artikel lawatan sambil belajar

Upload: juliana-jue

Post on 09-Jul-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ALOR SETAR - Menara Alor Setar dengan kerjasama Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur mengadakan pakej lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah di negeri ini. Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, setiap pelajar hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan mereka akan dibawa menaiki ke menara tersebut. Selain itu, pelajar juga akan dibawa menginap di Muzium Telekom di Kuala Lumpur selama satu malam sebelum dibawa naik ke Menara Kuala Lumpur pada keesokan harinya, ujarnya. Menurutnya, pihak sekolah hanya perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar mereka manakala lain-lain keperluan seperti penginapan, makanan dan aktiviti akan ditanggung oleh pihak menara. Tujuan utama pakej ini diperkenalkan kepada pelajar khususnya pelajar luar bandar adalah untuk mengikuti perkembangan dan sejarah telekomunikasi negara di samping mewujudkan lawatan sambil belajar yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, katanya. Beliau memberitahu, pakej ini sebenarnya telah dibuka bermula awal September tahun lalu. Tambahnya, pihak sekolah perlu membuat tempahan awal supaya ia tidak berselisih dengan sekolah lain kerana pihaknya hanya menghadkan 80 orang pelajar untuk satu-satu masa.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR Lawatan sambil belajar ke KLIA pada 23 Februari 2011 telah disertai seramai 24 orang peserta diploma in diplomacy (DiD) diiringi pegawai IDFR, dan diketuai oleh TYT Ambassador Abdullah Faiz Zain, Timbalan Pengarah IDFR. Sesi taklimat bermula pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat A380 di KLIA. Wakil dari pihak Kastam KLIA telah menyampaikan taklimat diikuti oleh wakil dari pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Bahagian Operasi Terminal KLIA, dan Jabatan Kesihatan. Delegasi meneruskan lawatan ke Menara Kawalan Trafik Udara yang terletak bertentangan dengan terminal utama KLIA. Para peserta berpeluang melawat bilik operasi trafik udara dan telah diberikan taklimat ringkas berhubung aspek-aspek teknikal operasi dan turut berpeluang menyaksikan beberapa kapal terbang yang berlepas dan mendarat. Selanjutnya, para peserta meneruskan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen KLIA yang terletak di Sepang, kira-kira 15 minit perjalanan dari KLIA. Para peserta tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat behubung skop kerja pihak Imigresen di KLIA. Seterusnya, para peserta telah dibawa melawat depot tahanan.

Lawatan yang dilakukan ke KLIA, Menara Kawalan Trafik Udara dan Depot Tahanan Imigresen KLIA merupakan satu pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga kepada peserta DiD. Adalah penting bagi peserta untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh behubung perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.

USAHA Pusat Sumber dan Badan Displin Sekolah Kebangsaan (SK) Jasin, Melaka mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur baru-baru ini telah banyak memberi manfaat kepada para pesertanya. Rombongan yang disertai seramai 80 murid terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan itu disertai oleh lapan guru pengiring. Ketua Rombongan, Aminudin Buang berkata, objektif utama diadakan lawatan tersebut adalah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap suasana kota metropolitan yang berbeza daripada Melaka. "Lawatan ini juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid untuk megenali dengan lebih dekat lagi ibu negara Malaysia. "Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk mengenali kemajuan dan teknologi terkini yang terdapat di bandar raya yang pesat membangun ini," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya lagi, lawatan sambil belajar itu juga adalah untuk menyemai semangat cintakan tanah air dengan melawat tempat-tempat menarik seperti Menara Berkembar Petronas, menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) dan sebagainya. "Lawatan ke tempat-tempat tersebut secara tidak langsung dapat memupuk sifat bangga terhadap kejayaan yang telah dikecapi negara terutamanya bagi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin suatu masa kelak," tambahnya. Pada lawatan tersebut, murid-murid dibawa menaiki LRT dari stesen KL Sentral ke KLCC untuk melawat Menara Berkembar Petronas. Semasa lawatan ke Menara Berkembar Petronas, para peserta begitu teruja melihat panorama sekitar Kuala Lumpur dari Sky Bridge Menara Berkembar serta tidak melepaskan peluang mengunjungi Petrosains bagi menguji minda mengenai sains dan teknologi. Seorang peserta, Muhd Habib Amran berkata, dia sangat seronok mengikuti lawatan itu. "Saya merasa begitu bangga dapat menjejak kaki ke Sky Bridge Menara Berkembar dan ini adalah bukti kehebatan negara kita," katanya.