anjung tamu online

1
ANJUNG TAMU ONLINE: Seramai 84 pelajar dan 6 guru pengiring Sekolah Menegah Kebangsaan Jitra (SMKJ) mengadakan lawatan ke UUM pada hari kedua Konvokesyen ke-27 serta turut memeriahkan suasana Konvokesyen. Lawatan sambil belajar dibawah Program Jalinan Bestari UUM-SMKJ Siri ke 2 ini diselaraskan dengan kerjasama Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, College of Art and Sciences (CAS) UUM. SMKJ merupakan salah sebuah “Sekolah Kluster Kecemerlangan”. “Pelajar amat gembira dapat melawat UUM semasa Majlis Konvokesyen. Ini adalah pendedahan dan pengalaman terbaik untuk mereka meningkatkan minat serta motivasi untuk belajar dengan tekun,” kata Guru Penasihat SMKJ Abd Aziz Saad. Beliau juga merupakan Ketua Panitia merangkap Ketua Kebitaraan Matematik. Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif UUM, Dr. Masnita Misiran turut mengiringi rombongan SMKJ. Sementara itu, staf Welcome Centre memberikan taklimat kepada pelajar agar mereka mengenali UUM dengan lebih dekat, mencakupi sejarah penubuhan dan kepimpinan UUM.

Upload: mohd-fahmi

Post on 09-Aug-2015

123 views

Category:

Health & Medicine


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Anjung tamu online

ANJUNG TAMU ONLINE: Seramai  84 pelajar dan 6 guru pengiring Sekolah Menegah Kebangsaan Jitra (SMKJ) mengadakan lawatan ke UUM pada hari kedua Konvokesyen ke-27 serta turut memeriahkan suasana Konvokesyen.

Lawatan sambil belajar dibawah Program Jalinan Bestari UUM-SMKJ Siri ke 2 ini diselaraskan dengan kerjasama Persatuan Sains Kuantitatif (QUSAC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, College of Art and Sciences (CAS) UUM. SMKJ merupakan salah sebuah “Sekolah Kluster Kecemerlangan”.

“Pelajar amat gembira dapat melawat UUM semasa Majlis Konvokesyen. Ini adalah pendedahan dan pengalaman terbaik untuk mereka meningkatkan minat serta motivasi untuk belajar dengan tekun,” kata Guru Penasihat SMKJ Abd Aziz Saad.  Beliau juga merupakan Ketua Panitia merangkap Ketua Kebitaraan Matematik. Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif UUM, Dr. Masnita Misiran turut mengiringi rombongan SMKJ.

Sementara itu, staf Welcome Centre memberikan taklimat kepada pelajar agar mereka mengenali UUM dengan lebih dekat, mencakupi sejarah penubuhan dan kepimpinan UUM.