anugerah

3
- Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia diucapkan kepada……….. Mudik ke muara mencari lokan, Gelapnya malam pelita disuluh; Selamat datang kami ucapkan, Ke Majlis Anugerah Cemerlang 2010. - Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di dewan SKKB untuk meraikan Majlis Anugerah Cemerlang 2010. - Bagi memberkati majlis kita pada petang yang mulia ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil Ustaz Ainol Jufri B. Haji Pilus untuk membacakan doa. Dipersilakan. - Majils mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi. - Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Pn. Noraida Bt Shaari YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. - Majils merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Noraida atas ucapan itu sebentar tadi.

Upload: pakeanathan-nathan

Post on 12-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

- Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia diucapkan kepada

- Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia diucapkan kepada..Mudik ke muara mencari lokan,

Gelapnya malam pelita disuluh;

Selamat datang kami ucapkan,

Ke Majlis Anugerah Cemerlang 2010.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di dewan SKKB untuk meraikan Majlis Anugerah Cemerlang 2010.

Bagi memberkati majlis kita pada petang yang mulia ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil Ustaz Ainol Jufri B. Haji Pilus untuk membacakan doa. Dipersilakan. Majils mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Majlis pada petang ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Pn. Noraida Bt Shaari YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majils merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Noraida atas ucapan itu sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En. Ruzaimi B. Zamin Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majils merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Ruzaimi atas ucapan itu tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia Datin Seri Chan Tat Chin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2010. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin atas ucapan perasmian itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput Pn. Noraida YDP PIBG untuk diiringi En. Ruzaimi untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datin. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Noraida kerana sudi menyampikan cenderahi itu tadi.

- Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Cemerlang. Bagi menyampaikan hadiah Kedudukan Dalam Kelas majlis mempersilakan Pn. Noraida Bt Shaari diiringi oleh En. Ruzaimi b. Zamin untuk menyapaikan hadiah kepada para pemenang.