analisis faktor

2
Analisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses perpaduan kaum di Malaysia sebelum tahun 1970 ? Perpaduan kaum adalah sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Perpaduan dapat didefinisikan sebagai suatu proses menyatupadukan seluruh rakyat atau masyarakat demi untuk membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Selain itu, perpaduan juga dapat dikatakn sebagai suatu hubungan erat yang bersifatkan toleransi yang dapat diwujudkan secara bersama dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Terdapat beberapa faktor sejarah yang telah menyulitkan proses perpaduan kaum di Malaysia sebelum tahun 1970. Salah satu faktor tersebut ialah isu perkauman yang melibatkan nyawa. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang telah menjadi satu titik hitam di dalam sejarah negara Malaysia. Tragedi ini melibatkan ramai kehilangan nyawa dan harta benda yang banyak. Peristiwa ini dipercayai berpunca daripada pillihan raya umum 1969 yang telah menyentuh emosi dan sentimen kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, faktor agama dan kebudayaan. Setiap kumpulan etnik di Malaysia mepunyai agama dan budaya yang berlainan. Manakala, setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Perpaduan sukar terbentuk kerana masing kaum atau etnik kurang mengenali dan memahami. Mereka juga mempunyai sikap yang menganggap mereka sahaja yang terbaik. Disebabkan oleh itu, sikap tersebut akan menguatkan perasaan buruk sangka yang akan menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum dan etnik. Faktor sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan juga merupakan faktor yang menyulitkan proses perpaduan kaum. Daripada analisis sejarawan, tiada satu sistem pendidikan di Tanah Melayu dimana setiap etnik akan lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Ada beberapa etnik yang berpusatkan negara nenek moyang mereka yang tidak wujud bahasa pengantar yang sama. Keadaan tersebut melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan akan menjejaskan persefahaman serta perhubungan yang wujud dalam kalangan setiap kaum di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

Upload: ain94

Post on 30-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Analisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses perpaduan kaum di Malaysia sebelum tahun 1970 ?Perpaduan kaum adalah sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Perpaduan dapat didefinisikan sebagai suatu proses menyatupadukan seluruh rakyat atau masyarakat demi untuk membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Selain itu, perpaduan juga dapat dikatakn sebagai suatu hubungan erat yang bersifatkan toleransi yang dapat diwujudkan secara bersama dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Terdapat beberapa faktor sejarah yang telah menyulitkan proses perpaduan kaum di Malaysia sebelum tahun 1970. Salah satu faktor tersebut ialah isu perkauman yang melibatkan nyawa. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang telah menjadi satu titik hitam di dalam sejarah negara Malaysia. Tragedi ini melibatkan ramai kehilangan nyawa dan harta benda yang banyak. Peristiwa ini dipercayai berpunca daripada pillihan raya umum 1969 yang telah menyentuh emosi dan sentimen kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, faktor agama dan kebudayaan. Setiap kumpulan etnik di Malaysia mepunyai agama dan budaya yang berlainan. Manakala, setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Perpaduan sukar terbentuk kerana masing kaum atau etnik kurang mengenali dan memahami. Mereka juga mempunyai sikap yang menganggap mereka sahaja yang terbaik. Disebabkan oleh itu, sikap tersebut akan menguatkan perasaan buruk sangka yang akan menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum dan etnik.Faktor sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan juga merupakan faktor yang menyulitkan proses perpaduan kaum. Daripada analisis sejarawan, tiada satu sistem pendidikan di Tanah Melayu dimana setiap etnik akan lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Ada beberapa etnik yang berpusatkan negara nenek moyang mereka yang tidak wujud bahasa pengantar yang sama. Keadaan tersebut melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan akan menjejaskan persefahaman serta perhubungan yang wujud dalam kalangan setiap kaum di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. Di samping itu, faktor dasar penjajah British. Penjajah British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan etnik dan kaum demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah British sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum-kaum tertentu. Disebabkan itu, interaksi antara kaum akan menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negative yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Kesukaran untuk membentuk perpaduan juga disebabkan perbezaan amalan ekonomi yang berlainan. Setiap etnik dan kaum akan menjalankan aktiviti ekonomi tertentu dan akan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini akan mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dala kalangan etnik dan kaum yang berbeza jenis dan ras serta akan mengancam perpaduan dalam negara.

Faktor perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik juga sebagai penyebab untuk kesukaran dalam memupuk perpaduan. Kewujudan persatuan politik, social dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik yang berbeza telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan akan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasakan kepada suku kaum juga memainkan peranan penting dalam isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Faktor seterusnya ialah faktor pendudukan Jepun. Kemasukaan tentera Jepun ke Tanah Melayu telah menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti-Jepun terdiri daripada orang-orang Cina. Manakala, ramai orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini telah menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan orang Cina. Secara kesimpulannya, daripada analisis yang telah dijalankan, faktor yang telah menyukarkan perpaduan kaum di Malaysia dapat dilihat dengan jelas. Di samping itu, penjajah British bukan sahaja memisahkan tempat tinggal masyarakat, malah mereka juga memisahkan ekonomi penduduk atas tujuan untuk mengelakkan perpaduan berlaku dalam kalangan penduduk di negara ini.