artikel lelaki lembut dan kongsi kereta

13
Pelajar lelaki lembut: Program untuk tingkat keyakinan pelajar 24/04/2011 10:11pm KUALA TERENGGANU 24 April - Program Pembangunan Personaliti Pelajar yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu adalah bertujuan meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki yang menghadapi masalah krisis identiti diri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan berkenaan telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan program tersebut yang melibatkan 66 pelajar lelaki di Besut minggu lepas. "Ia satu inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu dalam melaksanakan saranan Kementerian Pelajaran yang mahukan pihak sekolah memberi penekanan kepada empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri) pelajar. "Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil langkah awal melaksanakan konsep itu dengan mengenal pasti pelajar lelaki yang tidak aktif berpersatuan, badan beruniform, sukan dan apa juga aktiviti kokurikulum mengikuti program pembangunan personaliti pelajar itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan kem bina semangat kepada pelajar ”lelaki lembut”. - Bernama Budaya lelaki lembut di TV, radio semakin tidak terkawal 03:48:27 AM Oleh Abdul Latif Abu Bakar Cetak Emel Kawan ADA banyak stesen radio untuk dipilih sekarang, semuanya percuma. Begitu juga dengan stesen televisyen, sama ada yang berbayar atau dapat ditonton secara percuma. Dalam siaran televisyen itu pula ada bermacam-macam program, untuk segenap lapisan masyarakat. Kadang-

Upload: ainee-ahmad

Post on 02-Aug-2015

191 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Pelajar lelaki lembut: Program untuk tingkat keyakinan pelajar

24/04/2011 10:11pm

KUALA TERENGGANU 24 April - Program Pembangunan Personaliti Pelajar yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu adalah bertujuan meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki yang menghadapi masalah krisis identiti diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan berkenaan telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan program tersebut yang melibatkan 66 pelajar lelaki di Besut minggu lepas.

"Ia satu inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu dalam melaksanakan saranan Kementerian Pelajaran yang mahukan pihak sekolah memberi penekanan kepada empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri) pelajar.

"Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil langkah awal melaksanakan konsep itu dengan mengenal pasti pelajar lelaki yang tidak aktif berpersatuan, badan beruniform, sukan dan apa juga aktiviti kokurikulum mengikuti program pembangunan personaliti pelajar itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan kem bina semangat kepada pelajar ”lelaki lembut”. - Bernama

Budaya lelaki lembut di TV, radio semakin tidak terkawal03:48:27 AM Oleh Abdul Latif Abu Bakar Cetak Emel Kawan

ADA banyak stesen radio untuk dipilih sekarang, semuanya percuma. Begitu juga dengan stesen televisyen, sama ada yang berbayar atau dapat ditonton secara percuma. Dalam siaran televisyen itu pula ada bermacam-macam program, untuk segenap lapisan masyarakat. Kadang-kadang kita secara tidak sengaja menukar stesen televisyen kerana adakalanya telatah penyampai dengan lawak mereka agak menjengkelkan.

Kali ini kita akan bercakap mengenai kandungan rancangan radio dan televisyen yang bermacam-macam itu. Niat menulis mengenai kandungan televisyen ini timbul beberapa hari lalu apabila secara tidak sengaja menekan butang alat kawalan jauh televisyen dan melihat program Melayu melalui stesen berbayar. Penulis lupa nama rancangan berkenaan menayangkan episod membabitkan empat selebriti Melayu – dua perempuan dan dua lelaki tetapi karektor mereka (rasanya bukan lakonan tetapi tulen) lebih mirip kepada perempuan. Pakaian dua selebriti perempuan itu adalah pakaian biasa yang sesuai dengan fitrah mereka sebagai perempuan, manakala pakaian dua selebriti lelaki itu sungguh luar biasa. Keempat-empat mereka bercakap dengan santai mengenai mereka pernah bermasam muka antara satu sama lain kerana salah seorang daripada mereka itu menjadi batu api.

Selepas melihat telatah mereka, saya teringat pada sebuah siri televisyen tidak lama dulu, lakonan Imuda yang menjadi pemuda lembut dengan dialog ikonik – “This is my card. My name is Sam, S-U-E

Page 2: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Sam.” Watak Imuda pernah menjadi cemuhan ramai, tetapi setidak-tidaknya selepas penampilan dalam siri itu, Imuda kembali kepada fitrah asalnya sebagai lelaki.

Hal ini tidak berlaku kepada dua selebriti lelaki yang keluar dalam program tadi. Penampilan dan karektor mereka selepas menjadi lelaki lembut tetap sama kerana begitulah fitrah sebenar mereka. Dalam episod yang kebetulan penulis tonton itu, perbualan mereka sangat luar biasa menggunakan istilah dan tonasi yang sering dibawakan oleh lelaki lembut. Maki hamun gaya mereka diucapkan sebebas-bebasnya. Penampilan dan dialog mereka seolah-olah tidak terkawal langsung. Pernah juga seorang teman meminta saya melihat sebuah program game show yang pengacaranya adalah lelaki tetapi dialog lelaki lembut digunakan sebebas-bebasnya. Seperti lazimnya bagi lelaki jenis itu, mereka memanggil sesama sendiri dengan gelaran ‘akak’ dan semua ini disiarkan secara bebas melalui stesen televisyen utama.

Tidak cukup dengan program televisyen yang mengetengahkan watak lelaki lembut, banyak lagi stesen radio menyediakan segmen khas penampilan lelaki lembut itu. Lalu disediakan segmen bersenam bersama lelaki lembut, penyampai radio (lelaki) menjadi mak cik bergosip mengenai apa saja dan lelaki lembut menjadi tukang masak membacakan resipi masakan. Segmen disiarkan tidak kira sama ada waktu pagi atau petang. Sudah pasti segmen sedemikian (dan program televisyen tadi) adalah untuk hiburan. Setuju tetapi siaran yang berulang-berulang, bukan setakat setiap hari tetapi banyak kali dalam sehari, lambat laun akan menjadikan budaya itu sebagai budaya arus perdana. Cuba program lawak jenaka oleh pelawak kita, tak kira sama ada pelawak lama atau baru pasti berlaku penampilan watak lelaki lembut dan ramai-ramailah kita ketawa.

Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa memang wujud lelaki yang fitrah mereka berbeza dari fitrah daripada fitrah sebenar lelaki. Persoalannya kenapa ciri-ciri sub-budaya ini diberikan tempat sama seperti budaya perdana dan disebarkan seluas-luasnya. Begitu juga, adakah penampilan watak lelaki lembut dan lelaki yang benar-benar lembut dalam program televisyen dan radio itu bertujuan memperlekehkan dan mempersendakan mereka? Rasanya tidak. Jadi bagaimana kita?

Ini zaman baru, apatah lagi dengan perkembangan media baru melalui teknologi maklumat yang membebaskan penyebaran maklumat dan muat naik hiburan seluas-luasnya. Ini juga bukan lagi zaman pemerintah menyekat kebebasan televisyen dan radio. Namun di banyak tempat yang campur tangan pemerintah dalam hal-hal sebegini, kumpulan pelobi mempunyai suara dan kadang kala kuasa yang sama hebat dengan campur tangan kerajaan. Berbalik kepada program televisyen dan radio yang mengetengahkan dan mempopularkan sub-budaya lelaki lembut itu, adakah kita mahu biarkan ia ditampilkan bebas begitu hingga duduk seiring dengan budaya perdana? Mungkin jugakah penulis sudah semakin hilang sense of humour?

Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi UITM Melaka

Semakin ramai lelaki dan haiwan jantan menjadi 'lembut' kerana kehadiran ribuan bahan kimia akibat pencemaran alam sekitar yang mempengaruhi jantina, termasuk aspek perubahan perlakuan mereka.

Page 3: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Saintis Britain memberi amaran, pencemaran buatan manusia yang terlepas dalam persekitaran dan menyamai hormon seks wanita atau estrogen, lapor akhbar Daily Telegraph, semalam.

"Bahan pencemar ini didapati mengubah protein telur yang lazimnya disediakan wanita dan haiwan betina," kata penulis kajian, Gywenne Lyons daripada Chem Trust, kumpulan pencinta alam.

Penyelidik itu mendakwa, bahan kimia dalam bahan bungkusan makanan, cecair atau serbuk cucian, sisa kumbahan dan cat mencacatkan kemaluan, mengurangkan kiraan sperma serta 'melembutkan' lelaki. Ikan misalnya, terbukti terjejas teruk oleh bahan kimia pengubah jantina.

Dalam kajian, separuh daripada ikan jantan di kawasan datar Britain mempamerkan tanda 'betina' apabila bahan kimia yang menyekat hormon jantan androgen dilepaskan dan menyaksikan pembentukan telur dalam organ jantinanya.

Beberapa lipas jantan turut berubah sepenuhnya kepada betina selepas terdedah kepada sisa pil pencegah kehamilan yang dilepaskan ke dalam saluran kumbahan.

Page 4: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Kongsi kereta: Antara impian dan realiti

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KENA berkongsi kereta! Oh, sungguh melecehkan! Tidak bebas dan tiada privasi. Kena tunggu seorang demi seorang, bukan semuanya boleh tepati masa. Buang masa dan jika ada urusan sendiri, terpaksa dibatalkan kerana telah terikat dengan komitmen ini.

Itulah sebahagian daripada alasan yang diberikan oleh para pengguna jalan raya apabila kempen kongsi kereta mahu diperkenalkan sedikit masa lalu sebagai cara mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin ‘parah’ di bandar raya Kuala Lumpur.

Selain itu, terdapat juga rungutan-rungutan lain seperti tidak selesa, rasa curiga, takut timbul salah faham dan fitnah bagi yang berkongsi lain jantina, bimbang tentang keselamatan dan sebagainya.

Sebenarnya, kempen berkongsi kereta ini bukan perkara baru. Idea ini telah muncul buat pertama kali pada awal tahun 1970-an semasa pasukan pakar pengangkutan awam dari Bank Dunia mengkaji kesesakan trafik di Kuala Lumpur.

Malah, pada tahun 1980-an semasa Datuk Shahrir Abd. Samad menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, kempen berkongsi kereta ini muncul lagi. Begitu juga semasa Datuk Seri Ling Leong Sik menjadi Menteri Pengangkutan. Bagaimanapun, kempen akhirnya tinggal kempen dan hanyut mengikut waktu dengan alasan penduduk Kuala Lumpur belum benar-benar bersedia.

Memang ada yang menyambut baik idea tersebut, namun jumlah yang mengamalkan kongsi kereta ke tempat kerja boleh dikira dengan jari.

Ada juga pihak swasta atau individu yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran. Mereka menggunakan konsep pendaftaran maklumat diri, pekerjaan, pejabat dan lokasi dan padankan dengan perkhidmatan yang disediakan.

Apa yang ketara, saban tahun kenderaan memasuki pusat bandar semakin bertambah dan masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahannya.

Pakar Pengangkutan Awam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, kegagalan kempen berkongsi kereta kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kata beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus memulakan kempen ini bagi menggalakkan orang ramai berkongsi kereta.

Kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur fenomena yang tiada penghujungnya. – Gambar hiasan

Page 5: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

‘‘Memang kongsi kereta bukanlah mudah, tetapi saya percaya ia boleh dijayakan jika terdapat portal kongsi kereta (PKK) secara percuma. Portal ini harus dikendalikan oleh DBKL bagi penghuni di Lembah Klang mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan kongsi kereta yang berpadanan.

‘‘Dalam portal itu nanti, pengguna kereta perlu mendaftarkan nama, alamat rumah, alamat pejabat, laluan, nombor telefon dan sebagainya bagi dipadankan dengan pasangan kereta lain yang sama kepentingan, tujuan, laluan dan destinasi,’’ katanya ketika ditemui di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kata Dr. Abd. Rahim, buat masa ini tidak ada mekanisme yang mudah yang boleh digunakan oleh pengguna kenderaan untuk mendapatkan rakan berkongsi kereta.

Atas sebab itu juga orang ramai lebih suka memandu sendirian walaupun beribu-ribu kenderaan melalui laluan dan menuju destinasi yang sama setiap hari.

Terdapat beberapa masalah lain yang perlu dicari jalan penyelesaian terlebih dahulu sebelum dapat menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antaranya, masalah waktu kerja yang tidak sama seperti yang berkerja malam atau mengikut syif seperti jururawat, perhotelan, restoran dan sebagainyam yang susah untuk mendapat rakan kongsi kereta.

Selain itu, masalah keselamatan terutama bagi pengguna kenderaan perempuan, di mana wujud perasaan tidak percaya kepada rakan kongsi kereta mereka terutama yang berlawanan jantina.

Bagaimanapun, kata Abd. Rahim, sesuatu perlu dimulakan dari sekarang kerana jika tidak masalah kesesakan tidak mungkin dapat diatasi.

‘‘Justeru pada pendapat saya, sekiranya DBKL boleh menjayakan PKK dan berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi iaitu dengan menggunakan perkhidmatan telefon bimbit, impian ini pasti dapat dilaksanakan.

‘‘PKK hanya untuk tujuan pendaftaran, tetapi telefon bimbit bagi mendapatkan padanan pasangan berkongsi kereta menggunakan kod laluan seperti kod 1- laluan dari Bangi ke Jalan Duta, kod 2- laluan Shah Alam ke Cheras dan sebagainya,” katanya.

‘‘Maka individu yang mempunyai padanan dengan kawasan kod itu boleh memberi maklum balas bagi mendapatkan rakan kongsi kereta. Ini merupakan konsep yang berjaya dan telah dijalankan di Helsinki, Finland dan Frankfurt, Jerman.

“Terdapat dua konsep dalam berkongsi kereta iaitu sama ada dengan bertukar-tukar kereta, sebagai contoh minggu ini kereta kita dan minggu depan kereta dia tanpa perlu bayaran atau menggunakan satu kereta saja dan yang menumpang dikenakan bayaran,” kata Abd. Rahim lagi.

Melaksanakan program kongsi kereta

Page 6: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

‘‘Untuk melaksanakannya, ia juga mesti ada program pelengkap iaitu tol dalam bandar yang menjadi alat menyekat kereta persendirian memasuki pusat bandar.

“ Singapura telah memulakannya pada awal tahun 70-an dengan program Area Licensing Scheme di mana kereta persendirian yang dalamnya terdapat kurang daripada empat orang diwajibkan membayar ‘lesen’ untuk masuk ke pusat bandar.

‘‘Bagaimanapun, pada tahun 2000, skim itu telah dipermodenkan dengan menggunakan teknologi wireless dan touchless, iaitu kaedah mengutip tol tanpa bayar dengan meletakkan tiang-tiang di sekitar sempadan pusat bandar dan di atasnya terdapat alat untuk menolak nilai pada kad khas yang diletakkan pada kereta.

‘‘Melihatkan Singapura berjaya, London pula melaksanakan skim yang hampir sama iaitu London Cordon Pricing bagi mengenakan bayaran terhadap kereta yang memasuki kota itu,’’ katanya yang memperoleh Doktor Falsafah (Ph.D) dari University of Sheffield, United Kingdom.

Berbeza pula di Kuala Lumpur, kata Abd. Rahim, sekatan yang dimaksudkan ialah tol-tol yang berada di sekeliling sempadan pusat bandar yang tujuannya untuk mengaut keuntungan bagi membiayai kos pembinaan sesuatu jalan dan bukannya menyekat kemasukan kenderaan.

‘‘Di Kuala Lumpur sendiri, sekiranya tiada sebarang langkah penyekatan, hanya mengharapkan tol-tol tersebut, maka jumlah trafik bandar pada tahun 2020 akan menjadi dua kali ganda daripada tahap trafik sekarang.

“Oleh itu DBKL perlu mempunyai perancangan yang boleh menjayakan sekatan tersebut,” katanya.

Mengapa Singapura dan London berjaya?

Mengulas mengenai kejayaan Singpura dan dan London melaksanakan kempen berkongsi kereta, Abd. Rahim mempunyai jawapan sendiri.

Pertama katanya, di Singapura, Pihak Berkuasa Tanah dan Pengangkutan (Land and Transport Authority) diberi kuasa yang penuh untuk merancang bandar tanpa sebarang gangguan.

Begitu juga dengan City of London di mana datuk bandarnya diberi kuasa untuk melaksanakan program yang telah dipersetujui dengan sepenuhnya.

Sehubungan itu, DBKL juga harus diberi kuasa penuh bagi melaksanakan program dan perancangan bandar Kuala Lumpur.

Kedua, kejayaan penggunaan teknologi terkini dalam memungut tol dalam bandar iaitu wireless dan touchless, selain penggunaan tiang yang mempunyai alat bagi menolak nilai dalam kad bagi setiap kenderaan yang melaluinya.

Ia tidak menggunakan Smartag atau Touch’n’Go kerana kedua-dua sistem tersebut sebenar telah ketinggalan agak kebelakang dan menyebabkan kesesakan kerana kenderaan perlu diperlahankan atau berhenti untuk menyentuh kad.

Page 7: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Menggalak kongsi kereta

Apa pun kata kata Abd. Rahim, pelbagai insentif boleh diberi bagi menggalakkan orang ramai berkongsi kereta.

‘‘Contohnya, memberi subsidi bayaran parkir kereta kepada pemilik yang sudi berkongsi kereta. Dana kerajaan yang diperuntukkan untuk pengangkutan awam sebahagiannya boleh digunakan membayar pemilik parkir. Ini akan menggalakkan lebih ramai yang ingin berkongsi kereta.

‘‘Begitu juga dengan membiayai PKK komuniti bagi memberi lebih ramai yang menyertai program ini dan mendapat padanan kongsi kereta yang sesuai.

‘‘Menaikkan kadar bayaran parkir yang tinggi bagi pemilik kereta persendirian, mungkin sekali masuk sehingga RM15 hingga RM20 dan bukannya setakat RM3 seperti sekarang,’’ jelasnya yang berharap kempen kongsi kereta berjaya dilaksanakan suatu hari nanti sekali gus menjadi jawapan kepada masalah kesesakan di Kuala Lumpur.

Kongsi Kereta: Mudah Cakap Tetapi Sukar Diamalkan

Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keselesaan, kebersendirian dan sikap curiga adalah antara faktor mendorong ramai warga kota memilih berkereta bersendirian atau berduaan saja.

Faktor-faktor lain adalah masalah berlainan tempat dan waktu bekerja serta masing-masing punya urusan sendiri turut mendinginkan sambutan terhadap kempen itu.

Akibatnya, kempen kongsi kereta yang dilancarkan sejak Disember 1994 dengan matlamat melegakan kesesakan lalulintas semacam langsung tidak membawa kesan.

Beribu-ribu ringgit dibelanjakan untuk menganjurkan kempen namun segelintir saja mengamalkannya. Kesesakan kian parah, warga kota bukan sahaja terpaksa pasrah dengan kerugian waktu yang ditelan kesesakan malah terpaksa menelan asap yang dimuntahkan pelbagai kenderaan.

Kendatipun begitu, mengapakah warga kota masih enggan berkongsi kereta walhal saban hari mereka melihat dengan mata kepala sendiri ratusan kereta terperangkap dalam kesesakan yang cukup menyeksakan?

AMALAN YANG BAIK TAPI RAGUI KEJAYAANNYA

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) N.Marimuthu mengakui budaya berkongsi kereta sebagai satu amalan yang baik, namun beliau meragui kejayaannya kerana ia tidak mudah dilaksanakan.

"Kebanyakan warga Malaysia mementingkan diri sendiri. Keinginan untuk keselesaan dan kebersendirian serta kecurigaan jika orang lain menumpang juga menghalang amalan murni itu," katanya.

Page 8: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

"Lebih menyusahkan jika tuntutan murni itu menimbulkan salah faham atau fitnah umpamanya apabila kereta dikongsi bersama dua lelaki dan dua wanita," jelas beliau.

Pemilik kereta juga perlu mengetahui latar belakang para penumpangnya supaya keselamatan dan kesihatannya terpelihara, kata Marimuthu.

Bersependapat dengan Marimuthu, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan budaya berkongsi kereta bagaikan "mudah cakap tetapi sukar untuk dilaksanakan".

Beliau tidak menolak kemungkinan peraturan berkongsi kereta menimbulkan masalah kerana individu berkereta tentu ingin menggunakan kereta masing-masing selain masalah tinggal berjauhan dan kerja berlainan tempat.

"Ia mungkin lebih sesuai di kalangan orang-orang bujang yang tinggal serumah dan kerja setempat," ujar beliau.

Kempen itu memerlukan jangka masa yang panjang untuk meyakinkan warga kota mengenai faedah berkongsi kereta, katanya, sambil menambah bahawa mereka tidak mudah menerima idea berkenaan.

"Mereka merasakan pengangkutan awam kita masih tidak cekap. Oleh itu, kita tidak boleh memaksa orang ramai untuk berkongsi kereta. Biarkan ia menjadi satu proses evolusi," jelas Lee.

KEMPEN BERTERUSAN

Lee dan Marimuthu menggesa kerajaan supaya melaksanakan kempen berkongsi kereta secara berterusan dan tidak bermusim dan hendaklah diperhebatkan untuk mewujudkan kesedaran tentang kebaikan dan faedah berkongsi kereta ke tempat kerja.

Mereka menyarankan supaya pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat besar menyediakan bas atau van untuk mengangkut kakitangan mereka dari sesuatu perhentian ke tempat kerja.

Ia bukan sahaja boleh mengoptimumkan ruang tempat letak kereta malah boleh menyemai "semangat kepunyaan" di kalangan pekerja.

"Pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat besar juga boleh menguntukkan ruang tempat letak kereta yang khas sebagai ganjaran kepada mereka yang menyahut seruan kerajaan ke arah berkongsi kereta," kata Marimuthu.

Lee pula mengesyorkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguntukkan lebih banyak laluan khas bas di samping membenarkan kenderaan berpenumpang ramai menggunakan laluan yang kini digunakan teksi dan bas.

"Pegawai penguatkuasa DBKL harus ditugaskan untuk mengawalselia keadaan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak menyalahgunakan keistimewaaan yang diberikan kepada mereka yang berkongsi kereta," kata Lee.

Page 9: Artikel Lelaki Lembut Dan Kongsi Kereta

Jelas beliau, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan sistem aliran transit ringan (LRT), tambangnya perlulah berpatutan selain menyediakan perkhidmatan 'feeder' yang lebih efektif.

"Iklan kempen menggunakan LRT dan keretapi komuter juga harus diperhebatkan di televisyen. Mungkin RTM juga perlu menimbang untuk mengurangkan kadar bayaran iklan untuk kempen itu," katanya.

Marimuthu dan Lee bersetuju bahawa Kerajaan harus mencontohi usaha-usaha negara maju seperti Jerman dan Peranchis dalam menangani kesesakan, pencemaran dan masalah jerebu.

TALIAN KONGSI KERETA

Mereka berkata pihak berkuasa tempatan perlu mewujudkan talian khas untuk membekalkan maklumat kepada mereka yang berminat berkongsi kereta dan maklumat itu ditampalkan di papan tanda tepi jalan.

Lee berkata ketiadaan maklumat mengenai siapa dan bagaimana untuk berkongsi kereta menyebabkan kempen itu gagal.

Untuk menjayakan kempen itu, Lee juga berpendapat harus ada sokongan padu dan penglibatan masyarakat dan oleh itu, persatuan-persatuan penduduk perlu bergerak lebih aktif dengan mengadakan perbincangan dan pertemuan untuk menjalin semangat muhibah dan kejiranan.

Dengan cara itu, warga Malaysia tidak mengira warna kulit atau kedudukan dapat menangani masalah kesesakan lalulintas yang menyebabkan pencemaran udara dan jerebu, katanya.

Apapun langkah yang diambil bagi mencapai kepentingan dan keselesaan bersama, kerjasama warga kota adalah mesti bagi menentukan kejayaan.

-- BERNAMA