asas kepada perdagangan (keperluan dan kehendak manusia)

17
PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME Pendekatan konstruktivisme akan digunakan oleh guru bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan Tingkatan Empat ini bagi subtopik Keperluan dan kehendak manusia . Guru memilih untuk menggunakan pendekatan ini kerana dirasakan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran subtopik tersebut kerana akan membantu memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui pendekatan konstruktivisme, para pelajar akan membina sendiri pengetahuan atau idea yang baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar. Dalam proses ini, para pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Pelajar juga akan bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. Guru menggunakan pendekatan ini dalam menjalankan pengajaran kerana pendekatan ini adalah berkonsepkan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator dalam membantu pelajar untuk membina kefahaman mereka sendiri. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seseorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengingati apa yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada. Di samping itu, kemahiran sosial juga akan wujud dalam diri pelajar apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Ini juga menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapai pelbagai kemungkinan dan cabaran. Walau bagaimanapun, guru akan menghadapi cabaran sekiranya berhadapan dengan pelajar yang pasif. Oleh itu, sebagai seorang guru, perlulah bijak untuk mewujudkan 1

Upload: pyper-mini

Post on 13-Feb-2015

58 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

Pendekatan konstruktivisme akan digunakan oleh guru bagi pengajaran dan

pembelajaran subjek Perdagangan Tingkatan Empat ini bagi subtopik “Keperluan dan

kehendak manusia”. Guru memilih untuk menggunakan pendekatan ini kerana dirasakan

sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran subtopik tersebut kerana akan membantu

memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui

pendekatan konstruktivisme, para pelajar akan membina sendiri pengetahuan atau idea

yang baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar.

Dalam proses ini, para pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Pelajar juga akan

bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. Guru menggunakan

pendekatan ini dalam menjalankan pengajaran kerana pendekatan ini adalah

berkonsepkan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar dan guru hanya berperanan

sebagai fasilitator dalam membantu pelajar untuk membina kefahaman mereka sendiri.

Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat

secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seseorang pelajar yang memahami

apa yang dipelajari juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam

kehidupan dan situasi baru.

Pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengingati apa yang dipelajari

dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana mereka terlibat secara aktif dalam

mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada. Di samping itu,

kemahiran sosial juga akan wujud dalam diri pelajar apabila pelajar berinteraksi dengan

rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Ini juga menjadikan mereka

lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun

menghadapai pelbagai kemungkinan dan cabaran. Walau bagaimanapun, guru akan

menghadapi cabaran sekiranya berhadapan dengan pelajar yang pasif. Oleh itu, sebagai

seorang guru, perlulah bijak untuk mewujudkan aktiviti yang menarik seperti

mengemukakan soalan kepada pelajar yang pasif agar mereka boleh berfikir dan menjadi

aktif.

1

Page 2: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

RANCANGAN MENGAJAR PERDAGANGAN

TAJUK : Asas kepada Perdagangan

SUBTOPIK : Keperluan dan kehendak manusia

TINGKATAN : 4 Adil

MASA : 9.00 hingga 9.40 pagi

TARIKH : 14 Ogos 2006 (Isnin)

BIL. PELAJAR : 18 Orang

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar telah mengetahui tentang konsep keperluan

dan kehendak dalam kehidupan seharian mereka.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar

dapat :

1) Menyatakan maksud keperluan dan kehendak.

2) Menyenaraikan tiga daripada empat perbezaan

antara keperluan dan kehendak.

3) Melabelkan gambarajah Model Hierarki

Keperluan Maslow.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Papan putih, kertas soalan dan kad manila.

NILAI-NILAI MURNI : Menghormati, teliti, bekerjasama, berdisiplin,

patuh arahan, bertanggungjawab dan sistematik.

KBKK : Mengetahui, memahami, menjana idea,

menghubungkait dan membuat refleksi.

2

Page 3: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah/

Masa Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi/BBM/Kaedah/

Nilai/ KBKKAktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Pengurusan

bilik darjah

(1 minit)

- Guru mengucapkan salam dan

selamat sejahtera kepada pelajar

dan bertanyakan khabar kepada

pelajar.

- Pelajar menjawab salam dan

memberi maklum balas yang

positif kepada guru.

Nilai :

Menghormati guru dan

mematuhi arahan.

Set induksi

(4 minit)

Permulaan tajuk:

“Keperluan dan

kehendak manusia”.

1) Guru bertanya kepada para

pelajar, adakah mereka sudah

makan sebelum datang ke

sekolah?

2) Guru bertanya, adakah makanan

itu penting kepada manusia dan

mengapa?

3) Guru bertanya kepada pelajar,

- Pelajar mendengar dan

menjawab setiap pertanyaan guru.

1) Jangkaan jawapan pelajar:

Sudah

Belum

2) Jangkaan jawapan pelajar:

Penting, untuk hidup.

Penting, untuk dapatkan

tenaga.

3) Jangkaan jawapan pelajar:

Strategi:

Berpusatkan pelajar dan

guru.

Kaedah:

Soaljawab.

Nilai: Patuh arahan,

hormat-menghormati.

KBKK:

Menghubungkaitkan

soaljawab dengan sub

topik yang akan diajar

oleh guru dengan

3

Page 4: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

jika makanan itu penting ia

dianggap sebagai apa dalam

kehidupan seharian manusia?

4) Guru bertanya kepada pelajar,

jika kamu ada duit yang banyak

apakah benda yang ingin kamu

beli untuk dimiliki?

5) Guru bertanya kepada pelajar

adakah manusia boleh hidup tanpa

semua itu?

6) Guru bertanya apakah yang

mendorong pelajar untuk

mendapatkan semua itu.

7) Guru bertanya pelajar, apakah

tajuk yang akan dipelajari pada

hari tersebut?

keperluan.

4) Jangkaan jawapan pelajar:

Kereta mewah.

Rumah banglo.

5) Jangkaan jawapan pelajar:

Boleh, kalau tiada semua

itu manusia masih boleh

hidup.

6) Jangkaan jawapan pelajar:

Kehendak

7) Pelajar cuba memberi jawapan

tajuk yang akan dipelajarinya.

menjana idea.

4

Page 5: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

(8) Guru memberi pujian kerana

pelajar dapat menjangkakan tajuk

yang akan dipelajari dengan betul.

Jangkaan jawapan :

Keperluan dan kehendak.

(8) Pelajar memberi perhatian.

Langkah 1

(5 minit)

Maksud keperluan

dan kehendak:

keperluan

adalah barang-

barang dan

perkhidmatan yang

membolehkan

manusia untuk

terus hidup pada

tahap keselesaan

yang minimum.

kehendak

merujuk kepada

keinginan atau

1) Guru bertanya kepada pelajar,

‘apakah yang difahami tentang

keperluan berdasarkan contoh

yang disebut sebentar tadi?

2) Setelah mendengar jawapan

daripada pelajar, guru merumus

maksud keperluan dengan lebih

tepat beserta dengan contoh.

3) Guru seterusnya bertanya

kepada pelajar, ‘apakah yang

pelajar faham tentang kehendak

berdasarkan contoh yang telah

1) Pelajar memberikan maklum

balas kepada pertanyaan guru:

Keperluan perlu untuk

manusia terus hidup.

2) Pelajar memberikan perhatian

dan mendengar penerangan guru.

3) Pelajar memberikan

maklumbalas terhadap pertanyaan

guru:

Kehendak perlu untuk

manusia hidup dengan

Strategi:

Berpusatkan pelajar.

Kaedah:

Soaljawab dan

penerangan.

BBM: Papan putih.

Nilai: Mengambil

perhatian dan

menghormati.

5

Page 6: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

kemahuan

seseorang

terhadap pelbagai

jenis barang dan

perkhidmatan

untuk kehidupan

yang lebih selesa.

diberikan?

4) Guru memberikan penerangan

lanjut berkaitan dengan maksud

kehendak dengan lebih tepat

kepada pelajar.

lebih selesa dan pelengkap

kepada keperluan.

4) Pelajar memberikan perhatian

dan mendengar penerangan guru.

Langkah 2

(8 minit)

Perbezaan antara

keperluan dan

kehendak:

i) keperluan untuk

terus hidup manakala

kehendak pelengkap

kepada keperluan.

ii) keperluan manusia

berperingkat-

peringkat manakala

kehendak mengikut

pilihan individu dan

1) Guru bertanya kepada pelajar,

‘antara makanan dan kereta

mewah yang manakah merujuk

keperluan dan kehendak manusia?

2)Guru menjelaskan tentang

kepentingan keperluan dan

kehendak kepada pelajar

berdasarkan kepada contoh yang

sama.

3) Guru bertanya kepada pelajar,

‘adakah makanan sebagai

1) Jangkaan jawapan pelajar:

Makanan untuk keperluan

dan kereta mewah

kehendak.

2) Pelajar memberikan perhatian

dan mendengar penjelasan guru

dengan teliti.

3) Jangkaan jawapan pelajar:

Tidak, kerana ada lagi

Strategi:

Berpusatkan pelajar dan

guru.

Kaedah:

Soal-jawab dan

penerangan.

BBM: Papan putih.

Nilai: Mengambil

perhatian dan

menghormati.

KBKK:

Menjana idea,

6

Page 7: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

bergantung pada

banyak faktor.

iii) keperluan sama

untuk semua manusia

dan mudah dipuaskan

manakala kehendak

sukar dipuaskan dan

berubah-ubah.

iv) keperluan terhad

dan tiada banyak

pilihan manakala

kehendak tidak

terhad dan banyak

pilihan.

keperluan asas manusia sahaja

sudah mencukupi untuk manusia

hidup dan bagaimana pula dengan

kehendak?

4) Guru menyatakan bahawa,

‘hidup manusia tidak sempurna

dan seronok jika tiada keperluan

lain, dan keperluan manusia

berperingkat-peringkat tetapi

kehendak pula mengikut pilihan

individu serta bergantung pada

banyak faktor seperti budaya,

pengalaman dan persekitaran

individu.

5) Guru bertanya kepada seorang

pelajar, ‘adakah kamu

memerlukan makanan, pakaian

dan tempat perlindungan?

keperluan lain dalam hidup

manusia tetapi kehendak

berbeza-beza bagi setiap

individu.

4) Pelajar mendengar penjelasan

guru dan memberikan perhatian.

5) Pelajar menjawab, “perlu

cikgu”, kalau tidak saya tidak

boleh terus hidup.

menghubungkaitkan

pengalaman sedia ada

dengan pengalaman

baru.

7

Page 8: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

6) Guru bertanya kepada pelajar

lain dengan soalan yang sama.

7) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan perbezaan antara

keperluan dan kehendak yang

ketiga.

8) Guru bertanya kepada pelajar,

‘adakah keperluan makanan,

pakaian dan tempat tinggal

mencukupi untuk manusia yang

semakin bertambah dan bagaimana

pula dengan kehendak manusia?

9) Guru cuba menjelaskan

jawapan pelajar dengan perbezaan

yang keempat.

6) Pelajar menjawab dengan

jawapan yang sama kepada guru.

7) Pelajar mendengar jawapan

guru dengan memberikan sepenuh

perhatian.

8) Jangkaan jawapan pelajar:

Keperluan manusia terhad

tetapi kehendak manusia

tidak terhad.

9) Pelajar mendengar jawapan

guru dan memberikan perhatian.

Hierarki keperluan 1) Guru melukis Model 1) Pelajar memberikan perhatian

8

Page 9: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

Langkah 3

(10 minit)

Maslow Hierarki Keperluam Maslow di

papan putih kepada pelajar.

2) Guru menyatakan bahawa

model ini telah dibina oleh ahli

psikologi iaitu Abraham Maslow

yang dipecahkan kepada tiga

tahap. Tahap ini disusun mengikut

keutamaan yang rendah hingga

paling tinggi.

3) Guru menyatakan kepada

pelajar tiga tahap tersebut adalah

keperluan fisiologi, keperluan

sosial dan keperluan rohani.

4) Guru bertanya kepada pelajar

apakah keperluan asas yang

pelajar tahu untuk dimiliki bagi

membolehkan manusia terus

hidup.

kepada guru.

2) Pelajar mendengar penjelasan

guru dengan teliti.

3) Pelajar mendengar jawapan dan

memberikan perhatian kepada

guru.

4) Jangkaan jawapan pelajar:

Makanan, pakaian dan

tempat tinggal.

Strategi:

Berpusatkan guru,

pelajar dan bahan.

Kaedah:

Perbincangan dan

penerangan.

BBM:

Papan putih.

Nilai: Memberikan

perhatian dan

menghormati.

KBKK:

Pelajar menggunakan

pengetahuan sedia ada

dengan pengetahuan

baru dengan menjana

idea..

9

Page 10: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

5) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan keperluan asas

yang dinyatakan dalam hierarki

keperluan maslow.

6) Guru bertanya kepada pelajar

apakah peranan polis dan askar

kepada rakyat negara kita?

7) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan keperluan

keselamatan yang dinyatakan

dalam hierarki keperluan maslow.

8) Guru bertanya kepada pelajar,

‘dalam dunia ini siapakah insan

yang paling kamu sayangi?

9) Guru bertanya lagi bahawa

mengapa kamu menyayangi

5) Pelajar mendengar penjelasan

guru.

6) Jangkaan jawapan pelajar:

Peranannya untuk menjaga

keselamatan rakyat.

7) Pelajar mendengar penjelasan

guru.

8) Jangkaan jawapan pelajar:

Ibubapa, guru, rakan-rakan.

10

Page 11: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

mereka?

10) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan keperluan kasih

sayang yang dinyatakan dalam

hierarki keperluan maslow.

11) Guru bertanya, ‘pernahkah

kamu menerima sebarang hadiah

dari kawan atau keluarga dan

adakah kamu rasa dihargai?

12) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan keperluan

penghargaan yang dinyatakan

dalam hierarki keperluan maslow.

13) Guru bertanya kepada pelajar

adakah mereka ingin menjadi

pelajar cemerlang dalam SPM?

9) Jangkaan jawapan pelajar:

Berkongsi masalah, teman

berbual dan tempat

bermanja.

10) Pelajar mendengar penjelasan

guru.

11) Jangkaan jawapan pelajar:

Pernah dan rasa dihargai

kerana pemberian tersebut.

12) Pelajar mendengar penjelasan

guru.

11

Page 12: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

14) Guru bertanya, ‘apakah

yang akan kamu akan lakukan

untuk merealisasikan matlamat

tersebut?

15) Guru mengaitkan jawapan

pelajar dengan keperluan

sempurna kendiri yang dinyatakan

dalam hierarki keperluan maslow.

13) Jangkaan jawapan pelajar:

Ya.

14) Jangkaan jawapan pelajar:

Belajar bersungguh-

sungguh.

15) Pelajar mendengar penjelasan

guru.

Langkah 4

(10 minit)

Aktiviti kumpulan 1) Guru membentuk pelajar

kepada empat kumpulan.

2) Guru mengedarkan kertas

soalan kepada setiap ahli

kumpulan. (Lampiran:Aktiviti

kumpulan)

1) Pelajar mematuhi arahan

guru.

2) Pelajar memberikan

perhatian.

3) Pelajar berbincang bersama-

Strategi:

Berpusatkan pelajar dan

bahan.

Kaedah:

Koperatif dan

perbincangan kumpulan.

BBM: Lampiran kertas

soalan, papan putih dan

12

Page 13: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

3) Guru meminta pelajar

berbincang bersama ahli kumpulan

dalam masa 3 minit. ( Semasa

pelajar berbincang guru membina

jadual dan menampalkan kad

manila di papan putih . )

4) Guru meminta wakil kumpulan

untuk memberikan jawapan yang

telah dibincangkan.

5) Seterusnya guru

membincangkan jawapan

bersama-sama dengan pelajar.

sama ahli kumpulan masing-

masing.

4) Pelajar mematuhi arahan guru.

5) Pelajar berbincang bersama-

sama dengan guru.

kad manila.

Nilai: Patuh arahan,

sistematik, bekerjasama,

disiplin dan teliti.

KBKK:

Kefahaman dan analisis.

Penutup

( 2 minit )

Rumusan 1) Guru merumuskan maksud dan

perbezaan antara keperluan dan

kehendak. Seterusnya guru

menyatakan peringkat-peringkat

dalam hierarki keperluan maslow

1) Pelajar mendengar penjelasan

guru dengan teliti dan memberikan

perhatian.

Strategi:

Berpusatkan guru, pelajar

dan bahan.

BBM: Papan putih.

13

Page 14: Asas Kepada Perdagangan (Keperluan Dan Kehendak Manusia)

PPE 3023 Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan

beserta contoh.

2) Guru meminta pelajar

mengulangkaji pelajaran untuk

topik ini dan mengedarkan peta

konsep kepada pelajar. (Lampiran-

peta konsep)

3) Guru meminta ketua pelajar

mengambil nota dan latihan di

bilik guru, kemudian

mengucapkan terima kasih bagi

mengakhiri sesi P&P pada hari ini.

( Lampiran:Lembaran kerja dan

nota rujukan )

2) Pelajar mendengar arahan guru.

Nilai:

Patuh arahan,

menghormati dan

bertanggungjawab.

KBKK:

Membuat rumusan dan

menjana idea.

14