an kelab pencegahan jenayah tahun 2011

Upload: muhdnazri

Post on 06-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 an Kelab Pencegahan Jenayah Tahun 2011

    1/4

    PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2011

    1. NAMA RASMI KELAB: KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH

    2. ALAMAT SEKOLAH

    SMK Gombak Setia,Jalan Seri Setia,53100 Gombak,Selangor.

    3. FALSAFAH KELAB

    Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif, mempunyai ketahanan diri,

    berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga

    sahsiah, serta menggembelingkan kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di

    samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri

    4. MOTTO

    MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI

    5. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA:a. Cik Azniwati Binti Ahmad

    b. Puan Juliana Binti Shaharuddin

    c. Encik Marzuki Bin Yaakob

    6. MATLAMAT:

    i. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah.

    7. OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB:

    i. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.

    ii. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah

    iii. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada

    memerangi jenayah.

  • 8/3/2019 an Kelab Pencegahan Jenayah Tahun 2011

    2/4

    iv. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti

    yang berfaedah.

    v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam hal-hal pencegahan

    jenayah.

    8. AKTIVITI:

    i. Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah

    (Rujuk Lampiran 1)

    9. AHLI JAWATANKUASA

    i. Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong

    Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa

    kira-kiraii. Syarat-syarat untuk menjadi AJK

    Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan

    iii. Tugas-tugas AJK

    (a) Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan(b) Naib Pengerusi Memastikan semua kegiatan dijalankan

    dengan baik

    Membantu pengerusi dalam menjalankan

    tugas dan tanggungjawab yang diberi(c) Setiausaha Mencatat minit mesyuarat

    Menyediakan laporan semester dan tahunan(d) Naib Setiausaha Membantu Setiausaha menjalankan segala

    tugas dan tanggungjawab yang diberi(e) Bendahari Mengutip wang sumbangan daripada ahli

    Memastikan akaun sentiasa dikemaskini(f) Naib Bendahari Membantu bendahari menjalankan tugas dan

    tanggungjawab yang diberi

    iv. Hak-hak ahli:

    (a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa

    (b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan

    (c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut

    tatatertib mesyuarat atau persatuan dan berpakain yang sesuai

    9. MESYUARAT:

  • 8/3/2019 an Kelab Pencegahan Jenayah Tahun 2011

    3/4

    i. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh sekolah ataupun jika perlu

    pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru Penasihat

    ii. Koram yang perlu untuk Mesyuarat Agong:

    iii. Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua

    iv. Pemilihan jawatankuasa kelab

    v. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh pengetua

    vi. Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal

    vii. Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru Penasihat

    viii. Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli

    ix. Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab oleh Setiausaha

    x. Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat.

    xi. Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku Laporan Persatuan

    xii. Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah disediakan dan satu salinan diserahkan

    kepada Penyelaras Kokurikulum sekolah.

    xiii. Tempat mesyuarat : tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan

    xiv. Tempat perjumpaan untuk aktiviti : Berpusat dalam kawasan sekolah

    10. KEWANGAN

    i. Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    ii. Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun sepertimana yang telah

    ditetapkan oleh Jawatankuasa.

    iii. Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu dan berfaedah bagi

    mencapai objektif aktiviti kelab.

    iv. Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00 pada satu-satu masa

    dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penasihat.

    v. Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

    11. KEAHLIAN

    i. Keahlian terbukan kepada semua murid

    ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian tatapi kehadiran akan

    mempengaruhi

    iii. markah kokurikulum tahunan pelajar

    12. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB

  • 8/3/2019 an Kelab Pencegahan Jenayah Tahun 2011

    4/4

    i.Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan mendapatkan

    persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.

    ii.Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu sebelum sesuatu pindaan

    perlembagaan kelab dilakukan.13. LAIN-LAIN:

    Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh

    Kerajaan, kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Negeri masing-masing

    = BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =