aplikasi - mampuhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh...

32
APLIKASI e-Inspection Nama Kumpulan : V-Style Ahli kumpulan : 1. Sr Khairul Anaz bin Murat 2. Rohaida binti Ruslan 3. Muhamad Syafiq bin Nol Abidi

Upload: others

Post on 07-Dec-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

APLIKASI

e-Inspection

Nama Kumpulan : V-Style

Ahli kumpulan : 1. Sr Khairul Anaz bin Murat

2. Rohaida binti Ruslan

3. Muhamad Syafiq bin Nol Abidi

Page 2: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

1

KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 2

1.1.1 LATAR BELAKANG JABATAN 4

1.1.2 PIAGAM PELANGGAN 4

1.1.3 OBJEKTIF JABATAN 5

1.1.4 MAKLUMAT LAIN BERKAITAN 7

1.2 PENGENALAN INOVASI

1.2.1 TUJUAN PROJEK INOVASI 10

1.2.2 OBJEKTIF INOVASI 11

1.2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI 11

1.2.4 TEMPOH DAN PERINGKAT PELAKSANAAN 15

1.2.5 IMPLIKASI KEWANGAN 19

1.2.6 PENCETUS IDEA 19

1.2.7 ELEMEN KOLABORASI 20

1.2.8 KATEGORI INOVASI 20

1.2.9 INPUT HASIL INOVASI 20

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN 2.1 IMPAK SEBELUM 20 2.2 IMPAK SELEPAS 23

3. IMPAK INOVASI

PENDAPATAN MAJLIS & JABATAN 24 4. ELEMEN INOVASI

4.1 INOVASI/KREATIVITI 25

4.2 KEBERKESANAN 25

4.3 SIGNIFIKAN 26

4.4 RELEVAN 28

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA 29

6. PENUTUP

RUMUSAN 31

Page 3: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

2

1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

George Town telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh

UNESCO pada tahun 2008. Sebagai sebuah bandar bersejarah di Selat

Melaka yang bermula dari tahun 1786, ketika Francis Light mengasaskan

titik perdagangan British pertama di Pulau Pinang dengan aktiviti

perdagangan dengan pedagang dari India, China dan kepulauan Melayu.

Ketika itu, George Town telah mula berkembang pesat sebagai sebuah

bandar pelabuhan kolonial yang terkenal dengan aktiviti perdagangan.

Rajah 1: The Old Penang Tramp Map Year 1914

(Sumber : Perry-Castañeda Library Map Collection,

University of Texas at Austin)

Nama Pulau Pinang semakin meningkat naik sebagai sebuah hab

perdagangan entrepot dalam era penjajah British kerana kelebihan faktor

geografinya. George Town yang merupakan sebuah ibu negeri yang

terletak di hujung utara Malaysia, pada ketika itu dikenali dunia sebagai

sebuah pusat perdagangan yang terkenal.

Page 4: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

3

Rajah 2: Seni bina kolonial di Bandaraya George Town pada abad ke sembilan belas

(Sumber: Cheah Jin Seng, 2008; Neil Khor, Mariana Isa & Maganjeet Kaur, 2017)

Majlis Perbandaran Pulau Pinang ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di

bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pada 25 Jun 2010, Pihak Berkuasa

Negeri Pulau Pinang (PBN) telah bersetuju agar Majlis Perbandaran Pulau

Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

berpandukan kepada peruntukan di bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan

Tempatan 1976 (Akta 171).

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 November 2014 telah bersetuju dengan

cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan

MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu,

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa pada

1 Januari 2015. Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga

melibatkan penambahan terhadap 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap,

Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa

Pepejal & Permbersihan Awam.

Page 5: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

4

Rajah 3 : Majlis Pemasyuran dan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada tahun 2015

(Sumber : Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPP)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang

305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang

722,300 orang. MBPP merupakan sebuah organisasi yang menyediakan

perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau).

Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24

orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan

Tempatan 1976 dengan tempoh perkhidmatan selama setahun.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan sebuah organisasi yang

menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk

kawasan Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis secara langsung

turut mempengaruhi mutu hidup harian penduduk setempat.

Page 6: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

5

Rajah 4: Majlis Pelantikan Datuk Bandar, MBPP yang ke III pada 22.1.2018

(Sumber : Laman sesawang, MBPP)

Rajah 5: Majlis Penyerahan tugas kepada Datuk Bandar yang baru

(Sumber : Laman sesawang, MBPP)

Page 7: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

6

1.1.1 LATAR BELAKANG JABATAN

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta merupakan salah sebuah

jabatan yang bernaung di bawah MBPP. Peranan utama jabatan ini

adalah berkaitan dengan percukaian cukai taksiran dan pengurusan

sebahagian harta-harta milik majlis yang meliputi perumahan dan

penyewaan awam.

1.1.2 PIAGAM PELANGGAN

BIl. PIAGAM JABATAN

1. Semua harta baru akan siap ditaksir dalam tempoh 6 bulan (180 hari) dari tarikh penerimaan notis

2. Semua permohonan penukaran pemilikan akan diputuskan dalam tempoh 1 bulan

3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja

4. Semua permohonan untuk membuat pembetulan dalam senarai nilaian akan diputuskan dalam tempoh 1 bulan

5. Permohonan penyewaan hartanah majlis diputuskan dalam tempoh 1 bulan

6. Memperakukan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan kepada Jabatan Kawalan Bangunan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan memo dari Jabatan Kawalan Bangunan

7. Ulasan dan pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh 14 hari

8. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh 7 Hari dari tarikh penerimaan invois

9. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh 2 hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan

Page 8: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

7

1.1.3 OBJEKTIF JABATAN

BIL OBJEKTIF JABATAN

1. Menyedia, mengendali dan mengemaskini Senarai Nilaian

Semasa bagi semua pegangan yang boleh dikenakan cukai

taksiran;

2. Memproses bantahan cukai taksiran;

3. Memproses dan memperaku permohonan pengecualian dan

pengurangan bayaran cukai taksiran;

4. Menyediakan kajian penilaian semula;

5. Memberi perkhidmatan penilaian hartanah secara profesional

kepada Majlis untuk pelbagai tujuan termasuk pengambilan balik

tanah & mentadbir tanah Majlis dan mengurus bangunan Majlis

untuk tujuan penyewaan, pajakan, penjualan dan pembelian.

1.1.4 MAKLUMAT LAIN BERKAITAN

Merujuk kepada objektif jabatan, satu cetusan idea telah diilhamkan

oleh Sr Cheong Chee Hong selaku Pengarah Penilaian &

Pengurusan Harta pada ketika itu iaitu sekitar tahun 2016. Idea ini

tercetus bagi membantu mempercepatkan sebahagian proses kerja

dalam modul sistem e-Penilaian.

Rajah 6 : Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP

(Sumber : laman sesawang idirektori.gov.my)

Page 9: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

8

Aplikasi e-Inspection mula diperkenalkan pada awal tahun 2017

yang merupakan pelengkap kepada sistem e-Penilaian untuk tujuan

cukai taksiran. Aplikasi ini dibina bertujuan untuk membantu

kakitangan teknikal khususnya Pembantu Penilaian dalam

penyediaan laporan maklumbalas semasa kerja-kerja lawat periksa

ditapak. Laporan maklumbalas dan gambar harta subjek menerusi

aplikasi e-Inspection dimuatnaik secara serentak (real-time) dengan

menggunakan data internet terus ke sistem e-Penilaian. Pada masa

yang sama Penolong Pegawai Penilaian di pejabat dapat menerima

maklumat ini untuk digunakan dalam penyediaan laporan dan

penilaian.

Sistem e-Penilaian merupakan nadi utama dalam penentuan cukai

taksiran yang telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2013. Sistem

e-Penilaian ini telah dibeli pada tahun 2012 dengan kos berjumlah

RM1.2 juta. Pada peringkat awal pembelian, sistem e-Penilaian ini

gagal berfungsi dengan baik. Kebanyakan modul-modul yang

terdapat dalam sistem e-Penilaian yang asal gagal untuk berfungsi

dengan lancar mengikut prosedur yang ditetapkan oleh jabatan.

Oleh sebab demikian, sistem e-Penilaian ini telah melalui beberapa

fasa/ peringkat penambahbaikan dan modifikasi mengikut keperluan

dan kehendak jabatan sebelum dapat digunakan sepenuhnya.

Syarikat WiseCore Technology Sdn. Bhd. merupakan vendor utama

yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja penambahbaikan dan

penyelenggaraan sejak tahun 2012 hingga kini.

Setiap tahun jabatan telah memperuntukan bajet sekitar RM180 ribu

setahun untuk kerja-kerja penambahbaikan bagi memastikan sistem

ini sentiasa relevan dan menepati kehendak pasaran semasa.

Page 10: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

9

Rajah 7 : Surat pembelian sistem e-Penilaian sekitar tahun 2012

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Rajah 8 : kos pembelian sistem e-Penilaian bernilai RM1.2 juta

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 11: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

10

Berdasarkan kepada hasil semakan yang dijalankan adalah didapati

aplikasi e-Inspection ini masih belum lagi digunakan oleh mana-

mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dan Jabatan

Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP merupakan agensi kerajaan

pertama yang memperkenalkan dan menggunakannya bagi tujuan

cukai taksiran.

1.2 PENGENALAN INOVASI

1.2.1 TUJUAN PROJEK INOVASI

Proses lawatperiksa di tapak merupakan salah satu prosedur dalam

penilaian cukai taksiran. Lawat periksa bermaksud suatu

pemeriksaan fizikal yang terperinci mengenai semua aspek tanah,

perihal bangunan termasuk lokasi dan kedudukan premis yang

dinilai bagi tujuan percukaian tersebut.

Sebelum penggunaan aplikasi e-Inpection diperkenalkan di jabatan

ini, tugas seorang Pembantu Penilaian sebelum proses lawat

periksa dijalankan ialah dengan menyediakan persiapan peralatan-

peralatan yang penting dan perlu dibawa bagi memastikan tugas

lancar di tapak. Walau bagaimanapun, selepas penggunaan aplikasi

e-Inspection diperkenalkan, aplikasi ini telah banyak membantu

tugas kakitangan teknikal semasa lawat periksa dijalankan dimana

Pembantu Penilaian tidak perlu lagi membawa peralatan- peralatan

seperti pita ukur, fail, kamera, pelan berkaitan dan alat tulis.

Page 12: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

11

1.2.2 OBJEKTIF INOVASI

Objektif utama penubuhan inovasi ini adalah seperti berikut :

i) Memperkasakan penggunaan ICT diperingkat jabatan dan

majlis.

ii) Memastikan tempoh KPI yang ditetapkan dapat dicapai

sepenuhnya dengan penggunaan aplikasi yang mesra

pengguna (user friendly).

iii) Melaksanakan penggunaan aplikasi yang mudah,

menjimatkan masa dan senang untuk digunakan.

iv) Memudah dan membantu penyediaan laporan secara

serentak (real time) semasa kerja-kerja lawat periksa di tapak

dijalankan.

v) Merancang penambahbaikan dalam sebahagian modul

dalam sistem e-Penilaian mengikut permintaan dan keperluan

dari masa ke semasa.

1.2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

Rungutan dan keluhanan oleh Pembantu Penilaian semasa kerja-

kerja lawat periksa ditapak telah menjadi sumber inspirasi dalam

pewujudan sebuah aplikasi yang mesra pengguna (user friendly).

Persediaan peralatan seperti fail, kamera digital, alat tulis dan pelan

bangunan yang perlu dibawa setiap kali proses lawat periksa telah

menjadi salah satu sebab aplikasi ini diperkenalkan kepada

kakitangan teknikal. Aplikasi e-Inspection ini menjadi pelengkap

kepada sistem e-Penilaian dalam kerangka utama untuk proses

penilaian cukai taksiran.

Page 13: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

12

Rajah 9: Paparan muka utama sistem e-Penilaian

(Sumber : Rekod Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Sistem e-Penilaian digunakan sepenuhnya oleh jabatan ini mulai

dari tahun 2013 hingga kini dan merupakan satu sistem yang

lengkap dan terperinci untuk penilaian cukai taksiran. Oleh yang

demikian, semua proses kerja yang dilaksanakan menerusi sistem

ini telah dijalankan secara sistematik dan telah dapat mengurangkan

penggunaan kertas secara menyeluruh (paperless). Modul-modul

yang terdapat dalam sistem e-Penilaian adalah seperti yang

ditunjukkan di rajah 10 berikut :

Page 14: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

13

Rajah 10 : Modul-modul dalam sistem e-Penilaian

(Sumber : Rekod Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Merujuk kepada rajah 10 di atas, penggunaan aplikasi e-Inspection

terletak di dalam Modul Penilaian iaitu dibawah skop Penilaian

Semasa Kadaran.

Rajah 11: Ikon dan paparan pertama aplikasi e-Inspection

(Sumber : Rekod Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 15: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

14

Peringkat penggunaan aplikasi e-Penilaian dalam proses kerja cukai

taksiran adalah dengan merujuk kepada Rajah 12 seperti berikut :

Rajah 12 : Carta Alir Proses Cukai Taksiran

(Sumber : Manual Prosedur Kerja,

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Peringkat

Penggunaan

Aplikasi

e-Inspection

Page 16: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

15

1.2.4 TEMPOH DAN PERINGKAT PELAKSANAAN

Aplikasi e-Inspection telah dibangunkan pada awal tahun 2016 oleh

Syarikat WiseCore Technology Sdn. Bhd. iaitu susulan dari

cadangan penambahbaikan oleh Pengarah Penilaian & Pengurusan

Harta untuk sistem e-Penilaian. Aplikasi e-Inspection ini telah

mengambil tempoh masa 6 bulan untuk disiapkan dan kemudian

melalui proses ujian selama 6 bulan dari bulan Julai hingga

Disember 2016. Semasa tempoh ujian ini berlangsung, semua

kakitangan di Unit Penilaian Semasa yang terdiri dari Timbalan

Pengarah, Pegawai Penilaian, Penolong Pengawai Penilaian dan

Pembantu Penilaian dikehendaki menggunakan aplikasi ini secara

berterusan bagi memastikan semua ikon dalam aplikasi ini berfungsi

seperti mana yang telah dirancangkan.

Rajah 13 : Paparan bilangan kes dan kes yang dipilih dalam e-Inspection

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 17: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

16

Rajah 14 : Paparan pegawai bertugas dan maklumat kes dalam e-Inspection

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 18: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

17

Rajah 15 : Paparan lokasi dan gambar yang diambil menerusi e-Inspection

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Secara ringkasnya, langkah-langkah penggunaan aplikasi

e-Inspection adalah seperti berikut:

1. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.

2. Pilih kes yang akan dilawatperiksa mengikut no kes pendaftaran

3. Lengkapkan nama pegawai yang membuat lawat periksa

bersama.

4. Semak lokasi dan kedudukan menerusi peta melalui peta GIS

yang tersedia untuk mengesahkan kedudukan harta subjek.

5. Pilih ikon lawatan dan bersedia untuk mengambil gambar subjek.

6. Lengkapkan ruangan catatan bagi laporan maklumbalas di tapak

7. Hantar laporan dengan menekan butang send.

8. Maklumat telah berjaya di hantar ke sistem e-Penilaian di

pejabat.

Page 19: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

18

Rajah 16 : Maklumat & gambar yang diterima di sistem e-Penilaian

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Pindaan dan perubahan kecil sentiasa dijalankan oleh jabatan dari

masa ke semasa bagi memastikan aplikasi ini dapat berfungsi

dengan baik. Tempoh masa siap setiap pindaan yang dibuat oleh

pihak syarikat adalah bergantung dan tertakluk kepada perubahan

yang dibuat, sama ada pindaan di bawah kategori minor atau major.

Rajah 17: Memo pindaan kecil terhadap aplikasi e-Inspection

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 20: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

19

1.2.5 IMPLIKASI KEWANGAN

Kos yang terlibat bagi membangunkan aplikasi e-Inspection adalah

berjumlah RM20,000.00 seperti rajah 18. Aplikasi ini dibangunkan

oleh Syarikat WiseCore Technology Sdn. Bhd. yang turut

merupakan vendor kepada sistem e-Penilaian sedia ada.

Rajah 18 : Sebut harta oleh WiseCore Technology Sdn Bhd.

Walaupun kos pembangunan bagi aplikasi ini adalah agak sedikit

tinggi, tetapi manfaat dan faedah yang diperolehi menerusi

penggunaan aplikasi ini wajar diberi perhatian dan diketengahkan

oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam penentuan cukai

taksiran.

1.2.6 PENCETUS IDEA

Pencetus idea untuk inovasi adalah dilhamkan oleh Sr Cheong Chee

Hong, Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP iaitu bagi

penambahbaikan terhadap sistem e-Penilaian sedia ada.

Page 21: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

20

1.2.7 ELEMEN KOLABORASI

Aplikasi e-Inspection ini berkemampuan untuk menghubungkan

dengan modul-modul di bawah sistem e-Penilaian seperti :

i) modul Kawalan dan Pendaftaran;

ii) modul GIS;

iii) modul Penukaran Nama Pemilik; dan

iv) modul data jualan tanah dan bangunan JPPH.

1.2.8 KATEGORI INOVASI

Kategori inivasi ini adalah bawah “Organisation Innovation”

1.2.9 INPUT HASIL INOVASI

Idea penggunaan aplikasi e-Inspection ini timbul semasa Mesyuarat

Teknikal Penilaian pada awal tahun 2014 yang dipengerusikan oleh

Encik Cheong Chee Hong, Pmk. Pengarah Penilaian & Pengurusan

Harta iaitu susulan faktor cuaca yang tidak menentu (musim hujan)

dan keselamatan kakitangan semasa lawat periksa. Cadangan ini

telah pun dibahaskan secara terperinci bagi memastikan kelancaran

proses penentuan cukai taksiran tidak terganggu.

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

2.1 IMPAK SEBELUM

Bersama ini disenaraikan impak-impak sebelum penggunaan aplikasi e-

Inspection diperkenalkan seperti berikut :-

2.1.1 Sumber tenaga kerja

Setiap proses semasa lawatperiksa dianggarkan mengambil tempoh

masa lebih kurang 1 jam dan bilangan maksimum kes adalah lebih

kurang 3 kes sahaja sehari. Ini adalah kerana tahap kebergantungan

yang tinggi terhadap dokumen dan maklumat fizikal (hard copy) yang

perlu dibawa semasa lawat periksa.

Page 22: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

21

2.1.2 Tuntutan Perjalanan

Disebabkan oleh kebergantungan yang tinggi terhadap dokumen

dan maklumat fizikal yang mengakibatkan bilangan kes yang dapat

dilawat periksa adalah terhad, maka kekerapan kakitangan teknikal

untuk menjalankan untuk membuat lawat periksa adalah tinggi .

2.1.3 Kos pembelian kamera digital dan kad memori

Merujuk kepada rekod pembelian kamera digital oleh jabatan dari

tahun 2010 hingga 2014 adalah seperti jadual berikut :

BIL TAHUN KOS PEMBELIAN

1 2010 RM8,480

2 2012 RM7,000

3 2014 RM5,200

Merujuk kepada jadual di atas, jelas menunjukkan jabatan perlu

memperuntukan untuk perbelanjaan pembelian kamera digital setiap

tempoh 2 tahun dengan kos sebanyak RM5,200 hingga RM8,480

setahun. Kos pembelian ini dijangka akan meningkat dari tahun ke

tahun kerana faktor peningkatan harga barang dan perubahan

teknologi. Kos ini adalah tidak termasuk dengan kos pembelian kad

memori untuk kamera digital tersebut.

Page 23: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

22

Rajah 19 : Pesanan Kerajaan bagi pembelian kamera digital

untuk tahun 2010 dan 2012

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Rajah 20 : Pesanan Kerajaan bagi pembelian

kamera digital untuk tahun 2014

(Sumber : Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBPP)

Page 24: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

23

2.1.4 Tempoh KPI

Sebelum pelaksanaan aplikasi ini diperkenalkan, tempoh masa

keseluruhan yang diambil untuk menyiapkan kes cukai taksiran

adalah 180 hari (6 bulan).

2.2 IMPAK SELEPAS

2.2.1 Penjimatan kos

Dengan adanya aplikasi ini, penjimatan kos seperti kos tuntutan

perjalanan dapat dijimatkan oleh jabatan kerana seorang Pembantu

Penilaian dapat menjalankan kerja-kerja lawatperiksa yang lebih

banyak premis kerana tidak perlu membawa fail kes atau dokumen

berkaitan termasuk peralatan seperti pita ukur, kamera digital, dan

alat tulis.

2.2.2 Cepat dan menjimatkan masa (real time)

Dengan adanya aplikasi ini, kecekapan dari segi masa dapat

disingkatkan kerana sistem ini dapat memberi maklumbalas ditapak

secara serentak (real time). Selain itu, penggunaan aplikasi ini dapat

memberi penjimatan masa untuk persediaan peralatan yang perlu

dibawa untuk proses lawat periksa.

2.2.3 Penjimatan sumber tenaga manusia

Dengan adanya aplikasi ini, kecekapan dari segi penjimatkan kos

tenaga manusia dapat kerana tempoh masa lawat periksa dapat

dipendekkan kerana semua maklumat dan info berkaitan dapat

diakses melalui aplikasi e-Inpection.

2.2.4 Tempoh KPI

Tempoh KPI dapat dipendekkan kepada 150 hari (5 bulan).

Page 25: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

24

2.2.5 Peningkatan kualiti, produktiviti dan tempoh sasaran KPI dapat

dipendekkan

Dengan adanya aplikasi ini, kualiti dan mutu kerja diperingkat

jabatan dapat ditingkatkan dan kecuaian dan kesilapan dapat

dielakkan.

3. IMPAK INOVASI

PENDAPATAN MAJLIS DAN JABATAN

Penggunaan aplikasi e-inspection ini akan dapat menjimatkan masa, tenaga kerja

dan peningkatan produktiviti jabatan. Di antara penjimatan kepada jabatan dan

Majlis adalah seperti berikut :-

i) Penggunaan kamera digital dapat diminimakan di peringkat jabatan kerana

aplikasi ini menggunakan kamera di telefon bimbit.

ii) Kualiti gambar yang di ambil menerusi telefon bimbit telahpun dipadankan

mengikut megapixel yang ditetapkan dan selaras dengan kehendak sistem

e-Penilaian.

iii) Melalui penggunaan aplikasi e-Inpection ini, bilangan kes lawatperiksa bagi

seorang Pembantu Penilaian dapat ditingkatkan kerana data-data berkaitan

dalam sistem e-Penilaian dapat diakses menerusi aplikasi ini.

iv) Disebabkan tempoh masa penetapan cukai taksiran yang dapat dijimatkan

akan dapat menyumbang kepada peningkatan kutipan cukai taksiran

disebabkan oleh pertambahan bilangan kes yang berjaya disiapkan.

v) Kakitangan teknikal yang terlibat dapat memberi tumpuan kepada tugas-tugas

yang lain di pejabat ke arah usaha untuk meningkatkan pendapatan majlis.

Page 26: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

25

4. ELEMEN INOVASI

4.1 INOVASI/KREATIVITI

Penggunaan kaedah konvensional iaitu dengan membawa peralatan

mengukur, pelan berkaitan, alat tulis dan kamera digital dilihat tidak lagi

relevan dengan peredaran masa yang serba sofistikated. Menuju ke arah

dunia digital, terhasilnya ilham dan idea aplikasi yang dapat membantu

tugas-tugas hakiki kakitangan teknikal.

Susulan dari idea ini, maka terciptanya aplikasi e-Inspection yang dapat

mengakses sistem e-Penilaian secara dalam talian. Justeru itu, kakitangan

teknikal tidak perlu lagi membawa peralatan mengukur, pelan berkaitan,

alat tulis dan kamera digital semasa lawat periksa.

4.2 KEBERKESANAN

Penambahbaikan dari masa ke semasa dapat memastikan aplikasi ini selari

dengan perkembangan dunia digital semasa. Cadangan penambahbaikan

untuk fasa 2 yang dirancangkan adalah seperti :

i) Tambahan ruangan catatan lawat periksa

Page 27: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

26

ii) Maklumat latitute & longitute

iii) Tempoh masa KPI mengikut Pegawai

Tujuan cadangan penambahbaikan di Fasa 2 adalah untuk menambahkan

lagi fungsi-fungsi aplikasi e-Inpection supaya lebih cekap dan mesra

pengguna bagi memudahkan kakitangan teknikal dalam urusan kerja

seharian.

4.3 SIGNIFIKAN

Penggunaan aplikasi e-Inspection ini adalah signifikan dan relevan ke arah

misi kerajaan digital selaras dengan kemodenan dunia IT. Di antara

kepentingan penggunaan aplikasi ini adalah seperti berikut :

Page 28: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

27

i) ASPEK KESELAMATAN

a) Keselamatan Data

Kawalan dan keselamatan data amat diberi keutamaan dalam

memastikan tiada kebocoran data berlaku dalam penggunaan

aplikasi e-Inspection. Selain itu, aplikasi ini turut menggunakan

nama pengguna dan katalaluan untuk tujuan keselamatan.

Pendedahan turut diberikan kepada kakitangan teknikal

mengenai kepentingan kawalan dan keselamatan data melalui

sesi taklimat dalaman yang telah dijalankan.

b) Keselamatan kakitangan

Aspek keselamatan kakitangan teknikal turut diambilkira dalam

penghasilan aplikasi e-Inspection. Ini adalah kerana kakitangan

teknikal tidak perlu lagi membawa banyak dokumen dan

peralatan semasa proses lawat periksa. Risiko kes ragut

dikalangan kakitangan teknikal dapat diminimakan terutamanya

kakitangan teknikal wanita yang menjalankan lawatperiksa

dengan menggunakan motorsikal.

ii) RISIKO KESILAPAN

Risiko kesilapan semasa kerja-kerja lawat periksa ditapak dapat

diminimakan kerana Pembantu Penilaian akan menetapkan lokasi

lawat periksa (latitude & longitute) sebelum lawat periksa dijalankan

terlebih dahulu dengan bantuan GIS yang telah tersedia di pasang

dalam aplikasi ini.

Page 29: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

28

iii) INTEGRASI

Aplikasi ini berkeupayaan untuk dihubungkan dengan sistem yang

lain selain dari sistem e-Penilaian bagi tujuan lawatperiksa dengan

menjalankan modifikasi yang berkiatan terhadap sistem dan

sumber-sumber data.

iv) TEMPOH KPI

Bagi mencapai hasrat majlis ke arah peningkatan produktiviti dan

pendapatan, penggunaan aplikasi e-Inpection adalah bertepatan.

Tempoh KPI bagi penetapan cukai taksiran sedia ada dapat

dipendekkan dari 180 hari kepada 150 hari.

4.4 RELEVAN

Penggunaan aplikasi e-Inspection yang telah diperkenalkan oleh jabatan ini

secara tidak langsung akan memberi impak kepada Majlis untuk dijadikan

sebagai tanda aras kepada PBT-PBT di Malaysia, khususnya dalam

penilaian cukai taksiran. Satu taklimat yang menyeluruh akan disampaikan

di Mesyuarat Persatuan Pegawai Penilaian, Pihak Berkuasa Tempatan

Malaysia (PEPAM) yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober

2019 bagi tujuan memperkenalkan dan memasarkan aplikasi ini ke

peringkat PBT di Malaysia.

Page 30: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

29

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Pembentangan inovasi bagi aplikasi e-Inspection ini telah berjaya dinobatkan

sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Inovasi & Kreativiti peringkat MBPP yang

di adakan pada 2 November 2018. Naib Johan telah layak menerima hadiah

berupa wang tunai berjumlah RM800.00 berserta tiket penerbangan pergi dan

balik ke Phuket, Thailand yang ditaja oleh Air Asia Berhad.

Page 31: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

30

Page 32: APLIKASI - MAMPUhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2581-e... · 2019. 12. 2. · dalam tempoh 1 bulan 3. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (e-Inspection)

31

6. PENUTUP

RUMUSAN

Penggunaan aplikasi e-Inpection bagi tujuan cukai taksiran wajar dipertimbangkan

untuk digunapakai oleh PBT-PBT di Malaysia bagi membantu kerja-kerja lawat

periksa di tapak kerana :-

i) Penggunaan ICT yang terbukti berkesan akan dapat memastikan kerja-

kerja lawat periksa di tapak dan penetapan cukai taksiran dapat berjalan

dengan mudah dan lancar:

ii) Memastikan tempoh KPI yang ditetapkan tercapai sepenuhnya;

iii) Menjimatkan masa dan tenaga kerja kerana mudah untuk dibawa semasa

proses lawat periksa;

iv) Penyediaan laporan maklumbalas lawat periksa diterima secara serentak

(realtime) dan dapat meningkatkan produktiviti; dan

v) Perancangan penambahbaikan yang berterusan dari masa ke semasa bagi

meningkatkan tahap pencapaian aplikasi ini telah di jalankan secara

berterusan bagi memastikan aplikasi ini sentiasa terkini seiring dengan

perkembangan dunia teknologi maklumat.