aplikasi-penggunaan-cdrom.pdf

12
ARTIKEL ILMIAH APLIKASI PENGGUNAAN CD-ROM DI SEKOLAH SENI MALAYSIA, KUCHING, SARAWAK Ditulis oleh: Mira Faizura binti Narawi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) Kolej Komuniti Mas Gading

Upload: noorfatilah

Post on 10-Apr-2016

17 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

ARTIKEL ILMIAH

APLIKASI PENGGUNAAN CD-ROM

DI SEKOLAH SENI MALAYSIA,

KUCHING, SARAWAK

Ditulis oleh: Mira Faizura binti Narawi

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) Kolej Komuniti Mas Gading

Page 2: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

2

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan aplikasi penggunaan CD-

ROM di sekolah. Kajian telah dibuat di kalangan pelajar tingkatan 1-3 dan guru-guru di

Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak. Berdasarkan temuramah yang telah dilakukan

kepada beberapa orang guru, terdapat pro dan kontra aplikasi penggunaan CD-ROM di

dalam kelas. Walau bagaimanapun, para guru menyimpulkan aplikasi CD-ROM semasa

proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam kelas telah mewujudkan satu suasana

baru yang lebih ‘hidup’ dan ceria dengan penglibatan pelajar yang lebih aktif dan

bersemangat.

PENGENALAN

DEFINISI CD-ROM

Menurut buku “Digital Creativity” karangan Bruce Wands, (2002) CD-ROM adalah

sejenis cakera optik yang mampu menyimpan jumlah data yang besar - sehingga kepada

1GB, walaupun saiz yang paling biasa adalah 650MB (megabait). Satu CD-ROM mempunyai

kapasiti penyimpanan 700 cakera liut, memori yang cukup untuk menyimpan kira-kira

300,000 muka surat teks. Untuk membaca CD, kita memerlukan pemain CD-ROM. Semua

ROM CD-mematuhi saiz dan format standard, jadi kita boleh memuatkan apa-apa jenis CD-

ROM ke dalam mana-mana pemain CD-ROM. Di samping itu, pemain CD-ROM boleh

memainkan CD audio, yang berkongsi teknologi yang sama.

Sejarah dan Peranan CD-ROM

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah multimedia telah

lama diguna-pakai di sekolah. Penggunaan CD-ROM ternyata telah membantu para guru

untuk mendidik generasi era IT dewasa ini.

Page 3: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

3

CD-ROM dikategorikan sebagai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu mengikut sukatan pelajaran,

berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada sesuatu bidang atau topik. Perisian

CD-ROM yang menggunakan teknik visual, animasi, video dan audio ini memudahkan teknik

pembelajaran di sekolah. Ia bukan saja membantu guru untuk mengajar bahkan menambah

minat pelajar untuk belajar.

Menurut guru di Sekolah Seni Malaysia, Kuching Sarawak, Cik Maisarah Drahim,

penggunaan CD-ROM di sekolah itu memang digunakan sejak sekolah itu beroperasi pada

tahun 2007. Beliau mengatakan penggunaan CD-ROM di sekolah ini secara tidak langsung

menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya penggunaan visual dan audio yang boleh

memancing pelajar untuk lebih konsentrasi di dalam kelas. Dengan adanya aplikasi

penggunaan CD-ROM ini turut membantu guru untuk mudah memahamkan pelajar dalam

sesuatu tajuk yang diajar dan melahirkan pelajar berseni yang jugak celik teknologi IT.

Perisian CD-Rom

Hasil kajian yang telah dibuat melalui kaedah internet, laman web Webopedia

mengatakan CD-ROM memiliki kapasiti penyimpanan sebanyak 1000 hingga 1200 megabites.

Oleh kerana kapasitinya yang besar maka CD-ROM turut menjadi salat satu alternatif untuk

menyimpan dan menyebar multimedia. Penyebaran produk multimedia ini boleh dilakukan

melalui CD-ROM. Pemacu CD-ROM boleh memindahkan data pada kadar 150K/sesaat. Oleh

itu, pemacu 40X CD-ROM berupaya menyampaikan 40 kali 150Kb/sesaat, atau 6MB data

sesaat.

Selain itu, CD-ROM juga berupaya untuk memuatkan bahasa pengaturcaraan yang

boleh menyediakan keupayaan multimedia seperti Visual Basic dan Delphi yang mengambil

pendekatan berorientasikan objek kepada pembangunan perisian yang membenarkan

kawalan media ke dalam aplikasi program tersebut. Misalnya, Visual Basic menyediakan MCI

(Media Control Interface) yang boleh mengawal dan memainkan format fail media di dalam

aplikasi perisian seperti WAV atau bunyi MIDI, video digital, animasi, dan audio CD.

Page 4: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

4

Latar Belakang Sekolah Seni Malaysia, Kuching,Sarawak

Menurut pengetua Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak, Dr. Sulhi Hj Lamat,

sekolah ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula beroperasi pada

tahun 2007 di Jalan Demak, 93050 Kuching. Terdapat dua buah Sekolah Seni di Malaysia iaitu

satu terletak di Johor Bahru dan kedua di Kuching, Sarawak. Sekolah ini menggunakan model

kurikulum yang telah dipilih oleh Majlis Mesyuarat JK Kurikulum Pusat (CCC) yang

membolehkan pelajar mendapat pendedahan asas kesenian yang luas selama tiga tahun

dalam keempat-empat bidang kesenian. Penilaian Sekolah Seni Malaysia menggunakan

prinsip 60:40 di mana 60% waktu kesenian dan 40% waktu akademik. Jadual waktu di

sekolah pula mempunyai 3 fasa iaiatu Fasa I (7.30 – 10.00 pagi), Fasa II (10.30 pagi – 1.10

petang) dan Fasa III (2.20 – 4.20 petang).

Mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar ialah Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/Moral, Sivik, Sejarah dan Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan Pendidikan Kesenian. Pendidikan Kesenian merangkumi

Seni Visual, Muzik, Tari dan Teater. Pelajar-pelajar akan memilih jurusan pengkhususan

masing-masing apabila menjejakkan kaki di Tingkatan 4 di mana mereka boleh memilih salah

1 jurusan yang telah dipelajari semasa di Tingkatan 1-3 dalam subjek Pendidikan Kesenian.

Pelajar akan mendalami lebih mendalam dalam jurusan masing-masing ketika berada di

Tingkatan 4 dan 5.

OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengetahui tahap keberkesanan CD-ROM dalam meningkatkan pemahaman

pelajar

2.2 Mengenalpasti kebaikan dan keburukan penggunaan CD-ROM sebagai alat

bantu mengajar

2.3 Mengkaji minat pelajar dalam penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran

mereka

Page 5: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

5

2.4 Meninjau prasarana dan peralatan yang disediakan untuk kegunaan CD-ROM

2.5 Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru terhadap penggunaan CD-ROM

dalam pengajaran.

PERMASALAHAN KAJIAN

i. Penggunaan CD-ROM yang tidak digunakan di dalam semua matapelajaran

ii. Penguasaan guru yang tidak mencukupi dalam penguasaan penggunaan CD-

ROM

iii. Para guru tidak diberi kesedaran kepentingan dan kebaikan penggunaan CD-

ROM dalam pembelajaran

SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak. Kajian ini melibatkan

guru dan pelajar sekolah tersebut dalam keberkesanan aplikasi penggunaan CD-ROM

dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Fokus kajian adalah kepada

para pelajar dan para guru yang dibekalkan dengan CD-ROM di dalam pembelajaran

mereka. Tumpuan kajian untuk melakukan kajian di sekolah ini sepadan dengan

objektif kajian iaitu untuk mengetahui tahap keberkesanan CD-ROM dalam

meningkatkan pemahaman pelajar, mengenalpasti kebaikan dan keburukan

penggunaan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar,mengkaji minat pelajar dalam

penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran mereka, meninjau prasarana dan

peralatan yang disediakan untuk kegunaan CD-ROM dan menyelidik masalah yang

dihadapi oleh guru terhadap penggunaan CD-ROM dalam pengajaran.

Page 6: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

6

HALANGAN

i. Tidak mempunyai guru yang mahir dalam penggunaan CD-ROM

ii. Lambat untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana guru tiada kepakaran

dalam penggunaan CD-ROM

iii. Prasarana dan kemudahan yang tidak mencukupi bagi penggunaan CD-ROM

ANDAIAN

i. Penggunaan CD-ROM masih digunakan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,

Sarawak

ii. Penggunaan CD-ROM membantu pelajar untuk lebih mudah faham dalam

pelajaran

iii. Penggunaan CD-ROM berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran

iv. Penggunaan CD-ROM dapat membantu guru dalam pengajaran terutama

subjek matematik dan sejarah

KEPENTINGAN KAJIAN

i. Mengenal pasti masalah yang timbul dalam penggunaan CD-ROM di Sekolah

Seni Malaysia, Kuching, Sarawak.

ii. Membantu guru dalam mengenal pasti masalah yang menghalang

keberkesanan penggunaan CD-ROM dengan lebih berkesan

iii. Membantu pihak sekolah untuk mendapatkan prasarana dan kemudahan

yang mencukupi

KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, dua kaedah telah digunakan iaitu kaedah primer dan kaedah

sekunder. Kaedah primer yang telah digunakan ialah melalui kaedah temubual dan kaedah

pemerhatian. Kaedah sekunder yang digunakan pula ialah melalui pembacaan buku-buku di

perpustakaan dan juga internet.

Page 7: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

7

DATA PRIMER

(i) Temuramah

Sesi temuramah telah dilakukan kepada beberapa orang guru di Sekolah Seni

Malaysia, Kuching, Sarawak. Kajian ini dilakukan pada 23 Oktober 2012.

Temuramah telah dilakukan kepada Encik Reduan bin Taha yang merupakan

salah seorang tenaga pengajar di sekolah itu dan juga merupakan Ketua Bidang

Seni Muzik. Selain itu juga, temuramah juga telah dilakukan kepada guru

Sejarah di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak, iaitu Cik Maisarah binti

Drahim. Cik Maisarah telah berkhidmat sebagai guru sejarah selama 3 tahun di

sekolah tersebut. Di samping itu, temu ramah turut di lakukan kepada guru

subjek ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan, Puan Hafida binti Razi.

Beliau telah berkhidmat sebagai guru ICT selama 5 tahun. Beliau juga

mempunyai pengalaman sebagai pensyarah di kolej swasta di bandar Kuching,

Sarawak. Temuramah ini dilakukan terhadap mereka untuk menanya pendapat

mereka tentang penggunaan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar di dalam

kelas.

(ii) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian turut digunakan untuk menjayakan kajian ini. Kaedah

pemerhatian ini telah dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak.

Pemerhatian telah dilakukan dari kelas ke kelas semasa proses pelajaran dan

pembelajaran (P&P) .Pemantauan ini dilakukan untuk meninjau sama ada guru

di sana masih lagi menggunakan kaedah CD-ROM sebagai alat membantu

mengajar atau tidak. Selain itu, pemantauan juga bertujuan untuk meninjau

tindak balas daripada pelajar dan keberkesanannya.

Page 8: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

8

DATA SEKUNDER

(i) Bahan Rujukan

Kajian yang telah dibuat melalui bahan bacaan dan risalah-risalah mengenai

pembelajaran menggunakan multimedia cd-rom di Sekolah Menengah

Kebangsaan Kampong Soeharto telah dibuat di beberapa perpustakaan.Kajian

melalui teknik bacaan ini telah menambahkan lagi maklumat yang dicari dan

memudahkan pencarian maklumat.

Pustaka Negeri Sarawak

Perpustakaan Kolej Komuniti Mas Gading

(ii) Internet

Selain daripada teknik kajian melalui teknik temubual, pemerhatian dan

rujukan, teknik mencari maklumat dari kaedah lawan web ataupun internet

turut digunakan.

SOROTAN KAJIAN

Teori ‘Quantum Learning’ menyatakan bahawa bahawa manusia memiliki potensi

untuk berkembang (potential to growth) yang hampir tidak terbatas.Teori inilah yang diguna

pakai oleh kerajaan untuk memastikan pendidikan di malaysia tidak ketinggalan.Remaja

zaman generasi Y ini lebih mudah tertarik dengan gadget dan teknologi multimedia.Seperti

mengikut edaran masa,pihak kementerian pendidikan telah menambah baikkan tahap

pembelajaran di sekolah.

CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh

pendidik. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat pengganti buku teks. Perisian CD-ROM boleh

dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan

interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan

atau capaian internet.

Page 9: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

9

Menurut Mohd.Khalit Othman & Siti Asiah Ishak (2003), CD-ROM adalah antara alat

yang menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar yang

bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan). Berbeza dengan

konsep monomedia yang mengadaptasikan satu media sahaja, CD-ROM dapat

menggabungkan lebih dari satu elemen dan biasanya ke semua elemen ini akan

diintegrasikan.

Menurut buku “Digital Creativity” karangan Bruce Wands,(2002) kajian mendapati,

manusia menyimpan ingatan 10% daripada apa yang dilihatnya seimbas, 40% daripada apa

yang didengari, dan melonjak sehingga 75% jika melihat, mendengar sambil berinteraksi.

Menurut Cik Maisarah binti Drahim, guru Sejarah di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,

Sarawak, penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran di sekolah merupakan satu transformasi

yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.

Kaedah ini sangat bagus dan sangat membantu semasa proses pembelajaran terutamanya

dalam subjek Sejarah yang dianggap membosankan. Penggunaannya di dalam kelas

menambah lagi minat pelajar untuk belajar dengan adanya penggunaan video, visual dan

audio.

Menurut Puan Hafida binti Razi, guru ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan,

dia berpendapat ada baik dan buruknya penggunaan CD-ROM di dalam kelas sebagai alat

mengajar. Perkara baiknya ialah alat ini boleh membantu guru untuk mengajar dan dengan

menggunakan animasi dan visual grafik dalam pembelajaran menarik minat pelajar untuk

belajar. Perkara buruknya pula ialah sukar untuk pelajar mengaplikasikan benda yang di ajar

ke dalam pembelajaran. Dia memberi contoh dalam subjek ICT, apabila aplikasi video

digunakan, mereka sukar untuk mengaplikasi daripada teori ke amali berbanding apabila

guru membuat demonstrasi di depan dan apabila tidak faham mereka boleh terus bertanya.

Perkara ini dikesan pada pelajar-pelajar yang lambat menangkap sesuatu yang diajar kepada

mereka.

Page 10: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

10

Namun begitu, dia juga menegaskan bahawa penggunaan CD-ROM di dalam kelas

hanya sebagai alat sampingan untuk mengajar. Kaedah pembelajaran secara manual lebih

berkesan berbanding dengan menggunakan alat bantuan lain tetapi dia juga tidak menafikan

dengan wujudnya penggunaan alat bantuan boleh menarik minat pelajar untuk belajar lebih-

lebih lagi pelajar zaman IT ini yang suka dengan multimedia.

Menurut Encik Rojali Yusin, jurulatih Muzik di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,

Sarawak, penggunaan CD-ROM di dalam pembelajaran pelajar di sekolah adalah satu kaedah

yang sangat bagus. Hal ini kerana, penggunaan CD-ROM yang berkonsepkan penggunaan

multimedia boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Ini kerana remaja zaman sekarang

sememangnya lebih tertarik dengan kaedah multimedia daripada cara penggunaan yang

hanya menggunakan buku teks. Pelajar juga akan berasa seronok dengan penggunaan

aplikasi multimedia dalam pembelajaran mereka dan secara tidak langsung dapat

mengurangkan bosan belajar di dalam diri seseorang pelajar. Pembelajaran yang

menggunakan buku menyebabkan pemikiran pelajar beku dan tidak kreatif.

Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian boleh meningkatkan lagi

pengetahuan pelajar dalam sesuatu topik walaupun guru tiada di sisi. Ini memudahkan

pelajar untuk mendapat ilmu lebih dan tidak bergantung seratus peratus dengan ilmu dari

guru yang hanya diperolehi di kelas. Tempoh pembelajaran yang singkat tidak mencukupi

untuk pelajar memperoleh ilmu dengan adanya pelajar yang ramai dan tempoh yang singkat

untuk satu subjek.

Menurut Heirich R. (1993) dalam bukunya yang bertajuk “Instructional Media New

Technologies of Instruction,” komputer berkemampuan untuk mengurus dan mengawal

pembelajaran yang banyak. Kemampuan komputer yang boleh berinteraksi dengan manusia

membolehkan para guru untuk mengajar dengan cara yang lebih mudah dan menarik. Hasil

dari kaji selidik mendapati para pelajar meminati para pembelajaran melalui kaedah visual

iaitu kaedah CD-ROM. Kaedah pembelajaran yang menggunakan CD-ROM bukan sahaja

dapat membantu guru bahkan menambah minat pelajar untuk lebih meminati dalam

pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Irfan Naufal Umar (2004) yang mengatakan

penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar mencari maklumat dan menghubungkan bilik

Page 11: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

11

darjah dengan dunia nyata. Kajian turut dilakukan oleh Jasmy et al (2003) dan mendapati

10% pembelajaran didapati daripada hasil pendengaran dan 80% terhasil daripada apa yang

dilihat.

Menurut Shashaari dan Khalili (1994) multimedia merupakan satu kaedah terbaru

dalam teknologi maklumat yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat.

Pembelajaran didalam kelas merupakan satu contoh yang terbaik untuk menunjukkan

keberkesanan dalam penyampaian ilmu di sekolah. Kaedah pemerhatian yang telah

dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak telah membuktikan bahawa

penggunaan multimedia di sekolah boleh membantu guru untuk mengajar dan juga menarik

minat pelajar untuk belajar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan teknologi multimedia seperti CD-ROM secara tidak

langsung dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan

memberi peluang kepada para guru dan pelajar untuk mahir dalam menggunakan teknologi

multimedia. Persekitaran yang baru dalam P&P juga dapat diwujudkan melalui kaedah ini.

Pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan melalui kaedah pembelajaran seperti ini kerana

pelajar lebih tertarik dengan pembelajaran melalui kaedah multimedia seperti ini. Di

samping itu juga ini akan melahirkan generasi celik IT kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya dan aplikasi teknologi ini sangat sesuai diaplikasikan sejak di bangku sekolah lagi.

Page 12: APLIKASI-PENGGUNAAN-CDROM.pdf

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

12

BIBLIOGRAFI

Barbara Gross Davis (1993). Tools For Teaching. United States of America : HB Printing

Bruce Wands (2002). Digital Creativity. Techniques for Digital Media and The Internet : New

york, John Wiley & Sons,Inc.

Heirich .R (1993) . Instructional Media New Technologies of Instruction : New York Macmillan

Publishing Co.

Les Lloyd (2000). Teaching with Technology : Thinking Tradition : Medford, New Jersey,

Information Today,Inc.

O.Lecarme and R.Lewis (1975). Computer In Education. New York : North Holland Publishing

Company.

Stephen J Ball (1986).Sociology In Focus Education. Londan and New York : Longman

Thomas E.Scruggs and Margo A.Mastropieri (2006). Applications Of Research Methodology.

Amsterdam,The Netherlands : JAI Press.

(2009) Penggunaan Multimedia dalam Pembelajaran

forum.indiamuslim.com.my/viewtopic.php?f=4..

Maksud dan Penggunaan CD-ROM

http://www.webopedia.com/TERM/C/CD_ROM.html