analisis kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Upload: wanisebli

Post on 09-Mar-2016

82 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pendidikan Islam

TRANSCRIPT

Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1.Membaca surah-surah terpilih dari juzu Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2.Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3.Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4.Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

5.Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6.Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

7.Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8.Membaca dan menulis jawi sebagai kecintaan terhadap warisan budaya bangsa.

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bil.BIDANGOBJEKTIFTUMPUAN

1Asuhan TilawahAl-Quran1.Membaca Surahsurah terpilih daripada juzuk Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca Al-Quran.

2.Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian.

3.Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

1.Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan Betul dan fasih.

2.Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan betul dan fasih

3.Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2Asas Ulum As-Syariah1.Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan

2.Mengamalkan ibadah-ibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,1.Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah

2.Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya

3.Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4.Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

3.Asas Akhlak IslamiahMengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian1.Kepatuhan terhadap perturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W

2.Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

4.Pelajaran JawiMembaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.1.Menulis tulisan jawi dengan baik2.Membaca jawi dengan lancar3.Menghayati seni tulisan jawi.

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama.Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

Menentukan skop sukatan

Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran

Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :.

Bidang PembelajaranHasil PembelajaranCadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras1 :

Aras2 :

Aras3 :

Keterangan lajur

LajurKandungan dalam Lajur

Lajur Bidang PembelajaranMengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran.

Lajur Hasil PembelajaranBerkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid.

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid.

Aras 1 :Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima.

Aras 2 : Aras sederhana atau pertengahan yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini .

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi.Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam

Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung kepada aspek kandungan pelajaran, pendekatan , kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kekuatan dan kesan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan masa bagi mata pelajaran sekolah rendah ialah 150 minit seminggu dan boleh dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu. Sebanyak 30 minit atau satu waktu diperuntukkan bagi pelajaran Jawi.

A. Asuhan Tilawah al-Quran

I. Bacaan :

i.Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii.Membaca kalimah dan potongan ayat

iii.Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv.Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v.Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi.Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii.Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii.Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.

Berikut surah-surah yang dicadangkan;

BilSurahBilSurahBilSurah

1Al-Fatihah11Al-Fil21Al-Tin

2An-Nas12Al-Humazah22Al-syarh

3Al-Falaq13Al-Asr23Al-Dhuha

4Al-Ikhlas14Al-Takathur24Al-Lail

5Al-Masad15Al-Qariah25Al-Syams

6Al-Nasr16Al-Adiyat26Al-Balad

7Al-Kafirun17Al-Zalzalah27Al-Fajr

8Al-Kawthar18Al-Bayyinah28Al-Ghasiyyah

9Al-Maun19Al;-Qadr29Al-Ala

10Al-Quraisy20Al-Alaq30Al-Tariq

II Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a.Al-Fatihahl.Al-Takathur

b.An-Nasm.Al-Qariah

c.Al-Falaqn.Al-Adiyat

d.Al-Ikhlaso.Al-Zalzalah

e.Al-Kafirunp.Al-Bayyinah

f.Al-Kawtharq.Al;-Qadr

g.Al-Maunr.Al-Alaq

h.Al-Quraisys.Al-Tin

i.Al-Filt.Al-syarh

j.Al-Humazahu.Al-Dhuha

k.Al-Asr

III Kefahaman :

Pengertian Al-QuraanKelebihan membaca Al-QuraanSejarah ringkas al-QuraanMemahami surah-surah berikut secara umumSurah Al-Fatuhah ayat 1 - 7Surah al-Nas ayat 1-6Surah al-Falaq ayat 1-5Surah al-IkhlasSurah al-KawtharSurah al-Maun ayat 1-7Surah al-Qadr ayat 1-5Surah al-Dhuha ayat 1-11

B Bidang Ulum Syariah

. I. Tajuk-tajuk Akidah ialah:

Pengertian Rukun ImanBeriman Kepada AllahBeriman Kepada MaliakatBeriman Kepada RasulBeriman kepada Kitab-KitabBeriman kepada Hari AkhiratBeriman kepada Qadak dan QadarPengertian Rukun IslamSifat wajib AllahNama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut:Pengertian Dosa dan pahalaPengertian Syirik.Samiyyat : PengertianPerkara-perkara samiyyat

IIIbadah

Konsep IbadahPengertianJenis-jenisFardhu Ain dan Fardhu KifayahJenis-jenis hukumBersuci :PengertianTanggungjawab bersuciIstinjakBersuci dari najisBersuci dari hadasTayammumSolat:

PengertianSolat FarduBacaan dalam solat serta terjemahannya-Takratul Ihram-Surah AlFatihah-iii.Doa Iftitah-Ketika Ruku-Ketika Iktidal-Ketika Sujud-Ketika duduk antara dua sujud-Tahyatul awal dan akhir-Doa Qunut.Pelakuan Solat (Rukun Fili) dan hikmahnyaPerkara-perkara yang membatal solatRukun-rukunSyarat-syarat wajibSyarat-syarat sahSunat Abadh dan Haiah.Azan dan IqamahSolat berjamaahSolat JumaatIbadah puasaSolat Hari Raya Aidil fitri dan AidiladhaSolat Jenazah

III Sirah :

3.1Tanda-tanda kenabian3.16Tentangan terhadap Rasulullah

3.2.Salasilah keturunan Nabi3.17Israk dan Mikraj

3.3Penyusuan dan Pemelihraan Nabi3.18Perjanjian Aqabah

3.4Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni3.19Hijrah kemadinah

3.5Kematian bapa dan ibu Nabi3,20Pembinaan Masjid pertama

3.6Kematian Datuk3.21Persaudaraan Muhajirin dan Ansar

3.7Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara3.22Pembentukan Negara Madinah

3.8Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa3.23Mempertahankan Madinah

3.9Pekhawinan Nabi3.24Piagam Madinah

3.10Peritiwa Hajarul al-Aswad3.25Perjanjian Hudaibiah

3.11Peristiwa di Gua Hira3.26Pembukaan Kota Mekah

3.12Mukjizat Al-Quraan3.27Perkembangan Islam Zaman Rasul

3.13Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)3.28Haji Wida

3.14Hijrah ke Habsyah3.29Kewafatan Rasulullah S.A.W.

3.15Pembesar Mekah terima Rasulullah

C.Bidang Adab dan Akhlak Islamiaha.Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut :3.1.1Adab Makan Minum3.1.7Adab berkenderaan

3.1.2Adab Qada Hajat3.1.8Adab masuk dan keluar rumah

3.1.3Adab tidur dan bangun tidur3.1.9Adab menghidang makan dan minuman

3.1.4Adab mandi dan bersugi3.1.10Adab berjalan

3.1.5Adab berwuduk3.1.11Adab bertanya

3.1.6Adab berpakaian3.1.12Adab mengurus diri

b.Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

1.2.1Adab bercakap dengan ibu bapa1.2.2Adab menolong ibu bapa1.2.3Adab bergaul dengan keluarga

c.Adab dalam kehidupan Bersosial

3.2.1Adab bergaul dengan rakan3.2.12Adab berkumpul

3.2.2Adab di masjid dan surau3.2.13Adab berjual beli

3.2.3Adab bercakap dengan rakan3.2.14Adab bekerja

3.2.4Adab melayan tetamu3.2.15Adab menziarah jiran

3.2.5Adab menziarah orang sakit3.2.16Adab ketika bermaian

3.2.6Adab menziarah rakan3.2.17Adab terhadap tempat dan harta benda awam

3.2.7Adab menziarah orang tua3.2.18Adab kecintaan kepada Negara

3.2.8Adab dengan orang tua3.2.19Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar

3.2.9Adab menziarah jenazah kubur3.2.20Adab rehlah

3.2.10Adab makan di majlis keramaian3.2.21Adab manusia dan makhluk lain

3.2.11Adab berjiran3.2.22Adab dengan pemimpin

d.Adab Menuntut Ilmu

i.Adab bercakap dengan guruii.Adab ke sekolahiii.Adab Belajariv.Adab semasa di sekolahv.Adab berhujahvi.Adab menolong guruvii.Adab menjaga harta benda sekolah

e.Adab dengan Al-Quraan

3.5.1Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan3.5.2Adab membaca Al-Quraan

Pelajaran Jawi

a.Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggalb.Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambungc.Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbukad.Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutupe.Membaca dan menulis rangkai kata dan ayatf.Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjamang.Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendekh.Menggunakan tanda bacai.Membaca pelbagai jenis teks bacaanj.Menulis pelbagai jenis teksk.Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rikah.

Rumusan

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana iamerupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan.

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi yang hampir setara dengan sukatan pelajaran.Sukatan pelajaran perlu difahami bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat menimba ilmu dan kemahiran.

http://tujuhpen.blogspot.my/2014/05/analisis-kandungan-sukatan-pelajaran.html