siri bercakap dengan jin - jilid 9

Upload: frankly-f-chia

Post on 06-Jul-2015

1.847 views

Category:

Documents


70 download

TRANSCRIPT

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan JinJilid 9

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [13 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

Siri 120 : DIGANGGU MONYET BESAR May 18, '10 6:17 AM Jilid 9 (Siri 121) : TETAMU CACAT May 19, '10 10:07 AM (Jilid 09) Siri 122: MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT May 27, '10 9:05 AM (jilid 09) Siri 123: Tubuh Terbenam Dalam Pasir Jun 2, '10 6:44 AM (jilid 09) Siri 124 : Badi Ekor Buaya Jun 3, '10 5:06 AM (Jilid 9) Siri 125 : BERBALUT KAIN KUNING Jun 10, '10 8:59 AM (Jilid 09) Siri 126 : TUBUH DI AWANG-AWANGAN Jun 10, '10 10:34 PM (Jilid 09) Siri 127: DIREJAM DENGAN BULUH KUNING (Jilid 9) Siri 128 : RAHSIA DAUN SERIBU KAPIT Jun 15, '10 2:35 PM Siri 129 : API KELUAR DARI KUBUR (jilid 09) Siri 130: SI TUA MISTERI DARI SOLOK Jun 20, '10 9:53 AM (jilid 9) Siri 131 : MENGGELETEK MACAM CICAK Jun 25, '10 2:19 AM (jilid 9) Siri 132 : BUKAN MUNTAH DARAH Oct 10, '10 8:32 PM CHAPTER LIST

Siri 120 : DIGANGGU MONYET BESAR May 18, '10 6:17 AMby faqir for group komunitisbdj Siri 120 : DIGANGGU MONYET BESAR

1 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Monyet itu merenung ke arah Haji Taslim Singasari, menunjukkan rasa benci dan marah sambil memperlihatkan gigi tajamnya yang putih. Monyet besar itu menderam dan bersedia mahu menerkam ke arah Haji Taslim Singasari. "Hei beruk." Mendadak saja datuk bertempik dengan lantang sekali. Saya terperanjat, begitu juga dengan Haji Taslim Singasari. Mungkin marah kerana diganggu, beruk besar itu segera mengalihkan perhatian ke arah datuk. Bersedia untuk menerkam dan merebahkan datuk. "Kamu rapat kamu jahanam beruk." "Gggrr..." beruk besar bersuara sambil kedua belah tangannya menepuk dadanya yang berbulu hitam lebat, buat beberapa kali. "Haa..." Datuk menyergah sambil menghalakan buku lima ke arahnya. Dan datuk mengacah untuk menerkam ke arahnya. Ternyata beruk itu tidak mudah digertak atau ditakut-takutkan. Haji Taslim Singasari mengangkat tangan kirinya separas puting tetek sebelah kiri. Menjatuhkan perlahan-lahan dalam tiga tahap. Datuk memahami isyarat itu. Apa yang datuk lakukan seterusnya ialah, melangkah setapak ke depan sambil bersuara: "Kamu rapat kamu jahanam." "Rapat sahabat, rapat," Haji Taslim Singasari memberikan semangat. "Serang dia datuk, serang," saya pula mencelah. Gabungan suara saya dengan Haji Taslim Singasari menjadikan suasana sekitar gamat sekali. Dengan serta merta beruk besar itu membelakangi datuk. Kemudian dengan tidak semena-mena beruk besar itu lari ke arah sebelah kanan, masuk ke hutan kecil di situ. Semua pepohon di situ jadi perhatian saya. Dedahan dari pepohon tersebut nampak bergoyang. Beberapa helai daun muda berguguran, akibat digayuti oleh beruk besar. Anehnya! Beruk besar itu tidak kelihatan langsung. Entah ke mana ghaibnya. Beburung yang tadi bernyanyi sambil berehat di reranting pokok segera berterbangan ke arah lain. Dedaun muda makin banyak yang berguguran. Bunyi dahan yang berlaga sama sendiri akibat di pijak oleh sesuatu jelas kedengaran. Suara beruk jantan juga dapat saya dengar tetapi, beruknya tidak kelihatan langsung. "Pedulikan semuanya itu." Itu yang dituturkan oleh datuk pada saya. Dengan rasa kesal saya alihkan pandangan ke arah datuk dan Haji Taslim Singasari. "Ya, pedulikan semuanya itu," Haji Taslim Singasari menyokong pendapat datuk. Kami beredar ke arah kaki tangga. Kulit muka saya mula terasa pedih akibat dipanggang oleh sinar matahari yang kian terik. Datuk segera hulurkan tangan pada Haji Taslim Singasari. "Terima kasih atas kerjasama awak," suara Haji Taslim Singasari agak tersangkut-sangkut. Datuk tunduk merenung tanah. Mungkin menahan kesedihan. "Apa, haji boleh menghadapi semua masalah seorang diri." "Saya cuba. Percayalah Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. Cukuplah pertolongan yang awak beri," Haji Taslim Singasari memeluk tubuh datuk. Mereka berpeluk-pelukan sebentar. Kemudian tanpa disangka-sangka, Haji Taslim Singasari terus memeluk tubuh saya. Kepala saya digosoknya berkali-kali. "Belajar dari datuk kamu," itu pesanannya untuk saya. Dan apa yang mampu saya lakukan ialah menganggukkan kepala beberapa kali. Datuk tersenyum dan Haji Taslim Singasari ketawa kecil. Penuh bangga dan simpati. "Kalau begitu, biarlah kami berangkat dulu." "Ya, silakan sahabat. Selamat jalan Tamar. Dengar cakap datuk kamu. Bila datuk kamu datang lagi ke sini, kamu mesti ke mari," saya kira tekanan nada suara begitu bersahaja sekali, orang tua yang banyak pengalaman itu menyembunyikan rasa hiba. Dan beberapa minit kemudian, saya dan datuk terus meninggalkan halaman rumah Haji Taslim Singasari. Terima kasih Haji Taslim Singasari, terlalu banyak pengalaman yang saya rangkum ketika berlabuh di rumahmu. Semuanya ini akan saya jadikan teladan dan pedoman untuk masa akan datang. Sesungguhnya, engkau telah memberikan sesuatu yang tidak saya terfikirkan, sejak menjejakkan kaki di bumi Balik Pulau ini, bisik batin saya bersama langkah yang teratur. Sesekali, saya toleh ke arah rumah Haji Taslim Singasari yang kian jauh saya tinggalkan. "Cepat melangkah tu, buat apa toleh-toleh ke belakang, kamu bukan tak tahu, hari tengah panas terik," datuk seperti merungut. Saya tidak memberikan sebarang komen, selain dari mempercepatkan langkah. Datuk membuat kejutan lagi, saya kira perjalanan terus kepada matlamatnya. Apa yang saya duga ternyata tidak tepat sama sekali. Datuk masih dengan perangai lamanya. Singgah di mana saja yang diingininya, terutama di rumah kenalan yang dianggapnya sebagai sahabat. Begitulah datuk, dalam perjalanan menuju ke bandar dia singgah sebentar di rumah Pak Imam. Kedatangan datuk dan saya disambut dengan penuh hormat. Kami dihidangkan dengan air kopi dan kuih buah melaka. "Makan tengah hari di sini," pelawa Pak Imam. "Tak payahlah. kami nak cepat sampai ke Tanjung," datuk memberikan alasan, Pak Imam renung ke arah jam yang tergantung di dinding rumahnya. "Baru pukul sebelas," kata Pak Imam, "Makan tengah hari, lepas Zuhur bertolaklah, orang rumah saya nak masak gulai ikan puyu, sambal buah macang, cicah dengan pucuk sanglang," begitu bersemangat Pak Imam bersuara. "Lain kali saja, Pak Imam," datuk terus menolak.

2 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Ini permintaan saya, lain kali tu belum tentu dapat. Entah ada umur kita entah tidak," rayu Pak Imam. "Kalau itu hajat Pak Imam, saya terimalah." Senyuman yang panjang pun terukir di kelopak bibir Pak Imam. Diwajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat. Tetamunya tidak menghampakan harapannya. HARAPAN Saat datuk menceritakan pengalaman aneh yang dialaminya ketika berada di rumah Haji Taslim Singasari, saya minta kebenaran darinya untuk berjalan di tanah dengan alasan untuk menghilangkan jemu. Permintaan saya diperkenankan oleh datuk. Kepalang gembiranya hati saya dan kesempatan itu saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Secara curi-curi saya meninjau ke arah rumah Masitah, anak saudara Pak Imam. Lagi sekali hati saya dibungai kegembiraan, ada tanda-tanda yang menunjukkan hajat saya akan terkabul. Memang menjadi harapan saya, sebelum meninggalkan bumi Balik Pulau, saya mahu menatap wajah dan senyuman Masitah. Didorong oleh keinginan mahu menatap wajah Masitah, saya pun mula terhendap-hendap dan menyusup di bawah pokok manggis yang berdaun lebat. Saya sandarkan badan di situ sambil menarik nafas kelegaan. Secara tidak disangka-sangka saya terpandangkan Masitah yang sedang menjemur kain di ampaian. Sinaran matahari yang memancar keras, membuatkan kulit muka Masitah jadi kemerah-merahan. Saya mula langkah ke arah pokok langsat pula. Jarak saya dengan Masitah tidaklah begitu jauh. Tetapi, saya masih enggan memperlihatkan diri, masih bersembunyi di balik pokok langsat. "Syyyyhhhhh..." Saya segera membunyikan isyarat, cepat-cepat Masitah angkat kepala, renung kiri, renung kanan dengan pandangan yang liar. Dia berhenti menjemur kain dan wajahnya nampak cemas sedikit. Masitah renung ke arah pokok langsat dan saya segera menunjukkan diri. Masitah buat tidak peduli dengan saya. Dia terus jemur kain. Saya melangkah lagi, jarak saya dengan Masitah bertambah dekat dan saya pun jual senyum padanya. Hati saya bertambah sakit. Masitah buat tak kisah. "Saya nak balik." "Baliklah, kenapa bagi tahu saya. Datang dulu tak bagi tahu saya pun," hati saya bertambah sakit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Masitah. "Sombong sangat ni," kata saya lagi. Masitah menjeling tajam ke arah saya bersama sebuah senyum yang sukar ditafsirkan maknanya. Apakah itu senyuman suka atau benci? Badan saya berpeluh, bukan kerana panas, tetapi kerana rasa takut. Takut kalau gadis Balik Pulau yang kaya dengan adat ketimuran itu memecahkan rahsia. Memberitahu kaum keluarganya tentang perangai saya yang buruk. Kalaulah hal ini terjadi, lambat laun perkara itu akan sampai juga ke pengetahuan datuk dan saya terpaksa menanggung malu yang bukan kepalang. Dalam keadaan yang resah gelisah itu, saya dapat satu akal. Saya keluarkan pensil dan selembar kertas dari dalam saku seluar saya. Tujuan saya bawa kertas itu untuk mencatatkan alamat Masitah. Bila melihat pada sikap Masitah yang lain itu, ternyata apa yang saya inginkan, tidak akan terlaksana. Saya harus bertindak segera sebelum kehampaan menjelma. "Heiii..." Saya segera mengangkat tangan ke arah Masitah yang merenung tajam ke arah saya. Masitah yang sedang mengembangkan kain jemuran terakhir segera menggelengkan kepala. Tidak bersedia mahu mematuhi permintaan saya. Masitah segera sidai kain terakhir. Kemudian dia melangkah ke arah rumahnya. Hati saya berdebar tidak tentu arah. "Hiss nantilah dulu." Sengaja saya tinggikan suara. Masitah tak jadi melangkah. Segera menoleh ke arah saya sambil mengangkatkan kepalanya dua tiga kali. Dia seolah-olah mengajukan pertanyaan: Ada apa? Reaksi yang saya berikan ialah dengan menunjukkan kertas dan pensil ke arahnya. Masitah senyum. Dengan tergesa-gesa saya menuliskan nama dan alamat pada kertas. Saya selitkan kertas itu pada ranting keduduk bercabang tiga. "Jangan lupa ambil tau," kata saya. Tidak ada jawapan dari Masitah. Tetapi apa yang jelas dia mengangguk. Ertinya, dia bersedia mematuhi arahan dari saya. TUGAS Saya kira tugas besar dan berat telah saya laksanakan. Cepat-cepat saya tinggalkan pokok langsat, melangkah tenang menuju ke rumah Pak Imam. Entah macam mana, saya tersepak seketul kayu. Saya tidak dapat mengimbangi tubuh. Saya terjatuh, bunyi tubuh menghempap bumi dan reranting kering dapat didengar oleh Pak Imam dan datuk. Mereka segera menuju ke muka pintu dan merenung ke arah saya yang tergesa-gesa bangun. "Apa yang kamu cari dalam semak samun tu, Tamar," datuk yang berdiri di ambang pintu mengemukan pertanyaan. Dia bersedia mahu melangkah turun. "Tak payah turun, dia tak apa-apa," Pak Imam menahan. Datuk duduk kembali. "Apa yang kamu cari di situ?" datang lagi pertanyaan dari datuk. Ternyata datuk tidak puas hati. Pertanyaannya saya tidak jawab.

3 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Tadi saya nampak biawak di situ, saya terus kejar," jawapan untuk melepaskan batuk ditangga, saya berikan pada datuk. Pak Imam terasa sangsi dengan jawapan yang saya berikan. Ini dapat saya baca melalui memek mukanya. "Disini jarang ada biawak, entahlah pula hari ni ada biawak," suara isteri Pak Imam lantang dari arah dapur. Kata-kata itu saya rasakan seperti menyindir saya. Dengan muka yang tebal saya berdiri di kaki tangga. "Sudahlah Tamar, naik saja ke rumah," Pak Imam cuba menghilangkan rasa serba salah dalam diri saya. Dengan tenang saya naik ke rumah. Duduk di sudut, menghala ke dapur. Apa yang saya buat, semuanya tidak kena, saya rasa Pak Imam bagaikan tahu dengan apa yang telah saya lakukan. Begitu cepat masa berlalu.Tepat jam dua belas lebih, hidangan makan tengah hari pun tersedia. Semuanya amat menyelerakan. Lepas makan dihidangkan pula pengat pisang. "Sempat awak buat semuanya ini," kata Pak Imam bila melihat isterinya mengatur piring pengat pisang di depannya. "Bukan saya yang buat," kata isteri Pak Imam. "Kalau bukan awak, siapa yang buat?" "Masitah, dia ada di dapur tolong membasuh." "Hum..." kata Pak Imam dan terus menikmati pengat pisang abu, "Sedap, makanlah Tamar, apa malu-malu. Si Masitah buat pengat memang handal," sambung Pak Imam sambil merenung ke arah saya. Lagi sekali, saya tersipu dengan sikap Pak Imam itu. Saya rasakan dia menyindir saya lagi. "Ah, banyak sangat ni," kata saya dalam usaha menghilangkan rasa serba salah. "Rasa dulu, lepas tu mesti kamu makan sampai habis," tanpa diduga datuk bersuara. Datuk terus menikmati pengat pisang. Datuk dan Pak Imam sudah pun menikmati pengat pisang dari hasil kerja Masitah. Saya masih belum memulakannya. "Silakan," tutur Pak Imam. "Cepat Tamar, kita nak balik jauh," datuk pula seperti mendesak. Dan saya pun memulakannya. Memang sedap. Dalam saya asyik menikmati pengat pisang, saya terdengar suara Masitah. Cepat-cepat saya panggungkan kepala lalu merenung ke dapur. Masitah, bentak batin saya setelah melihat kelibatnya di ruang dapur. Bila saya mahu merenung untuk kedua kalinya, datuk mula berdehem. "Kau nak balik Masitah," terdengar suara isteri Pak Imam. "Ya," pasti itu suara masitah. "Malam ni datang lepas Isyak, Pak Imam nak ajar kita tentang rukun sembahyang," terdengar lagi suara isteri Pak Imam. "Saya datang, emak juga datang," sahut Masitah. Hati saya bagaikan digaru-garu mahu segera bangun dan berdiri di muka tingkap mahu melihat Masitah yang ayu melangkah pulang kerumahnya. Sebagai anak muda yang ada maruah dan harga diri, sudah tentu perkara semacam itu tidak dapat saya lakukan. "Kita sembahyang di masjid," Pak Imam memberikan cadangan, setelah berehat lebih dari setengah jam (selepas makan tengah hari). Masa berehat yang setengah jam itu dipenuhi dengan perbincangan dan perdebatan berhubung dengan perkara agama dari datuk dan Pak Imam. Secara tidak langsung pengetahuan saya turut bertambah. Setidak-tidaknya saya mengerti beberapa patah perkataan Arab. "Saya setuju," datuk memberikan kata putus. Memang sudah direncanakan setelah menunaikan fardhu Zuhur, saya dan datuk akan meneruskan perjalanan ke Tanjung. Segala beg dan barang datuk terpaksa dibawa bersama. Masa saya menyarungkan sepatu, saya terus mencuri pandangan ke arah rumah Masitah. Perkara itu saya lakukan dengan hati-hati dan teliti sekali. Jangan sampai dapat dikesan oleh Pak Imam atau datuk. Saya masih beruntung, mata saya masih dapat menangkap bentuk tubuh Masitah berdiri di balik perdu durian yang berada di sempadan antara tanah milik ayahnya dengan tanah milik Pak Imam. Masitah memakai baju kurung merah dengan kain warna coklat. Dia merenung ke arah saya. TUNDUK Dengan keadaan tertunduk kerana mengikat tali kasut, saya terus menjeling ke arah Masitah dengan ekor mata. Entah mengapa gadis yang berkulit putih itu benar-benar mempengaruhi hati saya. Meskipun loghat Pulau Pinang yang diucapkannya sering membuat saya tersenyum panjang. Mungkin kerana tidak mahu menunggu saya yang mengambil masa agak lama mengikat tali kasut, datuk dan Pak Imam beredar menuju ke kepala jalan. Ini peluang yang cukup baik. Saya segera tegakkan tubuh dan merenung dengan tepatnya ke arah Masitah. Paling menggembirakan hati, Masitah tidak lagi berdiri di balik pokok durian. Dia berdiri di tengah lapang. Saya lambaikan tangan kearahnya. Lambaian saya dibalasnya. "Balik dulu," kata saya. Masitah tidak menjawab. Dia cuma senyum sambil mengerak-gerakkan tangan yang membawa makna yang dia akan menulis surat kepada saya berpandukan pada alamat yang saya berikan padanya. "Bagus." Tutur saya sambil menegakkan ibu jari. "Aheeemmm."

4 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Saya segera angkat kepala. Renung ke arah tingkap sebelah kanan. Isteri Pak Imam berdiri di situ. Tanpa berkata apa-apa, saya terus berlari ke arah datuk dan Pak Imam yang berdiri di kepala jalan. Sampai di kepala jalan, saya toleh ke arah pokok durian. Masitah sudah ghaib. Agaknya, dia melarikan diri kerana tidak mahu perbuatannya dikesan oleh isteri Pak Imam. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, hati saya menyanyi riang. Setelah menunaikan sembahyang Zuhur, Pak Imam menghantar saya dan datuk ke perhentian bas Balik Pulau. Datuk meninggalkan pesan pada Pak Imam supaya mempengaruhi Mat Prai, agar dia sering pergi ke masjid, selalu membuat sedekah dan amal jariah. Nampaknya, pesanan itu disambut oleh Pak Imam dengan baik sekali. "Dengan izin Allah, saya cuba tunaikan. Itupun kalau dia datang ke sini." "Saya faham, saya mahu bila dia balik bercuti atau datang ke sini di musim durian, dia mesti buat amal ibadah, jangan mengejar duit saja. Kalau Pak Imam tak menegurnya, siapa lagi yang nak diharapkan," kata datuk. Bas pun bergerak meninggalkan perhentian. Dalam perjalanan yang membosankan itu, saya terus berangan-angan, menikmati zaman kegemilangan bersama Masitah. Saya bayangkan yang kami berlari di gigi pantai. Membiarkan buih-buih ombak menyentuh kaki. Kemudian, kami terjun ke laut lalu berenang melawan ombak. Angan-angan yang tidak bertepi itu terus membungsung tinggi dalam kepala saya. Akhirnya saya terlena. Tidak tahu apa yang terjadi, samada di dalam perut bas atau di luar. Saya terjaga bila bahu saya digoncang oleh datuk berkali-kali. Bila saya buka mata, perut bas sudah kosong. Pemandu dan penjual tiket sudah berada di sebuah warung. "Bangun, kamu tidur macam orang mati." Saya diam. Tidak memberikan sebarang komentar atas kata-kata yang datuk luahkan. Dalam keadaan yang lesu saya terus bangun sambil menggosok-gosok kelopak mata. "Kalau dah makan tak sedarkan dunia, inilah akibatnya kena angin bas terus tertidur, macam anjing mampus," datuk terus merungut. Macam tadi juga, saya tidak berani bersuara. Terus melangkah menuju ke pintu bas. Bila berada di luar baru terasa panas. Saya dan datuk terus menuju ke pengkalan. Dari situ kami menaiki feri menuju ke tanah besar. Datuk membatalkan hasratnya untuk mengunjungi rumah Mat Prai kerana kesuntukan masa. Kerana kesuntukan masa juga, datuk naik teksi menuju ke Taiping. Dari Taiping menuju ke kampung baru naik bas. Menjelang Maghrib kami sampai di rumah. Nenek menyambut kepulangan kami dengan wajah yang riang. Dia menyambut buah tangan dari datuk yang dibeli di bandar Taiping. Datuk juga sembahyang Asar di Taiping. Saya ingat sebelum menaiki bas, datuk pergi membeli belah di kedai yang menjual buah-buahan. Datuk juga membeli beberapa helai kain pelikat dan dua helai kain batik untuk nenek. Hadiah-hadiah itu membuat nenek gembira. MALAM Seperti selalu, setiap kali pulang dari perjalanan yang jauh, pasti saya menceritakan pada nenek hal-hal yang dialami. Dan malam itu, secara kebetulan saya tidak ikut datuk berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid. Datuk memang ada mengajak saya kerana ada guru agama mengajar Tauhid tetapi saya menolak dengan alasan penat. Alasan itu dapat diterima oleh datuk. Selepas menunaikan fardhu Isyak, saya terus mendekati nenek yang duduk bersila di tengah ruang. Cukup tenang nenek mengunyah sirih. Bibir kecutnya nampak merah. Saya pun bercerita padanya tentang apa yang dialami ketika berada di Pulau Pinang. Bila sampai bahagian cerita yang menakutkan, wajah nenek nampak cemas. Bila ada kisah lucu nenek ketawa. "Tapi Tamar." Nenek behenti mengunyah sirih. Tepak sirih yang berada di hujung lutut segera ditolaknya ke tepi. Matanya merenung tajam ke arah saya. Debaran cemas bersama perasaan ingin tahu mula menyelubungi hati saya. "Kenapa nek?" Nenek tersenyum. Masih keberatan untuk menceritakan sesuatu pada saya. Dia terus mengunyah sirih dengan seenak-enaknya. "Kenapa nek?" "Masa kamu sama datuk tak ada di rumah ni, nenek tak pernah merasa aman. Belum pernah nenek berdepan dengan masalah yang sepelik ni, pada hal dulu datuk kamu keluar sampai berbulan-bulan, tak ada yang mengacau. Tapi kali ini, lain macam pula," nenek memulakan ceritanya. Bila saya mendekatinya, nenek tidak meneruskan cerritanya. Ini membuat saya resah. "Apa yang nek nak ceritakan ni," saya mula mendesak. Nenek lunjurkan kedua belah kakinya. "Setiap malam, macam ada orang datang, orang berjalan dan bercakap diluar rumah. Kadang-kadang terdengar bunyi orang makan," lanjut nenek. Tiba-tiba saja bulu tengkok saya tegak berdiri. "Selalunya, pukul berapa nek dengar?" "Pukul dua belas malam ke atas," terang nenek bersahaja, "Bila nenek buka pintu dan keluar, keliling rumah bawa suluh tak ada apa yang nenek nampak," sambung nenek lagi. Di wajahnya tidak terbayang keresahan. Saya terdiam sejenak. Apakah perkara yang dialami oleh nenek itu ada hubungannya dengan kejadian di rumah Haji Taslim Singasari? Apakah syaitan-syaitan peliharaan Suhaimi Keraba boleh sampai ke sini? Tahu pula yang nenek ni isteri datuk. Mungkin ada makhlukmakhluk lain yang sengaja mahu mengacau nenek? Semuanya itu timbul dalam tempurung kepala saya. "Nenek tak minta tolong, tak beritahu hal ini pada orang lain," saya mengajukan pertanyaan. Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan. Rasa takut terus bersarang di sudut hati. "Buat apa beritahu orang."

5 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Apa pasal nek cakap macam tu." "Kadang-kadang perkara macam ni, susah orang nak percaya." "Tak percaya tak apa, asalkan diberitahu, setidak-tidaknya ada juga perhatian orang pada rumah ni." "Buat apa menyusahkan orang kerana kita." "Hum..." saya melepaskan sebuah keluhan. Bosan dengan perangai nenek yang tidak jauh bezanya dengan perangai datuk. "Sekarang benda-benda tu tak datang lagi nek?" saya minta kepastian. Sesungguhnya, saya memang tidak mahu perkara-perkara ganjil seperti itu datang mengacau nenek yang sudah tua. "Entah, hilang begitu saja," balas nenek. "Nenek tentang?" Nenek gelengkan kepala dan terus mengunyah sirih. Saya lihat nenek seperti mahu menghabiskan cerita itu hingga ke tahap itu saja. Dia seperti mahu melupakan saja, sudah pasti saya kurang senang dengan tindak-tanduk nenek itu. "Apa yang nenek buat, cakaplah," saya cuba merayu. "Eh, kamu ni, aku tak buat apa-apa. Dia mengamuk diluar, aku baca Yaasin di rumah, aku sembahyang Tahajjud. Aku buat seperti apa yang selalu aku buat. Biarlah dia nak bertendang, berterajang atau bersilat di luar rumah." "Haa..." mulut saya terlopong. "Apa lagi Tamar." "Tak ada apa-apa nek," sahut saya. Entah mengapa perkara sebodoh itu saya tanyakan pada nenek. Kenapa saya terlupakan yang nenek itu isteri datuk. Sebanyak sedikit sudah tentu datuk mencurahkan ilmu pada isterinya. Setidak-tidaknya untuk perlindungan dirinya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam. Tidak lama kemudian datuk pulang dari masjid. (bersambung)...

CHAPTER LIST

Jilid 9 (Siri 121) : TETAMU CACAT May 19, '10 10:07 AMby faqir for group komunitisbdj Siri 121 : TETAMU CACAT Datuk buka baju teluk belanga lalu disangkutkan pada paku dinding. Seperti selalu, datuk terus duduk bersandar sambil mendirikan lutut sebelah kanan. Beberapa saat kemudian nenek pun meletakkan secawan kopi pahit di depannya. Datuk tidak segera meminumnya. Dia hanya melihat asap nipis di permukaan cawan. "Ramai orang di masjid?" "Tak seberapa," datuk terus menghirup kopi pahit, "Begitulah selalunya, tak ramai orang yang mahu belajar di masjid, orang lebih suka tengok Fun Fair," sambung datuk dengan nada kesal. Cara kebetulan pula di pekan kecil sudah sminggu diadakan Fun Fair. Macam-macam pertunjukkan diadakan yang dapat memikat hati orang-orang di tempat saya. "Memang begitu adat hidup. Dunia dilebihkan, akhirat buat endah tak endah. Maklumlah, dunia nampak, alam akhirat tak nampak," ujar nenek lalu memicit buah betisnya. Datuk tidak memberikan sebarang komentar terhadap kata-kata yang nenek tuturkan. Dengan tenang datuk mengangkat cawan lalu menghirup kopi pahit. Saya sudah pun merebahkan badan di lantai, sejak datuk meneguk kopi pahit pertama. Sengaja saya rapatkan kedua belah kelopak mata. Biar nenek dan datuk menyangkakan yang saya sedang tidur. "Rasa-rasanya, aku nak ke Jambi. Rindu nak tengok kaum keluarga, saudara mara di sana. Aku rindukan tanah jambi," hasrat yang datuk luahkan itu membuatkan saya membuka kedua belah kelopak mata dengan luas. "Kita faham niat awak, kita tak menghalangnya, hubungan kaum keluarga, kata orang macam air sungai, dicincang tak putus, Tapi, ada...," nenek tidak meneruskan kata. "Ada apa?" datuk pun menegakkan badannya. Biji matanya tepat merenung wajah nenek. Seolah-olah memaksa nenek supaya menyambung segera kata-kata yang terputus itu. "Awak tu, tak sekuat dulu lagi. Awak bukannya muda, cuma itu saja yang saya nak ingatkan," nenek pun angkat muka lalu bola matanya terpaku ke wajah datuk. "Awak takut saya mati?" "Tak pula, kerana saya tahu, mati tu adalah hak Allah." "Habis apa yang awak bimbang dan takutkan." "Awak nak ke Jambi tu nak naik apa, kapal terbang atau kapal laut?" soal nenek lagi. Tidak ada jawapan dari datuk. Dia hanya tunduk merenung lantai sambil menghela nafas perlahan-lahan. Ternyata seperti ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk, ekoran dari pertanyaan yang nenek kemukakan.

6 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Nak ikut apa?" ulang nenek lagi. Tidak ada jawapan dari datuk dan baki air kopi pahit dalam cawan segera dihirupnya. Kemudian datuk lunjurkan kaki kanannya. Datuk seperti keberatan untuk menjawab pertanyaan dari nenek, macam ada sesuatu yang ingin datuk sembunyikan dari perempuan yang tertonggok didepannya. Saya yang sedang baring terus pasang telinga. Saya juga ingin mendengar jawapan dari datuk. Bunyi cengkerik berdendang di luar cukup rancak. Angin yang bertiup terus menjatuhkan reranting yang kering ke bumi. Suara kucing jantan cukup nyaring memanggil kucing betina. "Aku nak ke Jambi dengan kapal laut," secara mengejut datuk bersuara. Kaki yang dilunjur dirapatkannya kembali. Silanya diperkemaskan. "Sungguh-sungguh awak nak ke jambi." "Tentu," datuk anggukkan kepala. "Bila agaknya awak nak pergi?" "Bila semua urusan selesai baru sedap berjalan." "Pergi seorang saja?" "Berdua." Nenek terus membeliakkan biji matanya. "Awak nak bawa saya?" Tanya nenek, cepat-cepat datuk gelengkan kepala. Nenek ambil sirih, pinang, kapur dan gambir. Semuanya disatukan lalu disumbat dalam gobek. Dengan tenang nenek menggobek sirih. Saya kira sambil menggobek sirih, nenek memerah otak memikirkan siapakah kawan karib datuk yang bakal menemaninya ke tanah Jambi. "Siapa kawan awak tu," nenek berhenti menggobek sirih. "Siapa lagi...," datuk terus diam. Dia menggeliat untuk menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikatnya. "Agaknya awak nak bawa cucu kita, si Tamar," nenek terus menyerkap jarang. "Memang begitulah hajat di hati, mahu aku perkenalkan si Tamar dengan kaum keluarga di seberang. Aku tak mahu dia kehilangan akar umbi keturunannya. Biar dia kenal siapa dirinya dan dari mana asal-usulnya," datuk bersuara penuh semangat. Bila datuk mengakui yang dia memang berhasrat mahu membawa saya ke tanah seberang. Saya semacam tidak sedar terus bangun dan duduk bersila merenung muka datuk dan nenek. Saya masih mengharapkan kata-kata selanjutnya yang bakal keluar dari kedua kelopak bibir datuk dan nenek. "Wah! tengok si Tamar ni, sebut pasal nak berjalan dari tidur terus bangun," nenek menghalakan matanya ke arah saya. "Maknanya dia pura-pura tidur, bukan apa tu, dia nak mengelakkan dari disuruh membaca Quran. Perbuatan macam tu tak ada untungnya Tamar, apa faedahnya menipu diri sendiri," sampuk datuk tanpa merenung ke arah saya. Tebal rasa kulit muka bila kena sindir macam tu. Apa mahu dikata, salah sendiri terpaksa ditanggung malu. "Pergi tidur dalam bilik," herdik datuk. "Baik tuk," saya segera akur dengan cakap datuk. REBAH Nenek hanya melihat telatah saya yang tergesa-gesa masuk ke bilik tidur. Saya tidak merebahkan diri di atas katil. Saya lekapkan telinga kanan ke dinding untuk mengikuti perbualan selanjutnya antara datuk dan nenek. "Budak tu cukup nakal, makin besar makin menjadi nakal," itulah komen nenek terhadap saya. "Budak lelaki memang begitu, suka membantah cakap. Kalau kena cara cakap dan minta mahu mendengar kata. Suruh apa saja, sanggup dibuatnya. Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk menjadi manusia," datuk membela saya. Saya senyum sendirian, megah kerana ada orang yang bersedia mempertahankan diri saya. Bukan kepalang gembiranya rasa di hati, bila datuk memuji saya di depan nenek. Dan saya mula faham, begitu tinggi sekali harapan datuk pada saya. Keseronokan yang melonjak-lonjak terus terbantut, bila teringatkan ungkapan dari datuk berbunyi: Tamar tu boleh dibentuk lagi untuk jadi manusia. Wah! ini sudah keterlaluan. Apakah batang tubuh saya yang wujud ini, bukannya manusia? apakah saya ini binatang yang bertubuhkan manusia? datuk sudah melampau, secara mendadak saya jadi marah. Kalau ikutkan hati, mahu rasanya papan dinding saya tumbuk, biar tercabut. Dalam mengawal perasaan itu, saya cuba membaca surah Al-Fatihah tiga kali. Ketenangan datang dalam diri saya dan saya mula memikirkan ada maksud tertentu dari ungkapan yang datuk luahkan itu. Telinga terus saya lekapkan ke dinding. Saya mengalami kekecewaan yang amat sangat. Datuk dan nenek tidak lagi memperkatakan tentang hal yang ada hubungannya dengan niat datuk mahu pulang ke Jambi. Mereka membawa persoalan lain, mereka memperkatakan tentang tanah sawah, kebun getah, amal ibadah dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan kematian. Saya cukup hampa dengan tindakan datuk dan nenek itu.

7 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Saya pun rebahkan sekujur tubuh atas katil, saya mula memikirkan tentang perjalanan ke Jambi dengan kapal laut membelah Selat Melaka. Kalaulah benar, datuk bersedia membawa saya ke tanah Jambi, saya akan memujuk datuk agar membawa saya ke Palembang untuk melihat puncak Bukit Seguntang tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi. Saya juga teringin sekali mahu melihat Sungai Mati yang membelah Palembang. Semoga cita-cita dan impian terlaksana. "Bolehkah dipercayai cakap datuk tu?" Timbul pertanyaan dalam hati saya di malam yang dingin. Saya terdengar bunyi jam gantung berdenting sepuluh kali. Perbualan datuk dengan nenek tidak serancak tadi. Saya menguap, sekejap saya melentang, sekejap saya meniarap dan sekejap mengiring. Entah mengapa saya resah tak menentu. "Agaknya, saya terpengaruh dengan cerita datuk mahu membawa saya ke Jambi, inilah sebabnya saya resah tak menentu dan tak mahu tidur," begitulah saya membuat ramalan dalam hati. Saya terus bangun duduk atas katil sambil memeluk sepasang lutut. Macam-macam yang saya fikirkan tentang kampung halaman datuk di Jambi. Suburkah bumi Jambi dengan tumbuhan. Sombongkah anak buah datuk. Kasarkah gerak-geri mereka dan celuparkah mulut anak buah datuk di sana. Dapatkah saya menerima mereka sebagai kaum keluarga yang masih mempunyai pertalian darah dengan datuk, sedangkan saya tidak pernah mengenali mereka secara dekat, tidak mesra. Mungkin cara mereka berfikir dengan saya tidak sealiran. Jangan-jangan bahasa yang diucapkan tidak saya fahami. Dapatkah saya menerima mereka saya yang telah dipisahkan oleh Selat Melaka. Semuanya bergolak dalam dada saya. "Disana ada sungai, ada jambatan, nanti kau dah besar tuk bawa ke sana," teringatkan dialog yang terjadi antara saya dengan datuk ketika saya mula bersekolah dulu. "Sungai itu apa namanya tuk?" "Sungai Batanghari." "Jambatannya nama apa tuk?" "Aur Duri, dibuat dari besi, nantilah kamu besar datuk bawa kamu ke sana." "Lembu di sana, serupa dengan lembu di sini tuk." "Tentulah sama," datuk terus ketawa panjang. Barangkali dia merasa amat lucu dengan pertanyaan saya itu. Saya tersenyum mengingati ketololan diri sendiri. Saya menguap panjang. Dan mata saya terasa amat berat sekali. Saya hilang keinginan untuk mengikuti perbualan antara datuk dengan nenek, saya terus menarik gebar untuk menghilangkan rasa dingin yang menguasai sekujur tubuh. Dan sesungguhnya, setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku. RUANG Bila saya bangun untuk menunaikan solat Subuh, saya dapati ada seorang lelaki duduk di ruang tengah. Lelaki itu memakai songkok hitam, berbaju cekak musang dengan kain selendang membalut sebahagian dari dadanya. Memakai pelekat berpetak empat, macam petak papan catur. Waktu saya lalu disisinya, lelaki itu tidak angkat muka. Tunduk merenung lantai macam orang bertafakur. Datuk berdiri dikirinya dengan pakaian yang lengkap untuk berjemaah Subuh di masjid. Kerana dia tidak menghiraukan saya, saya pun tidak menegurnya. Saya teruskan perjalanan ke bilik air. Setelah mandi dan ambil air sembahyang, lagi sekali saya lalu diruang tengah. Saya dapati lelaki dan datuk sudah tiada lagi di situ. Pada hemat saya, pasti keduaduanya menuju ke masjid. Setelah menunaikan solat Subuh, saya terus mendapatkan nenek yang sedang menjerang air di dapur. "Ada orang baru datang ke rumah kita nek? siapa orang tu?" saya kemukakan soalan pada nenek. Sakit juga hati bila nenek buat tidak kisah dengan pertanyaan yang saya ajukan padanya. Saya ulangi pertanyaan itu beberapa kali, barulah nenek bersuara. "Entah, aku tak kenal siapa dia, Tamar." "Masa bila dia datang nek?" "Kalau tak silap dekat pukul sebelas malam tadi. Pada mulanya datuk kamu terdengar bunyi orang berjalan di luar, tidak lama kemudian, pintu rumah kita diketuk berkali-kali," nenek memperjelaskan cerita sebenar dengan harapan keraguan yang berada dalam hati saya akan berakhir. "Kemudian tuk suruh dia masuk. Bukan begitu nek?" tingkah saya, nenek pun segera anggukkan kepala. "Itu silap besar, membenarkan orang yang kita tak kenal bermalam di rumah kita," saya luahkan protes. "Tuk kamu bukannya bodoh, dia fikir buruk baiknya dulu sebelum menerima orang tu bermalam di sini. Kau tahu Tamar, orang tu cacat." "Cacat," saya terkejut besar lalu membeliakkan biji mata. "Ya," angguk nenek. "Tadi saya nampak elok sempurna." "Kamu tengok sekali lalu, macam mana kamu boleh kata begitu," dari nada suaranya itu, ternyata nenek kesal dengan sikap saya. Buat beberapa saat saya tidak bersuara. Biarkan perasaan nenek kembali tenang. Kalau banyak soal nanti dia naik darah. Kalau nenek sudah naik darah nanti puntung kayu api naik ke muka saya. Nenek buka tingkap bahagian dapur. Cuaca di luar nampak samar-samar.

8 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Kokok ayam masih kedengaran sekali-sekala. Di kaki langit ada kilau cahaya yang mula bangkit. "Apa cacatnya nek?" Nenek menarik nafas lambat-lambat. Diwajahnya terpancar rasa simpati yang amat dalam terhadap tetamu yang kurang saya restui itu. "Dia jalan merangkak, ampun maaf cakap, berjalan macam biawak." "Pelik, kenapa macam tu. Apa kata tuk tentang cara dia berjalan tu nek," saya berminat sekali untuk mengetahui keganjilan yang terjadi pada diri lelaki tersebut. "Tak ada apa-apa katanya, cuma dia kesian saja." "Hairan juga saya, macam mana dia terus datang ke rumah kita nek?" "Itu kau kena tanya tuk kamu, dia melayan orang tu bercakap berjam-jam malam tadi. Lepas aku menghidangkan air kopi dan kuih, aku terus masuk bilik, aku mengantuk," tutur nenek dengan tenang. Nenek terus taruh kopi dan gula ke dalam teko lalu disusuli dengan air panas. Nenek kacau air panas dengan sudu hingga kopi dan gula bersatu. Bau air kopi yang menyegarkan itu terus menusuk lubang hidung, saya kian terangsang untuk minum kopi. "Kamu minum dulu." Nenek tuang kopi panas ke dalam cawan. Tanpa membuang masa lagi saya terus menghirupnya. "Kalau nak makan goreng pisang tunggu sekejap lagi," ujar nenek lagi sambil mengangkat goreng pisang dari kuali dan diletakkan atas para dengan tujuan untuk menyejukkannya. "Tak apa nek, dapat air kopi ni pun dah cukup baik," kata saya. "Baiknya kamu pagi ni Tamar," nenek menyindir. "Saya cakap ikhlas nek, nenek buat goreng pisang ni untuk orang cacat tu?" "Ya," angguk nenek. Tanpa diminta, sambil bercerita bagaimana tetamu cacat itu datang. Pada mulanya, datuk keberatan mahu mengizinkan tetamu cacat itu bermalam di rumah. Tetapi, setelah dirayu dan diterangkan tujuan sebenarnya, barulah datuk membenarkan tetamu cacat itu masuk ke rumah. "Apa alasannya nenek?" saya memotong cakap nenek. "Katanya, sudah berbulan-bulan dia mencari rumah datuk kamu, dia mendapat tahu dari orang tertentu yang datuk kamu berkebolehan, kerana itu dia mencarinya." "Waktu malam datang ke rumah," cemuh saya. "Begitulah, kalau dah berhajat." "Orang mana nek?" "Entah, nenek tak tahu." "Hum..." keluh saya. Saya terus minum baki kopi panas yang masih ada dalam cawan. Saya kira, selesai saya minum nanti nenek akan menyambung kembali cerita tentang tetamu cacat tersebut. SALAH Perkiraan saya tidak salah lagi. Sebaik saja saya meletakkan cawan atas meja. Nenek duduk bersila di depan saya. "Khabarnya orang jauh," nenek memulakan cerita. Ternyata cerita yang mahu bermula itu, mati setakat itu saja. Disekat oleh kepulangan datuk dan tetamu cacat. "Bukakan pintu Tamar, mereka dah balik dari masjid," suruh nenek. Tanpa tangguh-tangguh lagi saya menerpa ke pintu dengan harapan mahu melihat tentang kecacatan yang dialami oleh tetamu baru itu. Pintu saya buka, saya lihat datuk tercegat di halaman, sedangkan tetamunya merayap memanjat tangga. Tetamu itu menggunakan kekuatan sepasang tangannya untuk mengheret tubuhnya naik tangga rumah. Apa yang saya lihat membuat saya tergamam dan terkejut. "Kenapa tercegat di situ!" pekik datuk. Saya terkejut dan terus menuju ke ruang dapur mendapatkan nenek yang sudah mengaturkan piring untuk goreng pisang dan cawan atas talam. "Apa yang bising tu, Tamar?" nenek renung muka saya. "Tuk marah saya berdiri di depan pintu." "Tak manis melihat orang cacat macam tu, sepatutnya lepas kamu buka pintu, kamu berubah ke tempat lain." "Kesian dia, nek."

9 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Sekarang kamu dah tahu kenapa tuk kamu membenarkan dia bermalam di rumah kita," tutur nenek dengan renungan yang sayu ke arah dinding dapur. Mungkin ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepala nenek. Bila nenek sudah yakin yang datuk dan tetamu cacat sudah sampai dan duduk di ruang tengah. Nenek pun mengarahkan saya supaya membawa makanan pagi ke ruang tengah. Cakapnya segera saya patuhi. Setelah hidangan itu diletakkan, saya segera angkat kaki untuk ke dapur kembali. "Tamar." Langkah saya terhenti. Wajah datuk saya renung. "Kamu duduk di sini, minum sama kami," sambung datuk lagi. "Tapi cawannya ada dua saja tuk," saya mencari helah. "Nanti aku suruh nenek kamu bawa lagi dua cawan," datuk segera bangun menuju ke ruang dapur. Dan datang kembali ke ruang tengah bersama dengan nenek memmbawa dua cawan kosong. Saya gagal menjauhkan diri dari datuk. Saya tidak ada pilihan lain lagi. Samada suka atau tidak saya terpaksa akur dengan cakapnya. Saya duduk dekatnya, tetamu cacat tunduk merenung lantai, dia kelihatan seperti takut mahu melihat batang hidung saya. Bila saja nenek selesai menuangkan air kopi ke dalam cawan, dia segera beredar ke dapur. Saya sandarkan badan ke dinding sambil mengarahkan sepasang anak mata ke tingkap yang terdedah. Saya lihat suasana di luar cukup cerah. Matahari yang kian meninggi terus memancarkan cahaya, kicau burung bersahut-sahutan. "Silakan minum, Khoja Lisut." "Ya, terima kasih." Tetamu cacat segera angkat cawan lalu menghirup kopi. Saya mengalami kejutan yang kedua. Bibir tetamu cacat kelihatan terbelah dua dan lidahnya berwarna putih. Dia tidak menghirup kopi tapi menjilat. Mungkin kerana menyedari yang perbuatannya jadi tumpuan saya, tetamu cacat segera berhenti minum kopi. Dia angkat muka lalu renung ke arah saya. "Jangan terkejut nak, memang begini cara pak cik minum," katanya tersekat-sekat. "Kerana ini jugalah pakcik dibuang keluarga, ditinggalkan oleh anak bini pak cik," sambungnya dalam nada suara yang penuh kehampaan. "Khoja Lisut, tak usahlah bercerita apa-apa pada cucu saya tu, minum dan makan dulu," datuk bertindak kerana dia menyedari kalau dibiarkan Khoja Lisut meneruskan percakapan, mungkin Khoja Lisut akan menangis. Bagi datuk memang pantang tujuh keturunan, kalau orang bertandang menangis pagi di rumahnya. Perbuatan itu seolah-olah menyuruh rezeki lari jauh dari tuan rumah disamping menggambarkan yang tuan rumah tidak bersyukur pada Tuhan yang menjadikan waktu pagi yang indah. Selain dari itu, perbuatan tetamu menangis pagi dirumah orang yang didatangi seolah-olah mendoakan tuan rumah dan keluarganya supaya hidup dalam bahaya dan pendek umur. Entah dari mana pantang larang dan petua itu dikutip oleh datuk. Kata nenek, petua dan pantang larang itu telah diwarisi oleh datuk dari nenek moyangnya. Entah berapa keturunan. Apakah pantang larang, petua dan petunjuk sedemikian mesti dilanjutkan di abad-abad yang akan datang? ingin saya bertanya demikian pada datuk. Tetapi, tidak pernah saya ajukan, saya takut dimarahinya. Sarapan pun berakhir, cawan dan piring kosong saya bawa ke dapur. Saya segera memberitahu datuk yang saya mahu menemani nenek ke kebun pisang. "Tak payah, nenek kamu boleh uruskan," sanggah datuk. "Saya nak tolong dia petik mentimun, cabai dan sayur." "Tak payah, nenek kamu boleh buat." "Saya nak tengok jerat di tepi hutan." "Biar aku beri tahu nenek kamu untuk menengoknya." "Eh, saya nak tengok bubu di sungai." "Semuanya sudah aku cakapkan pada nenek kamu, dia boleh selesaikan kerja tu, kita cuma tunggu waktu makan saja," datuk begitu serius. Apalagi mahu saya katakan. Semua helah dan dalih ditolak mentah-mentah oleh datuk. "Tamar, hari ini kamu kena tolong datuk dari pagi hingga petang, boleh jadi sampai ke malam," cukup tenang datuk bertutur. Matanya terpaku ke wajah saya. "Pertolongan apa tu tuk." "Bukan masanya, sekarang bukan masanya kamu nak bertanyakan hal itu, tunggu saja perintah aku," saya dapat merasakan ada riak kemarahan dalam hati datuk berdasarkan pada tekanan suaranya. RANCAK Bila melihat datuk dalam keadaan demikian, saya segera mengambil sikap membisu, tunggu serta lihat. Apa juga perintahnya pasti saya turuti. Saya perhatikan, sejak tadi datuk tidak begitu rancak berbual dengan tetamu cacat. Datuk lebih banyak termenung sambil melihat ke dada langit, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Sesekali wajah datuk berkerut dan cemas.

10 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Kita ke kebun pisang, duduk berborak di pondok," datuk luahkan arahan. "Pak cik Khoja macam mana, tuk?" "Ha, ikut sama." Saya menarik nafas panjang. Terbayang di kepala bagaimana susahnya si tetamu cacat merangkak ke sana. Apa datuk mahu menyeksanya? tidakkah datuk tahu jarak antara kebun pisang dengan rumah hampir satu batu. Ini kerja gila. "Kita pimpin dia," datuk memecahkan kebuntuan dalam kepala saya. Tapi, cara itu juga tidak praktikal. Memimpin orang cacat sejauh itu memang menyulitkan. "Siap," datuk renung saya. "Baik," kepala segera saya angguk. Datuk masuk ke kamarnya dan keluar dengan memakai seluar hitam. Kain pelekat besar dijadikannya samping. Bila sudah berpakaian demikian, ertinya ada tugas tertentu yang bakal dilaksanakan oleh datuk. Saya lihat datuk memasukkan kain lilit kepalanya ke dalam saku baju. Dan dia mengenakan kopiah putih di kepala. "Ayuh, tunggu apa lagi, Tamar." Saya segera turun, begitu juga dengan tetamu cacat terpaksa menyusur tangga dengan hati-hati. Bila kami sampai ke bawah baru datuk turun. Saya bersedia mahu memimpin tetamu cacat. "Tak payah," datuk menolak saya ke tepi sebelah kanan. Datuk terus membongkok lalu mengangkat tetamu cacat, diletakkan atas kedua belah bahunya. "Aku bawa dia," katanya pada saya. Saya anggukkan kepala. Mungkin kerana tidak mahu perbuatannya diketahui oleh orang-orang kampung, datuk mengambil keputusan ikut jalan pintas yang agak sukar menuju ke kebun pisang. Terpaksa melalui denai di pinggir belukar. Saya sering saja tersepakkan akar-akar pokok dan adakalanya saya terjatuh. Datuk tidak kisah dengan apa yang terjadi pada saya. Dia jalan terus seakan-akan berlari, saya tercungap-cungap memburunya dari belakang. Sampai saja di pondok pisang sesikat datuk terus letak Khoja Lisut atas lantai pondok yang dibuat dari buluh. Khoja Lisut segera mengisut ke tengah pondok. Datuk terus menuju ke perigi membasuh muka. Saya naik ke pondok. "Kenapa tuk bawa pak cik Khoja ke sini." "Memenuhi syarat." "Syarat apa?" saya bertambah hairan. "Syaratnya, pak cik boleh menceritakan dari mana pak cik datang dan sebab-sebab pak cik jadi begini di pondok yang berlantaikan buluh, atap rumbia dan berdinding separuh." "Begitu," saya menarik nafas dalam-dalam. Syarat-syarat yang dikehendaki itu ada di pondok pisang sesikat yang didirikan oleh datuk. "Di rumah tak boleh ke, pak cik?" saya mula mencungkil rahsia darinya sebelum datuk naik ke pondok. "Tak boleh, kalau buka rahsia di rumah yang elok, alamatnya pak cik bertambah susah," jelas Khoja Lisut. Selesai saja Khoja Lisut bercakap, datuk pun sampai dari perigi lalu naik ke pondok. Beberapa minit kemudian nenek muncul membawa beberapa helai pucuk pisang yang masih hijau serta kendi berisi air. Semua barang-barang itu diserahkan pada datuk. Saya kira perkara ini bukannya kebetulan tetapi, telah dirancang lebih awal antara datuk dengan nenek. Mereka merahsiakan perkara ini dari saya. Semasa penyerahan barang-barang itu dilakukan, datuk dan nenek tidak bertentang wajah. Masing-masing renung ke arah yang berlainan. Tidak bercakap walaupun sepatah. Nenek meninggalkan kami, dia meneruskan tugasnya memetik putik jagung, mentimun, daun salang, cekur manis. Bila tugas itu selesai nenek turun ke sungai melihat lukah. Semuanya itu diadunkan menjadi bahan makanan tengah hari yang amat menyelerakan. "Kamu macam mana sekarang Khoja? sudah bersedia untuk menceritakan segala-galanya seperti yang kamu janjikan, semua syarat yang kamu minta sudah aku sediakan," datuk pun mengemaskan silanya. "Saya sudah bersedia." "Tamar, kamu duduk di sini, barangkali ada perkara yang dapat kamu bantu aku," begitu tajam biji mata datuk menyorot wajah saya. Cepat-cepat saya mengangguk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 09) Siri 122: MENGAKU KETURUNAN HANG JEBAT May 27, '10 9:05 AMby Mat for group komunitisbdj Bunyi kicauan burung punai tanah cukup rancak, angin yang bertiup tenang memberikan kesegaran pada saya. Sesekali terdengar sayup-sayup bunyi kokok ayam hutan di hujung kebun.

11 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Kamu sebenarnya, bukan anak jati Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Kamu dah berbohong pada aku Khoja," sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawanhnya, datuk renung batang hidung Khoja Lisut. Saya melihat muka Khoja Lisut pucat, dia resah tidak menentu. Sekejap renung lantai buluh, sekejap renung ke arah saya dan pepohon di luar. Apa yang dilakukan semuanya tidak kena. "Aku maafkan, tapi hari ini kamu mesti berterus terang, jangan jadikan diri kamu manusia munafik," sambung datuk, hati Khoja Lisut lega, saya lihat mukanya merah kembali. Sikap tidak tentu arahnya terhenti. Saya kira, sekarang dia merasa bahagia dan seronok sekali. Datuk sudah memaafkan perbuatannya yang terlanjur. "Sekarang berceritalah kamu dengan jujur tentang diri kamu dari A sampai Z," datuk luahkan permintaan. "Baik," sahut Khoja Lisut. "Bagus," balas datuk. "Tapi saya terpaksa duduk atas pucuk pisang, kendi berisi air mesti diletakkan di hujung lutut sebelah kanan," Khoja Lisut mengajukan syarat. Tentu saja syarat itu dipenuhi oleh datuk. Saya pun diarahkan oleh datuk untuk membuat segala-galanya. Sebaik saja Khoja Lisut duduk atas pucuk pisang, dia membuka bajunya. Lagi sekali saya terkejut melihat kulitnya yang bersisik macam sisik tenggiling, terutama di bahagian rusuk dan belakang. Khoja Lisut segera menarik kulitnya yang bersisik itu lalu diletakkan atas pucuk pisang. Semua gerak-gerinya itu diperhatikan oleh datuk dengan penuh teliti. Saya lihat Khoja Lisut bergerak atas pucuk pisang macam tenggiling (merangkak). Pucuk pisng habis hancur. Kelakuan aneh itu berlangsung kira-kira lima minit. Sambil bergerak itu, Khoja Lisut melepaskan nafasnya macam bunyi nafas binatang yang merayap. Lidahnya terjelir menjilat-jilat air atas pucuk pisang. Kelopak matanya bergerak-gerak macam kelopak mata ular. "Inilah yang saya tanggung selama ini, benda pelik ini datang dalam waktu begini, waktu matahari bertambah tinggi," tutur Khoja Lisut. Bila dia pulih dari keadaan ganjilnya. Dia duduk bersila atas pucuk pisang yang sudah koyak rabak itu. Saya kira waktu itu lebih kurang pukul sepuluh pagi. Khoja Lisut menyarungkan kembali baju ke tubuhnya. NORMAL Keadaan diri Khoja Lisut kembali normal. Tidak terdapat tanda-tanda yang sebentar tadi dirinya berada dalam keadaan tidak normal. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil memandang ke arah datuk. Khoja Lisut pun memperkemaskan duduk dan silanya. Dia pun berkisah tentang riwayat dirinya : Dia adalah pendekar terkenal di Pulau Rupat yang terletak di perairan kepulauan Riau. Dari Pulau Rupat hingga ke Tanjung Pinang dia buka gelanggang silat, jumlah anak muridnya bukan kepalang. Kehandalannya diakui, ramai pendekar silat dari Bukit Tinggi, Teluk Batung Bangka, Kerinci dan Jambi ditewaskannya dalanm gelanggang. Ilmu persilatannya cukup tinggi, ilmu akhirat juga tidak kurang dalam dadanya. Tubuhnya tidak mampan peluru, tidak mampan senjata tajam. Tahan dibakar dan direndam. Sebulan sekali dia datang ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka mengembangkan ilmu silatnya. Dia datang ke negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu melalui pantai. Dia menggunakan bot nelayan untuk datang ke tempat tersebut. Dia pernah diuji dengan tembakan senapang kampung berlaras dua. Bertalu-talu tembakan dilepaskan ke tubuhnya. Semua tidak mendatangkan apa-apa kesan. Peristiwa itu berlaku ketika dia berada di Serkam, Melaka. Ujian ke dua berlaku di Air Mawang Johol, Negeri Sembilan. Dia diserang dengan sepuluh lembing dari sepuluh anak muda, kemudian diikuti dengan tikaman keris dan tetakan parang panjang bertalu-talu. Walaupun dia dapat mengesan dan kenal dengan orang-orang yang menyerang, dia tetap bersikap mengalah. Masih memaafkan musuhnya, tetap bersikap merendahkan diri. Kerana sikapnya, bukan sikap ayam jaguh orang yang memusuhinya bertukar menjadi rakannya yang paling karib. Bersedia susah dan senang bersamanya. Dan Khoja Lisut secara perlahan-lahan mengembangkan pengaruh dalam bidang persilatan. "Walaupun dia ditawarkan tanah, rumah dan isteri oleh para pengikut-pengikutnya, dia tetap menolak. Dia tidak bersedia menetap di bumi Tanah Melayu. Dia merasa lebih seronok dan bahagia berulang-alik dari Pulau Rupat ke Melaka atau Negeri Sembilan. "Kamu memang hebat, datuk segera memotong cakapnya. Khoja Lisut terperanjat, mungkin dia merasa kurang seronok bila cakapnya dipintas oleh datuk dengan cara yang mengejutkan. Tetapi, Khoja Lisut tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia menghadiahkan senyuman pada datuk dan saya. "Semua orang kata saya gagah dan kuat, tak ada seorang pun yang dapat melawan saya. Akibatnya saya lupa diri dan menanggung sakit yang tak diketahui puncanya, tak ada ubat dan penawarnya," sambung Khoja Lisut, dia seakan-akan menyesali dengan apa yang terjadi atas dirinya. Datuk menggigit bibir sambil merenung ke arah pepokok pisang yang subur di kawasan sekitar pondok. Khoja Lisut terus mencabut kulit tubuhnya yang bersisik. Diaturkannya atas daun pisang. "Pakcik kena sumpah?" saya bertanya. Pertanyaan saya tidak dijawab. "Barangkali kamu ada membuat sesuatu pada orang yang tidak melakukan kesalahan atas diri kamu, susul datuk. Khoja Lisut menegakkan badannya. Dia mengeliat, gerak tubuhnya tidak ubah macam tenggiling yang bergerak atas permukaan bumi. Sesekali dia mengeluarkan lidahnya untuk membasahkan kelopak bibirnya. "Kira-kiranya begitulah, semuanya terjadi kerana saya tidak dapat mengawal rasa marah saya," dengan wajah yang tenang dan selamba Khoja Lisut meluahkan kata-kata. "Kamu mencari aku kerana nak berikhtiar, nak menghilangkan penyakit yang kamu tanggung," tanya datuk lagi.

12 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Khoja Lisut tarik nafas dalam-dalam. Lagi sekali dia menelan air liur sambil meraba-raba hujung dagunya dengan telapak tangan kirinya. "Memang begitulah hajat saya," "Dari siapa kamu tahu tentang aku Khoja." "Beberapa tahun dulu, awak pernah datang ke daerah Batu Pahat, awak pernah menolong menyelesaikan beberapa masalah di sana. Dari orang-orang yang terbabit itulah saya tahu diri awak," jelas Khoja Lisut. "Itu sebabnya awak cari aku, tapi kenapa datang waktu malam," soal datuk lagi. PONDOK Kali ini, dua tiga kali Khoja Lisut meraba-raba lehernya dengan tangan kanan. Dia mengisut perlahan-lahan ke pintu pondok. Duduk termanggu di situ buat beberapa saat. Dia merenung dedaun pisang, merenung tanah dan rerumput di kaki tangga pondok. Kemudian kembali ke tempat asal dia duduk tadi. "Kerana keadaan saya begini, saya terpaksa berjalan malam mencari rumah awak. Kalau saya datang siang mungkin timbul macam-macam cerita," jelas Khoja Lisut. Macam mana dari Pasir Besar ke mari? Awak berjalan waktu malam juga, macam tak yakin saya dengan cerita awak ni," sanggah datuk sambil merenung muka Khoja Lisut. "Saya guru silat, anak murid saya ramai, merekalah yang menguruskan saya ke mari. Awak tahu, malam saya sampai ke rumah awak tu, saya dihantar oleh ayah kepada anak murid saya yang bekerja di Melaka." Siapa nama ayah anak murid awak tu, Khoja." "Tak payahlah saya beritahu. Apa yang peliknya walaupun anak murid saya yang di Melaka tu berasal dari kampung ini tetapi, dia tak tahu langsung tentang kebolehan awak," cukup bersemangat Khoja Lisut bercerita. "Sudahlah tu, sekarang saya nak tahu apa yang telah kamu lakukan pada orang yang tidak bersalah," datuk seperti mendesak. Dan ternyata kali ini, Khoja Lisut tidak dapat berdalih itu ini lagi. "Kalau saya ceritakan keburukan saya, apakah kisah tu tak diceritakan pada orang lain," cukup pintar Khoja Lisut menjerat. "Tidak," balas datuk. "Bila sudah cerita keburukan saya, apakah awak bersedia menolong saya." "Menolong orang lain dalam kesusahan, memang kerja saya. Membahagiakan orang adalah salah satau amal jariah yang baik dan memang digalakkan umat Islam melakukannya," begitu bersemangat datuk bersuara. Dan Khoja Lisut pun meriwayatkan sebab-sebab dia jalan merangkak macam tenggiling. Menurut Khoja Lisut, orang-orang kampungnya menyebutnya sebagai terkena kenan tenggiling. Begini ceritanya : Dia telah diajak oleh anak muridnya ke Asuhan di daerah Batu Bara, di Sumatera. Anak muridnya itu telah memperkenalkan dirinya pada orang-orang kampung tentang kehebatan gurunya. Beberapa orag pendekar setempat telah menguji Khoja Lisut, ternyata tiada seorang pun yang dapat menewaskannya. Cerita Khoja Lisut tersebar ke seluruh pelosok kampung. Ramai yang datang menemuinya. Mereka mempelawa Khoja Lisut membuka gelanggang untuk anak-anak muda setempat belajar ilmu mempertahankan diri. Kerana sudah ramai yang mendesak, akhirnya Khoja Lisut berjanji pada penduduk akan datang pada minggu depan iaitu pada hari Jumaat untuk membuka gelanggang. Pada hari yang dijanjikan itu, Khija Lisut bersama dua orang kanannya yang tidak kurang handalnya pun sampai di Asahan. Bila semua anak muda berkumpul, Khoja Lisut pun memulakan upacara membuka gelanggang dengan jamuan makan pulut kuning yang disediakan oleh pihak yang mengundangnya. Setelah itu, Khoja Lisut meriwayatkan tentang ilmu persilatan yang diwarisinya itu. Khoja Lisut menyatakan pada penduduk setempat bahawa ilmu silat yang ada pada dirinya itu adalah silat yang diamalkan oleh Hang Jebat yang berdarah panas. Khoja Lisut menekankn juga Hang Jebat adalah anak jati Pulau Rupat dan berhijrah ke Melaka dalam usia sepuluh tahun lebih. Hang Jebat ke Melaka kerana mengikut ayahnya yang menjadi pedagang cengkih dan lada. Di Melaka Hang Jebat berkenalan dengan Hang Tuah serta beberapa orang lagi rakannya. Semasa menjadi hulubalang Melaka, Hang Jebat sering pulang ke Pulau Rupat dan menyebarkan ilmu silat kepada penduduk setempat. Salah seorang dari orang yang menuntut ilmu persilatan itu ialah moyang Khoja Lisut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga dengan Hang Jebat. Cerita yang dikatakan oleh Khoja Lisut membuat orang-orang setempat kian kagum pada dirinya. Lewat tengah hari barulah Khoja Lisut mengajar langkah pada anak-anak muda di situ. Lebih kurang baru belajar mengatur gerak dan petua terdengar bunyi tabuh di masjid dipalu orang. Khoja Lisut tidak ambil kisah tentang itu dia terus mengajar silat. Beberapa orang anak muda mula bergerak meninggalkan tempat beljar untuk menuju ke masjid. "Pantang saya, kalau baru belajar mahu meninggalkan tempat," sergah Khoja Lisut terhadap anak-anak muda yang mula mahu meninggalkan gelanggang. Anak-anak muda itu membatalkan niat mereka mahu pergi ke masjid. Kembali ke tempat asal. "Kiai lalu," terdengar suara dari beberapa orang nak muda yang duduk di bawah pohon ketapang, tidak jauh dari tempat Khoja Lisut memberi penerangan tentang ilmu persilatannya. Biji mata anak-anak muda yang bersuara itu tertumpu ke arah seorang tua yang kurus tinggi, membawa tongkat, memakai songkok tinggi, berbaju melayu potongan Johor. Berkain samping warna putih sama dengan warna seluar dan baju yang dipakainya. DUDUK

13 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Orang tua yang berbadan kurus dan tinggi itu datang ke arah anak muda yang duduk di bawah pokok ketapang. Anak-anak muda tersebut cuba melarikan diri, tetapi hasrat itu tidak terlaksana kerana orang tua yang mereka sebut Kiai itu menunjukkan wajah persahabatan. "Apa kamu semua buat di sini?" Tanya Kiai. "Tengok orang belajar silat." "Apa kamu semua tak tahu, waktu Jumaat dah masuk." "Tahu pak Kiai." "Kalau sudah tahu kenapa duduk di sini, lagi pun kamu semua tak belajar silat, sekarang pergi balik dan siap, kemudian datang masjid," perintah orang tua yang berbadan kurus tinggi itu. "Macam mana yang belajar tu Pak Kiai," salah seorang dari anak muda di situ melahirkan protes. Pak Kiai segera menoleh ke arah sekumpulan anak muda yang sedang asyik melihat Khoja Lisut bercakap sambil mengatur langkah silat. "Itu biar Pak Kiai uruskan." Orang tua yang kurus tinggi itu pun segera melangkah ke arah kumpulan anak muda yang sedang mengelilingi Khoja Lisut. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut melihat dengan hati-hati langkah Pak Kiai. "Kenapa berkumpul di sini, seruan untuk sembahyang Jumaat dah dihebahkan, apa kamu semua tak dengar, jangan jadikan diri kamu isi neraka," cukup lantang suara Pak Kiai. Matanya terus menatap wajah anak-anak muda yang agak terkejut dan tersipu-sipu melihat kedatangan Pak Kiai yang tidak diduga itu. "Kami belajar untuk menyelamatkan diri," sahut salah seorang dari anak muda yang duduk tidak jauh dari Khoja Lisut. "Kalau iapun, kamu semua mahu belajar ilmu mempertahankan diri, janganlah sampai mengabaikan perintah Allah," lanjut Pak Kiai sambil menekankan tongkatnya ke dada bumi. Ternyata lelaki tua yang sudah menjangkau usia lebih dari lapan puluh tahun itu sudah kepenatan. Dia menarik nafas sambil mengumpulkan tenaga untuk meneruskan kata-kata selanjutnya terhadap anak-anak yang masih duduk terlonggok di depannya. "Kamu semua balik dan kemudian datang ke masjid," Pak Kiai mengeluarkan arahan. Dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut mula mendekati Pak Kiai. Bersedia untuk melakukan apa saja kalau orang tua itu banyak cakap dan banyak perintah. "Sembahyanglah, Jumaat hanya datang seminggu sekali dalam diri kita, kalau kita persia-siakan Jumaat yang datang, kita rugi besar, Jumaat hari ini, tidak akan ada dalam hari Jumaat yang akan datang," itu yang dituturkan oleh Pak Kiai pada kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut. Dari jauh, Khoja Lisut memberikan isyarat agar dua orang pengawal peribadinya menjauhkan diri dari Pak Kiai. Perintah Khoja Lisut segera dipatuhi. "Kami baru belajar Pak Kiai, pantang tengah belajar berhenti, Pak Kiai," terdengar suara dari kumpulan anak muda yang mengelilingi Khoja Lisut. Pak Kiai yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan sapu tangan. Panas tengah hari yang terik itu membuat Pak Kiai cepat terasa penat dan letih. "Siapa guru kamu," tanya Pak Kiai. "Saya." Dengan serta merta Khoja Lisut menerpa ke arah Pak Kiai, bagaikan helang menyambar anak ayam. Dia berdiri di depan Pak Kiai. Direnungnya muka Pak Kiai yang sudah berkedut seribu itu. Sengaja disiku-sikunya bahagian kiri tubuh Pak Kiai. Orang tua itu tetap bersikap tenang. Tidak memperlihatkan sikap marah. Masih menghulurkan tangan untuk bersalam. Khoja Lisut sambut huluran tangan itu. Bila telapak tangan Pak Kiai berada dalam genggamannya, cepat-cepat dia memulas tangan Pak Kiai. Ternyata kesakitan itu tidak datang pada diri Pak Kiai. Dia masih tersenyum. Khoja Lisut melepaskan telapak tangan Pak Kiai. "Suruh anak-anak murid kamu bersurai, tunaikan perintah Allah dulu, lepas itu teruskan apa yang mahu kamu ajarkan pada mereka, sesungguhnya niat kamu baik, tapi cara menyampaikannya agak terpesong, tuan guru," begitulah kata-kata yang diluahkan Pak Kiai. Khoja Lisut tersenyum dan terus menyinggung perut Pak Kiai dengan siku kirinya. Pak Kiai membongkok menahan kesakitan. "Ajaklah anak-anak murid kamu ke jalan yang baik, ajaklah mereka ke rumah Allah. Ajaklah mereka sembahyang Jumaat, masa masih ada lagi," tutur Pak Kiai bila rasa sakit di perutnya hilang. "Itu urusan aku, buka urusan kamu orang tua." "Tapi, apa yang aku cakapkan tadi, adalah urusan agama Islam yang menyuruh saling mengingati antara sama lain untuk kebaikan. "Diam," pekik Khoja Lisut. Dia terus menolak Pak Kiai hingga jatuh terduduk di bumi. Melihat kejadian itu, kumpulan pemuda yang pada mulanya mahu berguru dengan Khoja Lisut mula resah dan cemas. Mereka kurang senang bila melihat Khoja Lisut bercakap keterlaluan terhadap orang tua yang mereka hormati, orang tua yang telah dinobatkan sebagai ulama kampung yang berkeliber. Kumpulan pemuda kampung mula berpecah, satu puak yang selama ini memang kurang senang dengan sikap Pak Kiai yang selalu menegur perbuatan mereka yang dikira bertentangan dengan ajaran Islam, segera menyebelahi Khoja Lisut. Manakala satu pihak lagi berada di pihak Pak Kiai.

14 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Awak sudah keterlaluan buat orang tua," seorang anak muda menangkap tangan kanan Khoja Lisut yang mahu melepaskan penumbuk ke arah Pak Kiai yang baru bangun. Belum pun pemuda itu berbuat apa-apa, kedua orang pengawal peribadi Khoja Lisut segera menangkap pemuda tersebut lalu diangkat dan dicampak ke dala kubang berbau yang berdekatan. Beberapa orang pemuda lain yang menyebelahi Pak Kiai segera menyerang dua orang pengawal peribadi Khoja Lisut. Semua pemuda yang menyerang itu tewas di tangan pengawal peribadi Khoja Lisut yang berbadan tegap. Kedua-dua pengawal peribadi itu adalah dari keturunan Batak yang berasal dari Tanah Karo, tetapi sudah lama menetap di Pulau Rupat. "Kamu jangan masuk campur, biar aku selesaikan urusan ini dengan situa nak mampus, ulama katak bawah tempurung," cukup nyaring suara Khoja Lisut. Pengawal peribadinya segera ke tepi, begitu juga dengan pemuda yang menyebelahinya. Khoja Lisut melepaskan pukulan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Sebagai usaha mempertahankan dirinya, Pak Kiai menggunakan tongkatnya. Masa Khoja Lisut melancarkan serangan bertalu-talu ke arahnya, Pak Kiai segera mengangkat tongkatnya separas dada. Entah macam mana hujung tongkat Pak Kiai terkena bahagian kemaluan Khoja Lisut. JATUH Buat beberapa saat Khoja Lisut jatuh ke bumi, berguling-guling sambil melolong menahan kesakitan. Semua orang yang berada di situ terpegun melihat pendekar silat tergolek-golek di bumi. "Maafkan saya, saya tak niat nak buat apa-apa," Pak kiai menerpa ke arah Khoja Lisut dan cuba mahu menolongnya. Belum pun Pak Kiai memberikan bantuan, Khoja Lisut terus melepaskan tendangan yang kencang ke arah Pak Kiai. Khoja Lisut terus bangun dan melancarkan serangan silat yang bertubi-tubi ke arah Pak Kiai. Orang tua yang sememangnya tidak bertenaga itu hanya mengucapkan kata-kata : Allah Hu Akhbar setiap kali menerima buah silat dari Khoja Lisut. Akhirnya, Pak Kiai tergolek lembik macam batang pisang. Tubuh Pak Kiai pun diangkat oleh para pemuda kampung yang bersimpati dengannya. Ternyata tangan dan kaki Pak Kiai patah. Mulutnya keluar darah. Pakaiannya habis koyak rabak. Ketika tubuh Pak Kiai diusung ke rumahnya suara azan Jumaat berkumandang di udara. Itulah sejarah hitam yang sengaja diciptakan oleh Khoja Lisut dalam hidupnya. Dia berbuat demikian kerana merasakan dirinya tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun. Dia berbangga kerana merasakan dalam dirinya mengalir darah Hang Jebat yang memang terkenal dengan perangai panas barannya. "Setelah kejadian itu, saya batalkan ilmu silat, sehingga ke Tanah Melayu. Pada suatu hari saya terasa pening. Kalau tak silap saya hari Jumaat, sebulan sesudah saya membelasah Pak Kiai," Khoja Lisut menarik nafas. "Apa dah jadi selepas pak cik pening?" Soal saya. "Pak Cik jatuh pitam, dua hari kemudian pak cik demam. Seluruh badan terasa sakit, kulit terasa panas macam terbakar, sepanjang malam pak cik mimpi buruk. Dua bulan pak cik duduk terbaring di rumah. Puas berubat tidak juga sembuh," Khoja Lisut berhenti bercerita. Dia termenung panjang. Saya dan datuk berpandangan. "Kemudian kamu dapat sakit ini?" Desak datuk. Khoja Lisut gelengkan kepala. "Habis macam mana kamu kena sakit ini?" Datang lagi pertanyaan dari datuk. Khoja Lisut angkat tangan memberi isyarat, agar datuk jangan mengemukakan sebarang pertanyaan. Berilah kesempatan padanya untuk bercerita, jangan diganggu atau dipotong percakapannya. Datuk anggukkan kepala, seolah-olah menyetujui dengan apa yang diminta oleh Khoja Lisut. "Setiap malam saya mimpi yang menakutkan, akhirnya saya rasa kaki saya macam patah, begitu juga tangan, pinggang saya terasa lembik, tidak boleh bergerak. Terpaksa merayap bila mahu pergi ke sesuatu tempat, beberapa orang dukun dan bomoh yang cuba merawat saya jatuh pengsan, malah ada yang mati mengejut, sudah bertahun-tahun saya menanggung sakit ini, orang kampung kata saya kena kenan buaya, kenan tenggiling dan biawak. "Dah berubat dengan doktor." "Sudah, macam-macam pil saya telah, rasanya sudah hancur tubuh saya kena cucuk, saya minta awak menolong saya," sambil merayu itu, air mata Khoja Lisut meleleh. Dia meletakkan harapan pada datuk agar sakit yang ditanggung dapat diusahakan agar cepat sembuh. "Kamu membuat aniaya pada orang alim, inilah akibatnya," bisik datuk ke telinga Khoja Lisut. Wajah Khoja Lisut tetap tenang mendengar khabar itu. "Kamu mesti minta maaf padanya secara terbuka," sambung datuk lagi. Kali ini wajah Khoja Lisut segera berubah. Dia terkejut. Cemas dan resah sendiri, renung kiri, renung kanan macam ada sesuatu yang amat ditakutinya. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(jilid 09) Siri 123: Tubuh Terbenam Dalam Pasir Jun 2, '10 6:44 AMby fatin for group komunitisbdj Saya menanti penuh debar.Apakah jawapan yang akan diluahkan oleh Khoja Lisut terhadap pertanyaan yang datuk ajukan padanya. "Kamu mesti minta maaf," ulang datuk. Tidak ada jawapan daripada Khoja Lisut, rasa takut dan cemas jelas terbayang di wajahnya. Saya segera menarik nafas dalam-dalam dengan harapan akan terpancutlah jawapan dari kelopak bibir Khoja Lisut.

15 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Bagi mengurangkan debar di dada, saya renung kawasan sekitar pondok pisang sesikat. Gegendang telinga saya terus menangkap bunyi kicau burung Murai Tanah.Angin terus menggerakkan dedaun pisang. Dan matahari kian meninggi. "Pak Kiai tu sudah mati." Saya segera arahkan sepasang mata ke wajah Khoja Lisut. Datuk agak terkejut dengan mulut separuh terbuka. Di saat pandangan mata saya berlaga dengan pandangan mata Khoja Lisut, dia segera menundukkan kepala merenung lantai buluh. " Ini sulit sikit." Cepat-cepat Khoja Lisut angkat kepala lalu menatap wajah datuk. Dia menanti datuk menyambung kata-kata. Ternyata datuk berhenti di situ sahaja. "Apa yang sulitnya? Apa penyakit saya tak boleh sembuh," Khoja Lisut memberanikan diri bersuara. "Kau buat aniaya orang, kalau orang tu tak memaafkan perbuatan kamu, selama-lamanya kamu tanggung dosa," jelas datuk. " Itu tak penting," potong Khoja Lisut. " Habis apa yang penting buat kamu?" Nada suara datuk mula meninggi. Matanya tidak berkedip menentang wajah Khoja Lisut. "Perkara yang penting bagi saya, sama ada sakit saya ni boleh sembuh atau tidak? Saya datang ke sini nak berubat, bukan nak dengar nasihat," Khoja Lisut mula meluahkan gelodak batinnya. Datuk seperti terpempan , tidak menyangka sama sekali Khoja Lisut bersuara agak keras. Datuk gigit bibir. Khoja Lisut melepaskan keluhan penuh kesal. " Tak guna berusaha mengubati orang sombong, tidak mahu minta maaf pada orang yang dianiayai," perlahan-lahan lalu menatap seluruh wajah Khoja Lisut, "Orang takbur tidak boleh dibuat sahabat," sambung datuk lagi. " Saya dah insaf," secara mencacak Khoja Lisut bersuara. "Kamu insaf, bila kamu sakit. Kalau kamu tak sakit, tak terima bala begini, kamu tak insaf," tingkah datuk. Tidak terdengar suara protes dari Khoja Lisut. Saya resah, bimbang kalau-kalau Khoja Lisut yang kecewa dan putus asa mendengar kata-kata dari datuk itu akan bertindak mengikut perasaan. " Pak Kiai tu orang yang berhemah tinggi, sebelum mati dia telah memaafkan saya. Dia juga mendoakan kesejahteraan untuk saya dan keluarga. Dia yakin satu hari nanti saya jadi orang baik-baik," tutur Khoja Lisut dalam keadaan suara yang tersekat-sekat. "Kau berbohong dengan aku Khoja." "Saya bercakap benar." "Aku tak percaya, macam mana kamu tahu dia memaafkan kamu. Pada hal masa Pak Kiai tenat kamu tak ada dekatnya, kamu jauh darinya," soal datuk lagi. Saya lihat Khoja Lisut bagaikan tersentak dengan pertanyaan itu. Barangkali, dia sedar tentang keterlanjurannya mahu memperdayakan datuk. "Saya mengaku saya bersalah," Khoja Lisut renung ke arah saya.Hati kecil saya mula kesal kerana datuk bersedia melindungi seorang pembohong. "Dah terlambat, bukan masanya untuk kamu menyesali perbuatan lalu," datuk terus memprotes sikap Khoja Lisut. Datuk seperti tidak mahu memberi rasa simpati terhadap Khoja Lisut. Entah mengapa datuk bersikap demikian? Saya sendiri tidak tahu.Barangkali datuk sudah dapat mengesan atau mencium sesuatu dari tindak-tanduk yang dipamerkan oleh Khoja Lisut. " Memang," Khoja Lisut tidak meneruskan kata-kata. " Apa yang memang pak cik," saya mencelah. " Memang pak cik dah terlambat, memang pak cik bersalah. Sekarang bukan masanya pak cik nak minta maaf. Tak ada siapa pun yang nak percayakan cakap pakcik," begitu lantang suara Khoja Lisut. Biji matanya merenung tepat ke arah datuk. Dan tanpa di sangkasangka Khoja Lisut menghantukkan kepalanya ke lantai berkali-kali. Saya jadi panik melihat perbuatannya itu. Datuk segera menerpa ke arahnya. Dan berjaya menahan Khoja Lisut dari meneruskan perbuatannya menghantuk-hantuk kepala ke lantai. Khoja Lisut memeluk datuk, perlahan -lahan dia menjatuhkan kepalanya atas riba datuk. Khoja Lisut menangis tersedu-sedu. " Kenapa Khoja," tanya datuk. " Saya kesal kerana orang tak mahu dengar cakap saya," bentak Khoja Lisut . Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Ada senyum sinis bermain di sudut bibirnya. Khoja Lisut segera mengangkat kepalanya dari riba dan terus duduk tersandar di dinding. " Kenapa kamu bersikap macam budak-budak, kerana orang tak percaya cakap kamu, kamu menangis. Itu bukan caranya. Kalaulah kamu memang bercakap benar, buktikan kebenarannya." "Ha," Khoja Lisut seperti terkejut. "Apa awak mahu mendengarnya?" Sambungnya sambil merenung ke arah datuk. " Ya," angguk datuk, " kenapa aku tak mahu mendengar cerita yang benar dari kau?" Ternyata kata-kata itu memberikan semangat baru pada Khoja Lisut. Kepuasan dan keriangan terpancar di wajahnya.

16 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Dengan perlahan-lahan Khoja Lisut alihkan mukanya ke arah luar pondok. Pandangannya yang sayu jatuh ke dedaun pisang yang kelihatan bergerak ke sana ke sini dirempuh angin. " Cakap Khoja," desak datuk. Khoja Lisut alihkan pandangan, dari luar ke dalam rumah. Saya menanti penuh debar, terlalu ingin mendengar cerita dari Khoja Lisut. Agar keinginan saya tidak dapat dikesan oleh datuk dan Khoja Lisut, saya pura-pura merenung ke langit. Saya lihat awan putih bersih, berarak perlahan-lahan ke arah selatan. Kicau burung kian rancak bersama sinar matahari yang mula terik. " Masa," Khoja Lisut tidak menyambung kata. Cepat-cepat saya palingkan muka ke arahnya. Saya lihat datuk tumpukan seluruh perhatian ke arah Khoja Lisut. Rupa-rupanya keinginan datuk seperti saya juga. " Masa Pak Kiai nak putus nyawa, dia beritahu pada orang-orang di sekelilingnya yang dia memaafkan saya. Dia suruh anak buahnya mencari anak murid saya," Khoja Lisut menyambut kata yang terputus. Di wajahnya tergambar kepuasan yang amat sangat dan bersedia meneruskan cerita. Khoja Lisut menelan air liur sambil kedutkan dahi, seolah-olah mengumpul ingatan pada peristiwa lalu. " Teruskan cerita, kamu Khoja." Suara datuk agak meninggi, hujung kaki seluar sebelah kanan terus dilipatnya. Kemudian datuk berpusing ke kanan sambil menggosok pangkal siku kiri berkali-kali. "Teruskan Khoja, aku mahu mendengarnya makin cepat kamu menamatkan cerita, makin mudah aku membuat keputusan , sama ada cerita kamu itu benar atau pembohong," datuk mendesak. " Anak murid saya dibawa oleh anak buah Kiai menemuinya. Dia minta anak murid saya tu memberitahu saya yang dia telah memaafkan perbuatan saya padanya," begitu Khoja Lisut meneruskan ceritanya. " Anak murid kamu tu, sampaikan pesan tu sendiri kepada, Khoja," soal datuk lagi. "Ya, saya terima pesanan tu." "Apa yang kamu buat, bila kamu mendapat pesanan tu," tanya datuk lagi. Khoja Lisut terdiam, dia merenung ke arah saya. Dan datuk tetap tidak mengubahkan pandangan ke wajah Khoja Lisut. " Saya tergamam, saya tak sangka Kiai tu, begitu ikhlas dan baik hati," nada suara Khoja Lisut mula tersangkut-sangkut. Dia tundukkan muka merenung lantai kembali. Bila mukanya diangkat dia merenung ke arah saya, rasa hiba bersarang dalam dada. Saya melihat genangan air jernih di kelopak matanya. "Itu saja yang kamu rasakan, Khoja." " Ya, itu saja." "Kamu tak berusaha mahu berjumpa dengannya?" "Oh ya," Khoja Lisut seperti tersentak. Dengan nada suara yang amat lemah dia terus bersuara "Dua hari setelah saya mendapat pesan tu, saya terus menuju ke rumah Pak Kiai, malangnya nasib saya," Khoja Lisut berhenti bercakap. Dia menangis deangan semahu-mahu, macam budak kecil. Datuk biarkan Khoja Lisut menangis sampai dia berhenti sendiri. BELAKANG Bila datuk merasakan perasaan Khoja Lisut sudah tenang dan damai, datuk segera menepuk belakangnya dua tiga kali. Khoja Lisut terus memegang pergelangan tangan datuk erat-erat. " Kamu sampai ke rumahnya dan kamu diberitahu oleh anak buahnya yang Kiai itu meninggal dunia, dua hari yang lalu, kamu menyesal kerana lambat bertindak, sepatutnya sebaik saja kamu menerima pesanan, kamu terus berjumpa dengannya," ungkap datuk, tidak nampak ketegangan di wajah datuk. Saya kira dia mula simpati dengan apa yang dialami oleh Khoja Lisut. ' Kamu Tamar," saya tersentak bila Khoja Lisut menyebut nama saya, " jangan ikut apa yang pak cik buat, tak ada apa faedahnya." Saya segera anggukkan kepala. "Cubalah jadikan pengalaman yang pak cik alami sebagai teladan," tambahnya lagi, saya tetap anggukkan kepala. Ada senyuman bermain di bibir Khoja Lisut. Agaknya, dia gembira kerana anggukkan kepala, seolah-olah saya menerima saranannya. " Kamu beruntung dan bertuah Khoja." "Bertuah?" Sepasang biji mata Khoja Lisut terbeliak. Tepat merenung batang hidung datuk. " Ya," datuk anggukkan kepala, " kau bertuah kerana Kiai yang kau aniaya tu, berjiwa besar," datuk berhenti bercakap. Dia melipat lengan baju hitam sebelah kiri hingga ke pangkal siku. Kemudian melunjurkan kaki kanan. Sebelum kaki kanan dilipat kembali, dia meraba buku lali kaki tujuh kali. " Saya tak faham," Khoja Lisut kemukakan pertanyaan. " Kiai tu begitu berjiwa besar, mengikut ajaran Islam yang betul. Dia tidak pendendam, hatinya memang mulia. Tidak ramai manusia yang dapat memaafkan perbuatan orang lain terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi, perbuatan kamu yang aku anggap cukup kejam," tutur datuk dengan tenang. Khoja Lisut tidak berkata apa-apa. Khusyuk mendengar apa yang datuk tuturkan. " Kamu terlepas dari dosa sesama manusia, kamu tahu Khoja, dosa sesama manusia cukup berat, selagi tidak dimaafkan oleh Kiai, kau tak terlepas. Bila mati, roh kau akan didakwa di depan Allah, kau bertuah Khoja," nada suara begitu bersahaja. " Saya faham, saya faham," suara Khoja Lisut tersekat-sekat. Lagi sekali dia tunduk dan tersedu beberapa kali. Saya masih dapat melihat kesan air mata di pipinya bila dia berpaling ke arah saya.

17 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

LEMAH Pada saat itu juga, saya terfikir bahawa sesungguhnya manusia ini, bila didatangkan ujian dan bala ke atas dirinya barulah mereka menyesal. Dan pada saat itu barulah mereka sedar yang mereka adalah makhluk Allah yang lemah dan daif sekali. tidak mempunyai apa-apa pun di dunia ini. "Lupakan semuanya tentang hal tu, Khoja. Bersyukurlah pada Allah kerana tindak-tanduk kamu yang keterlaluan itu sudah dimaafkan Kiai," datuk cuba menanamkan ketenangan dalam diri Khoja Lisut. Perlahan-lahan saya lihat Khoja Lisut mengesat air mata di pipi dengan hujung bajunya. "Bagaimana dengan diri saya ni?" "Maksud kamu, aku tak faham Khoja?" "Mahukah awak mengubati sakit saya ni." " Berikhtiar tu memang boleh, tapi untuk jamin baik bukan kuasa aku. Semuanya terletak pada kuasa Allah," selesai bersuara datuk terus bangun. Datuk berjalan ke arah pintu pondok. Berdiri di situ dengan kaki kirinya memijak bendul dan tangan kanannya berpaut pada alang pondok, sementara tangan kirinya terlekap pada bahagian rusuk perut. Datuk merenung pepucuk pisang, melihat kepulan asap dari batang kayu yang dibakar oleh nenek. " Tamar, cari nenek kamu." " Bila, sekarang ni tuk?" " Tentulah, sekarang." Saya jadi serba-salah kerana datuk berdiri di muka pintu pondok. Dari cara datuk berdiri membayangkan hatinya tidak begitu tenteram. Dia mudah marah, kalau saya terlalu banyak bertanya atau meminta. Kalau saya tidak mematuhi perintahnya pasti dia naik darah. Dalam keadaan yang serba salah itu, saya membuat keputusan yang amat mengejutkan. Saya terjun dari pondok melalui bahagian pondok yang terdedah. Sebaik saja saya berjaya mengimbangkan badan dari jatuh tersungkur, dalam masa yang sama terasa sepasang telapak kaki pedih dan sakit. Saya tidak mampu untuk mengatur langkah dengan segera. Terpaksa duduk di tanah sambil melunjurkan kedua belah kaki hingga rasa pedih dan sakit di telapak kaki hilang. " Tamar." Terdengar suara datuk meninggi, saya mula resah tetapi, dalam rasa takut itu saya masih mampu memandang wajahnya. Tanpa disedari saya terus melangkah dan berdiri di depan tangga. " Kenapa buat kerja bodoh, kenapa tak gunakan tangga. Apa, kaki kamu dah kuat sangat ke? Keras macam besi," datuk meluahkan rasa kesalnya. " Saya nak minta lalu kat datuk, takut tuk marah, saya tengok tuk berdiri lain macam je," kata saya dengan berhati-hati. " Sudahlah, aku tak mahu dengar cakap orang bodoh," pekik datuk lalu beredar dari muka pintu pondok. Saya terus melangkah arah ke selatan kebun pisang. Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa datuk dan Khoja Lisut. Barangkali, mereka ketawakan saya. Memang susah jadi cucu pada datuk yang banyak karenah, bisik batin saya. Dari pangkal ke hujung, dari hujung ke bucu, nenek tidak juga saya temui. Setelah berpeluh dahi dan celah ketiak saya pun kembali ke pondok. " Jumpa nenek kamu, Tamar?" Itu yang datuk ajukan bila terlihat batang hidung saya. Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Lagi sekali datuk datang ke pintu pondok lalu dongakkan muka melihat matahari di langit. " Dah dekat pukul dua belas lebih ni, nenek kamu dah balik," datuk beri kata putus. " Macam mana tahu, dah pukul dua belas lebih?" Saya terdengar suara Khoja Lisut bertanya pada datuk. " Tandanya Helang Siwah mula keluar mencari rezeki, cuba kamu tengok di langit." datuk memberi penjelasan. Mungkin kerana puas hati dengan penjelasan yang datuk kemukakan , Khoja Lisut tidak mengajukan pertanyaan lagi. Anehnya, Khoja Lisut tidak pula berusaha untuk melihat Helang Siwah di angkasa. Saya segera dongakkan kepala ke angkasa, saya lihat sepasang Helang Siwah mengembangkan kepak, terbang rendah mengikut arus angin dengan mata tertumpu ke bumi, bersedia untuk menyambar ular, katak, tikus dan apa saja yang merayap di bumi, asalkan boleh mengenyangkan perut. Sekarang saya mula mengerti, kenapa setiap kali mahu menentukan waktu, datuk sering merenung ke langit. Biasanya Helang Siwah muncul di angkasa mengikut waktu tertentu . Pukul sebelas dia terbang tinggi, sukar untuk melihat warna bulunya. Antara jam dua belas hingga pukul satu dia terbang rendah. Kira-kira pukul satu setengah hingga jam dua, terus menghilangkan diri. Muncul kembali jam tiga hingga pukul enam. Waktu petang Helang Siwah tidak berada di tempat dia mula muncul ( pukul sebelas tadi) sebaliknya dia berlegar agak jauh kira-kira satu rantai dari tempat dia muncul pada sebelah pagi. Tepat pukul lima dia akan berada di tempat dia muncul tadi (pukul sebelas pagi) kira-kira sejam lagi matahari mahu jatuh di kaki langit, (kira-kira pukul enam) Helang Siwah akan pulang ke sarangnya.

18 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

Ah, selain dari tanda-tanda burung helang itu, ada tanda-tanda lain yang datuk gunakan. Saya harus belajar dengan mengamati gerak-geri unggas dan alam. Kalau bertanya, tentu kena herdik. Daripada kena herdik, lebih baik perhatikan saja apa yang datuk buat. Demikian saya membuat kesimpulan dalam hati. BESAR Saya pun melangkah ke anak tangga pondok. Bila anak tangga pertama saya pijak, datuk meluru ke arah saya. Badan saya ditolak hingga berasa di halaman pondok semula. Saya jadi panik dan terkejut besar dengan sikap datuk itu. Saya cuba mengingati sesuatu kalau-kalau saya telah melanggar pantanglarang datuk. Ternyata tidak ada satu pun kesilapan yang saya lakukan. "Kenapa tuk?" Dalam rasa takut saya bertanya. "Kamu pergi ambil cangkul dan pencebak kemudian," "Nak buat apa tuk?" cepat-cepat saya memintas cakap datuk. " Jangan biadap sangat, biarlah aku habis cakap dulu, baru bertanya," sergah datuk dan dia segera meluru ke arah saya. Dan saya bersedia menerima tempelak darinya kerana kebiadapan yang saya lakukan secara tidak sengaja. Saya beruntung kerana kemarahan datuk tidak berlanjutan. Saya segera menyusup bawah pondok dan keluar membawa cangkul serta pencebak. Berdiri tercegat depan datuk untuk menerima perintah selanjutnya dari datuk. " Sekarang kamu pergi ke tebing sungai, cari kawasan gigi air yang berpasir. Dari gigi air tu, kamu melangkah songsang tiga belas tapak," datuk berhenti bercakap, dia mengeluarkan secebis kain merah dari dalam saku bajunya. Kain merah selebar dua jari itu diikat ke kepala. " Kamu tahu melangkah songsang tu, Tamar?" Tanya datuk, saya gelengkan kepala. "Maksudnya begini, kamu melangkah ke belakang dengan mata dan badan kamu menghala ke arah sungai. " Saya faham tuk." " Di langkah penghabis, langkah ketiga belas mesti berakhir dengan kaki kiri. Kamu tekankan tumit kaki kiri di situ, kemudian kamu koreklah lubang separas dada kamu," demikian datuk mengeluarkan arahan. Saya segera bergegas menuju ke sungai yang jaraknya tidak berapa jauh dari pondok. Sebaik sahaja saya sampai ke perdu durian patah dahan, terdengar suara datuk memanggil nama saya. Segera saya berhentikan langkah. " Lepas korek, kamu tunggu aku di situ, kalau lubangnya ada air, jangan kau buang airnya, bahagian bawah lubang kau taruh tanah liat," pesan datuk lagi. "Baik tuk," " Kalau kamu nampak apa-apa masa kamu mengorek nanti, kamu jangan cakap apa-apa." " Baik tuk." Perjalanan yang terhenti saya teruskan. TEBING Lebih dari sepuluh minit saya mundar-mandir di tebing sungai, mencari kawasan yang berpasir. Dan saya berhasil menemui selekoh sungai yang bahagian tepinya mempunyai kawasan berpasir yang berkeadaan seperti pantai. Kawasan tersebut berdepan dengan sebuah lubuk yang dalam tetapi, air yang mengalir amat tenang. Setelah mengikut kata dan petua datuk, saya pun mula menggali lubang di pasir. Panas terik membuat seluruh tubuh saya berpeluh. Saya berhenti menggali lubang, bila saya terdengar bunyi air sungai berkocak dengan kuat, saya tumpukan perhatian ke dada sungai yang lebarnya kurang satu rantai setengah. Tidak ada apa-apa yang saya lihat, selain dari air sungai dan dedaun yang dibawa arus ke hilir. Saya kembali menggali lubang. Baru lima enam kali tunduk bangkit mengaut pasir, saya terdengar lagi bunyi kocakan air sungai, saya segera merenung ke arah lubuk yang airnya bergerak tenang. Saya menggigit bibir bersama rasa cemas dan takut. Dari hujung dahan jambu mawar yang terjulur di permukaan sungai (dalam jarak lebih kurang sepuluh kaki dari lubuk yang tenang) saya terlihat seekor ular sawa sedang berpaut di situ, ekornya sesekali memukul permukaan air sungai. Ular sawa itu berhempas pulas mahu naik ke dahan jambu mawar. Usaha si ular itu berhasil. Ah, pedulikan dia, jangan kacau dia. Biarkan dia hidup di situ. Barangkali si ular sawa itu dapat menghidu bau rezekinya di atas pokok jambu mawar, fikir saya dalam hati dan terus menyambung kembali kerja yang terkandas. " Tamar," Saya toleh ke arah suara itu, memang saya tidak menduga yang datuk menjulang Khoja Lisut di atas bahunya. Saya juga merasa pelik, kenapa datuk mengusung orang cacat itu ke sini.Apakah datuk mahu mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubuk? Macam-macam yang datang dalam fikiran saya. " Dah siap?" Soal datuk dari jauh.

19 of 59

31/12/2010 10:41 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 9

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=9

"Siapkan cepat, buat macam mana aku suruh, selagi lubang tu tak siap, aku tak boleh ke situ," lanjut datuk yang sedang terkial-kial meredah pokok serunai laut dan keduduk yang menghalang perjalanan. Saya terus korek lubang hingga selesai, kemudian mencampakkan tanah liat yang saya ambil dari dalam sungai, ke dalam lubang. Sebaik saja semua kerja selesai, datuk terus berada di samping saya. " Sudah siap Tamar?" "Sudah tuk," "Masuk kamu," suara datuk keras dan dia terus mencampakkan Khoja Lisut ke dalam lubang. "Timbus," sambung datuk lagi. Dia merampas cangkul dari tangan saya. Khoja Lisut yang separuh badannya berada dalam lubang tidak berkata-kata. Dalam sekelip mata saja, badan Khoja Lisut terbenam dalam pasir hingga paras leher. Datuk mengeluarkan dua keping upih pinang dari dalam bajunya. Dia membuka lipatan upih pinang lalu dibentangkannya atas pasir. Saya pasti, upih pinang yang sudah kering memang dibawa oleh datuk dari rumah. Apa yang menakjubkan saya ialah, kepintaran datuk menyembunyikan upih pinang kering dalam bajunya hingga tidak dapat dikesan oleh sesiapapun. Bila kedua-dua upih pinang itu agak panas kerana terkena sinar matahari, datuk ubahkan kedudukannya ke gigi sungai. Bahagian pangkal upih terkena arus air sungai. Datuk ambil sekeping upih lalu dijadikan timba gayung. " Tolong aku, kamu gunakan timba upih ini untuk ambil dari sungai dan siramkan ke kepala Khoja," saya pun segera menyambut gayung upih yang datuk hulurkan. "Kamu kira sampai seratus gayung, kamu berhenti, berdiri di depannya lebih kurang lima, kemudian ulang kerja kamu semula, buat kerja ni berulangkali, hingga dapat perintah berhenti dari aku," sambung datuk lagi. Saya angguk dan memulakan tugas yang saya kira cukup rumit dan amat membosankan di bawah sinar matahari yang amat terik. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(jilid 09) Siri 124 : Badi Ekor Buaya Jun 3, '10 5:06 AMby fatin for group komunitisbdj Dari bawah pohon jati, datuk mengawasi segala kerja yang saya lakukan. Dua tiga kali, Khoja Lisut merayu supaya saya memberhentikan menyiram air ke kepalanya. Saya tidak dapat menunaikan permintaannya itu, selagi belum menerima perintah dari datuk. Saya memang simpati dengan Khoja Lisut yang selalu kelemasan dan bersin itu. "Cukup Tamar." Saya toleh ke arah pohon jati. Datuk sedang melangkah ke arah saya. Di tangan kanannya ada batang tepus yang berdaun lebar. "Aku nak balik sembahyang Zuhur, kamu tunggu di sini sampai aku datan