apea2101-obk1

44
NAMA PENSYARAH PROF.MADYA DR SABITHA BINTI MARICAN SUBJEK PERLAKUAN ORGANISASI-APEA2101 TAJUK TUGASAN BENTUK KEMPEN ANTI-DADAH AHLI KUMPULAN LEE CHEW CHANG – AEP120002 MOHD SAIFUL AZRI BIN MOHD FOUZI –AEP120004 1

Upload: noriyanie

Post on 07-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

apea

TRANSCRIPT

NAMA PENSYARAHPROF.MADYA DR SABITHA BINTI MARICAN

SUBJEKPERLAKUAN ORGANISASI-APEA2101

TAJUK TUGASANBENTUK KEMPEN ANTI-DADAH

AHLI KUMPULANLEE CHEW CHANG AEP120002MOHD SAIFUL AZRI BIN MOHD FOUZI AEP120004NUR AZREEN HAMDAN AEP12000MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN AEP120007MUHD FARID ASHMAN BIN ABD LATIF AEP120008

SESI PENGAJIAN2013/2013- SEMESTER SATUSENARAI KANDUNGANBILPERKARAM/S

1.PENGENALAN2

2.MAKLUMAT AM& JENIS DADAH3

3.KEGUNAAN DADAH6

4.STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH8

5.DADAH : PERSPEKTIF PERUNDANGAN10

6.KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH11

7.KEMPEN ANTI-DADAH12

8.CADANGAN26

9.KESIMPULAN27

8.RUJUKAN28

1.0 PENGENALANMahyuddin dan Azizah (2011) dalam kajiannya menyatakan masalah penagihan dadah bermula dengan penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu, kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu.Akibatnya, mulalah berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman. Menurut Ibrahim ( 1997 ) penagihan dadah bukan saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atas jantina. Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai. A.Goldstein (1994) menyatakan bahawa dadah ialah sejenis bahan kimia selain daripada makanan atau minuman yang memberi kesan terhadap tubuh dan minda individu. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, dadah didefinisikan sebagai ubat-ubatan. Khidzir et.al. (2010) mengatakan dadah merupakan sebarang bahan sama ada asli atau tiruan yang boleh mengubah cara bekerja badan dan otak kita manakala JAKIM (2013) mengistilahkan dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.

2.0 MAKLUMAT AM & JENIS JENIS DADAHDadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang.Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta tolerans yang meningkat.Penggunaan dadah mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat. (takrif ini tidak meliputi alkohol, tembakau dan bahan inhalan)- (Sumber : AADK 2012)

Penagih Dadah Menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983. Seseorang yang melalui penggunaan apa-apa dadah berbahaya mengalami: i. Suatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerakbalas tingkahlaku dan gerak balas lain. ii. Meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala. iii. Mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaandadah. Penyalahguna Dadah Menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iv. Menggunakan dadah berbahaya termasuk memakan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan itu ke dalam badan dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat. v. Penyalahguna dadah tidak perlu disahkan oleh pegawai perubatan.

2.1 JENIS JENIS DADAH Di Malaysia terdapat pelbagai jenis dadah yang terdiri daripada bahan organic mahupun bukan organic. Kebanyakan dadah yang berada di Malaysia ini dibawa masuk dari negara negara luar seperti Iran, Thailand, China dan sebagainya. Antara jenis dadah yang terdapat di Malaysia adalah : 2.1.1 Candu Mentah Getah yang dihasilkan daripada torehan buah pokok popi yang masih belum diproses. 2.1.2 Candu Masak Candu mentah yang telah diproses dan sedia untuk digunakan. 2.1.3 Morfin Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada candu. Larutan morfin digunakan dengan cara suntikan intravena untuk mendatangkan kesan euforia. 2.1.4 Heroin Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada morfin melalui proses kimia.Cara penggunaan yang popular ialah menghisap, menyuntik atau menghidu bagi mendatangkan kesan euforia. 2.1.5 Syabu Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk pecahan kaca atau seperti tawas. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan yang berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya pula mempunyai rasa yang pahit.

2.1.6 Bahan Psikotropik Bahan daripada jenis depresen, stimulan dan halusinogen. 2.1.7 Kanabis Sebarang tumbuhan yang tergolong dalam Genus Cannabis atau mana-mana bahagian daripadanya dan digunakan sebagai dadah. 2.1.8 Stimulan Sebarang ubat/dadah yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat. 2.1.9 Ecstacy Adalah sejenis dadah perangsang jenis amphetamine. Dadah berbahaya ini boleh merosakkan otak (gila) dan organ-organ utama dalam badan. 2.1.10 Halusinogen Bahan kimia yang mendatangkan kesan kepada keadaan mental seseorang sehingga menimbulkan halusinasi dan pencerapan deria yang tidak normal.

3.0 KEGUNAAN DADAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIAManusia menggunakan dadah dalam kehidupan sama ada secara sah atau pun haram adalah berdasakan beberapa sebab sebab utama antaranya; 3.1 Kegunaan terapeutik Sesetengah dadah boleh digunakan sebagai terapeutik kepada bidang perubatan. Kegunaan Terapeutik ini beerti dadah ini digunakan dalam pengahasilan ubatan yang digunakan sebagai bahan untuk mengawal sawan, mengurangkan kemurungan dan tekanan atau mengurangkan kesakitan.

3.2 Kegunaan Rekreasi Banyak laporan menyatakan bahawa, manusia menjadikan alasan rekreasi sebagai alasan pengambilan dadah. Mereka menganggap dengan pengambilan dadah ini semasa berekreasi dapat menjadikan diri lebih releks, santai, dan membantu mereka melupakan masalah seketika. 3.3 Kegunaan spiritual atau psikologi Disebabkan pengunaan dadah akan menyebabkan manusia berada dalam keadaan tidak sedar dan khayal, sesetengah orang menggunakannya sebagai alasan keguaan spiritual dan psikologi. Sebagai contoh, masyarakat asli Amerika telah menggunakan Peyote sebagai cara atau alasan untuk menukar perasaan ketakutan dan mendalamkan ilmu spiritual mereka. 3.4 Melarikan diri keadaan melarikan diri ini bermaksud manusia menggunakan dadah ini untuk mereka melupakan masalah dan konflik kehidupan yang menimpa mereka. Kebiasaannya apabila seseorang itu menggunakan dadah secara berlebihan, dia akan berada dalam keadaan tidak sedar dan keadaan ini menyebabkan mereka lupa akan masalah yang dihadapi dan ini menyebabkan mereka merasakan dapat lari daripada masalah dan kesakitan hidup. 3.5 Tuntutan sosial Tuntutan sosial juga dianggap sebagai daripada punca pengambilan dadah dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan individu menggunakan dadah sebagai alat untuk mereka masuk dalam masyarakat atau untuk mereka diterima dalam masyarakat. Keadaan masyarakat yang menganggap penggunaan dadah sebagai satu benda yang biasa ini (kebiasaan mereka yang berada di kelas rendah) akan menyebabkan seseorang itu perlu mengambil dadah dan inilah prasyarat untuk seseorang itu diterima masyarakat, kumpulan rakan sebaya atau sebagainya. Sebagai contoh di Malaysia, kita melihat pengambilan rokok dalam masyarakat sudah menjadi pekara biasa dan tidak dianggap masalah sedangkan semua sedia maklum akan kesannya, hal ini telah menular dalam kalangan remaja kerana mereka merasakan dengan menghisap rokok mereka kelihatan dewasa, akan diterima masyarakat dan sebagainya dan inilah yang menjadi sebeb kepada persoalan mengapa mereka mengambil rokok.

4.0 STATISTIK PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan satu masalah yang semakin kronik. .Hasil tinjauan yang dilakukan terhadap statistik penagihan dadah keluaran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkansebanyak 9,015 orang penagih dadah dikesan sepanjang tahun 2012 dengan58.46% adalah penagih baru dan 41.54% orang penagih berulang. Bilangan ini menunjukkan penurunan sebanyak 19.47% berbanding tempoh yang sama tahun 2011.Sepanjang bulan Januari-Februari tahun 2013 sahaja, seramai 1,205 orang penagih telah dikesan dan menunjukkan penurunan sebanyak 16.14% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (1,437 orang). Mereka ini terdiri daripada 774 orang (64.23%) penagih baru, yang mana berlakunya penurunan sebanyak 5.38% berbanding 818 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang pula adalah seramai 431 orang (35.77%), mengalami penurunan sebanyak 30.37% berbanding tahun sebelumnya (619 orang). Secara purata, seramai 287 penagih baru dan 216 penagih berulang telah dikesan setiap bulan.

Sepanjang Januari-Februari 2013, jenis dadah yang paling banyak digunakan oleh penagih adalah dari jenis heroin iaitu sebanyak 527 orang (43.73%).Ini diikuti dengan morfin seramai 396 orang (32.86%) dan ganja sebanyak 185 orang (15.35%).Manakala seramai 97 orang (8.05%) dikesan menggunakan dadah Amphetamine-type-stimulants (ATS) iaitu dadah sintetik terdiri daripada methamphetamine (syabu), pil ecstasy dan amphetamine.

Untuk cara pengambilan dadah pula,Seramai 979 orang (81.24%) penagih yang dikesan bagi tempoh Januari-Februari 2013 menggunakan dadah secara chase (menghidu asap hasil daripada ramuan dadah yang telah dimasak di atas dapur khas) diikuti dengan cara menghisap (15.35%) dan suntik (2.41%). Melalui perbandingan yang dibuat dengan tahun sebelumnya, berlaku peningkatan dari segi jumlah cara guna dadah di kalangan penagih. Peningkatan paling tinggi pada cara guna dadah menghisap daripada 112kes tahun lepas kepada 185 kes tahun ini.

5.0 DADAH : PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Masalah berkaitan dadah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Hal ini kerana masalah ini mampu menjadi duri dalam daging kepada negara kita. Kerajaan begitu memandang serius masalah penagihan dadah ini. Oleh hal demikian, pelbagai langkah dari aspek perundangan telah dilakukan bagi mengekang masalah ini daripada terus berlaku. Menurut Rokiah Ismail (2010), langkah pertama ialah mempraktikkan usaha untuk menghapuskan atau mengurangkan salah satu punca utama bagi masalah ini, iaitu sumber bekalan dadah. Untuk itu, pelbagai tindakan pencegahan dan hukuman telah dilaksanakan termasuklah mengenakan hukuman berat ke atas pesalah dadah. Akta Dadah Berbahaya 1952 meliputi tindakan mengedar dadah. Hukumannya ialah penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau penjara seumur hidup dengan 10 sebatan rotan. Seseorang dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. Anwarul Yaqin (1996) pula menyatakan Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 pula memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi pengedar yang sabit kesalahan mengedar dadah. Bagi setiap kesalahan yang dibuktikan itu, mahkamah tidak mempunyai kuasa budibicara untuk mengurangkan hukuman. Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam kenyataannya di laman sesawangnya pula mengatakan Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002.Dengan berkuatkuasanya akta ini mulai 11 November 2002, penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan dari 5 hingga 7 tahun akan dikenakan sebatan tidak lebih daripada 3 kali. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke-4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.6.0 KESAN MASALAH SOSIAL PENAGIHAN DADAHSememangnya sesuatu masalah social itu tidak akan dianggap sebagai masalah jika tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Masalah social penagihan dadah memberikan kesan yang amat besar, ketidakfungsian social dan ekonomi dan lain lain; keadaan ini perlu ditangani dengan segera dan secara menyeluruh. Antara kesan berpunca daripada penagihan dadah ialah;

6.1 Masalah kepada keluarga Penagihan dadah dalam kalangan ibu bapa akan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan fungsi mereka dengan baik. Keadaan ini akan membawa kepada masalah kemiskinan, gelandangan, kebuluran dan sebagainya. Selain itu , masalah yang paling ketara adalah apabila ibu atau bapa yang menagih dadah mereka akan berada diluar pertimbangan, oleh itu mereka akan mudah terjebak melakukan penderaan, merogol, membunuh anak serta pasangan mereka. Keadaan ini akan membawa kepada keganasan rumah tangga akan berlaku dan seterusnya merosakkan masa depan penagih serta anak anak. 6.2 Gelandangan Masalah daripada penagihan ini juga akan membawa kepada bertambahnya bilangan gelandangan atau turut dikenali atau disterotaipkan sebagai mereka yang tidak mempunyai rumah dan menjadikan loong lorong. Kawasan bawah jambatan dan sebagainya sebagai lokasi pilihan penempatan mereka. Kebiasaannya penagih dadah tegar ini tidak mempunyai kerja yang tetap dan telah disisihkan atau dibuang oleh keluarga dan masyarakat oleh sebab mereka ini tidak dapat menjalankan fungsi social dan ekonomi jadi mereka tidak berkemampuan untuk memiliki rumah. Dan keadaan gelandangan ini bukan sahaja memberi kesan social dan ekonomi malah telah merosakkan imej Negara di mata dunia. 6.3 Masalah kesihatan Selain daripada mendapat masalah ketagihan yang teruk, penagih penagih dadah juga terdedah kepada jangkitan dan penyakit Aids serta penyebaran virus HIV dalam kalangan masyarakat misalnya melalui perkongsian jarum dan hubungan kelamin. Di samping itu, penagih dadah juga akan mengalami masalah emosi dan kesakitan mental kesan daripada mereka penggunaan dadah yang tidak terkawal.

6.4 Akibat ke atas penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. 6.5 Akibat kepada keluarga penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. 6.6 Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan,ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.7.0 KEMPEN PENCEGAHAN DADAH DI MALAYSIADalam proses mengawal masalah dadah yang wujud dalam kalangan penduduk Malaysia, banyak kempen telah dilangsungkan. Berdasarkan pembacaan yang dilakukan dalam beberapa aspek berkenaan dengan kempen anti-dadah, maklumat berkenaan kempen ini dapat dijelaskan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah,target audien yang sesuai, platform yang paling sesuai untuk kempen dan halangan yang wujud ketika kempen dilaksanakan7.1 SASARAN UTAMA KEMPEN PENCEGAHAN DADAHMenurut jurnal Potential exposure to anti-drug advertising and drug-related attitudes, beliefs, and behaviors among United States youth, 19952006., sasaran utama responden ialah pelajar gred-8, gred-10, dan gred-12 yang mengkaji dan mengaitkan mereka dengan sikap, kepercayaan, dan tingkah laku mereka terhadap dadah. Tahap umur responden menggambarkan responden berada dalam kumpulan umur yang sesuai dengan berumur bawah 19 tahun.Menurut jurnal Kesan Komunikasi Visual Mesej Kesihatan pada Kotak Rokok, sasaran utama responden kajian adalah terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah). Ciri-ciri respondennya adalah perokok yang terdiri daripada faktor umur iaitu golongan remaja, dewasa dan tua berjantina lelaki dan perempuan. Sampel yang dipilih terdiri daripada 10 orang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lima orang untuk satu kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada kakitangan lelaki dan perempuan yang berumur di antara 27 hingga 52 tahun dan satu lagi kumpulan yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan UiTM Melaka yang berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Kumpulan dibahagikan berdasarkan pecahan sama rata dua kelompok yang berbeza iaitu kakitangan dan pelajar berbeza jantina dan peringkat umur.Jurnal National Youth Anti Drug Media Campaign and school based drug prevention:Evidence for Synergistic Effect In ALERT Plus adalah jurnal yang berkaitan dengan keberkesanan program yang didedahkan kepada kumpulan sasaran utama iaitu pelajar Gred 9 Sekolah Tinggi South Dakota yang dilakukan oleh National Youth Anti Drug Media Campaign dengan menggunakan ujian yang dilakukan secara rawak yang menggunakan Program ALERT. Program tersebut dilakukan untuk mengesan sejauhmana remaja yang berada pada Gred 9 dalam mengelakkan mereka daripada terus mengambil dadah jenis Marijuana. Jurnal Explicit and Implicit Effects of Anti-Marijuana and Anti-Tobacco Tv Advertisement pula adalah mengenai kesan pengiklanan kempen antara anti-dadah dengan anti-tembakau. Jurnal ini juga mengkaji tentang penerimaan yang diberikan terhadap dadah dan tembakau secara tidak langsung. Kumpulan sasaran utama responden ialah 229 pelajar yang terdiri daripada pelajar kolej berumur lingkungan 18-19 tahun dan diminta menjawab survey yang dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara perlakuan yang ditunjukkan oleh responden sama ada berbentuk implicit atau explicit terhadap marijuana dan tembakau.Di Malaysia pula, sebahagian besar penagih-penagih dadah terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.Berdasarkan jurnal-jurnal di atas , dapat simpulkan tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golongan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.7.2 PLATFORM PALING SESUAI UNTUK KEMPENTerdapat beberapa platform yang didapati paling efektif dalam menjalankan kempen anti-dadah ini. Antara bentuk platform yang telah disebutkan di dalam jurnal Effective Mass Media Strategies for Drug Abuse Prevention Campaignsoleh Philip Palmgreen dan Lewis Donohew adalah dengan menggunakan media seperti television dan radio. Television dan radio boleh mencapai pendedahan meluas, yang kerap, dan mesej yang berpanjangan . Pengamal kempen berjaya membangunkan mesej yang boleh mendapatkan perhatian pada peringkat yang tinggi daripada sasaran penonton dan menyebarkan mesej melalui saluran media yang sebenarnya yang digunakan oleh golongan penonton.Sumber kewangan yang mencukupi juga disediakan untuk membeli jumlah masa dan ruang yang cukup dalam medium yang dikehendaki media. Kemahiran yang besar dalam berdagang dan dalam kemahiran pemasaran telah digunakan untuk memujuk gatekeepers media untuk menderma sumber-sumber yang berharga ini pada waktu atau lokasi yang mungkin dilihat oleh sasaran penonton.Strategi segmentasi untuk mensasarkan mesej kepada penonton yang berisiko melalui television dan radio juga telah berjaya dilakukan. Segmentasi atau pensasaran boleh membawa kepada penyebaran mesej atau maklumat kempen dengan lebih cekap dan berkesan kepada mereka yang paling memerlukan maklumat pencegahan. Data demografi telah memberikan satu permulaan asas kepada penonton dan sebarang skim pensasaran juga adalah berdasarkan pembolehubah psikografik (seperti sikap, nilai, kepercayaan, dan ciri-ciri personaliti) yang dikaitkan kepada kepentingan kedua-dua tingkah laku (ganja atau menggunakan bahan lain) dan kepada saluran komunikasi dan gaya mesej yang paling disukai oleh ahli-ahli sasaran penonton (Backer et al, 1992;. Slater, 1996).Selain itu, kempen melalui platform television dan radio adalah menggunakan penyelidikan formatif semasa mensasarkan penonton , mereka bentuk mesej, dan semasa fasa pemilihan saluran. Kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif adalah penting dalam menentukan keperluan yang berkaitan dengan kepercayaan, tingkah laku, dan sikap penonton untuk mereka bentuk mesej yang menarik perhatian dan untuk memujuk ahli-ahli penonton dalam menentukan saluran media dan medium yang paling digunakan oleh mereka (Atkin & Freimuth, 1989; Backer et al, 1992;. Rogers & Storey, 1987). Penyelidikan formatif ini adalah melibatkan ujian mesej pencegahan yang teliti pada peringkat konsep , peringkat penyuntingan, dan peringkat pengeluaran akhir . Ujian ini dilakukan dengan golongan sasaran penonton , golongan profesional dalam media, dan golongan saintis yang berpengetahuan dalam kedua-dua kepentingan tingkah laku dan pendekatan berasaskan teori( reka bentuk mesej ). Mesej media dalam television telah mula mengubah sikap dan tingkah laku penonton.Tambahan lagi, bentuk platform yang paling efektif yang boleh digunakan adalah dengan melakukan pameran mobil antidadah menggunakan bas khas. Menurut Ketua Pengarah AADK(Agensi Anti DadahKebangsaan), Datuk Abd. Bakir Zin, pameran bergerak yang dilancarkan itu bagi memudahkan kerja-kerja ke arah mendidik masyarakat setempat mengenai bahaya najis dadah. Bas khas yang memperaga reka bentuk dalaman yang unik dan menarik itu akan menjadi pejabat bergerak AADK. Dengan ini, para pegawai AADK dapat memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah. Semasa sesi pameran bergerak orang ramai juga boleh tampil meluahkan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan dadah ataupun cara-cara untuk menghindari daripada gejala itu. AADK telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar iaitu sejumlah RM1.1 juta untuk menyediakan dua buah bas khas itu. Berbeza daripada bas yang sedia ada, bas pameran itu tampil kreatif dan inovatif dengan penggunaan teknologi moden. Reka bentuk dalaman bas itu mempamerkan beberapa ciri yang menarik. Sebaik pengunjung melangkah masuk ke dalam bas itu, terdapat kaunter khas dengan pegawai AADK bersedia menyambut dan memberi penerangan tentang pameran itu. Pegawai tersebut juga akan membantu memberi sesi kaunseling singkat kepada para pengunjung yang menghadapi masalah berkenaan dadah. Pada dinding sebelah kiri dan kanan bas pula, dipaparkan bahan-bahan mengenai bahaya dadah. Ini termasuklah jenis-jenis dadah seperti ganja, syabu, daun pucuk, tembakau dan lain-lain lagi. Paparan jenis dadah dan peralatannya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja supaya mengelak daripada mencubanya.Bas pameran AADK mendapat sambutan di kalangan pelajar sekolah. Turut terdapat di situ sebuah kios informasi yang mengandungi kuiz, maklumat dan permainan dalam bentuk multimedia untuk mewujudkan suasana lebih menyeronokkan di dalam pameran itu. Sambil bermain para pengunjung dapat menimba ilmu mengenai bahaya dadah. Sementara itu, tiga patung yang menunjukkan kesan fizikal gara-gara menjadi penagih dadah turut diletakkan di dalam bas. Ia diharap dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas tentang bahaya dadah kepada golongan muda. Tiga patung yang terdiri daripada remaja perempuan dan lelaki serta seorang wanita mengandung, pasti mencetus perasaan seram tatkala melihatnya. Bagi memberi lebih banyak maklumat kepada pengunjung, kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa buah universiti tempatan turut ditampal pada dinding bas.Di bahagian belakang bas ini pula diletakkan sebuah televisyen plasma yang memaparkan iklan-iklan dan mesej-mesej berguna tentang bahaya dadah. Apabila bas tersebut bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain iklan-iklan dimainkan supaya orang ramai di jalan raya turut mendapat manfaatnya.7.3 HALANGAN TERHADAP KEMPENPembanterasan penyalahgunaan dadah sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. Penyalahgunaan dadah merupakan satu tingkah laku yang sangat menyimpang atau boleh dikatakan sebagai Devian. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai langkah-langkah pencegahan atau Intervensi dijalankan. Terdapat beberapa langkah yang telah diambil antaranya melibatkan perundangan, penguatkuasaan undang-undang dan kempen melalui media massa. Di bawah strategi Intervensi menggunakan media massa untuk berkempen melibatkan beberapa jenis media antaranya media cetak, elektronik dan alternatif. Kempen menggunakan media cetak terdiri daripada surat khabar, risalah-risalah dan pamphlet-pamphlet yang mengandungi kepentingan menjauhi dadah. Kempen melalui media elektronik pula ialah dengan menggunakan televisyen dan radio dalam menghebahkan kempen anti-dadah yang ingin dijalankan. Kempen menggunakan media alternatif pula ialah dengan menggunakan laman-laman sesawang seperti Blog, Facebook, Twitter dan lain-lain. Media massa sememangnya telah dianggap sebagai antara alat yang paling berkesan dalam menghubungkan dan memujuk manusia dalam menerima gaya hidup yang baru. Hal ini telah lama diakui oleh mereka yang sudah lama terlibat dalam perancangan langkah-langkah atau intervensi yang berkesan sama ada dalam membasmi penyalahgunaan dadah atau membasmi gaya hidup yang tidak sihat (Flay & Sobel, 1983; Rogers & Storey, 1987; Schilling & Mcalister, 1990; Wallack, 1989). Kebergantungan yang tinggi terhadap penggunaan media massa dalam kempen penyalahgunaan dadah adalah biasa. Ini kerana media massa merupakan komponen penting atau utama dalam penggunaanya dalam pelbagai kempen kesihatan awam (Backer, Rodgers, & Sopory, 1992; Flay, 1987; Rice & Atkin, 1989). Oleh kerana itu, kita dapat melihat terdapat banyak kempen penyalahgunaan dadah biarpun ianya datang daripada agensi kerajaan atau agensi daripada bukan kerajaan menggunakan media massa untuk menjalankan kempen mereka.Namun begitu, kempen penyalahgunaan dadah melalui media massa sering menemui kegagalan. Ia dapat dikesan apabila bilangan mereka yang terlibat dengan dadah tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam jumlah penagihan. Ia merupakan antara indicator yang digunakan dalam menguji keberkesanan kempen yang dijalankan di media massa. Kadangkala keberkesanan Sesuatu kempen itu sukar untuk dinilai menyukarkan lagi proses penilaian sesuatu kempen penyalahgunaan dadah. Antara halangan dalam keberkesanan kempen penyalahgunaan dadah adalah kegagalan mereka yang terlibat untuk mengenal pasti target audience yang sesuai dan jenis iklan yang sesuai bagi setiap kategori kategori penagih dadah. Kebanyakan kempen anti-dadah yang dijalankan didapati gagal kerana kempen yang dijalankan tidak menyeluruh dan tidak spesifik kepada kelompok kategori penagih dadah. Sebagai contoh, dalam penagihan dadah jenis Marijuana, kempen iklan yang dijalankan seolah-olah hanya menfokuskan kepada mereka yang belum sepenuhnya yang terlibat dengan dadah jenis marijuana. Bagi mereka yang telah terlibat bentuk kempen atau iklan tidak ada sama sekali. Hal-hal sebegini telah menjadi suatu halangan sesuatu kempen anti-dadah itu berjaya kerana fokus kempen penyalahgunaan dadah itu sendiri sebenarnya tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Malahan dalam penagihan marijuana itu sendiri mempunyai beberapa kelompok penagih seperti penagih baru, penagih sederhana dan penagih tegar. Yang menjadi halangan untuk mesej dalam kempen penyalahgunaan dadah ini berkesan adalah pengisian kempen untuk ketiga-tiga jenis kumpulan penagih marijuana ini adalah sama. Walaupun tidak dinafikan bahawa ketiga-tiga kelompok tersebut jatuh di bawah kategori yang sama, namun ketiga-tiga kelompok tersebut mempunyai kaedah atau Intervensi yang berlainan dalam menangani masalah ketagihan dalam kelompok masing-masing.Halangan lain yang menghalang kempen penyalahgunaan dadah itu berkesan adalah pengisian kempen yang kurang sesuai dengan target audiens. Dalam mereka cipta satu mesej untuk sesuatu kempen penyalahgunaan dadah, mesej yang ingin disampaikan haruslah tepat,padat dan meninggalkan impak. Namun begitu, terdapat mesej yang disampaikan kurang berkesan digunakan dalam sesuatu kempen penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, mesej untuk sesuatu kempen penyalahgunaan dadah yang disampaikan agak kurang menarik perhatian audiens kerana target atau sasaran audiens itu sendiri adalah tidak sesuai dengan cara bagaimana sesuatu mesej itu disampaikan. Hal-hal sebegini seringkali terjadi apabila target audiens yang ingin didekati adalah golongan belia namun cara bagaiman mesej tersebut disampaikan kadangkala gagal untuk menarik minat golongan belia untuk menghayati mesej tersebut. Oleh itu, ketidaksesuaian tentang bagaimana sesuatu kempen itu terhadap target atau sasaran audiens itu sangat penting kerana ia menentukan kejayaan sesuatu kempen penyalahgunaan dadah.Kesimpulannya, kempen menggunakan media massa ini amat berkesan dan juga sebagai satu kaedah untuk menyebarkan mesej kempen dengan pantas. Namun begitu, terdapat halangan-halangan yang dianggap boleh menjejaskan keberkesanan sesuatu kempen sekaligus menyebabkan kempen penyalahgunaan dadah tersebut gagal mencapai matlamat yang sepatutnya.

7.4 BENTUK-BENTUK KEMPENSejak tahun 1975 usaha-usaha telah digembelingkan untuk memastikan segala amklumat berkenaan dengan bahaya dadah dihebahkan kepada umum. Antara usaha-usaha yang dijalankan ialah dengan melancarkan kempen mengingati Hari Anti Dadah yang telah bermula sejak 1983 yang pada ketika itu berfungsi sebagai program induk kempen anti-dadah peringkat kebangsaan. Namun begitu, ia hanya dilaksanakan pada tahun 1989, 1993 dan 2000. Semenjak tahun 1989 sebanyak tiga puluh enam poster, dua belas risalah dan lima kalender telah dihasilkan dengan mesej-mesej yang berkenaan tentang bahaya dadah, kesan dadah hukuman memiliki dadah dan juga turut diselitkan factor keagamaan di mana ia membicarakan bahaya dadah dari sudut agama khususnya agama Islam. Selain itu, untuk memberi penerangan yang khusus terhadap bahaya dadah ini maka sebuah klip video dan papan tanda yang berkaitan dengan mesej yang mengandungi bahaya dadah mula dibangunkan (PPAD 1992-1996, ADK 1997-2000). Antara mesej yang diselitkan termasuklah Kecergasan Jauhilah Dadah serta Dadah Memusnahkan Keluarga. Sejak tahun 1997, berates siaran radio dan beberapa slot Minggu Anti- Dadah di radio tempatan diadakan. Kempen anti-dadah juga turut diselitkan menerusi slot televisyen Malaysia Hari Ini, Al-Kuliyyah, Minda, Moving On, Forum Perdana, Global dan lain-lain. Kempen pencegahan pada peringkat awal juga menampakkan mesej yang agak keras ditampilkan sesuai dengan perlaksanaan dasar anti-dadah pada ketika itu. Poster dan slot televisyen pada peringkat awal sering memaparkan mesej seperti Hukuman Mati Kepada Pengedar Dadah dan Dadah Membawa Kesengsaraan. Mesej yang sama turut dipaparkan dalam kad pendaratan Jabatan Imigresen Malaysia terus digunakan sehingga kini. Selain itu, terdapat juga kempen yang turut menyelitkan mesej kekeluargaan dalam seperti Keluarga Bahagia Tanpa Dadah. Penekanan kepada institusi kekeluargaan merupakan mesej utama dalam pengisian kempen anti-dadah masa kini. Walaupun begitu, kempen yang turut menyelitkan mesej yang agak keras masih lagi dipraktikkan dan pendekatan tersebut masih lagi dikekalkan dan tidak dimansuhkan. 7.5 MENILAI KEBERKESANAN SESUATU KEMPENBagi memastikan keberkesanan pelan sesuatu kempen, penilaian berterusan perlulah dilaksanakan manakala di peringkat perancangan, penggunaan kaedah kuantitatif dan kualitatif akan dapat membantu memahami kumpulan sasaran, membentuk hala tuju sesuatu program, menilai sikap, pengetahuan dan kelakuan pengguna (Kotler & Roberto, 1989). Dalam kajian lalu, terdapat dua model yang digunapakai untuk menilai keberkesanan perlaksanaan sesuatu kempen atau dipanggil sebagai aktiviti pemasaran sosial. Mengikut model yang dikemukan oleh Gordon et al. (2006), penanda aras yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu kempen pemasaran sosial adalah seperti perubahan tingkahlaku, kajian terhadap pengguna, segmentasi dan sasaran kumpulan, adunan pemasaran (produk, tempat, harga/kos melepas, promosi, orang, bukti fizikal dan proses), faktor yang mempengaruhi peruba- han sikap dan tingkahlaku secara sukarela dan tahap penerimaan mesej yang disampaikan semasa kempen. Manakala satu lagi yang model yang dikemukakan Kotler (1971), keberkesanan sesuatu aktiviti pemasaran sosial dinilai mengikut penanda aras seperti komitmen pihak perlaksana terhadap kemahuan dan kehendak pasaran dan strategi segmentasi pasaran, integrasi pemasaran dalam organisasi pelak- sana progam, pemahaman dikalangan pengguna, pelaksanaan kajian pasaran serta perbelanjaan yang efektif, perancangan yang strategik, kecekapan operasi seperti proses komunikasi yang berkesan, penggunaan sumber yang efektif dan bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak menentu.

7.6 PROSES PERANCANGAN KEMPEN ANTI-DADAHPerancangan kempen menggunakan kaedah pemasaran sosial merupakan antara kaedah yang dikenal pasti keberkesanannya dalam merencanakan sesuatu kempen yang berkaitan dengan masalah sosial khususnya yang berkaitan dengan masalah penyalahgunaan dadah. Pihak yang bertanggungjawab atau pemasar sosial akan merancang kempen dan membentuk objektif yang sistematik, menyeluruh dan ia akan disesuaikan dengan tujuannya yang sebenarnya. Disamping itu, semasa merancang kempen, pemasar sosial juga akan men- etapkan standard pelaksanaan kempen dan struktur penilaian terhadap hasil rancangan yang telah ditetapkan. Pelan perancangan kempen atau pemasaran sosial mempunyai beberapa bahagian; ringkasan eksekutif, penilaian situasi pemasaran sosial semasa, pengenalan peluang dan ancaman, tujuan untuk produk sosial, mencadangkan strategi pemasaran sosial, tindakan program, kewangan dan kawalan (Kotler & Roberto, 1989). Dalam merangka sesuatu kempen sosial terdapat beberapa perkara yang sepa- tutnya diberikan perhatian. Antara elemen yang perlu diberi perhatian ialah:i. Pemasar sosial perlu memahami keperluan kumpulan sasaran, keinginan, persepsi dan pola perilaku sekarang sebelum bertindak. Ini adalah untuk mempastikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasaran dan dapat menarik minat mereka. ii. Pemasar sosial perlu untuk mengkelaskan atau segmen pasaran sasaran dan menyusun strategi secara khusus untuk disesuaikan dengan karekter kumpulan sasaran. iii. Unsur-unsur utama dalam program, strategi dan taktik yang direncanakan perlu diuji dahulu dengan kumpulan sasaran. iv. Dalam membuat keputusan terhadap perilaku kumpulan sasaran langkah-langkah berikut perlulah dititikberatkan: Memperoleh pengetahuan yang diperlukan Menilai perilaku yang memungkinkan untuk dipertimbangkan bagi diterimapakai oleh kumpulan sasaran. Percaya bahawa pemasar sosial mempunyai kemampuan untuk melakukan / melaksanakan tindakan yang telah dirancang. Menyimpulkan kesan positif dan realistik terhadap alternatif. Mengenalpasti tindakan lain dan berkepentingan untuk menyokong tindakan pemasaran sosial. Oleh itu, kempen dengan menggunakan kaedah pemasaran sosial menawarkan satu model yang dapat membantu untuk menangani masalah social terutama yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan untuk mempengaruhi perubahan tingkahlaku. Walaubagaimanapun, perancangan program hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya matlamat program akan tercapai. Menurut Romer, Snitzman & DiClemente (2009), prinsip asas pemasaran sosial menekankan kepada kumpulan sasaran. Oleh yang demikian, setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah mengambil kira perbezaan dikalangan kumpulan sasaran samada dari segi sikap, keutamaan dan tingkahlaku. Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan sesuatu kempen.8.0 CADANGANPenggunaan dadah secara haram bukan lagi satu fenomena yang asing dalam masyarakat kita kini. Peredaran zaman yang semakin moden dan serba canggih kini membuatkan kegiatan penagihan dadah turut bergerak seiring. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk mengatasi masalah penggunaan dadah ini, menggunakan pelbagai medium namun keberkesanan kempen kempen ini masih lagi berada pada tahap memuaskan dan tidak sepenuhnya mencapai seperti apa yang dikehendaki. Oleh yang demikian pemerkasaan dalam kempen kempen ini perlu dijalankan dari semasa ke semasa agar keberkesanannya lebih effisien. Berikut terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan kempen pencegahan dadah:-i. Menayangkan iklan iklan kempen anti dadah di panggung wayang sebelum tayangan bermula. Pendekatan ini dilihat amat rasional kerana, jika kita lihat kini pawagam merupakan satu lokasi pilihan pelbagai lapisan umur masyarakat bagi menonton cerita kegemaran mereka. peningkatan rating penonton di panggung panggung wayang dilihat sebagai bukti jelas penerimaan media ini. Oleh yang demikian, adalah wajar jika kita manfaatkan kesempatan ini, untuk menyelitkan sebarang kempen penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada penagih, agar ia sentiasa mendapat perhatian umum.ii. Melampirkan ruangan kempen dan maklumat berkaitan penyalahgunan dalam setiap penerbitan buku, majalah dan sebagainya. Pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan prasyarat ini dalam setiap penerbitan agar menyediakan ruangan khusus untuk menyampaikan maklumat ini. Pernebitan ini juga termasuklah penulisan buku teks di sekolah, buku buku bersifat ilmiah, dan sebagainya. Penerbitan akhbar harian juga perlu sentiasa memaparkan perihal kempen dan maklumat pencegahan dadah ini agar ianya tidak sekadar bermusim.iii. Menyiarkan iklan iklan kesan kesan penggunaan dadah secara kerap pada waktu waktu yang tertentu. Waktu yang tertentu ini bermaksud di mana rating penonton pada ketika itu adalah tinggi, bagi memastikan tahap ketersampaian penerimaan maklumat. Iklan iklan kempen pencegahan ini juga perlu menyediakan maklumat yang berkesan dan menarik orang ramai untuk mengetahuinya, seterusnya membuatkan mereka tertarik dan mudah mengingatinya.iv. Bagi mencegah penggunaan dadah secara haram juga, kerajaan dan pihak berwajib perlu bermula dari rebungnya iaitu generasi muda yang bakal meneraju negara kelak. Oleh yang demikian satu subjek khusus berkaitan penggunaan dadah secara haram dan masalah sosial wajar di buat bagi mendedahkan para pelajar terutamanya generasi muda akan bahana penggunaan dadah ini dan kenapa perlu menjauhinya. Penggunaan mekanisme ini dilihat amatr wajar kerana ianya dapat memberi pendedahan kepada generasi baru yang mempunyai peluang untuk terlibat dengan najis dadah ini jika tidak mempunyai ilmu mengenainya.

9.0 KESIMPULAN

Dadah merosakkan diri, keluarga, kerjaya ,masyarakat serta negara. Dadah dilihat sebagai faktoryang boleh mengancam kestabilan, keselamatan dan melambatkan tempohpembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat yang semakin merebak seperti virus epidemik. Peranan media sebagai satu agen sosial yang amat popular dalam kalangan masyarakat kini wajar digunakan sebaiknya bagi memastikan ketersampaian maklumat kempen pencegahan itu. Sehubungan dengan itu, pemerkasaan peranan media dalam menyampaikan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa melalui indikator penilaian, dan penambahbaikan yang berkesan agar kejayaan penggunaan media dapat terus direalisasikan.9.0 RUJUKANAgensi Anti Dadah Kebangsaan. (2012). Laporan Tahunan Dadah 2012. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.Agensi Anti Dadah Kebangsaan. (2013). Laporan Dadah Bulan Februari 2013. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri.Anwarul Yaqin. (1996). Law and society in Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.Anne Dray, Pascal Perez, David Moore, Paul Dietze, Gabriele Bammer, Rebecca Jenkinson, Christian Sioukou, Rachel Green, Susan L. Hudson, Lisa Maher. "Are Drug Detection Dogs and Mass-Media Campaign Likely to Be Effective Policy Response to Psychostimulant Use and Related Harm? Results from an Agent-Based Simulation Model." International Journal Of Drug Policy Vol. 39, no. 23 (2012): 148-53.Czyzewska, M., & Ginsburg, . (2007). Explicit and implicit effects of anti- marijuana and anti-tobacco TV advertisements. . Addictive behaviors,, 32(1), 114-127. Dennis, C.D. (1989). Relapse Prevention: Treatment Alternatives and Counseling Aids. Blue Ridge Summit, PA: Tab Books Inc.Douglas Longshore, Bonnie Ghosh-Dastidar, Phyllis L. Ellickson. "National Youth Anti-Drug Media Campaign and School-Based Drug Prevention: Evidence for a Synergistic Effect in Alert Plus." Journal Of Addictive Behaviors Vol. 27, no. 31 (2006): 496-508.Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohamad Shatar Sabran,. (2012). Penagihan Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 38-49. Ismail, Rokiah. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia: Ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 6(1), 31-49. J.Macionis, John. (2010). Social Problem(4th Ed). United States of America: Pearson Education.Kaur, S., Mohd, H. B., & Mohamed, M. N. ,. (2009). Projek perintis program rawatan terapi gantian (RTG) menggunakan methadone di Pusat Khidmat AADK. Journal Antidadah Malaysia, 5(1), 1-30. Longshore, D., Ghosh-Dastidar, B., & Ellickson, P. L. (2006). National Youth Anti-Drug Media Campaign and school-based drug prevention: evidence for a synergistic effect in ALERT Plus. Addictive behaviors,, 31(3), 496-508. Li, Bo. "Preventing Drug Abuse in China: Anti-Drug Media Campaign through the Eyes of a Drug User ". MEDIA@LSE Electronics MSc Dissertation Series (2007): 1-32.Mahmood, N.M., Mphd Shuib, C.D., & Ismail,. (1999). Treatment of Drug Dependents in the Traditional Setting:The Case of Inabah. Pakistan Journal of Psychological Research, 13(3-4), 75-87. Mahyuddin Bin Arsat , Azizah Binti Besar. (2011). Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Pelajar. Satu Kajian Di Pusat Serenti Tiang Dua,Melaka., Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Maria Czyzewska, Harvey J. Ginsburg. "Explicit and Implicit Effects of Anti-Marijuana and Anti-Tobacco Tv Advertisements." Journal Of Addictive Behaviors Vol.32, no. 13 (2007): 114-27.

Nancy Grant Harrington, Derek R. Lane, Lewis Donohew, Rick S. Zimmerman, Gretchen R. Norling, Jeong Hyun-An, Wai Hsien Cheah, Leola McClure, Tim Buckingham, Elizabeth Garofalo, Carla C. Bevina. "Persuasive Strategies for Effective Anti-Drug Messages." Communication Monograph Vol. 70, no. 1 (2003): 16-38.Robert Hornik, Lela Jacobsohn, Robert Orwin, Andrea Plesse, Graham Kalton. "Effects of the National Youth Anti-Drug Media Campaign on Youths." American Journal Of Public Health Vol. 98, no. 12 (2008): 2229-36.Terry-McElrath, Y. M., Emery, S., Szczypka, G., & Johnston, L. D. (2011). Potential exposure to anti-drug advertising and drug-related attitudes, beliefs, and behaviors among United States youth, 1995-2006. Addictive behaviors,, 36(1), 116-124.

29