atau sempadan dalam menilai dan

  • 8/2/2019 Asas Pasaran Modal

    2/4

    menentukan satu-satu produk atau instrumen itu samada ianya halal ataupun sebaliknya.

    Sebagai contoh dalam urus niaga saham, sekiranya terdapat unsur-unsur gharar atau adanyaspekulatif, maka instrumen ini tidak akan diterima masuk dalam Pasaran Modal Islam untuk diniagakan.Tetapi sekiranya saham tersebut tiada unsur-unsur yang ditegah tersebut maka ianya boleh untuk

    diniagakan di pasaran islam. Perkara pokok dalam urus niaga saham ini ialah konsep tanggunganterhad iaitu jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat itu, maka pemilik saham syarikat itu hanyamenanggung kerugian setakat nilai saham yang mereka miliki sahaja. Pemilik saham syarikat tersebuttidak akan bertanggungjawab membayar hutang-hutang lain yang dimiliki oleh syarikat. Dan inibertepatan dengan prinsip mudharabah yang dibenarkan dalam islam di mana pihak pengusaha tidakakan bertanggungjawab atas kerugian perniagaan atas usaha yang dijalankan sekiranya bukankelalaian pengusaha tersebut. Ia hanya akan ditanggung olah pemilik modal sahaja.

    OBJEKTIF PASARAN MODAL ISLAM

    Kesedaran yang tinggi di kalangan umat Islam tentang perlunya kepada sistem kewangan berteraskanSyariah inilah yang menjadikan Pasaran Modal Islam ini wujud sepertimana yang ada sekarang ini.Maka, dengan seruan masyarakat serta perhatian yang serius yang mereka berikan ini, pihak berkuasaseperti Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commisioner) telah mengatur beberapa langkah untukmemastikan Pasaran Modal Islam ini terus mengikut landasan syariah. Antaranya ialah denganmenubuhkan Majlis Penasihat Syariah pada Mei 1996.

    Ketika pasaran menjadi semakin kompleks dan canggih, ia memerlukan sokongan infrastruktur supayasistemnya boleh beroperasi dan berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Inisiatif awal Suruhanjaya

    sekuriti dalam menubuhkan sebuah Jabatan Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market Department)yang berdedikasi dalam Kumpulan Urusan Strategi dan Pembangunannya adalah untuk menyediakansokongan infrastruktur yang amat diperlukan. Mandat bagi Jabatan Pasaran Modal Islam adalah untukmenjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk membentuk dan memudahcarakan satupelan jangka panjang bagi memperkukuh Pasaran Modal Islam di Malaysia.

    Dengan kewujudan Pasaran Modal Islam ini serta ketelusan operasinya, ia akan membuka peluangkepada umat Islam khuasusnya untuk menjana modal sebanyak mungkin. Semakin besar modaldigemblengkan semakin kukuh kedudukan ekonomi sekaligus dapat membantu pembangunanekonomi umat Islam secara terancang dan bersepadu. Dan seterusnya umat Islam terhindar dari riba,gharar serta perkara lain yang ditegah dalam Islam.

    PANDUAN SYARIAH DALAM PASARAN MODAL ISLAM

    Untuk memastikan setiap instrumen dan peraturan yang diperkenalkan mematuhi kehendak Syariah,dua asas penting iaitu merangkumi asas umum dan asas khusus. Asas-asas umum terdiri daripada:

    - riba- judi- gharar

  • 8/2/2019 Asas Pasaran Modal

    3/4

    Manakala asas-asas khususnya terdiri daripada:

    - prinsip at-tanajusy (penipuan yang dilakukan bertujuan menaikkan harga tawaran)- tadlis al-aib (penipuan terhadap kualiti barangan), al-khilabah (tipu daya dalam urus niaga)

    - al-khiyanah (penipuan pada kadar modal).

    PRINSIP-PRINSIP SYARIAH

    Prinsip-prinsip Syariah yang lazim digunakan di Malaysia dalam penstrukturan sesuatu instrumen atauproduk Pasaran Modal Islam adalah seperti berikut:

    - Bai Bithaman Ajil (jual beli dengan pembayaran bertangguh)

    - Baial-Inah (pembelian semula aset dengan harga yang berbeza daripada harga jual)

    - Baias-Salam (jual beli dengan penyerahan barangan pada masa hadapan)

    - Baial-Wafa (jual beli bersyarat)

    - Al-Ijarah (sewaan)

    - Al-Ijarah Thumma al-Bai (sewa berakhir dengan pembelian)

    - Al-Istisna (tempahan)

    - Al-Mudharabah (perkongsian keuntungan)

    - Al-Murabahah (jual beli dengan dinyatakan kos dan keuntungan)

    - Al-Musyarakah (perkongsian untung rugi)

    - Qardhul Hasan (pinjaman ehsan)

    - Baiad-Dayn (jual beli hutang)

    - Baial-Muzayadah (jual beli secara tawaran terbuka)

    - Al-Kafalah (jaminan)

    - Haq at-Tamalluk (hak milikan)

    - Al-Hawalah (pemindahan tanggungan hutang)

    - Al-Ibra (pengguguran hak tuntutan)

    - Ittifaq Dhimni (setuju praakad)

  • 8/2/2019 Asas Pasaran Modal

    4/4