aplikasi matematik dalam kehidupan seharian

Upload: hemanathan-harikrishnan

Post on 14-Apr-2018

1.222 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    1/12

    2

    2.0 APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

    Perkataan Matematik dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu

    "mathematics" yang berasal dari Yunani (mthma), yang

    bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk menjurus kepada maknayang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman

    klasik. Matematik atau disebut juga sebagai Ilmu Hisab boleh ditafsirkan sebagai suatu

    kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami

    sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama diketahui

    oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan digunakan sehingga

    masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh itu, pada hari ini dapatlah

    dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita

    mencakupi pelbagai aspek.

    Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara

    langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata pelajaran

    Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah sehingga peringkat

    menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka diajar dari asas sebelum

    melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang melibatkan keupayaan pemikiran

    individu. Semua orang tahu asas nombor dalam Matematik iaitu 1 hingga 9 kemudian

    menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya. Empat operasi kiraan melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi diajar kepada murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain

    itu, ilmu ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia.

    Contohnya dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Matematik. penjual dan pembeli

    perlu cara pengiraan yang betul untuk menjual dan membeli sesuatu. Nilai wang yang

    digunakan perlulah tepat supaya tidak berlaku salah faham.

    Masih banyak kegunaan matematik yang tidak kita rasakan secara langsung,

    mungkin kerana kita kurang peka terhadap peranan Matematik itu sendiri. Misalnya, ketika

    menunggu nyalaan lampu isyarat. Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana pengiraan masa

    nyalaan lampu hijau, merah dan kuning bagi setiap laluan agar tidak berlaku kesesatan lalu

    lintas. Kita juga sering kali akan terfikir, seandainya kita dapat lampu merah, mengapa untuk

    lampu lalu lintas berikutnya juga mendapat lampu merah. Begitu juga jika mendapat lampu

    hijau, kita turut akan mendapat lampu hijau pula pada lampu lalu lintas Tentu ini semua

    merupakan pengiraan yang memerlukan Matematik. Dalam hal masakan pula, untuk

    membuat kek memerlukan kita tahu konsep sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan kiraan

    sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan telur yang akan

    digunakan. Jika kiraan sukatan tepat maka terhasillah aduan dan rasa kek yang diingini.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunanihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Yunani
  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    2/12

    3

    Fungsi matematik seterusnya ialah bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu yang

    lain. Ilmu ini turut diaplikasikan dalam bidang seperti Sains, Seni, Muzik dan lain-lain lagi.

    Dalam cabang sains, matematik digunakan dalam eksperimen yang dijalankan yang

    memerlukan pengorganisasian data-data dan penyediaan maklumat statistik pengukuran

    bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Bagi pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu objekmemerlukan pengiraan mengikut formula yang betul seperti dalam hukum inersia dan

    hukum graviti. Peredaran dan putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah

    pengiraan yang betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji alam semesta atau astronomi.

    Penggunaan matematik turut berlaku dalam penentuan kiraan hari dan bulan untuk

    kalendar. Penghasilan lukisan seni visual juga ada yang menggunakan konsep geometri

    dalam matematik iaitu melukis cantuman bentuk-bentuk sekaligus menjadikan satu lukisan

    yang menarik. Sama juga dengan garisan, dan lengkukan yang dilukis. Justeru, ilmu

    matematik ini sememangnya merentasi aspek ilmu pengetahuan yang lain dan saling

    melengkapi.

    Penggunaan ilmu ini juga amat penting dalam bidang ekonomi. Ini diakui sendiri oleh

    ahli-ahli ekonomi. Bagi memahami analisis ekonomi, seseorang itu perlu celik matematik

    dan statistik. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak

    berasaskan kepada model matematik. Dalam sektor swasta pula, seorang pengurus sesuatu

    firma perlu tahu untuk menggunakan pendekatan matematik bagi merancang strategi firma

    yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil danmeminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga

    output dan kuantiti input yang ditetapkan. Malahan model struktur ekonomi boleh

    memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat

    pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pewujudan peluang

    pekerjaan, pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Oleh itu, dapat dilihat

    bahawa matematik amat sinonim dalam bidang ekonomi.

    Di sektor pembinaan dan pembangunan pula, peranan matematik turut digunakan.

    Semua pembinaan bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan skala dan ukuran yang betul

    dalam pelan sebelum menghasilkannya. Para arkitek dan jurutera sememangnya adalah

    pakar dalam bidang ini. contohnya, dalam pembinaan sesuatu bangunan perlu untuk tahu

    ketinggian bangunan sesuai dengan struktur permukaan bumi, ukuran untuk ruang yang

    diperlukan dalam satu-satu ruangan. Ukuran yang salah akan membawa kesan yang buruk

    kepada sesuatu pembinaan. Dalam perancangan bandar, ilmu ini penting juga bagi

    menjadikan sesebuah bandar itu strategic dan teratur keadaannya. Bandar yang terancang

    menyumbang kepada penambahan penduduk dan memberi keselesaan kepada mereka.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    3/12

    4

    Seiring dengan kemajuan yang dicapai terutamanya dalam bidang teknologi

    maklumat dan komunikasi (TMK) turut melibatkan penggunaan bidang matematik.

    Perkembangan matematik ini memunculkan peralatan moden seperti komputer. Matematik

    begitu biasa dengan pengiraan begitu juga dengan fungsi komputer yang boleh digunakan

    bagi mengira dan pada papan kekunci diletakkan angka 0 hingga 9 namun kini fungsikomputer telah pun banyak kegunaannya. Misalnya, bagi menghasilkan sesuatu perisian

    sistem ini perlu menggunakan nombor-nombor tertentu. Begitu juga dalam proses

    pemprograman data dan fail yang perlu. Sebenarnya, masih banyak lagi sumbangan

    matematik dalam perkembangan TMK yang merupakan dasar ilmu komputer.

    Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil

    seni dilukis dan dibina. Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang

    tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur, tanpa adanya matematik maka, tiadalahjurutera dan arkitek nya yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan

    peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan

    siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang menjanjikan

    pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik yang tinggi.

    Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang

    layak dipohon oleh seseorang individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk

    membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya

    seseorang individu.

    Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi

    kepentingannya yang tersendiri kepada individu. Seperti yang kita tahu dalam kehidupan

    seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian.

    Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap saat?

    Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan

    perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara.

    Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiranmanusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang memberi keselesaan dalam

    kehidupan . Seperti yang kita tahu, setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti

    mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan

    sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti

    sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita.

    Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan

    manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang

    menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George

    Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    4/12

    5

    matematik yang bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah

    yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian.

    Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan

    seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan

    lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk

    menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan, seorang penjual

    aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan

    yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak boleh mengira secara pantas? Itulah

    kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama,

    penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia berurus niaga

    dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang berharga pelbagai

    harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang disaluti coklat rangup yangberharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini

    seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling

    diperlukan untuk dipulangkan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual aiskrim

    sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan. Ramai peniaga peniaga yang

    wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya. Itulah

    kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan

    selalu.

    Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan teori

    malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin

    penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui pendekatan

    penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan. Penyelesaian masalah dan

    mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang lebih baik

    dari pengajaran kemahiran tanpa konteks tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai

    khusus sebagai salah satu cara untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan

    kemahiran yang telah diperoleh.

    Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati

    matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan

    kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian

    masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi

    kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupan sehari-hari. Selain

    itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan masalah

    tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari kehidupan mereka.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    5/12

    6

    Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan

    ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup

    manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang diurus secara

    langsung oleh setiap individu yang menghadapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang

    semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesandaripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga

    minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang

    dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang

    boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaan diri kita perlu mengelakkan dan

    merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan

    membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan seharian

    ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak mengalami kejutan

    budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang berkualiti dari segi intelek.

    Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan

    pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di

    dunia ini? Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang

    sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupan seharian dengan

    kewujudan Matematik dalam kehidupan dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan

    manusia. Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh dunia.

    Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zamanKesultanan Melayu Melaka di mana pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah

    Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang lalu, mereka hanya

    menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka.

    Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkan lagi bank di dalam

    dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang

    kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik,

    kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh itu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yang

    membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untuk

    melakukan kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif di dalam

    dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini

    membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah

    dan tolak.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    6/12

    7

    Apa yang dapat disimpulkan di sini, Matematik adalah satu subjek yang wajib

    dididik kepada kanak - kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin

    membesar, semakin banyak diguna pakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahaja itu,

    desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana

    teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalamkehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak. Matematik ini pasti

    akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasan intelek

    seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yang berguna

    pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat besar dalam

    proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan

    kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundur lah pembangunan manusia, pincang

    pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

    Kesimpulannya, peranan matematik sememangnya penting dalam kehidupan

    manusia. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai kemahiran dalam ilmu ini terutama bagi

    murid-murid yang mesti diajar konsep dan asas matematik dengan betul. Ada pepatah

    mengatakan "sesiapa yang menguasai matematik dan bahasa maka ia akan menguasai

    dunia". Ertinya matematik sebagai media melatih untuk berfikir kritis, inovatif, kreatif, dan

    mampu menyelesaikan masalah, sedangkan bahasa sebagai media menyampaikan idea-

    idea atau gagasan serta yang ada dalam fikiran manusia.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    7/12

    8

    3.0 Menghasilkan Blog Matematik Yang Menunjukkan Ciri Kreatif, Berinovasi Dan

    Penggabungan Pelbagai Unsur Berdasarkan Story Board.

    My blog : http://mathsoo.blogspot.com/

    Dicipta : 16-08-2013

    Tajuk : Aplikasi Nombor dalam Kehidupan Seharian

    Kepentingan nombor dalam kehidupan seharian

    Sudut pembelajaran matematik dengan paparan video

    Permainan online untuk kanak-kanak

    http://mathsoo.blogspot.com/http://mathsoo.blogspot.com/http://mathsoo.blogspot.com/
  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    8/12

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    9/12

    10

    Akhir kata, Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah membina blog

    interaktif pembelajaran matematik. Pada pandangan saya yakin bahawa saya telah

    membina blog ini dengan pelbagai penggunaan iaitu sebagai medium permainan matematik,

    medium pembelajaran matematik dan medium yang mencari maklumat matematik. Pelbagai

    laman web yang saya link demi membantu guru atau pelajar untuk mencari ilmu matematik.Sebagai bakal guru pemulihan khas, saya banyak mempelajari tentang pembinaan blog.

    Saya juga berasa syukur kerana menjadi seorang guru pemulihan kerana dapat melahirkan

    pelajar yang lemah kepada pelajar yang cemerlang. Di sini saya berjanji akan

    mengaplikasikan kesemua ilmu yang saya pelajari dalam p&p saya demi melahirkan pelajar

    yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    10/12

    11

    RUJUKAN

    Dari Buku

    Abdul Aziz Abdul Talib.(1993).Menguji Kemahiran Matematik, Prinsip, Teknik dan

    Contoh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Albert Bandura. (1962 ). Social Learning through Imitation. University of Nebraska Press:

    Lincoln, NE

    Abdul Rashid. (1992).Kaedah Pengajaran Matematik. Selangor:Percetakan Polygraphic

    Sdn. Bhd.

    Ahmad Rafaai Ayudin.(2002). Pedagogi Pengetahuan Didaktik Untuk Guru.

    Selangor : Penerbitan Salafi

    Cooper &Allen .(1971). Aplication of matehematics in science(5 rd. Ed). Ilionois : Addison.

    David Berlo.(1996). The Effective Teaching of Maths Arts. Singapore : LTS

    Publications.

    Edgar Dale . (1964). On communicative Competence.Philadelphia :

    University of Pennsylvania Press.

    Edward Lee Throndike(1964).Maths and virtual learning(2nd Ed).London :Taylor &Francis

    Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II, pelaksanaan pengajaran. Shah Alam : Percetakan

    Polygraphic (M) Sdn. Bhd.

    Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi edisi ke-2. Kuala Lumpur: : Percetakan Yik Wah

    Mat Nor Husin & Ad Rahman Ab Rashid.(1992). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

    KBSM. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn .Bhd.

    Marie Jean Low.(1998). Pedagogi Bahasa : Perkaedahan. Kuala Lumpur : Kumpulan

    Budiman Sdn.Bhd.

    Morison.(1995).Mathematics Learning Strategies : What every teacher should know

    .New York : Prentice Hall

    Noraziah Abdul Hamid.(1981).Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa.

    Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn .Bhd.

    Kamaruddin Hj Husin.(1995). Pedagogi Bahasa. Siri Pendidikan Longman.

    Selangor : Longman.

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    11/12

    12

    Kementerian Pendidikan Malaysia.(1986). Sukatan Pelajaran Pendidikan Matematik

    (KBSR) . Sekolah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur : PPK

    Kohler (1913). Dynamics in psychology. New York : Liveright.

    Mat Nor Hussin, Normah Abdullah, Marzuki Nyak Abdullah. Kaedah Pengajaran Bahasa

    Malaysia KBSM. Longman Malaysia

    Pusat Perkembangan Kurikulum.(1986).Pendidikan Pemulihan.

    Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur.

    Paintal.(1980).Social, Psychology in Second Language.London: Edward Arnor.

    Journal

    Balu A/L Murugan.(2012). Menggunankan PERMAINAN STESESN TRAIN Semasa Set

    Induksi Menarik Minat Para Pelajar. Jurnal Pendidikan 27(1), 133-135.

    Deva Ranjini A/P Satiwill (2012). Menulis Ayat Matematik Yang Betul Bagi Mewakili

    Masalah Berbentuk Cerita Dengan Penggunaan The Model And Solve Approach

    Dengan Bantuan Jadual Kata Kunci Berhubungkait Dengan Operasi Asas Matematik.

    Jurnal Pendidikan 27(1),121-123.

    Halimah binti Wahah.(2009). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3

    Menguasai Operasi Tolak Dalam Lingkungan 50 Dengan Mengumpul

    Semula.Jurnal Pendidikan 6(1),91-102.

    Mahaletchumy A/P Kumarasamy.(2012).Masalah Berbentuk Cerita dan Kaedah BUCK.

    Jurnal Pendidikan 27(1), 118-120.

    Mathani A/P Murugan (2012).Keberkesanan Kedah Penolakan Slider Ruler Dalam

    Membantu Murid Menyelesaikan Opersi Tolak Dua Nombor Sehingga Empat

    Dengan Pengumpulan Semula.Jurnal Pendidikan 27(1), 73 75.

    Nur Shazlina Binti Yussoff.(2009). Kaedah Pengajaran Operasi Penambahan Dalam

    Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid Slow Learner. Jurnal

    Pendidikan, 6(1), 172-179

    Parimala A/P Kaliappan (2012). Penggunaan Kaedah Permainan Untuk Meningkatkan

    Kemahiran Murid Dalam Menyatakan Secara Spontan Fakta Asas Tambah.

    Jurnal Pendidikan 27(1), 67- 69.

    Pechi Nathan A/L Radha Krishnan (2012).Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Membantu

  • 7/29/2019 Aplikasi Matematik Dalam Kehidupan Seharian

    12/12

    13

    Murid-Murid Tahun 4 Cekap Menguasai dan Memperkukuhkan Sifir 6,7,8,

    9.Jurnal Pendidikan 27(1), 76 78.

    Rajeswary A/P David Palani (2012).Penggunaan Kaedah Hasil Separa Bahagi Bagi

    Memperbaiki Kelemahan Murid Dalam Operasi Bahagi Yang Melibatkan

    Pembahagi Dua Digit. Jurnal Pendidikan 27(1), 91-93

    Sudesh Kumar A/L Sangaran (2012).Masa Dengan Kaedah Jam Minit Berlapis. Jurnal

    Pendidikan 27(1), 106 108.

    Thurga A/P Ramachendren (2012).Memperbaiki Kelemahan Murid Dalam Opersi Darab

    Yang Melibatkan Tiga Digit Dengan Dua Digit Dengan Menggunkan Kaedah

    Array.Jurnal Pendidikan 27(1), 79 81

    Dari Laman Web

    Allen dan Eve (1968).Childrens Behaviour..http://Children Behaviour of Notthingam /1989/07/16/.Dilayari pada 12 am 17 OGOS 2013.

    Mohd Isa bin Abd Razak. (2008).Dunia Pendidikan Matematik KBSM.http:/Matematik KBSM, Aritmetk dan Alogaritma .html. Dilayaripada 12.05am 17 OGOS 2013.

    Zakariah Abdul Rahman (1992 ). Pendidikan Psikologi.http://pEnDikan PsIKologi /1992/09/nota-penting-4-konsep-kaedah-pengajaran.html. Dilayari pada 12.34 18 OGOS 2013