aplikasi gis dalam bidang pendidikan

7
NAMA NO PEND ERMARENA BT SHUKRI 01PUT07F2016 MUHAMMAD ARIF B JAMAL 01PUT07F2017 ROSEMARIE ANDRIAS BT MAJAIS 01PUT07F2018 AZMIR B OTHMAN 01PUT07F2019 FOONG YUE KEONG 01PUT07F2020 PENSYARAH : PN NOOR ASILAH BT ABU HANIFFA TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2008 PENGENALAN

Upload: azmir

Post on 12-Jun-2015

1.901 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

NAMA NO PEND

ERMARENA BT SHUKRI 01PUT07F2016

MUHAMMAD ARIF B JAMAL 01PUT07F2017

ROSEMARIE ANDRIAS BT MAJAIS 01PUT07F2018

AZMIR B OTHMAN 01PUT07F2019

FOONG YUE KEONG 01PUT07F2020

PENSYARAH : PN NOOR ASILAH BT ABU HANIFFA

TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2008

PENGENALAN

Page 2: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

Pada era teknologi yang serba canggih dan berteknologi tinggi ini,masyarakat

banyak menggunakan dan memanipulasi maklumat untuk melaksanakan tugasan

seharian. Secara keseluruhannya GIS merupakan suatu sistem maklumat yang

berteraskan komputer. Ia mempunyai kemampuan untuk mengumpul, memperoleh,

menyimpan, menganalisis dan memaparkan data merujuk kepada data ruang dan

data atribut, yang mampu menyelesaikan permasalahan penyelidikan(R & D) yang

kompleks, perancangan dan penyelesaian masalah.

Di sini kita dapat melihat bahawa fungsi data ruang dan data atribut:

Data ruang = Data geografi = Data spatial

Data atribut = Data bukan ruang = Data geografi

Maklumat yang dikendalikan dengan menggunakan sistem maklumat (GIS)

merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian,

pengumpulan, penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi

menghasilkan maklumat yang boleh digunakan dalam proses menbuat keputusan.

Oleh itu, sistem maklumat adalah berasaskan satu pengubahan data bagi

menyediakan bantuan analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan.

Page 3: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

APLIKASI GIS DALAM BIDANG PENDIDIKAN KHUSUSNYA

DI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH PERAK

Kami telah mencadangkan satu pusat GIS di wujudkan di Politeknik Ungku

Omar. Pusat GIS ini bermanfaat kepada pengguna untuk mengatasi masalah

kesukaran mencari maklumat mengenai kedudukan setiap Jabatan yang terdapat di

sekitar kampus PUO.

Jabatan-jabatan yang terdapat di PUO ini ialah Jabatan Kejuruteraan Awam,

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan

Kejuruteraan Perkapalan, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Matematik , Sains Dan

Komputer. Melalui pengenalan setiap jabatan ini, pengguna dapat mengetahui

kursus – kursus yang ditawarkan pada setiap jabatan yang terdapat di Politeknik

Ungku Omar. Selain daripada pengenalan kursus, para pengguna boleh mengetahui

nama-nama pensyarah yang mengajar modul mengikut jabatan-jabatan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan aplikasi kajian ini, adalah untuk memudahkan pengguna, pelajar dan

pensyarah untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan di Politeknik Ungku

Omar. Dengan berasaskan peta PUO, pengguna dapat mengetahui jabatan- jabatan

yang terdapat di Politeknik serta kursus yang di tawarkan pada setiap jabatan dan

nama – nama pensyarah yang mengajar setiap modul di setiap jabatan.

Melalui Pusat GIS ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai

sesebuah jabatan dengan hanya “klik” pada jabatan yang di kehendaki. Contohnya,

“klik” pada Jabatan Kejuruteraan Awam , di situ akan terpapar kursus-kursus yang di

tawarkan iaitu Kursus Ukur Tanah, Kursus SeniBina, dan Kursus Kejuruteraan

Page 4: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)

KURSUS UKUR TANAHKURSUS SENI BINA

KURSUS KEJURUTERAAN AWAMSIJIL

DIPLOMA

Awam. Di sini, Pengguna boleh membuat pilihan tentang kursus yang dipilih, dengan

hanya “klik” pada kursus , dan akan di paparkan jenis kursus dan peringkat kursus

samada peringkat diploma mahupun peringkat sijil. Sebagai contoh, Kursus Ukur

Tanah apabila di “klik” akan terpapar kursus peringkat sijil manakala pengajian

peringkat Diploma hanya di tawarkan pada peringkat Intergrasi.

Rajah 1 : Menunjukkan contoh Informasi yang di paparkan setelah dipilih oleh pengguna.

Setelah paparan tentang kursus- kursus yang di tawarkan berserta dengan

peringkat kursus, di sini juga pengguna boleh mengetahui tentang maklumat pelajar

yang terdapat di dalam sesuatu kursus dan juga maklumat tentang pensyarah. Lihat

rajah 2

Page 5: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan
Page 6: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

KURSUS UKUR TANAHKURSUS SENI BINA

KURSUS KEJURUTERAAN AWAM

SIJILDIPLOMA

MAKLUMAT PELAJAR

MAKLUMAT PENSYARAH

Rajah 2 : Menunjukkan paparan maklumat pelajar dan pensyarah apabila pengguna

“klik” pada peringkat kursus yang dipilih.

DATA - DATA YANG DIGUNAKAN

Sumber data yang di gunakan adalah dari Pelan Politeknik Ungku Omar.

Dimana melalui pelan ini, kami dapat membuat pembahagian zon mengikut jabatan

masing-masing, iaitu data spatial bagi Pelan Puo dan Nama Jabatan manakala data

atribut di antaranya ialah Nama Kursus, Nama Pensyarah dan Nama Pelajar

sebagai contohnya.

Page 7: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

PERISIAN YANG DIGUNAKAN

Kami telah memilih perisian ARCVIEW 3.1 sebagai perintis kepada projek kami.

Antara kelebihan perisian ini adalah

Boleh membuat analisis

Lebih mudah digunakan

User friendly

Mampu menggabungkan data spatial dan data atribut

Themes yang digunakan

Data spatial - Melan Politaknik Ungku Omar

- Jabatan

Data atribut - Maklumat pelajar

- Maklumat pensyarah

- Kod Kursus

Page 8: Aplikasi Gis Dalam Bidang Pendidikan

KESIMPULAN

Kesimpulan yang telah diperolehi daripada aplikasi ini adalah GIS telah

memberi satu kesenangan kepada pengguna tentang kerja memperolehi maklumat

yang berkaitan di Politeknik Ungku Omar. Dengan adanya Pusat GIS ini, ia sedikit

sebanyak member manfaat kepada pengguna untuk mengatasi masalah kesukaran

mencari maklumat mengenai kedudukan setiap Jabatan yang terdapat di sekitar

kampus PUO. Para pengguna juga boleh mengetahui nama-nama pensyarah yang

mengajar modul mengikut jabatan-jabatan masing-masing. Kebolehan GIS dalam

menganalisis dan memaparkan maklumat menjadikannya sebagai alat bantuan yang

amat berguna dalam mempersembahkan maklumat yang penting di Politeknik Ungku

Omar. Dengan adanya GIS, segala maklumat boleh didapati dengan lebih senang

dan tepat dan ia juga akan membantu mempercepatkan proses pengajaran dan

pembelajaran.