asal padi

Upload: susilawati-raya-sugianto

Post on 08-Mar-2016

340 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota ppt utk dipaparkan kpd pelajar. semoga utk semua.

TRANSCRIPT

  • ASAL PADIDISEDIAKAN & DISUNTING OLEH:PUAN SUSILAWATI RAYA SUGIANTO

  • SINOPSISMengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.

  • TEMA Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

  • PERSOALAN

    Keberanian melakukan sesuatu tindakan.

    o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

    Kebijaksanaan mencari akal.

    o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

  • PERSOALANMengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

    o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

    Bersungguh-sungguh menjaga hak.

    o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

  • WATAK DAN PERWATAKANWatak utama

    Si Bongsu

    Seorang lelaki.Seorang anak yatim piatu.Anak bongsu daripada dua beradik.Seorang yang berani. Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

    Seorang yang bijak mencari akal. Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.

  • Seorang yang gigihContohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

    Seorang yang rajin.Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

    Seorang yang berpandangan jauh.Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

  • Watak SampinganSi SulungAbang kepada Si BongsuAnak yatim piatu.Seorang yang setia.Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

  • SAMBUNGANAnak yang cacat.o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.

    Seorang yang gigih.

    o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

  • Empunya padi ( orang kayangan )

    Seorang yang sangat berhati-hatiContohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

    Seorang yang bertimbangrasa.Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

  • Seorang yang baik hatiContoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

    Seorang yang cerdikContohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

  • Burung PipitSeekor burung yang tidak jujurContoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

    Seekor burung yang licikContohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

  • LATARLatar Masa

    Waktu siang.

    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

  • Latar Tempat

    Di kampung

    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

    Di Kayangan

    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di kayangan.

    Di kolam

    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

  • Latar Masyarakat

    Masyarakat kampungo Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

    Masyarakat kayangan.o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

    Masyarakat yang patuh kepada arahan.o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

  • GAYA BAHASAPeribahasaContoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

    Kata gandaContoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

    sinkopeo Contoh: tak, ku

  • imej alamo Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

    Hiperbola.o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

    Simile.

    o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

  • NILAINILAI

    Nilai keberanian.o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

    Nilai kesetiaano Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

    Nilai kepatuhan.o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

    Nilai kebijaksanaan.o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

  • PENGAJARANKita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

    Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

    Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

    Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

    o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

  • SEKIAN