angka rumi

6
Angka Rumi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , cari MMXI (2011 dalam angka Rumi) Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah: Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan [1] dan tidak mempunyai angka sifar . Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf- hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin . Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini adalah hasil perubahan yang dibuat pada zaman pertengahan Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan. Sistem angka Sistem angka Hindu-Arab Arab barat Arab timur Burma India Khmer Mongol Thai Angka Asia timur Batang pembilang Cina Jepun Korea Suzhou Vietnam Angka abjad Abjad Ge'ez

Upload: manuel-kennedy

Post on 30-Sep-2015

80 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

H

TRANSCRIPT

Angka Rumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

MMXI

(2011 dalam angka Rumi)

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan[1] dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini adalah hasil perubahan yang dibuat pada zaman pertengahanAngka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Sistem angka

Sistem angka Hindu-Arab

Arab baratArab timurBurmaIndiaKhmerMongolThai

Angka Asia timur

Batang pembilangCinaJepunKoreaSuzhouVietnam

Angka abjad

AbjadArmeniaryabhaaCyrilGe'ezGreek (Ionia)Ibrani

Sistem lain

AegeanAtticBabylonBrahmiEtruscanInuitMayaMesirQuipuRomSumeriaUrnfield

Sistem kedudukan dengan asas

Perpuluhan (10)

1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

pbs

Bahagian masuk ke seksyen LII di Colosseum.

[sunting] Simbol

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

Simbol dilelar (diulang-ulang) untuk menghasilkan gandaan nilai perpuluhan (1, 10, 100, 1000), dan V, L, D yang digunakan untuk gandaan lima, dan pelelaran meneruskan: I "1", II "2", III "3", V "5", VI "6", VII "7", dan seterusnya, dan ia dilakukan dengan sama untuk asas yang lain: X "10", XX "20", XXX "30", L "50", LXXX "80"; CC "200", DCC "700", dan seterusnya. Pada pelelaran keempat, prinsip subtraktif akan digunakan, dengan asasnya diletakkan sebelum asas yang lebih tinggi: IIII atau IV "4", VIIII atau IX "9", XXXX atau XL "40", LXXXX atau XC "90", CCCC atau CD "400", DCCCC atau CM "900".

Orang Rom kuno cuma menggunakan versi huruf besar. Pada zaman pertengahan, huruf kecil telah dicipta dan bentuk yang biasa digunakan ialah: i, ii, iii, iv, dan seterusnya. Selain itu, gantian "j" untuk akhiran "i" juga telah dicipta untuk mengakhiri sesuatu nombor, seperti iij untuk 3 atau vij untuk 7. "j" ini bukanlah huruf yang berasingan, sebaliknya cuma variasi berhias untuk "i".

Untuk nombor besar (4000 ke atas), satu bar akan diletakkan di atas angka asas, atau tanda kurungan diletakkan untuk menunjukkan pendaraban dengan 1000, walaupun orang Rom sendiri sering membuang "M" sahaja:[2] V atau (V) untuk lima ribu X atau (X) untuk sepuluh ribu L atau (L) untuk lima puluh ribu C atau (C) untuk satu ratus ribu D atau (D) untuk lima ratus ribu M atau (M) untuk satu jutaTanda kurungan pula adalah lebih versatil; (II) bersamaan dengan MM, tetapi II tidak dijumpai.

Jadi pendaraban asas angka Rumi adalah mengikut corak seperti berikut:

123456789

SaIIIIIIIVVVIVIIVIIIIX

PuluhXXXXXXXLLLXLXXLXXXXC

RatusCCCCCCCDDDCDCCDCCCCM

RibuMMMMMMIVVVIVIIVIIIIX}}

Puluh RibuXXXXXXXLLLXLXXLXXXXC}}

Ratus RibuCCCCCCCDDDCDCCDCCCCM}}

Kaedah praktikal untuk menulis angka Rumi adalah dengan menggunakan sistem moden angka Arab, dan menukar secara berasingan ribu, ratus, puluh, dan sa seperti diberikan dalam carta di atas. Jadi, sebagai contoh, 1234 difikir sebagai "satu ribu dan dua ratus dan tiga puluh dan empat", mendapatkan M (satu ribu) + CC (dua ratus) + XXX (tiga puluh) + IV (empat), untuk MCCXXXIV. Jadi sebelas adalah XI (sepuluh dan satu), 32 adalah XXXII (tiga puluh dan dua) dan 2009 adalah MMIX (dua ribu dan sembilan). Perlu diingat yang prinsip subtraktif tidak melangkaui seperti apa yang dinyatakan di dalam carta di atas, jadi IL tidak digunakan untuk 49, sebaliknya ditulis dengan empat puluh (XL) dan sembilan (IX), atau XLIX.

[sunting] Angka Rumi moden

Berikut adalah beberapa angka Rumi moden, selepas zaman Victoria:

PiawaiArabNota

tiada0N pernah digunakan sekurang-kurangnya sekali oleh Bede sekitar 725.

I1

II2

III3

IV4IIII masih digunakan di jam dan permukaan kad tarot.

V5IIIII jarang digunakan pada zaman pertengahan.

VI6

VII7

VIII8IIX jarang digunakan pada zaman pertengahan.

IX9

X10VV jarang digunakan pada zaman pertengahan.

XI11

XII12

XIII13

XIV14

XV15

XVI16

XVII17

XVIII18

XIX19

XX20

XXI21

XXV25

XXX30

XXXV35

XL40

XLV45

XLIX49Berdasarkan prinsip subtraktif seperti dinyatakan di atas, IL tidak diterima.

L50

LX60

LXIX69

LXX70

LXXVI76

LXXX80

XC90

XCIX99

C100

CL150

CC200

CCC300

CD400

D500

DC600

DCLXVI666

DCC700

DCCC800

CM900

M1,000

MCDXLIV1,444Nombor pandigital terkecil (setiap simbol digunakan)

MDCLXVI1,666Nombor pandigital efisien terbesar (setiap simbol muncul sekali sahaja)

MDCCCLXXXVIII1,888Nombor terpanjang apabila ditulis (tanpa gandaan M)

MCMXC1,990Ringkasan seperti XMM dan MXM bertentangan dengan prinsip subtraktif

MCMXCVII1,997

MCMXCIX1,999Ringkasan seperti IMM dan MIM bertentangan dengan prinsip subtraktif

MM2,000

MMI2,001

MMIX2,009

MMD2,500

MMM3,000

IV4,000Kadang-kadang menjadi MMMM atau MV

V5,000

VMDCLXVI6,666Nombor ini menggunakan setiap simbol sehingga V sekali.

X10,000

L50,000

C100,000

D500,000

M1,000,000

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.

Contoh: nombor 1988.Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.Digabungkan: MCMLXXXVIII.