analisis faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi jenayah harta benda ditanjong malim menggunakan...

15
Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda di Tanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information Systems-GIS) Analisis Kehampiran dan Kedekatan (Proximity Analysis) Tajuk : Peta analisis pengukuran jarak kes jenayah dengan kawasan belukar menggunakan proximity analysis. Dapatan Kajian 1. Kehampiran dengan kawasan Belukar Jarak Bilangan Kes 0-50m 13 51-100m 14 101-150m 21 151-200m 10 1

Upload: noralia-roslan

Post on 28-Jul-2015

328 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda di Tanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information Systems-GIS)

Analisis Kehampiran dan Kedekatan (Proximity Analysis)

Tajuk : Peta analisis pengukuran jarak kes jenayah dengan kawasan belukar menggunakan proximity analysis.

Dapatan Kajian

1. Kehampiran dengan kawasan Belukar

Jarak Bilangan Kes

0-50m 1351-100m 14101-150m 21

151-200m 10

Lebih 200m 42

Jadual 1: Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar

1

Page 2: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Rajah 1: Bilangan kes jenayah dari kawasan belukar

2. Kehampiran dengan kawasan jalan utama

Jarak Interval Bilangan Kes

0-50m 49

51-100m 23

101-150m 5

151-200m 5

Lebih 201m 18

Jadual 2: Bilangan kes jenayah dari jalan utama

Rajah 2: Bilangan kes jenayah dari kawasan jalan utama3. Kehampiran dengan kawasan ladang

2

Page 3: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah

0-50m 2

51-100m 2

101-150m 8

151-200m 5

Lebih 201m 83

Jadual 3: Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang

Rajah 3 : Bilangan kes jenayah dari kawasan ladang

4. Kehampiran ke kawasan pembinaan

Jarak Interval Bilangan Kes

0-50m 45

51-100m 24

101-150m 9

151-200m 5

Lebih 201m 17

Jadual 4: Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan

3

Page 4: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Rajah 4: Bilangan kes jenayah dari kawasan pembinaan

5. Kehampiran dengan kawasan pekan

Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah

0-50m 0

51-100m 6

101-150m 6

151-200m 9

Lebih 201m 79

Jadual 5: Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan Tanjung Malim

Rajah 5: Bilangan kes jenayah dari kawasan pekan Tanjung Malim

4

Page 5: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

6. Kehampiran dengan kawasan Balai Polis

Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah

0-50m 051-100m 1101-150m 3151-200m 3Lebih 201m 93

Jadual 6: Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis Tanjung Malim

Rajah 6: Bilangan kes jenayah dari kawasan balai polis Tanjung Malim

7. Kehampiran dengan kawasan Bank

Jarak Interval Bilangan Kes Jenayah

0-50m 2

51-100m 2

101-150m 1

151-200m 5

Lebih 201m 90

Jadual 7: Bilangan kes jenayah dari kawasan bank Tanjung Malim

5

Page 6: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Rajah 7: Bilangan kes jenayah dari kawasan bank Tanjung Malim

8. Analisis keseluruhan.

Kawasan Belukar Jalan

utama

Ladang Pembinaan Pekan Balai

polis

Bank

0-50m 13 49 2 45 0 0 2

51-100m 14 23 2 24 6 1 2

101-150m 21 5 8 9 6 3 1

151-200m 10 5 5 5 9 3 5

Lebih 201m 42 18 83 17 79 93 90

Jadual 8: Statistik keseluruhan kes jenayah harta benda mengikut faktor ruangan.

6

Page 7: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Rajah 8: Graf garis bilangan keseluruhan kes jenayah harta benda mengikut faktor ruangan

Perbincangan :

Sedar atau tidak, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam kehidupan untuk menyelesaikan

masalah. Sehubungan itu, begitu juga dalam konteks penggunaan perisian sistem maklumat

geografi (GIS), terdapat pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai

masalah ruangan yang wujud diatas muka bumi. Demikian itu, pendekatan proximity analysis

atau dalam bahasa melayunya bermaksud analisis kehampiran dan kedekatan telah

diperkenalkan dalam sistem maklumat geografi. Pelbagai analisis boleh dijalankan

menggunakan pendekatan ini. Antaranya adalah seperti analisis terhadap hubungan penyakit

kanser dengan masalah alam sekitar, kaitan antara harga rumah dengan jarak kehampirannya

dengan bandar, masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar sekolah dengan faktor ruangan

seperti pusat hiburan dan sebagainya. Melalui pendekatan ini, pengukuran jarak digunakan

untuk membantu menghuraikan pelbagai permasalahan kajian. Justeru itu, melalui laporan

ini, pendekatan analisis kedekatan telah digunakan untuk melihat perkaitan antara kes-kes

jenayah harta benda yang berlaku sekitar Tanjong Malim dengan faktor-faktor

kehampirannya dengan kawasan seperti belukar, jalan, ladang, balai polis, pekan dan bank.

Berdasarkan andaian yang telah dibuat, kejadian jenayah berlaku dikawasan yang berdekatan

dengan bank, pekan, ladang, jalan, belukar dan jauh dari balai polis. Hal ini menunjukkan

bahawa, proximity analysis mengambil kira faktor-faktor seperti jarak kehampiran atau

7

Page 8: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

kedekatan daripada faktor ruangan, yang mana ia sekaligus menyebabkan kejadian jenayah

berlaku dan bagi menjawab persoalan mengapa kejadian jenayah berlaku dikawasan tersebut.

Analisis dijalankan dengan menggunakan jarak selang kelas 50 meter dari kawasan faktor

dan seterusnya.

Jenayah harta benda adalah suatu kejadian jenayah yang melibatkan kehilangan harta

benda. Berdasarkan indeks jenayah di Malaysia antara tahun 2005 hingga 2007, statistik yang

dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia antara jenis-jenis jenayah harta benda yang kerap

berlaku adalah seperti curi, curi van/lori/jentera berat, curi motosikal, curi ragut, pecah rumah

siang hari dan pecah rumah malam hari. Secara keseluruhan, sebanyak 135326 kes jenayah

harta benda telah dilaporkan pada tahun 2005, 156279 kes pada tahun 2006 dan meningkat

kepada 111683 kes pada tahun 2007. Berdasarkan statistik, kes curi motosikal dan pecah

rumah banyak paling berlaku. Peningkatan kejadian jenayah ini amat merunsingkan

masyarakat. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan analisis kehampiran dan kedekatan

dalam sistem maklumat geografi ini, analisis terhadap faktor ruangan yang menjadi punca

kejadian jenayah ini berlaku dapat dikenalpasti.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Tanjong Malim, kes-kes jenayah banyak

berlaku dikawasan yang berdekatan dengan kawasan belukar berbanding dengan faktor

kedekatan lain. Hal ini adalah kerana, melalui analisis kedekatan yang telah dilakukan

didapati bahawa kebanyakan kejadian-kejadian jenayah harta benda berlaku dikawasan yang

berada berdekatan atau di sekitar belukar. Hal ini disokong lagi oleh statistik kes jenayah

yang menunjukkan bahawa sebanyak 13 kejadian jenayah berlaku pada jarak kurang 50 meter

dari belukar, 14 kes pada jarak kurang 100 meter dari belukar, 21 kes bagi kurang 150 meter,

10 kes bagi kurang 200 meter dan sebanyak 42 kes bagi jarak lebih dari 200 meter dari

belukar. Hal ini ditunjukkan oleh graf rajah 1 diatas yang menunjukkan kejadian jenayah

semakin meningkat seiring dengan jarak kehampirannya dari belukar. Hal ini adalah

berikutan andaian bahawa penjenayah sering berselindung dikawasan belukar untuk

menyelamatkan diri atau menjalankan rancangan atau pertemuan didalam kawasan belukar

supaya tidak diketahui ramai.Hal ini demikian kerana, kawasan belukar merupakan kawasan

yang luas dan sukar untuk masyarakat lain mengesan aktiviti yang berlaku di dalamnya.

Seterusnya, kajian dijalankan terhadap analisis kehampiran dengan kawasan jalan-

jalan utama yang terdapat di Tanjong Malim. Dengan merujuk jadual 2 diatas, kajian

mendapati bahawa jumlah kejadian jenayah semakin meningkat dengan kehampiran dengan

kawasan jalan. Ini menunjukkan bahawa kejadian jenayah banyak berlaku dikawasan yang

berdekatan dengan jalan utama. Statistik menunjukkan, sebanyak 49 kes berlaku pada jarak

8

Page 9: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

kurang 50 meter dari jalan, 23 kes pada jarak kurang dari 100 meter, 5 kes pada jarak kurang

dari 150 meter dari jalan dan 18 kes berlaku pada jarak lebih dari 201 meter dari jalan. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa semakin dekat dengan kawasan jalan, semakin tinggi

kebarangkalian untuk berlakunya kejadian jenayah harta benda. Hal ini adalah berdasarkan

andaian bahawa kejadian jenayah berdekatan jalan ini mungkin merujuk kepada berlakunya

jenayah ragut dan pecah rumah. Kejadian banyak berlaku dikawasan jalan raya terutamanya

bagi pejalan kaki dan pembonceng motosikal. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa

kewujudan perumahan dikawasan berhampiran jalan juga menjadi faktor kejadian jenayah

pecah rumah berlaku. Berdasarkan statistik yang telah dinyatakan diatas, 49 kes berlaku pada

jarak 50 meter dari jalan, hal ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh terjadinya banyak

jenayah ragut dan juga pecah rumah. Seterusnya pada jarak kurang 100 meter dari jalan

dilaporkan sebanyak 23 kes iaitu pada kadar yang masih tinggi yang mana berkemungkinan

kejadian pecah rumah masih berlaku dan ragut dikawasan-kawasan sunyi dan seterusnya.

Kejadian jenayah ini berkadar langsung dengan jarak dari jalan.

Antara faktor ruangan lain yang menjadi penyebab berlakunya jenayah harta benda di

Tanjong Malim adalah dengan kehadiran faktor ruangan iaitu ladang. Ladang disini adalah

merangkumi kawasan tanaman yang luas seperti ladang kelapa sawit, getah, buah-buahan dan

sebagainya. Walau bagaimanapun, bagi kajian ini saya berpendapat bahawa ladang kelapa

sawit adalah lebih bertepatan untuk dijadikan sebagai faktor. Setelah dikaji, kadar

kehampiran dengan ladang tidak banyak mempengaruhi kejadian jenayah harta benda

berlaku. Hal ini disokong lagi berdasarkan jadual dan rajah 3 diatas, iaitu sebanyak 2 kes

dilaporkan bagi jarak kurang dari 50 meter dari ladang, 2 kes lagi pada jarak 100 meter dari

ladang, 8 kes bagi jarak kurang 150 meter dari ladang dan sebanyak 83 kes dilaporkan pada

jarak lebih 200 meter dari ladang. Hal ini menunjukkan bahawa, menjadikan ladang sebagai

faktor ruangan bagi kes jenayah adalah tidak sesuai sama sekali kerana melalui statistik,

didapati hanya sebanyak 2 kes berlaku berdekatan 50 meter dari ladang dan pada pendapat

saya, faktor ruangan ladang ini lebih sesuai digunakan jika kita mahu mengkaji tentang faktor

ruangan bagi jenayah seksual mahupun rogol. Sebaliknya, melalui statistik mendapati jumlah

kejadian jenayah harta benda banyak berlaku pada jarak 201 meter keatas. Hal ini

menyokong lagi pendapat bahawa ladang tidak mempengaruhi jenayah harta benda.

Selain daripada itu, faktor ruangan pembinaan turut menjadi faktor berlakunya

jenayah harta benda di Tanjong Malim. Dengan menggunakan proximity analysis, analisis

terhadap kehampiran jenayah dengan kawasan pembinaan adalah berkadar langsung. Hal ini

bermaksud, banyak kejadian jenayah berlaku berdekatan kawasan binaan. Banyak disini

9

Page 10: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

dapat diukur dengan merujuk pada jadual 4 diatas yang menunjukkan jumlah jenayah yang

berlaku mengikut jarak dari kawasan pembinaan. Berdasarkan statistik tersebut, didapati

bahawa sebanyak 45 kes berlaku pada jarak 50 meter dari kawan pembinaan, 24 kes pada

jarak kurang 100 meter, 9 kes pada jarak kurang 150 meter, 5 kes pada jarak kurang 200

meter dan 17 kes dilaporkan pada jarak 200 meter keatas dari kawasan pembinaan. Melalui

statistik ini, dapat diandaikan bahawa kejadian-kejadian jenayah harta benda ini dilakukan

oleh warga asing yang berkerja di sektor-sektor dan kawasan pembinaan. Kita sedia maklum

bahawa warga asing seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya lebih

mendominasi sektor ini. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan kemiskinan dan keinginan

mencari kepuasan menjadi penyebab mereka mencuri, memecah rumah dan sebagainya

dengan memecah masuk rumah masyarakat tempatan yang berada berdekatan.

Disamping itu, kajian juga telah dijalankan dengan menjadikan pekan Tanjong Malim

sebagai faktor terjadinya banyak jenayah harta benda di Tanjong Malim. Berdasarkan kajian

didapati, sebanyak 0 kes berlaku pada jarak 50 meter dari pekan, 6 kes pada jarak 100 meter

dari pekan, 6 kes juga pada jarak 150 meter dari pekan, 9 kes pada jarak 150 meter dari pekan

dan 79 kes dilaporkan berlaku pada jarak lebih dari 200 meter dari pekan. Data statistik ini

menunjukkan bahawa, jarak dari pekan tidak begitu mempengaruhi taburan kejadian jenayah

harta benda di Tanjong Malim. Hal ini mungkin kerana, pekan Tanjong Malim tidak

semewah atau semaju bandar-bandar lain yang menyediakan peluang pekerjaan yang

menyediakan gaji yang menarik atau tingkat gaji yang tinggi kepada penduduk perumahan

yang berdekatan dengannya. Sehubungan itu, tidak banyak kes kecurian yang berlaku

disekitar pekan Tanjong malim.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan jarak kejauhan daripada balai polis akan

meningkatkan kadar berlakunya kejadian jenayah di Tanjong Malim. Dapat disimpulkan

disini, semakin dekat jarak dengan balai polis, semakin rendah kebarangkalian untuk

berlakunya jenayah harta benda. Ini bermaksud, kejadian jenayah banyak berlaku jauh dari

kawasan balai polis. Menurut data yang telah diperoleh, sebanyak 0 kes dilaporkan pada jarak

50 meter dar balai polis, 1 kes bagi jarak 100 meter dari balai polis, 3 kes pada jarak 150

meter, 3 kes juga pada jarak 200 meter dari balai dan sebanyak 93 kes dilaporkan berlaku

pada jarak 200 meter keatas. Statistik ini menunjukkan bahawa, penjenayah takot untuk

melakukan jenayah harta benda dikawasan yang berdekatan dengan balai polis. Hal ini adalah

kerana pihak polis sememangkan diketahui akan sentiasa untuk berlegar-legar dikawasan-

kawasan yang berdekatan dengan balai polis. Mereka berpendapat bahawa kebarangkalian

untuk mereka ditangkap adalah tinggi jika mencuri dikawasan tersebut.

10

Page 11: Analisis Faktor-faktor Ruangan Yang Mempengaruhi Jenayah Harta Benda diTanjong Malim Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (Geographic InformationSystems-GIS)

Akhir sekali, kejadian jenayah di Tanjong malim turut dikaji berdasarkan jaraknya

daripada bank. Berdasarkan kajian yang dilakukan, merujuk pada jadual 7 dan rajah 7 diatas

mendapati bahawa sebanyak 2 kes dilaporkan berlaku pada jarak 50 meter daripada bank, 2

kes juga berlaku pada jarak 100 meter dari bank, 1 kes berlaku pada jarak 150 meter dari

bank, 5 kes pada jarak 200 meter dan 90 kes dilaporkan pada jarak 201 meter dan keatas.

Analisis ini menunjukkan bahawa, kebarangkalian untuk berlakunya jenayah harta benda

dikawasan berdekatan bank adalah rendah. Sebaliknya, jika hendak dikatakan bahawa bank

mempengaruhi kejadian rompakan dan sebagainya ia mungkin boleh diterima. Justeru dapat

disimpulkan bahawa jenayah harta benda seperti kecurian motor, kenderaan berat, pecah

rumah dan sebagainya tidak begitu dipengaruhi oleh kedudukan atau jarak kehampirannya

dengan kawasan bank.

Secara keseluruhan, antara faktor ruangan utama yang mempengaruhi kejadian

jenayah harta benda di Tanjong Malim adalah jaraknya kehampirannya dengan jalan utama,

jarak dari kawasan pembinaan, jarak dari kawasan belukar, jarak daripada ladang dan jarak

daripada bank. Manakala, daripada kajian mendapati bahawa jarak daripada balai polis dan

pekan tidak begitu mempengaruhi kejadian jenayah di Tanjong Malim. Oleh yang demikian,

saya amat bersetuju utuk menyatakan bahawa faktor ruangan utama yang mempengaruhi

kejadian jenayah harat benda di Tanjong Malim adalah jalan utama, kawasan pembinaan dan

juga kawasan belukar. Justeru, dapat dirumuskan disini, analisis kedekatan dan kehampiran

ini amat berguna dan amat membantu untuk memudahkan proses mendapatkan atau

menyiapkan suatu hasil kajian dalam masa yang lebih singkat dan jawapan yang tepat.

11