asal padi

19
ASAL PADI DISEDIAKAN & DISUNTING OLEH: PUAN SUSILAWATI RAYA SUGIANTO

Upload: susilawati-raya-sugianto

Post on 15-Dec-2015

99 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

NOTA ANALISIS

TRANSCRIPT

Page 1: ASAL PADI

ASAL PADI

DISEDIAKAN & DISUNTING OLEH:

PUAN SUSILAWATI RAYA SUGIANTO

Page 2: ASAL PADI

SINOPSIS

• Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

Page 3: ASAL PADI

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

Page 4: ASAL PADI

PERSOALAN

• ·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.

• o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

• ·Kebijaksanaan mencari akal.

• o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

Page 5: ASAL PADI

PERSOALAN

• Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

• o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

• ·Bersungguh-sungguh menjaga hak.

• o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

Page 6: ASAL PADI

WATAK DAN PERWATAKAN• Watak utama

• Si Bongsu

• Seorang lelaki.• Seorang anak yatim piatu.• Anak bongsu daripada dua beradik.• Seorang yang berani.• · Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam

mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

• Seorang yang bijak mencari akal.• · Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan

beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

Page 7: ASAL PADI

• Seorang yang gigih• Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan

peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

• Seorang yang rajin.• Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi

penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

• Seorang yang berpandangan jauh.• · Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di

kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Page 8: ASAL PADI

• Watak SampinganSi Sulung• Abang kepada Si Bongsu• Anak yatim piatu.• Seorang yang setia.• o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya

yang kini berada di kayangan.

• Anak yang cacat.• o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat

satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.

• · Seorang yang gigih.

• o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Page 9: ASAL PADI

• Empunya padi ( orang kayangan )

• Seorang yang sangat berhati-hati• o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia

akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

• Seorang yang bertimbangrasa.• o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang

menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Page 10: ASAL PADI

• Seorang yang baik hati• o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu

makan padi yang ditanamnya.

• · Seorang yang cerdik

• o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Page 11: ASAL PADI

• Burung Pipit

• · Seekor burung yang tidak jujur

• o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

• · Seekor burung yang licik

• o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

Page 12: ASAL PADI

LATAR

Latar Masa

• Waktu siang.• o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada

tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Page 13: ASAL PADI

• Latar Tempat

• Di kampung• o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung

dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

• Di Kayangan• o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak

yang dipanggil padi di kayangan.

• Di kolam• o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di

kolam ikan Si Bongsu.

Page 14: ASAL PADI

• Latar Masyarakat

• Masyarakat kampung• o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung

dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

• Masyarakat kayangan.• o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal

di kayangan.

• Masyarakat yang patuh kepada arahan.• o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada

arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

Page 15: ASAL PADI

GAYA BAHASA

• GAYA BAHASA

• Peribahasa• o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

• Kata ganda• o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

• sinkope• o Contoh: tak, ku

Page 16: ASAL PADI

• imej alam• o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

• Hiperbola.• o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

• · Simile.

• o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

Page 17: ASAL PADI

NILAI

• NILAI

• Nilai keberanian.• o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

• Nilai kesetiaan• o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

• Nilai kepatuhan.• o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi

di bumi.

• Nilai kebijaksanaan.• o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah

tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

Page 18: ASAL PADI

PENGAJARAN

• Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.• o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat

kewujudan padi di bumi.

• Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.• o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi

di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

• Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.• o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

• · Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

• o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Page 19: ASAL PADI

• SEKIAN