artikel politik thailand

Upload: john-ain

Post on 04-Jun-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    1/7

    Pilihan raya Thailand: Politik perdamaian dan perangkappopulisme

    Oleh HARIS ZALKAPLI

    Dengan 92 peratus undi dikira, parti Puea Thai pimpinan Yingluck Shinawatra kini memenangi 260

    daripada 500 kerusi parlimen memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

    Yingluck, ahli perniagaan yang muncul dengan agak tiba-tiba untuk memimpin Puea Thai kini muncul

    sebagai bakal perdana menteri Thailand yang baharu.

    Dalam pilihan raya ini, Puea Thai yang dari semua sudut kelihatan dikawal oleh Thaksin Shinawatra

    memenuhi jangkaan dengan memperolehi kemenangan yang dijangka oleh pemerhati.

    Sejarah terkini pilihan raya tidak menyebelahi Demokrat, parti tertua Thailand yang memperolehi

    kuasa pada 2008 ekoran keputusan mahkamah perlembagaan mengharamkan pesaingnya,

    perkembangan yang dinilai memperlihatkan campur tangan meningkat untuk mengekalkan status quo

    kuasa di negara itu.

    Parti berada di pihak bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dilihat berdepan tekanan yang kuat

    daripada suruhanjaya pilihan raya yang semakin aktif sehingga menimbulkan persoalan bersabit

    kedudukannya yang sepatutnya neutral.

    Kedudukan bertentangan dengan Demokrat juga bermakna penentangan daripada pihak tentera yang

    mempunyai kedudukan kuat dalam politik Thailand dan istana yang mempunyai hubungan baik

    dengan elit Demokrat.

    Puea Thai perlu memenangi pilihan raya kali ini dengan jumlah kerusi yang cukup untuk menyukarkan

    entiti-entiti berkuasa dalam negara itu termasuk monarki, tentera dan pihak pemegang kuasa laindaripada menghalangnya menjadi pemerintah, atau melakukan pelbagai tindakan mengekang dan

    mengganggu.

    Puea Thai, dengan slogan "Thaksin fikir, kami laksanakan" jelas tidak menjarakkan diri daripada

    Thaksin yang disebut-sebut bakal mendapat pengampunan dan kembali ke Thailand sekiranya parti

    pimpinan adiknya berkuasa.

    Hal ini mengundang respons kuat daripada Demokrat, parti Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, yang

    menyebut pilihan raya ini sebagai peluang "menyingkirkan racun Thaksin dari Thailand."

    Abhisit mendakwa kumpulan baju merah yang kini diwakili oleh Puea Thai mempunyai agenda untukmembawa pulang Thaksin.

    http://2.bp.blogspot.com/-3gfvlT3WKIw/ThCJZGRD13I/AAAAAAAAD2Q/yxPQcrW8wjA/s1600/praya+thailand.jpg
  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    2/7

    Pihak tentera telah menunjukkan campur tangan dengan membuat gesaan supaya rakyat memilih

    calon-calon parti Demokrat. Wujud kebimbangan tentera akan campur tangan pada satu masa untuk

    menggugat atau menjatuhkan kerajaan pimpinan Puea Thai.

    Pengaruh tentera dalam politik Thailand sentiasa menjadi faktor yang penting dan memberi kesanbesar, seperti di wilayah majoriti Muslim di selatan dan pertikaian sempadan dengan negara jiran

    Kemboja.

    Dalam kedua-dua kes, tentera berperanan dengan agak bebas dan dilihat berhasrat meneruskan

    agenda mereka tanpa dipengaruhi kuasa politik yang menjadi pemerintah.

    Tetapi kedua-dua Puea Thai dan tentera didakwa cuba mencapai persetujuan agar parti itu

    dibenarkan memerintah dengan balasan pemimpin tentera yang terlibat dalam keganasan terhadap

    kumpulan baju merah pada Mac dan Mei tahun lalu mengorbankan lebih 90 orang.

    Satu kritikan utama terhadap Puea Thai ialah individu-individu baju merah dikaitkan dengan terorismeyang mempunyai kedudukan berpengaruh dan menjadi calon untuk parti itu.

    Protes kumpulan baju kuning dan baju merah yang melumpuhkan Bangkok lebih setahun lalu

    berpunca daripada Thaksin, tokoh divisif dalam politik Thailand yang terus menjadi isu utama yang

    membawa negara yang sebelum ini stabil memasuki satu fasa yang sukar, yang belum tentu

    diselesaikan selepas pilihan raya ini.

    Kedua-dua kumpulan telah mengukuhkan perbezaan politik dalam masyarakat Thailand dan

    menyukarkan usaha perdamaian, serta menjadikan politik lebih keras dengan pembahagian kumpulan

    yang jelas dan sukar dikompromi.

    Protes baju kuning yang anti-Thaksin dan baju merah pro-Thaksin telah melumpuhkan Bangkok dan

    menjejaskan aktiviti ekonomi. Kumpulan baju merah yang pro-Thaksin pula dikaitkan dengan elemen

    jenayah.

    Selepas pilihan raya ini, pemerhati menjangka protes baju kuning dan merah berpotensi tercetus lagi,

    terutama sekiranya isu-isu sensitif seperti kepulangan Thaksin dan keganasan pada tahun lalu terus

    memanaskan suasana.

    Satu isu kritikal dalam pilihan raya ini ialah dasar-dasar populis yang kini mendominasi politik Thailand

    selepas dibawa secara besar-besaran oleh Thaksin.

    Thaksin dan parti dikuasainya menerima sokongan ramai, dan menjadi sandaran kepada golongan

    miskin dan juga kelas pertengahan Thailand sebahagiannya disebabkan tindakan-tindakan

    populisnya, termasuk bantuan perubahan, bantuan wang tunai dan yang terbaharu, komputer tablet

    untuk sejuta murid sekolah.

    Amalan ini, walaupun bukan sepenuhnya negatif, dan ramai pihak mendapat manfaat, berpotensi

    mewujudkan persaingan tidak sihat ke arah populisme, tanpa didasari penilaian mendalam dan

    kemampuan sebenar.

    Kejayaan Thaksin memenangi undi ekoran dasar populisnya menjadikan pendekatan ini pilihan utama

    parti-parti bertanding, sebagai senjata untuk memenangi pilihan raya.

  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    3/7

    Kedua-dua Demokrat dan Puea Thai kini membawa janji-janji melibatkan perbelanjaan besar,

    termasuk keretapi laju dan komputer tablet percuma.

    Isu pemberian wang tunai kepada orang miskin ialah satu contoh jelas amalan populis yang sukar

    dibezakan dengan pembelian undi dan merupakan satu eksploitasi yang tidak bertanggungjawab.

    Projek pemberian komputer tablet juga menimbulkan persoalan berhubung kos, matlamat dan

    terhadap keutamaan parti Puea Thai yang sangat rapat dengan komuniti perniagaan.

    Kesimpulannya, kedua-dua isu pertembungan baju kuning dengan baju merah dan perlumbaan

    membawa dasar populis boleh dijadikan pengajaran penting dalam melalui proses politik demokratik.

    Parti-parti politik dan kumpulan yang berbeza mempunyai pilihan untuk menumpukan pada

    perdamaian atau menajamkan lagi perbezaan sehingga politik kumpulan menguasai dan

    menyukarkan sebarang elemen yang lebih rasional.

    Ini memerlukan kompromi dan pertimbangan yang sihat daripada semua pihak terbabit, agarperbezaan tidak menjadi lebih sukar ditangani dan menguasai segenap ruang, dan tidak

    menguntungkan rakyat secara keseluruhan.

    Hal yang sama juga dapat dinilai daripada dasar populis, yang sebahagian besarnya hanya

    penyelesaian jangka pendek dan tidak menumpukan pada penyelesaian sebenar yang lebih bersifat

    jangka panjang.

    Hal ini dapat diperhatikan juga di Malaysia, apabila pemerintah menyediakan kedai barangan

    keperluan murah, dan pembangkang menjanjikan untuk menurunkan harga bahan bakar. Kedua-dua

    ini memberi manfaat kepada rakyat, tetapi pada masa sama tidak sepatutnya digunakan semata-mata

    untuk meraih undi.

    Program lebih komprehensif melibatkan usaha menangani inflasi, ketidakseimbangan pendapatan

    dan pelbagai isu berkaitan perlu ditangani dengen lebih agresif.

    Perlumbaan memenuhi keperluan rakyat perlu wujud supaya rakyat mendapat manfaat daripada

    proses politik demokrasi, tetapi bukan dasar populis yang hanya bertujuan memenangi undi.

  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    4/7

    Seminar

    Konflik Politik dan Prospek Demokrasi di Thailand

    Tanggal 22 Juni 2010

    Pembicara Erick Hiariej dan Tri Susdinarjanti

    Pelaksana PSSAT UGM

    Sejak Desember 2008 kala Abhisit Vejjajiva diangkat sebagai

    Perdana Menteri Thailand, situasi politik Thailand mulai memanas. Sebagian masyarakat

    yang tergabung dalamNational United Front of Democracy Against Dictatorship (UDD)ataubiasa disebut dengan Kaos Merah karena mereka mengenakan kaos berwarna merah pada

    saat berdemostrasi turun ke jalan menuntut agar Perdana Menteri Abhisit mundur.Sebelumnya kelompokPeople's Alliance for Democracy (PAD)atau disebut dengan kelompokKaus Kuning (simbol warna kerajaan raja Bhumibol Adulyadej) berdemostrasi menentang

    Thaksin Shinawatra beserta antek-anteknya.

    Menelaah dinamika konflik politik di Thailand tersebut, Diskusi Bulanan PSSAT kali ini

    berupaya untuk mengeksplorasi dinamika politik Thailand. Sebagai Negara yang memiliki

    sistem pemerintahan Monarki Konstitusional, bagaimanakah prospek demokrasi di negeri

    tersebut? Untuk itu diskusi ini diharapkan dapat menjawab beberapa pertanyaan berikut:

    Apa konteks yang melatari konflik politik yang terjadi di Thailand saat ini? (apa faktorinternal dan eksternal yang memicu?)

    Bagaimana prospek demokrasi di Thailand merujuk pada konflik politik yang telah terjadi

    beberapa tahun ini?

    Apakah ini adalah fase demokrasi yang umum terjadi di Negara Monarki Konstitusional?

    (Apakah system pemerintahan memiliki pengaruh yang signifikan dalam proses demokrasi

    warganegara?)

    Bagaimana perspektif HAM mengenai konflik ini?

    http://www.pssat.ugm.ac.id/index.php/id/program/seminar/96-konflik-politik-dan-prospek-demokrasi-di-thailandhttp://www.pssat.ugm.ac.id/index.php/id/program/seminar/96-konflik-politik-dan-prospek-demokrasi-di-thailandhttp://en.wikipedia.org/wiki/National_United_Front_of_Democracy_Against_Dictatorshiphttp://en.wikipedia.org/wiki/National_United_Front_of_Democracy_Against_Dictatorshiphttp://en.wikipedia.org/wiki/People%27s_Alliance_for_Democracyhttp://en.wikipedia.org/wiki/People%27s_Alliance_for_Democracyhttp://en.wikipedia.org/wiki/People%27s_Alliance_for_Democracyhttp://www.pssat.ugm.ac.id/cache/multithumb_thumbs/b_0_0_0_00_images_stories_seminarDiskusi_konflik_politik_Thailand.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/People%27s_Alliance_for_Democracyhttp://en.wikipedia.org/wiki/National_United_Front_of_Democracy_Against_Dictatorshiphttp://www.pssat.ugm.ac.id/index.php/id/program/seminar/96-konflik-politik-dan-prospek-demokrasi-di-thailand
  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    5/7

    Apa yang harus dilakukan oleh pemerintah Thailand ke depannya supaya proses demokrasi

    sejalan dengan pemenuhan hak warga Negara?

    Dampak Politik Pemilu ThailandDampak dari pemilu parlemen di Thailand dinilai dapat memicu krisis politik

    dan pemerintahan.

    Pemilu diboikot, tempat pemungutan suara sepi

    Perkembangan politik di Thailand setelah pemilu parlemen, juga menjadi sorotan tajam

    harian internasional. Selama beberapa pekan kelompok oposisi Thailand melancarkanaksi demonstrasi menentang PM Thaksin Sinawatra, dan memboikot pemilu parlemen di

    negara gajah putih tersebut.

    Thailand saat ini memerlukan kejujuran politik, demikian komentar harian Swiss Neue

    Zrcher Zeitungyang terbit di Zrich.

    "Thaksin dinilai tidak dapat menjadi faktor pemersatu politik. Menimbang tamparan

    keras dari para pemilih, yang mayoritasnya memberikan suara abstain, pengunduran

    diri Thaksin dari kancah politik Thailand merupakan langkah pertama pada arah

    yang tepat. Setelah itu, giliran para tokoh politik yang menggebu-gebu memeranginyauntuk memegang jabatan. Mereka adalah para elite di perkotaan, yang jika

    http://www.dw.de/dampak-politik-pemilu-thailand/a-2957320
  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    6/7

    dibandingkan dengan mayoritas pemilih di pedesaan, sudah mengalami pencerahan

    dan dalam kesadaran politik tergolong modern. Mereka inilah yang nantinya memiliki

    kewajiban, tidak hanya menyuarakan kesadaran demokrasi, akan tetapi juga

    mewujudkannya."

    Sementara itu harian Swiss lainnya Tages Anzeigeryang juga terbit di Zrich menulis

    komentar berjudul "Di Thailand terlihat kematangan demokrasi."

    "Thaksin Sinawatra memang kepala batu. Ia sama sekali tidak mau mengakui

    melakukan kesalahan atau kebohongan. Jarang sekali ia mau mengakui melakukan

    ketidak-adilan. Walaupun begitu, masih banyak warga Thailand yang tidak dapat

    dibodohi. Mereka tidak menghendaki kemunduran dalam kekuasaan satu partai.

    Dengan kencang mereka menuntut pengunduran diri penguasa otokratis tersebut,

    dengan segala cara yang masih bisa dilakukan. Dan semuanya dilakukan secara

    damai. Inilah tanda dari kematangan demokrasi."

    Sedangkan harian liberal Austria Der Standardyang terbit di Wina menulis komentar,

    PM Thaksin hendak menyelamatkan mukanya.

    "Yang harus dipertimbangkan adalah seruan oposisi untuk memboikot dengan tujuan

    untuk menghukum Thaksin. Karena seruan ini dapat berakibat pada krisis konstitusi

    yang dampaknya sulit diperhitungkan. Walaupun begitu, Thaksin seolah-olah hendak

    menyelamatkan negaranya dari perpecahan. Terakhir, ia menegaskan akan

    mengundurkan diri, jika sebuah lembaga tinggi para pakar yang independen

    menyarankannya untuk berhenti."

    Terakhir harian independen Thailand The Nationyang terbit di Bangkok menulis

    editorial berjudul "Tidak Ada Rekonsiliasi Tanpa Proses Hukum."

    "Tingginya suara abstain dalam sejarah demokrasi Thailand membuktikan, bahwa

    para pemrotes anti Thaksin melancarkan aksinya secara demokratis. Sasaran

    akhirnya adalah menyingkirkan Thaksin dari panggung politik Thailand. Juga

    diingatkan, jangan membuat kesalahan dengan melakukan rekonsiliasi nasional yang

    penuh kompromi. Sebuah lembaga pengusut independen harus dibentuk, untukmenyelidiki tuduhan korupsi serta kolusi yang melibatkan Thaksin, keluarganya serta

    kroninya."

  • 8/14/2019 Artikel Politik Thailand

    7/7

    Politik Thailand Memanas

    Bangkok, MDTV, Ketegangan politik dilaporkan mulai meningkat di Thailand menyusul langkah parlemen

    yang mulai membahas sebuah RUU amnesti yang akan membuka jalan bagi kembalinya mantan Perdana

    Menteri Thaksin Shinawatra.

    Anggota oposisi dan kelompok anti-pemerintah dilaporkan mengadakan aksi jalanan pada Rabu (7/08)untuk memprotes RUU yang diusulkan oleh partai yang berkuasa itu. Partai yang berkuasa itu dipimpinoleh adik Thaksin, Yingluck Shinawatra yang kini menjabat sebagai Perdana Menteri Thailand.

    RUU amnesti akan mencakup mereka yang dihukum karena kegiatan anti-pemerintah. Para pengunjuk rasa

    mengatakan bahwa RUU tersebut sebagai kedok untuk memberikan pengampunan bagi Thaksin. Seperti

    diketahui, Perdana Menteri Thaksin diusir dalam sebuah kudeta militer yang terjadi di tahun 2006 danhingga kini masih tinggal di luar negeri.Ribuan peserta aksi unjuk rasa dilaporkan turun ke jalan pada hari Rabu kemarin dengan berbarismendekati gedung parlemen, sementara pihak kepolisian terus mencermatinya. Kuatnya pertentangan

    antara pendukung dan penentang kekuatan Thaksin telah menjadi penyebab jangka panjang kekacauan

    politik di Thailand.

    Thailand dinilai sedang menghadapi potensi pertempuran politik yang semakin meningkat terlebih partai

    yang memerintah sedang merencanakan berlakunya RUU tersebut sesegera mungkin.