apabila ulat belut bercakap melayu

3

Click here to load reader

Upload: momee-rain

Post on 08-Jul-2015

150 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu

Akhbar : BERITA HARIANTarikh : 25 Julai 2006Halaman : C2

Apabila ular, belut bercakap Melayu

FUNGSI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan harus mendapat dukungan semua pihak. Sektor kerajaan, mahu pun swasta seharusnya memahami peranan DBP. Tidak hanya faham tetapi melaksanakan peranan masing-masing dalam menggerakkan semangat kebangsaan melalui Bahasa Kebangsaan, yakni bahasa Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 152 Perlembagaan Persekutuan.

Rata-rata sikap dan budaya sekeliling memang mempengaruhi mekanisme untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan bermaruah atau sebaliknya. Tetapi siapakah mekanisme yang merosakkan bahkan merugikan pembangunan ke arah pemartaban Bahasa Kebangsaan itu? Melayu sendiri tidak mempunyai kasih terhadap bahasanya. Seolah-olah berbahasa Melayu tidak mempunyai warna kehebatan atau ketinggian darjat.

Maka berbaurlah pertuturan yang disebut sebagai ‘setengah belut setengah ular’. Ini berlaku di kalangan profesional, tokoh akademik, korporat Melayu dan pemimpin masyarakat sendiri. Tidak ada salahnya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa apa sekali pun. Bahkan dituntut mempelajari apa bahasa sekali pun termasuk bahasa binatang.

Persoalannya ialah pemartabatan terhadap Bahasa Kebangsaan menjadi akar kedaulatan dan menyumbang

1

Page 2: Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu

ke arah perpaduan sejak sebelum merdeka lagi. Bahkan jauh sebelum kedatangan pelbagai bangsa penjajah ke Tanah Melayu, termasuk wilayah kedaulatan Melayu yang disebut sebagai Gugusan Pulau-pulau Melayu, bahasa Melayu telah berdaulat.

Pemartaban Bahasa Kebangsaan bukan bermakna tidak boleh menggunakan bahasa selainnya. Selain bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan), bahasa yang dituturkan kaum lain seperti Cina, India, Benggali tidak pernah dilarang pun. Apa yang dituntut ialah pemakaian atau penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perhubungan antara kaum, secara rasmi dan merangkumi urusan pentadbiran kerajaan juga swasta kepada rakyat atau pelanggan.

Seterusnya pelaksanaan seumpama itu tidak dikuatkuasakan. Seolah-olah kerajaan tidak boleh atau tidak mempunyai hak untuk menentukan garis panduan kepada pedagang (swasta) yang berada dan menjalankan perniagaannya di negara ini. Begitu juga terhadap kedutaan asing. Seharusnya mereka diperuntukkan supaya memahami dan mempelajari Bahasa Kebangsaan sebagaimana kedutaan asing di Indonesia mampu bertutur bahasa Indonesia dengan baik.

Ketika berada di Indonesia kerana mewakili Malaysia dalam acara International Poetry Festival 2006 di Palembang dan Jakarta pada 1 hingga 10 Julai lalu, saya berasa ‘iri’ apabila seorang penyair Australia menjadi penterjemah ke bahasa Indonesia bacaan puisi yang disampaikan rakan senegaranya.

2

Page 3: Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu

Apa yang dilihat ialah kedaulatan dan kewibawaan bahasa Indonesia itu sendiri. Tentunya tidak berlaku secara tiba-tiba.

Berbeza sikap atau prinsip pemimpin di negara ini, termasuklah pegawai kerajaan di peringkat atasan, apatah lagi golongan korporat dan tokoh akademik secara umumnya berasa tidak akan dilihat ‘gah’ kalau tidak mengadun pertuturannya dengan bahasa Inggeris. Atau, mungkin sepatah dua perkataan Melayu digunakan, selainnya Inggeris. Apakah itu suatu kemajuan? Siapakah pembunuh bahasa dan bangsa di kalangan orang Melayu sendiri?

Sedikit sebanyak mungkin akan terjawab dalam teater Wangi Jadi Saksi karya dan arahan U-Wei Saari yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 27 Julai hingga 6 Ogos ini. Tapi bukan soal bahasanya. Ia mengenai sikap Melayu tidak lekang dengan hasad dengki, fitnah dan tamak. Tidak mempunyai perancangan jangka panjang. Hati besar akal pendek. Menggunakan orang lain untuk kepentingan diri.

Pokoknya banyak keporak-perandaan yang boleh menyebabkan runtuh dan hilangnya sesuatu bangsa atau tamadun sesebuah pemerintahan itukah yang sedang atau akan kita hadapi nanti?

3