arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

23

Upload: nguyenquynh

Post on 03-Jan-2017

352 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf
Page 2: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

2

berasaskan perkara-perkara yang terkandung dalam APP 2011.

Ketidakpatuhan Ketua Jabatan terhadap APP 2011 boleh menjejaskan

Key Performance Indicator (KPI) Kementerian yang telah ditetapkan

oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pemantauan dan kawalan secara berhemat hendaklah dilaksanakan

memandangkan peruntukan kewangan tahun 2011 adalah terhad.

Oleh yang demikian, peruntukan hendaklah digunakan secara optimum

dan diagihkan secara saksama mengikut keutamaan serta mempunyai

elemen value for money selaras dengan pengurusan kewangan yang

telus dan berintegriti.

1.3 Keseluruhan peruntukan KPM pada tahun 2011 berjumlah

RM35,762,962,700 yang merupakan 18.03% daripada Anggaran

Perbelanjaan Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

RM29,360,378,000 bagi Belanja Mengurus (B41) termasuk Badan

Berkanun (Majlis Peperiksaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan

Pustaka) dan RM6,402,584,700 bagi Belanja Pembangunan (P41).

Jumlah keseluruhan peruntukan ini menunjukkan pertambahan

sebanyak 12.14% berbanding peruntukan tahun 2010. Jika dilihat

dengan lebih terperinci, pertambahan peruntukan di bawah B41 tahun

2011 adalah sebanyak RM2,866,373,000 atau 10.82% berbanding

peruntukan yang diluluskan pada tahun 2010 yang berjumlah

RM26,494,005,000. Sebahagian besar daripada peningkatan di dalam

peruntukan tahun 2011 merupakan peruntukan emolumen sebanyak

RM1,147,356,700, iaitu peningkatan sebanyak 5.67% dan

menyebabkan peruntukan bagi program dan aktiviti KPM bukan

emolumen pada tahun 2011 masih tidak mencukupi.

1.4 Peruntukan bagi program/aktiviti yang terhad tidak boleh dijadikan

alasan untuk tidak melaksanakan program/aktiviti yang telah diatur

oleh KPM. Melalui perancangan dan strategi-strategi pelaksanaan

perbelanjaan yang berkesan, program dan aktiviti KPM dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Page 3: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

3

2.0 PERBELANJAAN MENGURUS

2.1 Perbandingan peruntukan B41 KPM bagi tahun 2010 dan 2011 mengikut

komponen Modified Budgeting System (MBS) dan Objek Am (OA)

adalah seperti berikut:

KOMPONEN MBS

TAHUN 2010

(RM) / (%)

(a)

TAHUN 2011

(RM) / (%)

(b)

PERBEZAAN

(RM) / (%)

(c) = (b) - (a)

DASAR SEDIA ADA 23,474,937,600

88.60%

25,106,108,400

85.51%

1,631,170,800

6.95%

ONE-OFF 2,889,322,900

10.90%

4,051,586,600

13.80%

1,162,263,700

40.23%

PERLUASAN

PROGRAM SEDIA ADA

0

0%

58,957,000

0.20%

58,957,000

0%

PEMBUKAAN

INSTITUSI BARU

129,744,500

0.49%

143,726,000

0.49%

13,981,500

10.78%

JUMLAH 26,494,005,000

100%

29,360,378,000

100%

2,866,373,000

10.82%

OBJEK AM (OA)

TAHUN 2010

(RM) / (%)

(a)

TAHUN 2011

(RM) / (%)

(b)

PERBEZAAN

(RM) / (%)

(c) = (b) - (a)

10000 20,226,682,500

76.34%

21,374,039,200

72.80%

1,147,356,700

5.67%

20000 2,350,220,930

8.87%

3,571,719,700

12.17%

1,221,498,770

51.97%

30000 160,833,770

0.61%

357,561,300

1.22%

196,727,530

122.32%

40000 3,756,225,000

14.18%

4,057,047,800

13.82%

300,822,800

8.00%

50000 12,800

0.0001%

10,000

0.0001%

(2,800)

(21.88)

JUMLAH 26,494,005,000

100%

29,360,378,000

100%

2,866,373,000

10.82%

Page 4: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

4

2.2 Peruntukan Dasar Baru (DB) sebanyak RM202,683,000 adalah

melibatkan peruntukan Belanja Mengurus bagi Pembukaan Institusi Baru

(PIB) serta Perluasan Program Sedia Ada (PPSA).

2.3 Peruntukan One-Off tidak hanya melibatkan bantuan pelajar dan

bertugas di luar negara, malahan telah diperluaskan kepada

penyelenggaraan, perolehan harta modal, serta program National Key

Result Area (NKRA), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Ministry Key Result Area

(MKRA). Senarai penuh aktiviti yang diletakkan di bawah program One-

Off adalah seperti di Lampiran A.

3.0 AGIHAN WARAN

3.1 Bahagian Kewangan akan mengagihkan waran peruntukan pertama

kepada jabatan/bahagian pada 5 Januari 2011.

3.2 Permohonan peruntukan bagi institusi baru tahun 2011 hendaklah

dipohon oleh Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dalam

tempoh tiga (3) bulan sebelum institusi baru tersebut mula beroperasi.

3.3 Peratusan agihan waran pertama tahun 2011 kepada jabatan/bahagian

adalah seperti berikut:

i. Dasar Sedia Ada (DSA):

OBJEK

AM

PERATUS AGIHAN

(%) CATATAN

10000 50-100 Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%)

Bagi OS14000 dan OS15000 (50%)

20000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan

40000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan

50000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan

Page 5: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

5

ii. Dasar Baru:

OBJEK

AM

PERATUS

AGIHAN

(%)

CATATAN

10000 1-100 Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan.

20000 1-100 Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan.

iii. One-Off :

OBJEK

AM

PERATUS

AGIHAN

(%)

CATATAN

10000 50-100 Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%)

Bagi OS14000 dan OS15000 (50%).

20000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan.

30000 50 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan.

40000 50-100 Agihan seterusnya akan dibuat secara

berperingkat mengikut keperluan.

3.4 Bahagian/JPN/PPD hendaklah memastikan bahawa waran peruntukan

pertama yang diterima direkod di dalam vot e-SPKB/manual sebaik

sahaja diterima. Sekiranya waran pertama tersebut perlu diagihkan

(waran peruntukan kecil), ia hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7)

hari bekerja daripada tarikh waran pertama diterima. Bahagian

Kewangan boleh menarik balik peruntukan tersebut jika

Bahagian/JPN/PPD gagal mematuhi peraturan ini.

3.5 Pemberian geran kepada Badan Berkanun akan diagihkan mengikut

suku tahun setelah mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

Page 6: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

6

3.6 Penyelaras bagi fungsi penyenggaraan peralatan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) dipertanggungjawabkan kepada jabatan/bahagian

berikut:

PENYENGGARA INSTITUSI TERLIBAT

Bahagian

Pengurusan

Maklumat (BPM)

Semua Bahagian di KPM kecuali Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP).

Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN)

Semua agensi di negeri terdiri daripada JPN,

Cawangan Bahagian Audit Sekolah (BAS), Cawangan

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD) dan Pusat Kokurikulum.

Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP)

BTP, BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan

Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan

semua sekolah di bawah KPM kecuali Sekolah

Amanah.

Bahagian

Pengurusan

Matrikulasi (BM)

Kolej-kolej Matrikulasi KPM.

Institut Pendidikan

Guru KPM (IPGKPM) Institut Pendidikan Guru (IPG).

4.0 KAWALAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan perbelanjaan dibuat secara

berkesan dan berhemat. Pelaksanaan sesuatu program/aktiviti/projek

hendaklah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

Bagi memastikan perbelanjaan tahun 2011 dilaksanakan dengan

terancang, berikut adalah antara tindakan-tindakan yang akan/perlu

diambil:

Page 7: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

7

4.1.1 Kawalan Perbelanjaan hendaklah dibuat dengan teliti melalui

pemantauan berkala supaya tidak berlaku perbelanjaan tanpa

peruntukan dan perbelanjaan melebihi peruntukan.

4.1.2 Bagi perbelanjaan mengunjungi wilayah asal, Ketua Jabatan

hendaklah memastikan perbelanjaan dicajkan di bawah OS15000.

4.1.3 Semua peruntukan guru ganti/KGSK untuk keperluan semua jenis

sekolah dipertanggungjawabkan di bawah aktiviti masing-masing

seperti di Lampiran B.

4.1.4 Penganjuran majlis/anugerah/mesyuarat dijalankan secara

berhemat dan bersepadu.

4.1.5 Kod Perakaunan

i. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat mengikut

program/aktiviti sepertimana Waran Peruntukan yang

diturunkan;

ii. semua terimaan mesti diakaunkan pada kod yang tepat

mengikut jenis terimaan; dan

iii. bagi PTJ yang mempunyai Pusat Kos (PK), Bayaran Gaji dan

pukal diperakaunkan mengikut PK.

4.1.6 Pembayaran bil dan penyelenggaraan Daftar Bil

Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun

2006, semua Ketua Jabatan perlu memastikan bil yang sempurna

dibayar dalam tempoh 14 hari sepertimana AP 103(a). Ketua

Jabatan perlu memantau semua bil supaya tidak berlaku

kelewatan bayaran untuk mengelakkan aduan berulang. Bagi

tujuan ini, satu Daftar Bil hendaklah diselenggara dengan teratur.

Laporan Bil mestilah dihantar kepada Bahagian Akaun pada 16

haribulan dan 1 haribulan bulan berikutnya.

Page 8: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

8

4.1.7 Pembayaran di bawah AP 58(a)

Semua bayaran terhadap perbelanjaan yang dibuat pada tahun

semasa hendaklah dibuat dengan segera bagi mengelakkan

bayaran melangkau tahun yang akan mengakibatkan bayaran di

bawah AP 58(a). Antara langkah-langkah yang perlu diambil

adalah seperti berikut:

i. Tidak dibenarkan membuat komitmen baru selepas

31 Oktober 2011;

ii. Memastikan pembayaran diselesaikan sebelum atau pada

31 Disember 2011; dan

iii. Semua tunggakan bil dan tuntutan seperti tuntutan

perjalanan, lebih masa dan lain-lain diselesaikan selewat-

lewatnya pada 31 Disember 2011.

4.2 Permohonan pindah/tambah/tarik balik peruntukan

4.2.1 Permohonan pindah/tambah peruntukan hanya dipertimbangkan

pada bulan April, Julai dan Oktober tahun 2011 dan hendaklah

dikemukakan kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya

pada 15 haribulan bulan tersebut.

4.2.2 Permohonan pindah/tambah peruntukan hendaklah disertakan

dengan:

i. pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan e-SPKB)

bersama;

ii. justifikasi yang lengkap; dan

iii. ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua Sektor

Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU

(Pengurusan/Kewangan) sahaja.

Page 9: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

9

4.2.3 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada

Bahagian Kewangan mana-mana peruntukan yang tidak dapat

dibelanjakan untuk ditarik balik berserta justifikasi yang lengkap

dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU

(Pengurusan/Kewangan) sahaja. Permohonan hendaklah

dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011 bagi

membolehkan peruntukan tersebut diagih semula kepada

jabatan/bahagian yang memerlukan peruntukan tambahan.

4.2.4 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan

yang akan ditarik balik tidak digunakan dan mencukupi bagi

membolehkan waran tarik balik dilaksanakan. Waran tarik balik

yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan wajib dikunci masuk

(key-in) serta-merta di dalam sistem sebaik sahaja waran

diterima.

4.2.5 Bahagian Kewangan berhak mengambil tindakan untuk menarik

balik peruntukan sekiranya prestasi perbelanjaan tidak

memuaskan.

4.2.6 Arahan Perbendaharaan (AP) 59

Kes yang berkaitan ketidakpatuhan peraturan kewangan yang

dikenakan tindakan di bawah AP 59 semakin meningkat dan

tindakan tatatertib, surcaj atau undang-undang yang berkaitan

akan disyorkan terhadap mana-mana anggota KPM yang

melanggar peraturan ini. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah

memastikan kawalan dan pemantauan yang berkesan bagi

mengelakkan berlakunya AP 59. Di antaranya adalah:

i. Perolehan tanpa Pesanan Kerajaan;

ii. Perolehan tanpa peruntukan; dan

iii. Perolehan tanpa mematuhi tatacara/peraturan perolehan.

Page 10: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

10

4.3 Tuntutan pertukaran dan penempatan pertama

4.3.1 Pegawai dan kakitangan layak dibayar tuntutan pertukaran dan

penempatan sekiranya:

i. Diarah bertukar di atas kepentingan perkhidmatan seperti

kenaikan pangkat, redeployment (penempatan semula); dan

ii. Pegawai yang baru dilantik dan diberi penempatan pertama.

4.3.2 Pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh

diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan

peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan

serta memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di

stesen terakhir sebelum bertukar; atau

ii. Pemohon telah berkhidmat selama 3 tahun di kawasan

pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif

Pedalaman (BIP) atau Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan

Tahap Kesusahan (EKMLTK).

4.4 Kelulusan pakej

4.4.1 Permohonan pakej untuk mesyuarat dan kursus/bengkel/seminar

hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan tidak lewat

daripada 14 hari dari tarikh program diadakan.

4.4.2 Mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan lewat

dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

4.4.3 Tarikh akhir permohonan pakej bagi tahun 2011 ialah pada 1

Disember 2011.

Page 11: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

11

4.5 Pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer

4.5.1 Semua kelulusan pinjaman tersebut hendaklah direkod di dalam

Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).

4.5.2 Ketua Jabatan hendaklah memastikan potongan gaji peminjam

dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan.

5.0 PEMANTAUAN

5.1 Pemantauan terhadap perbelanjaan oleh jabatan/bahagian akan dibuat

dengan lebih rapi dan secara berkala melalui:

5.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

i. Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembentangan

laporan kewangan dibuat kepada JPKA masing-masing

mengikut kekerapan dan peraturan yang ditetapkan di bawah

PP Bil. 10 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6

Tahun 2009;

ii. Pematuhan terhadap PP dan Surat Pekeliling Kewangan

(SPK) berkenaan diambil kira sebagai salah satu kriteria

pemarkahan ‘Star Rating’ Kementerian; dan

iii. Penyelaras di peringkat jabatan/bahagian/institusi pendidikan

adalah seperti di Lampiran C.

6.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

6.1 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan

kewangan jabatan/bahagian masing-masing dan memastikan bahawa:

i. peraturan kewangan dipatuhi bagi mengelakkan teguran audit

(Audit Negara/Audit Dalam/Audit Sekolah);

Page 12: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

12

ii. teguran audit (jika ada) dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh

laporan diterima;

iii. perolehan barang-barang awam diuruskan dengan cekap, teratur

dan sempurna mengikut peraturan dan tatacara perolehan;

iv. sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah peruntukan tahunan

bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan (tidak termasuk

perkhidmatan perunding) dilaksanakan melalui Sistem e-

Perolehan bagi semua PTJ yang telah eP-enabled;

v. Sebarang pindaan skop kerja asal penyelenggaraan bangunan di

bawah OS28000 dan OS32000 diluluskan oleh Ketua Jabatan

masing-masing dan dimaklumkan kepada BPPA berdasarkan had

penurunan kuasa yang telah diluluskan;

vi. Sebarang pindaan terhadap senarai kelulusan Pegawai Pengawal

untuk pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000

hendaklah mendapatkan kelulusan semula Pegawai Pengawal;

vii. Pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000 hendaklah

didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA);

viii. Pemasangan pendingin hawa yang menggunakan peruntukan

Belanja Mengurus mendapat perakuan daripada Jabatan Kerja

Raya (JKR) Cawangan Mekanikal sebelum mendapatkan

kelulusan Pegawai Pengawal;

ix. Perolehan peralatan ICT termasuk prasarana rangkaian

mendapat kelulusan teknikal Jawatankuasa Pemandu ICT

(JPICT) KPM atau Jawatankuasa ICT JPN (bagi sekolah harian

dan perolehan yang kurang dari RM50,000.00); dan

x. Semua PTJ yang dilengkapi dengan sistem e-SPKB

melaksanakan pembayaran melalui sistem tersebut. Bagi PTJ

yang tidak mempunyai kemudahan sistem e-SPKB, pembayaran

boleh dibuat menggunakan kemudahan Kiosk e-SPKB yang

ditempatkan di JPN/PPD.

Page 13: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

13

7.0 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

7.1 Penyaluran Bantuan Persekolahan kepada Murid Miskin Berdasarkan

Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)

7.1.1 Mulai tahun 2011, bantuan persekolahan yang akan

menggunakan data penerima berdasarkan eKASIH dalam

kategori Miskin dan Miskin Tegar adalah bagi bantuan berikut:

Bil. Jenis Bantuan Kategori Murid

a. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Tahun 1 hingga Tingkatan 1 sahaja

b. Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform (BPS)

Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja

c. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja

7.1.2 Ketua Jabatan hendaklah mengagihkan peruntukan yang diterima

berdasarkan senarai penerima seperti dalam eKASIH yang

dibekalkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

7.2 Tuntutan peruntukan Bantuan Makanan Asrama (BMA) bagi tahun

2011 adalah seperti berikut:

Jenis Asrama Bil Hari Tuntutan BMA

Asrama Harian/SBP/Teknik/Sukan/Seni/SABK

250 hari

Asrama Sekolah Pendidikan Khas 270 hari

7.3 Kadar Yuran Makan Asrama (YMA) yang perlu dikutip daripada ibu

bapa/penjaga penghuni asrama adalah seperti berikut:

Jumlah Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga Sebulan

Kadar YMA Sehari

RM5,000 dan ke atas RM 3.00

Kurang daripada RM5,000 RM 1.00

Page 14: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

14

7.4 Bantuan-Bantuan Baru Persekolahan Tahun 2011

7.4.1 Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

Peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan

daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) bagi menyokong

pelaksanaan dasar ”1 Murid 1 Sukan” di bawah RMK-10 yang

dikenali sebagai BSS. Kadar BSS adalah seperti berikut:

Sekolah Kadar Setahun

Rendah

Julat Enrolmen Murid

1-50 51-100 101 – 150 151 dan ke atas

RM200 sebuah sekolah

RM400 sebuah sekolah

RM600 sebuah sekolah

RM4.00 seorang murid

Menengah RM6.00 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM2,500 sebuah sekolah

Menengah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

7.4.2 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)

Kadar BKK bagi sekolah rendah dan menengah (kecuali Sekolah

Pendidikan Khas) dikurangkan berikutan pengwujudan BSS.

Kadar BKK mulai tahun 2011 adalah seperti berikut:

Sekolah Kadar Setahun

Rendah

Julat Enrolmen Murid

1-50 51-100 101 – 150 151 dan ke atas

RM400 sebuah sekolah

RM800 sebuah sekolah

RM1,200 sebuah sekolah

RM8.00 seorang murid

Menengah RM10.00 seorang murid

Rendah (Pendidikan Khas) RM5,000 sebuah sekolah

Menengah (Pendidikan Khas) RM10,000 sebuah sekolah

Page 15: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

15

7.4.3 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Kadar BKKA adalah seperti berikut:

Asrama Kadar Setahun

Sekolah Rendah RM15.00 seorang murid

Sekolah Menengah RM20.00 seorang murid

7.4.4 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

Kadar BKKP ialah RM25.00 seorang murid setahun.

7.4.5 Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta

Kerajaan telah bersetuju memberi bantuan yuran murid

prasekolah swasta kepada ibu bapa/penjaga yang berpendapatan

bulanan RM2,300 dan ke bawah sebanyak RM150.00 seorang

murid sebulan (maksimum 10 bulan).

7.5 Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Setiap murid sekolah rendah akan dibekalkan satu kotak susu seminggu

(200ml sekotak).

7.6 Bantuan Bayaran Utiliti (Air dan Elektrik) bagi Sekolah Bantuan

Kerajaan

Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan bagi pembayaran utiliti

(air dan elektrik sahaja) kepada Sekolah Bantuan Kerajaan maksimum

RM 2000.00 sebulan tertakluk kepada bil sebenar.

Page 16: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

16

8.0 PERJAWATAN

8.1 Arahan penempatan kakitangan di sesebuah organisasi mesti

berdasarkan Waran Perjawatan yang diluluskan oleh Agensi Pusat sama

ada dari segi gred dan jawatannya.

8.2 Penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan kecuali mendapat

kelulusan Pegawai Pengawal.

9.0 TUGAS RASMI KE LUAR NEGARA

9.1 Semua tugas rasmi yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

hendaklah mendapat perakuan/sokongan Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia (KPPM) terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada

Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

9.2 Bagi semua lawatan/tugasan rasmi Y.A.B Menteri Pelajaran ke luar

negara, jumlah pegawai pengiring adalah terhad kepada 2 orang

pegawai sahaja, manakala bagi Y.B Timbalan Menteri Pelajaran adalah

terhad kepada seorang pegawai sahaja.

9.3 Kekerapan tugasan/lawatan rasmi pegawai ke luar negara juga

hendaklah dikurangkan dan bilangan pegawai dihadkan kepada jumlah

yang paling minimum bagi setiap lawatan.

9.4 Bagi lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan murid, jumlah guru

pengiring adalah mengikut nisbah 5 murid : 1 guru (tertakluk kepada

peruntukan yang mencukupi).

9.5 Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap

mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet) untuk

kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 7 hari bekerja

sebelum tarikh perjalanan.

Page 17: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

17

9.6 Permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang menggunakan

peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah mesti

dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan persetujuan

Pegawai Pengawal sebelum diangkat untuk kelulusan Perbendaharaan

Malaysia. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian

Kewangan (Cawangan Bajet) tidak kurang daripada 14 hari bekerja

sebelum tarikh perjalanan.

9.7 Bahagian Kewangan tidak akan mengemukakan permohonan

perjalanan rasmi ke luar negara untuk kelulusan Pegawai Pengawal

sekiranya:-

i. permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan;

ii. permohonan tidak disertai dokumen yang lengkap;

iii. peruntukan jabatan/bahagian yang tidak mencukupi; dan

iv. perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.

9.8 Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal akan

menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan boleh dikenakan

tindakan tatatertib.

10.0 PENUTUPAN AKAUN

10.1 Ketua Jabatan yang tidak menepati tahap varian yang dipersetujui di

dalam Perjanjian Program bagi tahun 2011 dikehendaki menyediakan

Laporan Pengecualian kepada Bahagian Kewangan berdasarkan

kepada PP Bil. 2 Tahun 2009 selewat-lewatnya pada 1 Februari 2012

untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia.

Page 18: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf
Page 19: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

Salinan Kepada : Dalaman : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia SUSK Menteri Pelajaran Malaysia SUSK Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Luaran : Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Belanjawan Tingkat 7, Blok Utara Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA Akauntan Negara Malaysia Pejabat Akauntan Negara Malaysia Aras Eksekutif Tingkat 8, Blok 2G1A Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara (Cawangan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 9, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Page 20: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

LAMPIRAN A

Senarai Aktiviti di bawah Program One-Off

Bil. Butiran Aktiviti

1. 080100 Bertugas Di Luar Negara

2. 080200 NKRA : Education

3. 080300 MBMMBI

4. 080400 Perluasan Program Vokasional dan Kemahiran

5. 080500 Kenderaan/Jentera Bermotor

6. 080600 Harta Modal-Harta Modal Yang Lain

7. 080700 Penyelenggaraan Sekolah dan Asrama

8. 080800 Penyelenggaraan Bangunan

9. 080900 Tanah dan Pembaikan Tanah

10. 081000 Penyelenggaraan Genset

11. 081100 Penyelenggaraan Telaga Tiub

12. 081200 Penyelenggaraan Solar Hibrid

13. 081300 Elaun Murid Berkeperluan Khas

14. 081400 Bantuan Geran Perkapita

15. 081500 Bantuan Kokurikulum

16. 081600 Bantuan Sukan

17. 081700 Yuran Khas Sekolah

18. 081800 Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh

19. 081900 Bantuan Makanan Asrama

20. 082000 Rancangan Makanan Tambahan

21. 082100 Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform

22. 082200 Perjalanan dan Pengangkutan Murid

23. 082300 Bantuan Jaket Keselamatan

24. 082400 Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan

25. 082500 Bantuan Makanan Prasekolah

26. 082600 Bantuan Geran Perkapita Prasekolah

27. 082700 Emolumen Kakitangan Kontrak

28. 082800 Pembelian Buku Teks

29. 082900 NKRA: Low Income Household

30. 083000 Program Susu 1Malaysia

Page 21: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

LAMPIRAN B

Senarai Aktiviti dan Jenis Sekolah

Bil. Aktiviti Jenis Sekolah

1. Rendah Sekolah Rendah Harian

2. Menengah Sekolah Menengah Harian

3. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik / Vokasional

4. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kecemerlangan

5. Bahagian Pendidikan Islam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

6. Bahagian Pendidikan Khas Sekolah Pendidikan Khas

7. Bahagian Sukan Sekolah Sukan

8. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Sekolah Seni

Page 22: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

LAMPIRAN C

PENYELARAS JPKA DI KPM

Penyelaras JPKA di peringkat Bahagian, KPM

Penyelaras Bahagian

1. Bahagian Kewangan Bahagian-bahagian di bawah Pengurusan Kementerian.

2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

1. BPPDP 2. Bahagian Buku Teks (BBT) 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 4. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) 5. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) 6. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

3. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

1. BPG 2. Pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) 3. Institut Aminuddin Baki (IAB) 4. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

1. BPSH 2. Bahagian Pelajaran Swasta (BPS) 3. Bahagian Pendidikan Islam (BPI) 4. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) 5. Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) 6. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama

Penuh/Kluster (BPSBP) 7. Bahagian Sukan (BS) 8. Bahagian Seni dan Kokurikulum (BSK)

Page 23: arahan pegawai pengawal kpm 2011.pdf

LAMPIRAN C

Penyelaras JPKA di peringkat JPN/Institusi Pendidikan

Bil. Penyelaras Jabatan/ Institusi Pendidikan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

BKew

JPN

BPTV

BPKhas

BSSK

BPI

BPSBP

BM

BTP

BPG

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

PPD/ Sekolah PTJ Harian

Sekolah Menengah Teknik & Vokasional

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Sukan dan Seni

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kolej Matrikulasi

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Institut Pendidikan Guru