ancaman parti komunis malaya · pdf filekemerdekaan seperti angkatan wanita sedar ... 5 •...

7
http://rosleyasin.blogspot.com SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur 1 1 Penubuhan Parti Komunis Malaya Pengisytiharan Darurat Memperbesarkan Pasukan Keselamatan Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis Perang Saraf Cara Penyusupan Kesan Darurat Langkah Membanteras Ancaman Komunis Keganasan Komunis Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri Rancangan Briggs Pertemuan Baling (Rundingan Baling) Sosial Pengampunan Beramai-ramai Politik Ekonomi

Upload: duongkien

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

1

1

Penubuhan Parti Komunis Malaya

Pengisytiharan Darurat

Memperbesarkan Pasukan

Keselamatan

Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat

Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis

Perang Saraf

Cara Penyusupan

Kesan Darurat Langkah Membanteras Ancaman Komunis

Keganasan Komunis

Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri

Rancangan Briggs

Pertemuan Baling (Rundingan Baling)

Sosial Pengampunan Beramai-ramai

Politik

Ekonomi

Page 2: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

2

2

• Fahaman komunis disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) dan P.K. Nanyang tahun 1920-an.

• Ejen komunis telah menyebarkan dakyah komunis kepada orang Cina melalu kesatuan sekerja, kelas-kelas malam dan penerbitan Cina.

• Fahaman Komunis disebarkan kepada orang Melayu oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924 hingga 1930.

• Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana

bertentangan dengan ajaran Islam dan adat resam orang Melayu.

• Komunisme tidak mengakui kewujudan Tuhan dan menggunakan kekerasan dan kezaliman untuk mencapai matlamat yang bertentangan dengan agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu.

PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS

• Fahaman Komunis diasaskan oleh Karl Marx abad ke-19.

• Fahaman yang menentang sistem feudal dan imperialis secara kekerasan, enggantikannya dengan pemerintahan komunisme.

• Antara perjuangan Komunisme ialah memperjuangkan masyarakat tanpa kelas dan memiliknegarakan tanah dan perindustrian

• Komunisme dianuti oleh China, Rusia, Korea Utara dan Cuba.

• Pada tahun 1919, Communist International (Comintern) yang ditubuhkan di Moscow telah mengarahkan parti-parti komunis di Eropah supaya menyebarkan fahaman komunis ke seluruh dunia.

Cara Penyusupan

Penubuhan Parti Komunis Malaya

• PKM ditubuhkan di Singapura 1930.

• Tujuan menubuhkan kerajaan Republik Komunis.

• Melatih ramai kader dan menyusup dalam kesatuan-kesatuan sekerja.

• Menjelang 1935, PKM semakin mantap dan bertindak lebih agresif.

• PKM melancarkan permogokan dan mensabotaj ekonomi Tanah Melayu supaya lumpuh.

• Permogokan paling hebat berlaku di Batu Arang, Selangor apabila 6000 orang buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih lombong tersebut. 300 anggota polis dihantar untuk menamatkan permogokan.

• Akibat permogokan ramai pemimpin yang terlibat dihantar pulang ke China dan ramai pemimpin PKM ditangkap.

• Zaman Jepun, PKM telah berkerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

• Ramai anggota PKM telah dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101, di Singapura.

• Persidangan Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Culcatta, India pada tahun 1948 telah menggalakan Parti-parti Komunis untuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.

• Sehubungan dengan itu PKM telah menubuhkan Malayan Races Liberation Army (MRLA).

• PKM memulakan pemberontakan bersenjata dengan menyerang ladang-ladang dan lombong milik Syrarikat Eropah, menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British.

• pentadbiran Malayan Union.

Keganasan Komunis

Page 3: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

3

3

Pengisytiharan Darurat

• Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah, di Sungai Siput, Perak telah menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1948.

• Berikutan pengisytiharan darurat, kerajaan telah menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948, memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis.

• Undang-undang Darurat juga mengizinkan pihak keselamatan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk kepenempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu PKM.

Langkah Membanteras Ancaman Komunis

Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri

• Kerajaan telah bertindak mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948.

• British mengambil peluang mengharamkan parti-parti politik berhaluan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul Muslimin.

Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

• Pasukan polis diperbesarkan sehingga berjumlah 70 000 orang.

• Membawa masuk askar dari Negara komanwel seperti Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji.

• Menubuhkan pasukan Home Guard untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga kesalamatan.

• Melatih seramai 24 000 Mata-mata Khas (special Contable) dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.

• Pasukan keselamatan mengebom dan menyerang hendap sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British.

Page 4: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

4

4

Rancangan Briggs

• Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950.

• Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi.

Kampung Baru

• Rancangan Briggs melibatkan penempatan semula penduduk di pinggir hutan ke kawasan baru yang digelar “Kampung Baru”.

• Rancangan Briggs bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada komunis.

• Tindakan ini sangat berkesan,dapat melumpuhkan gerakan Min Yuen yang ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, membekalkan makanan dan ubat-ubatan. Kebanyakan anggotanya adalah pekerja lombong dan pekerja ladang.

• Rancangan Briggs, lebih daripada 400 000 orang penduduk telah dipindahkan ke lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu.

• Kampung baru dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip.

• Kampung baru dikawal oleh Special Constable (SC) dan dipagari dengan dawai berduri.

• Di Kampung baru, setiap ketua keluarga dibekalkan dengan kad catuan makanan bagi memastikan setiap keluarga memperoleh makanan yangs secukupnya,elakannya jatuh ke tangan PKM.

• Pergerakan kelaur masuk ke kampung baru dikawal selia.

Gerakan Kelaparan 1. Kerajaan telah melaksanakan

program “Gerakan Kelaparan” bertujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

2. Sekatan jalan raya telah diadakan untuk mencegah bekalan makanan, ubat-ubatan dan maklumat sampai ke tangan PKM.

3. Tanpa barang-barang keperluan, akan memaksa pengganas komunis keluar dari tempat persemunyian. Memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis.

Kad Pengenalan

• Pendaftaran kebangsaan diperkenalkan untuk mengawal pergerakan penduduk. Penduduk berusia 12 tahun ke atas wajib mendaftar dan diberikan kad pengenalan..

• Rancangan Briggs telah berjaya melumpuh dan melemahkan perjuangan pengganas komunis.

• Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM di Pahang, mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman terhadap orang awam dan berundur ke selatan Siam.

Page 5: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

5

5

• Templer menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat atau menangkap Chin Peng sama ada hidup atau mati dengan hadiah $250,000, manakala orang kanannya sebanyak $200,000

• Langkah kerajaan menentang komunis dihebahkan oleh Sultan dan Menteri Besar.

• Tindakan catuan makanan, menyebabkan ada pengganas komunis terpaksa bercucuk tanam untuk keperluan makanan sendiri.Bagaimanapun, pasukan keselamatan telah bertindak meracun kawasan tanaman mereka.

Rancangan Templer Perang Saraf • Risalah menentang komunis turut

diedarkan.

• Tujuan perang saraf bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kekejaman komunis.

• Hasilnya rakyat menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis untuk mempertahankan tanah air.

• Tahun 1952, Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British menggantikan Henry Gurney yang mati dibunuh dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

• Templer sedar kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

• Templer telah memperkenalkan “kawasan hitam” dan “kawasan putih”. Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan pengganas komunis dan dikenakan perintah berkurung, manakala kawasan putih ialah kawasan yang bebas daripada ancaman komunis.

• Sehingga tahun 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan diisytiharkan sebagai kawasan putih.

• Templer melancarkan perang saraf “memenangi hati dan fikiran rakyat” untuk menghapuskan pengganas komunis.

• Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum bersatu padu dan menghapuskan perasaan perkauman.

• Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” telah dilaksanakan dengan jayanya.

• Penduduk berbilang kaum bersama-sama membawa sepanduk dan berarak mengutuk keganasan komunis serta membakar

patung-patung komunis

• Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952 sehingga membolehkan 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India mendapat kewarganegaraan Tanah Melayu.

Pengampunan Beramai-ramai

• Bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri, kerajaan telah menawarkan pengampunan.

• Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil telah diedarkan.

• Radio Malaya setiap telah menyiarkan syarat tawaran pengampunan.

• Poster ditampal di merata-rata tempat, iklan dan wayang gambar telah digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis supaya menyerah diri.

Page 6: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

6

6

• Rundingan Baling gagal kerana Tuku Abdul Rahman tidak mahu bertolak ansur dengan syarat PKM kerana Tunku Abdul Rahman ideology komunis tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

• Bagaimanapun Tunku Abdul Rahman bersedia berunding dengan PKM sekiranya PKM berubah fikiran.

• Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat.

• Tunku Abdul Rahman berjanji sekiranya diberi mandat beliau akan berunding dengan PKM.

• Sehubungan dengan itu, Chin Peng telah mengutus surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.

• Pada 28 dan 29 Disember 1955, satu pertemuan telah diadakan antara wakil kerajaan Persekutuan dengan wakil Parti Komunis Malaya.

• Dalam pertemuan tersebut Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakan senjata dan menyerah diri, manakala Chin Peng mengenakan syarat hanya akan meletakkan senjata dan menyerah diri apabila kerajaan bersetuju mengiktiraf PKM sebagai parti politik yang sah.

Pertemuan Baling

• Pemberian kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum tamat telah menyebabkan pengaruh PKM semakin lemah.

• Akhirnya pada 31 Julai 1960 kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan tamatnya darurat

Page 7: Ancaman Parti Komunis Malaya · PDF filekemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar ... 5 • Templer ... • Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

7

7

Kesan Darurat

• Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk di Tanah Melayu.

Politik

• Kekejaman dan keganasa PKM telah menyebabkan kerajaan British menguatkuasakan Undang-undang Darurat pada tahun 1948.

• Kerajaan British mengambil kesempatan daripada undang-undang ini untuk membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun gerakan tersebut bukanlah berfahaman komunis.

• Darurat telah mempercepatkan proses ke arah berkerajaan sendiri. Pemberian kemerdekaan telah melemahkan PKM kerana tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka.

• Penubuhan Malayan Chinese Association merupakan satu lagi tamparan kepada PKM kerana berupaya menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan.

• Orang Cina kemudiannya telah memberi kerjasama dan membantu kerajaan membanteras pengaruh PKM.

• Usaha kerajaan juga telah berjaya mengikis pandangan negatif masyarakat yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.

Ekonomi

• Pengeluaran sumber ekonomi Negara terjejas akibat kemusnahan system perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.

• Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara.

• Bagi menjamin keselamatan dan melindungi rakyat, kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan Home Guard dan polis.

• Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar Bandar kerana lebih menumpukan kepada pembangunan kampung baru.

Sosial

• Darurat menyebabkan ramai yang terkorban sama ada pasukan keselamatan ataupun orang awam.

• Peperangan membanteras pengaruh komunis selama 12 tahun telah membawa kesengsaran kepada kehidupan penduduk di Tanah Melayu.

• Penduduk mengahadapi kesukaran hidup kerana terpaksa menghadapi pelbagai sekatan dan undang-undang sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan pekerjaan sehari-harian.

• Catuan makanan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi dan keledek, sama seperti yang dialami pada zaman Jepun.

• Usaha kerjasama antara kaum telah diadakan dengan penubuhan Community Liaison Committee

(CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949.

• Matlamatnya adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

• Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan Tanah Melayu dengan harapan kandungan sukatan pelajaran yang berteraskan tempatan akan dapat memupuk perasaan cinta akan tanah air oleh generasi muda.

• Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan akan dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum.