an organ dari perspektif islam

21
PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Prof.Madya Datin Dr. Paizah Haji Ismail Pendahuluan: Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru. Di Malaysia, fatwa asas mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi . Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23 & 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada orang mati kepada orang hidup hukumnya harus. 1

Upload: rozida98

Post on 24-Jun-2015

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: an Organ Dari Perspektif Islam

PENDERMAAN ORGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh:

Prof.Madya Datin Dr. Paizah Haji Ismail

Pendahuluan:

Hukum Pendermaan organ bukan lagi persoalan baru. Di Malaysia, fatwa asas

mengenainya telah dibuat sejak pada tahun 1970 lagi . Jawatankuasa Fatwa Bagi

Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, dalam mesyuaratnya yang pertama pada 23

& 24 Jun 1970 telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung daripada

orang mati kepada orang hidup hukumnya harus.1

Dalam fatwa tersebut, jawatankuasa berkenaan telah meletakkan empat syarat yang

perlu diambil kira sebelum pemindahan berkenaan dilakukan, iaitu:-

1. Dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya

bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah

difikirkan berjaya.

Page 2: an Organ Dari Perspektif Islam

2. Dalam keadaan pemindahan jantung , kematian penderma telah dipastikan

sebelum dipindahkan jantungnya

3. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada

pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya

4. Dalam kes kematian biasa, kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma,

sementara dalam kes kematian biasa atau dari kaum keluarganya dalam

kematian akibat kemalangan.

Fatwa:

Sebelum itu, iaitu pada tahun 1965 Majlis Fatwa Negeri Perlis telah telah

mengluarkan fatwa mengharuskan pendermaan kornea mata.2 Kemudian, fatwa

tentang pemindahan dan pendermaan organ ini juga telah dikeluarkan oleh berbagai

Jawatankuasa Fatwa negeri. Antaranya sebagai contoh ialah fatwa yang dikeluarkan

oleh Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor.3

Menurut fatwa tersebut, pemindahan dan pendermaan organ hukumnya haram dalam

keadaan bukan dharurat manakala hukumnya harus dalam keadaan dharurat. Bagi

tujuan tersebut fatwa tersebut membahagikan transplant organ kepada dua keadaan,

iaitu:-

Keadaan penderma masih hidup.

 

Dalam keadaan ini kajian hendaklah dilakukan dengan secara terperinci dan

professional tentang:-

Kebaikan dan keburukan pemindahan ini.

Bahawa penderma melakukan pendermaan berkenaan dengan rela hati tanpa

paksaan

Page 3: an Organ Dari Perspektif Islam

Ada keadaan dharurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang

didermakan kepadanya , terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga

Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual-beli

Kebenaran bertulis daripada penderma. Walau bagaimana pun penderma

dibolehkan menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa saja yang dia

mahu

Organ yang diperlukan lebih daripada satu

 

Keadaan penderma telah mati

 

Dalam keadaan ini , pihak yang menguruskan pemindahan berkenaan

hendaklah:-

Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan professional

tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini.

Bahawa penderma dengan redha menderma melalui wasiat atau pun waris-

waris dan diperakukan oleh kerajaan

Mempastikan bahawa pemindahan itu pada biasanya berjaya

Bahawa ada keadaan dharurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa

orang yang didermakan kepadanya .

Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli.

Bagi tujuan ini fatwa tersebut menyebut bahawa orang yang mati otak adalah

dihukum mati. Walau bagaimanapun, sebelum kerja pemindahan organ

dilakukan hendaklah:-

Page 4: an Organ Dari Perspektif Islam

Dilakukan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya

mati otak

Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat, misalnya suami/isteri,

anak, ibu atau bapa.

Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-

kurangnya 3 orang doktor professional dengan keutamaan kepada doktor Islam

Sekiranya sains dan teknologi perubatan menemui cara rawatan lain maka

penemuan itu dianggap menggugurkan hukum ini.

 

Satu contoh lain ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri

Sarawak yang dikeluarkan pada 1 Julai 1997 mengenai pemindahan buah pinggang.4

Mengikut fatwa tersebut, pendermaan ginjal atau buah pinggang adalah harus,

tertakluk kepada syarat seperti berikut:-

 

Derma dari yang hidup: Syarat-syaratnya seperti berikut:-

Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah

pinggangnya

Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan

membahayakan kesihatan si penderma

Tidak dilakukan dengan cara jual beli

 

Derma dari yang mati: Syarat-syaratnya seperti berikut:-

o Sebelum meninggalkan dunia penderma telah menyatakan kerelaan

untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada

Page 5: an Organ Dari Perspektif Islam

orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau

warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan

paksaan

o Disahkan oleh pakar perubatan bahawa ginjal atau buah pinggang yang

didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang

yang memerlukan

o Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah

pinggang itu semata-mata untuk berubat, dan

o Tidak dilakukan dengan cara jual beli.

 

Dunia Islam:

Dalam dunia Islam yang lebih luas, terdapat berbagai- bagai fatwa yang

mengharuskan pendermaan organ ini. Antaranya ialah:5

1952: Mufti Besar Mesir, Syekh Hasanin Makhluf yang mengharuskan

pemindahan kornea mata

1959: Mufti Besar Mesir, Syekh Hasan Ma`mun yang juga mengharuskan

pemindahan kornea mata

1966: Mufti Besar Mesir, Syekh Huraidi yang mengharuskan pemindaha

kornea mata

1972: Majlis Agama Islam Algeria yang mengharuskan pemindahan organ

1973: Mufti Besar Mesir, Syekh Khater yang mengharuskan pemindahan kulit

daripada mayat yang tidak dikenali

1977: Majlis Tertinggi Fatwa Jordan,yang mengharuskan pemindahan organ

1979: Mufti Mesir, Syekh Gad al-Haq, yang member fatwa harus mengambil

organ samada daripada penderma hidup atau penderma kadaverik

Page 6: an Organ Dari Perspektif Islam

1979: Majlis Fatwa Kuwait, yang memfatwakan harus pemindahan organ,

termasuk daripada cadaver

1985: Liga Dunia Islam, yang mengharuskan pemindahan kornea

1986: Persidangan Ketiga OIC, yang memfatwakan kematian otak diterima

sebagai kematian

1988:Persidangan Keempat OIC yang mengharuskan pemindahan organ.

 

Untuk sebagai contoh, elok juga dipeturunkan disini huraian fatwa yang terkandung

dalam keputusan yang dibuat oleh persidangan OIC yang keempat pada 1988

in,sekurang-kurangnya sebagai panduan untuk memahami persoalan ini seterusnya.

Mengikut fatwa tersebut:-6

1. Harus memindahkan organ dari satu bahagian tubuh seseorang kepada

bahagian yang lain, dengan syarat telah dipastikan secara jelas bahawa faedah

yang mungkin diperolehi daripada operasi tersebut lebih besar daripada

kemudaratan yang munkin terhasil daripadanya, dan dengan syarat bahawa

operasi tersebut dilakukan dengan tujuan untuk menggantikan anggota yang

hilang atau membentuknya semula atau untuk mengembalikan semula

fungsinya, atau juga untuk membaiki atau menutup kecacatan yang boleh

menyebabkan kesakitan secara fizikal atau pun psikologikal.

2. Harus memindahkan organ daripada satu tubuh kepada tubuh yang lain jika

sekiranya organ tersebut boleh berkembang secara sendiri, seperti darah dan

kulit. Bagaimanapun disyaratkan penderma cukup berkapasiti dan semua

syarat-syarat hukum Islam telah dipatuhi.

3. Harus digunakan untuk faedah orang lain mana-mana organ yang telah

dipotong daripada mana-mana tubuh manusia kerana sakit, misalnya

Page 7: an Organ Dari Perspektif Islam

menggunakan kornia mata seseorang yang diambil daripada matanya yang

dibuang kerana sakit.

4. Haram memindahkan mana-mana organ yang menjadi asas kepada kehidupan,

misalnya jantung daripada seseorang yang masih hidup kepada orang lain.

5. Haram memindahkan daripada mana -mana orang yang masih hidup mana-

mana organ yang pemindahannya menyebabkan kehilangan fungsi asas

hidupnya walaupun tidak mengancam nyawanya. Misalnya pemindahan kedua-

dua kornia mata. Bagaimanapun kalau ia mengurangkan sebahagian daripada

fungsi asalnya maka ia boleh diperbincangkan sepertimana akan dihuraikan

dalam para lapan nanti.

6. Harus memindahkan organ daripada seseorang yang telah mati kepada orang

hidup yang bergantung hidup atau sebahagian daripada fungsi hidupnya kepada

organ berkenaan. Dengan syarat si mati berkenaan sebelum matinya telah

mengizinkan pemindahan berkenaan, atau keluarganya selepas dia telah mati,

atau oleh kerajaan kalau sekiranya si mati berkenaan tidak diketahui usul

asalnya.

7. Adalah perlu diberi perhatian bahawa persetujuan bersama mengharuskan

pemindahan organ dalam hal-hal yang tersebut di atas perlu dikaitkan dengan

syarat ianya tidak berlaku melalui penjualan organ berkenaan. Kerana dalam

keadaan mana sekalipun organ badan manusia tidak boleh dijual. Bagaimana

pun perbezaan pendapat telah berlaku mengenai pemberian harta oleh penerima

kepada penyumbang organ berkenaan dengan tujuan untuk mendapatkan

sumbangan tersebut dalam keadaan dharurat, atau yang bersifat ucapan terima

kasih serta penghargaan .

8. Apa-apa kedudukan yang selain daripada yang tersebut di atas tetapi terangkum

dalam prinsip yang dinyatakan maka ianya boleh diperbincang dan

diperdebatkan. Ia perlu dibentang dan diputuskan dalam persidangan akan

Page 8: an Organ Dari Perspektif Islam

datang dengan mengambil kira kemajuan ilmu perubatan dan hukum Syarak.

Wallahu a’lam.

 

Asas Hukum:

Tenyata daripada keputusan-keputusan fatwa yang diperincikan di atas bahawa

hukum harus menderma dan memindahkan organ tertakluk kepada berbagai-bagai

syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak

agama Islam yang maha suci. Syarat-syarat tersebut boleh disenaraikan seperti

berikut:-

1. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya

seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan

untuk berjalan dan sebagainya.

2. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan

3. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan

penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-

kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau

kekeliruan.

4. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti

melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan

dan pendermaan semata-mata

5. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas

kelimuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk keatas

penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah

sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.

Page 9: an Organ Dari Perspektif Islam

Hukum dan syarat-syarat yang berkaitan dengannya mengenai pendermaan dan

pemindahan organ ini berdasarkan kepada prinsip-prinsip hukum yang terdapat dalam

Syariat Islam. Misalnya dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa

Majlis Hal Ehwal Islam Malaysia pada tahun 1970 mengenai hukum pemindahan

organ, sepertimana yang tersebut di atas ada di senaraikan tiga alasan mengapa

perbuatan seperti itu harus. Aalasan-alasan tersebut ialah :-

1. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis

Rasulullah s.a.w. yang berbunyi "الضرر وال ضرار" yang bermaksud “Tidak

boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”

2. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah " يريد

185:البقرة "- الله بكم اليسر وال يريد بكم العسر yang bermaksud “Allah

berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan”

3. Melakukan keburukan yang paling ringan, sepertimana yang terkandung dalam

kaedah Fiqh yang berbunyi "ارتكاب أخف الضررين" yang bermaksud,

melakukan keburukan yang lebih ringan.

Sebenarnya, walaupun di awal tulisan ini tadi telah ditegaskan bahawa persoalan

tentang pendermaan organ ini bukan perkara baru namun dalam pemikiran hukum

Islam ia secara relatifnya merupakan perkara baru. Maksudnya ia tidak pernah

dibincangkan oleh para fuqaha klasik dalam kitab-kitab fiqh klasik mereka. Sebabnya

kerana ia merupakan persoalan baru, iaitu yang diistilahkan dalam bidang pengajian

hukum Islam sebagai "النوازل"

 

Pandangan Para Fuqaha:

Memang ada beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama klasik

berhubung dengan hukum melakukan sesuatu keatas anggota badan manusia.

Page 10: an Organ Dari Perspektif Islam

Bagaimana pun hukum berkenaan hanya disandarkan kepada persoalan yang

diandaikan sahaja. Sebagai contoh, mereka memberi fatwa tentang hukum menjual

rambut, susu, tulang dan anggota badan manusia. Kata al-Mirghiani, rambut manusia

tidak boleh dijual atau digunakan oleh orang lain. Kerana penjualan dan penggunaan

seperti itu bertentangan dengan prinsip menghormati manusia itu sendiri. Dengan kata

lain, suatu penghinaan terhadap diri manusia.7

Pandangan yang sama diberikan oleh al-Kasani. Mengikut beliau, rambut dan tulang

manusia tidak boleh dijual bukan kerana najis tetapi kerana perbuatan seperti itu

merupakan suatu penghinaan terhadap manusia. Begitulah juga, kata beliau hukum

mengenai peenjualan susu manusia. Kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada

manusia itu sendiri.8

Dalam al-Fatawa al-Hindiyah, ada difatwakan tentang hukum menggunakan anggota

tubuh manusia. Mengikut fatwa tersebut ianya suatu perbuatan haram kerana

bertentangan dengan prinsip penghormatan terhadap manusia.9 Pandangan yang sama

diberikan oleh Ibn Qudamah tentang hukum menjual anggota badan yang terpotong

dari tubuh manusia.10

Demikian beberapa contoh fatwa yang diberikan oleh para fuqaha terdahulu tentang

perbuatan yang boleh diertikan sebagai pemindahan organ manusia. Pada asasnya ia

adalah haram kerana bertentangan dengan prinsip menghormati diri manusia sendiri.

Begitu pun terdapat berbagai pengecualian yang disebut oleh mereka. Antaranya ialah

harus menjual susu perempuan yang sudah diperah atas alasan ianya sesuatu yang

bersih dan halal diminum.11 Antara contoh lain ialah fatwa harus memakan bahagian

yang dipotong dari badan orang yang dikenakan hukuman bunuh bagi mengelak

daripada mati kelaparan.12

Page 11: an Organ Dari Perspektif Islam

Antara contoh lain lagi ialah fatwa harus memakan bangkai manusia dalam keadaan

nyawa terancam kerana lapar13, harus membedah perut mayat bagi tujuan

mengluarkan harta yang ditelan sebelum orang berkenaan mati14, membedah mayat

perempuan mengandung bagi tujuan mengluarkan kandungannya yang masih hidup15,

menyambung tulang yang patah dengan menggunakan tulang orang mati16

Ternyata daripada contoh-contoh di atas bahawa para fuqaha terdahulu bersikap agak

negatif terhadap apa yang boleh disifatkan pada hari ini sebagai pemindahan organ

yang dibincangkan dalam kertas ini. Sebabnya ialah kerana mereka tidak berhadapan

dengan masalah sebenar yang memerlukan kepada pemindahan berkenaan.

Sebaliknya hukum yang mereka fatwakan semata-mata berdasarkan kepada andaian

sahaja.

Tentu sekali kalau persoalan semasa yang kita hadapi pada hari ini dikemukakan

kepada para fuqaha kelasik pada waktu itu mereka akan memberi jawapan yang

berbeza sekali daripada yang pernah diberikan. Kerana mereka akan mengambil kira

realiti persoalan yang sebenar sebelum memberi apa-apa fatwa atau pendapat. Oleh

kerana itu, bagi kita pada hari ini hukum terhadap persoalan semasa seperti soal

pendermaan organ ini tidak sepatutnya didasarkan kepada fatwa klasik dengan hanya

berpandukan persamaan dalam satu atau dua aspek sahaja. Kerana aspek-aspek

perbezaan yang ada perlu diambil kira dan dicari sampai ke akar umbi.

 

Ijtihad Semasa:

Semuanya ini membawa kesimpulan bahawa kita memerlukan ijtihad semasa yang

boleh berkembang dari satu masa kesatu masa sesuai dengan perkembangan masa dan

keadaan. Khusus mengenai pemindahan dan pendermaan organ ini, ijtihad berkenaan

Page 12: an Organ Dari Perspektif Islam

perlu selaras dengan kemajuan sains dan teknologi perubatan dalam masalah

berkenaan.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam jawapannya kepada soalan yang berkaitan

dengan pemidahan dan pendermaan organ ini, bahawa pendapat atau fatwa yang akan

diberikannya itu merupakan hasil ijtihad yang boleh diperbincangkan sama seperti

ijtihad lain, terutama sekali tentang persoalan baru yang tidak dibincangkan oleh para

fuqaha terdahulu. Apa yang penting, kata beliau tidak ada sesiapa yang boleh

mendakwa bahawa ijtihadnya itu betul sementara ijtihad orang lain salah. Sebaliknya

setiap orang perlu bersikap seperti Imam al-Syafi’I yang menegaskan bahawa “

Pendapat saya adalah betul tetapi mungkin salah, sementara pendapat orang lain pula

salah tetapi mungkin betul”.17

Dalam melakukan ijtihad semasa tersebut, perkara yang biasa ditimbulkan oleh para

ulama ialah tentang hak seseorang itu untuk mendermakan organnya kepada orang

lain. Ini kerana mengikut Syariat Islam tubuh manusia adalah milik bersama antara

dia dan Allah. Dalam bahasa harian, milik bersama antara individu dan masyarakat.18

Menjawab persoalan ini, al-Qaradhawi menyebut bahawa walaupun diri manusia itu

satu amanah Allah kepadanya namun dia diberikan kuasa untuk menguruskannya.

Samalah juga dengan harta,meskipun ia suatu amanah Allah tetapi pemiliknya berhak

untuk menguruskannya termasuk dengan cara mendermakannya kepada orang lain.

Cuma bezanya ialah seseorang itu boleh mendermakan semua hartanya, tetapi tidak

semua badannya. Semuanya ini berkait rapat dengan sifat atau tabiat semula jadi harta

dan tubuh manusia itu sendiri.19

Satu persoalan lain yang biasa dibangkitkan ialah masalah “baik” dan “buruk”, atau

dalam istilah teori hukum Islam ialah “Maslahah” dan “Mafsadah”.20 Berasaskan

kepada teori ini para fuqaha semasa menegaskan bahawa kebaikan yang diperolehi

Page 13: an Organ Dari Perspektif Islam

daripada mengharuskan pemindahan dan pendermaan organ ini lebih besar daripada

keburukan yang berlaku.21

 

Penutup:

Ternyata bahawa hukum pemindahan dan pendermaan organ begitu jelas sekali

harusnya pada pandangan para fuqaha semasa. Hukum berkenaan walaupun tidak

dibincangkan oleh para fuqaha kelasik namun sebabnya bukan kerana mereka

berpendapat bahawa ianya tidak harus dilakukan. Apa yang sebenarnya ialah bahawa

persoalan seperti ini belum berbangkit pada waktu itu. Jawapan yang sama boleh

diberikan kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa ada terdapat kenyataan para

ulama klasik yang agak negatif terhadap persoalan berkenaan. Kerana apa yang

mereka perkata sebenarnya adalah sesuatu yang berbeza berbanding dengan apa yang

kita hadapi pada hari ini.

Jelasnya, persoalan samada pemindahan atau pendermaan organ itu harus atau

sebaliknya tidak begitu berbangkit lagi sekarang. Apa yang berbangkit ialah samada

terdapat dalam masyarakat Islam, terutama di Negara ini sekarang apa yang disebut

sebagai penerimaan secara meluas yang memungkinkan berlakunya amalan yang

selaras dengan hukum yang difatwakan itu. Kerana mengetahui tentang hukum tidak

semestinya menghasilkan penerimaannya sebagai suatu amalan, terutama apabila

hukum itu bersifat terbuka dan bukan mewajibkan sesuatu itu diamalkan sepertimana

dalam persoalan tentang pemindahan dan pendermaan organ ini.

Oleh yang demikian amat penting sekali sekarang ini dipertingkatkan usaha

pembudayaan masyarakat Islam selaras dengan fatwa yang ada. Dengan demikian

usaha murni yang dilakukan bagi tujuan memenuhi keperluan pemindahan dan

pendermaan organ ini akan berhasil dengan sebaiknya sepertimana yang diharapkan.

Page 14: an Organ Dari Perspektif Islam

 

1 Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (1970) Pemindahan Anggota-Anggota Manusia “Mata”.Rekod yang tidak diterbitkan. JAKIM, h.249

2 http://boonchert.blogspot.com/2007/derma -organ-fatwa-dan-pendapat

3 http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa

4 http://infad.usim.edu.my

5 Wekipidia, Derma organ dari perspektif Islam.

6 http://www.yasaloonaka.net/2008-09-18

7 . Lihat: al-Mirghiani, al-Hidayah, jld. 3,h.34

8 . Al-Kasani, Bada`i’ al-Sana`i’, jld.5, h. 142- 145.

9 . Al-Fatawa al-Hindiyah, jld.5,h. 354

10 Ibn Qudamah, al-Mughni, jld. 4, h.304

11 . Lihat: al-Hattab, Mawahib al-Jali,jld. 4,h.265; Ibn Rusyd, Bidayat al-Mujtahid, jld.2,h. 138; Ibn Qudamah, al-Mughni, jld. 4, h. 304

12 Lihat: al-Nawawi, al-Majmu’, jld.9, h.36.

13 Ibid, jld. 9,h.36.

14 Ibn Qudamah, al-Mughni, jld.3, h.414

15 Ibid.

16 Al-Syarwani, Hasyiah, Jld.2,h.125.

17 Lihat:al-Qaradhawi, http://forum.makt00b.com/t

18 Lihat: Muhammad Naim Yasin(1996), Abhath Fiqhiyah Fi Qadhaya Tibbiyah Mu’asirah, Amman: Dar al-Nafa`is, h. 150

19 Lihat: al-Qaradhawi, op.cit.

20 Lihat: Muhammad Naim Yasin, op.cit, h.181.

21 Ibid.